Bab 26 - Maaf

Romance Series 38806

Hari ini hari jumaat. Waktu kerja agak singkat. Nash nak balik awal sebab dah janji dengan Adha nak belikan dia ikan.

Semalam Adha meraung menangis tak berhenti bila ikan puyu kesayangannya mati kerana melompat keluar dari akuarium tanpa sedar. Tahu-tahu ikan dah kiok atas lantai di bawah meja makan. Puas Nash memujuk nak beli ikan lain baru lah Adha berhenti menangis.

Nash menghela nafas. Sedikit rasa stress dengan beban di pejabat. Sesi ujiguna akan dilaksanakan tidak lama lagi. Masalah bugs masih belum selesai lagi. Karenah birokrasi juga ada macam-macam. Ada je perubahan yang diminta di saat-saat akhir. Baik dari peringkat atasan mahu pun intergrasi melibatkan unit sub program lain.

Di dalam biliknya kini terdapat seorang lelaki sedang duduk berhadapan dengan Nash. Nash sedang memarahi staf tersebut.

"Sekarang ni apa masalah dengan aku punya staging? Banyak permission yang kau tak allow. Nak kena cakap satu-satu. Kau reti ke tidak ni? Kalau tak reti biar aku je yang buat. Pergi jahanam la dengan kau punya prosedur ISMS tu. Menyusahkan aku je." Rungut Nash kepada Ashraff. Pegawai yang bertanggungjawab menjaga komputer pelayan dan firewall agensi.

"Hang sabaq la sat. Aku tengah penin nak check port mana yang tak allow. Sebelum ni php 7 aku buat tadak masalah aih." Jawab Ashraff sambil memeriksa pada skrin laptop.

"Aku tanya hari tu kau cakap semuanya boleh. Aku run dekat local takde masalah. Dekat staging kau buat tu banyak plugin tak function. Dah masuk production nanti macamana?"

Tok tok!

"Ye Nani. Ada apa?."

"Encik Nash, saya dah set sso dalam portal. Tapi tak berjaya. Bila klik keluar error 404."

"Field email tu dah update? Email tu update kepada ic. Token dan email dah boleh buang. Kita tak guna."

"Maksud encik kita tak perlu field tu semua?"

"Ye token dan email tu buang. Submit button kan dah ada. Lepas tu exclude sekali dekat xrsf setting."

"Saya try login tadi ada error. Undefined array key ic."

"Itu maksudnya program tak jumpa key ic. Dia tak boleh keluarkan apa yang kita request. Awak check dulu error code line 150 apa ada kat situ. Dah buat kerja coding dekat 5 tahun. Takkan itu pun tak reti lagi."

"Baik encik."

"Ingat, sebelum 25hb ni kita ada testing. Lagi seminggu je."

Wanita bernama Nani mengangguk perlahan sebelum beredar.

"Aku bagi kau masa sampai pukul 3 nanti. Kalau tak, aku up dalam meeting minggu depan apa yang kau dah buat. Tak payah nak buat muka kesian. Pandai-pandai la kau jawab dengan pengarah nanti." Sambung Nash memarahi Asyraf. Dia memang selalu bertekak soal kerja dengan Asyraf.

Developer dan SysAdmin memang ditakdirkan takkan pernah hidup secara aman bersama.

"Okay. Aku faham. Hang ni awat hari ni hangin semacam ja. Gaduh dengan bini ka?"

"Bila last kau kena terajang?" Nash memandang wajah Asyraf dengan serius.

"Ala gurau sikit ja noh. Jangan marah. Aku check balik yang hang minta tu. Sabaq naa." Asyraff mengambil laptop lalu mengangkat punggung untuk keluar dari bilik. Tak berani dia nak lebih-lebih dengan Nash hari ni.

Nash merenung skrin komputer. Sesekali dia meraup wajah. Boleh nampak wajahnya serabut. Ada banyak hal yang perlu difikirkan.

Kringg! Kringg!

"Hello, boleh bercakap dengan encik Nash?"

"Ye saya bercakap."

"Maaf mengganggu. Encik Nash sedang sibuk ke?"

"Sibuk juga. Tapi ada apa yang saya boleh bantu? Boleh saya tau dengan siapa saya bercakap?"

"Sabreena."

"Sabreena?" Nash berkerut. Rasanya tiada staf bernama Sabreena yang dia kenal.

"Ini sabreena officemate Adra."

"Hmmm..." Nash berdengus. Mendengar nama Adra disebut Nash sudah dapat jangka apa yang dimahukan.

"Kau busy ke? Aku nak tanya pasal kau dengan Adra ni."

"Adra suruh kau call ke?"

"Bukan. Aku sendiri. Aku tak sanggup tengok Adra sedih. Kita straight to the point, apa yang dah jadi sebenarnya?"

"Dia tipu aku. Belakang aku dia keluar dengan lelaki lain. Lagi aku marah, aku yang hantar dia untuk jumpa orang lain. Pantang nenek moyang aku kena tipu. Kalau kau, tak rasa sakit hati ke?"

"Kau tengok depan mata ke?"

"Ada orang Whatsapp aku gambar dia dengan mamat mana entah minggu lepas."

"Kau percaya? Kau tak tanya dia atau selidik dulu ke?" Ujar Sabreena dengan nada tenang.

"Kalau dah terang-terang gambar dia pegang tangan dengan lelaki, buat apa aku nak selidik. Kalau itu husband dia, aku takde la marah sangat."

"Siapa yang bagi kau gambar tu?"

"Entah. Nombor aku tak kenal."

"Dah tu kau tak kenal tapi kau terus percaya? Tak pelik ke nombor tak kenal tiba-tiba hantar gambar Adra dengan lelaki lain dekat kau? Apa motif dia?"

"Ini bukan masalah mudah percaya. Bukan pasal motif. Ini soal dia tak berterus terang. Kalau dia jujur, dia patut beritahu aku. Bukan aku yang tahu sendiri."

"Kau ni kalau ye pun waras la sikit. Macamana dia nak explain kalau nombor dia pun kau blocked? Come on Nash. Aku tau kau bukan jenis mudah nak percaya tanpa usul periksa."

"Dia patut beritahu aku awal-awal. Bukan sembunyikan dari aku."

"Nash, Adra dah cerita pada aku. Apa yang aku boleh cakap, kau salah faham ni. Bukan kau je. Siapa-siapa pun dalam situasi kau mesti akan salah faham punya."

"Isunya bukan pasal aku salah faham. Isunya tentang kejujuran. Aku tak kisah seburuk mana latarbelakang dia. Tapi aku tak boleh terima kalau dia berahsia dan menipu."

"Ye betul aku faham. Mungkin Adra pun silap tak beritahu kau dari awal. Okay macam ni la... Aku tak nak panjang-panjang. Apa yang kau nak Adra buat untuk back to normal?" Sabreena memberikan cadangan.

"Pengakuan jujur. Tu je. Simple." Tegas Nash.

"Aku faham kalau kau rasa apa yang Adra buat tu red flag untuk kau. Tapi boleh kau bagi dia peluang untuk jelaskan semuanya?"

Nash berfikir sejenak. Kalau ikutkan hatinya masih panas membara. Memang red flag la. Setiap hari berkasih sayang bagai nak rak. Tup tup insan yang setiap hari dia cinta dan rindu ada pasang lelaki lain. Kepercayaannya telah dipermainkan sewenang-wenangnya.

Tapi dalam masa yang sama dia nak tahu juga siapa lelaki yang bersama Adra tempohari. Berani-berani pulak nak pegang tangan Adra. Yang Adra pun satu, apehal kasi mamat tu pegang tangan dia?

Tapi sekarang ni Nash sedang peningkan hal kerja. Jadi dia kurang sikit fokus tentang hal dia dan Adra sekejap. Dia pun tak mahu masalah peribadinya mengganggu konsentrasi di tempat kerja.

"Adra mana? Biar aku cakap dengan dia."

"Dia mc hari ni. Semalam dia menangis teruk sebab kau. Aku harap dia tak buat benda bodoh. Sebab tu aku nak kau cepat-cepat selesaikan hal ni sebelum jadi hal lain yang lebih buruk."

"Apa maksud kau?" Nash mula risau.

"Panjang ceritanya. Aku cuma nak kau beri peluang pada Adra. Cuba kau call. Dia ada kat rumah tu."

"Okay. Aku call dia sekarang."

"Haa.. macam tu la Nash yang aku kenal. Aku tahu kau sayangkan dia. Kau ni saja je nak suruh dia pujuk kau kan?. Dengan Adra boleh la jadi badboy pujaan. Dengan aku sorry la. Tapi bila aku tengok, badboy apanya kalau dalam hati serupa taman bunga."

"Hanat la kau sab."

"Hahaha.. okay la aku ada kerja. Jangan lupa call Adra. Bye."

Talian dimatikan.

Apa maksud Sabreena sebelum jadi hal lain yang lebih buruk? Benda bodoh apa yang Adra nak buat?

Nash menutup pintu bilik.
Dia bingkas segera mendail nombor Adra.

Adra termenung di balkoni rumah. Pandangannya sayu memandang padang permainan kanak-kanak di bawah.

"Mama, turun la teman kitorang main buaian." Suara kanak-kanak kecil memanggilnya dari bawah.

Melilau pandangannya mencari suara yang memanggil. Dia melihat kedua-dua anak perempuannya berada di bawah. Si kakak sedang melambai sambil menolak buaian si adik dengan riang.

"Kakak... Adik.... Kenapa main kat bawah tu? Dah nak masuk tengahari. Panas ni. Nanti demam." Jerit Adra dari tingkat atas.

Si anak tidak menghiraukan bebelan Adra. Mereka terus asyik bermain.

"Hish anak dara dua orang ni. Tunggu la mama turun nanti."

Trit trit!

Telefon Adra berbunyi. Dia bergegas masuk ke rumah mencapai telefon di atas meja ruang tamu.

"Adra, ms Ju ni."

"Ya ms Ju."

"Boleh saya tau tarikh untuk payment dua puluh hilux tu? MD I minta tanya. Sebab dah seminggu overdue ni."

"Oh.. payment tu I baru dapat email dari finance. Release by tomorrow. I'm sorry ms Ju for this matter. My CFO baru masuk kerja. Dia takde seminggu admit di hospital. Tapi ms Ju jangan risau. I jamin esok tengahari duit dah masuk. Kalau takde you boleh call I segera."

"Noted. Thank you Adra." Balas Ms Ju ringkas.

Ada menghela nafas lega. Mujur dia dapat mencipta alasan munasabah. Syarikat pembekal dah bising tentang bayaran sampai nyaris nak failkan tindakan undang-undang.

Dia menjenguk ke padang permainan. Anak-anaknya sudah tiada. Mungkin mereka sudah naik lif untuk pulang ke rumah.

Trit trit!

Melihat nama yang tertera pada skrin dengan pantas Adra menjawab panggilan tersebut.

"Sayanggggggg....." Suaranya sebak. Terasa lama dia menanti panggilan dari Nash. Adra mula mengalirkan air mata. Gembira dalam kesedihan.

"Sayangggg... I minta maaf."

"Noo.. I yang patut minta maaf. I buat sayang kecewa. I banyak buat salah pada sayang." Tangisan Adra semakin kuat memecah sunyi rumah.

"Shhh... Sayangggg.. sudah le tu. Toksah le menangis. I bukan mati pun. I ada untuk sayang. Tak pernah sekali pun I terdetik untuk buang sayang. Maafkan I atas keterlanjuran I." Pujuk Nash.

Dia tidak mahu Adra terus dirundung kesedihan akibat perbuatannya yang tidak mengendahkan Adra. Dia sedar kesilapannya. Benar kata Sabreena. Dia perlu lebih waras dan rasional dalam hal ini.

"Sayang dah makan?" Tanya Adra sambil ter'sok sek sok sek' dengan sisa tangisan yang masih ada.

Nash ketawa terkekeh-kekeh.

"Punya la lama I merajuk. Soalan makan yang sayang tanya." Usik Nash.

"Eiii... Sayang ni." Adra's blushing time kembali lagi. Merah padam muka Adra. Geram betul si Nash ni. Kalau depan mata memang dah lama kena cubit-cubit.

"Alololo.. blushing lettewww." Usik Nash lagi.

"Menci lah sayang ni. Turn I pula la nak merajuk."

"Sayanggggg.. jangan la merajuk. We're good-good now, right?"

"Dah la tak reply text I berhari-hari. I punya la risau macam nak gila takut apa-apa jadi pada sayang. Buatnya I mati tiba-tiba ke.. macamana sayang nak tau? Time tu menangis airmata darah pun tak guna dah sebab I dah mati. Lepas tu boleh pula sayang blocked nombor I. Dah la sayang marah-marah I dalam fon. I sedih sangat tau. I dapat rasa betapa sayang marah dan benci I sangat-sangat waktu tu. I ni dah takde siapa-siapa lagi yang nak sayang I. Sayang je tempat I bergantung kasih. Sampai hati sayang. Lepas ni biar I pula blocked sayang. Biar sayang rasa apa yang I rasa." Adra sambung bebel lagi.

"Sayanggggg.." lembut sahaja panggilan Nash pada Adra.

"Iyo. Apo dio?" Adra buat-buat garang.

"I minta maaf buat sayang risau. I mengaku I silap. Terlalu ikutkan emosi. Jika I mampu mencintai, kenapa tidak I sanggup memaafi." Ujar Nash dengan bersungguh-sungguh.

Dalam hati Adra hampir melompat kegembiraan. Rajuk Nash sudah tiada. Badboy kesayangannya sudah kembali menceriakan diri. Lega hati Adra tidak terperi. Bagaikan sebuah pelangi indah yang muncul selepas hujan.

"Sayang, I yang bersalah. I dah tau sebab apa sayang marahkan I tempohari. I boleh jelaskan pada sayang hal sebenar-"

"Shhhh..stop membebel jap. I tau sayang rindu nak bebelkan I. Tapi berbalik pada soalan sayang tadi, I dah makan ke belum. Jawapannya I belum makan lagi." Nash memotong percakapan Adra.

"Sayang.. dengar lah I nak explain ni-"

"Sayang dengar tak I cakap apa tadi? I belum makan lagi." Sekali lagi Nash memotong kata Adra.

"Kalau belum makan, sayang pergi la makan. Takkan sayang nak tunggu I datang suap?"

Nash diam tidak menjawab. Adra pelik. Tiba-tiba Nash senyap. Seperti dia mahu Adra meneka fikirannya.

"Sayanggg.. Are you-"

"Sabreena bagitau sayang MC hari ni kan. So...."

"Sayang, you mean-"

"Sayang teman I makan eh. Pukul 2.30 lepas solat jumaat I datang ambil sayang.. I cakap dengan boss nak halfday. Lantak lah apa jadi kat office ni. I naik motor eh. I bawa laju tau. Kena peluk kuat-kuat nanti. I pergi solat jumaat dulu. See you later sayang. Luv you so much. Mmmuuaahhh."

"I love you much more sayang. Take care and be good. Mmuahh."

Hati Adra begitu berbunga-bunga. Dia memeluk handphone ke dada sambil tersenyum tak berhenti.

Wow!

Sukar untuk dipercayai. Begitu mudahnya Nash memaafkannya. Tak banyak drama pun. Cuba kalau Adra yang merajuk. Sebulan pun belum tentu habis agaknya. Itulah bezanya merajuk lelaki dengan perempuan. Adra bersyukur marah Nash padanya tidak lama.

First time ni Nash ajak dating naik motor. Nak pakai baju apa eh?

Adra memandang jam di dinding. Tanpa berlengah dia menuju ke bilik air bersiap-siaga untuk menemui kekasih hati badboy pujaannya. Hati Adra gembira tidak terkata..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience