Suasana tengahari itu agak sibuk dengan suara gelagat penjual dan pengunjung. Kawasan tepi jalan yang dipenuhi oleh peniaga foodtruck dan juga gerai-gerai kecil tersusun rapi hingga ke penghujung jalan.
Adra dan Sabreena berjalan meninjau sekitar kawasan mencari makanan untuk dibeli. Hari ini Adra berasa ingin menikmati nasi ayam penyet bersama air lemon ais. Setelah selesai membeli Adra mencari Sabreena yang telah hilang entah ke mana.
"Hisshhh.. perempuan ni kalau pergi beli makan tak pernahnya tak lama. Entah apa yang susah sangat nak pilih apa yang nak dimakan." Getus Adra di dalam hati. Dia sudah masak dengan perangai Sabreena. Tak pernah fikir nak beli apa dulu baru pergi beli. Dah keluar baru nak fikir nak makan apa. "Aku ni ada banyak kerja ni. Nanti kalau lunch lama sangat bising pula En Suffian nanti".
Sedang dia meninjau mencari kelibat Sabreena tiba-tiba datang seseorang mencuit bahu dan menegur.
"Hi. Beli apa tu?"
Adra menoleh seraya tersenyum. Memang sifatnya yang peramah dengan sesiapa. "Oh hi.. beli ayam penyet je. You ni I tak pernah nampak pun sebelum ni? Baru kerja dekat kawasan sini ke?" Soal Adra.
"I lalu singgah je. Nampak macam sedap-sedap makanan di sini."
"Yes. Memang sedap makanan kat sini. Boleh buat you naik berat badan dengan cepat kalau tiap hari beli makanan kat sini." Adra tertawa.
Perempuan yang tidak dikenali itu melemparkan senyuman memandang Adra atas dan bawah. Dia cuba memahami perwatakan dan menilai penampilan Adra.
Kuat bergurau juga rupanya dia ni. Peramah. Cantik. Agak comel. And she got a great smile too. Ada lesung pipit pipit pula tu. Nampak manja dan tak sombong.
"I baru bercita-cita nak pakai baju uniform zaman sekolah dulu. Tengok makanan kat sini macam tak kesampaian nampaknya cita-cita I tu." Balas beliau.
"Tak perlu. Just enjoy the food. Makanan untuk dinikmati. Bukan dihindari. Sorry. Terbanyak cakap pula. Call me Adra." Salam dihulurkan tanda perkenalan.Wanita itu membalas salam Adra.
"Aina" Balas wanita itu ringkas.
Trittttt! Trittttt!
Bunyi deringan dari telefon Adra.
"Excuse me." Adra bersopan.
"Babe.. kau dah beli makan ke?"
"Dah. Aku tunggu kau la ni. Kau kat mana?"
"Sorry babe. Aku terjumpa dengan ex-classmate aku pula ni. Dia ajak aku join lunch. Kau nak join sekali tak?"
"Err. Takpelah. Segan aku. Korang mesti banyak benda nak borak. Aku pun dah tapau ni. Aku makan dekat pantry je la nanti."
"Okay babe. Jalan elok-elok. Jangan kasi orang ngorat kau. Kalau ada mamat mana-mana kacau bagitau aku. Biar aku seligi kepala mamat tu."
"Merepek la kau Sab. Aku report dekat Nash je nanti biar dia yang sekeh orang tu. Ok jumpa kat office nanti. Have fun!"
Panggilan dimatikan.
"Sorry. My colleague. Tadi I dengan dia plan nak tapau sekali. Tapi dia terjumpa kawan sekolah dia pula. So dia pergi lunch dengan kawan dia."
"It's okay. Nasi ayam penyet you tu nampak sedap la. Rasa macam nak try juga la."
"You share je dengan I je la. Akak tu letak nasi banyak sangat. Sure I tak dapat habiskan."
"Sure ke ni?"
"Why not? Rezeki kongsi sama-sama apa salahnya kan. Lagi pun I jarang habis makan nasi akak ni. Dia suka bagi nasi banyak-banyak macam bukit. Dia sengaja nak kasi I gemuk macam dia. So kalau I gemuk, I boleh geng dengan you nanti sebab you join makan dengan I." Adra cuba bergurau. Dia tak tau ke orang perempuan ni sensitif bab berat badan tak kira. Nasib baik la sama-sama bergelar makhluk yang bernama perempuan.
"Hahaha. very funny. I agree. I cari air sekejap. I beli buah potong sekali for us. Buat pencuci mulut. Tapi kita nak makan dekat mana nanti?"
"Dekat tepi building tu ada gazebo. Biasa waktu macam ni tak ramai lagi orang. Kita kena cepat untuk chop tempat la. You beli air you cepat. Hurry up! I tunggu you dekat sana." Adra melangkah ke arah gerai nasi ayam penyet yang dibelinya untuk meminta bekas makan kosong.
******
"Nyum nyum. Mari kita makan. Kita bagi portion sama rata atau you nak nasi lebih?" Tanya Adra dengan ceria.
"Up to you dear." Aina senyum melihat gelagat Adra. Ternyata Adra memang bersikap peramah dan tidak menyombong diri walau dengan individu yang tidak sampai 30 minit dikenalinya. Dengan berhati-hati Adra membahagikan makan mereka sama rata ke dalam bekas kosong yang ada.
"Adra, thanks sebab ajak I makan sekali dengan you"
"My pleasure to meet you today. At least ada juga I teman join makan. Ala.. dont say like that la. Lets enjoy our food." Kata Adra dengan girang. Tidak sabar untuk makan. Kelihatannya Adra cukup berselera untuk makan.
"You kerja mana?" Soal Aina sambil menggigit tempe.
"Pejabat I dalam building ni. Company consultant oil and gas. I buat kerja admin je." Ujar Adra sambil menunjukkan arah pejabatnya.
"I see. Dah lama you kerja?"
"Almost 6 years." Balas Adra sambil mengunyah tempe goreng. Sesekali dia menghirup air bagi menghilangkan rasa pedas.
"Lama juga tu. Loyal worker."
"Zaman sekarang kalau nak harapkan duit suami seorang mana nak cukup kan. Kena la sama-sama membantu."
"Agree. But I thought you single lagi. Nampak macam anak dara lagi la." Puji Aina cuba membodek.
"You ni saja je nak suruh I belanja you makan setiap hari kan? Mana ada anak dara debab macam I ni?" Balas Adra sambil tersipu malu.
" Seriously. I really thought you was unmarried at first."
"Bila you cakap macam tu, maksudnya diet I macam dah berjaya ni. Hihihi..takdelah. Berangan je"
"You berapa orang anak?" Sambung Aina ingin tahu lebih lanjut.
"Two daughter."
"Husband you kerja apa?" Soal Aina.
"Despatch" jawab Adra ringkas sambil menyisip air.
"Oooo.." bulat mulut Aina sambil mengunyah perlahan kulit ayam crispy yang dibeli Adra tadi.
Ting...
Ting...
Ting..
3 chat dari telegram terpapar pada skrin telephone Adra. Mata Aina melirik pada telephone Adra yang diletak berdepan dengannya, cuba mencuri pandang. Adra mencapai telefon lalu dibaca seraya tersenyum.
Nash: Sayangggggg...buat apa tu. Dah lunch ke belum?
Nash: I dekat Putrajaya ni ada meeting dengan pegawai kementerian. Bosan dengar sembang berapi orang gomen ni. Sayang jangan lupa makan tau. I just drop by to say I love you and I miss you sayang.
Adra senyum membaca mesej dari Nash. Akhirnya muncul juga khabar rindu dari pujaan hatinya hari ni. Adra tahu hari ini Nash agak sibuk dengan kerjanya. Meeting sana sini. Awal pagi selepas subuh lagi Nash dah teks Adra beritahu dia agak sibuk hari ini. Kemudian pukul 8 pagi waktu Adra baru naik tren dia hantar lagi teks beritahu perkara yang sama berulang kali.
Haish my lovely badboy ni. Risau benar dia kalau aku tak take note agaknya. Nash... Nash...macamana tak melting kalau macam ni punya caring.
Adra: I juga rindukan sayang. I tengah lunch ni.
Adra: Hari ni I makan banyak tau. Nanti I besar macam peti ais jangan tak sayang eh.
Nash: Makan la banyak mana pun. Besar macam gerabak monorel pun I tetap sayang.
Nash: You wajib tahu satu perkara. Setiap hari adalah hari I love you I untuk you sayang. I love you sayang.
Adra tetiba rasa sebak bila membaca chat yang dihantar Nash itu. Tangannya diletak pada dada, cuba menahan hatinya yang mula bergetar hebat. Sebegitu sayangnya Nash pada dirinya begitu meruntun jiwa. Layakkah Adra untuk lelaki yang baik seperti Nash ini?
"Are you okay Adra?" Soal Aina apabila melihat Adra dari senyum bertukar sepi dengan air mata bertangkung pada tubir mata.
Adra segera mengelap airmata yang menitis pada pipi, dia hanya senyum dan mengangguk.
"Sedapkan kulit ayam ni?" Soal Adra sambil mengunyah perlahan, cuba mengalih perhatian Aina agar tidak bertanya lagi.
Ting...
Nash: Jangan noty and bagi orang lain ngorat sayang eh.
Tergelak kecil Adra membaca pesanan Nash. Sebiji macam ayat Sabreena kasi tadi. Entah apa la yang si Nash ni risaukan tentang Adra. Tak habis-habis takut Adra kena ngorat. Nash memang kuat cemburu. Bukan cemburu buta melulu tanpa usul periksa. Tapi cemburu Nash ini buat Adra rasa dirinya amat istimewa. Cemburunya lebih kepada protective. Cemburu yang membuatkan diri Adra berasa sangat disayangi sepenuhnya. Rasa sweet giteww.
Adra: Overnya dia. Takde siapa nak ngorat I yang kuat makan ni. Sayang je yang berani dan berjaya ngorat I.
Nash: Mana tau akak jual nasi tu berkenan dengan sayang. Dia nak jodohkan dengan anak lelaki bujang dia ke apa. Kalau kucing jantan mengiau depan kaki sayang pun I jeles tau.
Adra menekup mulut menahan lucu. Geli hati membaca. Dia tahu Nash hanya bergurau tapi dalam masa yang sama dia tahu Nash serius tentang perasaan cemburunya. Geleng kepala Adra dengan perangai si badboy pujaan hati.
Adra: Angguk. Tapi tadi ada sekuriti Nepal ni dia duk kenyit mata dekat I la sayang. Macamana ni? Hensem orangnya. Melting I dibuatnya.
Nash: Whatttt daa f@£¥π§%=##$!!!!
Adra: Alolololo. Jeles pulak dia.
Nash: Tunggu I datang smackdown mamat nepal tu. I pun dah lama tak stonecold stunner orang ni.
Adra: Sayanggggg... Dont eh. You own me from head to toe now and forever. Nothing gonna change my love for you. Wink wink!
Nash: Hamboi. Curi lirik lagu pulak dia. Okay lah. Nasib baik sayang pandai beli jiwa I. I dah kena masuk semula meeting ni. Sayang take care and be gud. I Love you!
Sejak terjalinnya perasaan cinta antara mereka, tidak pernah walaupun sehari Nash tidak mengucapkan kata I love you kepada Adra. Benarlah apa yang Nash katakan. Setiap hari adalah hari I love you Nash untuk Adra.
Adra: Love you so much more sayang!
Teks terakhir dibalas Adra dengan senyuman manis yang terukir hingga menampakkan kedua belah lesung pipit.
Aina senyap-senyap mencuri pandang perbualan dengan Nash tanpa disedari Adra untuk seketika. Adra kembali meletakkan telefon. Aina cepat-cepat berpaling berpura-pura seperti tidak peduli dengan apa yang berlaku.
"Adra, I really like your personality. Thank you so much for the food. Your are very kind and nice person I've ever meet."
"It just a small favour la. Nothing much pun. Jangan puji I lebih-lebih la. Next time you pula beli makanan" Balas Adra cuba bergurau.
"I harap kita boleh terus jadi kawan baik you lepas ni."
"Boleh. Tapi dengan satu syarat. Syaratnya you pula belanja I makan lepas ni" Adra tertawa kecil.
Perasaan gembira terpancar dari wajah Aina. Dia turut gelak ketawa mesra bersama Adra sambil tersisip senyuman sinis yang hanya dia yang tahu apa yang sedang difikirkannya.
Share this novel