P.J. -CHAPTER 15-

Romance Completed 43926

"HONEY, wake up. Abang nak pergi U dah ni", Ariff duduk di sebelah Mawar yang sedang terbaring di atas katil.

Selepas solat subuh pagi tadi, Mawar kembali tidur kerana dia kata badannya terasa penat. Ariff hanya turun ke bawah menyiapkan breakfast dan menjamu selera sendiri.

"Hmm, nak pergi dah ke?", Mawar mengeliat sikit dan memandang Ariff.

"Sorry, tadi tak sempat nak buat breakfast. Dah la biar abang makan seorang diri pula tu", Mawar mengucap maaf.

"It's okay, abang tak nak kacau sayang. Bukan susah pun breakfast, abang dah power masak sekarang", Ariff menunjukkan muka bangganya.

"Wow bangga ya. That's great for you", Mawar menepuk dada Ariff lembut sambil tersenyum

"Haha, abang ada breakfast untuk sayang sekali. Nanti bangun mandi, pergi makan ya", Ariff mengusap kepala Mawar.

"Alright boss, mengikut arahan", Mawar mengenyitkan mata.

"Tak payah goda abang, duduk rumah ya. Hari ni kelas abang sampai petang tau", Ariff mengelus pipi tembam Mawar.

"Alah, lama nya. Rindu", Mawar memegang tangan Ariff yang berada di pipinya

"Abang belum pergi lagi dah rindu, apa la sayang ni", Ariff menarik lembut hidung mancung isterinya.

"Ouh ya sebelum abang lupa, maid kita sampai dalam pukul 10 kejap lagi tau", tambah Ariff.

"Faham, at least sayang ada kawan. Malaysian?", tanya Mawar.

"Haah, kawan mommy", balas Ariff tersenyum.

"Cakap fasal mommy. Sayang nak pergi rumah mommy la kalau macam tu, boleh jumpa ucu", Mawar automatik bangun mendengar cadangannya sendiri

"Pula dah? Maid tu macam mana?", Ariff mengerutkan dahi.

"Ala, bawa la sekali. Bukan abang kata dia kawan mommy, boleh la dia orang jumpa", Mawar menarik senyum sikit.

"Ok, but sayang jangan drive. Suruh maid saja", Ariff menyatakan syaratnya.

"Maid ada lesen tak?", Mawar mengangkat kening.

"Of course ada. Abang dah soal siasat dah maid tu sebelum abang hire dia, don't worry", Ariff berkata yakin.

"Alright then, nanti sayang pergi dengan maid", Mawar mendekati badannya dengan Ariff.

"Thank you bang, love you", Mawar terus memeluk dan mencium bibir Ariff ringkas. Morning kiss la katakan!

"Dah la tak mandi, sesuka hati cium orang", sakat Ariff.

"Yang tak mandi ni la, abang gilakan sangat", Mawar menjelir lidah.

"Ada saja kan, dah abang nak kena gerak ni", Ariff menggeleng sambil mengerling jam tangannya.

"Elok elok bawa kereta tu", pesan Mawar menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"ok sayang pun. Pesan dengan maid tu jangan bawa laju-laju. If anything happen to you, abang saman dia nanti", ugut Ariff sambil menyambut huluran tangan Mawar.

"Apo... Jangan menggatal eh dekat U tu", Mawar mengecikkan matanya memandang Ariff.

"Apa pula fikir kesitu. Kautharr jaga mama ok, jangan buat mama sakit", Ariff mengusap perut Mawar.

Mereka sebenarnua sudah lama tahu jantina Kautharr sejak usia kandungan 25 minggu lagi, tapi tak dibiasakan memanggil nama.

"Jangan risau Kautharr baik saja, jangan papa dia pula naughty sudah la", Mawar menjeling Ariff sekilas.

"Sayang sayang. Ok la bye assalamualaikum, I love you honey", Ariff mengucup dahi Mawar dan bangun dari katil.

"Bye abang, love you too. Sini tak nak", Mawar bangun dan mengoyangkan jari di bibirnya.

"Sekarang siapa yang naughty baby? Papa or mama?", Ariff tertawa kecil.

"Ya la, meh sini", Ariff menarik bibir Mawar dan mengucupnya lembut.

"Lepas pergi rumah mommy, balik terus tau", kata Ariff selepas ciuman dilepaskan.

"Ya, don't worry. Sayang tak lari pun", Mawar tersenyum bahagia.

---

"Assalamualaikum", Mawar memberi salam bila berada di depan rumah mentuanya.

"Waalaikumussalam, ya allah buk Mawar. Kenapa datang ngak di maklum? Masuk masuk", bik Rina pembantu rumah mommy menyambut di pintu.

"Saja nak buat suprise, ni mommy mana?", Mawar dan maid barunya itu melangkah masuk

"Ada di atas, sekejap ya saya panggil. Buk Mawar duduk dulu ya", balas bik Rina menuju naik ke tingkat atas.

---

"Puan, buk Mawar ada di bawah", maklum bik Rina.

"Menantu saya dekat bawah?", tanya Zahidah terkejut.
Bik Rina mengangguk.

"Bik, tolong buatkan tomyam untuk makan tengah hari boleh tak?", tanya Zahidah melangkah keluar dari bilik.

"Boleh puan, tapi kenapa ya?", bik Rina bertanya.

"Mawar's favourite, sebab tu saya minta awak masakkan", balas Zahidah tersenyum.

"Gitu ya puan. Baik saya turun dulu", bik Rina meminta diri.

----

"Mommy, suprise", ujar Mawar teruja bila mommy di depannya.

"Ey menantu mommy sorang ni, suka sangat buat suprise. Kalau mommy tak ada dekat rumah tadi macam mana?", Zahidah menggeleng kepala.

"Ala I know you here", Mawar menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Ada saja kamu ni, dah jom duduk. Yang belakang kamu ni siapa pula?", tanya Zahidah memandang orang dibelakang Mawar.

"La kau Haida, aku ingatkan siapa tadi", Zahidah tertawa kecil.

"Haah, aku la Ida. Anak kau dah ambil aku jadi pembantu rumah dia orang semalam", balas Haida Zulaikha tersenyum.

"Bukan pembantu rumah la cik Da, tapi teman saya berborak", tegur Mawar.

Selepas wanita sebaya umur sampai dirumah nya tadi, terus dia percaya dengan pilihan mommy. Dia percaya wanita itu boleh membantunya.

"Menantu aku ni memang humble sikit orang nya, tak suka susahkan orang", Zahidah tersenyum bahagia.

"Tu la, dari sampai tadi dia cakap aku teman sembang dia. Padahal anak kau ambil aku jadi pembantu rumah saja", Haida menggeleng masih tersenyum.

"Biar la Ariff tu ambil cik Da jadi pembantu rumah ke apa. Tapi saya dah anggap cik Da macam mak saya sendiri dah not maid", tegas Mawar tak mahu wanita itu merendah diri.

Dia tidak pernah menganggap wanita itu pembantu rumahnya malah seperti ibu ketiga buatnya selepas ibu dan mommy.

"Dah dah. Ikut kan saja la Haida, Mawar ni memang budak baik", Zahidah mengusap lengan Mawar.

"Cik da, kita lunch dengan mommy boleh?", cadang Mawar sesuka hati.

"Tak susahkan mommy kamu? boleh ke Ida?", tanya Haida serba salah.

"Ala aku tahu sangat menantu aku ni, confirm la boleh. Tadi mommy dah suruh bik Rina siapkan tomyam untuk kamu", Zahidah menggeleng.

"Mommy ni macam tahu tahu saja kan. Tu yang Wa sayang dekat mommy ni, muahh", Mawar memeluk dan mencium pipi ibu mentuanya itu.

Seluruh keluarga Ariff sudah tahu perangai Mawar yang manja yang itu, mereka semua melayankan saja.

"Ya ya mommy tahu. Eh, jom la duduk jemput jemput. Bik tolong buatkan fresh orange", Zahidah menjemput kami duduk dan menyuruh bik Rina menyiapkan air.

"Baik puan", laung bik Rina dari dapur.

"Ha ni cucu mommy sihat ke?", tanya Zahidah menyusap perut Mawar.

"Dah besar perut kamu, berapa bulan ni?", tanya Haida.

"Minggu depan kandungan dah matang, baru saja masuk 9 months", jawab Mawar tersenyum.

"Tak lama lagi dah tu kamu nak bersalin, barang dah siap beli ke?", tanya Zahidah di sebelah Mawar.

"Puan, ini air nya", bik Rina meletakkan dulang air fresh oren itu di atas meja.

"Terima kasih, cik Rina", Mawar menghadiah senyuman manis.

"Sama-sama. Minum ya puan sama ibuk, saya minta diri dulu", bik Rina melangkah ke dapur sambil membawa dulang

"Okay sambung soalan mommy tadi. Wa belum beli, tak sempat la mommy", Mawar membalas sopan.

"Apa pula tak sempat. Mommy nak kamu cari cepat, tak nak la tergesa-gesa nanti", tegur Zahidah lembut.

"Ariff busy sikit lately ni. Mommy teman nak?", Mawar mencadangkan idea.

"Tak kuasa mommy, anak kamu yang nak lahir bukan anak mommy", Zahidah menolak.

"Alah mommy, cucu mommy juga. Jom la teman", pujuk Mawar.

"Tak nak la mommy, penat dah mommy besarkan anak mommy lima orang tu. Tak kan cucu pun nak mommy juga", tolak Zahidah lagi.

"Ke mommy nak anak lagi ni? Ha report dekat daddy", Mawar mengusik.

"Pandai saja kan nak sakat mommy, ada saja dalam otak dia ni", Zahidah menepuk lembut lengan Mawar.

"Tengok Kautharr, tokma tak nak tolong kita cari barang sayang la", Mawar mengusap sambil mengadu kepada anak di dalam perutnya.

"Kautharr? Cucu ke-6 mommy ni boy ya? alhamdulillah", Zahidah bertanya riang.

"Yes mommy, it's boy", Mawar tersenyum.

"Orang kata kan Ida. Kalau anak lelaki ikut muka ibunya murah rezeki", Haida menyambung.

"Memang betul tu Haida, pepatah orang dulu", Zahidah mengiyakan.

"Ala tak kisah la, yang penting Kautharr sihat and sempurna sifat pun dah cukup dekat Wa. Muka siapa dia nak ikut tu, kehendak Allah la"

"Ya la, betul juga tu. Yang penting cucu mommy ni sihat, mesti dia tak sabar nak main dengan cousin dia lagi 5 orang tu", Zahidah tersengih mengenangkan cucunya yang lain.

"Mesti la, Wa pun akan selalu bagi dia masa untuk spend with his cousin nanti", balas Mawar

"Bagus la macam tu kan. Lagi pun anak mommy tinggal dua orang saja yang duduk dengan mommy. Lepas ni, silap-silap tinggal mommy dengan daddy saja"

"Elok juga la tu kalau cucu ramai ada temankan mommy", tambah Zahidah di penghujung ayat.

"Ya mommy Inshaallah. Wa akan selalu datang sini after this, ok", Mawar menggengam tangan mommy.

Zahidah tersenyum bahagia. 'Kau sangat la bertuah alang ada wife macam Mawar ni. Tak pernah mengurut sikip pun fasal diri kau yang sibuk berkerja tu', desisnya.

---

Ariff dan Farhan keluar minum petang di sebuah cafe berdekatan U.

"PhD kau apa cerita?", tanya Farhan setelah beberapa minit selesai memesan makanan.

"Cerita apa pula. Kau tak nampak ke sekarang aku tengah busy untuk settle kan benda tu? Sebab tu kelas aku pun ada lecture ganti masuk"

Ariff memandang Farhan sekilas dan kembali membelek telefonnya.

"Patut la aku tengok kau tak ada masa saja sekarang ni", Farhan masih memandang Ariff.

"What do you mean?", Ariff memadam telefonnya dan menfokus diri kepada Farhan didepannya.

"Your wife", balas Farhan ringkas.

"Kenapa dengan wife aku?", tanya Ariff hairan.

"Kau ni slow betul la. Nama saja nak ada phD, tapi loading", rungut Farhan

"Kau nak cakap apa? Straight to the point please", Ariff membuat muka menyampah

"Kau kata dia dah pindah rumah kau kan?", tanya Farhan mahu kepastian.

"Haah memang la, then?", Ariff masih dalam tanda tanya.

"Excuse me encik. This is your order", seorang pelayan datang menghantar makanan.

"Ok thank you", ucap mereka. Pelayan terus berlalu meninggalkan mereka.

"That's means sekarang dia seorang diri dekat rumah la kan?", sambung Farhan selepas pelayan berlalu.

"Tak la, aku dah hire seorang maid. Boleh la teman dia. Lagipun sekarang dia dekat rumah mommy aku la", balas Ariff nyata.

"Dasar loading ini budak. Hari ni memang la dia pergi rumah mommy kau, lepas ni dia tinggal berdua saja la kan dekat rumah?", Farhan menggeleng

"Kau tak fikir ke dia bosan dekat rumah tu, and mesti dia tunggu masa kau untuk spend with her", tambah Farhan kerana Ariff tidak faham sehingga dia yang perlu terangkan.

Ariff berfikir sejenak. "Ok aku faham. So, what I need to do actually?", Ariff bertanya polos.

"Sekarang ni siapa yang dah kahwin? Kau ke aku ni? Semua aku nak kena ajar", rungut Farhan

"Ala kau ni, tolong la aku. Kata 'bff till jannah' gitu", cebik Ariff.

"Apo bff till jannah kau. Haish, kau bagi la dia izin untuk keluar shopping dengan kawan dia ke apa. Tak akan itu pun nak aku ajar?", Farhan mencadangkan cara kepada Ariff.

"Aku tak pernah larang dia untuk keluar pun. Kalau nak keluar inform saja la dekat aku", Ariff mengerutkan dahi.

"Mana la dia tahu, kau bagi tahu la dekat dia. And plus, hulur la duit untuk dia keluar tu. Tak akan dia nak keluar dengan tangan kosong", Farhan memberitahu lagi.

"Macam tu eh? Tapi tiap-tiap bulan aku masukkan nafkah dalam bank dia, nak kena bagi lagi ke?", tanya Ariff lagi.

"Jangan kedekut sangat please. Dah la masa kau jarang ada untuk dia, ni nak bagi duit pun susah. Kesian dia dapat husband macam kau ni", rungut Farhan mengerling Ariff tajam.

"Ya ya aku faham. Balik ni aku bagi tahu dia", Ariff bersetuju dengan cadangan Farhan.

"Great, dah jom makan. Aku ada kelas lepas ni", Farhan terus menyuap makanan di depannya.

---

"Babe, tu bukan sir yang kau sayang sangat tu ke?", tanya Kayla Raisya kepada kawan sebelahnya

"Mana, tak nampak pun?", tanya Nesya Fira memandang sekeliling.

"Tu la dengan Encik Farhan dekat cafe depan kita ni", jari Kayla menunjuk ke arah sua orang lelaki yang sedang rancak berbual.

"Haah la, my handsome crush", mata Nesya bersinar-sinar.

"seriously babe. Apa yang ada dekat Sir Ariff tu, biasa saja I tengok", tanya Kayla memandang Ariff dari jauh.

"You tak tahu diam saja la, dia tu ada daya penarik semula jadi tahu tak?", kaki Nesya dihala kan kedepan.

"Nesya, you nak pergi mana?", Kayla menarik lengan kawannya.

"Nak pergi jumpa crush I la. You tak nampak ke dia orang tengah keluar dari cafe tu?", Nesya menjuihkan bibir ke arah dua lelak itu.

"You nak buat apa? Bukan dia perasan you pun", tegah Kayla hairan.

"Sebab you kawan I, I cerita. I nak berlakon pengsan depan dia, then baru la I boleh peluk dia", Nesya menceritakan ideanya.

"Nasib la sir dapat orang yang crush dekat dia macam you ni", Kayla menggeleng.

"You nak tolong I ke tak ni?", tanya Nesya mengangkat kening.

"Yes, I'll help you", balas Kayla ringkas.

"Ok, dah jom", Nesya menarik tangan Kayla mengikut Ariff dan Farhan.

---

"Hai sir, hi encik Farhan", tegur Nesya mesra.

"Eh, kamu berdua buat apa dekat sini?", tanya Ariff tidak memburuk sangka.

"Tak akan la kami memancing dekat shopping mall ni Sir, mesti la shopping", ujar Kayla bergurau.

"Haah Sir, lain la kalau ada anak ikan yang menarik perhatian. Boleh la saya tunggu ikan tu naik", kata Nesya penuh maksud.

"Betul juga, apa la soalan I ni kan", Ariff tersenyum mesra.

"Korang boleh la sambung shopping, kami nak pulang dah ni", Farhan berkata bila merasa tidak sedap hati melihat dua pelajar Ariff di depannya itu.

"Ala, kami ingat baru nak ajak Sir join kami sekali", Kyla tertawa kecil.

"Lambat sangat kamu berdua, kami nak balik pun", Ariff masih melayan dua pelajarnya itu.

"Dah jom Ariff, kita balik", Farhan menarik tangan Ariff untuk berlalu pergi.

Kayla memandang Nesya disebelahnya, Nesya mengangguk.

"Sir, Nesya nak pengsan", Kayla berkata cemas.

"Ha, ya allah Sya. Kenapa pula ni?", Ariff terus mengalihkan pandangan ke arah Nesya. Tidak jadi mahu pulang ke rumah.

"Saya migrain la sir", balas Nesya perlahan.

"Riff, biar la. Dia migrain sikit saja tu, aku ada kelas ni", Farhan asyik mengerling jam di tangan.

"Tak apa kau gerak la pergi U dulu, aku tolong student aku ni kejap", Ariff serba salah untuk meninggalkan mereka berdua disitu.

"Hati-hati", pesan Farhan penuh makna.

"Pula? aku okay saja. Yang sakit student aku ni", Ariff mengerutkan dahi.

"Aku pesan saja. Okay la gerak dulu, saya tinggalkan kamu dengan sir kamu ni tau", Farhan sempat berpesan kepada dua wanita itu.

"Sir, I can't hold anymore", terus sahaja Nesya meletakkan tangannya di bahu Ariff.

"Hey you ok tak ni? Jom I hantar pergi kilinik",

Ariff takut takut mahu menyuruh Nesya menurunkan tangan dari bahunya kerana dia tahu wanita itu sedang sakit.

"Saya tak larat nak jalan", Nesya sengaja menjatuhkan dirinya. Kayla hanya menggeleng.

'Lakonan kau berjaya nampak nya Nesya', desis Kayla.

"Ya allah", terus Ariff terpeluk Nesya supaya wanita itu tidak jatuh.

"Jom Kay, teman I hantar kawan you ni pergi klinik", arah Ariff sedikit cemas.

Tak akan nak pergi ke klinik jika tidak sakit. Kantoi la lakonan nya nanti, terus dia membuat isyarat muka kepada Nayla

"Tak payah sir. Migrain dia tu normal, hantar kita orang balik rumah saja. She just need a rest", Kayla menjawab pantas.

Ariff memandang wajah Nesya dalam pelukannya. Nesya menangguk.

"Yes sir, hantar saya balik", kata Nesya perlahan sambil memicit-micit dahinya untuk menjadikan lagi lakonananya.

"Ok jom, kereta I tepi ni saja", Ariff terus memapah Nesya untuk ke keretanya.

Tanpa sedar, ada sepasang mata memerhati mereka dengan camera ditangan.

"Tak ada la baik sangat", perli Terry.

Beberapa keping gambar yang diambil sebentar tadi terus dihantar ke nombor Mawar.

---

Mawar di rumah, sedang melipat telekung perlahan-lahan selesai menyiapkan minum petang. Pergerakannya terhad kerana perut dia makin penuh dan padat.

"Aik, dah kenapa Terry chat aku ni?", mata Mawar mengerling ke luar takut Ariff sudah pulang kerumah.

Bila dia sudah pastikan Ariff belum sampai, dia membuka pesanan Terry.

"What!", hampir terlepas telefon dari tangan Mawar.
Mawar mengagahkan diri untuk membalas

+Apa tujuan kau hantar gambar tu dekat aku?

-kau ni jangan la naif sangat. Dah terang lagi bersuluh laki kau main kayu tiga belakang kau :)

+kau jangan biadap ya Terry. Setakat gambar macam tu kau ingat aku percaya? Adik aku pun boleh edit

-suka hati kau la nak percaya ke tak nak. Kejap lagi laki kau balik tanya la dia, tak pun bau baju dia. Mana la tahu ada bau perfume perempuan

+Baik kau diam kalau tak tahu cerita, jangan nak buat fitnah

-Aku just bagi tahu saja. Tak ada balik laki kau nanti, korang bergaduh besar pula. Hahhahhah

Mawar tidak menjawab ayat terakhir Terry, dibiarkan bluetick sahaja.

'You trust him, right? Balik nanti tanya dia elok elok', pujuk Mawar kepada hatinya.

---

"Assalamualaikum, sayang I'm home", Ariff masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam. Kata petang ni dah nak maghrib baru sampai. Pergi mana?", Mawar menghulurkan tangan meyambut kepulangan Ariff.

"Sorry jalan sesak tadi. Tahu la KL ni kalau petang semua balik kerja", Ariff menyambut huluran Mawar dan mencium dahi Mawar.

"Ouh ok", jawab Mawar ringkas.

Tapi hidungnya seakan terhidu sesuatu yang pelik dibaju Ariff, tiba-tiba ayat Terry tadi masuk ke dalam otaknya.

'Tak pun bau baju dia'

'Astagfirullah Mawar, hish tak baik buruk sangka dengan husband sendiri. Jangan dengar cakap si Terry'

Mawar menolak jauh jauh rasa ingin tahu dalam hatinya.

"Abang naik mandi dulu, badan dah berpeluh ni", Ariff mengusap pipi Mawar lembut dan berlalu naik ke atas.

Mawar hanya menghantar Ariff naik ke atas dengan pandangan mata yang sayu

---

"Baby, boleh tanya"

Selepas solat isya', Mawar mengambil keputusan untuk bertanya kepada Ariff.

"Yes ada apa sayang?", Ariff memandang Mawar.

"What happened?", Mawar menghulurkan telefonnya kepada Ariff.

Ariff sedikit gelisah, lagi lagi bila melihat Mawar tenang di depannya.

"Abang explain ok", kata Ariff kesal.

"I'm waiting abang"

"Dia ni student abang, masa ni dia migrain. So, dia tak larat tu yang jatuh dekat badan abang. Serious abng tak buat apa-apa", terang Ariff bersungguh-sungguh.

"Tak ada siap kata abang ada apa-apa dengan dia", Mawar berkata selamba.

"Balik lambat? Bau perfume dekat your cloth? any explanation lagi?", tambah Mawar tenang.

"Bukan sengaja abang nak balik lambat, abang hantar dia balik la time tu. Maybe time dia terpeluk abang tu bau perfume dia melekat dekat baju abang", Ariff membela dirinya semangat.

"Okay explanation done", Mawar mengambil semula iPhone di tangan Ariff.

"Sayang, you don't trust me?", Ariff menggenggam tangan Mawar meminta kepastian.

"I trust you 100 percent", balas Mawar yakin.

"Betul ni?", tanya Ariff seakan tidak percaya.

'Ya allah tenangnya hati bidadariku ini. Sedang kan aku baru nampak dia dekat dengan lelaki lain pun, sudah ku tempikkannya. Thanks a lot ya allah bagi insan ini menjada isteriku', desis Ariff.

"Sayang percaya abang", ulang Mawar semula.

Sebenarnya dia malas sngat nak berfikir berkenaan perkara remeh seperti ini. Kesakitan dibadannya lebih penting sekarang.

"Thanks honey, I appeciate it. I promise, lepas ni tak ada perempuan boleh peluk abang dah", Ariff kesal dengan sikap sambil lewanya.

"Okay, sayang dah tahu apa yang sayang nak tahu. I need to sleep baby, pergi la tempat abang", Mawar mahu membaringkan dirinya tetapi dihalang Ariff.

"Abang tahu walaupun sayang kata sayang percaya abang. Mesti hati sayang sakit juga kan", Ariff tahu apa yang ada dalam isterinya walaupun nampak tenang.

"Hati isteri mana tak sakit nampak perempuan lain peluk suami dia. But don't worry, rasa sakit tu sekejap saja", Mawar tersenyum nipis.

"Ok let me make you forget that hurt", Ariff terus membaringkan Mawar di dadanya.

"Apa abang buat ni?", tanya Mawar hairan.

"Kan sayang pernah cakap yang dada abang abang ni la tempat paling tenang sekali dekat dunia. So, just relax your mind", Ariff memeluk erat tubuh Mawar.

"Anak papa tengah tidur ke tu?", perut Mawar diusap.

Tiba-tiba perut Mawar mengeras. "Eh sayang, kenapa ni?", risau dia jadinya.

"Dia marah papa dia la tu. Sayang, shh shh. Tak more macam ni, mama tak marah papa la", dia turut mengusap lembut perutnya yang sedang mengeras itu.

"My baby, papa sorry. Itu semua belakang perancangan papa la. Dengar cakap mama ya, jangan macam ni"

Perlahan perut Mawar yang mengeras tadi sudah kembali normal, siap ditambah dengan tendangan aktif lagi.

"Yang, sakit la mama", nasib la anakku. Lepas satu, satu dia buat ya

"Papa janji, papa tak buat dah. Tidur ya, jangan kacau mama. Kesian dekat mama, sakit dia sayang", pujuk Ariff juga.

"Tidur sayang, I'm here", dia kemudiannya mendodoi Mawar pula.

"Ok", akhrinya Mawar terlelap dalam dakapan Ariff
---

"Paan, nak tahu tak semalam"

Ariff membuka cerita bila dia dan Farhan tiada kelas. Ingat perempuan saja pandai mengupas?

"Aku ingat dekat Malaysia ni just ada 'makcik bawang', tak sangka pakcik bawang pun ada ya?", usik Farhan.

"Kecoh la kau ni, nak dengar ke tak ni?", rungut Ariff.

"Ya aku dengar, ha apa dia?", Farhan melabuhkan punggung di kerusi depan meja Ariff.

"Gambar time student aku si Sya tu peluk aku semalam boleh ada dalam phone Mawar wei", cerita Ariff.

"How come? Pastu apa jadi?", Farhan ingin tahu.

"Kau ingat tak aku kata ada batchmate Mawar minat dekat dia? lelaki tu la yang hantar", sambung Ariff menjawab pertanyaan Mawar.

"Aku dah cakap dekat kau semalam suruh hati-hati, siapa suruh kau degil sangat", balas Farhan

"Alah kau ni pun, mana aku tahu benda nak jadi", Ariff membetulkan rambutnya.

"Whatever la. So, Mawar buat dekat engkau?", tanya Farhan mengangkat kening.

"Maksud kau?", Ariff tidak faham maksud Farhan

"Ya la, dapat tahu laki dia peluk perempuan lain. Tak akan dia tak kejar kau guna parang ke? kunci kau dekat luar rumah ke?", Farhan menceritakan ideanya.

"Excuse me Sya yang peluk aku, ok. Tak hingin aku nak peluk perempuan lain, Mawar dekat rumah tu pun dah cukup mengiurkan", Ariff tersenyum sumbing.

"But to answer your question, come on bro. Nama pun isteri Megat Ariff, sikit pun dia tak marah. Dia tanya baik-baik and terima jawapan yang aku cerita", Ariff menanyangkan wajah bangga.

"Seriously? Dia tak marah langsung", Farhan mahukan kepastian. Ariff menggeleng.

"Untung kau Riff, Mawar tak marah dekat kau. Kalau aku la jadi perempuan, dah lama aku ganyang tahu tak", tambah Farhan geram

"Mawar tu memahami la, bukan macam kau. Dah yang kau pula panas, pohal eh?", Ariff mengerutkan dahi.

"Ya la geram aku, dah kata jangan tolong. Nak ditolong jugak. After this, tak perlu dah. Jangan nak hampakan kepercayaan Mawar tu. Kalau dah sampai tiga empat kali berulang, siapa nak percaya lagi kan?", Farhan menasihati Ariff ikhlas.

"Faham En. Farhan. Aku tak akan buat lagi, janji", Ariff mengangkat tangan sebagai tanda janji.

"Kau tak perlu janji dengan aku, janji dengan Mawar sana", jeling Farhan sekilas.

"Dah", balas Ariff sepatah.

"Jangan pandai janji saja Megat Ariff, tunaikan", Farhan memeperingati Ariff.

"Baik, aku tahu la kau lecturer. Tak payah ceramahkan aku dekat sini", Ariff menggeleng tersenyum.

"Lantak kau la. Ok la aku nak turun cafe ni, kau nak join?", Farhan bangun membetulkan balzer di badan.

"Tak nak, aku nak elakkan jumpa student aku yang tergedik-gedik tu. Like what you ask", balas Ariff membuka buku.

"Bagus, faham pun. Aku gerak dulu, cau bro", Farhan terus berlalu meninggalkan Ariff di biliknya.

---

"Assalamualaikum", ada suara memberi salam di pagar rumah.

"Waalaikumussalam", Mawar melihat ke arah pagar.

Zanirah melambai dari luar pagar sambil berdiri di tepi kereta miliknya.

"La kau ke? masuk masuk", Mawar menekan suis pintu pagar automatik di pintu utama rumah.

"Kaklang", Zanirah memeluk Mawar.

"Kau buang tabiat apa? datang rumah alang kau. Siap peluk aku bagai ni", Mawar tersenyum senget sambil membalas pelukan ucu.

"Ala kau ni, tak akan nak jumpa and peluk kakak ipar sendiri pun tak boleh", rungut Zanirah melepaskan pelukan.

"Siapa kata tak boleh", Mawar memandang wajah ucu.

"Eyy dah la, tak nak jemput aku masuk ke? Nak juga sembang sembang dengan kau", Zanirah menjenguk jenguk ke dalam rumah.

"Kau tak ada kelas ke hari ni?", tanya Mawar.

"Tak", balas Zanirah sepatah.

"Jom la masuk, tak payah terjenguk-jenguk macam tu. Kau nak intai siapa? aku seorang je la dekat rumah", Mawar masuk ke dalam rumah menutup suis pagar semula.

"Kau tunggu kejap, aku pergi buat air", Mawar mahu berjalan ke dapur.

"Eh tak payah la kaklang, aku nak ajak kau borak saja l. Tak nak susah kan kau", Zanirah duduk di sofa.

"Tak susah pun la, air dah siap dalam fridge dah pun. Tunggu kejap, lepas ni kita borak la", Mawar terus berlalu ke dapur.

---

"Here you are, nah air kau", Mawar meletakkan jag berisi air bandung di atas meja.

"Wow, bandung. Lama tak rasa", Zanirah terus menghirup air bandung yang telah dituang oleh Mawar.

"Bandung saja pun. So, kau nak cerita apa?", Mawar melabuhkan punggung di sebelah ucu.

"Kau ni pun, bawa la bersabar. Kot ya pun, minum la air yang kau buat ni dulu", Zanirah menghulurkan air bandung kepada Mawar pula.

Mawar menggeleng, tapi dia tetap menghirup air bandung yang dibuatnya itu.

"Aku dengar ada orang peluk alang semalam", Zanirah memandang Mawar di sebelah.

Tersembur air yang di minum Mawar mendengar ayat yang keluar dari mulut ucu.

"Kaklang, kau ok tak? Ya allah minum la elok-elok, sampai tersembur keluar air ni", Zanirah mengusap belakang Mawar perlahan.

"Ok, sikit saja ni", Mawar mengelap bibirnya.

"Haish kau ni, aku baru tanya soalan kau dah tersembur. Nah lap mulut kau", Zanirah menghulurkan beberapa helai tisu kepada Mawar.

"Ni mesti kes korang tengah gaduh la ni?", teka Zanirah selepas melihat reaksi Mawar.

"Tak ada la, kita orang ok saja", balas Mawar membuka tv di depan mereka

"Boleh percaya ke ni? so cerita la what happened", Zanirah mahu mendengar dari mulut Mawar.

Sebenarnya mana ucu dapat tahu? Farhan! Lelaki itu memaklumkan perkara itu baru sekejap tadi. Sebab itu juga la, dia berada di rumah alangnya sekarang.

"Tak ada apa la. Perempuan tu pening, jadi dia terpeluk Ariff la time dia nak jatuh tu", terang Mawar tenang.

"Boleh percaya ke perempuan tu, tah kan dia saja saja nak peluk alang. Iya la suami kaklang tu hots gitu", Zanirah masih tidak berpuas hati.

"Bab tu aku tak tahu la, dia sengaja atau tak. Tapi yang aku pasti, Ariff tak ada niat langsung nak izinkan perempuan tu peluk dia, kalau bukan sebab perempuan tu pening", balas Mawar yakin.

"So, kau buat apa dekat alang?", ini la perkara yang paling dia nak tahu sekali.

"Apa jenis soalan la kau ni. Kau expect aku nak buat apa? Tak kan aku pukul dia pula", tanya Mawar hairan.

"Tak ada la. Kau tak marah dia ke?", tanya Zanirah lagi.

"Tak, we're in peace"

"That's means kau memang percaya alang 100 percent la?", Zanirah mengerut dahi.

"Soalan kau ni kan macam lagi suka aku dengan Ariff gaduh saja, aku tak nak la besarkan benda kecil macam ni ucu"

"Of course aku percaya, dah dia suami aku", Mawar mengambil remote tv untuk di hubungkan dengan wifi rumahnya

"Aku tak cakap suka tengok korang gaduh. Cuma I just realize kan, untung gila alang dapat kau. Kalau dia buta lagi aku tak tahu la", Zanirah hanya memerhati Mawar.

"Eh, maksu forget about you baby. I'm busy about your parents matter just now", Zanirah terus memegang perut Mawar.

"Dari tadi maksu kau bercerita, tapi perut mama yang besar ni pun dia tak perasan Kautharr", Mawar tersengih bahagia.

"Hehe, sorry baby. Kejap, you just say Kautharr. Anak korang boy ya? Wah dah ada nama, siapa yang pilih?", Zanirah teruja mendapat tahu.

"Haah, he's boy. Aku yang pick nama tu, Ariff ikut saja", Mawar membuka Netflix di tv nya.

"Dah la membawang, jom teman aku layan movie. Aku bosan la kalau tengok seorang diri", Mawar terus memilih cerita yang mahu dilihatnya.

"Alright. Aku teman sampai alang balik la kalau macam tu, aku pun free ni", Zanirah bangun dari duduknya.

"Eh kau nak pergi mana?", Mawar memandang ucu yang sudah berdiri.

"Kata nak layan movie. Aku nak pergi cari anything yang boleh dikunyah dekat dapur kau tu", Zanirah tersenyum senget.

"Suka hati la. Kalau kau nak popcorn pun ada juga, Ariff ada beli before ni", Mawar kembali memandang tv.

"Serious? Dekat mana kau letak, nak nak", Zanirah dengan semangat masuk ke dapur.

"Ada tu. Buka cabinet nombor tiga, laci nombor dua", jerit Mawar bila ucu sudah ada di dapur.

"Okay jumpa", Zanirah mengambil sebekas popcorn dan dibawa ke depan.

"Dah duduk la mana mana kau nak duduk, jom kita start", Mawar menekan button start.

--

"Sir, wait", panggil Nesya bila melihat Sir Ariff a.k.a crushnya seharian mengelak darinya.

"Yes?", Ariff menoleh ke tepi memandang Nesya.

"Sir okay? Kenapa Sir macam mengelat dari saya?", tanya Nesya straight to the point.

"Saya ok. Saya tanya awak balik kenapa saya nak kena rapat dengan awak?", Ariff mengembalikan balik soalan kepada Nesya.

"Sir ni kan, memang tak tahu ke buat buat tak tahu?", rungut Nesya.

"Apa maksud awak?", Ariff mengangkat kening.

"Saya suka dekat sir la, sir tak nampak ke?", Nesya memberitahu terus terang.

"Sorry but i don't like you", balas Ariff selamba.

"Why?", hati Nesya sedikti sebanyak sakit bila kena direct reject.

"I'm married", Ariff menunjukkan cincin perak di jari manis tangan kanannya.

"Kalau saya single sekali pun, saya tak akan pilih awak", tambah Ariff sinis.

"Sir dah kahwin, kenapa tak cakap dekat kami?", Nesya tidak berpuas hati.

"Perlu ke? cukup family saya dengan family isteri saya tahu dah la", Ariff berkata tegas.

"Apa maksud sir cakap kalau sir single pun, sir tak nak pilih saya?", Nesya bertanya tentang ayat Ariff tadi.

"Sya, just look at yourself. Saya nak bukan nak judge cara berpakaian awak, saya tak layak pun. Cuma kalau awak rasa nak dicintai oleh manusia, cuba la ubah diri awak supaya mencintai Allah terlebih dahulu", nasihat Ariff lembut tetapi masih ada tegasnya.

"Jadi sir nak kata pakaian saya ni tak senonoh la. Sebab saya seksi, sebab saya free hair", Nesya bertanya dengan nada sedikit kendur.

"No, bukan macam tu. Awak dengar kan saya cakap tadi yang saya tak layak pun nak judge awak. Saya nasihatkan cuba la awak tutup bahagian badan awak yang mana awak dedahkan tu", Ariff berkata dengan nada sengaja diserius kan.

"Kalau saya tutup pun, apa saya dapat. Sir dah kahwin dah pun", Nesya menundukkan muka.

"Awak salah Nesya. Masih ramai lagi lelaki yang layak dengan awak dekat luar sana berbanding saya. Just tetapkan niat awak berubah bukan untuk saya, tapi untuk Allah", Ariff menidakkan ayat Nesya.

"Kalau macam tu saya pergi dulu. Assalamualaikum", Ariff meminta diri bila melihat Nesya terdiam.

"Babe, you pergi mana?", Kayla menegur Nesya dari belakang.

"Babe, are you okay", Kayla menarik Nesya menghadapnya.

"Sir Ariff is married, babe", balas Nesya perlahan menyandarkan dirinya di bahu Kyla.

"Ala, don't be sad babe. Maybe sir Ariff is not destined for you, just find another guy", pujuk Kayla lembut.

"Ya, I already accapted the fate", Nesya memejam matanya rapat.

"Dah dah, don't overthinking please. Let's have our hi-tea", ajak Kayla mengusap lembut bahu kawannya.

"Tak nak la. Jom teman I cari tudung", Nesya sudah berfikir dalam

'Betul juga Sir cakap tu. Sampai bila nak tambah dosa aku? dah la pahala pun aku jarang buat', desis hati kecil Nesya.

"What? Are you serious, babe?", Kayla menangkat wajah Nesya memandangnya.

Nesya mengangguk. "Boleh?", tanya Nesya perlahan.

"Of course babe, I'm happy for you", Kayla memeluk tubuh kawan baiknya erat.

"Thank you babe, you're just like my sister dah for me", Nesya membalas pelukan Kayla.

"Apa guna kawan kan, kalau tak nak tengok tolong kawan dia. Dah tak nak sedih, jom la", Kayla meleraikan pelukan.

"Jom", mereka keluar dari kawasan U dan menujuk ke butik tudung berdekatan.

---

" Tasha Bila kita nak start plan kita ni?", Terry duduk di sebelah Tasya di ruang tamu rumahnya.

"Terry, you sabar la sikit", Tasya pening bila Terry asyik bertanya tentang plan itu

"Sampai bila kita nak tangguh?", rungut Terry geram.

"Kenapa you tak sabar sangat ya sekarang ni?", Tasya seperti ingin tahu.

"Aku tak sabar nak jadikan Mawar milik aku", balas Terry yakin.

"I pun pening dengan you ni. Padahal dia bini orang, apa yang dia ada?", tanya Tasya hairan.

"She's perfect", balas Terry sepatah.

"Manfaat untuk I?", Tasya bertanya tentang kebaikan di pihaknya pula

"Apa masalah kau actually? Padahal plan ni kau yang rancang kan?", tanya Terry membuat muka geram.

"Bila I fikir balik kan, rasa macam benda ni untung dekat you saja. I tak dapat apa pun", Tasya menjawab nyata.

"Kau ni kenapa? Dah gila ke, atau pun Syed dah jatuh cinta dengan kau", Terry cuba meneka.

"Tak Syed still macam tu saja, I okay saja la", Tasya menyelet rambutnya belakang telinga.

"Ha okay la tu. Bila Mawar jadi milik aku, confirm Syed kau tak akan dapat dekat dengan Mawar dah", Terry mendekatkan duduknya dengan Tasya.

"Fine, I proceed with this plan", Tasya menjauhkan dirinya bila terasa Terry mendekat.

"Bagus, so nak tak nak. Aku nak kita buat plan kita ni lusa juga", Terry seakan memberi arahan.

"Ya. So, you panggil I datang rumah you untuk bincang benda ni saja ke? Dah settle kan, I balik dulu la", Tasya mahu pulang ke rumah.

"Siapa kata aku nak cakap benda tu saja? Aku nak buat benda lain la", Terry tersenyum menggoda sambil tangan naik memegang bahu Tasya.

"You nak apa ni?", Tasya cuba menurunkan tangan Terry dibahunya tetapi gagal.

"Kalau aku cakap nak kau", Terry mendekatkan muka dengan muka Tasya.

"Terry, kita dekat rumah parents you la", Tasya menolak sambil mengingatkan Terry.

"Don't worry, parents aku tak ada dekat rumah", Terry merangkul pinggang Tasya.

"Bibik nampak nanti", Tasya menepuk dada Terry.

"Jom naik bilik aku", Terry mencempung tubuh Tasya naik ke biliknya.

Tasya hanya akur tidak mahu Terry membocorkan rahsia terbesarnya itu. Dia takut Daddy menghalaunya dari rumah dan menyekat cad creditnya.

---

TO BE CONTINUE...

So how about this bab. Ada penambah cerita kan? Hope you guys enjoy. Don't forget to follow and comment :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience