P.J. -CHAPTER 39-

Romance Completed 43926

MAWAR masuk ke rumah dengan perlahan. Senyap! Mungkin anak-anaknya ada didalam bilik.sudah tidur.

Kaki melangkah masuk dan berlalu ke tangga. "Dah lupa bagi salam?", tertoleh Mawar ke kiri melihat sofa.

Ariff?

"Abang dah balik, awal nya", kaki dihalakan ke sofa juga.

"Saja, nak spend time dengan you. Project tu dah boleh submit esok", Mawar mengangguk faham.

"Abang nak air tak?", tanya Mawar melucutkan handbag dari bahunya.

"It's okay, dah ada ni", Ariff menunjuk cawan kaca di atas meja didepan mereka.

"Anak-anak mana? Senyap saja rumah, biasa sayang balik. Kecoh berdua tu", sesekali mata mengerling tangga sama ada anak mereka turun atau tak.

"Tak payah cari la, dia orang memang tak ada. Mommy ambil tadi, dia orang tidur rumah mommy malam ni", balas Ariff.

Mawar dapat mengagak, sengaja Ariff membiarkan mereka berdua dirumah.

"Then cik Da?", Mawar menoleh ke arah dapur pula.

"Sama, abang suruh cik Da balik awal hari ni. Bagi la dia rest juga, penat jaga berdua tu"

Betul tekaan Mawar!

"Ok, so kita nak buat apa berdua saja ni? Bosan la", tanya Mawar polos.

"Bosan? Tiada istilah bosan if kita berdua", Ariff senyum menggoda.

"Abang, jangan la asyik benda tu saja. Penat ni, lain lain", Mawar mencebik.

Mawar tahu, ini mesti Ariff cuba mengambil hatinya sebab hal semalam. Huh! Tanpa sedar hatinya semakin menjauh dengan sikap tak endah Ariff.

Ariff tertawa kecil. "Then cuba sayang cadang nak main apa?"

"Truth or dare", berkerut dahi Ariff.

"Are you serious?", soal Ariff memastikan.

Mawar mengangguk yakin. "Jom la mesti best kan", ajak Mawar.

"Ok la fine", Ariff akur saja la.

"But kejap ya", Mawar mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Lipstik? nak buat apa?", tanya Ariff melihat benda di tanga Mawar.

"Lipstick ni untuk denda kalau tak buat dare, kita boleh conteng saja dekat mana-mana bahagia muka kita suka", terang Mawar.

"Ada saja la idea dia ni. Ha ok, jom start", Mawar tersenyum sinis.

"Kita ohsom. Tengok siapa start dulu", arah Mawar.

Mereka menyediakan tangan. "Oh.Som"

Ariff kertas. Mawar gunting. 0-1

"Yeah sayang menang, so truth or dare", tanya Mawar teruja.

Ariff meletakkan tangan didagu seakan berfikir. "Dare"

"Ala abang ni penakut sangat nak jujur la tu", cebik Mawar.

"La suruh orang pilih, then nak merungut", Ariff mengangkat kening.

"Ok la Truth", Ariff pilih juga.

"Ok, abang ada jumpa sesiapa ke lately ni? Either man or woman?", tanya Mawar tenang.

"Soalan jenis apa tu? Mesti la, hari hari abang jumpa client. Client tu orang la kan, confirm la ada lelaki and wanita", balas Ariff yakin.

Mawar mengangguk faham. Sengaja dia mahu menguji, mana tahu Ariff mahu cerita apa-apa kan?

"Ok next. Oh.Som"

Ariff batu. Mawar Air. 0-2

"Lish kalah lagi, kali abang nak dare juga", kata Ariff.

"Fine", Mawar berfikir sejenak. Ting! Idea sampai.

"Call 3 orang paling terbaru dalam history contact abang", Mawar berkata.

Berkerut dahi Ariff. "Now?", tanya Ariff.

"Yes now, buka la phone tu", Ariff mengambil iPhonenya di atas meja dan dibuka.

App 'phone' dibuka. Paling atas mommy. "Nak call mommy?", Mawar mengangguk.

Ariff menekan nombor mommy. "Ha hello ada apa lang?", tanya mommy mengangkat panggilan.

Ariff memandang Mawar untuk bertanya. "Cakap saja tertekan", bisik Mawar.

"Hmm tak ada apa la mommy, alang tertekan", balas Ariff.

"Kau ni ada saja kan. Jangan risau Zarithh dengan Kautharr ni selamat dengan kami", kata mommy.

"Ya alang percaya. Ok la alang letak dulu, bye assalamualikum"

Pandang didihalakan kepada Mawar semula. "Yes next", Mawar tersenyum mengangguk.

Nadia! "Secretary abang, nak juga?", tanya Ariff.

"Yes macam tadi", Mawar mengiyakan.

Nama Nadia ditekan. "Assalamualaikum yes boss?", lembut Nadia menjawab.

"Waalaikumussalam, eh sorry la Nadia. I tersalah number", balas Ariff.

"Ouh ye ke? saya ingat boss nak suruh saya buang card tadi tu, iya la boss kan dah balik", terbuntang mata Ariff mendengar ayat Nadia.

Mawar pula sudah bekerut menghadap apa yang disampaikan 'Kad? Ada orang hantar kad dekat office dia? Siapa?'

"Eh tak ada la. Ok I letak dulu bye", terus Ariff menamatkan panggilan.

"So dah puas?", tanya Ariff segera.

Mawar mengawal riak wajah nya semula. "Satu lagi kan, last"

Ariff pula melihat nombor 3. Nafas dihela lega, nasib baik nama 'Sofea' terletak di nombor 4. 'Kalau tak mati aku!'

"The last one is you", kata Ariff.

Mawar pula sudah menghela nafas untuk bertenang. Still tak dapat lagi bukti!

"Ok dare abang dah habis. Tapi sebab abang lambat-lambat tadi. Tetap kena denda", Mawar membuka penutup lipstick.

"Sayang", rengek Ariff geram.

"Shuh duduk diam", Mawar laju mengesek lipstick nya dipipi Ariff.

"What, letak la bibir ni", Ariff menjuihkan bibirnya.

"Kalau tu bukan denda. Ok dah siap", Mawar melukis muka doraemon dikedua belah pipi Ariff.

"Ok nak main lukis lukis ya? Meh sini abang pula buat", Ariff mengambil lipstick ditangan Mawar dan dihalakan ke muka Mawar pula.

"Abang tak nak", Mawar sudah turun dari sofa untuk larikan diri.

"No way sayang, kena juga", Ariff turut bangun mendekati Mawar.

"Tak nak", Mawar lari dari Ariff. Ariff pun apa lagi tersenyum sinis la dia mengejar Mawar.

Habis riuh rendah rumah mereka mendengar jeritan Mawar saja bila Ariff menangkap tubuhnya.

---

Awal pagi lagi Mawar sudah bangun bersiap pergi kerja. Pagi ni cuma dia dan Ariff saja dirumah.

Mata dikesat beberapa menahan ngantuk. Pukul berapa tidur pun dia tak pasti, habis dibalun Ariff malam tadi.

Kaki diatur perlahan ke bilik mandi. Tapi beg kerja Ariff menjadi tarikan pandangannya.

"Nadia kata card? Means mesti dia tak buang lagi kan?", kaki dihalakan ke beg kerja Ariff di tepi meja solek.

Tangan membuka perlahan mencari kad itu. Yes! tangan dapat merasa kertas keras kecil.

Dibawah keluar card itu. Perit! Itu yang dirasakan bila melihat depan kad itu tertulis 'My love'

Dibuka perlahan-lahan. Mulut hanya diam membiarkan hati yang membaca isi kandungan satu persatu.

"The same Sofea that I saw yesterday?", tanya nya sendiri melihat nama penghantar.

Pandangan dihalakan pula kepada Ariff yang masih lena diatas katil, airmata jatuh lagi.

"Awak tak jujur Ariff, kenapa tak cerita dekat saya?"

Kad tadi diambil dan diletak dalam handbagnya sebagai bukti. Kaki dihayun laju masuk ke bilik air untuk menghambur tangisannya.

---

"Morning sayang, yang kau monyok ni kenapa. Sakit?", tanya Syed melihat muka sayu Mawar.

Mawar menggeleng perlahan senyuman cuba dilakar. "Awak macam mana hari ni? Ada improvement?", tanya Mawar mesra.

"Aku ok saja la, kau tak payah risau", padahal dalam hati sudah menangis pilu mengenangkan nasib diri.

Pagi tadi Prof. Chen sudah memaklumkan kansernya sudah merebak ke tulang belakang dan peparu melalui medulla oblongatanya

Badan nya juga sudah terlalu lemah untuk bertahan, menang harapan sangat tipis. Doktor menjangka paling lama dia boleh bertahan selama 2 minggu.

"Awak nampak lesu la. Bibir awak pun dah pucat, ni dah makan ubat belum?", Mawar bertanya lagi.

"Tak nak, pil tu pahit"

Ini juga salah satu sebab kanser tu makin merebak, dia tak mahu mengambil sebarang ubat lagi sejak hari dia bertemu Mawar itu.

"Jangan la macam tu. Ubat memang pahit, nak sihat kan", pujuk Mawar lembut.

"Aku kata tak nak", suara senada Syed menghentikan pujuknya.

"Ok, ni saya ada bawa air rebusan daun keladi tikus. Benda ni boleh aktifkan sel darah merah awak semula untuk lawan sel kanser tu", Mawar menyerahkan termos itu kepada Syed.

Syed hanya memandang. "Ambil la. Saya ingat nak beli jenis pil punya, tapi dah awak tak nak. Saya rebus saja la, senang awak minum"

"Perlu ke semua ni?", lambat-lambat tangan mencapai termos tersebut.

"Of course, selagi boleh usaha kita usaha", tekad Mawar.

"Whatever la, ni kau tak ada kerja ke sayang? Dekat half an hour dah kau menempel dalam bilik aku ni", tanya Syed pelik.

"Ha kerja? Ouh haah, saya ada kerja la. Saya keluar dulu, every 3 hour saya datang semula ya", Mawar berlalu keluar sambil tersenyum.

"Sayang, kau tak pernah buat aku rasa macam aku ni sedang sakit. Kau sentiasa layan aku baik", Syed hanya tersenyum menggeleng memandang pintu.

Badan dibaringkan semula supaya kepalanya tidak rasa sakit. Memang setiap pergerakan nya sekarang, akan membuat kepalanya berdenyut teruk.

---

Tengah hari itu, Ariff makan bersama kawan-kawan rapatnya di restoran berdekatan

"So, apa cerita kau sekarang?", tanya Faiz.

"Cerita apa, macam ni saja la", balas Ariff musykil.

"Bukan, problem kau dengan Mawar", Faiz membetulkan ayatnya.

Ariff berfikir sejenak. Semalam rasanya elok saja Mawar melayang kehendaknya, ok la tu kot...

"Elok saja la, aku mana ada problem dengan wife aku", Ariff berkata yakin.

"Wait wait, asal aku tak tahu ni. Fasal apa ni? Cerita la", sampuk Farhan.

"Kalau kau nak tahu kan Paan. Kawan kita sorang ni, boleh pula jumpa minah tu lagi. Padahal dia baru berbaik dengan Mawar time tu", beria Faiz bercerita.

"What? Kau jumpa minah tu lagi Riff? Kau ni macam menempah maut nama dia", Farhan mengalihkan memandang Ariff.

"Benda la korang ni, nama dia Sofea la. Minah minah, and plus kita orang kawan saja. Tak lebih pun", balas Ariff malas bergaduh.

"Amboi siap back up nampak, kau kata minah tu kawan saja kan. Habis tu minah tu anggap kau apa? kawan juga la?", tanya Farhan tak puas hati

"Tu la Paan, aku dah cakap benda yang sama macam kau. Tapi dia tak dengar, sampai sekarang wei. Dia still jumpa minah tu", Faiz menyokong Farhan.

"Korang percaya atau tak, suka hati korang. Yang aku tahu, aku memang anggap dia kawan. Tak pernah lebih pun", acuh tak acuh saja balasan Ariff.

"Kau dah besar Riff. Pandai la kau fikir, kita orang pun tak boleh nak masuk campur urusan rumah tangga kau", Farhan mengalah malas.

"Tah Riff, kau fikir la masak-masak tindakan kau tu. Jangan nak frust mengonggek lepas ni dah ni, jadi gila talak lagi nanti", Faiz mengangkat bahu.

---

Bip! bip!

Beberapa orang Doktor dan nurse berlari masuk ke bilik Ariff. Mawar yang berada dibiliknya terus terkejut, dia turut melangkah juga.

"Why Irma?", tanya Mawar risau melihat Irma didepan pintu bilik Syed.

"Jantung Tuan Syed terhenti beberapa second tadi. Prof. Chen tengah stabilkan semula tu"

Berubah terus muka Mawar menjadi pucat, perasaan risaunya tak daat dibendung lagi

"Saya nak masuk!", tangan Mawar ditahan Irma laju.

"Jangan Doc, saya tahu Doc kuat. Biar Prof. Chen uruskan dulu", lembut Irma memujuk.

Airmata Mawar tumpah lagi, betapa murahnya airmata untuk tumpah pada saat ini.

"Saya nak tengok dia Irma, saya nak tengok. Saya nak dia tahu saya ada untuk dia", kata Mawar dalam tangisnya.

"Sabar Doc, Dato' dan Datin pun tengah otw tu. Mereka keluar tadi", Mawar mengangguk lemah.

"Sebenarnya banyak mana dah kanser ni merebak dekat badan dia?", tanya Mawar sayu.

"Jom ikut saya", Irma memapah Mawar perlahan masuk ke bilik Mawar semula.

---

"Ni fail Tuan Syed. Dalam ni rekod kesihatan dia", Irma menyerahkan fail kepada Mawar dan duduk.

Mawar mengambil fail itu dan membuka satu persatu. "Prof. Chen hanya cerita dekat Dato', Datin , Tuan Darias dan Tuan Syed sahaja berkenaan perkara ni"

"Mana awak tahu?", tanya Mawar perlahan.

"Datin bagi tahu saya, sebab dia tengok Doc berjumpa dengan saya semalam. Jadi dia anggap kita rapat", Mawar mangangguk faham.

Irma menyambung semula. "Kanser tuan Syed dah merebak ke spinal cord dan peparu dia. Sebab sel kanser itu sangat dekat dengan medulla oblongata dia, jadi mudah untuk merebak"

Airmata tumpah lagi, sedih mendengar apa yang diceritakan Irma.

"Saya sendiri tengok city scan Tuan Syed. Memang sel kanser dah merebak banyak di kawasan otak dia. Cuma dia kuat dan masih bertahan"

"Saya sendiri tak pasti kenapa dia tak cerita dekat Doc tentang perkara ni tapi saya harap Doc jangan marah dia sebab dia sembunyikan. Mungkin dia tak nak Doc sedih dan...", Irma pula sayu hendak menyambung.

"Prof. Chen kata mungkin Tuan Syed hanya ada kurang dalam dua minggu saja lagi peluang untuk hidup. Tapi itu cuma anggaran, kita bukan tuhan kan? Jadi saya minta Dr. jangan mudah mengalah ya, Doc sama-sama kuat untuk Tuan Syed ya", bahu Mawar diusap lembut.

"Saya tak kuat Irma, tak kuat. Kenapa semua benda ni jadi dekat saya, apa salah saya?", tanya Mawar dalam tangisnya.

"Doc! kena redha, walaupun bukan Doc yang kena. Saya tahu hati Doc lagi terluka tengok orang yang kita sayang jadi macam tu kan?", pujuk Irma lembut

"Do. kena banyak berdoa. Kita dah usaha sehabis baik untuk bagi tuan Syed sihat. Sekarang kita hanya perlu tawakal pada Allah", Mawar mengangguk faham.

Mawar terfikir untuk menelefon Terry dan Tasya untuk memklumkan. Lagi pula, mereka semua pernah ada kaitan kan sebelum ini?

---

"Syed, kenapa you tak bagi tahu I. I tak pernah pun lost contact dengan you"

Tasya sudah menangis disisi katil Syed. Pilu hatinya ketika ini melihat keadaan orang yang pernah dicintai dahulu.

Syed juga la yang ada semasa dia susah dan mahu menggugurkan Fakhih dulu, semua Syed yang membantu dirinya.

"Aku tak nak susahkan kau", setiap kali bercakap, setiap kali itu air liur ditelan pahit.

Mawar yang berada disisi Tasya juga menangis melihat rakannya begitu, tahu sangay Tasya terluka. Ya la, dulu pun mereka selalu bergaduh disebabkan Syed.

Darius, Umi dan Walid hanya duduk disofa menjadi penonton sayu.

"You tak pernah susahkan I. You kata dapat detect awal kan, kenapa tak rawat dari mula?", tanya Tasya lagi

"Tak berhasil Sya, aku dah redha pun", Syed cuba mengorak senyuman.

"Sampai hati you kan? bagi la tahu I. At least I boleh teman you", Tasya mengesat airmatanya kasar.

"Si Terry ni nak letak mana kalau kau teman?", kepala dialihkan melihat Terry.

Dia pun sayu melihat keadaan isterinya, tapi dia tak mahu menahan. Biar la Tasya melepaskan sedihnya ketika ini.

"Kau ok bro? Macam mana Wa boleh tahu dulu?", tanya Terry biasa. Fakhih yang tertidur diletakkan disebelah umi dan walid disofa.

"Dia pakar sini", ayat itu cukup membuatkan mereka faham.

"Patut la kemain sembab dah mata dia, berapa hari nangis tu?", tanya Terry kepada Mawar pula.

Syed juga mengalihkan kepala memandang Mawar. "Kau menangis dari semalam ke?"

Mawar mengangguk perlahan. "Biasa la bro, first love dia kan. Mesti la dia pun terluka sama"

Syed merenung tajam Terry! Tak suka apa yang keluar dari mulut Terry, dia tahu Mawar sayangkan suaminya.

"Betul Terry. Saya masih dekat sini dengan awak sebab saya cintakan awak as my family. Awak pun dah macam nyawa saya"

Terbuka luas mata Terry. "Kan betul", kata Terry.

"Diam la dear ni, apa cakap macam tu. Mawar ni wife orang tau", sampuk Tasya geram.

"Dear cakap saja la. Lagipun Ariff bukan ada dekat sini, dia tak dengar punya la", selamba ayat Terry.

Tasya hanya mampu menggeleng. Syed leka memandang wajah Mawar yang asyik tertunduk ke bawa lepas berkata tadi.

Tanpa mereka sedar, Ariff berada di luar pintu bilik Syed menggengam penumbuk. Niatnya tadi untuk suprise kan dengan membawa bunga, tapi lain pula jadinya.

"Encik tak masuk lagi?", tanya Irma.

Memang tadi dia yang beritahu lelaki itu Mawar berada dibilik Syed. Dia ingat lelaki itu mungkin kawan kepada Tuan Syed.

"Tolong bagi bunga ni dekat Dr. Rose ya", Ariff menyerahkan bunga tadi kepada Irma.

"Nama encik si... ", belum sempat Irma bertanya, Ariff sudah melangkah pergi.

---

Ariff mengenggam penumbuk geram didalam kereta. "Tak guna!", stereng kereta menjadi mangsa tumbukannya.

"Lepas seorang mati, seorang lagi muncul. Stres betul"

Habis stereng ditumbuk. Argh! Amarah menguasai diri. Dia memang akan seperti ini kalau melibatkan cemburunya kepada Mawar.

Iphone dicapai.

To nadia: I tak masuk office dah, kalau sesiapa cari. Suruh jumpa I esok saja

IPhone dipadam. Enjin kereta dihidupkan, gear 'D' dimasuk dan kereta membelah jalan

---

TO BE CONTINUE...

Jangan tinggi sgt expectation tu, sis pun skrg stres sikit untuk siapkan cerita..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience