ARIFF yang sedang tertidur pantas tersedar apabila terasa genggaman tangannya dibalas.
"Sayang dah sedar?", tanya Ariff risau.
Mawar dengan perlahan membuka matanya. Cahaya terang memasuki kornea matanya sungguh pedih.
"Sayang buat apa dekat hospital ni?", tanya Mawar selepas membuka mata penuh dan sudah dapat agak tempat dimana dia berada sekarang.
"Sayang pengsan, remember?", jawab Ariff memandang kewajah isterinya. Mawar mengangguk
"yang", panggil Ariff lembut.
"Yes, doktor cakap apa?", tanya Mawar mahu tahu kenapa dia pengsan.
"Doctor says...", Ariff sengaja melambat-lambat untuk memberitahu Mawar.
"Abang, hurry up. Apa yang doctor kata fasal sayang?", tanya Mawar pantas bila melihat Ariff sengaja melambatkan percakapannya.
"we'll be papa and mama soon", ucap Ariff gembira dan dia rasa hanya berita ini sahaja cukup membuat dia berasa syukur.
"serious ni abang?", suara Mawar sedikit sebak dan mata Mawar sudah mula bertakung mendengar berita gembira Ariff.
Ariff menggangguk, Mawar terus memeluk Ariff penuh kasih sayang. Akhirnya, airmata lelakinya yang keluar dulu bila melihat wajah didepannya itu berada dalam pelukan.
"Sayang, mama yang mengandung. Papa awak pula yang menangis dulu", cebik Mawar melepaskan pelukan sambil mengusap perutnya. Airmatanya juga mengalir tetapi diseka dengan hujung jari.
"Thank you honey. Tak ada benda lain yang abang nak dah dalam dunia ni. Only our little family is enough", ujar Ariff dengan tangis masih tersisa.
"Shuhhh dah, tak more la sedih macam ni. We got the happy news right, bukan bad news", tangan Mawar mengesat airmata Ariff yang masih tersisa, satu kucupan dilepaskan dikelopk itu.
"Abang cuma rasa gembira sangat sayang. Sayang tak tahu seharian abang tunggu sayang untuk bagi tahu berita ni. Doctor says, sayang sekarang baru 43 hari or else baru masuk 7 minggu", Ariff tersenyum manis ke arah Mawar.
"Ya I know you always wait for me, baby pun tahu yang papa dah lama tunggu baby kan", tangan Mawar naik memegang pipi Ariff penuh lembut.
"Sayang nak pesan sikit ni, abang ingat tau. Walau apa pun jadi lepas ni, always sayang baby kita lebih dari semuanya ya", pesan Mawar memandang tepat ke mata Ariff.
"Kenapa sayang cakap macam tu? Of course abang akan sayang baby kita lebih dari nyawa abang, dia sebahagian dari abang la sayang", ujar Ariff ikhlas bagi meyakinkan Mawar.
"Sayang cuma pesan saja. Kita tak tahu apa yang akan jadi dekat masa depan kita semua. Kita mampu merancang, tapi Allah yang menentukan", kata Mawar lemah lembut.
"Dah tak nak cakap fasal tu. Tukar topic, bosan la topik mama ni kan baby?", Ariff mengusap perut Mawar yang masih kempis.
"Macam tu pula, ok la tukar. Our family dah tahu ke?", tanya Mawar menukar topik
"Lepas sayang pengsan, cikgu call dia orang dulu kan. So, of course they already know about this", Ariff menepuk lembut perut Mawar.
"Ala, baru rancang nak buat suprise konon. Dah kantoi pula, tak apa la next baby", kata Mawar.
"Yang ni belum keluar, dah rancang next baby eh. Abang ok, sayang la nanti tak larat nak bersalin setiap tahun", Ariff tersenyum sinis.
"Amboi gatal, ingat sayang ni kilang baby ke apa?", cebik Mawar.
"Eh siapa yang cakap dulu, bukan abang kan?", tanya Ariff tersengih pula.
"Whatever abang, ambil la menang tu", Mawar memberi kemenangan kepada Ariff.
"Sayang, you think ini Kautharr ke Zarithh?", tanya Ariff mengusap perut Mawar.
Selepas dia dapat tahu Mawar mengandung, dia semakin suka mengusap perut isterinya itu.
"Eh mana abang tahu I like that name?", tanya Mawar hairan bila Ariff menyebut nama yang disukai.
"Lupa la tu, you wrote it dalam buku yang sayang tulis untuk abang tu", terang Ariff.
"Ouh ok ingat. And sayang rasa ni Kautharr", Mawar memberi tahu rasanya.
"Kenapa Kautharr?", tanya Ariff.
"Sebab dia nak jadi teman papa. Kesian papa tunggu kehadiran dia lama sangat", Mawar tersenyum.
"Macam tu, papa setuju. Cepat keluar tau Kautharr, We are waiting for you", Ariff sekali lagi mengusap perut Mawar.
"Suka betul abang usap ya? Rasa apa time usap tu, bukan ada baby tendang apa pun lagi", Mawar memegang tangan Ariff yang berada di perutnya.
"Sebab dalam ni nyawa abang juga, that's why abang nak rasa dia. Kalau boleh setiap masa, abang nak pegang perut sayang. Lagi nanti bila dah nampak baby bump", balas Ariff mesra.
"Boleh abang, suka hati la nak buat apa pun", Mawar tersengih melihat ragam Ariff yang suka mengusap perutnya.
---
"Hai Mawar, apa khabar. Baby sihat?", tanya Terry tiba-tiba dan berada dihapadan Mawar.
Mawar terkejut dengan kehadiran Terry, tetapi lagi terkejut dengan pertanyaan Terry.
"Macam mana kau tahu aku lepak dekat pondok ni", tanya Mawar 'kau' 'aku' kerana peristiwa hari tu.
"Dan lagi satu banyak banyak pondok dekat sekolah ni, kenapa perlu duduk sepondok dengan aku?", tegas Mawar.
"You not answer my question princess", ujar Terry lembut.
"Ueww, siapa princess kau. Bla la", halau Mawar menyampah, lagikan sekarang Terry seakan tahu dia mengandung.
"Baby sihat?", Terry memegang perut Mawar
Mawar tersentak dan terus merentap tangan Terry yang berada diperutnya. Bila masa Terry sampai disebelahnya tah!
"Don't you dare to touch me!", Mawar memberi amaran keras. Dia bangun dan menjauhi Terry.
"Takut nya kita, princess ni time pregnant lagi garang rupanya", Terry tersenyum dan cuba menghampiri Mawar.
"Macam mana kau tahu? kau yakin yang aku pregnant?", tanya Mawar mahu menguji Terry.
"Aku sendiri yang tengok scan tu Mawar, I know it", tipu Terry.
Sebenarnya dia dapat tahu melalui kawan-kawan Mawar ketika Mawar berada di hospital.
"Yang kau sibuk dengan life aku kenapa?", tanya Mawar tidak berpuas hati bila Terry asyik mengganggunya.
'kau dengan cempedak goreng tu sama saja', desis Mawar.
"You know the answer, you are my princess Mawar", balas Terry yakin
"Kau memang suka confident tak bertempat, eh? bila masa aku setuju nak jadi princess kau", tanya Mawar menyampah.
"Lagipun kau pun dah tahu aku pregnant. So I'm married, aku dah ada husband pun", tambah Mawar lagi
"Ala apa hairan. Orang kahwin 10 tahun pun boleh cerai, ni kau kahwin baru nak masuk 6 bulan", Terry tersenyum sinis.
"Dah la stop merepek, penat la layan kau ni. Bla, aku nak siapkan kerja aku", Mawar kembali duduk di bangku dipondok sambil menghalau Teddy.
"Biar aku teman kau", Terry duduk di sebelah Mawar.
"Berambus la Terry! Apa yang kau tak faham bahasa ni?!", marah Mawar.
"Kau kahwin dengan siapa Mawar? Kenapa bila aku tanya, ramai yang tak tahu. Korang kena tangkap basah eh?", tuduh Terry melulu.
"Mulut kau jaga sikit ya, kenapa kau nak kena tahu. Tak ada kena mengena dengan kau langsung", Mawar tidak menjawab soalan Terry.
"Aku nak tahu siapa yang berjaya curi hati kau tu?", tanya Terry beria sambil mengoncang sedikit lengan Mawar.
"eiii semak betul la kau ni. Kau tak nak bla kan, biar aku yang saja yang bla", Mawar terus berlalu meninggalkan Terry.
'Kau sombong dengan aku, kau ingat aku tak boleh nak dapatkan kau ke?', desis Terry perlahan dengan nada jahat.
---
"Hoi makcik bedah bertiga. Baik korang mengaku, korang kan yang bagi tahu si Terry tu?", tanya Mawar sebaik sahaja masuk ke dalam kelas.
"Eh Wa, bukan kau siapkan assignment dekat pondok bawah tu ke?", tanya Wani menukar cerita.
"Jangan tukar tajuk please!", rungut Mawar geram.
Mawar memang sangat tegas dan garang kalau disekolah kecuali kepada kawannya bertiga ni, tapi ni betul menguji kesabaran.
"Salah Nurul, dia yang bagi tahu", jujur Mayraa bila melihat Mawar geram.
"Hoi, alak aku ni? Wani tu ha", Nurul menolak sedikit lengan Mayraa dan menunjuk ke arah Wani.
"Sedap mulut, dah aku pulak", cebik Wani
"Ish korang tiga, tak boleh harap langsung. Kali ni dia janji apa pula, emas? permata?", tegas Mawar
"sorry Wa", ucap mereka bertiga sayu.
"Aku bukan nak marah korang, tapi kenapa la dalam banyak banyak orang dalam sekolah ini. Korang kena bagi tahu dia?"
"kita orang kesian dengan dia", jawab Mayraa jujur.
"apa yang korang kesian? you guys tahu yang dia memang ada perasaan dekat aku kan?", tanya Mawar duduk di tempatnya.
"Aku tak kisah kalau satu sekolah sekali pun tahu status aku. Tapi bukan dia, dia tu psiko tahu tak?", tambah Mawar lagi.
"Tak salah pun Wa. Dio cuma risau kan kau, tu yang dia tanya kenapa kau boleh pengsan. Salah ke kita orang jujur?", tanya Nurul perlahan.
"Yes Nurul, it's totally wrong. Lepas ni kalau dia tanya lagi fasal aku, jangan cakap apa-apa", pesan Mawar sambil tangan membuka buku.
"Kenapa pula Wa kau benci sangat dekat dia? Aku tengok ok saja si Terry tu", tanya Wani pula.
"Korang ni lupa ke buat buat lupa? Aku bini orang la gila. Ni anak dalam perut ni, nak letak mana?", Mawar bertanya sambil menunjuk ke arah perutnya.
"Tu aku tahu la, tapi dia cakap. Dia nak kawan dengan kau saja", ujar Mayraa ditempat bersebelahan Mawar.
"Tak yah dengar la, kan aku dah cakap. Dia tu psiko, dia gila korang tahu tak?", kata Mawar yakin.
"Aik, sedap ya mulut cakap orang gila. Apa yang dia buat sampai kau cakap dia gila?", tanya Nurul memandang Mawar dihadapannya.
"Haah Wa, pelik aku ni?", sambung Wani pula yang berada di sebelah Nurul.
"Aku tak cerita lagi ya?", tanya Mawar memandang kebelakang melihat kawannya.
Mereka bertiga menggeleng. "Dia pernah cuba cium aku", jawab Mawar senada dalam nada cuba dikawal.
"What? Seriouly?", tanya Wani terkejut. Mawar mengganguk.
"Bila Wa?", tanya Mayraa pula.
"Time kita keluar tu, korang semua dah balik. Tinggal aku berdua, time tu la", terang Mawar.
"Dan sebab topik tu juga aku gaduh dengan Ariff, and because of that too. This baby came into my life", Mawar mengusap perutnya sambil tersenyum.
"Sorry tau Wa, tak tahu pula. Nampak dia macam ok dari luar, rupanya macam cicak kobeng", Nurul meminta maaf.
"Cicak kobeng? hmm, aku rasa macam sesuai nama tu dengan dia la. Boleh la lepas ni panggil dia cicak kobeng", Mawar tertawa kecil.
"Kau ni kan Wa, bab mengenakan orang nombor", Wani menggeleng.
"Wa", panggil Mukhriz tiba-tiba.
"Kau nak apa ni pakcik? aku tengah mengupas ni", cebik Mawar bila Mukhriz memanggilnya.
"Tu Tasya nak jumpa kau dekat pintu", balas Mukhriz.
"Ha ni lagi sorang cempedah goreng. Tah apa la dia nak jumpa aku sekarang ni", Mawar menyampah.
"Dia dekat pintu tu", Mukhriz menunjuk ke arah pintu.
"Menyemak betul la. Lopeh cicak kobeng, nak hadap kau pula. Sesuai la korang dua ni jadi BFF", Mawar melangkah malas ke pintu.
"Wa, jangan cari fasal dengan orang tu", pesan Mayraa.
"Ala kau lek saja", Mawar tersenyum sinis.
---
"Ha, lambat betul la kau ni. Ingat aku ni tunggul kayu ke? nak tunggu dekat sini berejam", marah Tasya bila Mawar muncul di depannya.
"Yang kau memekak kenapa? Ha, nak apa jumpa aku ni? kalau kau nak cari fasal, baik bla. Aku tak ada mood ni", Mawar memesan awal.
"Tu cikgu Camey suruh aku panggil kau. Kau ingat aku nak sangat ke tengok muka kau?", cebik Tasya.
"Dah tak payah mula, nak jumpa aku dekat mana? sekarang ke?", tanya Mawar mahu cepat beredar dari situ.
"Bilik guru la. Eh tak, tahun depan cikgu nak jumpa kau. Kalau tak function saja aku berdiri sini lama lama tunggu kau", Tasya menjeling.
"Mana tahu kau nak tayang muka ke? Kau suka suka acah bagus tak tentu arah, perasan diri kau cantik saja", perli Mawar tersenyum sinis.
"Kau jangan biadap sangat eh. Harap saja penolong ketua pengawas, tapi langsung tak boleh harap", perli Tasya pula.
"Aku layak sebab aku pandai and baik. Kau ada apa? setakat melekat dengan Terry tu 24 hours. Mesti kau lupa yang Syed tu pakwa kau kan? Patut la sampai sekarang dia tak dapat lupakan aku", perlian Mawar tidak berhenti.
"Kau ni Mawar, memang mulut longkang betul. Sini kau", marah Tasya terus menarik tudung Mawar.
"Auch! hoi cempedak goreng lepas la tudung aku!", Mawar cuba melepaskan genggaman Tasya ditudungnya.
"Apa kau panggil aku? cempedak goreng? dasar perempuan tak guna", makin kuat tarikan tangan di tudung Mawar.
"Lepas la gila!", bentak Mawar.
"haish korang. Ya allah, apa jadi ni? Tasya, lepas tudung Wa tu", ujar Syed yang baru lalu di situ dan cepat cepat menarik tangan Tasya.
"Kenapa you tahan I !? Patut nya you biar I tarik tudung perempuan tak guna ni!", marah Tasya bila Syed menarik tangganya.
"Stop tasya!", tegas Syed.
"Wa, kau ok?", tanya Syed prihatin kepada mawar.
"Aku ok, ni cempedak goreng ni yang tak relax", balas Mawar melirik ke arah Tasya sambil membetulkan tudungnya yang sudah senget.
"you tengok la mulut dia tu? lepas kan la I, I geram dengan dia ni", Tasya cuba melepaskan genggaman tangan Syed.
"Enough Tasya, sorry tau Wa", Syed meminta maaf kepada Mawar.
"It's okay kau tak salah pun. Cuma ada orang utan agak nya yang baru terlepas zoo"
Perli Mawar lagi sambil menahan tawanya kerana dia tahu Syed akan membelanya. Baru kau rasa!
"Kenapa you kena minta maaf, you pun dengar kan mulut dia kata. Bukan salah I la biy", Tasya cuba menyuruh Syed menyebelahinya.
"Apa you buat dekat kelas orang? That's means you yang mula dulu kan? dah jom balik kelas", Syed terus menarik tangan Tasya untuk beredar dari kelas Mawar.
'Hah padan muka kau cempedak goreng, perangai sama saja macam cicak kobeng tu. Menyakitkan hati betul', desis Mawar perlahan
Sempat dia betulkan tudungnya kembali sebelum terus berlalu ke bilik guru." Nasib tak ada cikgu lalu, kalau tak. Masak aku!"
---
"Ibu, nak cakap sikit boleh?", tanya Mawar kepada ibunya ketika sudah pulang ke rumah.
"Aik, cakap saja la", cebik Watie
"Hmm alang rasa nak macam roti jala ibu la. Boleh tak masak kan?", tanya Mawar meluahkan hasratnya.
"Mengidam la ni?", tanya Watie tersenyum memandang Mawar.
"Hmmm", Mawar menggangguk.
"Pergi suruh ayah beli barang, malam nanti ibu masakkan"
"Betul ni? Ibu nak masak untuk kaklang?", tanya Mawar kepastian.
"Iya Mawar Athirah, nanti karang kesian dekat cucu ibu dalam ni nak makan roti jala nenek kan?", Watiw mengusap perut Mawar
"Ok ibu, thank you. I love you, muahhh", Mawar mencium pipi ibunya.
---
"sedap nya roti jala ni ibu. Lama dah tak rasa"
Mawar memuji masakan ibunya setelah menyuap roti jala itu ke dalam mulutnya.
"cucu atuk ni nak roti jala ya. Ha suruh mama makan banyak", Aziz berkata mesra.
"Lepas ni kalau mengidam apa-apa. Bagi tahu saja ibu, boleh ibu masakkan", pesan Watie menyuap roti jala kedalam mulut.
"Alright bu, ni Ain mana pula? Tak makan sekali?", tanya Mawar prihatin.
"Rumah wan. Tah apa di bodek eh tah, ada la dia nak tu something dari wan tu", balas Aziz
"Ouh biar la dia", Mawar sudah faham bahawa adiknya rapat dengan wan mereka.
"Thank you my best ever parents, you are my love forever", tambah Mawar dengan lagi dengan seronok sehingga merecik roti jala keluar dari mulutnya.
"Ya allah tak sononoh punya anak. Kenapa la dalam banyak anak ibu, kau yang kahwin dulu. Tak matang langsung", Watie menggeleng.
"Heheh, jemput jemput"
"Macam mana la si Ariff tu boleh terpikat dengan kau ni?", tanya Watie hairan.
"Dah jodoh", jawab Mawar ringkas sambil menyuap roti jala kedalam mulut, yang berapa pun sudah tak terkira.
"Ya la tu? Ariff tu buta agak eh la ibu rasa", perli Watie sambil meletakkan tangan didagu seakan berfikir.
"Ayah! tengok ibu. Ibu nak cakap kaklang tak laku la tu", Mawar mengadu kepada ayah.
"Eleh mengadu ler tu", Watie tertawa kecil.
"Dah la yang sakat anak tu", tegur Aziz lembut.
"Haha, padan muka kena marah. Hahah", Mawar tergelak bila ayah menyebelahinya.
"Whatever, nanti ibu tanya dekat Ariff tu. Mesti dia cakap dia tak sengaja. Mesti dia nak pinang anak orang sebelah, tapi terpinang kau", Watie tetap menyakat Mawar.
"Baby, tengok nenek ni. Suka sangat sakat mama, atuk pula biarkan saja", Mawar mengadu kepada anaknya pula bila melihat ayah leka makan roti jala ibu.
"Eh mana ada nenek sakat mama, baby kena tahu mama yang mengada saja lebih", cebik Watie
"Malas la nak layan. Baik kaklang roti jala ni, lagi puas hati", Mawar mencebik dan terus menyambung makan roti jalanya.
"Gedik", perli Watie bergurau. Ayah hanya tersenyum melihat dua gelagat di depan matanya.
---
"sayang, how are you today? Sorry la student abang tengah final sekarang, busy sikit", ujar Ariff mesra sambil melangkah ke arah sofa ruang tamu.
"It's okay, sayang pun busy juga sekarang", ujar Mawar memandang Ariff yang duduk disebelanya.
Ariff terus baring di paha Mawar sambil kepala dipusingkan menghadap perut Mawar.
"anak papa sihat? Tak buat mama sakit kan?", Ariff berkata dengan anak di dalam perut Mawar.
Perut Mawar sudah nampak bentuknya kerana dah melepasi semester kedua, hampir 24 minggu atau lebih kurang 6 bulan.
Sekejap sangat masa berlalu, rasanya baru semalam mereka sedar kehadiran si dia didalam itu.
"Baby sihat kan, mana ada dia naughty. Saya budak baik la papa", Mawar mengelus rambut Ariff yang berada di pehanya.
"Cuma tu la, sayang baru habis trial kan last week. Tu yang macam pening sikit, makan pun tak teratur kadang", tambahnya
"Tak apa la. Dah lepas kan? So, lepas ni jaga pemakanan tu elok-elok. Awak tu mengandung, anak abang pula tu", Ariff tersenyum mengusap perut Mawar.
"Ya sayang tahu, ni pun dia dah ada strech mark dekat perut. Pusat sayang pun dah terkeluar tau", maklum Mawar.
"Seriously?"
Laju saja tangannya menyingkap baju blous yang dipakai Mawar keatas.
"Percaya?", keningnya dinaikkan.
"Tak apa la, nanti abang belikan ubat untuk kurangkan sikit strech mark tu kalau sayang tak suka. Tapi strech mark akan tetap ada"
"Pula dah? Siapa yang cakap tak suka?", Mawar tertawa kecil.
"Ya la, mengadu macam tak suka saja"
"I'm okay with that. Takut abang la tak suka, abang tu bukan boleh sangat", perli Mawar.
Orang lelaki kan? Dia orang tahu nak yang cantik saja. Ada cacat cela sikit, mula la cari lain.
"Eh? Kita pula yang kena, abang ok saja la"
"Kalau abang okay, ok la. Ayang tak cakap apa pun", Mawar mengangkat kedua bahunya.
"So, siapa yang hantar honey tadi?", tanya Ariff memandang wajah Mawar.
Mawar menunduk memandang suaminya di peha, "My parents", jawab Mawar.
"Ouh, lama dah abang tak balik kampung. Last bulan lepas kot tak silap abang, rindu dekat ibu ayah", balas Ariff jujur merindui ibu bapa mentuanya.
"Alololo, so sweet. Bertuah betul ibu ayah dapat menantu macam abang ni", Mawar mencubit lembut pipi Ariff.
"Memang bertuah, lagi lagi sayang. Dapat abang sebagai suami pula tu", Ariff memuji diri sendiri.
"Mula la tu, perah santan saja kerja dia", cebik Mawar menjuling mata
"Hehe, you're so cute honey", Ariff memeluk pinggang Mawar.
"Sayang jom", ajak Ariff melirik senyum
"Jom pergi mana?", tanya Mawar lurus.
"I miss you, dah berapa lama sayang tak layan abang?", Ariff senyum menggoda.
"Baby, bagi papa lepas rindu dekat mama kejap tau", tambah Ariff berpesan kepada baby didalam perut Mawar.
"Apa la abang ni?", Mawar menggeleng sambil tertawa kecil.
"Let's go", Ariff terus bangun dan menarik tangan Mawar untuk menuju ke tingkat atas.
---
"Abang", rengek Mawar di depan pintu.
"Yes, honey?"
"Kena keluar juga ke?", tanya Mawar membuat muka sedih.
"Aik honey ni, bukan semalam kata ok ke? Lagi pun abang keluar kan pergi pejabat, bukan merayap", pujuk Ariff lembut.
"Sayang rindu", Mawar memeluk Ariff erat.
"Apa la sayang ni. Tak lama, tengah hari nanti abang balik ya", Ariff membalas pelukan Mawar.
"cuba sayang cakap, kenapa ni? Biasa boleh saja lepaskan abang", tambah Ariff memujuk lagi.
"Tak tahu, baby ni tak nak lepaskan papa dia", Mawar melepaskan pelukan dan mengusap perutnya.
"Ye ke? Bukan mama dia ke?", tanya Ariff turut mengusap perut Mawar. Mawar menggeleng.
"Kalau baby tak lepaskan, papa kena pergi juga. Tapi kalau mama, mungkin papa boleh pertimbangkan", ujar Ariff melirik senyum.
"Abang ni, saja nak kenakan sayang. Okay la, sayang pun tak nak bagi abang pergi. So, please don't go baby", Mawar mengaku.
"Mana boleh honey, abang pergi kerja for you and our family right?", Ariff berlembut.
"Fine. But make sure balik awal", pesan Mawar.
"Ya honey. Dah sayang ada dekat rumah, buat apa abang nak duduk office tu lama lama?", Ariff tersengih.
"Dah pergi cepat sebelum sayang ubah fikiran", Mawar mencium tangan Ariff.
"Eh jangan macam tu. Take care honey, baby tolong jaga mama tau", Ariff mencium dahi Mawar sambil mengusap perut isterinya itu.
---
"Bro, kenapa kau masuk office ni?", tanya Farhan bila melihat Ariff di dalam pejabat.
"Salah ke aku masuk? Selama ni okay saja aku rasa", Ariff duduk dikerusinya
"Selama ni memang la kau bujang, sekarang kau dah kahwin", balas Farhan.
"La ada beza ke? Aku rasa dah hampir 10 bulan aku kahwin", tanya Ariff hairan.
"Ada la bro. Kau kena duduk rumah layan wife kau, dia kan tengah pregnant sekarang", Farhan duduk di depan Ariff.
"Ala, aku masuk sampai lunch saja la. Budak budak nak ajak bincang kejap", balas Ariff membuka jaket di badan dan disangkutkan di belakang kerusi.
"Pula? suruh saja la dia orang bincang sesama dia orang saja. Nak kena ajak lecturer juga buat apa?", complaint Farhan.
"Kalau student aku tu, memang tak la. Kita bukan ajar budak diploma, kita ajar budak master degree kot. Patut nya kau payah susah susah", tambah Farhan merungut.
"Ala aku kesian la. Dah la subject aku ajar ni antara paling susah, aku bantu la sikit sikit mana boleh", Ariff bangun dari kerusi.
"Suka hati kau la. Ni kau nak pergi mana pula?", tanya Farhan.
"Nak pergi library, kita orang bincang dekat situ. Kau suruh aku balik kan, ni aku nak settle kan cepat. Boleh la aku balik awal", kata Ariff mencapai beberapa buah buku.
"Ha elok la tu. Lepas ni kau tak payah datang dah, your wife need more attention than your student", Farhan juga bangun mahu keluar dari bilik Ariff.
"ya, aku faham", Ariff terus berlalu meninggalkan Farhan
---
"Sir, saya tengok sir asyik tengok jam saja. Kenapa? sir ada janji dengan orang?", tegur salah seorang pelajar Ariff.
"Eh tak ada, sambung", Ariff memandang buku di tangan kembali.
"Kalau sir ada janji, tak apa la. Sir boleh pergi dulu, kami bincang sendiri", seorang lagi pelajar berkata.
"Ish korang ni, dah sir kata tak ada. That's means tak ada la. Sir bukannya ada wife or girl friend yang tengah tunggu dia pun. Kan sir?", kata seorang pelajar yang meminati Ariff.
"Hmm ok la. I rasa kita dah lama bincang ni. Korang boleh balik, nanti lusa submit dekat I", Ariff menamatkan perbincangan apabila jam ditangan sudah hampir ke pukul 1.
'lish, bincang sampai tak tengok jam. Merajuk la tu nanti ni', desis Ariff.
---
TO BE CONTINUE...
Alhamdulillah, Mawar dah pregnant la... Sis pulak yang terlebih happy ni
Share this novel