"Sayang, kenapa you nampak so stress, husband you buat hal lagi ke?" Faisal menegur saat melihat Adra masam mencuka melalui panggilan video.
"I penat la. Dengan kerja, nak jaga anak, uruskan rumah lagi. Adelyna ni lasak sangat, asyik nak bergayut jer dengan I. Tak boleh nak berenggang langsung. Tak boleh buat apa langsung. I don't have "me" time at all." Keluh Adra mengharapkan Faisal memahami apa yang sedang dilaluinya.
Hati Adra sedikit berlembut dengan Faisal, sementelahan dia memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah dan Faisal lah satu-satunya lelaki yang memahami dan mengetahui segala kisah hidupnya.
Adra tidak mampu mengelak Faisal dari muncul kembali dalam hidupnya setiap hari, biarlah mereka berkawan semula buat masa ini.
Walaupun Adra masih meragui huluran cinta Faisal yang mungkin berpaksikan nafsu dan bukan cinta yang ikhlas seperti dulu namun pada Adra apa salahnya dia memberikan peluang itu.
Faisal senyum.
Seraya itu hati Adra berdebar apabila melihat senyuman Faisal, senyuman itulah yang selalu buat Adra penasaran.
"Ah, betapa aku saat bersama Faisal dulu!" Hati Adra berkata-kata.
Adra tahu Faisal masih berharap dan menunggu untuk kembali menyambung cinta terlarang yang putus di tengah jalan dahulu kerana Adra masih belum memberi jawapan.
"Sayang, why not you come to my place. I can massage you. Bagi you more relax. You tak rindukan my massage?" Faisal memberi cadangan.
Tidak dinafikan Faisal memang pandai dalam 'shiatsu', jari-jemarinya yang kasar itu sudah cukup membuatkan setiap urutan pada tubuh terasa lega.
Setiap kali berjumpa, Adra ternanti-nanti Faisal untuk membelai tubuhnya dengan urutan istimewa kerana perlakuan Faisal yang agak buas dan rakus sering membuatkan tubuh Adra kelenguhan selepas bersama.
Adra berfikir sejenak, sejak akhir-akhir ini tubuh badannya kerap lesu dan tidak bermaya. Tentu enak jika diurut seluruh badan. Tetapi Adra juga bimbang dengan apa yang bakal berlaku selepas diurut kerana seperti sebelum ini , kesudahannya Adra terkulai layu dalam pelukan hangat Faisal.
"Sayang, esok datang rumah I okay. My wife shift pagi, anak-anak I semua dekat kampung.We got a lot of time for massage, aside I nak masak untuk you juga. Lagipun dah lama kita tak spend time bersama kan? Please sayang..." Faisal memujuk lembut.
Sekarang Adra rasa menyesal pula kerana menjawab panggilan video dari Faisal, itu pun setelah berkali-kali Adra tidak menjawab panggilan Faisal.
Mamat ni tidak pernah kenal erti putus asa kerana sejak dari mula perkenalan mereka dulu, Adra puas menepis tetapi Faisal tetap berusaha memujuk rayu dan menggodanya.
"Sayang...please.." Faisal mula pamer wajah sugulnya.
"Hmmm..okay lah. Make sure you massage je tau, jangan lebih-lebih." Lama-kelamaan Adra tak dapat menahan pujuk rayu. Kerak nasi jika direndam air, ia akan lembut jua. Adra akur dengan cadangan Faisal.
Inilah kelemahan Adra, selalu tidak sampai hati menghampakan permintaan orang walaupun dia tahu bahana yang bakal menanti di kemudian hari.
Setelah berbual beberapa ketika, Faisal meminta diri untuk menamatkan panggilan video kerana dia perlu bergegas ke dewan pembedahan sebentar lagi.
"Sayang, esok I jemput dekat stesyen tren okay. I belikan nasi kerabu favourite sayang sekali." Ujar Faisal sebelum menamatkan panggilan.
Adra senyum, Faisal tidak pernah lupa makanan kegemarannya.
"Faisal..Faisal.. kenapa hati ini masih sukar untuk menolak dirimu!" Jerit hati Adra.
*****
"Hi Sayang.." Faisal senyum lebar, hatinya girang bila melihat wanita pujaannya.
Faisal menyapa saat Adra masuk ke dalam kereta. Adra melabuhkan punggung tersenyum melihat wajah keterujaan Faisal.
"Hi.." ujar Adra sambil memakai seat belt. Hati Adra begitu girang apabila kembali bertemu dengan kekasih hatinya setelah sekian lama tidak bersua.
Faisal merapati Adra, satu ciuman lembut singgah di dahi dan juga pipi Adra. Amalan biasa yang mereka lakukan ketika bersama dulu, itulah yang Faisal lakukan pada setiap kali awal pertemuan mereka.
Adra memejamkan mata saat menerima kucupan hangat, lembut dan lama pada dahinya dan juga pipi. Dapat dia merasakan ciuman itu penuh dengan kasih sayang.
Jemari kanan Adra dipaut kemas di dalam genggaman Faisal, dicium sekilas menunjukkan tanda kasihnya.
Sudah lama Adra tidak merasai kehangatan cinta dari Faisal dan kini ia kembali hadir.
Kereta bergerak menuju ke rumah Faisal yang hanya mengambil masa 15 minit saja dari tren stesyen. Faisal masih tak berhenti senyum, terpancar wajah gembira.
Sesekali tangan Adra dikucup lembut. Jelas Faisal tidak sabar untuk meluangkan masa dan bermadu kasih bersama pujaan hatinya yang pernah ditinggalkannya dahulu.
"I dah beli nasi kerabu feveret sayang, dengan kuih akok sekali." Begitu lembut tutur kata Faisal.
Adra hanya senyum, sememangnya dia sedang kelaparan.
"Senyap saja sayang, kenapa ni? Penat ke?" Faisal memicit lembut tangan Adra, sesekali dia menoleh memandang Adra yang sedang duduk bersandar di sebelah. Adra sedang tekun menatap sambil menaip sesuatu pada handphone.
"Pening la. My boss suruh I masuk half day juga, ada meeting nak kena attend pukul 2.30 nanti dekat pejabat." Adra mengeluh.
Faisal menoleh pada Adra. Dahinya berkerut seribu.
"I baru nak masak untuk lunch nanti, ayam I dah keluarkan dari peti ais. Takkan sayang tak boleh minta excuse?" Soal Faisal sedikit kecewa.
Adra mengeluh perlahan.
"Tak boleh, my boss insist. Tak apalah, you masak nanti for our next date eh." Adra memujuk.
Faisal mengangguk, senyuman masih lagi terukir manis. Dalam fikirannya sudah terbayang-bayang apa yang bakal dilakukan bersama Adra.
Sampai di lobi rumah kondonya, Faisal menghulurkan kunci pada Adra.
"Sayang naik dulu, I nak parking kereta kejap. Ingat lagi tak nombor rumah I?" Sempat Faisal mencium sekilas bibir Adra.
"Okay." Adra angguk, mana mungkin dia lupa kerana ini bukanlah kali pertama Adra bertandang ke rumah Faisal.
Sejurus pintu lif terbuka, kaki Adra melangkah masuk. Jarinya pantas menekan butang nombor 8. Sampai saja tingkat berkenaan, kaki Adra melangkah menuju rumah Faisal.
Salah satu sebab mengapa mereka sering bertemu di rumah Faisal selain hotel kerana kebanyakkan jiran-jirannya berketurunan Tionghua dan jarang berada di rumah pada waktu siang kerana sibuk bekerja.
Pintu rumah Faisal dibuka, Adra meletakkan kasut di dalam rumah supaya tiada siapa yang mengesyaki mereka berduaan di dalam rumah pada ketika ini.
15 minit kemudian, Faisal masuk ke dalam rumah. Dia mengunci pintu pagar dan memastikan tombol pintu ditekan rapat, risau sekiranya si isteri tiba-tiba pulang ke rumah pada waktu begini.
Mata Faisal tertumpu pada Adra, sedang duduk di sofa yang sedang kusyuk melihat handphone sambil bersandar.
Senyuman terukir di bibir Faisal, wanita yang dia sayangi dan rindu kini berada di depan matanya setelah berbulan-bulan usaha tanpa lelah memujuk hati wanita yang telah dilukai kerana keadaan memaksa.
Makanan untuk sarapan mereka berdua, telah tersedia di atas meja. Bukan Adra tidak biasa malah dia pernah memasak di rumah ini untuk makan tengahari mereka berdua kerana Faisal suka dengan masakan dari air tangan Adra.
"Sayang, tengok apa tu?" Faisal duduk disebelah Adra. Tanganya menarik tubuh Adra supaya bersandar pada dadanya.
"Reply text my boss." Pendek saja jawapan Adra.
Faisal perlahan mencium ubun-ubun Adra yang masih bertudung. Dihidu sepenuhnya keharuman dari rambut Adra. Dia begitu rindu dengan haruman itu. Tangannya menarik handphone dari genggaman Adra dan di letak pada meja sebelah sofa.
"I rindu kita begini. Sayang tahu tak, sepanjang kita tak bersama dulu memang I cuba lupakan you tetapi makin hari makin sukar. Hati I sentiasa ingatkan sayang, I rasa kosong, jiwa dan hati I sunyi tanpa sayang." Faisal berbisik lembut.
Adra yang selesa bersandar pada dada Faisal hanya mendiamkan diri. Sesekali dia memandang ke anak mata Faisal. Dia mahu mendengar luahan hati dan cerita dari Faisal. Sudah lama mereka tidak berbual mesra seperti ini.
"I dapat offer, kerja dekat pantai timur. Gaji naik 2 anak tangga tapi I tak decide lagi nak terima offer tu atau tak." Ujar Faisal.
"Kenapa? Inikan rezeki you sekeluarga, dah dekat dengan kampung you and good for your career. Wife you support tak?" Adra memberi pendapat.
"Banyak benda I kena fikirkan dulu, sayang. Kena fikir baik dan buruk sebelum I buat keputusan. Rumah ni, sekolah anak-anak, my wife ada setahun lagi kontrak dengan kerajaan.Banyak benda nak kena pertimbangkan, my wife ikut saja apa yang I decide."
"Lagipun I tak nak jauh dari you. Kalau I dah pindah ke pantai timur, macamana I nak jumpa you? Nak jaga you? Siapa yang nak tenangkan you bila I jauh dari sisi you?" Sambung Faisal lagi, ubun-ubun Adra di kucup lama.
Dalam hati Adra berbunga-bunga dan terharu mendengar pengakuan Faisal. Adra terbuai indah dengan kata-kata manis Faisal. Sungguh dia tidak menyangka betapa tingginya cinta dan sayang ditunjukkan oleh Faisal.
Mengapakah boleh terjadi perpisahan sebelum ini jika hati masih saling mencintai. Dia sangat berharap semoga kasih yang kembali bersemi ini akan kembali mekar dan utuh buat selamanya. Itu harapan Adra.
"I love you Adra. I masih sayangkan you, malah dalam hati I tiada sesiapa pun selain sayang." Faisal menarik wajah Adra lalu di kucup lembut bibir milik wanita yang dikasihi itu.
Adra seperti dipukau, hanya membiarkan saja perlakuan Faisal kerana dia turut rindukan belaian Faisal. Biarlah Faisal mengisi kekosongan kasih sayang yang Adra dambakan dari Daniel, suaminya yang dingin itu.
Bibir semakin bertaut rapat, saling merasai kemanisan saliva sesama sendiri. Ciuman yang sarat dengan rasa rindu dan cinta antara mereka. Tubuh Adra perlahan-lahan dibaringkan pada sofa dengan kucupan yang masih belum terlerai.
Faisal naik menindih tubuh Adra, tangannya mula menjalar ke segenap pelusuk tubuh genit Adra. Adra makin memaut rapat pada tubuh Faisal, dia ingin merasakan tubuh hangat lelaki yang dirindui ini. Gelora batinnya semakin asyik menikmati perlakuan Faisal. Apabila nafsu semakin menguasai diri dengan berlandaskan rindu dan cinta yang terlalu lama dipendam, Adra sekali lagi tewas di dalam pelukan asmaradana.
Adra tenggelam hanyut dengan nafsu walau dia pernah bertekad mahu melupakan Faisal dari hidupnya malangnya dia sendiri memecahkan tembok ketetapan hatinya yang sekali lagi. Batinnya tidak kuat melawan hawa nafsunya.
Adra pasrah dan merelakan segala apa yang sedang berlaku dan itulah yang didambakan sejak dari awal Faisal kembali mendekatinya dan kini pelayaran bahtera cinta mereka berakhir dengan senyuman penuh kepuasan.
Pasangan ini masih berpelukan erat, tiada kata yang terungkap namun senyuman yang terukir serta hela nafas yang dihembus cukup mengambarkan rindu dendam antara mereka selama ini akhirnya telah dilunaskan.
"Sayang, terima kasih." Ucap Faisal dengan ciuman bertalu-talu pada bibir Adra.
"Terima kasih untuk apa?" Adra bingung.
"Sudi kembali pada I semula, seperti dulu. I rindukan pada tubuh you dan belaian you. Dah lama I tak rasa you punya. Hanya dengan sayang I betul-betul puas. You're so tight." Kata Faisal sambil berbisik menggoda di penghujung kata.
Adra tergamam mendengar kata-kata Faisal. Apakah maksud dia? Adakah Faisal sekadar rindukan pada tubuhnya? Benarkah segala kata-kata manis yang diucapkan, atau hanya umpan untuk memuaskan nafsunya sahaja?
Hati Adra mulai bengang. Dia berasa amat tersinggung dan marah mendengar kata-kata Faisal, ditolak kasar sekuat hati tubuh Faisal yang masih menindih dirinya menyebabkan lelaki itu tersandar pada sofa. Lantas dicapai pakaian yang bersepah di lantai disarung ke tubuhnya dengan segera.
"Kenapa ni sayang? Kenapa marah-marah ni?" Faisal pelik apabila Adra berubah dingin sedangkan tadi Adra begitu manja dengannya.
Adra memusing tubuh menghadap Faisal. Mukanya menyinga dengan soalan bodoh Faisal tadi.
"You tanya kenapa? I thought you betul-betul sayangkan I tapi rupa-rupanya you cuma rindukan tubuh I saja! You cuma nakkan seks dengan I je. Tergamak you kan? You ingat I ni perempuan sundal you ke?" Naik seoktaf suara Adra.
Air mata Adra mula bergenang di tubir mata, hatinya betul-betul sakit mendengar kata-kata Faisal tadi.
Sungguh, Adra tertipu dengan lakonan Faisal sebelum ini.
Adra, kenapa kau terlalu bodoh masih menaruh harapan pada Faisal yang ternyata hanya mahukan tubuh badan kau saja.
Faisal menyayangi dirinya kerana nafsu dan bukanlah kerana cinta. Ternyata Faisal tidak ikhlas dengan apa yang diucapkan selama ini.
Dasar jantan celaka !
"Sayang, you salah faham ni. I tak bermaksud begitu. I memang sayangkan you." Faisal cuba menegakkan benang basah.
"Jadi kenapa you cari I semula? Hidup you dengan wife tak bahagia ke?" Adra cuba bertenang mengawal diri agar emosinya tidak menguasai diri.
"Walaupun I takde problem dengan wife, tapi I cintakan you. I rindukan you. I tak pernah lupakan you. Please sayang. Percaya lah pada I. I tak pernah tipu you" Faisal kembali menggenggam erat jari Adra.
Bullshit !!!!
Lelaki di hadapannya ini tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Tidak mustahil jika Adra di tempat isteri Faisal, tiada jaminan yang Faisal tidak akan berlaku curang di belakangnya. Buktinya sudah ada di depan mata !
Adra merenung dalam-dalam anak mata Faisal. Dia ingin melihat sejauh mana kejujuran dari sinar mata lelaki ini.
Tiada !
Lelaki ini sekadar berpura-pura setelah mendapat apa yang dia mahukan.
"Kalau betul you cintakan I, ceraikan isteri you !"
Sengaja dia memberi kata dua buat Faisal walaupun dia sudah mengetahui apa jawapan yang akan keluar dari mulut lelaki itu.
"You cakap apa ni? Mustahil I akan ceraikan wife I. Tak mungkin. You dah gila ke tiba-tiba nak suruh I bercerai. Cuba fikir waras sikit !" Bentak Faisal. Dia hilang sabar dengan kelakuan Adra. Tidak faham mengapa mood wanita itu berubah sekelip mata.
"I don't care, either me or her!" Adra terus keluar dari rumah itu tanpa menoleh ke belakang lagi.
Hatinya kecewa. Betapa sukar hatinya untuk melupakan Faisal kemudian lelaki ini muncul kembali namun dia dikecewakan sekali lagi.
Tidak ada yang lebih sakit daripada dikecewakan oleh seseorang yang kau fikir tak akan cuba menyakitimu buat kali kedua!
Share this novel