P.J. -CHAPTER 24-

Romance Completed 43926

"IBU dengan ayah kena balik, kamu jaga diri ya", kata Aziz perlahan

"Terima kasih ayah", ucap Ariff sayu.

"La tak payah nak terima kasih, ayah tak buat apa-apa pun", balas Aziz mesra.

"Banyak yang ayah buat. Sekarang pun ayah masih tak salahkan banglang sebab Mawar pergi tinggalkan kita. Malah ayah tolong jagakan Kautharr lagi untuk banglang", panjang Ariff berkata.

Semalam selesai mommy menghantarnya ke klinik, dia menghabiskan masa bersama Kautharr sahaja. Tiada mood mahu melakukan perkara lain.

"Tak apa. Manusia ada khilaf dia sendiri, mungkin sekarang masa banglang. Akan datang kita tak tahu siapa kan, jadi bantu la sesama kita", nasihat Aziz lembut.

"Betul ayah cakap tu. Elok dah handsome muka tu, buruk jadinya asyik menangis saja", kata Watie bergurau.

"Jaga diri ya, jangan biarkan rasa bersalah menghurung diri. Bagi dia masa, she will be fine. Ayah kenal anak ayah tu", Aziz menepuk bahu Ariff lembut.

"Baiklah yah", Ariff tersenyum nipis.

"Kami gerak dulu. Nanti kirim salam la dekat semua", pesan Watie

"Assalamualaikum", Ariff bersalaman dengan ibu ayah mentuanya itu.

Permergian kereta Honda Civic milik ayah hanya dihantar dengan pandangan yang sayu.

---

Ariff berehat di dalam bilik, esok dia akan masuk mengajar semula. Telefon dicapai, sejak semalam dia tidak membuka iPhonenya.

"Sayang", terkejut Ariff melihat Mawar membalas chatnya.

"Saya tak akan bebankan hidup tuan, pergi la bersama wanita idaman tuan tu. Kautharr juga saya serahkan kepada tuan. Jaga la dia sebaik mungkin walaupun dah ada anak lain nanti, dia masih darah daging tuan. Salam, Mawar", satu persatu ayat dibaca Ariff.

"Sofea?", dia sudah menjumpai bukti kenapa Mawar meninggalkannya.

Dia tanpa teragak mendial nombor yang diset 'Cinta hati'. Memang mereka meletakkan nama yang sama.

"Maaf, nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan", suara mail box masuk.

"Dia dah tukar nombor?", berkali-kali nombor di dial, masih sama.

---

"Terima kasih, belikan saya ni", Mawar menunjukkan plastik di tangannya.

"Sama-sama sikit saja tu", Naim tersenyum membalas.

"Sikit awak kata? Saya nak simcard baru saja, yang beli sekali dengan semua benda ni kenapa?", Mawar tidak berpuas hati.

'Dah terlampau kaya kot dia ni? Boleh belikan aku satu set keluaran Apple yang baru tu. Nak aku buat apa dengan semua benda ni?', desis Mawar sendiri.

"Saja je, lagi pun saya dah lama tak belanja orang", balas Naim mesra.

"Agak agak la. Awak ni kaya sangat kot, sampai habis 1 set Apple dekat kedai tu awak beli untuk saya", Mawar menggeleng.

Mahu tidak terkejut dia, masuk saja mereka ke kedai tadi, Naim berkata 'Pack me 1 set the new version of Apple, plus one simcard'

Semua tau!!! mat, ear pod, pc, laptop, phone, and iWatch.

"Ala awak ni, tak luak la. Lagi pun tu kedai saya", perlahan kata Naim.

"What?? kedai awak", ternganga mulut Mawar mendengar.

"Tutup la mulut tu, ya kedai saya", tersengih Naim melihat gelagat Mawar.

"Oh my english! Patut la budak dalam kedai tu takut-takut, awak boss dia orang", Mawar teringat muka pekerja di dalam kedai itu.

"Kelakar la awak ni, dah jom balik. Nanti umi kata saya bawa anak dara orang lari pula kang", Naim menarik beg plastik di tangan untuk dipegangnya.

'Dah jadi mak orang pun, anak dara apanya', desis Mawar.

"Eh awak, kejap kejap. Bagi la saya bawa, awak dah tolong beli kan", Mawar mahu merampas beg plastik itu semula

"Awak nak saya pegang tangan awak, atau saya pegang beg ni?", Naim menghulurkan tangan kanan untuk memegang tangan Mawar.

"Fine, pegang la plastic beg tu sangat", Mawar jalan kedepan meninggalkan Naim.

---

Makin lama makin Mawar dapat biasakan duduk di negara orang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Sebulan hidup di Milan, Italy. Dia sudah boleh dapat culture di sini, dia juga sudah start kelas sejak 3 minggu yang lalu.

"Sweetheart, bie nak keluar kejap tau"

Naim memaklumkan kepada Mawar yang sedang menyiram pokok di halaman rumah.

Itu la panggilan yang Naim suruh Mawar gunakan sejak seminggu lepas, disebabkan Mawar mahu melupakan masa silamnya.

Dia cuba membuka hati untuk Naim. Lagipun dia bukan isteri orang lagi kan?

"Pergi saja la, sweetheart tak tanya pun", Mawar menjeling sekejap.

"Amboi mata tu, bie korek kejap lagi kang", Naim mengecilkan matanya.

"Nampak macam sweetheart takut ke? Herm, sorry sikit ya, bluek bluek", Mawar menjelirkan lidahnya.

"Eh eh dia makin menjadi jadi pula, sini bie denda", Naim mendekati Mawar.

"Jangan dekat orang simbah nanti", Mawar menghalakan paip ditangan kepada Naim.

"Tadi kemain berani, bie nak dekat takut pula", Naim tetap berjalan ke arah Mawar.

"Bie, bie nak keluar kan? Jangan salahkan sweetheart kalau baju basah", Mawar mengundur kebelakang dengan paip air masih ditangan.

"Cuba la", Naim semakin laju melangkah sambil tersengih.

"Umi tolong Wa", Mawar berlari meninggalkan paip yang dipegangnya disitu.

"Ha lari lari", Naim mengejar Mawar di taman halaman rumahnya itu.

Berlari pasangan itu dihalaman rumah sambil bergelak tawa mengejar antara satu sama lain.

"Ya allah bertuah punya budak, boleh dia main kejar kejar", tegur Aisyah di pintu masuk ke halaman.

Berhenti terus langkah mereka dan dialihkan pandangan kepada umi.

"Bie yang mula", Mawar menuding jari ke arah Naim

"Amboi bakal menantu umi ni la, salahkan bie pula", Naim membela dirinya.

"Ha dah dah, kamu berdua apa la. Masuk tengah tengah panas ni dia main kejar-kejar", Aisyah menyuruh mereka masuk.

"Umi, ada apa ni?", muncul Mikhail dari belakang.

"Ha tengok la anak bertuah awak berdua ni, main kejar kejar macam tak cukup umur", Aisyah menjuihkan bibir kepada Naim dan Mawar.

"Ya allah, Kamu berdua ni apa la. masuk masuk", Mikhail menggeleng tersenyum.

"Bie tak payah masuk, kata nak keluar tadi", Mawar menahan Naim.

"Apa ni sweetheart? bie nak tukar baju dulu baru keluar", Naim mengurut.

"Tak payah, keluar saja la pakai baju berpeluh tu. Siapa suruh kacau sweetheart tadi?", Mawar tetap menghalang laluan Naim.

"Nak ke tepi ke nak bie dukung?", Naim menaikkan keningnya sebelah.

"Berani buat la. Umi dengan daddy ada dekat sini", Mawar tidak takut.

"Arhh!"

Mawar terasa tubuh nya berada di awangan. Terus dia memeluk leher Naim

"Ok bie boleh tukar baju, turun kan sweetheart", Mawar meronta-ronta dalam dukungan Naim.

"Bukan tadi orang tu berani sangat ke?", Naim mendekatkan wajah ke wajah Mawar.

"Fine promise tak buat lagi", merayu Mawar minta diturunkan

"Sudah la Im, nak menangis dah walid tengok muka Mawar tu", tegur Mikhail

"Haah, kesian umi tengok", Aisyah menyokong.

"Biar kan dia umi walid, tadi berana sangat cabar along kan", Naim tersenyum sinis.

"Ya orang tahu la orang salah, janji tak buat dah", janji Mawar bersungguh.

"Betul?", lagi dekat wajah Naim hingga tingal sejengkal sahaja.

Terangguk-angguk kepala Mawar mengiyakan. "Good girl", Naim menurunkan Mawar perlahan.

"Tarik balik, nak ambil ni", Mawar memijak kaki Naim dan berlalu naik ke atas sambil tersengih menjelir.

"sweetheart!", geram Naim melihat gelagat Mawar.

"Haish kamu berdua ni, dah dah pergi tukar baju tu", umi walid tersenyum melihat mereka.

---

"Kaklong", ketuk Mariam di pintu Mawar.

"Umi, kaklong tengah rehat agak nya tu", bagitahu Mariam kepada umi disebelah.

"Wa, umi ni. Kamu ok?", Aisyah pula mengetuk.

"Hmm", Mawar membuka pintu perlahan.

"Ya allah kaklong, kenapa muka pucat sangat ni?", tanya Mariam risau.

"Tadi petang elok saja main lari-lari, tak akan malam ni demam pula", Aisyah menyentuh dahi Mawar. Panas!

"Tak tahu penat semacam pula, tak larat nak jalan", adu Mawar manja.

"Kejap kakdik panggil along. Umi tolong tengokkan kaklong kejap tau", Mariam berlalu ke bilik alongnya

---

"Long ouh long", Mariam mengetuk.

"Ada apa?", jerit Naim dari dalam.

"Kaklong demam panas", bagi tahu Mariam.

"Ha, masa bila pula ni?", muncul terus Naim di muka pintu.

"Tu dekat bilik dia, pergi la tengok", Mariam menunjuk ke arah bilik Mawar.

Berlari terus Naim ke bilik Mawar kelam-kabut.

---

"Sweetheart kenapa ni?", tanya Naim risau duduk disisi Mawar.

"Demam dia tak kebah lagi tu, umi dah sapukan kain basah tadi", maklum Aisyah

"Bukan petang tadi elok saja je ke along rasa, macam mana boleh jadi macam ni?", Naim risau melihat keadaan Mawar yang tidak bermaya.

"Tu la, umi pun musykil. Mungkin badan dia terkejut, penat sangat", Aisyah memandang Naim.

'Amboi macam dia pula yang sakit, kemain risau dah muka tu umi tengok', tersenyum umi.

"Umi senyum pula? Sweetheart ok tak ni? Jom bie hantar pergi klinik", pujuk Naim lembut.

Mawar menggeleng. "Tak suka bau klinik", adu Mawar.

"Tak boleh la macam tu, kena la doctor check. Kalau tak mana nak tahu sweetheart sakit apa", Naim memujuk lagi.

"Tak apa. Biar umi call Dr. Michael kejap", cadang Aisyah.

Doctor Michael adalah doktor peribadi keluarga Naim. "Ok umi, biar Dr. Michael saja datang sini"

---

"Perché con lui? (Kenapa dengan dia?)", tanya Naim setelah selesai pemeriksaan

"È solo stanco. Ma il contenuto è ok (Dia hanya penat, tapi kandungannya ok)", bagi tahu Dr. Michael.

Tiba-tiba hati Naim terbit satu rasa yang lain. Ya, Cemburu!

"Lei è incinta? (Dia mengandung?)", tidak berkelip Naim memandang Mawar yang sedang tidur di atas katil.

"Non lo sai? Il contenuto ha raggiunto le 4 settimane (Awak tidak tahu? Kandungannya sudah mencecah 4 minggu", lancar Dr. Michael memberitahu.

"Hmm, va bene. grazie per l'aiuto (Hmm, baik la terima kasih atas bantuan Doktor)", Naim mengucapkan thank you.

"It's okay. È il mio lavoro. Vado prima io (It's okay, itu tugas saya. Saya pulang dulu)", Dr. Michael meminta diri.

"All right Doktor", Naim menghantar Dr. Michael sehingga kepintu depan rumahnya.

---

"Sweetheart", Naim mengejut Mawar lembut.

"Hmm", Mawar membuka matanya perlahan.

"Feeling better?", tanya Naim

"Sikit, umi mana?", tanya Mawar. Tidak manis pula untuk berduaan dengan lelaki itu.

"Ada dekat bawah, tengah siapkan bubur sweetheart", Naim mencapai air di sisi katil Mawar.

"Kenapa susah susah? sweetheart ok la", Mawar cuba bangun.

"No, just stay. Bie risau la, it will effect your baby nanti", Naim terlepas cakap.

"What? bie cakap apa tadi?", Mawar terus terduduk.

"Sweetheart pregnant, it's already 4 week", Naim memberitahu perlahan.

Tertumpah airmata Mawar deras, betapa hatinya terasa bagai disiat ketika ni

'Kau dah ambil seluruh jiwa aku sekarang kau tanam lagi benih kau dalam badan aku', desis Mawar

"Hey, why?", Naim duduk di bersebelahan Mawar.

Mawar hanya berdiam menangis. "Say something please, bie risau", lembut Naim memujuk.

"Baby ni tak patut muncul", sayu suara Mawar.

"Sweetheart, baby ni tak salah ok. Jangan sebabkan masalah that happened between you and your ex husband, baby ni tereffect", Naim tidak berani mahu menyentuh Mawar.

Walau hakikat nya sudah banyak kali dia terbabas terpegang wanita itu. Aduh!

"Kalau anak ni ada, it's meant he still my husband", balas Mawar risau.

"Bie tak faham. Sweetheart tidak pernah cerita apa-apa tentang masa silam sweetheart dekat bie", Naim memandang Mawar penuh harapan.

"You will stay with me right? If you know the truth?", Mawar bertanya membalas pandangan Naim.

"Trust me. I love you so much, I'll never leave you sampai akhir hayat bie sekali pun", Naim mengangguk sambil memberi janji.

Mula la sesi bercerita Mawar sehingga dia sendiri tidak sedar masa berlalu dengan pantas hingga ke tengah malam.

"From now on, sweetheart tak perlu risau.. ", Naim memikir panjang sebelum menyambung.

"Bie akan jaga anak ni macam anak bie. That's my promise", Mawar menegakkan muka memandang Naim terkejut.

"Yes, I promise you. Baby ni akan dapat kasih sayang yang cukup dari kita berdua", Naim memberanikan diri memegang tangan Mawar bagi menyalurkan kepercayaan.

"Thanks bie", tindakan drastik Mawar memeluknya membuatkan dia tercengang seketika.

"Almost welcome my love", baru la Naim membalas pelukan itu.

---

"Bro, kau tak nak cari Mawar?", Ariff tersentak mendengar pertanyaan Farhan.

"For what?", tanya Ariff perlahan.

"She's your wife bro, kau tak kisah ke dia hilang?", Farhan mencapai frame gambar di atas meja Ariff.

"Dia tak hilang, she just need ketenangan for a while", lemah ayat Ariff.

"Tengok bro. Betapa gembira nya dia", Farhan menanyangkan gambar yang berada di tangannya.

Terpapar jelas gambar Mawar dan dia tersenyum bahagia bersama ketika honeymoon ke Venice, Italy.

"That's before", Ariff berkata sayu.

"Kau boleh tipu semua orang but not yourself bro. Sebulan ni aku tengok kau dah macam mayat hidup tahu tak?", komen Farhan.

"Nama saja ada semua benda, tapi jiwa kau kosong. Aku tahu kau sebenarnya nak cari dia kan? Kenapa tak cari saja?", tambah Farhan bertanya

"Aku takut", Ariff menunduk.

Farhan mengeluh kasar. "Ya allah, kau asal doh? Macam ni ke Megat Ariff yang aku kenal before ni? Mudahnya kau mengalah sebelum mencuba"

"Dia benci aku", satu kenyataan yang Ariff tak boleh lupa didalam surat Mawar.

"Mulut saja wei, kau tahu hati perempuan ni macam mana kan? Kalau dia benci, dah lama la dia berambus from start kau seksa dia tu", balas Farhan kasar.

Geram hatinya melihat Ariff yang hanya seperti berserah saja pada takdir tetapi tidak mahu berusaha.

Ariff meraup rambutnya. Perasaan bersalah menyelebungi diri bila Farhan berkata tentang 'seksa'

"Sorry bro, I didn't mean nak bagi kau terasa", Farhan pula terlepas kata.

"Tak apa, memang salah aku. Aku dah terima hukuman aku", balas Ariff cuba tersenyum.

"Aku dah tahu betapa peritnya bila ditinggalkan. Lagi buat aku bersalah, bila dia sanggup berpisah dengan Kautharr semata-mata sebab aku", airmata lelaki jatuh sekali lagi setelah hampir sebulan dia menyimpan.

"Bro, cari dia. Aku pasti dia tunggu kau", Farhan menepuk bahu Ariff memberi semangat.

Ariff menganggukk. "Kalau macam tu aku keluar dulu la", Farhan bangun berlalu keluar.

'Sayang, Abang tak boleh tipu diri abang, memang abang rindu dekat sayang', desis Ariff.

---

"Wa, kau pergi Italy. Tak cerita pun", Mawar tertawa mendengar rungutan kawannya.

"Tak cerita pun korang tahu kan", Mawar tersenyum sumbing.

"Memang la tahu itupun aunty cerita", keluh Nurul.

"Pandai korek eh?", Mawar menggeleng.

"No secret between us remember?", tanya Mayraa semula.

"Ok la, sorry tak inform korang. So, how are you guys? Malaysia ok?", tanya Mawar menukar topik.

"Kita orang macam ni la, masing masing busy dengan assingment sendiri", senyum dibibir Mawar masih tak lekang bila mendengar keluhan kawannya

"Amboi korang, dari start call asyik mengeluh saja. Penat sangat ke tu? Aku rasa, aku dekat sini pun study juga", sakat Mawar mesra.

"Memang penat pun, bukan setakat assingment kena buat. Laki kau pun kita orang kena layan juga tau", Wani mengadu geram.

"Ex husband", tegas Mawar.

"Tipu, kau pregnant kan? Aunty dah cerita pun", laju Nurul bercakap

'Hish ibu ni, minah ber-3 ni bukan boleh percaya. Nanti kang dia orang cerita dekat Ariff. Macam mana?', keluh Mawar perlahan

"Cakap orang mengeluh, dia pun sama. Tak payah nak kelentong ok dengan kita orang, we all know the truth", balas Wani yakin.

"Promise me, jangan bagi tahu sesiapa ok?", pinta Mawar.

"All right zip mouth", mereka ber-3 diam.

"Nanti nak kata idiot kang marah, tak ada mulut dah eh masing-masing?", Mawar geram.

"Haha, mak budak ni marah la. Tacud la baby, tacud", sakat Mayraa pula.

"Tacud tacud aku tepuk nanti baru kau tahu? Dah macam anak aku pula", perli Mawar.

"Ha la Wa, cakap fasal anak ni. Kau tak rindu Kautharr ke? Sampainya hati kau tinggal dia tanpa kasih sayang seorang ibu", ayat Wani terkesan di hati Mawar.

"Aku terpaksa", balas Mawar sayu

"Eh sorry Wa, tak ada niat nak buat kau sedih. Aku faham perasaan kau", pinta Wani maaf.

"Tak apa. Aku ok saja, cuma kalau korang free nanti. Pergi la tengok anak aku, jangan risau. Cik Da ada dekat rumah, cakap dekat dia aku kirim salam sekali", nada Mawar diceriakan semula.

"Inshaallah, kita orang free. Nanti kita orang datang rumah kau, boleh kau vc dengan Kautharr nanti", terdengar seperti memujuk sahaja nada Mayraa.

"Ok I'm waiting. Pergi la sambung kerja korang, aku pun banyak lagi assingment nak buat ni", Mawar meminta diri.

"Alah, sekejap nya. Baru kali ni saja kita orang dapat call kau lepas kau lari dari rumah tu tau", nada Nurul seakan merajuk.

"Aku tak lari eh, mak ayah aku tahu. Dah tak payah nak merajuk sangat, tak kuasa nak pujuk", Mawar tersenyum.

"Eh kau ni, ok la. Nanti jangan lupa kita bergayut lagi tau", makin lebar senyuman Mawar.

"Iya inshaallah, kirim salam semua dekat sana ya. Bye assalamualaikum", Mawar menamatkan panggilan.

"Amboi senyum sampai ketelinga, bergayut dengan siapa?", tegur satu suara di belakangnya.

Tak payah berpaling pun dia tahu siapa yang bersuara dengan nada lembut kepadanya itu. Naim!

"Bie memang suka intai orang cakap dekat phone eh?", Mawar memalingkan wajah kebelakang

"Mana ada bie dekat dapur tadi. Lepas tu dengar sweetheart gelak, lepas tu diam. Lepas tu gelak balik, musykil bie. Tu yang bie datang sini", balas Naim mendekati Mawar.

"Amboi jauh dengar dari dapur sampai ruang tamu tingkat atas ni ya?", Mawar tersenyum mendengar alasan Naim.

"Dari semalam bie tak tengok senyum tu, dapat pun", usik Naim.

"Mana ada, elok saja sweetheart senyum pagi tadi", balas Mawar selamba.

"Ouh melawan, ingat dapat tipu bie?", Naim duduk disebelah Mawar.

"Bie jauh sikit", tegur Mawar manja.

"Ouh jauh sikit. Tapi semalam siapa yang menangis dalam dakapan bie dekat dada ni sampai tak nak lepas", sakat Naim menunjuk dadanya yang berlapik baju itu.

"Ish tu tak sengaja, emo terlebih tu", Mawar memaki dirinya sendiri. Malu!

"Hahaha, comel juga sweetheart ni bila malu. Tengok tu habis dah merah pipi tu", Naim menjuihkan bibir ke bahagia pipi Mawar.

Pantas tangan Mawar menutup kedua pipinya. "Mana ada?", nafi Mawar.

"Nak bie tunjuk ke?", badan Naim didekatkan sedikit.

"Eh tak nak la bie, bye bye la. Nak masuk bilik", Mawar terus bangun meninggalkan Naim yang tersenyum mengejeknya.

'Love love, comel saja muka tu bila merah', desis Naim tersengih.

---

TO BE CONTINUE...

Apa lagi ujian yang Mawar terima ni, harap Mawar bersabar la. Kesian diri Mawar kena terima semua ni. Readers sis ok? Puas hati dengan hukuman yang Ariff dah terima? Ke korang nak sis bagi pengajaran lagi dekat si Ariff tu? Hehe, sis gurau. Btw support la sis kalau kaya tu, haha. Jangan lupa follow and commet tau :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience