"ASSALAMUALAIKUM", mereka bertiga memberi salam.
"Waalaikumussalam. Masuk la, Mawar dalam bilik tu. Pergi saja ketuk", jawab Watie sambil menyapu sampah dihalaman rumah.
"Wa, kita orang", Wani mengetuk pintu bilik Mawar.
"Masuk la aku dalam bilik air tengah cuci muka", laung Mawar dari dalam biliknya.
"Hai Kautharr", perkara pertama yang dilihat mereka adalah Kautharr yang berbaring dia atas katil.
"Oh my, comel nya anak buah aku ni", Nurul mengelus lembut pipi Kautharr
"Ye la, tengok bulu mata dia. Kecil-kecil lagi bulu mata dah lentik, mesti ikut kau kan Wa", puji Mayraa pula.
"Amboi korang, sedap puji anak aku. Mama dia tak nak pula", cebik Mawar sambil mengelap mukanya keluar dari bilik air.
"Kecoh la mama awak ni kan baby", Wani duduk disebelah Kautharr.
"Hello hello. Kalau nak cakap dengan anak speaking ok, aku pun tak pernah lagi cakap malay dengan dia", pesan Mawar gedik.
"Gedik betul mama Kautharr ni, menyampah la akak", Mayraa menjengkilkan matanya.
"Let them be dear, ignore them", pesan Mawar kepada anaknya.
"Dah tua tak sedar diri. Akak konon, menyampah aku dengar", cebik Mawar.
"Eh eh sorry sikit ya. Yang mak budak tu kau, kita orang ni semua akak lepasan SPM yang masih muda remaja ok", Wani membetulkan ayat Mawar.
"Whatever la. So, how result?", tanya Mawar kepada mereka bertiga.
"Before that, aku nak dukung Kautharr boleh?", pinta Nurul.
"Dukung la, jangan sampai dia jaga sudah. Aku suruh kau jaga nanti", Mawar melabuhkan punggung di birai katil.
Dengan perlahan-lahan Nurul mengangkat Kautharr di bawa ke dukungannya.
"Ha sambung, result korang mana?", Mawar mengulang semula soalannya.
"Kau ni, tanya result kita orang buat apa. Result kau dulu yang penting", Mayraa menggeleng.
"Aku tak hairan pun. Lagipun ayah aku kata dia nak tanggung aku sampai bila-bila, so buat apa aku nak kerja?", Mawar memberi alasan.
"Ya la kau. Nak kita tengok sama-sama, kita orang semua tak buka lagi", Wani menyerahkan slip keputusan Mawar.
"1.. 2.. 3..", mereka menayangkan result.
"What!!!!", jerit Mawar tidak percaya.
Merengek-rengek Kautharr dalam dukungan Nurul. "Woi, kau ni diam la sikit. Anak kau tengah tidur ni kan", tegur Nurul.
"Sorry sorry, aku excited. Korang berapa? nak tengok! nak tengok!", Mawar melihat kesemua result kawannya.
"Gempak la kita. Paling onz masing-masing", Mawar teruja melihat kawannya semua berjaya.
"Alhamdulillah, we did it", ucap mereka gembira.
"Straight A wei. Tak sia-sia hasil kerja kita sebelum ni, alasan tak boleh bawa", Mawar tertawa mengenangkan dirinya sewaktu memilih cost tahun lepas.
"Tu la kau, beria cakap tak boleh bawa. Pegi la, tengok ha straight A engkau", balas Mayraa turut tertawa.
"So korang nak sambung mana?", tanya Wani teruja.
"Aku sambung UIA maybe", balas Mayraa.
"Anak imam, faham. Kau pula?", Wani menunjuk ke arah Nurul.
"Aku masuk UTP kot kalau dapat", balas Nurul.
"Kau tanya orang, ni ha kau pulak?", Mayraa pula bertanya kepada Wani.
"Aku confirm nak sambung UM", balas Wani yakin.
"So Wa, kau pula last nak sambung mana?", tanya Nurul.
"Hmm", Mawar serba salah mahu beritahu.
"Cepat la Wa", gesa Mayraa.
"Ireland or Italy", balas Mawar perlahan.
"Best nya, kau nak sambung cita-cita jadi pakar bedah tu ya?", teka Wani.
Mawar menangguk. "Wah! good luck Wa, doa kita orang sentiasa ada dengan kau", balas Nurul mesra.
"Thanks korang, doakan kita semua dapat tau apa yang kita nak tu", Mawar tersenyum ikhlas.
"Inshaallah", jawab mereka.
---
"Anak dara ber-4 dalam bilik ni tak nak keluar ke?", Watie mengetuk pintu dari luar.
"Salah la aunty, tiga saja. Yang ni mak budak dah", Mayraa membuka pintu bilik.
"Lupa aunty. Aunty nak keluar dengan uncle. Korang macam mana?", tanya Watie mesra.
"Ibu nak pergi mana? Tak ajak alang pun", Mawar membuat muka merajuk.
"Tak pergi mana pun, kenduri depan ni. Tunang anak dia, nak ikut ke?", Watie tak kisah Mawar mengikut mereka
"Depan ni? tetiba rasa malas pula", Mawar menolak pula.
"Macam macam. Sekejap nak, sekejap tak nak. Aunty keluar dulu la ya kalau macam tu", Watie terus berlalu meninggalkan mereka.
--
"Mariam", panggil bakal mak mentuanya.
"Ye ibu? ada apa?" tanya Mariam sopan.
"Kenal kan ni kawan rapat ibu, aunty Wati", Puan Natrah mempekenalkan kawan baiknya.
"Assalamualaikun aunty", Mariam menyalam tangan wanita itu.
"Cantik. Sorry ya, aunty dengan uncle saja datang. Anak aunty dekat rumah tu tak bercampur orang", Watie meminta maaf kepada Mariam.
"Eh tak apa aunty, saya tak ambil hati", Mariam tersenyum ikhlas.
"Wati, dah jom makan. Ni Mariam, dah makan ke belum?", tanya Puan Natrah lembut.
"Ibu makan la dengan aunty dulu. Nanti saya datang", Mariam turut membalas sopan.
---
Petang itu Mawar hanya berehat dan terdengar telefon bimbitnya berbunyi.
+Wa, result kau berapa?
"La, mamat ni. Dah lama tak chat, baru nak muncul?", Mawar membalas chat Syed.
-alhamdulillah straight A
+congrats Wa, bangga aku
-baru muncul, pergi mana selama ni?
+biasa la, busy sikit. Part time, hehe ")
"Patut la tak chat aku langsung, dia part time rupa nya", Mawar kembali membalas.
-result kau pula?
+biasa saja :(
-pulak dah? biasa tu berapa, haish
+8A je. hahahah??
-kurang asam, kau kenakan aku kan. Cinabeng
"Kau ni comel la Wa, macam mana la aku nak stop sukakan kau", perlahan suara Syed disebelah sana.
+gurau pun dah tak boleh sekarang ya sayang
-Loyo tokak den, siapa sayang kau
+kau la sayang
-Syed Fariz!
+ok fine. So, sambung mana nanti?
"Ni lagi sorang, karang aku bagitahu mesti kena bebel macam abang", rungut Mawar.
-Ireland maybe
+what???
Terdapar panggilan di screen telefon Mawar. "Kan dah cakap, kecoh la mamat ni", panggilan diangkat.
"Wa.. betul ke?", terus Syed menyoal.
"Kau tanya, aku dah jawab. Tak percaya pula", balas Mawar mencebik.
"Kau serious ke ni? Aku dengar kau baru lepas bersalin kan", kata Syed seakan tidak percaya.
"Apa kena mengena bersalin dengan sambung belajar?", tanya Mawar hairan.
"Banyak kaitan dia Wa, kau ni suka betul ikut kepala sendiri", bebel Syed.
"Hey pakcik, membebel je kerja kau. Aku pergi sana bawa anak aku sekali la, apa masalahnya?", Mawar menjawab malas.
"Ha cakap la macam tu. Aku ingat kau nak tinggal anak kau dekat sini, kesian parents kau nanti", Syed melepaskan lega.
"Kau busy body fasal aku dah kenapa? I can take care of myself la", Mawar menggeleng.
'Aku percaya kau Wa. Actually aku dah tahu kau gaduh dengan husband kau tapi aku tak boleh nak cakap', desis Syed perlahan dihujung talian.
"Ha apa? Aku tak dengar la Syed", suara Mawar dikuatkan.
"Eh tak ada, aku tak cakap pape pun", nafi Syed.
"Wa", panggil Syed lembut.
"Apa? cakap je la", balas Mawar
"Aku datang rumah kau boleh?", pinta Syed perlahan.
Rindunya kenapa cinta pertamanya ini sudah menggunung, walaupun Mawar tidak membalasnya. Melihat Mawar terluka, dia juga turut terluka.
"Boleh", lambat Mawar menjawab.
"Ok, dalam setengah jam aku sampai", dengan teruja Syed terus meletak telefon.
"Kautharr, you want to see uncle Syed? He is coming", Mawar berjalan ke almari menukar bajunya.
---
Klek! Pintu bilik terbuka.
"Abang!"
Terkejut Mawar melihat Ariff dihadapnnya. Hai, lepas dia habis pantang baru nak munculkan diri?
Bukan 44 hari ya! Dia berpantang selama 100 hari! Sekali pun dia tak muncul selama ini.
Puas juga la dia nak jawab dengan semua ahli keluarganya, nasib baik mereka semua faham pekerjaan Ariff.
"Siapa abang kau?", marah Ariff kasar.
"Eh awak, awak buat apa dekat sini?", tanya Mawar hairan.
"Aku nak jumpa anak pun salah ke?", Ariff terus menghampiri Kautharr diatas katil.
"Hmm, saya tukar baju kejap ya?", Mawar berjalan masuk ke bilik air tidak mahu bergaduh.
"Nak pergi mana?", ayat tegas Ariff menghentikan langkah Mawar.
Mawar terdiam. "Perlu aku ulang ke?", serius nada Ariff.
"Syed nak datang", jawab Mawar perlahan
"Amboi, dah siap ada pengganti sekarang ni ya?", sinis bunyi perlian Ariff.
"Dia nak tengok Kautharr", balas Mawar.
"Alasan. Suka la kau kan, first love datang rumah", sengaja Ariff mahu mencari gaduh.
"Dekat rumah ibu pun awak nak gaduh juga ke?", Mawar menjawab penat.
Lepas saja kes hari tu. Asal jumpa, mesti ada saja benda Ariff mahu cari gaduh dengannya.
"Aku cakap saja, bukan ajak gaduh pun", Ariff tersenyum sinis.
"Kata nak tengok anak tadi kan? tengok la. Saya tukar baju dulu", terus Mawar masuk ke dalam bilik air.
---
"Eh Syed, kamu ke tu?", tanya Aziz melihat Syed di pagar rumah.
"Haah ayah, saya la ni", balas Syed mesra.
Selama 5 tahun bersama Mawar, memang dia sudah dijadikan anak angkat keluarga ini pun. Dia sangat rapat dengan ahli keluarga Mawar.
"Ya allah. Lama kamu tak melawat ayah kan", Aziz membuka pintu pagar untuk Syed masuk.
"Biasa la yah, part time sikit lepas SPM hari tu", Syed menyalam tangan Ayah.
"Elok la tu, susah nak dapat orang muda macam kamu ni yang rajin rajin. Semua malas sekarang, sama la macam dalam rumah tu", perli Aziz kepada Mawar.
"Tak apa la ayah, alang kan memang tak suka bekerja. Dia lagi suka belajar kan, ayah pun tahu", Syed membela Mawar.
"Iya la kamu tu, selalu sangat sokong alang", Aziz menggeleng.
"Ni kamu nak jumpa dia ke? Masuk la, husband dia pun ada dekat dalam tu", Aziz menyuruh Syed masuk ke dalam rumah.
Syed hanya membisu mendengar perkataan 'husband' yang keluar dari mulut ayah.
"Syed, dengar tak ni?", Aziz bertanya semula.
"dengar dengar. Syed masuk dulu ya, yah", Syed meminta diri.
---
"Assalamualaikum", Syed memberi salam.
Pintu rumah terbuka dari dalam, "waalaikumussalam", balas Ariff kasar.
"Mawar ada?", tanya Syed tenang.
"Kenapa ka.. " belum sempat Ariff menghabiskan ayat, Mawar muncul di belakangnya.
"Eh Syed, dah lama kau sampai. Masuk la, awak tak jemput dia masuk ke?", Mawar membuka pintu rumahnya besar.
"Baru saja, tadi sembang dengan ayah dekat depan tu", balas Syed mesra.
Ha? ayah? Dia ni rapat sangat ke dengan family Mawar. Kawan baik Mawar tu pun panggil uncle, kenapa dia panggil ayah?!
"Rindu la tu, macam kau tak kenal ayah kau tu. Kau tak jenguk dia, habis satu rumah ditanya", Mawar tertawa kecil.
"Biasa la tu, abang kan busy. Aku la yang tolong jadi anak lelaki dia", Syed turut ketawa.
"Hmm! hmm!", Ariff berdehem.
"Eh awak. Syed, kau duduk la dulu. Aku pergi buat air kejap", Mawar meminta diri selepas melihat renungan tajam Ariff.
"berapa lama kau kenal dengan wife aku?", suara Ariff sengaja dikasarkan.
"LIMA tahun. Masuk tahun ni, 6", balas Syed sengaja menekankan perkataan '5'
'Aku kenal dia lagi lama dari kau, luka yang aku tinggal belum tentu sembuh lagi. Tapi kau dah tambah luka baru dekat dia', Syed mengerling Ariff disebelahnya.
"Apa hubungan korang?", tanya Ariff straight to the point.
Syed memalingkan wajahnya memandang Ariff, tidak percaya dengan ayat suami kepada cinta pertama dia ini berkata.
"Maksud kau? of course kawan", Syed bertanya musykil.
"Kau ingat aku tak tahu hubungan korang before ni? Mana la tahu cinta lama berputik kembali", Ariff mengangkat kening sinis.
"Bagus juga tu. Kau pun tak reti nak jaga dia kan? Biar la aku pula yang jaga dia", perlian Syed tersengar sinis di telinga Ariff.
"Dia mengadu dekat kau ke? Mengadu dekat first love la ni", Ariff menggenggam tangannya geram.
'kau bagi tahu dia kan? tunggu kau malam nanti Mawar', gumam Ariff geram.
"Lepas je dia kahwin dengan kau, sikit pun dia tak pernah mengadu dengan aku. Dia jaga kehormatan diri dia untuk kau, bro", Syed membela diri Mawar.
"Tak payah nak bela perempuan tu sangat la, dia dah memang kotor pun", balas Ariff serius.
Dush!
Satu tumbukan dihadiahkan di muka Ariff.
"Ya allah Syed, kau buat apa ni?", Mawar yang baru datang dari dapur terkejut.
"Kau tanya la husband kau ni sendiri", geram Syed.
"Awak, awak ok tak ni?", tanya Mawar berlari menghampiri Ariff.
"Bla la kau perempuan. Kau dengan dia ni sama tak berguna", Ariff menolak tubuh Mawar.
"She's your wife bro. Don't your dare berkasar dengan dia lagi", keras Syed memberi amaran sambil membantu Mawar.
"Syed, lepas la. Kenapa kau tumbuk husband aku?", Mawar menepis tangan Syed yang memegang lengannya.
"Kalau benci sangat pun, jangan sebarkan aib dia dekat semua orang. Kau boleh ceraikan dia, aku boleh pikul tanggungjawab tu pula", tegas Syed menutur kata.
Pang!
Kali ni pipi Syed pula terkena penampar Mawar.
"Jangan sebut perkataan cerai tu Syed. Kau iya pun dia nak ceraikan aku, aku tak akan kembali dekat kau", Mawar membalas kasar.
"Aku nasihat kan kau Wa, jangan la bagi peluang dekat lelaki tak guna macam ni lagi. He's trash, aku balik dulu la", selesai berkata Syed melangkah keluar dari rumah.
"Awak, are you ok?", tanya Mawar perlahan duduk disebelah Ariff.
Ariff merenung tajam Mawar. Hatinya sekarang tengah meluap-luap menahan marah yang mahu dilepaskan.
"Sini kau!", terus Ariff menarik tangan Mawar kasar ke dalam bilik.
Dihempas kuat tubuh Mawar dia atas katil. "Sakit awak", Mawar mengadu kesatikan.
"Puas hati kau kan?", Ariff membuka bajunya dan menindih Mawar.
"Puas apa pula? ni, awak nak buat apa?", tanya Mawar takut-takut.
Ariff tidak menjawab malah terus merentap baju Mawar, habis terdedah bahagian dada depannya.
"Awak, stop", Mawar hampir menangis.
"Kau nampak apa dia buat dekat aku?", Ariff mendekatkan dirinya ke badan Mawar
"Mana saya tahu dia nak tumbuk awak", Mawar menjawab perlahan.
"Kau jangan buat bodoh dekat sini boleh tak? Kau yang mengadu dekat dia kan", Ariff mencumbui kasar bibir Mawar
"No-no", tergagap gapap Mawar menjawab akibat ciuman kasar itu.
"Mampus kau la. Sekarang kau tanggung, apa kau buat", Ariff terus terus mencumbui kasar tubuh Mawar.
Dikerjakan tubuh Mawar pada petang itu sepuas hatinya! Padan muka, cari masalah dengan dia lagi!
---
Teresak-esak Mawar menangis petang itu, "Hey stop cry honey", terdengar suara garau disebelahnya.
"Kenapa awak buat saya macam ni?", airmata Mawar masih mengalir.
"Buat apa?", Ariff tersenyum sinis.
"Kenapa awak layan saya tak ubah macam pelacur!?", tangisan Mawar semakin reda ditukar marah pula.
"Kau jangan berani nak tinggi suara dekat aku Mawar. Kau nak aku sambung ke?", kasar Ariff memberi ugutan.
Mawar bangun dan terus masuk ke bilik air. Diduduknya di bawah pancuran shower dan kembali menangis.
Tidak dapat beza mana satu air matanya atau air pancuran, kedua-duanya mengalir deras.
---
"Ya allah banglang. Kenapa dengan muka tu?", tanya Watie risau ketika mereka tiba di meja makan.
"Haah banglang, ayah pun baru perasan. Tak akan buat projek ganas sangat, sampai jadi macam tu", usik Aziz tersenyum.
Mawar lantas tersentak dengan usikan ayah. Projek ganas? Kalau betul, bukan Ariff yang luak tapi dirinya!
"sikit saja ni yah, tak ada apa apa pun", balas Ariff.
"Ada ada je kamu berdua ni, dah sapu ubat ke belum tu?", tanya Watie.
"Hmm dah, sayang tolong sapukan kan semalam", Ariff tersenyum memeluk pinggang Mawar.
'Berlakon nombor satu, saya tahu perkataan 'sayang' yang keluar dari mulut awak tu tak ada makna pun', desis Mawar.
"Haah bu, alang dah sapu kan ubat semalam", Mawar membalas senyuman Ariff.
"Ha elok la macam tu, dah duduk sarapan. Kautharr mana?", tanya Aziz
"Ada tidur. Kenyang sangat minum susu tadi", balas Mawar lembut.
Anaknya memang kuat menyusu, kadang-kadang hampir bengkang dada menahan. Yang pump lain, untuk direct lain.
Tapi ditahan juga, sebab lagi beberapa bulan. Pasti dia tidak dapat melihat Kautharr lagi, dia pasti akan pergi dari sini jika rumah tangganya tidak berjaya dibaiki.
---
"Kau dah siap belum?", tanya Ariff kasar.
"Boleh tak awak cakap perlahan-lahan? anak tengah tidur tu", tegur Mawar lembut.
"Aku tanya lain, lain kau jawab", Ariff melabuhkan punggung di atas katil.
"Saya tengah kemas la ni", jawab Mawar perlahan.
Patut la Ariff datang semalam, rupanya mahu bawa dia pulang ke KL. Sudah tidak sabar agaknya mahu menyeksa batinnya lagi.
'Sabar Mawar, sabar. Selagi kau boleh baiki, kau baiki. Jangan biar kan rumah tangga kau runtuh macam tu saja', pujuk Mawar sendiri.
"Cepat sikit, aku ada class esok. Kau iya la duduk rumah goyang kaki saja", Ariff mendukung Kautharr.
"Baik awak", tangan Mawar leka mengemas baju.
"Sayang papa, hey dear. Why you always cute ha?", kata Ariff lembut mengomol pipi Kautharr.
Mawar menoleh memandang Ariff, dia tersenyum nipis gembira.
'Walaupun papa tak nak layan mama macam tu lagi, tapi mama bersyukur papa masih sayangkan Kautharr'
---
"Alang balik dulu yah, jaga diri tau", Mawar memeluk erat tubuh ayahnya.
"Manjanya anak ayah sorang ni. Macam mana la banglang boleh tahan dengan dia ni kan?", Aziz mengusik Mawar sambil membalas pelukan.
Mawar tidak mempedulikan ayat ayah, dia terus-terusan memeluk ayahnya.
"Kalau macam ni la bang kan. Tiap-tiap tahun la, kita dapat cucu baru", Watie tersenyum disebelah ayah.
Mawar dengan pantas melepaskan pelukan. "Amboi ingat alang kilang ke apa?", Mawar mencuit pinggang ibunya.
"Banglang tidak kisah, kalau ikutkan. Banglang nak anak satu team bola", Ariff ketawa riang.
'Awak awak, saya yang tengok awak ni pun tahu. Semua yang awak kata tu hanya lakonan', Mawar malas mahu membalas ayat Ariff.
"kami gerak dulu la ayah, nanti lambat pula sampai", Ariff mengubah topik melihat Mawar hanya terdiam.
"Ya la, bawa kereta hati-hati. Sampai nanti jangan lupa bagitahu kami", Aziz menyambut huluran tangan menantunya.
"Jaga diri ya, nanti senang senang ibu ajak ayah datang dekat kamu", Watie pula berpesan turut bersalam dengan Ariff.
"Alang sayang ayah", Mawar menyalami tangan ayahnya.
"Sikit pun kasih sayang ayah tak pernah kurang untuk kamu, walaupun kamu bukan milik ayah lagi", balas Aziz sayu.
"Jangan la cakap macam tu. Alang sentiasa milik ayah sampai kaklang mati sekali pun", Mawar sempat mengerling ke arah Ariff disebelahnya.
"Alang sayang ibu juga tau. You're always my number one. Now, kaklang dah boleh rasa bertapa berharganya kasih sayang seorang ibu tu", Mawar memeluk ibunya erat.
"Sayang, selama ni ibu tidak minta banyak pun dari kaklang. Ibu berharap pilihan kami untuk kaklang ni berbaloi. Kamu berdua nampak sangat bahagia, syukur ibu", Watie mengucap syukur sambil membalas pelukan Mawar
'Kalau la ibu tahu betapa hancurnya hati kaklang ni dengan layanan Ariff. Tapi kaklang harap, doa ibu tu makbul. Semoga rumah tangga kaklang kembali bahagia', Mawar tiba-tiba sebak mendengar ayat ibu.
"Dah la, kamu ni kalau nama perempuan. Mesti nak buat drama kan", tegur Aziz bergurau.
"Hish abang ni sibuk. Kalau saya bergaduh dengan anak, awak tak suka. Saya heart to heart awak kacau pula", rungut Watie geram.
"See banglang, sebab ni la kita tak boleh masuk campur urusan perempuan. Dengan kita kita sekali dimarahnya", Aziz memberitahu Ariff.
"Banglang pun tak berani nak masuk campur yah, tu yang banglang biar. Tup tup ayah pula menyampuk. haha", Ariff tertawa kecil.
"Ok la ibu, kita tangguh dulu drama kita. Alang gerak dulu ya", Mawar melepaskan pelukan.
"Bye bye my grandson, atok and wan will miss you", ayah mengomol pipi Kautharr.
"Bye bye wan and atuk. Kautharr balik dulu", Mawar mewakilkan anaknya.
"Jaga diri ibu ayah, free free datang la rumah kami ya", mereka berlalu masuk dalam kereta.
---
TO BE CONTINUE...
So, you guys dah decide ke nak pilih team siapa.. Kalau sis, sis lagi suka #naimawar. Tapi sis tak tahu la korang kan?Tak apa, korang comment saja, nanti sis layan. Stay tuned, don't forget to follow sis ya
Share this novel