ARIFF melihat Mawar yang sedang masuk ke restoran malam itu. Dahinya berkerut.
"Sayang", tegur Ariff melihat Mawar didepannya.
"Kau pun ada. Sorry bro, tak tahu. Aku ingat only the 3 of us saja", Naim meletakkan Zarithh di kerusi.
"Ala bie. Sweetheart bukan janji nak dating dengan dia. Ni pun datang, sebab anak mama ni kan"
Mawar memeluk Kautharr yang sedang tersenyum riang memandangnya. Dia mengambil Kautharr dan didukung erat.
Hati Ariff sedikit sebanyak terasa dengan percakapan dan perbuatan Mawar, tetapi disabarkan juga.
"It's okay, duduk la", balas Ariff cuba memalsukan senyuman.
Makan la mereka ber-5 pada malam itu bersama. Mawar asyik melayan kedua-duanya anaknya itu.
Apa yang dibincang oleh dua orang jejaka didepannya tidak diendah. Baik layan anak-anak mama, lagi bagus!
---
"Doctor Rose. Qualcuno vuole incontrarsi nell'atrio (doktor rose, ada orang nak jumpa dekat lobi)"
Mawar yang sedang menanggalkan pakaian berwarna biru dibadannya setelah selesai pembedahan mengerutkan dahi.
"Now?", Mawar mengerling jam ditangan. 10 pagi?
'Siapa nak jumpa time macam ni? tak akan bie kot. Nak suprise la tu', Mawar teruja apabila terfikir.
"Yes doctor", balas staff nursenya itu. Mawar mengangguk dan terus melangkah turun ke lobi.
---
Mawar mendengus menyampah melihat gerangan yang menunggunya di lobi.
'Aku ingat bie, ish dia ni', Mawar mendekati figura yang tersenyum memadang ke arahnya.
Meluat!
"Tuan ni tak faham bahasa ya? saya baru lepas operation, penat tahu tak. Kalau tuan setakat nak pujuk, pergi balik lah", kasar saja mulut Mawar berbicara.
Ariff hanya menghadiahkan senyuman. Tahu sangat Mawar tidak suka kehadirannya!
"Kalau tuan nak senyum macam kerang busuk, baik saya blah", Mawar terus memusing badannya dan mula melangkah.
"I love you", terhenti langkah Mawar.
Terdengar ketawa sinis di bibir mungkil Mawar. "Are you joking right now? Because saya rasa lawak sangat"
"Ritorna in questo seno, cara", balas Ariff seakan merayu.
"Hahaha, tuan ni kelakar tahu. What? 'balik ke pangkuan abang, sayang', euw bernanah telinga saya tuan", Mawar memerli dengan tawa yang masih tersisa.
"You mean nothing to me", sambung Mawar yakin.
"But abang... ", Ariff mahu menyambung tetapi dipotong Mawar.
"Stop tuan. Geli saya dengar 'abang' 'sayang', konon. Berhenti guna gelaran tu. And the most important, saya tak akan sesekali kembali kepada tuan SELAMANYA", Mawar sengaja menenkankan perkataan 'selamanya'.
Mawar menghadiahkan senyuman sinis dan terus berlalu pergi dari situ untuk naik ke biliknya.
Ariff menghela nafas berat. Ya, dia sangat menyesal! Dia tak suka perwatakan Mawar yang baharu ini.
---
Ariff sudah kembali ke office tempatnya selama seminggu ini. Hanya tinggal 4 hari lagi masa untuknya di Italy, selepas ni dia perlu pulang ke Malaysia
Dalam Ariff memicit kepalanya, satu panggilan masuk. 'Ayah?'
"Assalamualaikum ya ayah", jawab Ariff mesra.
"Kamu busy?", tanya Aziz serius.
m
Ariff pelik dengan nada ayah mentuanya itu. "Banglang tak sibuk pun yah, ada apa?", tanya Ariff lembut.
"Kamu dah jumpa Mawar kan?", Aziz straight to the point.
Ariff mengerutkah dahi, mana ayah tahu? mungkin Mawar sudah cerita agaknya! sangka Ariff.
Kejap...
Jadi selama ni family mentua nya tahu dimana Mawar? Kenapa tak beritahu kepadanya?
Atau...
Mawar yang tak mengizinkan mereka memberitahunya? Ada kemungkinan juga!
"Ya yah, banglang dah jumpa", Ariff menjawab.
"Hmm, ayah tak nak suka tengok Mawar menderita lagi", lagi berkerut dahi Ariff mendengar ayat ayah.
"Maksud ayah?", Ariff bertanya lagi.
"Ceraikan anak ayah tu. Pulangkan semula dia dekat ayah", balas Aziz tekad.
Dia hanya mahu yang terbaik untuk anaknya. Selagi Ariff di sisi Mawar, selagi anaknya itu akan menderita.
"No ayah, banglang tak akan sesekali ceraikan Mawar", terkejut Ariff mendengar permintaan ayahnya.
"Apa guna perkahwinan kalau saling sakitkan hati masing-masing?", jelas Aziz berkata.
"Tak ayah, banglang sayangkan dia. Banglang janji tak akan sakitkan hati dia lagi", Ariff berjanji mengharap hati ayahnya berubah.
"Ayah tak akan mampu ubah keputusan dengan janji kamu tu. Semua ni dari mulut Mawar sendiri", Aziz teringat pagi tadi Mawar menghubunginya.
-flashback-
Mawar masuk kebilik kerjanya semula, dan menghenyakkan badan ke kerusi.
'Serabut la aku, tak faham bahasa. Minta tolong ayah la', Mawar terus mencapai iPhonenya dan mendial nombor ayah.
"Assalamualaikum sayang ayah", mesra saja Aziz menyambut.
"Waalaikumussalm my hero", Mawar menarik senyum.
"Ada apa call ayah ni? Sayang ayah ni tak sihat ke?", tanya Aziz lembut.
"Elok saja yah, baru dua minggu lepas ayah datang sini. Semalam kelmarin pun kita ada buat panggilan video", Mawar menggeleng.
"Dah tu kenapa call?", Aziz bertanya lagi.
"Amboi, dah tak boleh call sekarang", Mawar seakan merajuk.
"Eh mana ada ayah cakap macam tu. Ayah pelik, biasa waktu macam ni kamu sibuk dekat hospital kan?", Aziz memujuk sedikit.
"Memang dekat hospital pun, baru jumpa menantu kesayangan ayah tu", Mawar memerli Ariff yang sentiasa disanjung oleh ibu ayahnya itu.
"Pula dah, dia buat apa jumpa kamu?", Aziz mengerutkan dahi
"Biasa la yah, sibuk pujuk dia tu", Mawar berkata selamba.
"Ouh haah la yah, alang telefon ni sebab dia la", Mawar kembali mengingat tujuan nya menelefon ayah.
"Kenapa dengan dia?", Aziz tertanya-tanya.
"Alang nak cerai", ringkas Mawar berkata.
Terkejut ayah mendengar ayat yang keluar dari mulut anaknya. "Alang nak ayah tolong bagitahu dia", tambah Mawar.
"Kenapa suddenly?", tanya Aziz perlahan.
"It's not suddenly ayah. Memang dari dulu lagi kami sepatunya bercerai. Sebab kan Zarithh datang, kami tak jadi. So, I think now is the right situation", tegas ayah Mawar disitu
"Baiklah. Ayah hormat keputusan kamu, nanti ayah tolong maklumkan kepada Ariff", Azizi mengangguk menghormati keputusan anaknya.
"Thank yah, okaylah alang ada patient ni", Mawar meminta diri.
"ok, jaga diri. Assalamualaikum", ayah memberi salam.
Mawar menjawab salam itu dan terus mematikan talian. Rekod pesakit dipandang dan diteruskan kerjanya semula.
-end flashback-
"Sir", pekerja Ariff di syarikat Italy masuk ke dalam bilik
Ariff mengangkat tangan menahan wanita itu meneruskan cakapnya.
"Sorry yah, banglang ada kerja pula ni. Nanti kita sambung bincang fasal benda ni ya", Ariff sebenarnya terluka tetapi dikawalnya.
"Suka hati kamulah, ayah cuma sampaikan saja", balas Aziz
"Bye ayah assalamualaikum", Ariff mematikan panggilan selepas ayah menjawab salamnya.
"Yes, you may continue", Ariff mendongak memandang wanita itu semula.
---
"Along, boleh umi masuk?", tanya Aisyah lembut.
"Menempel dekat along ni, mesti walid tak balik lagi kan?", Naim ketawa mengusik uminya.
"Amboi, kurang asam ya?", Aisyah mencubit pinggang Naim geram.
"along gurau mi, ada apa ni?", Naim bertanya lembut.
"Umi nak cakap fasal kamu dengan Mawar", Naim memandang uminya disebelah.
"Tak payah pandang umi macam tu. Betullah umi nak cakap", Aisyah berkata bagi menjawab pandangan mata Naim.
"Kenapa dengan kami berdua?", Naim bertanya perlahan.
"Sengaja kan kamu berdua ni. Bila suami dia ada dekat sini, kemain berkepit kamu berdua kan? Berdua je kesana kemari", tegur Aisyah lembut tapi masih ada tegas dalam nadanya.
"Ma-mana ada mi", tergagap gagap Naim
"Gagap terus eh? Tak payah tipu umi, I saw everything Tengku Naim Arshad", terus nama penuhnya disebut.
Umi mahu menegur lagi, tetapi bunyi pintu utama dibuka menyejutkan mereka.
"Assalamualaikum, I'm home", Mawar masuk ke rumah.
"Waalaikumussalam, dah balik kamu Wa", Aisyah tersenyum memandang ke pintu utama dari sofa.
"Eh umi, bie pun ada", tegur Mawar mesra.
"Lambat balik hari ni?", Naim bertanya.
Mawar memandang jam di tangannya. 11:30 p.m! "Sorry bie, ramai patient", Mawar tersenyum.
"tak apa la. Dah, Wa naik rehat, mandi apa yang patut", Aisyah menyuruh lembut.
"Okay mi. Bie teman sweetheart makan boleh lepas ni?", sebelum melangkah sempat Mawar bertanya.
"Tak makan lagi?", tanya Naim geram.
"Tak sempat", Mawar tersengih pula.
"Haish, degil betul. Pergi mandi cepat, bie tunggu dekat meja makan", Naim menggeleng melihat perangai Mawar. Makan tak ikut masa!
"Thanks bie", Mawar menyengitkan mata dan berlalu naik ke atas
"Haish tengok la", Aisyah menegur bila melihat kelibat Mawar sudah tiada.
"Ala mi, biar la dia. Selagi tak melampaui batas, along layankan saja", Naim membela Mawar.
"Suka hati kamu la long, umi tak nak kamu terluka saja", Aisyah juga bangun dan berlalu naik ke bilik.
---
"Bie", Mawar turun dari bilik dan duduk di meja makan.
"Sweetheart, berapa kali bie tegur ni? Jangan la pakai macam ni dekat rumah. Ramai lelaki kan?", tegur Naim lembut.
"Ala bie ni", rungut Mawar.
"cuba tengok baju sweetheart", Naim tetap menegur.
Mawar memandang baju kelawar lengan panjang yang dipadankan tudung hitam pendek paras dada yang dipakainya.
"Ok saja", Mawar merungut lagi.
"Fine, bie lepaskan kali ni. After this ingat, baju tu pun boleh menampakkan bentuk badan sweetheart yang hanya layak dilihat oleh suami saja", nasihat Naim panjang.
"Ala lepas ni bie pun jadi husband sweetheart juga kan", selamba saja Mawar berkata.
"Dah dah, makan bie teman", laju saja Naim menukar topik risau umi mendengar perbualan mereka.
---
"Bro, apa cerita?", tanya Faiz melambuhkan punggung di kerusi depan Ariff.
"Cerita apa?", sesekali mata Ariff mengerling Kautharr yang sedang bermain di karpet didalam biliknya itu.
"Kau sengaja buat tak tahu kan?", Faiz mengangkat keningnya.
"Macam tu la bro, hari hari aku cuba pujuk dia", balas Ariff sayu.
"Kau kena sabar bro", Faiz memberi semangat.
"Memang aku tengah sabar ni. Tapi semalam bapa mentua aku kata, Mawar nak berpisah", tak sanggul dia mengeluarkan perkataan 'cerai' dari mulutnya.
"Maksud kau cerai?", tanya Faiz. Ariff mengangguk lemah.
"Kau kena try hard lagi, inshallah dia nampak effort kau", balas Faiz.
"Dia tak akan nampak, sebab she's already jumpa pengganti aku", Ariff menunduk sayu.
"Tak, aku yakin dia masih sayang kau", yakin saja Faiz mengeluarkan kata-kata.
"Aku pun harap yang keluar dari mulut kau tu betul", lemah saja Ariff membalas.
---
+Bie jumpa sweetheart kejap lagi. I love you
Tersenyum Mawar membaca ayat yang dihantar dari Naim, tertera nama 'Bie Naimku' di setkan.
-Okay bie
Laju dia membalas teks pesanan Naim dan menyambung semula menyarungkan kasut di kaki anaknya. "Jom sayang"
"It's okay mama. I want to stay at home", tolak Zarithh lembut.
"Are you sure? Don't regret it?", tanya Mawar semula.
"Yes, dida will come and see me this evening at park", Mawar hanya tersenyum nendengar janji yang telah diberikan Naim kepada Zarithh.
Memang selama ni Zarithh sangat rapat dengan didanya, tak mahu berenggang langsung. Lagikan pula Mawar sibuk dihospital, makin manja la anak itu dengan Naim.
"Alright princess, mama got to go", Mawar menghulurkan tangannya.
"Ok Mama, take care I love you", Zarithh menyalam tangan mamanya.
"Love you too", Mawar melambai dan melangkah keluar dari rumah.
---
"Sayang"
'Apa lagi dia nak ni?', keluhan dilepaskan.
"Hmm", balas Mawar dingin.
"Jom keluar", ajak Ariff lembut.
"Saya ulang lagi ya tuan, saya tak akan kembali kepada tuan", keras ayat ditutur Mawar.
"Awak ingat awak boleh lari dari saya?"
Mawar yang terasa tubuh Ariff mendekat terus melangkah ke belakang. Meremang bulu romanya melihat aura Ariff yang kali ini.
"Tuan kenapa ni?", tanya Mawar risau.
"Ouh kalau lelaki itu peluk awak, awak izinkan. Saya suami awak yang sah ni, kenapa awak lari?", pucat wajah Mawar mendengar nada serius Ariff.
Selama Ariff berjumpa dengannya semula, sekali pun lelaki itu tidak pernah berkasar dengannya. Tetapi kali ini berbeza, seakan melepaskan apa yang dipendam.
"Tuan nak apa sebenarnya?", suara Mawar sudah tidak kasar seperti tadi.
"Jalankan tanggungjawab awak sebagai seorang isteri", automatik Mawar berpusing mahu melarikan diri.
Ini saja caranya! Kalau dia guna cara elok, tak jalan. Baik dia gunakan cara kasar saja.
"Saya tak akan buat tuan", laju saja langkah meninggalkan Ariff.
"Wait Mawar", semakin laju langkah Mawar.
---
Tanpa sedar Mawar sudah berlari melintas dijalan raya tanpa memerhati sekeliling. Yang dia tahu, dia perlu lari dari Ariff!
Pin!!!
Bunyi hon kereta mengejutkan dan dengan sekali rentap dia sudah terhempas di bahu jalan.
Badan yang sakit tidak dipeduli, figura yang terbaring di atas jalan berlumuran darah menarik perhatiannya.
NAIM!
---
"Sayang, sabar ok", Ariff memujuk lembut.
Ketika ini mereka berdua di ruangan menunggu bahagian kecemasan.
"Shut up, I'll never forgive you if anything happen to him", keras Mawar berkata.
"Kaklong", meluru mereka sekeluarga datang ke arah Mawar dan Ariff.
"Umi, Wa minta maaf. Ni semua salah Wa", Mawar menangis teresak-esak memeluk umi
"Shh dah dah, along macam mana?", tanya Aisyah lembut.
"Doktor tak keluar lagi mi, ada dekat dalam lagi", seluruh badan Mawar lemah menahan perasaan.
"Salah kau, apa kau buat dekat along aku?", kasar saja Raudhah bertanya kepada Ariff
"Dear, watch your mouth", pantas Sirhan menegur isterinya
"Salah Wa angah. Bie selamatkan Wa, sampai sanggup gadai nyawa dia", Mawar terjatuh melurut kelantai.
"Sayang", Ariff menyambut Mawar risau.
"Don't touch me! I hate you so much!", Mawar menolak kasar lengan Ariff.
"Ariff balik dulu ya, biar kami sekeluarga tunggu sini", ujar Aisyah membantu Mawar.
"Baik aunty, uncle saya minta diri dulu", Ariff akur. Sedar akan dia orang luar dalam keluarga itu.
---
Mawar setia menunggu Naim di dalam wad. Doktor kata Naim berlaku pendarahan di kepala dan masih dirawat di ICU.
"Kaklong balik dulu, biar kakdik saja jaga along malam ni", Mariam menepuk lengan bahu Mawar.
"Tak nak, Wa nak jadi orang pertama yang bie nampak bila dia bangun nanti"
Mawar melihat tubuh yang sedang berselirat wayar di depannya itu sayu. Hatinya juga terseksa melihat keadaan Naim begitu.
Sama terseksa nya dia ketika keadaan Kautharr seperti diawal kelahirannya dulu! Pilu dan menyakitkan!
"Nanti kalau kaklong sakit macam mana?", Mariam jatuh kesian melihat keadaan Mawar.
"Biar! Kalau bie sanggup gadaikan nyawa dia untuk Wa, kenapa Wa tak boleh buat benda yang sama?", Mawar tetap mahu tinggal di hospital.
"Kaklong jangan macam ni, Zarithh dekat rumah tu tunggu mama dia", lembut Mariam memujuk.
"Kakdik tolong jagakan Zarithh boleh malam ni? Wa betul betul nak tinggal sini", Mawar merayu perlahan.
"Hmm, kalau kaklong dah kata macam tu. Okay, tapi jangan lupa makan, baju tadi kakdik dah bawa. Tu ada dekat sofa tu", Mariam menunjuk ke arah sofa di dalam bilik itu.
"Thanks so much", Mawar melakar senyum nipis di bibirnya.
---
"Assalamualaikum", Ariff masuk ke dalam bilik yang menepatkan Naim.
Pandangannya jatuh melihat Mawar yang sedang tidur berlandaskan tangan di tepi katil Naim.
"Sayang, bangun", Ariff mengejut perlahan mengoncang lengan Mawar.
"Bie, jangan tinggalkan sweetheart bie. Sweetheart cintakan bie", Mawar mengigau sambil memeluk lengan Ariff tadi.
'Dalam tidur pun nama tu saja yang ada dalam diri dia', desis Ariff.
Ariff menahan rasa didalam hati bila melihat kesanggupan isterinya untuk menjaga Naim tanpa menghiraukan diri sendiri.
Ariff menarik lengannya yang berada dalam genggaman Mawar perlahan.
"Tidurlah sayang, abang tunggu", Ariff mengambil selimut yang dibawa dan diselimutkan di tubuh Mawar.
---
Mawar terasa ada tangan menggengam tangannya, perlahan mata dibuka.
"Bie!", terkejut Mawar melihat Naim tersenyum memandang ke arahnya.
"Bie dah sedar. Alhamdulillah, kejap kejap sweetheart panggil doktor", Mawar kelam kabut menggosok mukanya dan bangun dari duduk.
"tak apa", perlahan saja suara Naim membalas.
"Bie okay ke? Nak air", Mawar duduk kembali dan menumpukan perhatian kepada Naim.
Naim menggeleng perlahan. "sweetheart sihat?", tanya Naim lembut.
Seingat dia sebelum dia pejam mata tadi, dia melihat Mawar sedang berlari melintas jalan.
-flashback-
Naim berjalan ke arah rumahnya kerana sudah berjanji akan keluar bersama Mawar.
"Ariff?", Naim terlihat Ariff sedang berlari seakan mengejar seseorang.
Mata melilau melihat orang yang dikejar oleh Ariff. Terkejut dia melihat Mawar yang sedang berlari ke tengah jalan raya.
Tanpa berfikir panjang Naim terus berlari ke arah jalan raya itu juga, dengan sekali larian. Dia terdengar bunyi hon kereta kuat menghala ke arah nya dan Mawar.
Naim pantas menolak Mawar ke bahu jalan, dan dia melihat lampu kereta yang silau menghala ke arahnya sebelum matanya perlahan-lahan terpejam.
-end flashback-
"Sweetheart sihat, kenapa bie sanggup buat semua ni?"
Menitis airmata Mawar melihat tangan Naim yang bercucuk jarum Iv memegang tangannya. Habis satu badan berlirat wayar.
"Hey, shh. Bie okaylah", Naim memaksa tangannya angkat untuk mengesat tangisan Mawar.
"Tipu, tell me why? Tengok keadaan bie yang macam ni pun buat sweetheart lemah tahu", Mawar mengusap lembut pipi Naim.
"Sweetheart jangan risau", Naim merasai usapan tangan Mawar dimukanya.
"Of course risau. Tengok, sepatah sepatah saja bie jawab. Nampak sangat bie memang tak larat, bie nak bangun pun susah", Mawar bangun semula.
"Nak pergi mana?", tanya Naim menarik tangan Mawar.
"Tak pergi mana pun, nak duduk sini. Rindu", Mawar membaringkan diri di atas katil didada Naim.
Terdengar ketawa perlahan dari mulut Naim. "Sweetheart... sweetheart...", Naim mengusap lembut kepala Mawar didadanya.
---
Ariff yang diluar bilik itu hanya terduduk ke lantai menangis.
'dayus ke aku ya allah kalau biar kan isteri bemesra dengan lelaki lain?', kata Ariff perlahan.
Ariff mengesat kasar airmata yang mengalir, tiada orang yang lalu kerana kawasan Naim ditempatkan adalah kawasan VIP.
"Apa lagi aku perlu buat ya allah untuk menangi hati dia?", Ariff meraup wajahnya kasar.
---
TO BE CONTINUE...
Sis harap korang suka bab ni. Sorry kalau pendek, sebab sis tak nak rosakkan storyline kalau banyak banyak. Korang happy tak? jangan lupa follow sis untuk sentiasa mendapat notification bila sis update chapter baru tau. Comment la banyak dekat bawah tu, sis janji akan balas :)
Share this novel