Bab 15 - Terbang

Romance Series 38806

Hari ini Nash tidak bekerja. Dia perlu menghadiri hari perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah Adam. Nash malas nak ambil halfday. Lagi pun esok cuti public holiday. Jadi alang-alang baik ambil cuti. Boleh sambung rehat lama sikit. Setelah selesai, Nash singgah menuju ke tasik berdekatan kediamannya untuk mengambil angin.

******

"You ingat tak apa you cakap pada I dulu masa mula-mula kita kenal?" Soal Nash sambil menjentik seekor kerengga sedang memanjat kakinya mendekati roti gardenia milik Nash. Terpelanting tinggi ke udara akibat jentikan padu dari Nash.

"There is so many things in our conversation. Which one? Be spesific please?" Adra ni cepat pelupa orangnya. Mana la dia dapat teka apa yang Nash maksudkan.

Adra merenung wajah Nash pada phone. Berdebar-debar Adra menatap wajah lelaki itu.

"Aduhai. Kenapa hensem sangat dia hari niiii.." Jerit hati kecil Adra sambil itu dia menyedut rokok untuk meredakan rasa berdebar melihat Nash. Padu dan lega. Melekat pada tekak.

Sambil membetulkan rambut yang ditiup angin, Nash berpaling ke arah tasik di belakangnya. Terasa nyaman pada wajah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Kelihatan seorang lelaki di pinggir tebing tasik sedang bersungguh-sungguh memutarkan mesin joran kerana umpannya sudah mengena.

"Fuh. Ini mau-mau patin 8 kilo yang naik ni kalau macam gitu gaya brader ni punya tarik." Nash bermonolog di dalam hati. Dia terlupa yang dia sedang video call dengan Adra.

"You" Panggil Adra.

Nash leka melihat aksi lelaki itu menarik umpan yang mengena. Lenyap seketika suara Adra dari pendengaran.

"Gila brader ni. Kasut Globe Rodney Mullen dia selamba pakai buat pergi mancing ikan je. Tau dek Rodney Mullen ni mau dia menangis kat bucu dinding nanti." Ngomel Nash pada lelaki tersebut.

"Mana dia dapat kasut ada signature Rodney Mullen?" Getus Nash di dalam hati.

Nash tertarik dengan kasut yang dipakai lelaki itu. Ia mengingatkan dirinya pada seseorang yang pernah dikenalinya suatu ketika dahulu.

Fikiran Nash mengimbau kembali kenangan zaman muda remaja belasan tahun di usia persekolahan. Zaman kenakalannya ketika terjebak dalam permainan sukan skateboard.

******

Rodney Mullen adalah Godfather of Street Skateboarding. Namanya tidak asing bagi semua penggemar dan penggiat sukan ekstrem ini. Pembaca boleh google nama beliau untuk maklumat lanjut. Bak kata pepatah, " Skate or die" ." 4 wheel good, 8 wheel sucks !"

******

"Youuu!!!" Sayup suara Adra kedengaran dari telefon. Nash memerhatikan gelagat si pemancing ikan sampaikan tidak sedar Adra sedang memanggil.

"Youuuuu!!!" Laungan Adra semakin lantang. Malangnya Nash masih tidak mendengar. Entah apa yang menarik minatnya sampai khusyuk sangat.

"Encik Nash ku sayanggggggg"

Tersentak lamunan Nash apabila mendengar panggilan manja sayang dari Adra. Lantas dia berpaling semula memandang skrin telefon.

"Ya sayang ku Adra" berkelip-kelip mata Nash mendengar Adra memanggilnya sayang. Gatai sungguh!

"Nak kena panggil sayang baru nak toleh. Apa yang you khusyuk sangat tengok orang memancing tu? I jerit banyak kali you buat dekk je" rajuk Adra.

"Errr.. sorry you. I bukan apa, tengok orang tu nak tarik ikan bukan main beriya lagi. I takut punya dia beriya-iya tarik tup-tup tengok dapat selipar je." Balas Nash dengan ketawa jahat.

"You ni... Tak baiklah kutuk orang tu. Dia tak kacau you pun. You tau ke memancing?"

"I tak reti pancing ikan. Tapi I sedang belajar nak pancing hati you. Susah betul." Usik Nash. Saja nak cari pasal dengan Adra.

"What? You ingat I ni apa suka-suka nak dipancing ?!!!" Tinggi nada suara Adra seperti marah.

Entah kenapa Nash rasa seronok pula melihat wajah Adra menahan marah waktu ini. Chumil je. Buat Nash rasa nak geget.

"Alololo. I gurau je la. Itu pun nak marah." Nash senyum manis melembutkan suara cuba memujuk.

"Tadi you panggil I apa ye? Macam sedap pula bunyi panggilan tu. Cuba you panggil lagi sekali" Nash kembali mengusik.

"You nak bagitau I apa tadi eh?" Suara Adra kembali normal. Malas dia nak melayan usikan Nash. Mamat ni kalau makin dilayan, makin teruk Adra disakatnya. Adra sudah semakin memahami perwatakan Nash. Dia memang jenis kuat menyakat.

"Oh ya. Tadi I tanya you, ingat tak apa you pernah cakap pada i masa kita mula-mula kenal." Balas Nash.

"Nash, I ni sejak dah beranak dua , urat I banyak yang dah putus. So, I jadi cepat pelupa. Banyak benda yang kita bualkan. Bagitau je terus apa. Toksah nak meleret berbunga-bunga bagai hokayy." Logik juga alasan Adra.

"Ok straight to the point. Dulu dari 70% you dah up kita punya common things jadi 80%. So sekarang ni dah berapa persen you?" Ujar Nash tanpa membuang masa.

"Lorr.. kalau itu yang you concern sangat lebih baik I letak 100% terus. You pun tak pening kepala. Puas hati?" Adra mengangkat kening.

"Adra, I meant it. Jangan cakap sebab nak jaga dan beli hati I je." Tak puas hati Nash dengan jawapan Adra.

"Nooo..I meant it too. Obviously memang ada banyak persamaan antara kita. I selesa dengan you. Walaupun at first you ni agak sombong sebenarnya." Adra mengerut kening mengecilkan mata bimbang jika Nash berkecil hati kerana dia terlalu berterus terang.

"Sombong?" Ujar Nash tidak percaya.

Direnung mata Adra sedalam yang mungkin dengan pandangan yang tajam meminta penjelasan.

Adra tidak bersuara hanya mengangguk, tersenyum menunduk malu menampakkan kedua belah lesung pipitnya yang manis. Pipi Adra kemerah-merahan menahan malu ditenung sebegitu oleh Nash.

Adra's blushing time !!!

"Adra...."

"Let me interrupt" Adra memotong kata sebelum sempat Nash bersuara.

Adra menarik nafas mengumpul kekuatan hati untuk berkata-kata.

"To be honest, I like your character. You look so arrogant from the beginning. The way you comment and reply me makes me feel you are special person which is very hard to approach as a friend. Very rare to find this type of man like you. Mostly semua lelaki yang DM I sibuk nak flirting je."

"That day first time we know each other memang I tengah bengang sebenarnya tapi tak mampu nak luahkan, so I tulis saja tentang lagu bengang tu. Then you reply me with your own definition tu betul-betul buat I nak DM you. Asking you more song and wanna know you further."

"At first you senyap tak reply DM I, but reply pula my comment at the same time. So I feel you ni memang sombong. I anggap you bukan jenis nak flirt dan melayan DM orang. You just stick with your own comment follow on context. You tak merepek yang bukan-bukan macam orang lain. But at nite after few hours, you baru nak reply my DM tu. I dah nak masuk tidur waktu tu sebenarnya. But it's really weird I was so happy later because what I thought about you earlier is totally wrong. You sangat berjaga- jaga bila berkata-kata. Tak tau lah maybe nak behave or takut nak borak dengan I. Ok done bebel and luah segalanya"

Phewwww...

Panjang lebar. Terasa lega bila dapat meluah rasa hatinya tentang Nash.

Terlopong sekejap mulut Nash mendengar pengakuan Adra. Kalau kerengga yang Nash jentik tadi merayap masuk dalam mulut pun entah-entah dia tak sedar.

Nash terdiam....

"Say something please Mr Nash"...

"Errr... I have no idea what to say. Rasa macam nak pingsan la pulak." Nash meletakkan semula roti gardenia sambal bilis kegemarannya. Tak sempat dia nak suap ke mulut kerana tergamam dengan pengakuan Adra.

Seekor burung gagak hinggap di atas dahan pohon di tepi tasik. Kemudian ia perlahan menghampiri bangku tempat Nash melabuhkan diri.

Dengan mata merah menyala dia merenung ke arah Nash. Nash kembali membalas renungan si gagak. Seolah-olah mereka ini seteru lama yang kembali bertemu secara tidak sengaja.

Pancaran dari renungan mata antara mereka menyebabkan berlaku satu gelombang arus elektrik yang bertembung antara satu sama lain. Bzzzz bzzzz !!!

Arkk arkkk .... arrkkk arrkkkk.....

"Apa benda kau ni Nash. Tiba-tiba nak malu-malu macam perempuan. Muka badboy. Baru kena confess ayat cintan cintun sikit dah lemah lutut sampai nak pengsan. Tak ganas langsung. Cuba kau tengok aku. Hidup wild and free."

Nash bagaikan mengerti apa yang diucapkan oleh si gagak.

"Diam la. Hidup pun bergelandangan. Tiap hari curi makan kat tong sampah. Tiap hari rasa takut kena tembak dengan penguatkuasa majlis bandaraya. Wild and free kepala acik kau. Kau jangan nak tunjuk pandai tentang hal manusia la. Kau makwe pun takde, lagi nak sembang lebat dengan aku." Nash membalas kata-kata gagak hanya dengan menggunakan renungan mata. Si gagak bagaikan mengerti dan berasa tersinggung dengan kata-kata Nash.

Si gagak mendekati Nash. Jarak antara mereka hanya dipisahkan dengan sebiji roti gardenia di tengah-tengah. Suasana semakin getir. Kedua-dua makhluk ciptaan Tuhan yang berlainan spesis tetapi sama jantina ini masing-masing seperti enggan mengalah. Masih memandang antara satu sama lain. Tidak diketahui apa yang sedang dan bakal berlaku nanti.

Arrrkkk...arrkkkkkk !!!

Semakin nyaring kicauan si gagak. Bunyi itu menjengkelkan Nash. Nash mengangkat tangan mengacah seperti mahu menempeleng si gagak tetapi gagak langsung tidak berganjak malah tetap memandang Nash dengan matanya yang kemerahan. Nampaknya Nash sedang berhadapan dengan bukan sembarangan gagak. Gagak yang tidak takut akan manusia.

"Blah la kau. Harap je muka macam rockstar. Rambut panjang tarik ke belakang ikat tocang. Berangan nak jadi Tamao Serizawa la tu." Si gagak mula mengepakkan sayapnya berkali-kali kemudian sepantas angin menerpa ke arah roti terus terbang menuju angkasa membawa roti bersama. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Nash hanya mampu melihat dengan wajah sugul, roti yang baru dijamah sedikit telah dicilok sang gagak.

"Celaka punya gagak Takiya Genji!. Moga kau mampus kena langgar dengan kapal terbang" marah Nash. Tak puas hati betul dia diperdaya hidup-hidup oleh gagak.

Arrkkk arrkkkk!!!

"Muka ganas rambut tocang dalam hati ada taman senang kena scam. Lepas la makan aku untuk hari ni. Kahkahkah !!!" Itulah jeritan suara gagak yang dapat difahami oleh Nash seorang ketika itu.

"Sialan!!! Kalau aku nampak kau kat sini lagi memang aku lastik sampai kojol. Aku sumpah keturunan kau hitam sampai kiamat." Balas Nash dalam hati, diperhatinya gelagat si gagak yang sengaja terbang berulang kali di atas kepala Nash bersama roti seolah mengejek.

"You... Sudah la tu. Roti tu bukan rezeki you. Kesian gagak tu lapar." Kedengaran suara Adra dari corong speaker sambil ketawa kecil. Terasa lucu Adra melihat gelagat Nash berhadapan dengan burung gagak.

Nash memandang kembali wajah Adra yang sedang mengekek mentertawakannya.

"You..."

"I'm still here darling..." balas Adra masih ada sisa kelucuan dalam hati.

"Bila you free? I teringin nak jumpa you. Nak borak dengan you depan-depan. Dalam erti kata lain I nak ajak you keluar date" dengan tak semena-mena Nash berkata. Tiber..

Dup dap dup dap Nash menunggu jawapan Adra.

"Err.. you.. waktu lunch i dah habis la. My boss dah tanya I kat mana ni. I nak kena cepat ni. Takut boss I bising pula. I'm so sorry. I minta diri dulu ye. Nanti kita borak lagi. See you later. Take care and be good. Bye." Dengan tergesa-gesa Adra menamatkan panggilan video.

Kini giliran Adra pula terpinga-pinga. Namun di dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu.

Terbit perasaan teruja bercampur bimbang. Teruja kerana menerima pelawaan dari Nash. Si badboy kacak yang kuat menyakat dirinya. Bimbang kerana seperti terlalu awal untuk keluar bertemu atau dating.

Walaupun Adra selesa banyak perkara yang dikongsikan sepanjang perkenalan mereka tetapi hati Adra masih ada sedikit rasa berbelah bahagi. Bolehkah Nash dipercayai? Ditakuti peristiwa lama berulang kembali.

Wajarkah Adra menerima pelawaan itu?

******

Nash melangkah ke tepi tasik menghampiri lelaki yang sedang memancing tadi.

"Assalamualaikum bang. Banyak dapat ikan? Nampak tadi boleh tahan besar ikan abang dapat." Nash menyapa dengan sopan.

Lelaki itu sedang tekun memasang umpan pada mata kail. Paip tembakau tersisip kemas di hujung bibir. Sekali pandang lelaki ini gaya seperti Clint Eastwood pula. Cuma tak pakai topi cowboy je dan takde pistol.

"Waalaikumussalam." Dia menjawab sambil bibir mengetap paip tembakau . Dia mendongakkan muka memandang Nash seraya mengerutkan dahi. Dia menarik paip tembakau keluar dari bibir apabila melihat Nash.

"Nash?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience