P.J. -CHAPTER 1-

Romance Completed 43926

MAWAR Athirah duduk dimeja belajarnya sambil menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru secara online.

Dia terdengar notifications masuk ditelefon bimbit miliknya. Dia pantas membuka aplikasi whatsapp yang dijadikan tempat untuk orang berhubung dengannya.

Mukannya menayangkan riak terkejut apabila satu pesanan dihantar dari nombor yang tidak dikenalinya tambahan dengan isi dalam pesanan itu menambahkan kerutan di dahi.

'salah nombor agaknya, ya la tak akan nak hantar benda macam ini dekat budak sekolah macam aku', tolak hatinya.

Mula-mula, dia mengabaikan pesanan tersebut tetapi setelah pesanan kedua dihantar. Dia tekat untuk membalas.

+awak siapa sebenarnya? kenapa saya?
-awak akan kenal saya lepas ini. Sebab awak yang ada dekat hati saya
+ish, awak ni jangan main-main
-i'm serious right now. Just wait for me, sayang.

Mawar mahu bertanya lagi tetapi number telefonnya sudah diblock.

Dia meraup wajahnya, perkataan 'sayang' itu sudah lama tidak didengarinya. Adakah dia sudah bersedia untuk kearah itu?

Padahal, dia hanya fikir mahu menghabiskan pelajarannya terlebih dahulu sebelum melangkah masuk kealam perkahwinan.

Lagipun, dia tidak menjangka akan mendirikan rumah tangga pada usia semuda ini. Siapa yang ingin memperisterikannya?

Ya, pesanan yang dihantar sebentar tadi adalah berkenaan perkahwinan.

"be ready! saya nak datang rumah awak untuk hantar rombongan meminang hujung bulan ini. From: your future husband"

Pesanan kedua pula, "Saya tahu mesti awak ingat ingat salah nombor kan? tak, memang saya nak sampaikan perkara itu dekat awak"

Mawar masih tertanya-tanya dalam dirinya selepas membaca seluruh pesanan tadi, ini aku mimpi ke?

Dia menampar pipi dan mencubit lengannya, 'auch betul la. Aku tak mimpi'

Dia terus mendapatkan ibu ayahnya yang berada diruang tamu, mahu memaklumkan perkara tersebut.

Walaupun perkara itu terasa tak logik, tetapi kalau buatnya betul rombongan datang. Mahu kelam-kabut keluarganya untuk membuat persiapan, itu yang dia beritahu lebih awal.

---

"Ibu, ayah, ada rombongan meminang kaklang hujung bulan ini", ujar Mawar dengan laju apabila berada dihadapan ibu ayahnya.

"Apa benda?", Watie Ahmad bertanya semula.

"Ada. orang. nak. meminang. kaklang. hujung. bulan. ni", Mawar mengulang semula ayatnya satu persatu.

"Apa? Kau jangan main-main lang, umur kau baru berapa? tak akan ada orang ajak kau kahwin kot? Kau ada buat benda tak senonoh belakang kami?", soal Aziz Rizdan pula.

"ya allah yah, sumpah kaklang tak buat semua benda tu.. Cuba la ayah baca ni sendiri"

Mawar menyerahkan telefon bimbitnya yang memaparkan chatnya bersama lelaki itu tadi kepada ayah.

"kau kenal dia ke?", Watie kembali bersuara.

"Confirm la tak kenal bu, kaklang tak percaya juga mula-mula tu, tapi tengok la apa dia tulis. Itu yang kaklang bagitahu terus, senang nak buat preparations", jawab Mawar.

"kau tak kenal, lepas tu kau boleh terima? Kau tanya la lagi untuk kepastian"

Ain Qarisa, adik Mawar pula menyambung sambil langkah menghampiri kami diruang tamu.

"dia block aku la dik, mana aku nak gapai lagi. Aku tak boleh buat apa-apa dah pun. Tu yang aku inform ibu ayah dulu ni. Eh, tadi bukan kau pergi rumah kawan kau ke? Bila balik?", Mawar hairan tadi rasanya Ain pergi kerumah kawannya.

"Aku baru balik ni ha. Lepas tu tengok kau kecoh-kecoh, tu yang aku datang sini", Ain baru sampai dirumah tetapi dia terdengar kekecohan mulut alangnya pula.

"tapi betul ni kau langsung tak boleh nak contact dia? Jangan nanti dah siap semua, tiba-tiba tak jadi lak", sambung Ain lagi.

"Aku pun pening ini, tapi tak tahu la. Mungkin betul agaknya", Mawar berkata sambil memicitkan kepalanya.

"ayah, ibu ok ke?", Mawar mahu meminta pendapat ibu ayahnya terlebih dahulu.

"ayah tak kisah, kalau dia boleh jaga kau. Ayah ikut saja keputusan kau", Aziz menjawab jujur.

Dia tak kisah sekiranya anaknya mahu mendirikan rumah tangga tetapi dia perlu pastikan menantunya itu boleh menjaga anaknya.

"Ibu sebenarnya tak berapa setuju, tapi dah kalau ayah kau cakap macam tu. Ibu ikut saja la", Watie bersetuju

Walaupun hatinya berat untuk melepaskan alang dibawah tanggungjawab orang lain pula selepas ini.

"Lang, kau fikir masak-masak dulu benda ni. Benda ni berat tau tanggungjawabnya, kau tu sekolah lagi. Yang bakal suami kau ni pun satu, tak reti nak sabar dah ke?"

"Tak boleh tunggu kau habis sekolah dulu. Dia tak tahu ke kau nak sambung belajar lagi. Aku tak tahu la nak cakap apa dah, kau fikir saja la untuk kebaikan kau"

Ain berkata lagi dan terus berlalu masuk kedalam biliknya.

Izzah tercengang. Amboi budak ni baru 13, tapi cara cakap dah macam 31! Siap ceramah aku lagi

"alang tak tahu la ibu, tapi buat saja la preparations dulu. Nanti bila dah sampai rombongan, baru bincang semula perkara ini. Akhir bulan ini tau ibu ayah", Mawar berpesan dan dia juga turut masuk kedalam biliknya.

"Bang, betul ni apa alang buat?", Watie bertanya kepada ayah.

"Biar la dia, pandai la fikir apa yang baik untuk diri tu. Awak tu jangan la risau sangat, yang", Aziz menyedapkan hati isterinya.

"saya risau saja bang", Watie memaparkan wajah risau.

"dah tah payah fikir", Aziz memujuk lagi.

---

Mawar yang berada didalam bilik hanya memikirkan perkara yang terjadi kepada dirinya sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila dikaitkan dengan pesanan tadi.

Beberapa bulan lepas.
-flashback-

Petunjuk 1
Mawar terasa seperti ibu ayahnya manja pula dihadapannya dan adik-beradik. Memang sebelum ini ibu ayahnya selalu bermanja juga, tapi tidaklah seperti beberapa hari ini.

Mawar hanya tergelak apabila ayahnya asyik menyakat ibu. Terbuktila bahawa perkahwinan ibu ayah sangat bahagia sehingga sekarang.

Dua hari lagi akan menjelang hari Raya Aidilfitri. Abang dan angahnya juga telah pulang kerumah semalam.

Kami sekeluarga pergi keluar ke shopping mall untuk mencari kelengkapan raya dan barang-barang masakan yang diperlukan.

Sampai di shopping mall, kami berpecah ayah dan Izzuddin ke bahagian pakaian lelaki. Ibu, Syuhada, Ain dan Mawar pergi ke bahagian pakaian perempuan.

---

Petunjuk 2
Sampai disatu bahagian, mata Mawar terlihat barang-barang bayi dan mainan kanak-kanak.

Mawar asyik melihat kebahagian itu, dan tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

'kenapa pula aku tersenyum seorang diri ini? Tapi apa nak hairan, aku kan memang suka budak-budak', tolak hati Mawar.

"Alang kau dah pilih belum? apa kau buat dekat sini? Aku dah pilih dengan ibu. Kau pergi la tengok sekali dengan Ain"

Syuhada Adira, angah kepada Mawar muncul dibelakangnya.

"Belum lagi la, aku saja jalan-jalan dekat sini. Aku nak pergi la ni dekat adik"

Mawar menjawab pantas bagi menolak angah menanyakan banyak lagi soalan dan berlalu pergi meninggalkan angah.

"alang, kau nak pergi mana tu? Adik ada dekat situ", tanya Syuhada bila melihat Mawar berjalan kearah lain.

"eh tak ada la, aku nak pusing-pusing cuci mata. Jap lagi aku pergi la dekat Ain. Kau gerak la dulu pergi dekat ibu tu"

Laju dia menjawab, Mawar serba salah tidak mahu angah tahu dia berangan sebentar tadi.

'ya allah macam mana boleh salah jalan pula ni', desis Mawar.

Syuhada hanya menggeleng kepala. Macam-macam la perangai adiknya yang seorang ni.

---

Selepas bayar barang dikaunter, ibu mengajak kami kebahagian kanak-kanak dan bayi pula. Mawar memalingkan wajahnya memandang ibu disebelahnya.

"apa dia ibu?", Mawar bertanya semula untuk kepastian, mana tahu dia masih dengan perangai berangannya tadi.

"Ibu nak pergi tengok barang untuk baby", Watie mengulang semula ayatnya.

"nak buat apa? ibu mana ada anak kecil dah. Adik saja la yang paling kecil pun", Ain bertanya kepada ibu.

"ibu kan ada anak buah dengan cucu saudara. Bagi dekat dia orang la, nak tunggu cucu sendiri tah berapa lama lagi pun ibu tak tahu"

Watie terus berlalu meninggalkan anak-anak perempuannya bertiga dan berjalan kearah bahagian bayi

"ha ngah, tu ibu dah bagi hint. Tak ada calon lagi ke? Sian ibu tu nak cucu sendiri. haha", Mawar bertanya kepada angah sambil ketawa.

"Apa benda kau merepek ni? aku lambat lagi la, kalau kau kesian sangat. Kau la yang bagi senang cerita, aku nak belajar laie. Dah jom dik", Syuhada menarik tangan Ain meninggalkan Mawar.

---

"Ibu ni ha alang nak bagi cucu tak lama lagi", ujar Syuhada bila sampai disebelah ibu.

"hotak kau", Mawar terus menyiku lengan angahnya yang mulut tak ada insurans tu.

"apa kau ni? ibu tak kisah pun, kan kan kan?", Syuhada memandang ibunya.

"ya, ibu tak kisah. Yang penting, cucu ibu tu sihat sempurna sifat sudah", jawab Watie sambil tangan leka membelek mainan.

"ha kan, aku dah cakap. Kau saja la yang bagi ibu cucu, aku nak belajar. buek.. buek.. buek..", Syuhada menjelir lidah kepada Mawar.

"lepas tu, kau ingat aku tak nak sambung belajar?kau fikir kau saja kan", kali ini Mawar mencubit lengan angahnya pula.

Geram asyik menyuruh dia berkahwin dulu. Padahal dia juga mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"dah dah, fasal nak bagi cucu dekat ibu pun masalah. Tak payah bergaduh dekat sini, cepat tolong ibu pilih mana yang menarik"

Watie menghentikan pergaduhan anak-anaknya, mahu bertikam lidah sampai balik nanti pula.

---

Petunjuk 3
Dalam perjalanan pulang kerumah, Mawar ternampak satu kedai yang menjual pakaian lelaki. Matanya terlihat kemeja yang disarungkan dipatung dihadapan kedai itu.

Mawar terasa dia mahu membelikan kemeja itu kepada seseorang tetapi dia pun tidak tahu siapa.

"ayah, berhenti kejap dekat kedai depan itu, boleh? Alang nampak kemeja tu cantik la pula. Alang nak beli la", Mawar meluahkan hajatnya.

"buat apa kau beli? tu bukan kemeja lelaki ke? nak beli untuk aku? aku dah banyak kemeja". Izzuddin Redza, abang kepada Mawar bertanya.

"bukan untuk kau la bang, aku nak beli. Tapi, untuk siapa tu mana boleh bagi tahu, tunggu saja la nanti, boleh eh ayah?", Mawar menayangkan muka comelnya.

"ha ya la, dah pergi cepat. Lambat tinggal, i give you 15 minutes from now", Aziz bersetuju dengan Mawar

'sesekali keluar tak apa la habiskan duit untuk anak, kan?'

"Tq yah, muahh sayang ayah"

Mawar mencium ayahnya dan berlalu keluar dari kereta sambil tangan sempat mengambil huluran duit dari ayahnya.

---

Petunjuk 4
Malam itu, Mawar tidur dikatilnya seperti biasa tapi dia bermimpi sesuatu.

Dia bermimpi yang dia berkahwin dengan seseorang tetapi dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu, hanya senyuman diwajah itu yang dia lihat.

Mawar tersedar dan cepat-cepat beristigfar, 'astagfirullah halazzim, apa la aku boleh mimpi macam ni ya allah. Kenapa perkara ini sering bermain difiranku sehingga boleh masuk kedalam mimpi?'

'Kalau betul kau mahu beri petunjuk tentang sesuatu, terangkanlah jalannya ya allah. Tetapi jika ini hanya mainan tidur, kau jauhkan la iya dari memudaratkan diri ini ya allah' desis Mawar sambil mengusap dadanya.

Lalu, dia bangun dari katil untuk menunaikan solat tahajud dan solat taubat.

---

Pagi raya itu, kami sekeluarga bersalam dan memohon maaf seperti yang selalu dilakukan setiap tahun.

"Ibu ayah alang minta maaf kalau alang ada salah silap dengan ibu ayah selama ni. Terima kasih sebab sudi jaga dan besarkan kaklang selama 16 tahun ini. Without you guys, I'm nothing"

"Lepas ni, alang janji akan jadi lebih baik dan anak yang ibu ayah boleh banggakan", Mawar mengesat air mata yang meleleh sejak tadi.

"jangan risau, kami dah maafkan. Lepas ni belajar bersungguh-sunggu untuk capai kemahuan diri tu. Ibu ayah ni boleh sediakan semua benda, tapi belajar tu kau kena sendiri"

Pesan Aziz dan Watie ikhlas untuk anak ketiga mereka itu sambil mengesat airmata Mawar.

"inshaallah ibu ayah", Mawar memeluk ibu ayahnya.

Tiba-tiba hatinya terdetik memikirkan lelaki yang berada didalam mimpinya kelmarin, 'kan best kalau ditemani seseorang time macam ni'

Kami sekeluarga menikmati Hari Raya Aidilfitri dengan senyuman diwajah dan hati yang sangat bahagia

-end flasback-

Mawar bangun dari katilnya. Haish, buat apa la dia pergi flashback semua apa yang jadi masa raya tahun lepas ni? Nama pun tahun lepas, biar la lepas.

Diabaikan semua itu, lalu dia masuk kedalam bilik air untuk mengambil wuduk melupakan lamunannya tadi.

Setelah itu, dia menunaikan solat istikharah untuk meminta petunjuk kepada Allah tentang perkara ini.

---

Tiga minggu berturut-turut dia menunaikan solat istikharah untuk jawapan yang dimintanya.

Alhamdullilah, malam tadi wajah lelaki yang sama berada didalam mimpinya sebelum ini muncul tetapi kali ini lelaki itu datang menghadiahkannya sebentuk cincin.

Mawar yakin dengan keputusan yang dibuatnya kali ini selepas mendapat pentunjuk dari Allah.

Mawar juga berharap dia tidak menyesali keputusan yang dibuatnya ini. Mawar mahu memberitahu keluarganya dahulu tentang perkara ini.

"Assalamualaikum bang, boleh balik tak hujung minggu ini?"

Sudah tentu la orang pertama dihubunginya adalah Izzuddin, abang dia. Lelaki kedua dihatinya selepas ayah.

"Waalaikumussalam, kenapa? ada apa jadi ke?", Izzuddin bertanya dihujung telefon.

"ada orang nak meminang adik kau yang lawa sangat ni"

Baru Mawar memberitahu, terus telinganya hanya mendengar dekahan gelak Izzuddin.

"hahaha, ada orang nak minang kau? anak raja mana tu?", Izzuddin berkata dengan tawanya yang masih tersisa.

"mana la aku tahu, aku tak kenal pun dia. Dia kata nak datang hujung minggu ni, kau balik la teman aku. At least kau boleh tahu lelaki tu ikhlas ke tak dengan aku", Mawar memberi cadangan untuk menyuruh abangnya pulang kerumah.

"hmm, tengok la nanti aku tanyo boss aku. Kalau aku dapat cuti, sabtu tu aku terpacak dekat depan umah", jawab Izzuddin.

"ouh really, tq my boyfriend ever. I love you so much, muahhhh", Mawar mencium telefonnya seakan mencium diri abangnya.

"ha banyak la kau punya bf ever konon, dah aku ada kerja ni bye. Kirim salam dekat ibu ayah, assalamualaikum love you too", Izzuddin malas mahu melayan kerenah adiknya yang seorang ini.

"ok bye brother waalaikumussalam",

Mawar tersenyum sambil menamatkan panggilan kerana bahagia bila abangnya membalas ucapan sayangnya tadi.

Hanya abang dan ayahnya sahaja lelaki yang bertakhta dihatinya. Tiada lelaki yang boleh menggantikan tempat abang dan ayahnya.

"halo sistur", Mawar menelefon angahnya pula.

"ha, apa? kalau kau setakat nak bersembang aku busy ni, kalau tak ada benda penting baik aku letak semula", Syuhada membebel.

"belum cakap lagi dah kena sound ya? sabar la, sebab ada benda penting la aku call kau ni. Kalau tak aku pun tak hingin nak membazir credit call kau. Aku nak tanya kau free tak hujung minggu ni?", Mawar straight to the point sahaja.

"Dah kenapa pula? busy sikit la", Syuhada bertanya.

"ada orang minang aku, nanti aku nak minta juga pandangan kau", balas Mawar.

"ha?", Syuhada sudah menjerit lantang dihujung telefon.

"hoi, yang kau menjerit apahal? Aku cakap ada orang nak minang aku saya, aku belum nak mati lagi la", Mawar geram bila angahnya menjerit, boleh pekak telingnya.

"serious arh? weiii tak sabar nya nak balik, tunggu aku tau. Aku nak tengok muka adik ipar aku tu. Paling penting dia kaya ke tak? ", Syuhada tergelak teruja.

"siut arh kau ni, kalau nak ikut kaya. Sampai mati aku tak kahwin macam kau, nak tunggu orang kaya minang. Hmm! hampeh, silap-silap jadi anak dara tua"

Mawar menyampah bila angahnya asyik menyuruh berkahwin dengan orang kaya sahaja, supaya masa depan terjamin katanya.

"heh, hello aku laku eh. Cuma aku saja yang memilih, bukan macam kau main taram saja", Syuhada menjawab dengan bangga.

Come on, dia muda lagi kot. Tahun ni dia baru masuk 21, muda kan?

"whatever la, aku nak maklumkan tu saja. Bye aku nak sambung kerja, kau pun tadi cakap kau busy kan? Pergi la sambung kerja kau tu", Mawar tak mahu bersoal jawab dengan angahnya lagi.

"ha okay, tunggu aku balik tau. Assalamualaikum", Syuhada menamatkan panggilan terlebih dahulu.

"Ha, waalaikumussalam"
Dia sudah memaklumkan kepada keluarganya tentang perkara penting tersebut. Selepas ini, dia akan memberitahu kawan baiknya bila sampai disekolah pula.

---

"Guys, nak cerita ni. Tapi janji jangan menjerit"

Mawar ingin memaklumkan kepada kawan baiknya tiga orang itu, Nurul, Wani dan Mayraa.

"ok babe", mereka jawab serentak.

"Datang rumah aku hujung minggu ini, boleh?", Mawar meneruskan bicaranya.

"alak tiba-tiba ni? biasa lepak dekat rumah Wani saja", Nurul Kamarul bertanya.

"actually, ada orang nak minang aku. Tu aku ajak korang datang rumah", ujar Mawar perlahan.

"what?", Mayraa Hazli menjerit.

"diam la gila", Mawar cepat-cepat menutup mulut Mayraa.

"serious la Mawar? maknanya yang kau cerita dekat kita orang selama ni betul la?", Wani Mazlan bertanya pula

"haah, korang datang ya. Aku cuma bagitahu korang saja benda ni"

Mawar meminta dengan suara yang kendur sambil tangan yang menekup mulut Mayraa tadi dilepaskan.

"hei, no problem la. Dah tak payah nak buat muka soposen kau kek sini, rezeki kau la tu"

Nurul memujuk bila melihat air muka Mawar tidak gembira.

"Aku risau la, bukan aku tak minta petunjuk dari Allah. Tapi kau tahu la, aku takut menyesal. Kalau dia datang nanti, tiba-tiba hati aku berubah", ujar Mawar lagi dengan wajah risau.

"Ya allah kau cakap dah minta petunjuk, tak payah la ubah hati kau dah. Stay saja dengan jawapan yang Allah bagi", Mayraa memberi kata-kata semangat kepada Mawar.

"Inshaallah. Tq korang sobab selalu ada dengan aku, make sure korang datang tau", Mawar berpesan lagi sambil memeluk kawan-kawan baiknya.

"Tak apa la, kau kan kawan baik kita orang juga. So, kita ni kena la support each other. Ye kita orang datang, jawab risau", jawab Wani sambil membalas pelukan Mawar.

Nurul dan Mayraa juga sama-sama membalas pelukan itu juga.

---

TO BE CONTINUE...

Jeng jeng jeng.. macam mana first chapter? puas hati. support karya sis ok :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience