P.J. -CHAPTER 12-

Romance Completed 43926

SEMENTARA menunggu Ariff pulang, Mawar ke kedai membeli sarapan untuk keluarganya. Ibu ayah Mawar awal awal pagi lagi sudah pergi ke rumah wan nya.

"Princess", panggil seseorang ketika dia melangkah masuk ke kedai.

'Again again and again', keluh Mawar perlahan.

"Hey, jumpa aku terus mengeluh. Tak baik la macam tu", Terry menghampiri Mawar.

"Kau ni memang jenis tak faham bahasa ke?", tanya Mawar menyampah.

"Tak, selagi aku tak dapat kau. Selagi tu aku tak puas", balas Terry tersenyum sinis.

"Terry, please understood me. I'm married, berdosa kau jatuh cinta dengan isteri orang", Mawar seakan merayu sedikit.

"Dosa aku, lantak aku la", Terry berdiri betul di sebelah Mawar.

"Fine, tapi tolong la. Aku tak nak sebab kau, rumah tangga aku bermasalah sudah", Mawar berkata perlahan sambil tangan di atur untuk membeli sarapan

"Sini aku tolong bayarkan", Terry merampas sarapan di tangan Mawar dan dibawa di kaunter.

'Cis, dasar cicak kobeng. Sibuk betul kacau life aku', desis Mawar tetapi kaki dibawa juga ke kaunter pembayaran

"Terima kasih, aku balik dulu", Mawar cepat cepat berlalu ke kereta.

Hari ini dia kena naik kereta kerana ibu ayah bising takut menjejaskan baby. Nasib la dia sudah pandai membawa kereta.

"Sabar la princess, aku nak ajak kau jalan jalan. Lagipun awal lagi ni", tangan Terry menahan pintu kereta Mawar.

"Aku nak cakap bahasa apa lagi erk dengan kau ni? Bahasa Melayu yang mudah pun kau tak faham, ke kau nak aku speaking?", Mawar mendengus geram.

"Kau ni setiap kali cakap dengan aku mesti nak marah kan, gembira la sikit", Terry masih tidak berganjak.

"I'm enough with you Terry. Kau ingat aku ni perempuan murahan ke? Curang belakang laki aku, dengan orang macam kau pula tu. Memang tak la"

Mawar menyakitkan hati Terry supaya dia boleh lepas untuk pulang ke rumah.

"Kau ingat laki kau tu bagus sangat ke? Dia tak layak lansung nak dibandingkan dengan aku yang perfect ni", Terry membangga diri.

"Sorry ya Terry. Kalau kau nak tahu husband aku tu, 10 kali ganda lagi bagus dari kau", Mawar memuji Ariff.

"Kau jangan ingat kau kaya, semua orang nak dengar cakap kau. No Terry, sampai mati pun kau tak akan dapat aku", tambah Mawar mengapi-apikan Terry.

"Kau memang suka sakitkan hati aku kan Mawar. Kau nak kena dengan aku dekat sini ke?", Terry semakin mendekatkan diri kepada Mawar.

'Shit, please someone save me', desis Mawar.

"Kau tak serik kan Terry, still nak kacau Wa", ujar seseorang di belakang mereka.

'Yes, thank you. But tak akan dia lagi', Mawar memalingkan muka memandang ke suara itu.

"Syed Syed. Suka betul kau nak jadi hero untuk first love kau, kan?", Terry melangkah setapak ke belakang.

"Syed, macam mana kau ada dekat sini?", Mawar tidak berkelip memandang Syed.

"Aku teman umi aku beli sarapan juga, tu dia"

Syed menjuih kan muka ke arah seorang wanita berusia 40-an yang sedang memilih kuih.

"Dah tu? Sibuk kacau kita orang dekat sini kenapa? Pergi la jadi anak solehah, teman umi kau tu", Terry berkata kasar.

"Sekarang yang kau kacau Wa lagi kenapa? Dah Wa, kau pergi balik", Syed menghampiri Mawar supaya Mawar lebih selamat.

"Suka hati kau suruh dia balik, tak payah kacau la", Terry menolak Syed yang mendekati Mawar.

"You guys, public ni. Ok aku balik, dah Syed kau pergi dekat umi. Tak payah lelaki gila macam ni", Mawar terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

"Ish tak guna, potong lagi", Terry menggenggam penumbuk.

"Ops sorry. Aku tak akan biar kau ganggu cinta hati aku tu sampai bila-bila", bisik Syed tersenyum sinis dan berlalu ke arah umi.

"Si*l betul la. Tunggu korang dua", Terry juga turut meninggalkan kedai.

---

"Assalamualaikum", Mawar memberi salam masuk ke rumah.

"Waalaikumussalam", jawab seseorang ketika dia membuka pintu.

"Abang, bila sampai? Tak nampak kereta pun", Mawar terus menghampiri Ariff di ruang tamu.

"Baru saja, kereta dekat garage belakang", jawab Ariff sambil menyambut huluran tangan Mawar.

"Ouh ok. Jom kita breakfast, sayang ada beli tadi. Abang belum breakfast kan?", Mawar menayangkan plastik yang terisi makanan di tangannya.

"Sayang pergi kedai? Ibu ayah mana?", tanya Ariff senada. Soalan Mawar dibiar tergantung.

"Haah, kedai depan tu saja. Rumah wan likes always", balas Mawar mesra.

"I see, ouh", mulut Ariff berbentuk 'O'.

"Dah jom kita breakfast", Mawar menarik tangan Ariff ke meja makan.

"Jumpa siapa dekat kedai?", tanya Ariff dingin ketika duduk di meja

"Ha?", Mawar terpinga sehingga mahu terlepas pinggan di tangan.

"Abang tanya, jumpa siapa dekat kedai?", ulang Ariff dengan nada yang sama.

"Hmm Syed and Terry", jawab Mawar perlahan.

"Then, buat apa jumpa dia orang?", tanya Ariff lagi serius.

"Mana ada buat apa, Terry tolong bayarkan saja. Lepastu Syed teman umi beli sarapan", Mawar sentiasa berlaku jujur dengan Ariff.

Bak kata ayahnya, 'dalam perhubungan ini jangan ada satu penipuan pun, semua nya kita kena jujur'

"Umi?", kening Ariff terangkat.

"Eh salah, maksud sayang. Teman aunty, umi dia la", Mawar membetulkan sasulnya.

'Lupa pula aku dah kahwin. Memang dari dulu aku panggil mak Syed tu umi sebab aku memang rapat dengan umi masa kami bersama dulu', desis hati Mawar risau Ariff marah akan sasulnya.

"Rapat nampak, siap panggil umi", perli Ariff sinis.

"Mana ada la abang, sayang tersasul. Nah, your breakfast", Mawar meletakkan pinggan berisi nasi lemak di hadapan Ariff bagi menukar topik.

"Tea or coffee? Ke abang nak milo ke fresh oren? sayang buat", tanya Mawar lagi mesra.

"It's ok, duduk la abang nak air suam saja", balas Ariff.

"Okay kejap sayang tuangkan. Alright nah", Nawar menghulurkan air suam.

"I don't like it", kata Ariff keras sambil mengambil huluran Mawar.

"Tak suka air suam ni ke? Then abang nak air apa?", Mawar bertanya padahal dia tahu apa yang dimaksudkan Ariff.

"I don't like repeat my word, sayang!", Ariff menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Faham, lagipun memang sayang tak layan dia orang", Mawar beriak tenang

"Bagus la kalau macam tu. Sini duduk sarapan sekali", Ariff mengajak Mawar sambil meneruskan suapannya

Belum sempat Mawar menjawab. "Eh banglang bila sampai?", tanya Ain keluar dari biliknya.

"Baru saja", balas Ariff biasa.

Mawar melabuhkan punggung di kerusi sebelah Ariff. "Kau dah basuh muka belum? jom la makan sekali", Mawar mempelawa Ain.

"Dah, smell good", Ain juga turut duduk di meja makan.

---

Sementara itu di rumah Terry.
"Reen? What your plan now?", tanya Terry ketika Tasya datang di rumahnya

"You ni, orang datang rumah hidang la air. Ni I masuk, terus tanya soalan saja", cebik Tasya.

"Amboi kau, bik fresh oren 2. Nanti hantar dekat ruang tamu", Terry memesan kepada bibik rumahnya.

"Baik tuan", jawab bibik yang dikenali sebagai 'Mak jah'.

"I ada plan, tapi plan ni kita tak boleh buat sekarang", kata Tasya sambil melabuhkan punggung di sofa

"Why not sekarang? Aku sakit hati betul la, Syed kau tu suka betul kacau line", Terry mendengus.

"You jangan la marah Syed. Marah la perempuan murah tu, sibuk menagih kasih Syed lagi", ujar Tasya menyampah.

"Reen mind your words, I love her", Terry mengingatkan Tasya.

"Ya I know, because of that plan I kali ni kena tunggu. Aftert this, confirm Mawar jadi milik you", Tasya mengangkat kening.

"Maaf tuan, ini air nya", Mak jah datang menghantar air di ruang tamu.

"Terima kasih Mak jah", balas Terry

"Sama sama, cik Tasya ada mahu apa apa tak?", tanya Mak jah kepada Tasya.

"Tak apa Mak jah, tasya nak bincang dengan Fakhrul sekejap. Mak jah boleh masuk", balas Tasya tersenyum ke arah Mak jah.

Semestinya Tasya sudah mengenali Mak jah kerana dia kerap juga datang ke rumah Terry bersama keluarganya. Dan di rumah Terry tetap dipanggil Fakhrul iaitu nama sebenarnya.

"Baik, Mak jah ke dalam dulu ya", Mak jah terus melangkah ke dapur semula.

"So, sambung, lama lagi ke aku nak tunggu. Aku geram tengok dia bahagia dengan lelaki lain, aku nak dia bahagia dengan aku saja", Terry berkata serius.

"Sabar la, kita kan nak SPM. Lepas tu, I cerita plan ni. Baru kita jalankan", Tasya menyilangkan kakinya.

"Ala sembang kau, gempak. Kau bukan belajar pun, nak tunggu SPM bagai konon", Terry menjeling.

"Sedap sikit mulut you eh, you pun sama saja macam I", Tasya menghirul fresh oren di depannya.

"Whatever la. Dah kalau plan kau kena tunggu, kenapa datang rumah aku ni?", Terry memandang Tasya.

"Sejak bila I tak boleh datang rumah you? Aunty dengan uncle tak pernah larang pun", tanya Tasya

"Aku nak rehat la. Pergi balik, aku nak sambung tidur", Terry bangun mahu melangkah masuk ke bilik.

"Eh Terry kejap la", Tasya menarik tangan Terry untuk kembali duduk.

"I nak ajak you shopping, jom teman I", ajak Tasya.

"Aku penat la Reen, kau pergi la dengan Syed tu", Terry malas mahu keluar.

"Ala sekejap saja, aku janji tak lama. Lagi 2 hari, birthday party daddy. Aku kena la ada baju baru", Tasya memujuk Terry menemaninya.

"Ish kau ni. Ha tunggu kejap, aku siap"

Terry merentap tangannya yang dalam genggaman Tasya dan naik ke atas.

Tasya mengaku yang Terry sangat gentlemen. Setiap kali keluar dengannya, semua barang yang dibeli akan dibayar oleh Terry.

Bukan seperti ketika dia keluar bersama Syed. Dah la semua dibayar sendiri, lepas itu. Asyik mahu pulang ke rumah awal sahaja.

"Assalamualaikum", suara memberi salam di pintu.

"Waalaikumussalam, sekejap", Mak jah berlalu ke pintu utama untuk dibuka.

"Tuan dan puan dah pulang. Mahu sarapan terus atau pun macam mana?", tanya Mak jah bila melihat majikannya.

"Kami breakfast dulu la, kan abang?", tanya Datin Ayu kepada suaminya.

"Haah Mak jah, kami makan dulu. Ni Fakhrul mana?", tanya Dato' Yusuf

"Assalamualaikum aunty uncle", tegur Tasya.

"Eh Reen, bila kamu sampai. Maaf aunty tak perasan", Datin Ayu tersenyum.

"Tak apa, saya pun baru sampai saja ni. Uncle dengan aunty dari mana ni? Macam berpeluh je, baru lepas jogging eh?", tanya Tasya mesra.

"Ya la Reen. Dah tua tua ni apa boleh kami buat. Bersukan saja la untuk kekalkan kesihatan", balas Dato' Yusuf.

"Tuan puan, breakfast nya dah siap", maklum Mak jah.

"Ok Jah, ni Tasya dah breakfast belum? Kalau belum, jom la sekali", ajak Datin Ayu.

Baru Tasya nak menjawab, muncul Terry di tangga.
"mommy daddy dah balik. Fakhrul nak keluar kejap tau dengan Reen", Terry memberitahu ibu bapanya.

"Tu Reen nak cakap. Saya nak keluar dengan Terry, aunty dengan uncle makan berdua ya", sakat Tasya.

"Kamu ni Reen, ada saja kan. Ya la, Fakhrul bawa anak dara orang tu keluar elok-elok", pesan Dato' Yusuf kepasa anak tunggalnya.

"Ok daddy. Kami gerak dulu", Terry menyalam tangan ibu bapanya dan berlalu keluar

"Kami pergi dulu ya, bye uncle aunty", Tasya turut menyalam tangan kedua orang tua didepannya dan mengikut Terry.

"Bang, Ayu rasa sesuai sangat mereka berdua tu kan?", tanya Datin Ayu.

"Sesuai memang sesuai. Tapi anak awak tu, nak ke?", Dato' Yusuf pula bertanya.

"Kenapa dia tak nak pula? saya tengok Reen tu tak ada kurang pun", nafi Datin Ayu.

"Macam tak kenal, Fakhrul tu bukan boleh dipaksa. Kalau awak nak bermenantu kan Si Reen tu pun, kalau dia tak nak. Kita tak boleh buat apa", balas Dato' Yusuf.

"Hmm, naluri keibuan saya kuat kata Fakhrul setuju", Datin Ayu berkata yakin.

"Suka hati la awak. Dah jom kita breakfast", Dato' Yusuf berlalu ke meja makan.

---

Sudah hampir dua minggu telah berlalu, tetapi hubungan Mawar dan Ariff tetap dingin sejak pertemuannya dengan Terry dan Syed itu.

"Abang, jom turun makan. Dinner dah siap", ajak Mawar masuk ke dalam bilik.

"Okay", balas Ariff ringkas sambil bangun dan melangkah turun ke bawah

Walaupun Ariff masih melayannya, tetapi dia tahu masih ada kedinginan dalam hati suaminya. Mawar akur, kaki pun turut melangkah mengikut Ariff.

"Sayang masak favourite abang hari ni, Asam pedas ikan salmon", ujar Mawar ketika sampai di meja makan.

"Hmm thanks", Ariff duduk di meja makan.

"Nah, nanti kalau nak tambah abang bagi tahu saja sayang", Mawar meletakkan pinggan yang sudah berisi nasi dan lauk di depan Ariff.

"Tak makan sekali?", tanya Ariff memandang Mawar.

"Tak apa, sayang kenyang lagi. Abang makan la", Mawar tersenyum ke arah Ariff.

Bukan sengaja Mawar tak mahu memujuk Ariff, tapi dia dah cuba. Lagipun sekarang dia perlukan tumpuan perhatian kepada SPM nya.

Sebab itu makin melarut kes mereka!

Mendengar jawapan Mawar, Ariff terus menyuap makanan ke dalam mulut.

Bukan sengaja dia mahu melayan Mawar begitu, tapi hatinya masih sangat mengenangkan peristiwa yang dilihat dua minggu lalu.

flashback
Ariff dengan semangatnya memandu pulang ke rumah mentuanya. Hati semakin merindui gelaran penduduk di rumah mentuanya itu, siapa lagi kalau bukan isterinya. Mawar!

Ketika membelok di simpang rumah mentuanya, dia seakan terlihat kereta milik ayah. Dari jauh, dia melihat Mawar keluar dari kedai bersama Terry.

Terus dia memberhentikan kereta di tepi jalan, 'dia buat apa pula pergi kedai pagi pagi ni, ibu tak buat sarapan ke?', desis Ariff perlahan

'Siap rapat rapat lagi. Memang tak serik betul dari kes lepas, time aku pergi luar negara tu', tambah Ariff masih bercakap seorang.

'Drama apa pula ni?', Ariff mahu keluar dari kereta bila melihat Terry seakan tidak mahu melepaskan Mawar

Tetapi dia terlambat kerana Syed telah datang terlebih dahulu. 'suka la tu, first love selamatkan' cebik Ariff melihat renungan Mawar kepada Syed.

'aku ni suami dia ke apa? dah la, baik aku balik', Ariff terus memandu pulang ke rumah mentuanya kerana rasa terkilan tidak mampu selamatkan Mawar.

end flashback

Mawar memandang ke arah Ariff yang sedang menikmati masakannya itu, bibir melirik senyum.

"Eh abang dah habis makan. Tak apa tinggal saja situ, biar sayang basuhkan. Nah basuh tangan", Mawar menghulurkan bekas basuh tangan kepada Ariff.

Ariff membasuh tangannya. "betul ni?", tanya Ariff lagi.

Mawar mengangguk, "Okay naik dulu, if anything call me", pesan Ariff sebelum melangkah naik masuk ke bilik mereka.

"Baik bang", balas Mawar dengan senyuman masih tak lekang di pipi.

---

"Abang, sayang nak cakap sikit boleh?", tanya Mawar lembut melabuhkan punggung di bucu katil.

"Ada apa?", mata Ariff masih tertancap pada iPad di tangan.

"Sayang ada buat salah ke?", tanya Mawar perlahan menundukkan muka.

"Kenapa tanya macam tu?", balas Ariff menutup iPad dan memandang Mawar di bucu katil.

"Se-sebab abang layan sa-sayang dingin saja", Mawar tergagap gagap menjawab kerana sayu.

"Honey", panggil Ariff senada.

Mawar mengangkat muka memandang Ariff. "Come here", Ariff menepuk ruang kosong di sebelahnya.

Mawar naik di atas katil dan duduk di sebelah Ariff. "Make a mistake eh?", tanya Ariff memegang dagu Mawar.

"Yes honey, you made a mistake", kata Ariff serius.

"But what?", tanya Mawar masih perlahan dan tak berani memandang Ariff walaupun dagunya masih dipaut.

"Cakap dengan siapa, selimut ke? Abang dekat sini", tanya Ariff senada supaya Mawar memandangnya.

"Look honey, abang tak suka tengok sayang dengan lelaki lain. Abang rasa macam abang ni suami tak guna biar isteri abang bermesra dengan lelaki lain belakang abang", luah Ariff jujur

"Sayang tak layan dia orang pun", bantah Mawar lembut.

"Yes, memang sayang tak layan. Tapi apa orang kampung kata nanti kalau nampak sayang dengan dia macam tu berdua? No, I means bertiga", tegas suara Ariff berkata.

"That's not my false, sayang dah cuba elak", airmata Mawar seakan sudah bertakung.

"Ok, after this. Kalau nak keluar ke apa, ajak adik ikut. Boleh?", Ariff melembutkan sikit suaranya.

"Sayang tak suka bila abang layan sayang macam nak tak nak, I miss you", Mawar terus memeluk Ariff bila melihat suaminya itu sudah sedikit tenang.

"Hey, shhh abang tegur ni sebab abang sayang. Bukan nak sayang sedih macam ni, that's not good for you and our baby", pujuk Ariff lembut bila merasakan ada titisan airmata di dadanya.

"Sayang pun sayangkan abang, tapi jangan la buat sayang macam ni lagi ya", ujar Mawar menjarakkan dirinya sedikit dan mengesat arimata.

"Ya sayang, abang buat semua ni nak sayang ingat saja. Ingat ya, lepas ni ajak orang teman. Jangan pergi seorang diri", pesan Ariff turut mengesat airmata Mawar dan dikucup kelopak itu seperti selalu.

"Dah, jom layan abang. I miss you", Ariff tersenyum senget memandang Mawar.

"Tu la dua minggu ni jual mahal kan, padan la muka", cebik Mawar.

Memang pun selama Ariff melancarkan perang dingin antara mereka. Mereka sudah tidak melakukan hubungan suami isteri itu lagi.

"Itu dua minggu lepas, ni cerita sekarang sayang. I miss your touch", ujar Ariff.

Mawar pun rindukan belaian dari Ariff sebanarnya, jadi memang tak la dia menolak.

"I'm yours", Mawar membalas senyuman Ariff dengan suara menggoda.

Ariff dengan gelojoh menarik Mawar untuk ditindihnya. "Papa be careful, our baby", Mawar mengingatkan Ariff bila melihat Ariff terlampau excited mahu dilayani.

"Hehe sorry", Ariff terus membenamkan wajahnya ke leher jinjang Mawar.

---

Deringan telefon mengejutkan Mawar. Tangan mencapai telefon di meja bersebelahan katil dengan mata yang masih tertutup.

"Hello", Mawar mengangkat panggilan.

"Hi princess", suara garau itu mencelikkan mata Mawar, bukan dia tak kenal.

Mawar mengeluh, dia terasa penat mahu melayan orang pagi itu. Sudah la malam tadi dia tidak cukup tidur, berapa round Ariff bedal pun dia tak tahu.

"Kau nak apa kacau aku pagi buta ni?", tanya Mawar perlahan tetapi masih dengan nada kasar sambil mendongak memandang Ariff di atas kepalanya.

Dia tidur beralaskan lengan Ariff dan kepala di rapatkan ke dada Ariff. Takut sahaja Ariff mendengar perbualannya itu, dah la baru semalam saja mereka berbaik.

"Garangnya, I like", Terry tertawa kecil dihujung talian.

"Kau nak apa? Aku penat ni, tak ada masa nak layan kau", Mawar sedikit marah.

"Penat? You guys baru lepas operasi ke? Sorry tak ada niat nak kacau", perli Terry sinis.

"Suka hati aku la, nak operasi ke apa. Kau sibuk kenapa?", Mawar semakin geram dengan Terry.

"Aku just nak ingatkan, korang berbahagia la sekarang. Sebab tak lama lagi, kau akan jadi milik aku", Terry seakan mengugut Mawar

"Dan lepas tu, kau jangan harap korang boleh tersenyum gembira macam sekarang. I will make sure dia tak akan ada sikit pun sayang dekat kau, hanya aku sahaja", tambah Terry serius

"Kau merepek apa? Kau ingat suami aku ni macam kau? He love me so much, aku first love dia. Dia tak akan tinggalkan aku sebab percaya dekat orang macam kau ni", balas Mawar pedas sambil menghina Terry sinis

"Dan lagi satu Terry, aku pula nak ingatkan kau. Aku MENGANDUNG, and kau rasa dia nak biar aku besarkan anak kami ni seorang diri ke?", tanya Mawar tegas dan menekan kan perkataan 'mengandung'

"Jangan yakin sangat Mawar. Aku akan buat dia hilang kepercayaan dekat kau, dan percaya kan kata aku. Masa tu, semua kasih sayang dia terhadap kau boleh hilang dalam sekelip mata", Terry masih lagi memperingati Mawar.

"Stop all this nonsense Terry. Jangan harap aku nak bagi peluang untuk kau hancurkan rumah tangga aku", balas Mawar serius dan terus menamatkan panggilan.

"Tak guna punya cicak kobeng", Mawar menghempas telefonnya keras di meja sebelah katil semula.

"Sayang, you're awake?", Ariff bergerak sedikit.

"Ya, a few minutes lepas", balas Mawar cuba membetulkan perasaanya yang sedikit dingin itu.

"Kenapa tak kejut abang?", tanya Ariff menggosok dan membuka mata perlahan.

"Tah tengok abang macam penat semacam saja, padahal sayang yang kena balun", Mawar menggeleng.

"Mana ada penat, I'm okay. Jom kita sambung, pandangan depan abang ni mengiurkan", bantah Ariff sambil menjilatkan bibirnya menggoda.

Mahu tak menggugat imannya, tubuh Mawar hanya ditutupi oleh comfoter sahaja. Malahan dengan perut Mawar sedikit membulat itu menambahkan nafsunya.

Daripada rasa mengantuk bangun tidur, terus segar dia.

"Hah tak payah, I'm tired. Dah jom mandi, kejap lagi subuh masuk", Mawar mahu bangun tetapi dihalang Ariff.

"No, just one more round", Ariff tarik Mawar dan terus menarik selimut menutup mereka.

Mawar tak boleh nak cakap apa dah. Terima saja la, selagi tak menjejaskan dirinya.
---

"Syed", Tasya tarik tangan Syed berjalan bersebelahannya ketika keluar dari kereta

"What?", tanya Syed senada.

"You ni, I nak you jalan sebelah I. Bukan depan or belakang I macam selalu tu", rungut Tasya.

"apa masalah you? I teman you ni pun, sebab umi I yang suruh. Kalau tak jangan harap la", kata Syed tegas.

"Macam ni ke cara you layan gf you. I tengok you layan si Mawar tu elok saja", ungkit Tasya.

"Ada I paksa you jadi gf I ke? You yang terhegeh-hegeh nak kan I", bicara Syed tersenyum sinis.

"Ya, I admit. Memang I tergila-gilakan you. Tapi tak boleh ke, you layan I macam mana you layan Mawar?", tanya Tasya penuh harapan.

"You silap orang la Tasya, you ingat I ni Terry ke? I hanya akan ikhlas layan orang tu if I love HER", Syed menekankan perkataan 'her' yang pastikannya bukan dituju untuk Tasya.

"You right Syed. Terry is more better than you. Dia tak pernah berkasar dengan I. Semua I nak, semua dia bagi. Tak pernah kedekut, bukan macam you", Tasya sengaja mengapi-api kan Syed.

"You rasa I kisah ke? Kalau dah Terry tu bagus sangat. Pergi la dekat dia, I tak halang pun", balas Syed sinis.

"I want you Syed. Because of that, I tak pergi dekat dia. You tak pernah nampak ke keikhlasan I?", Tasya cuba memujuk Syed.

"Keikhlasan? You ingat I tak tahu, you yang rancang untuk I putus dengan Mawar?", Syed memandang wajah Tasya untuk penjelasan.

"Ha? Sekarang you nak cakap I punca you break up with your first love tu?", tanya Tasya bagi mengelak dia tertangkap.

"Tak payah la Tasya, you jangan ingat I bodoh. Dan disebabkan benda la, sampai bila-bila hati I tak akan mampu untuk you miliki", kata Syed serius dan tegas.

"Jangan cakap besar la Syed. I akan buat you jatuh cinta dengan I", Tasya nekad dengan keputusannya.

"Cuba la, I cabar. And your information, Mawar Athirah yang akan berada di hati I dulu, kini dan selamanya", balas Syed yakin.

"Apa yang ada dekat Mawar tu? I ni tak cukup sempurna ke dimata you?", suara Tasya mula meninggi bila asyik mendengar nama 'Mawar' keluar dari mulut Syed.

"Mawar tak pernah paksa I untuk mencintai dia. I cintakan dia sepenuh hati I sebab I nampak kejujuran dalam mata dia", mata Syed bersinar-sinar memuji Mawar.

"Whatever la Syed, I dah penat. Setiap kali kita jumpa, mesti nak kena gaduh dengan orang yang langsung tak ada kena mengena dengan kita", Tasya mendengus penat.

"Now you nak I buat apa. You nak balik? jom I hantar, I pun penat juga", Syed lagi suka kalau dia duduk dirumah.

"No, I nak you teman I shopping sampai malam. Jom you kena belanja", Tasya terus menarik tangan Syed untuk berjalan masuk ke butik pakaian berdekatan mereka.

---

TO BE CONTINUE...

Thank you support sis. Inshaallah sis akan rajin update lepas ni untuk readers semua ya :) Sementara tunggu tu, korang boleh baca 'Gantung', 'Hak milik dia', 'Pak cik I love you' and 'Schizo II' dulu. Cerita tu sis dah baca, best sangat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience