"HAI pretty, assalamualaikum. Menantu dengan cucu daddy sihat?", tanya Amirr mesra dihujung talian pada malam itu.
"Waalaikumussalam daddy. Alhamdullilah Wa sihat, baby pun okay", balas Mawar turut mesra.
"Alhamdulillah syukur daddy dengar", Amirr mengucap syukur.
"You ask about us. How about you? Daddy dengan mommy sihat?", tanya Mawar pula.
"Sihat orang tua, macam ni la", balas Amirr
"Ala daddy Wa ni kan kuat, I know. Kalau tak macam mana daddy boleh uruskan syarikat daddy yang besar tu?", Mawar memuji daddynya.
"Ya la, itu daddy terpaksa buat. Nak suruh anak lelaki daddy semua tak minat, daddy la kena buat", rungut Amirr.
"Kesian daddy Wa ni ya. Tak pa, lepas habis study ni. Nanti Wa sambung kos bussines, boleh tolong daddy", balas Mawar tertawa kecil.
"Bagus juga tu. Nanti daddy bagi saja syarikat daddy tu dekat pretty", ujar Amirr yakin.
"Mana boleh macam tu. Nanti adik beradik dengan menantu yang lain cakap apa pula", kata Mawar ikhlas.
"Tak payah kisah. Lagipun bukan dia orang nak tolong, Pretty saja sanggup tolong daddy", Amirr tekad dengan keputusannya.
"Ya la daddy. Wa ikut saja", Mawar akur.
"Okay la, Mawar nak buat revision ni daddy. Nanti lain kali kita sambung lagi", Mawar meminta diri terlebih dahulu.
"Hmm ok. Jaga kesihatan tu, jangan buat kerja berat. Bye assalamualaikum", Amirr berpesan dan mengucap selamat tinggal.
"Inshallah daddy, bye waalaikumussalam", Mawar mematikan talian selepas menjawab salam daddy.
---
"Sayang", suara garau menegur Mawar.
"Siapa sayang kau?", balas Mawar menyampah bila dapat mengagak gerangan orang yang memanggilnya.
"Kau la", jawab Terry tersenyum sinis.
"Kau nak apa kacau aku ni?", Mawar tidak suka Terry tak habis habis mengacau dirinya.
"Aku tegur pun dah tak boleh sekarang eh. Pembawakan budak ke kau ni? asyik marah saja", usik Terry tertawa kecil.
"Lagipun sayang, aku rindu kau la", tambah Terry.
"Kau ni memang tak faham bahasa ke? Aku ni dah kahwin tau, so jangan berharap apa-apa dari aku", Mawar cuba mengingatkan Terry status dirinya.
"Aku tak kisah semua itu. Berapa kali aku ulang benda yang sama?", Terry berjalan mendekati Mawar.
"Better shut up your mouth, kalau kau tak nak rasa penamar aku", ugut Mawar menjeling tajam ke arah Terry
'Eh mulut tu, aku sumbat cili api fresh belakang rumah tu kang baru tahu', desis Mawar
"Kau ingat aku takut ke dengan jelingan kau tu? Makin aku suka aku adalah, sayang", Terry masih dengan senyuman sinis di bibir.
"Dah la Terry, better kau balik kelas kau"
Mawar menyuruh Terry kembali ke kelas dan automatik keluar dari kelasnya kerana hanya mereka berdua disitu.
"Kenapa? Kau takut?", Terry mengangkat kening dan berhenti hanya setapak dari Mawar.
"Tak ada maknanya aku takut dengan kau. Aku suruh kau berambus sebab lepas ni extra class dah nak start", Mawar mencari alasan menyuruh Terry berambus.
Kawan-kawannya yang lain, semua keluar untuk makan di kantin terlebih dahulu. Mawar lebih suka duduk di kelas supaya dia lebih ready untuk extra class.
"Kau jangan risau, ada lagi 15 minit before start. So we can spend our time together", Terry bergerak selangkah ke hadapan, berdiri betul-betul dihadapan Mawar.
"Terry kau kenapa ni? bla la"
Mawar mengundur ke belakang sejauh mungkin, tetapi malangnya tempat duduknya berdekatan dengan dinding.
"Yang kau lari kenapa?", selangkah Mawar bergerak, Terry juga turut melangkah dengan senyuman dibibir.
"Kau nak apa ni? Keluar la, aku nak study", Mawar menolak tubuh Terry bila dirasakan Terry sangat hampir dengannya.
"Kalau aku tak nak keluar?"
Terry mendekatkan mukanya ke wajah Mawar. Tolakan Mawar tadi tidak memberi kesan langsung di badannya.
"Terry please, get out", nada Mawar seakan merayu.
Dia sendiri pun takut akan tindakan Terry selelas ini akan melampaui batas. Ditambah pula, dia sedang berbadan dua ketika ini.
"Hey sayang, relax", Terry menyentuh pipi Mawar lembut. Matanya juga dapat menangkap perut Mawar yang sudah membuncit.
"Kau cantik tapi sayang kau bini orang. Berapa bulan dah anak kau ni?", Terry mengelus pipi Mawar sesuka hatinya.
"Terry, don't be rude! Jangan berani kau sentuh aku!", Mawar menolak kasar tangan Terry yang menyentuh pipinya.
'Jijik', itu la yang terlintas difikiran Mawar.
"Relax relax, aku sentuh sikit saja. Tak luak la untuk husband kau", tangan Terry naik menyentuh pinggang Mawar pula.
Pang!
Satu tamparan singgap di pipi Terry. "I'm not your toy sesuka hati nak pegang", ujar Mawar keras.
"Siapa kau nak tampar aku ha?!", Terry terus menarik kasar leher Mawar untuk diciumnya bibir munggil itu.
Geram sesuka hati saja Mawar menamar dirinya, sedangkan mommy pun tak pernah naik tangan dengannya.
"Lepas la bodoh", Mawar sedaya melepaskan dirinya dari dicium rakus oleh Terry yang seakan dikuasai nafsu itu.
"Jantan tak guna!", jerit Syed dan terus berlari ke arah kami. Baju Terry direntap olehnya.
Dush!
Satu tumbukan kuat hinggap di pipi Terry sehingga terduduk di lantai.
"Sial punya jantan. Kau ingat kau siapa ha?", herdik Syed geram kepada Terry, tangannya masih meggenggam penumbuk.
"Wow, ada orang datang selamat first love dia la", Terry menyapu sedikit darah yang keluar dihujung bibir.
"Tahniah la. Dah ada awek pun, sibuk kacau milik orang", Terry bangun dan menepuk kedua belah tangannya sambil tersenyum sinis.
"Kau berambus sekarang sebelum aku tumbuk kau lagi", Ujar Syed keras dengan ugutan
"Lantak aku la. Kau sibuk dekat sini kenapa? Pergi la jaga Tasya kau tu", Terry menjawab sinis.
"Syed, stop it. Jangan la kecoh kecoh", Mawar cuba menenangkan Syed yang sedang menahan geram.
"What Wa!? Kau nak bela lagi jantan tak guna ni?!", marah Syed.
"Nasib baik aku lalu sini tadi. Kalau tak, tak tahu la aku apa jadi dekat kau", tambah Syed keras.
"Sorry", Mawar hanya menundukkan muka, gerun dengan wajah serius Syed
"Aku bukan nak marah kau. Tapi kau kena bagi tahu cikgu disiplin benda ni, ni kes berat tahu tak?", pujuk Syed lembut.
"Kau ni memang suka menyibuk eh? Dah dia tak kisah, kau pula kecoh lebih", sampuk Terry mengangkat keningnya
"Diam la bodoh, ada aku suruh kau menyampuk. Aku tak lapor ni pun, kira beruntung kau", Syed menjeling tajam ke arah Terry.
"Hahaha, dah la Syed. Baik kau bla saja, biar aku sambung kerja aku", ujar Terry tertawa kecil.
Dush!
"Kurang ajar kau", satu lagi tumbukan dilepaskan di wajah Terry.
Terry hanya tertawa lagi. "Dah la Terry, aku nak kau keluar dari kelas aku now", Mawar memberanikan diri bercakap dengan Terry.
"Hey sayang, jangan la halau aku", Terry masih dengan sikap gatalnya.
"Baik kau diam, sebelum muka kau pecah aku kerjakan", Syed ditahap paling atas kesabarannya.
Dia geram melihat cara layanan Terry terhadap Mawar seakan 'perempuan murahan'. Dia tahu bahawa Mawar sangat menjaga maruah diri.
Terry berjalan menghampiri Mawar. "It's okay sayang, hari ni kau lepas. Aku gerak dulu", bisik Terry ditelinga Mawar dan terus berlalu pergi.
"Biadap punya jantan", Syed masih menggengam penumbuk nya.
"Enough Syed, he's gone", Mawar memujuk Syed untuk bertenang.
"And thanks sebab selamatkan aku", tambah Mawar lembut
"Welcome tapi Wa, kau tak boleh diam saja. Report cikgu disiplin, jangan biar dia tu", balas Syed menyuruh Mawar melaporkan tentang Terry.
"Aku malas nak besarkan benda ni", Mawar menundukkan mukany lagi.
"Suka hati kau la Wa. Aku tak tahu nak cakap apa dah", Syed menggeleng melihat perangai Mawar yang sedia kalanya memang degil.
'Aku sayang kau Wa. Aku tak nak dia buat kau macam tu lagi, you're not his toy', desis Syed hanya di dalam hati, dia tidak mampu untuk meluahkannya kepada Mawar.
"Don't worry, kau balik la kelas dulu. Aku nak sambung buat revision", Mawar berkata lembut dan duduk semula di tempatnya.
"Jaga diri, aku gerak dulu", Syed hanya akur dengan arahan Mawar.
Pergerakan keluar Syed hanya dihantar dengan pandangan yang sayu. Satu perasaan ganjil dirasakan dalam hatinya, perasaan yang sudah lama tidak muncul.
'Ya allah Wa, kau isteri orang', desis Mawar menolak perasaan dihatinya
---
"Hai perempuan", tegur Tasya.
'Kenapa malang sangat hari aku hari ni. Lepas cicak kobeng, cempedak goreng ni pula', desis Mawar.
"Hoi kau pekak ke aku panggil kau?", suara itu sedikit tinggi.
"Aku ada nama", jawab Mawar senada.
"Ouh, ada nama erk. Aku tak tahu pula, aku ingat kau sama macam perempuan dekat luar tu", ujar Tasya sinis.
"Kau nak apa?", tanya Mawar terus.
"Aku jumpa kau ni sebab kekasih hati aku la. Dia jumpa kau kan before start extra class tadi?", herdik Tasya.
"Haah, he safe me", Mawar masih dengan nada yang sama, malas mahu melayan Tasya.
"Biadap punya perempuan. Kenapa pakwe aku kena selamatkan kau pula, suruh la laki kau", Tasya membuat muak tidak berpuas hati dengan Mawar.
Mawar tidak hairan dari mana Tasya tahu dia sudah berkahwin, sudah tentu la Terry. Mereka berdua kan berkawan baik.
"Dah dia lelaki kiriman dari Allah for save me, aku nak buat macam mana?", Mawar cuba menyakitkan hati Tasya lagi.
"Tak sedar diri. Dah kahwin tu buat la cara dah kahwin. Ni menggatal dengan pakwe aku", marah Tasya. Hatinya sudah sedikit membara dengan ayat Mawar.
"Bila masa aku menggatal? Dah memang pakwe kau sayang aku, I'm his first love kot. Sebab tu la dia selamatkan aku", ujar Mawar bangga lagi mengapi-apikan Tasya.
"Berani kau kan?", Tasya menunjukkan jarinya kemuka Mawar seakan menahan geram.
"Dah la malas aku layan kau ni, tak ada faedah. Baik aku balik, layan laki aku. Lagi seronok, halal gitu", Mawar berbisik dan tertawa sikit. Terus dia melangkah pergi meninggalkan Tasya.
'Tak guna kau Mawar. Kau tunggu la apa lagi aku nak buat lepas ni. Aku akan pastikan hidup kau lebih merana dari apa yang aku rasa', Tasya menghentakkan kakinya geram dengan Mawar.
---
"Ish semak la kepala aku!", Mawar menghentakkan badan di atas katil.
"Baby, sorry ok. Mama penat sikit hari ni", Mawar mengusap perutnya yang sudah mula terbentuk.
"Baby rindu papa tak? I miss him, jom kita call papa nak tak?", cadang Mawar sambil bangun mengambil telefon.
Nombor Ariff ditekan. "Assalamualaikum honey", jawab Ariff dihujung talian.
"Waalaikumussalam abang, rindu", rengek Mawar.
"Hahah, so cute honey? Kejap, tukar vc", Ariff terus menukarkan call biasa ke panggilan video.
"So how? Dah terubat rindu belum?", tanya Ariff tersenyum.
"Tak, still missing you. Nak abang ada dengan sayang sekarang", rengek Mawar lagi dengan pandangan sayu
"Sayang, hey kenapa ni?", tanya Ariff risau melihat Mawar begitu.
"Hari yang memenatkan la", adu Mawar dengan muka sedih.
"Kenapa? Meh story dekat abang, apa jadi tadi?", tanya Ariff lagi mahu mendengar cerita Mawar.
"Mangkuk dua ekor tu la, stres gila sayang", rungut Mawar perlahan.
"Sayang", panggil Ariff lembut.
Bukan dia tak tahu dua orang mangkuk yang dimaksudkan Mawar itu ialah Terry dan Tasya. Setiap masa mereka akan mencari masalah dengan isterinya.
"Tak baik la stres macam ni, nanti boleh effect dekat baby kita", pujuk Ariff mesra
"ya I know, tapi mangkuk dua ekor tu la", Mawar memandang Ariff.
"Sayang, hey dengar sini ok abang cakap", Ariff merenung ke muka Mawar.
"Biar la apa dorang nak cakap pun. You know that they don't like you, right? So, just thing about yourself and our baby ya?", Ariff berkata lemah lembut.
"Ya la, kalau abang cakap macam tu. Ni abang dekat mana?", Mawar akur dengan keputusan Ariff.
"Ada dekat U lagi, baru nak mark assingment budak", balas Ariff.
"Ouh busy ke? Sorry, tapi sayang still nak kacau abang juga", Mawar tersenyum ke arah Ariff.
"I miss you a lot baby", tambah Mawar membuat muka comel.
"Haha, rindu tapi kacau kerja abang. Macam mana nak siap ni?", tanya Ariff mengusik.
"Eleh kalau siap pun, bukan abang balik. Hujung minggu juga baru boleh kita jumpa", cebik Mawar.
"Sabar la sikit sayang. Sayang juga kan yang kata SPM tinggal beberapa minggu saja, lepas tu kita dah boleh tinggal sekali", pujuk Ariff dengan nada teruja.
"Lain macam teruja abang. Sekarang sayang yang rindu abang, bukan abang rindu sayang pun" Mawar menggeleng kepala
"Tapi dia pula tak sabar nak sayang pindah, patut nya sayang yang excited", tambah Mawar.
"Ya la sayang, mesti la abang excited. Lepas ni, makan pakai abang semua ada orang jaga. Abang bangun tidur ada orang dekat sebelah", ujar Ariff teruja.
"Ingat sayang maid abang ke? Selama ni sayang tak ada elok saja makan pakai abang terjaga", nafi Mawar.
"Abang tak cakap pun sayang jadi maid. Lagipun sebelum ni memang semua baju abang hantar dobi. Kalau makan, before balik tu makan la dekat luar dulu dengan Farhan", balas Ariff membetulkan Mawar.
"Ya allah bertuah punya husband. Ya la orang kaya, senang hidup abang kan", Mawar menggeleng. Pening dengan sikap suaminya itu.
"And the best part is...", kata Ariff seakan terhenti dengan senyuman penuh makna.
"Is?", tanya Mawar hairan.
"You can serve me all night", Ariff tersenyum penuh menggoda kepada Mawar
"Lishh, itu yang best dekat dia", Mawar membuat muka annoying dengan permintaan Ariff.
"Of course. Kalau tak, kena tunggu weekends and cuti sekolah baru boleh dapat benda tu", rungut Ariff.
"Stop it la abang. Dah tukar topik lain, dia ni kan", Mawar pula merungut.
"Betul apa abang cakap. Everyday abang ingat dekat sayang", Ariff berkata yakin.
"Ya la tu. Ingat sayang la sangat, padahal ingat benda tu kan. Macam la sayang tak tahu apa dalam otak abang", Mawar menafikan penyataan Ariff.
"Hehe, dua dua la sayang", Ariff tersengih.
"Malas layan abang. Dah sayang nak buat revesion ni, esok kita sambung", Mawar mahu meminta diri terlebih dahulu.
"Ala sayang awal nya. Jom la sembang lama sikit", tolak Ariff tidak mahu menamatkan panggilan.
"Tak boleh baby. Tadi kata busy mark jawapan, sayang pun nak siapkan homework juga. Nanti nanti la ya kita sambung boleh", Mawar berkata lembut.
"Sedih abang macam ni. Tapi tak apa, only a few weeks left", pujuk Ariff kepada diri sendiri.
"Ingat, jangan stres kan diri. Biar saja apa orang nak kata, dia jealous dekat sayang tu", tambah Ariff berpesan.
"Haha, arahan diterima tuan", Mawar meletakkan tangan di dahi seperti askar menerima arahan.
"Sayang ni kan, buat abang geram. Nasib baik abang jauh, kalau tak dah lama abang cubit pipi sayang", Ariff menggeleng kepala sambil tersenyum.
"Bluerkk tak takut", Mawar menjelirkan lidah sambil membuat memek muka.
"Ha jelir jelir, poting lidah tu karang", ugut Ariff.
"Sayang baru luka sikit dah kecoh nak pergi hospital bagai. Ini nak potong lidah sayang, macam la sanggup", Mawar mencebik bibir.
"Tak dapat potong lidah, ada 'benda lain' abang boleh buat. Kalau yang tu, confirm sampai 4 5 round", Ariff tersenyum menggoda.
"Ha mula la tu, dah jadi pervent", Mawar menjeling.
"Ouh tadi jelir lidah, ni jeling pula. Tak apa sayang, tunggu abang balik sabtu ni", Ariff menggangkat kening tersenyum sumbing.
"Abang ingat sayang takut ke? Tak tak tak", Mawar membuat muka tidak kisah dengan ugutan Ariff
"Sayang sayang, penat layan perangai sayang ni kan. Baby cuba nasihatkan mama tu, dah nak jadi mak budak pun. Perangai still macam budak budak", ujar Ariff seakan anak di dalam perut Mawar boleh mendengarnya.
"Eh eh, siapa suruh kahwin dengan budak sekolah. Kena la terima perangai macam ni", Mawar menayangkan muka tidak berpuas hati.
"Abang terima. Dah pergi la buat revision tu, abang pun nak sambung kerja", Ariff pula mahu menghentikan panggilan selepas cubaan Mawar tadi tidak berjaya.
"Alamak betul la. Abang la ni, dah elok bye tadi. Abang pergi ajak sembang balik", Mawar membela dirinya.
"pulak dah, ya la sayang. Ok nanti kirim salam dekat ibu ayah ya", Ariff berpesan lagi.
"Okay abang. Bye assalamualaikum, i love you", Mawar melambai tangan.
"Bye waalaikumussalam, take care ok. I love you more", Ariff melambai kembali.
"You too", balas Mawar dan menamatkan panggilan.
'Dah cakap dengan papa kan, jom mama nak mandi and solat. Lepas tu revision sikit, then malam sikit baru kita dinner ok', Mawar berkata perlahan sambil mengusap perutnya.
---
"Kamu semua boleh pulang. Mawar, jumpa saya sekejap boleh?", cikgu Camey berkata ketika sesi persekolahan tamat.
"Ya cikgu, ada apa?", tanya Mawar melihat semua rakannya sudah pulang.
"Saya tanya ni kamu jangan fikir bukan bukan ya?", cikgu Camey memulakan perbicaraan.
"Kenapa pula saya nak marah? tanya saja la cikgu", balas Mawar lembut.
"Macam ni, saya perasan badan kamu dah naik la sekarang. Setahu saya, kamu ni jenis yang jaga badan kan?", tanya cikgu Camey perlahan.
Belum sempat Mawar menjawab, cikgu Camey menyambung lagi.
"Lagi satu budak sekolah ni kata kamu dah kahwin, betul ke?", satu soalan lagi ditanya.
"Sebab cikgu panggil kita berbincang berdua. Jadi saya cerita perkara sebenar, terima kasih hormat privasi saya", Mawar berterima kasih kepada cikgunya.
"Sebenarnya saya memang dah kahwin, dalam 10 bulan lepas. Fasal badan saya, terima kasih juga cikgu ambil berat dan tahu saya ni jenis jaga badan", Mawar memberitahu satu perkara dulu.
"Kamu ni saya dah anggap macam anak sendiri dah Mawar, mesti la saya tahu fasal kamu", cikgu Camey tersenyum ikhlas.
"Saya tahu tu. Tapi kan cikgu, dah kalau pregnant. Memang saya tak boleh nak halang berat badan saya ni dari naik la", Mawar tertawa kecil.
"Kamu pregnant Mawar?", cikgu Camey sedikit terkejut.
"Ya cikgu, saya pregnant. Baru masuk 24 minggu, 6 bulan dah cikgu", balas Mawar tersenyum.
"Alhamdulillah gembira nya cikgu, tak sangka jodoh kamu awal. Patut la suka marah junior sekarang, pembawakan budak rupanya. Sampai takut dia orang dengan kamu", cikgu Camey pula tertawa.
"Hehe, rezeki Allah cikgu. Fasal budak tu, saya marah sebab dia orang suka buat salah bukan saja", Mawar ikut tertawa lagi bersama.
"Ada ada saja kamu ni Mawar. Itu cerita dia rupanya, kenapa tak cakap dari awal lagi. Ouh ni mesti kamu pengsan hari tu, sebab terlampau penat kan?", cikgu Camey dapat mengagak.
"Bukan tak nak bagi tahu, cuma masa tak mengizinkan. Sorry cikgu, haah masa tu la saya tahu saya pregnant", Mawar sentiasa jujur.
"Tak apa janji kamu jujur dengan saya", cikgu Camey mengusap lengan Mawar lembut.
"Tak ada sebab kenapa saya kena tipu cikgu. Sorry again cikgu, saya tak ready masa tu. Lagipun yang tahu cuma Wani, Mayraa dengan Nurul saja", ujar Mawar.
"Ouh kawan baik kamu bertiga tu dah tahu, pandai eh berpakat tak nak bagi tahu sesiapa", cikgu Camey menggeleng.
"Tapi sekarang cikgu dah tahu kan?", Mawar kedua mengangkat keningnya.
"Itu pun saya kena tanya kamu, kalau tak sampai kamu habis sekolah saya tak tahu murid saya dah kahwin siap nak anak dah lagi", kata cikgu Camey.
Mawar tersengih. "Ok la, kamu dah boleh balik. Nak saya hantar tak?", tanya cikgu Camey.
"Tak apa cikgu, saya naik motor la", balas Mawar.
"Ya allah Mawar, kamu naik motor ni bahaya la. Tak ada, jom saya hantar naik kereta saya", cikgu Camey menarik Mawar keluar kelas menghala ke keretanya
"Tak susahkan cikgu ke?", tanya Mawar risau.
"Kamu lupa la tu, rumah kita kan sehaluan", cikgu Camey mengingatkan.
"Ouh lupa pula saya, ok la kalau macam tu", Mawar mengikut cikgu Camey ke kereta
Dia bukan tidak sayang motornya. Cuma motornya kan berada dalam kawasan sekolah, jadi selamat la sikit.
---
Petang itu, Mawar pergi ke kedai buku berdekatan rumahnya kerana ada buku rujukan yang perlu dibelinya.
"Eh Wa, kau pun ada. Buat apa dekat sini?", tegur satu suara ketika Mawar membelek buku.
"Tengah memasak tak nampak ke?", Tanpa perlu menoleh, Mawar sudah tahu gerangan yang menegurnya. Syed Fariz!
"Loya buruk saja kerja kau", cebik Syed.
"Ya la siapa suruh tanya soalan bodoh. Dah terang terang ni kedai buku, aku cari buku la", Mawar memandang Syed.
"Kau macam mana boleh ada dekat sini? Stalk aku eh?", Mawar menyerkap jarang.
"Perasan, kau ingat kau cantik ke untuk aku stalk? Aku pun nak cari buku la", balas Syed laju menidakkan penyataan Mawar.
"Memang aku cantik, sebab tu boleh jadi first love kau", jawab Mawar selamba sambil mata leka melihat buku.
Syed tergaman 'bukan sahaja first, malah kau last untuk aku Mawar', desis Syed perlahan
"Kau memang suka cakap seorang eh?", tanya Mawar menyentakkan Syed.
"Mana ada aku cakap seorang, kau salah dengar kot", laju Syed menjawab.
"Ya je kau", Mawar menggeleng dan berlalu ke rak sebelah.
"Eh yang kau ikut aku kenapa? Pergi la cari buku kau", Mawar hairan Syed mengikutnya.
"Tak ikut la, aku pun tengah cari buku aku la ni", tangan Syed membelek buku padahal mata sibuk memandang Mawar.
"Suka hati la Syed. Aku dah jumpa buku ni, aku bayar dulu. Kau sambung la cari buku yang kau nak", Mawar berlalu meninggalkan Syed yang terpinga-pinga.
"Wa, kejap Wa. Meh aku bayarkan", Syed mendekati Mawar di kaunter pembayaran.
"Tak payah la, aku boleh bayar sendiri. Kau ambil buku kau nak, then bayar buku sendiri", Mawar menghulurkan duit kepada cashier.
"Aduh kau ni Wa. Baru nak gentlemen sikit, tolong bayarkan. Kau ni potong stim betul la", rungut Syed rancangan mahu belanja Mawar tidak berjaya.
"Menyampah aku. Dah aku balik dulu tau", Mawar berjalan ke motornya dan meyarung topi keledar.
Dan ketika itu baru dia perasan baby bump Mawar kerana baju terketat diperut ketika dia duduk diatas motor.
"Eh Wa!", tahan Syed.
"Apa lagi?"
"Berapa bulan dah?", mulut dihalakan ke perut Mawar.
Mawar menjatuhkan pandangan kebawah juga memandang perutnya. Patut la! Bajunya terketat pula dibahagian itu.
"6 months", ringkas jawapan Mawar.
"Ouh, patut la besar saja nampak. By the way, semoga semuanya berjalan lancar"
"Thanks, ok la. Aku gerak balik dulu", Mawar meminta diri.
"Sama, hati-hati Wa", pesan Syed berdiri bersebelahan motor Mawar.
"Ya bye", Motor Mawar berlalu meninggalkan kedai buku itu dan Syed.
'Kau tak pernah berubah, always tak nak susahkan orang. That's why until now I can't stop loving you', desis Syed perlahan.
Berseri-seri pula wajah Mawar dirasakan tadi, mungkin aura ibu mengandung kot.
---
TO BE CONTINUE...
Done done done... enjoy ok?
Share this novel