Bab 3 - Hanya Aku

Romance Series 38806

Adra bersandar dengan mata dipejam, melepaskan lelah. Dia baru selesai memasak makan malam untuk suaminya dan kemudian menidurkan anak perempuan keduanya Adelyna yang baru berusia 8 bulan di dalam buaian.

Begitulah rutin harian Adra sebagai seorang isteri dan juga ibu. Penat bekerja 8 jam di pejabat masih belum hilang, dia perlu menjalankan tanggungjawab di rumah pula.

"Ma, pergi mandilah. Tidur sini buat apa? Abang nak makan lepas ni." Daniel menepuk perlahan pipi isterinya Adra.

"Kejaplah abang, mama penat ni." Adra longlai.

Entah kenapa hari ini dia terasa cukup letih. Padahal sebelum-sebelum ni lagi banyak kerja di pejabat yang dia perlu siapkan tetapi bila balik kerumah melakukan tugas harian yang serupa, Adra masih lagi bertenaga.

Mungkin Adra terasa letih kerana sejak balik dari lunch siang tadi, mindanya tak berhenti berfikir tentang rayuan Faisal. Hatinya berbolak-balik, hendak ditolak hati masih terasa sayang tetapi jika dia ingin kembali menyambung cinta terlarang ini mungkin juga sakit lama berulang kembali malah impaknya lebih teruk lagi.

"Pergi mandilah Ma.."Suara Daniel sedikit keras.

Adra yang malas mahu berbalah, bangun berjalan ke dalam bilik untuk mengambil tuala dan mandi. Sempat dia titipkan pesanan pada suaminya supaya jangan bising kerana Adelyna baru nak lena.

Air pili dibuka, Adra menadah kepalanya di bawah pancuran air, sedikit lega bila kepalanya basah. Hilang sakit kepala, badan mulai terasa segar. Selesai mengenakan pakaian tidur, Adra terus ke dapur untuk menghidang makan malam buat suaminya, Daniel.

"Lama betul mandi. Abang dah lapar." Daniel menarik kerusi dan duduk dimeja makan.

Adra hanya diam, tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan dan menuang air sejuk di dalam cawan. Dia duduk melabuh punggung sebelah Daniel, menemani suaminya makan.

"Tak makan sekali?" Soal Daniel sebelum menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Menu malam ini hanya simple saja, sambal sardin dengan sayur kubis goreng bersama telur dadar. Menu permintaan suami yang teringin hendak makan sambal sardin air tangannya.

"Kenyang. Abang makanlah, Mama teman." Adra seronok melihat suaminya begitu berselera makan.

"Sedap tak Mama masak?" Adra menguji.

"Bolehlah.." Begitu bersahaja jawapan Daniel.

Adra sudah sedia maklum dengan jawapan suaminya kerana setiap kali ditanya memang itu sajalah ayat yang diberi. Kalau tak sedap tak kan bertambah nasi berpinggan. Ego lelaki sukar difahami.

Sudah hampir 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Adra sudah terlebih faham dengan perangai suaminya ini yang nampak saja tegas tetapi berhati taman. Berkahwin pada usia yang cukup muda, Adra yang berusia 20 tahun dan suaminya 25 tahun dengan perbezaan usia antara mereka cuma 5 tahun sedikit pun tidak menghalang mereka untuk menterai hubungan yang halal.

Sepanjang perkahwinan mereka acap kali mereka bergaduh kerana hal-hal kecil yang kesudahannya Adra sendiri menjadi air, memujuk suaminya yang sentiasa merajuk walaupun kesalahan itu bukan berpunca darinya.

Suaminya bekerja sebagai seorang posmen. Tidak pernah sedikit pun Adra memandang pekerjaan seseorang itu sebagai halangan untuk dia menyayangi dan menyintai suaminya sewaktu mereka bercinta dulu. Apa yang penting pada Adra ialah hati yang baik, jujur dan ikhlas menerima dirinya.

Kali pertama Adra bertemu dengan suaminya ketika Daniel menegur Adra kerana dia sering melihat Adra yang sentiasa menunggu ketibaan dirinya di depan pagar dan bertanya "ada surat untuk saya ke abang?"

Adra yang pada ketika itu baru berusia 19 tahun, menjalin hubungan cinta monyet jarak jauh dengan kekasih hati bernama Azlan yang tinggal di Kuantan. Mereka bertemu di laman Myspace dan saling berutus surat setiap 2 hari sekali meluah rasa cinta dan berkongsi cerita masing-masing.

Hinggalah pada satu hari abang posmen datang ke rumahnya kerana sudah agak lama Adra tidak lagi berdiri di pagar menanti abang posmen. Ini kerana dia dan Azlan sudah berpisah apabila tiada sefahaman antara mereka disebabkan rasa cemburu kerana masing-masing jauh dimata.

"Assalamualaikum." Salam diberi.

Adra keluar menjenguk, melihat siapa yang datang memberi salam.

"Waalaikumsalam. Eh abang posmen? Rasanya tak ada lagi kot surat untuk saya. Atau ada surat untuk keluarga saya ke? Abang letak saja dalam peti surat tu, nanti saya ambil." Kata Adra dengan senyuman manis terukir hingga keluar lesung pipitnya.

"Eh bukan, saya bukan nak hantar surat cuma nak tanya kenapa dah lama tak berdiri tunggu dekat pagar ni macam biasa?" Soal Daniel gugup.

Adra diam. Tak disangka rupanya selama ini abang posmen mengambil berat tentang dirinya biar pun hanya 6 patah perkataan saja yang dituturkan pada abang posmen setiap kali mereka bersua.

Bertitik tolak dari situlah, perkenalan mereka semakin rapat. Dari abang posmen, panggilan manja bertukar kepada Abang dan Mama, dalam masa 6 bulan berkenalan mereka mengikat tali pertunangan dan kemudian mendirikan rumah tangga. 5 tahun pertama adalah yang paling mencabar buat Adra dan Daniel kerana Adra tidak bekerja setelah disahkan mengandung setelah lama mereka mencuba.

Demi menjaga kandungan dan kesihatan Adra yang mengalami alahan teruk, Daniel menasihatkan supaya Adra berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga saja. Tetapi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, masalah duit selalu menjadi punca mereka bergaduh. Daniel semakin tertekan dengan gajinya yang tidak cukup menampung kehidupan mereka bertiga setelah kehadiran anak perempuan pertama mereka, Adriana.

Daniel kerap kali berkira soal duit apabila Adra meminta untuk membeli keperluan dia dan anak. Adra berasa kecil hati kerana Daniel pasti mengungkit dan mengamuk kerana selalu menyusahkan dirinya tetapi apa yang diminta adalah tanggungjawab seorang suami untuk menyediakannya. Tidak tahan dengan ungkitan dan baran Daniel, Adra memutuskan untuk bekerja bagi membantu meringankan beban yang di pikul suaminya.

Dan hingga kini Adra masih setia berkhidmat di syarikat yang sama dengan memegang jawatan sebagai pegawai setelah dinaikkan pangkat. Hidup mereka bertambah serinya apabila Adra disahkan mengandung anak kedua tahun lalu. Rezeki yang tidak disangka oleh Adra kerana mereka berdua tidak merancang untuk mempunyai anak lagi selepas Adriana. Ternyata Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya, kehadiran Adelyna begitu mengembirakan hati Daniel dan seluruh ahli keluarga Adra dan mentua.

Hidup Adra juga berubah 360 darjah menjadi semakin sibuk sehinggakan dia mula rasa tertekan akibat terlampau penat lantaran suaminya Daniel tidak membantu dari segi penjagaan anak kecil mereka, Adelyna. Daniel menolak setiap kali Adra memerlukan pertolongan suaminya walaupun hanya untuk sekejap supaya Adra boleh mandi dan makan dengan tenang tanpa Adelyna merengek mahu berkepit. Kadang kala Adra menangis sendirian di dalam bilik air ketika mandi, melepaskan tekanan perasaan yang dirasai. Dengan hanya menangis barulah Adra akan berasa lebih lega.

Ingin mengadu pada keluarga sendiri Adra malu kerana takut dikatakan sebagai wanita lembik kerana ibunya sendiri beranak seramai 7 orang anak tapi masih mampu menguruskan hal rumah tangga tanpa mengeluh walau sedikit pun. Pada rakan pejabat pula tiada siapa yang Adra percayai kerana takut kisah rumahtangganya di jaja serata tempat, lagipun Adra tidak mahu mereka memandang serong seorang Adra yang berperwatakan ceria di pejabat.

Lama-kelamaan Adra semakin biasa dengan kehidupan baru yang dilaluinya kini. Dia cuba membahagikan masa antara kerjaya dan tugas seorang isteri dan ibu dengan lebih baik walaupun kadang kala Adra mengeluh juga dengan tekanan yang dia rasai. Tapi sehabis daya Adra akan cuba menanganinya dengan baik.

Adra mengemas meja makan setelah suaminya selesai makan. Lauk lebihan disimpan, pinggan kotor di basuh dan dapur dibersihkan sebelum dia masuk tidur manakala Daniel keluar ke beranda depan menghisap rokok.

Adra sudah keletihan, dia ingin masuk tidur kerana esok masih ada satu hari lagi untuk bekerja sebelum hujung minggu datang menjelma. Adra berjalan menuju ke balkoni depan ingin memanggil suaminya yang masih lagi belum sudah merokok.

"Abang nanti bawa masuk Adelyna dalam bilik tau. Mama nak buat susu untuk Adelyna kejap." Lembut Adra memberitahu.

"Hmmm..." Dingin jawapan Daniel, matanya masih pada handphone.

Begitulah sikap suaminya Daniel. Semakin hari semakin kurang berkasih sayang apatah lagi bergurau senda. Adra sudah lali dengan hubungan dingin mereka yang sudah lama begitu semenjak Adelyna di lahirkan. Bila di ajak berbincang, Daniel akan berjanji untuk berubah tetapi sikapnya masih sama.

Adra bukan mahu mengada-ngada bermanja seperti anak kecil tetapi dia hanya mahukan seorang lelaki yang boleh mendengar, memahami dan memberi sokongan serta tunjuk ajar ilmu agama buat dirinya yang masih jahil tentang agama. Adra mahukan pelindung.

Tetapi semua itu tidak pernah Adra rasai sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka. Adra dibiarkan sendirian menguruskan segalanya kerana Daniel mahu isterinya menjadi seorang wanita yang berdikari.

Jadi apa nilai seorang suami pada Adra jika dia yang melakukan segalanya sendiri? Jika ada insan lain yang lebih menghargai Adra selain suaminya sendiri, adakah kecurangan Adra bersama Faisal dulu adalah satu pilihan yang harus dipersoalkan?

Di dalam bilik Adra membelek handphone. Dia hampir terlupa untuk membalas chat mamat bengang siang tadi, lalu aplikasi telegram di buka.

Ping..

Ping..

Ping..

Ping..

Berderet-deret notifikasi yang masuk.

Mamat bengang: Dari semalam terapung u memang tak nak kasi i turun eh?

Mamat bengang: U make me crazier

Mamat bengang: I can't breathe right now. Can't describe.

Mamat bengang: Rindu....

Gulp! Adra menelan liur membaca chat terakhir yang dihantar Nash petang tadi.

Apa sudah jadi ini?

Takkan baru satu hari mereka berkenalan sudah ada rasa rindu dalam hati. Sesungguhnya Adra juga turut terasa rindu cuma dia tidak pasti adakah rindu dengan ayat-ayat manis Nash atau pun pada Nash sendiri?

Adra tidak membalas chat yang dihantar Nash. Dia keletihan, esok sajalah dia membalas. Harap Nash sudah mendarat ke bumi apabila dia tidak membalas chat yang dihantar lagi kerana tiada kata-kata manis dari Adra untuk buatkan Nash terapung dek angau cinta lagi buat masa ini.

Adra memasang earphone, mula mendengar lagu yang akan menemani malamnya ini....Hanya Aku!

## Hanya Aku - HyperAct ##

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku, hu-uu, hu-uu
Apakah mungkin berulang janji setia?
Apa 'kan kekal ataupun menyambut duka?
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku, hu-uu, hu-uuHu-uu, hu-uu
Hu-uu, hu-uu
Hu-uu, hu-uu
Hu-uu
Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya 'kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku, hu-uu, hu-uu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience