HARI yang dinanti muncul, rombongan meminang akan sampai hari ini. Sebenarnya masih banyak persoalan yang bermain difikiran Mawar tapi dibiarkan saja.
Pagi itu, Mawar hanya menggayakan baju kurung coklat lembut yang dipadankan dengan shawl bewarna ungu bercorak bunga.
'aku harap dia datang la hari ini. Banyak sangat aku nak tanya ini. Dah la aku tak kenal dia, kalau dia orang jahat ke apa macam mana?' Mawar membebel dalam hati.
"Wei lang, dah siap belum? Ni ha kawan-kawan kau dah sampai"
Syuhada muncul dimuka pintu sambil tangan menyuruh ketiga-tiga kawan baik Mawar masuk kedalam biliknya.
"Dah siap pun, kau berapa lama balik ni? Tak kan balik nak tengok bakal adik ipar saja?", Mawar bertanya.
'Biasa balik cuti saja, aku call hari tu just untuk info mana tahu dia free. Ni boleh pula muncul sekarang', desis Mawar.
"Ala, aku nak tengok bakal adik ipar aku saja. Dah jangan nak malu kan aku depan kawan-kawan kau ni. Aku keluar dulu, jangan lama sangat membawang tu. Bakal suami kau ada dekat luar tunggu lama", Syuhada berlalu keluar dari bilik Mawar.
"Ha kantoi, dah ready la tu nak jadi isteri orang. Beria cakap takut, ni ok pula", Mayraa memulakan bicara bila melihat pintu sudah ditutup oleh angah Mawar.
"Apa kau ni tiba. Dah korang yang cakap jangan ubah result yang aku dapat, aku terima la ni", balas Mawar bila melihat kawan-kawan tersenyum memandang kearah nya.
"you look beautiful wa. Untung bakal suami kau", ujar Nurul disebelah Mawar.
"serious ke ni? aku takut macam badut saja, Mahu lari bakal mak mentua aku", Mawar tertawa.
"Tak ada la, dah cantik pun. Bangga aku member aku dah matang sekarang, nak jadi bini orang pun", Wani pula duduk dihadapan Mawar.
"Ouh kau nak cakap selama ni aku tak matang? hahah", Mawar bertanya sambil tergelak.
"haah, malang sungguh suami kau. Mahu bengong nanti dia jaga kau, pening nak melayan", jawab Mayraa.
"Tapi kejap, tadi Nurul cakap untung. Yang kau cakap malang kenapa pula? Sorry sikit ok, aku tak suka susahkan orang", tambah Mawar lagi.
"ok la, dua-dua la macam tu. Malang ada untung ada kahwin dengan kau", Wani mencelah sambil tertawa.
Mawar keluar dari bilik bersama kawan-kawannya apabila terdengar ibu memanggil dari muka pintu biliknya.
---
"Ini ke alang?", tanya makcik yang kelihatan sebaya macam ibu.
"Ye Ida, ni la alang. Mawar Athirah nama dia, alang salam aunty", arah Watie
Mawar menyalam tangan makcik itu.
"Assalamualaikum aunty, saya Mawar", ujar Mawar lemah lembut.
"Eh tak payah panggil aunty la, panggil mommy saja sayang. Cantik sopan santun saja orangnya, patut la anak mommy tak sabar nak kahwin dengan Mawar. Tak boleh nak tunggu habis sekolah, takut orang kebas katanya"
Puteri Zahidah mengusap kepala Mawar sambil tertawa bersama ibu.
Mawar tersipu malu apabila mendengar pujian itu. "Mommy ibu, Wa minta diri kejap ya"
Mawar meminta diri apabila terdengar namanya dipanggil dari luar rumah.
"Teruja betul Ariff tu nak sembang dengan kamu, mommy baru nak ajak borak. Tapi elok la tu, dia kata kamu tak kenal dia lagi kan?", tanya Zahidah.
Mawar menggeleng. "Ha tu boleh la kenal-kenal, lepas itu bincang la apa yang patut dengan dia", jawab Watie pula.
"Baik ibu mommy, Mawar keluar dulu", Mawar terus berlalu dari rumah.
---
'mak bapak, ramai nya dia ni bawa datang rumah aku. Satu kampung agaknya dia ajak'
Desis Mawar apabila melihat lapan buah kereta yang ada dihalaman rumahnya. Mawar berjalan kearah seorang lelaki yang memanggilnya tadi.
'kenapa hati aku berdebar-debar tengok dia ni? kalau macam ni nak cakap pun tak lepas'
Mawar mengusap dadanya yang terasa seperti baru berlari 100 meter apabila berhadapan dengan Ariff.
Dia juga terkejut... Tak sangka muka didepannya ini sama seperti didalam mimpinya.
"Hai jangan la tenung saya macam itu. Macam nak terkam saja, tunggu kita kahwin nanti awak terkam la saya. Bawa-bawa bersabar", Megat Ariff memerli Mawar sambil tersengih.
"Apa sengih-sengih? Ni nak?" Mawar menunjukkan penumbuknya.
'apa la aku ni, boleh kantoi pergi tenung muka dia. Malunya ya allah' desis Mawar
"Tak takut pun tumbuk la, sini sini", Ariff tergelak sambil menunjuk kearah pipinya.
"ok ok sorry, now kita start. Saya Megat Ariff bin Megat Amirr, 27 tahun. Saya ada lima adik-beradik, saya anak ketiga. Abang dengan kakak saya dah kahwin, adik saya yang perempuan study medic dan yang last sebaya awak ambil art. Saya pensyarah dekat UM. So, nice to meet you"
Ariff memperkenalkan diri bila melihat Mawar tidak termakan dengan gurauannya tadi.
"Saya Mawar...", baru Mawar hendak menyambung Ariff memotong.
"Tak payah, saya dah tahu everthing about yourself", Ariff berkata dengan yakin
"What seriously? psiko nya awak ni, takut saya. Dah la saya tak kenal awak, tapi awak tahu semua fasal saya", Mawar sedikit menjauh dari Ariff.
"Mana ada saya psiko, saya cuma ambil tahu biodata bidadari hati saya saja. Itu pun salah ke?", Ariff bertanya.
"Tak kisah la tetap psiko, duduk jauh-jauh sikit. So, kenapa hantar rombongan meminang untuk saya? Saya cuba hubungi awak tapi awak block saya"
"Awak pun tahu saya masih sekolah, saya pun tak pernah jumpa awak sebelum ni rasanya. Ke awak salah orang, nak pinang angah tapi terpinang saya?", soal Mawar bertalu-talu.
Ariff menggeleng kepala. "Satu-satu la sayangku", Ariff mengenyitkan mata kearah Mawar.
"euw belum apa-apa dah menggatal, ingat saya termakan ke dengan playboy macam awak ni? tah tah dekat luar sana tu dah banyak perempuan yang awak kenakan", Mawar malas melayan.
"Ala saya gatal dengan orang yang saya sayang saja. Ok, come here saya jawab soalan awak", ajak Ariff yang berlalu pergi ke gazebo dihalaman rumahnya.
Mawar duduk dihadapan Ariff, "Ok now story A-Z untuk saya"
"Saya memang nak pinang awak, saya tak salah orang. Saya tahu awak belajar lagi, kan saya kata awak sebaya dengan adik saya yang last form 5. Saya tak kisah semua tu, yang saya tahu saya nak jadikan awak pemaisuri hidup saya", ujar Ariff dengan ikhlas.
"Saya hairan la kenapa saya? Kita tak bercinta pun, ini kan lagi nak berkahwin. Awak ingat perkara ni mudah nak berlaku kalau tanpa cinta? Even nama awak pun saya baru tahu tadi", Mawar bertanya.
"Cinta tu tak pernah jadi masalah, kita boleh bercinta lepas kahwin. Mommy dengan daddy pun bercinta lepas kahwin, bahagia saja sampai sekarang. Dan siapa kata antara kita tiada cinta?", terhenti kata Ariff sebelum menyambung
"Saya cintakan awak sepenuh hati saya dari first saya nampak awak. Cuma awak saja yang tak perasan, saya selalu perhatikan awak dari jauh saja", Ariff berkata dengan lancar.
"awak cintakan saya?"
Mawar mahukan kepastian dengan apa yang didengarinya dan dia boleh buat keputusan yang paling besar dalam hidupnya selepas ini.
"Yes Mawar Athirah, I love you so much", Ariff mengulang semula.
"Tapi..." Mawar seakan tak percaya.
"Tak ada tapi sayang, cinta boleh dipupuk. Mawar, I want to ask you something. Will you marry me?", Ariff menghulurkan cincin kepada Mawar.
Mawar tergamam tapi dia bersetuju. Keputusan itu sudah diambil kerana dia yakin dengan istikharahnya.
"Saya setuju kahwin dengan awak. Tapi saya tak janji saya boleh jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam erti kata yang sebenar dalam masa terdekat. I need time untuk biasakan diri dengan semua itu", balas Mawar.
"thank you sayang. Don't worry abang tak akan paksa sayang, lagipun abang kahwin dengan sayang bukan sebab tu. Abang kahwin dengan sayang sebab hanya sayang saja yang bertahkta dihati abang"
Ariff yakin dia mahu Mawar menjadi yang halal buat dirinya untuk selamanya.
"Tapi kejap, mana awak tahu nama saya? Alamat saya? Bila awak siasat fasal saya?", Mawar mahu mengetahui macam mana Ariff boleh tahu banyak tentang dirinya.
"Benda itu semua senang saja sayang. Abang boleh tahu fasal sayang bila- bila masa yang abang nak. And one more thing, lepas kita dah official tunang kejap lagi. You need to call abang and bahasakan diri sayang tu sayang, boleh? Fasal diri sayang tu pula, nanti lepas kahwin abang cerita", tanya Ariff.
"Ok, dah jom la kita masuk rumah. Nanti ramai makcik bawang kampung yang mengumpat pula"
Mawar sambil berlalu masuk kedalam rumah meninggalkan Ariff yang tertawa kecil.
---
Semua mata tertumpu kearah Mawar. Saudara-mara Ariff yang datang kerumah sedang berkumpul untuk mengetahui keputusan Mawar.
Mawar tidak mengenali sesiapa pun dari keluarga Ariff cuma adik-beradik Ariff sahaja yang dia baru kenal
Itupun kerana dia bertanya kepada mommy tadi ketika sedang makan. Ariff pula hanya kata mahu bercerita tentang familynya selepas kahwin.
Itu saja la balasan dari mulut Ariff tu.
"Jadi kamu berdua dah berbincang? Berapa hantaran yang kamu dah bincang? Pendapat kamu ziz?"
Megat Amirr sebagai wakil keluarga Ariff memulakan berbicaraan bagi pihak lelaki.
"Saya tak kisah mirr, Ikut keputusan Mawar saja", Aziz memandang kearah Mawar.
"hmm, sebenarnya Mawar nak tunang lama sikit untuk Mawar kenal Ariff lebih mendalam, tapi Ariff kata sebulan dari sekarang nikah. Mawar okay saja"
"Kalau hantaran Mawar dah cakap dengan Ariff, Mawar terima saja berapa dia nak bagi", tutur Mawar sopan santun.
"Banglang, tak bagi tahu lagi ke fasal hantaran itu dekat Mawar?", Zahidah bertanya kepada Ariff yang berada disebelahnya.
"Banglang tak sempat nak bagi tahu la mommy", balas Ariff tersengih sambil mengusap belakang lehernya.
"Macam ni si Ariff ni dah tetapkan hantaran untuk kamu, 17 ribu dia bagi tahu mommy sempena umur Mawar. Ok tak jumlah tu?", tanya Zahidah
"Saya tak kisah mommy, ok je", balas Mawar.
"Alhamdullillah, jadi hantaran 10 ribu bertunang sebulan. Senang kamu dapat bakal isteri macam Mawar ini Ariff", ujar Amirr.
"Ok, jom kita buat sesi sarung cincin", arah photographer yang ditugaskan untuk mengambil gambar pada hari ini.
Sesi sarung cincin berjalan dengan lancar, semua tetamu dan kawan-kawannya sudah pulang.
Mereka akan bertemu semula satu bulan lagi, semua persiapan akan dibuat dirumah Mawar seperti yang dijanjikan.
---
Hari ini Mawar rasmi menjadi tunang orang. Mawar mendapat dua cincin kerana satu cincin merisik dan satu cincin bertunang.
Mulanya Mawar menolak, tapi Ariff tetap berkeras mahu dia memakai dua cincin itu juga.
"so how? dah dready nak jadi bini orang lagi sebulan", Izzuddin bertanya dimuka pintu rumah.
"eh bang, thanks balik. So macam mana? dia okay tak?"
Lain ditanya, lain Mawar jawab. Dia hanya mahu abangnya memberi pendapat.
"welcome, kau ni aku tanya lain kau jawab lain. Kalau aku cakap tak ok pun, kau dah jadi tunang dia. Tak kan kau nak pulangkan balik cincin ni sebab aku?"
Izzuddin memandang jelas cincin dijari manis adik keduanya itu.
"Hehe, dah ready la kot. Aku ok saja nak pulangkan balik, tapi dia ok kan?", tanya Mawar semula.
"hmm ye la tu. Dari pandangan aku ok la nampak ikhlas dia nak memperisterikan kau"
"harap macam tu la"
"dah aku nak gerak balik ni, aku dapat cuti sehari saja. Jaga diri kau tu, jangan lupa kau tu bawa nama dia sekali. Jangan gadaikan maruah diri sebelum masanya"
Izzuddin sempat memberi nasihat sambil memeluk perlahan tubuh Mawar.
"inshaallah bang. Ala awalnya nak balik, baru nak ajak teman pergi date petang ni", Mawar merengek.
"tak payah nak mengada sangat, aku kerja nak cari duit tanggung anak dara orang. Bukan macam kau goyang kaki, laki sampai", Izzuddin meluku hujung kepala Mawar.
"Aku dah bagitahu semua tadi dekat dalam. Dah pergi masuk, anak dara tak elok nak lama-lama dekat luar"
"haha, ok la. Ride carefully, jangan bawa motor laju-laju", Mawar mencium tangan abangnya.
---
Sebulan berlalu.
Walaupun Ariff bukan lelaki pertama yang dicintainya tetapi dia akan pastikan lelaki itu yang terakhir untuknya.
Dia akan cuba memupuk kasih dalam dirinya untuk insan bergelar 'suami'
Mawar cuma meluat melihat sikap Ariff yang garang dan tegas, kerana Mawar seorang yang manja.
Mawar juga baru tahu yang Ariff rupanya berasal dari keluarga businessmen yang ada syarikat sendiri tetapi Ariff tidak berminat untuk menguruskan business tersebut sebab itu dia menjadi pensyarah.
Mawar sangat beruntung kerana keluarga Ariff dapat menerima kehadirannya dengan hati yang sangat terbuka.
Sebenarnya mereka tak sempat nak berkenalan sangat pun. Ariff di Kuala Lumpur sibuk uruskan pelajar, dia di Negeri Sembilan sedang bersiap sedia untuk SPM.
Mereka akan disatukan pada hari ini. Hanya akad nikah sahaja, majlis resepsi akan diadakan esok bersama saudara-mara dari kedua-dua belah pihak.
Hanya keluarga dan sahabat terdekat sahaja yang datang. Majlis diadakan dirumah keluarga Mawar di Negeri Sembilan.
Majlis belah lelaki akan diadakan pada minggu hadapan di Shah Alam pula iaitu rumah keluarga Ariff.
"Assalamualaikum, boleh ibu masuk?", tanya Watie perlahan.
"masuk la bu", Watie duduk disebelah Mawar dan tangan naik menyentuh pipi gebu anaknya.
"Dah besar anak ibu ni, nak jadi isteri orang dah pun. Lepas ni dengar suami tu cakap, jangan melawan. Ibu ayah dah lepas tanggungjawab nak didik kau, ibu ayah dah serahkan tugas tu kepada Ariff pula", ujar Watie sayu.
Airmata menitis, Mawar menangis dalam pelukan ibunya. Sedih dia mendengar ayat ibunya.
"Ibu terima kasih besarkan kaklang. Cukup sangat kasih sayang yang ibu ayah bagi, tak pernah kurang sikit pun. Ibu ayah akan sentiasa menjadi yang pertama dihati kaklang", ucap Mawar sambil mengesat airmata.
"Dah tak payah nangis, buruk dah. Penat saja upah orang makeup, tapi belum majlis lagi dah rosak", Ibu menghadiahkan ciuman dikelopak mata anaknya.
"Kaklang, tok kadi dengan alang dah ada dekat bawah. Dah siap kan?"
Puteri Zanirah, adik kepada Ariff yang digelar ucu muncul di muka pintu.
"Dah ucu, jom kita turun. Tolong angkat kain aku boleh tak?", Mawar bertanya kepada ucu sambil kaki melangkah kepintu dipimpin oleh ibu.
Mereka hanya menggunakan 'kau' 'aku' kerana jarak umur mereka hanya empat tahun kerana Zanirh sebaya dengan kakaknya.
"No problem, meh sini aku tolong", Zanirah mendekati Mawar dan mengangkat kain Mawar.
"Patut la alang tu excited nak kahwin dengan kau, Kau cantik sangat kaklang hari ni. Habis la malam ni ada harimau lapar nak terkam mangsa", tambah Zanirah lagi sambil tergelak.
"Ada-ada kau kan ucu nak sakat aku, ibu tengok ucu ni", Mawar mengadu kepada ibu sambil menepuk bahu ucu.
Memang dia dah boleh cintakan Ariff tetapi dia masih belum ready untuk menjalankan tanggungjawab itu.
"Dah dah kita dah sampai ruang tamu ni", Ibu menegur.
---
"ok semua sudah sedia?", tanya tok kadi.
Semua mengangguk.
"ok ziz, boleh mula", tok kadi menyuruh ayah memulakan akad.
"Megat Ariff bin Megat Amirr"
"Ye saya"
"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Mawar Athirah binti Aziz dengan mas kahwinnya 17 ribu ringgit tunai"
"Aku terima nikahnya Mawar Athirah binti Aziz dengan mas kahwinnya 17 ribu ringgit tunai"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
Dengan sekali lafaz, Mawar kini sudah sah bergelar isteri kepada Ariff. Tanpa sedar, airmata kegembiraan menitis dipipi.
"Lang, kesat airmata. Suami kau datang tu", Syuhada menyiku Mawar.
Mawar mengesat airmatanya dan tersenyum memandang kearah orang yang menjadi syurga buatnya selepas ini.
"Assalamualaikum sayang"
Ariff berada dihadapannya isterinya. Mawar nampak sangat menawan dimatanya tapi dia tahu yang dia perlu memberikan masa kepada Mawar untuk sesuaikan diri.
"waalaikumussalam abang"
Lembut Mawar menjawab sambil memandang anak mata hitam suaminya. Lama mata mereka terpaut.
"Korang ni, bawa-bawa la bersabar tunggu malam nanti. Banglang, nah cincin", Zahidah memberikan cincin kepada Ariff.
Mawar dan Ariff tersipu malu ditegur mommy kerana kantoi bertentangan mata.
Mawar menghulurkan tangannya yang merah dihiasi inai bercorak itu dan Ariff menyarungkan cincin dijari manis isterinya.
"sejuk tangan, nervous ke? abang kan ada", Ariff menghadiahkan ciuman didahi isterinya.
"Tak nervous la, cuma tak biasa diperhati ramai orang", Izzah mencium lembut belakang tangan suaminya yang berurat itu.
Semua orang disekeliling tersenyum bahagia dan lensa camera pula tidak henti-henti merakam situasi itu.
---
Petang itu, mereka hanya berkumpul untuk berehat kerana semuanya telah diuruskan
Ariff tidak membenarkan sesiapa susah payah untuk majlisnya. Catering telah dibayar dan disettlekan Ariff untuk majlis esok.
Mawar hanya bersiar-siar disekitar rumah dan dia masuk semula kedalam bilik untuk berehat bila melihat sekitar rumahnya kosong.
'mesti semua dalam bilik tengah tidur'
Mawar masuk kedalam bilik, dia membuka tudung dan diletakkan dibuju katil. Kemudian, dia merebahkan diri nya diatas katil niat untuk memejamkan mata.
Tetapi, apabila terdengar pintu bilik dibuka, Mawar kembali duduk sambil tangan mencapai tudung dan dipakai semula
"Eh abang, ingat siapa tadi", Mawar membuka tudungnya semula apabila melihat suaminya yang berada disebelah.
"haah abang, patut la cari satu rumah tak jumpa. Dalam bilik rupanya", Ariff turut duduk disebelah isterinya diatas katil.
Terpegun dia melihat rambut hitam lebat Mawar beberapa saat, debaran hebat dihatinya dikawal.
"Sayang tak tahu nak buat apa, semua abang dah uruskan dengan catering. Itu yang duduk dalam bilik, ingat nak tidur sekejap"
"Abang tak nak susahkan ayah dengan ibu. Bukan susah pun bayar, biar catering yang settle kan", Ariff menggengam tangan isterinya.
"Terima kasih tau abang sudi jadikan sayang isteri abang, sayang janji tak akan ada rahsia antara kita lepas ni. Sayang akan cuba jadi isteri yang sebaik-baiknya untuk abang", Mawar turut membalas pegangan tangan suaminya.
"Sama-sama, semoga bahagia menjadi milik kita", jawab Ariff sambil merenung kearah wajah isterinya.
"Inshallah bang", Mawar tersenyum.
"Dah jom la", ajak Ariff.
"jom pergi mana?", tanya Mawar hairan.
"Tidur la, tadi bukan kata nak tidur?", jawab Ariff dengan wajah menggoda.
"Abang sorry la, tapi sayang tak ready lagi. Bagi masa sikit ok", Mawar menundukkan wajah.
Sebenarnya dia rasa bersalah. Dia sedar Ariff sudah sepenuhnya berhak ke atas dirinya.
"Apa sayang ni, abang ajak tidur la. Yang sayang fikir abang ajak benda tu buat apa? Ke memang sayang nak sebenarnya?", Ariff tergelak.
"ish abang ni, main-main pula", Mawar mencebik.
"Abang... Lepas ni jangan garang-garang please. Sayang tak suka abang garang, sayang takut", tambah Mawar.
"Abang garang ke?" tanya Ariff. Berhenti terus gelaknya tadi bila mendengar permintaan isterinya.
"ye abang garang. Lepas tu sayang nak manja sikit pun jadi takut, lepas ni kurangkan garang tu boleh tak?", pinta Mawar dengan muka comel.
"Sayang ni baru sikit tahu, kalau sayang nak tengok abang lagi garang. Cuba la sayang buat hal dengan abang, baru sayang tahu"
"Tak nak la sayang cari hal, takut. Dah nak tidur, penat la posing depan camera tadi. Esok nak jadi raja sehari, kena cantik"
Mawar menyandarkan badannya kedada bidang Ariff. Mawar memejamkan mata sambil berada dalam pelukan suaminya.
'ingat dia seorang saja yang jadi raja sehari?', desis Ariff sambil tergelak kecil.
"tidur la sayang, abang harap sangat perkahwinan kita ni kekal selamanya", Ariff mengusap kepala isterinya dan dia juga turut memejamkan mata.
---
Mawar dan Ariff keluar dari bilik bersama apabila mereka sudah selesai mandi dan solat berjemaah maghrib berdua sebentar tadi.
"Amboi maghrib baru nak keluar, kalau iya pun excited aura pengantin baru. Kesian la dekat tetamu dalam rumah ini layan diri sendiri saja", tegur Puteri Zafirah, kakak kepada Ariff.
"ala kak, terlelap sekejap la. Bukan tak pernah datang sini, akak tahu kan semua benda dekat rumah ni. Lagipun kalau akak bosan layan la abang", jawab Ariff selamba.
"apa abang ni cakap macam tu, sorry kak. Ingat sekejap nak lelap, tapi sampai ke maghrib pula. Ni mana anak-anak buah Wa yang cute tu?", tanya Mawar.
"Ada dalam bilik tidur dengan cousin dia orang. Ni dah bangun boleh la kita sembang-sembang sikit, banyak akak nak tahu fasal Mawar. Lang, pinjam bini kau kejap tau"
Terus Zafirah menarik perlahan tangan Mawar untuk duduk dibangku depan rumah.
"Jangan lama-lama tahu kak, nanti rindu", Ariff sempat berpesan.
"ala kecoh la mamat ni, jom Mawar", Zafirah mecebik bibirnya.
---
"Ya kak nak tanya apa, Wa jawab saja semua selagi mampu"
Mereka sudah melabuhkan punggung diatas buaian yang berada di hadapan kawasan rumahnya.
"Macam ni, akak nak tanya. Ariff tu layan kamu ok ke? Kalau dia garang, bagi tahu akak tau. Biar akak yang ceramah dia", tanya Zafirah prihatin.
Mawar tergelak dengan soalan kakak iparnya. "La ingat soalan cepu cemas apa tadi. Tak ada la memang Ariff tu garang sikit, tapi dia layan Wa baik sangat"
"Jangan risau eh kak, kalau dia garang sangat. Baru Wa report dekat akak ok?", Mawar meyakinkan kakak.
"hmm kalau macam tu tak apa la, akak tak nak Ariff berkasar dengan kamu", Zafirah mengusap belakang tangan Mawar.
"terima kasih kak", Mawar tersenyum memandang kearah kakak.
"aik? kenapa tiba-tiba say thanks pula ni?", tanya kakak hairan.
"Sebab kakak terima Wa dalam family akak, akak layan Wa baik sangat. Terima kasih ye kak", Mawar mengulang semula
"Tak payah terima kasih la dekat akak sebab kita dalam dunia ni sama saja disisi Allah, jadi kenapa akak tak boleh nak layan kamu dengan baik pula? Tak ada masalah semua itu, Mawar sendiri yang buat kita orang semua suka dekat kamu", balas Zafirah dengan yakin
"Saya dah anggap akak macam kakak saya sendiri dah. Saya sayang akak", Mawar memeluk tubuh kakak.
"Akak pun dah anggap kamu ni macam adik akak dah, akak pun sayang kamu. Semoga kamu bahagia dengan Ariff ya", Zafirah mengusap belakang kepala Mawar.
Dia rasa Ariff cukup bertuah kerana memiliki isteri yang sangat baik dan lemah lembut seperti Mawar. Walaupun Mawar masih sekolah tapi dia puji cara Mawar membawa diri.
'akak harap Ariff tak akan sia-siakan kamu Mawar', desis kakak.
---
TO BE CONTINUE...
Done nikah! korang suka tak? hehe sis seronok Ariff dan mawar dah sah berkahwin, stay tuned ok...
Share this novel