P.J. -CHAPTER 5-

Romance Completed 43926

"ABANG, cantiknya subhanallah", Mawar berkata bila melihat langit yang kekuningan menandakan matahari terbit.

"Ciptaan Allah semua indah sayang. Macam bidadari sebelah abang ni", Ariff mengusik isterinya.

"ha start dah ulat bulu dia, public ni abang", Mawar menjeling suaminya disebelah.

"Jeling jeling, abang cium nanti baru tahu", Ariff mendekatkan wajahnya ke muka Mawar.

"Fine, after this kita nak pergi mana?", Mawar menolak suaminya supaya menjauh sedikit dan bertanya.

"Hmm", Ariff memegang dagunya seakan berfikir.

"Abang rasa kita pergi Restirante Riviera for our breakfast. Lepas tu baru kita decide nak pergi mana, boleh?", Ariff memegang pinggang ramping isterinya.

"Sayang okay saja. Whenever you go, I follow you", Mawar bernyanyi sedikit sambil tersengih kearah suaminya.

"Good, let's go", Ariff menggengam tangan isterinya pula.

---

Mereka sampai di restoran dan mengambil tempat diluar saja untuk menikmati permandangan sekeliling.

"Yes sir, can I take your order?", tanya waiter sebaik kami duduk di meja.

"Can I have Fetuccini Alfredo and hot chocolate. Sayang, you?", Ariff memandang Mawar dihadapannya.

"Hmm, Pasta Carbonara and capuccino please", Mawar menyerahkan menu kepada waiter kembali.

---

"Abang, can I ask something?", Mawar memulakan berbualan.

"Yes, honey", Ariff menyuapkan makanan kedalam mulutnya kemudian memandang isterinya.

"Sebenarnya, sayang dah lama nak tahu. Macam mana abang boleh tahu nama, nombor telefon dengan alamat rumah sayang time-time mula hantar rombongan tu? Mana abang kenal sayang?", tanya Mawar sambil dia pula menyuap makanan kedalam mulut.

"Ouh. Ok meh sini abang story. Benda ni jadi dalam akhir tahun lepas. Macam ni...", Ariff mula bercerita.

Akhir tahun lepas...

-flashback-

Pertemuan pertama
Mawar berjalan bersama angah di shopping mall untuk mencari blouse baharu.

"alang, aku nak pergi toilet jap ya", Syuhada terus meninggalkan Mawar dan pergi ke tandas.

Mawar menggeleng, 'haish macam-macam la'.
Mawar berjalan dan masuk kedalam sebuah kedai untuk membelek baju.

Tetapi belum sempat dia melangkah masuk, matanya tertancap kearah pasangan yang sedang berada didalam kedai.

Mawar mengeluarkan telefon dan mendial nombor telefon seseorang.

"Hai sayang. Kenapa tak jadi keluar dengan angah ke?", suara garau menyambut dihujung talian.

"Hai sweetheart. Jadi saja, I nak tanya, you dekat mana sekarang?", tanya Mawar sambil mata masih memandang kearah pasangan itu.

"La, kan I dah kata I rumah la. Kenapa sayang?", tanya Syed Fariz

"Tak ada apa. Kalau you dekat rumah, it's okay. Sweetheart, angah dah panggil tu. I pergi dulu la"

Mawar mencari alasan untuk menamatkan panggilan dan beredar dari situ.

"Ok. See you tomorrow sayang, bye love you", Syed mengucapkan sayang dan terus menamatkan panggilan.

---

"Siapa tu syed?", tanya Catherina Diandra apabila melihat Syed berada disebelahnya semula.

"Tak ada siapa la. So you dah pilih belum, jom la balik. Umi dengan abah I bising nanti"

Syed mahu pulang cepat sebab tak senang hati takut bertemu dengan Mawar disitu.

"Ala you ni baru keluar sekejap dengan I dah nak balik. Kalau keluar dengan Mawar tu, boleh saja dari pagi sampai petang"

Tasya mencebik bibir sambil tangan memaut lengan Syed manja.

"Jangan nak bandingkan diri you dengan dia boleh tak? Lagi pun you dah tahu siapa yang akan menang kan?", Syed berlalu keluar dari kedai.

"Syed, wait for me", Tasya mengejar Syed.

---

Mawar terus berlari keluar dari shopping mall sambil airmata mengalir dipipi kerana rasa hatinya diguris perit.

Ya, Syed adalah cinta pertamanya dan merangkap kekasih hati. Dia mengenali Syed dari tingkatan satu hingga sekarang, sudah lima tahun percintaan mereka.

Syed la yang berjaya buat hatinya tertawan buat pertama kalinya. Syed juga orang pertama yang memanggilnya dengan panggilan 'sayang'.

Tetapi tadi, dia sendiri melihat Syed curang dibelakangnya bersama perempuan lain.

Dia mengajak Syed menemaninya shopping awal pagi tadi tapi Syed memberi alasan, nasib baik angahnya free.

'Lain pula yang jadi sekarang. Boleh pula ada dekat disini dengan perempuan tah mana-mana, siap perempuan tu paut lengan dia lagi' desis Mawar.

"Aku benci kau Syed, Aku benci kau", tangan naik mengesat airmata yang ada dipipi dan duduk di bangku yang ada disebelah pintu masuk shopping mall.

"Tak sangka kau tipu aku. Kenapa kau berubah Syed?", Mawar kembali menangis teresak-esak bila teringat perkara yang dilihatnya tadi.

"Hello miss, sorry kacau. Are you okay?", tanya seorang lelaki berdiri dihadapan Mawar.

Mawar cepat-cepat mengesat airmata bila terdengar suara menegurnya. "I'm okay", jawab Mawar menundukkan wajah.

"Sorry kalau you rasa I menyibuk, I'm Ariff", Ariff menghulurkan tangan kepada Mawar sebagai tanda perkenalan.

'Ya allah cantik nya dia. Paling aku suka bab bulu kening dia yang lentik tu' desis Ariff

"Ok la, I gerak dulu", Mawar meminta diri kerana merasa tidak senang dengan tenungan lelaki itu terhadapnya.

"Eh sabar la. Nah lap air mata you tu", Ariff menghulurkan sarung tangan pula apabila tangannya dihulur tadi tiada sambutan.

"Tak apa la. You simpan balik, I pergi dulu", Mawar terus berlalu meninggalkan Ariff.

"Kalau you tak ambil, I tak bagi you pergi", Ariff mengugut sambil menghalang laluan Mawar.

"Ish", Mawar merampas sapu tangan yang berada ditangan Ariff dan berlalu pergi.

"You! nama you siapa?!", Ariff menjerit bertanya soalan apabila Mawar melangkah meninggalkan dirinya.

---

"Assalamualaikum", Syed masuk kedalam kelas Mawar apabila waktu rehat.

"Masuk la, tak payah nak bersalam sangat. Nak jumpa cinta hati la tu", perli Mukhriz Haziq kawan sekelas Mawar. Syed tersenyum.

"Sayang, hey kenapa ni?", Syed memegang lengan Mawar apabila melihat Mawar tidak menghiraukan kedatangannya.

"Don't you dare to touch me again", Mawar merentap kasar lengannya yang berada dalam pegangan Syed.

"Answer me first. Kenapa dengan you ni?", suara Syed sedikit tinggi.

"Tanya la diri you sendiri, apa yang you buat belakang I?",Mawar bangun dari tempatnya mahu beredar menyampah melihat muka Syed.

"Apa yang I dah buat?!"

Suara Syed semakin tinggi bila melihat Mawar mengelat darinya. Syed tidak hairan dengan pandangan rakan sekelas Mawar.

"Jangan tanya soalan bodoh boleh tak Syed Fariz, lepas tu you nak tengking-tengking I dalam kelas I pula. Berambus la", Mawar menolak Syed keluar dari kelasnya.

"Kenapa you ni sebenarnya? Explain dekat I, I tak faham", suara Syed sudah sedikit perlahan.

"You tak faham ke? You buat-buat bodoh? I nak putus"

Mawar mencabut rantai pemberian Syed dileher untuk hari lahirnya tahun lepas dibuka dan dilempar kearah Syed.

"Apa you ni? Tiba-tiba saja minta putus", Syed mengambil semula rantai yang dilempar Mawar.

"Please Syed, just go", kelopak mata Mawar sudah bertakung air bila teringat kejadian semalam.

"Hey sayang, kenapa ni story la dekat I? Jangan la buat I macam ni, you tahu I sayang you seorang saja kan?", Syed kembali memegang lengan Mawar bagi meyakinkan Mawar.

"I tak nak dengar apa-apa dari you. Go Syed", Mawar menjerit dan air mata sudah mengalir dipipi.

"Sayang, don't do this to me", tangan Syed naik mengesat airmata dipipi Mawar.

"Go Syed", Mawar menolak Syed sedikit menjauh dari dirinya.

"Fine I pergi, I bagi you tenang. After this, kita jumpa semula bincang, ok sayang", Syed memulangkan rantai dan berlalu pergi.

Mawar akhirnya terduduk dipintu pintu dan airmata lebat turun membasahi baju dan tudung.

"Ya allah Wa, kau buat apa nangis-nangis dekat pintu ni", Nurul menarik Mawar bangun dan diletakkan dikerusi.

Nurul, Wani dan Mayraa yang baru pulang dari kantin terkejut melihat rakan karibnya menangis teresak-esak ditepi pintu kelas.

"Kenapa dengan Mawar ni korang?", tanya Mayraa kepada rakan sekelasnya.

"Tadi Syed datang", jawab Mukhriz ringkas.

"Ouh sebab tu la kau tak nak pergi kantin dengan kita orang. Apa yang Syed dah buat dekat kau?", Wani bertanya sambil memaksa Mawar memandang wajahnya.

"Syed curang korang", Mawar masih menangis.

"Astagrfirullah. Mana kau tahu ni Wa, korang bukan elok saja ke sebelum ni?", tanya Mayraa pula hairan

"Nanti la aku cerita, sekarang aku nak call ibu aku. Korang bagi tahu cikgu aku balik, boleh?"

Mawar berkata lemah dan tangan ligat mengemas barang-barangnya sambil sesekali mengesat airmata yang masih tersisa dipipi.

"Wa, kau nak balik, kita ada kelas lagi la lepas ni. Jangan sebab cinta, kau tak belajar macam ni ", Nurul menegur.

"Please korang. Aku tak boleh nak belajar dah sekarang, tolong aku ya?", Mawar bangun dari kerusi dan berlalu meninggalkan kelas.

---

"Haish, apa la yang kau buat dekat kawan kita orang tu Syed?", Nurul bertanya sendiri.

"Nanti la kita tanya Syed tu, sekarang kita bagi tahu cikgu dulu", Wani menarik lengan kedua-duanya kawannya.

"Haah jom la", jawab Mayraa.

Mereka bertiga menuju kebilik guru untuk memaklumkan berkenaan Mawar kepada guru kelasnya.

---

Ariff duduk di mejanya, tetapi otak masih memikirkan peristiwa semalam. Wajah wanita yang menangis itu masih terlintas difikirannya.

"Wei, kau tak ada kelas dah ke?", tanya Farhan Daniel sambil menepuk bahu Ariff.

"Hoi mengelamun, aku tanya ni. Tak ada kelas dah ke? Kusyuk sangat aku tengok kau termenung", tambah Farhan lagi.

"Kacau la kau ni. Paan, kau ingat tak semalam aku cakap aku ada jumpa awek menangis?", tanya Ariff. Farhan mengangguk.

"Ha aku fikir fasal dia la. Siapa la yang sanggup buat awek secomel dia tu menangis?", Ariff memegang dahunya.

"La kau ni tak sudah-sudah lagi fikir awek tu. Kau bukan kenal dia pun, kan? Dia pun tak kenal kau", tanya Farhan pula.

Ariff menggeleng. "Aku rasa kan, bila tengok muka dia. Aku yakin aku dah jumpa tulang rusuk kiri aku la bro", wajah Ariff bersinar-sinar ketika berkata ayat itu.

"wah bro, yakin sangat kau ni. So, sekarang kau nak kata kau fall in love at first sight la ni?", Farhan menahan mulut dari ketawa.

"Ya wei, bila tengok dia nangis macam tu semalam. Hati pun ikut sedih macam dia", Ariff kembali mengingatkan wajah awek yang menangis semalam.

Pecah juga tawa Farhan. "Kau ni kelakar la, bro"

"Apa yang kelakar nya? Salah ke aku nak jatuh cinta?", tanya Ariff hairan.

"Tak salah wei tapi cuma pelik sikit la. Megat Ariff yang aku kenal seorang playboy akhirnya tumpas kepada seorang wanita bila melihat tangisnya", Farhan menepuk tangan.

"Melebih pula kau. Dah la kau dekat sini membawang dengan aku, tak ada kelas ke?", Ariff pula bertanya soalan yang Farhan tanya tadi.

"Aku ni baru balik dari bilik kuliah la ,yang kau ni dari tadi aku tengok dekat bilik saja. Bukan kuliah kau start 15 minit lepas ke?", Farhan membelek jadual yang berada diatas meja Ariff.

"Ya allah wei, haah la kelas aku start 15 minit lepas. Aku gerak dulu la", Ariff mencapai beberapa buku diatas meja dan keluar dari bilik.

"Untung la student kau, lecturer dia orang masuk lambat!", jerit Farhan dimuka pintu sambil tertawa.

---

Mawar yang sudah berada dirumah hanya terperap dalam bilik menangis diatas katil.

"Kenapa kau tipu aku Syed? Siapa perempuan tu?", Mawar menangis sambil memeluk lutut.

"Aku benci kau, aku benci kau. Kenapa mesti kau jadi lelaki pertama yang aku cinta"

Mawar melangkah ke almari dan mengeluarkan sebuah kotak. Kotak itu dibawa ke atas katil dan tangan naik membuka kotak dengan perlahan.

"Aku tak akan simpan semua barang yang kau bagi ni lagi. Esok aku akan pulangkan semua nya balik dekat kau", Mawar melihat satu persatu barang yang berada didalam kotak itu.

Rantai, kasut, baju, tudung, jam tangan dan handbag yang diberikan oleh Syed selama tempoh percintaan mereka dipandang sekilas.

Frame polaroid yang berada di dinding ditanggalkan dan turut dimasukkan kedalam kotak.

Polaroid yang ada di dalam frame itu hanya dipenuhi dengan gambar-gambar kenangannya bersama Syed.

"Aku tak nak simpan satu pun memberian dari kau dah!"

Mawar menutup rapat kotak dan bangun menuju ke tepi pintu untuk meletakkan kotak di situ supaya senang dibawa ke sekolah esok.

Kaki melangkah ke meja solek miliknya pula. Tangan mancapai telefon bimbit diatas meja, gambar mereka berdua sewaktu birthday Mawar tahun lepas masih tersemat menjadi wallpaper phonenya.

App gallery terus dibuka, satu persatu gambar dia bersama Syed dipandang lemah. Semua gambar dihiasi dengan senyuman dibibir mereka dan menjadi kenangan indah.

Kesemua gambar dia bersama Syed dimasukkan kedalam 'bin'. Kemudian nombor telefon Syed di block dan turut dipadam.

---

"Wa, apa yang jadi semalam?", tanya Nurul bila melihat Mawar muncul dipintu kelas.

"Kau ni bawa-bawa la bersabar. Aku nak duduk pun tak menyempat", Mawar menggeleng sambil tersenyum.

Hari ni dia dah mampu tersenyum. Semalaman dia menangis kerana Fariz, emosinya sudah reda.

"Cerita la, aku nak tahu ni", ujar Mayraa pula.

"Tak relax you guys ni, aku nak cerita la ni", Mawar duduk dan mengeluarkan buku dari dalam beg sekolahnya.

"Time hari ahad tu, aku nampak Syed shopping dengan lain. Lepas..", Mawar mahu memulakan cerita tetapi Wani menyampuk.

"Ala mana tahu tu kakak or adik dia ke?", tanya Wani menyampuk.

"Wei, kau sabar jap boleh? Bagi la Wa habis cerita dulu", Mayraa menepuk lembut bahu Wani.

"Tah kau ni, aku malas cerita kang. But it's ok, to answer your question. Syed hanya ada seorang abang ya kawan-kawan, ok", Mawar menunjukkan jari berbentuk 'ok'.

"And lepas tu den try la call, mana la tahu salah orang. Tengok dia jawab, angin la aku. Time aku ajak, cakap busy. Keluar dengan perempuan lain boleh pula?", Mawar membuat eye rolling

"Kau dah tanya dia belum? Bagi la dia explain dulu", tanya Nurul

"Belum, balik ni aku dengar la dia explain. Kalau korang nak dengar juga, jom la ikut. After aku dah dengar explanation dia, aku tetap nak putus juga"

"Kenapa pula?", tanya Mayraa laju.

"Kau tahu la ayah aku bising aku bercinta ni, dia kata cinta monyet la semua tu. Ayah aku suruh tumpu belajar and habiskan SPM dulu. So, bila dah ada peluang macam ni. Aku minta la putus, nak tunggu dia buat hal lagi? Memang tak la, dia tu baik sangat-sangat dengan aku. Nanti takut tak sampai hati", terang Mawar panjang.

"Kita orang tak kisah, tapi hati kau tu. Boleh ke kau rawat hati kau sendiri? Semalam aku tengok pun macam dah rapuh sangat tu", Nurul memandang wajah Mawar.

"Ala fasal hati aku, perlahan-lahan la aku sembuh kan sendiri. Lagipun korang yakin ke dia jodoh aku? tak kan? So buat apa aku membazir masa jaga jodoh orang?", kata Mawar sambil membuka buku ditangannya.

"Suka hati kau la Wa, kita orang support keputusan kau", Wani menepuk bahu Mawar.

"Ni kotak apa Wa?", tanya Mayraa sambil mengambil kotak yang berada disisi Mawar.

"Tu hadiah aku dapat dari Syed, aku nak pulangkan kejap lagi la"

Mawar menggeleng kepala bila melihat kawan-kawan melihat semua barang didalam kotak itu.

"banyaknya Wa, kau tak sayang ke barang-barang ni semua?", tanya Wani pula sambil menunjuk kearah semua barang itu.

"Aku tak boleh la nak simpan barang tu semua, nanti aku teringat dekat dia", Mawar menceritakan perkara sebenar kepada kawan-kawan baiknya.

"Ala Wa, ni saja kenangan yang kau ada. Tak akan tak nak simpan", pujuk Mayraa.

"I can't la you guys, aku tak cukup tabah nak pegang barang ni", Mawar memegang kotak itu apabila diserahkan semula oleh kawan-kawannya.

"Tak apa la Wa, do the best for yourself", Nurul tersenyum kearah Mawar.

"Thank you guys. Dah la, perbincangan tamat. Pergi buka buku tu, cikgu dah on the way", Mawar menunjuk kearah seorang cikgu yang menuju kekelas mereka.

---

"Syed, tu Mawar tunggu dekat gate"

Mukhriz berpesan bila melihat Syed keluar dari kelas ketika sesi pembelajaran tamat.

"Ha? sekarang ke?", tanya Syed pantas.

"Ya now, baik cepat. Dia dah nak balik tu", Mukhriz menunjuk kearah pintu pagar sekolah mereka.

"Thanks bro", Syed mengucapkan terima kasih dan berlari pergi ke gate sekolah.

---

"Sayang", panggil Syed bila sampai didepan Mawar.

"Stop calling me that Syed", mata Mawar menjeling Syed didepannya.

"Sayang you nak bincang ke? Jom la kita lepak kedai depan tu", Syed cuba beramah mesra dengan cinta hatinya bila melihat cara layanan Mawar yang dingin.

"Dekat sini saja Syed, I just nak pulangkan semua barang you ni saja. I told you before, right? We're done", Mawar menyerahkan kotak ditangan kepada Syed.

"Apa ni sayang?", Syed menyambut huluran Mawar dan membuka kotak itu.

"Sayang kenapa you buat I macam ni? Apa maksud you semua ni?", Syed terkejut melihat barang-barang yang berada didalam kotak itu.

'Ini kan semua hadiah yang aku bagi dia' desis Syed

"Apa maksud I? Ni kan semua barang you, I pulangkan la balik. Senang you nak bagi gf baru you", Mawar menyindir.

"Gf baru? Siapa gf baru I, sayang? You seorang saja la yang I ada", Syed cuba menafikan.

"Geli la Syed. Habistu perempuan mana yang you teman pergi shopping sampai sanggup tolak ajakan I?", Mawar memandang wajah Syed mahu meminta penjelasan.

'calm down hati, let him explain. Sekurang-kurangnya tak ada la rasa bersalah. Lagipun, before ni dia pernah jadi orang yang bahagiakan kau, kan?' desis Mawar.

"No sayang, tu bukan gf baru I. Itu Tasya sayang TASYA. You tahu kan perangai dia macam mana? Bukan I tak nak bagi tahu you, tapi I takut you salah faham", pujuk Syed.

"Ouh Tasya, I see. So you nak salahkan dia la? Benda kalau bertepuk sebelah tangan, tak berbunyi la Syed Fariz", Mawar tersenyum sinis.

"I tak pernah layan dia, you pun tahu kan? Dia ugut nak report parents I about us. You tahu parents I obses kan kalau I bercinta. Kalau parents I tahu, habis la I kena pindah sekolah. Macam mana I nak jumpa you lagi?", terang Syed sambil memegang tangan Mawar.

"Syed, orang pandang la", Mawar merentap semula lengannya yang berada dalam genggaman Syed.

"Let them know sayang yang I sayang you seorang saja. Please sayang trust me this time", Syed cuba berlembut dengan Mawar.

"Kalau benda kecil pun tak boleh urus, inikan lagi benda besar. Four years Syed, dah nak masuk lima tahun pun we build a relationship together. Tak pernah ada masalah pun, parents you pun tak pernah tahu. Tapi kenapa 'dia' yang baru pindah awal tahun ni, boleh buat you jadi takut macam ni?"

"I tahu la parents dia kawan dengan parents you kan? So, dengan semudah tu you nak berubah. And plus semua alasan yang you bagi tu dah basi Syed, tak logik langsung. Kita bukan duduk zaman batu yang tak ada teknologi untuk berhubung", bidas Mawar menekankan perkataan 'dia' sambil mencebik bibir.

"Bukan macam tu la sayang, please I'm so sorry. Give me a second chance. I janji lepas ni I bagi tahu everything dekat you", Syed memujuk sekali lagi tanpa mengalah.

"No Syed, you kenal I macam mana right? So, I tetap dengan keputusan I. We're done, and I nak ingatkan you. Lepas ni I tak janji kita boleh jadi kawan, sebab you pun tahu yang your my first love. But don't worry, you don't need to do anything, I yang akan jauhkan diri I dari you"

Mawar selesai berkata dan cuba berlalu pergi dari situ tetapi ditahan oleh Syed.

"Ok fine, I terima kita putus. Tapi you jangan ingat I berdiam, I akan cuba dapatkan hati you balik and I nak you simpan semua hadiah ni. Hadiah ni memang milik you selamanya"

Syed menyerahkan semula kotak itu dan dia pula yang berlalu pergi meninggalkan Mawar.

Mawar terduduk di bangku berselebahan tempatnya berdiri. Akhirnya airmata yang dari tadi ditahan terjatuh juga.

Mawar akui dia tidak kuat untuk berhadapan dengan Syed tetapi tadi dia hanya berpura-pura ok sahaja.

'ya allah kau kuatkan hati aku ini, sekiranya keputusan yang aku ambil ini betul', desis Mawar.

Tanpa mereka sedar ada mata yang memehati mereka dari mula lagi. 'Dah putus juga korang akhirnya kan'

Tangan Fakhrul Amin naik mengambil telefon bimbit yang berada didalam poket seluarnya, nombor seseorang didail.

"Reen, jumpa dekat kedai depan sekolah ni kejap", pesan Terry

"Make sure benda tu penting terry, don't waste my time", jawab Tasya senada.

"Datang saja la", Terry terus meletak panggilan.

Fakhrul dan terry adalah orang yang sama. Cuma tidak ramai yang tahu nama sebenar Fakhrul Amin kerana dia tidak suka orang memanggilnya dengan nama itu.

Terry hanyalah nama panggilan yang dipilih sendiri oleh Fakhrul untuk menggantikan nama sebenarnya.

Begitu juga Tasya dan Reen atau nama sebenarnya Catherina Diandra. Tasya adalah nama panggilannya saja.

Nama Reen hanya boleh digunakan oleh orang-orang yang rapat dengannya.

---

"So, what is it?", ujar Tasya bila sampai dihadapan
Terry

"sit down Reen", jawab Terry ringkas.

"I just wanna say congrats. Apa kau buat sampai dia orang boleh gaduh? Siap dah putus pun tadi", Terry memandang ke arah Tasya yang berada didepannya.

Hampir setahun mereka bersekolah di situ. Terry dan Tasya telah meminati seseorang. Tetapi malangnya orang mereka minat itu adalah pasangan kekasih.

Sebab itu, mereka merancang untuk memisahkan Syed dan Mawar. Tapi tidak sangka pula, secepat itu Tasya buat kerja.

"You're welcome, tak susah pun. But wait, you cakap dia orang dah putus? Si Mawar tu memang tak layak dengan Syed la. I cuma berlakon sikit pun dia dah percaya yang Syed tu curang belakang dia, padahal I dengar cerita budak sini. Dia orang tu dah together dari form 1 kan"

Tasya membuka beg kemudian mengeluarkan cermin dan membelek tudungnya.

"After this, you nak kejar Mawar you tu ke?", soal Tasya bila melihat Terry seperti sedang berfikir sesuatu.

"Not now. Lagipun kita ni baru setahun dekat sini, biar dia kenal aku slow-slow. Lepastu baru la aku masuk line. Kau pula? cakap aku lebih, kau tak nak kejar Syed kau?", Terry memulangkan balik soalan Tasya tadi.

Terry dan Tasya baru berpindah ke sekolah Mawar kerana mereka selalu membuat hal dan MRSM tidak menerima mereka lagi.

Mereka bersekolah di MSRM yang sama selama tiga tahun, sebab itu la mereka saling mengenali.

Mereka tidak mengisahkan perkara itu kerana mereka tetap akan menyambung pelajaran di Universiti swasta. Mereka berdua adalah anak tunggal dan berasal dari keluarga yang kaya.

"Relax la. I'm Catherina Diandra la, sekali petik semua datang", Tasya menanyangkan wajah bangga kerana memiliki muka kacukan German dan Melayu.

"Confident kau tak boleh bawa bincang. Silap-silap dia tak pandang kau sebelah mata pun. Jangan menangis bucu katil sudah la", Terry tersenyum sinis.

"Sedap you kutuk I kan. Selama kita kawan, ada ke lelaki yang pernah tolak I", Tasya pula membalas senyuman sinis Terry.

"It's up to you. Dah jom la balik", Terry bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari kedai.

---

Pertemuan kedua
Sebulan berlalu, Mawar masih tidak bercakap dengan Syed.

Bukan dia tak mahu menjadi kawan kepada Syed, tetapi dia takut hatinya akan mudah terbuai bila bersama Syed.

"Lang, hantar aku pergi Nilai kejap. Ibu ayah tak ada dekat rumah ni ha", muncul Syuhada di muka pintu bilik Mawar.

"ish kau sibuk la, akh tengah kusyuk baca novel ni. Lagipun Nilai tu gila, aku ni tak ada lesen lagi. Pergi la suruh kak Amy hantar"

Mawar berkata sambil mata masih memandang ke arah novel ditangannya.

"Dia minta kau teman la, dia cakap dari Nilai nak balik kang sunyi. Jom la dah pergi siap", Syuhada mencapai bantal dikatil dan membaling ke arah Mawar.

"Hoi kau ni, tadi aku rajin tapi sekarang malas la pula aku rasa", Mawar mencebik.

"Tak payah nak menggedik ya, aku bukan abang. Lagi 15 minit aku tunggu dekat kereta", Syuhada berjalan meninggalkan bilik Mawar.

'Nak ajak aku, bukan nak cakap elok-elok'

Mawar berkata perlahan sambil menutup novel ditangan dan melangkah ke almari untuk menukar baju.

---

"Hai kak, mesti kena paksa dengan angah juga kan", ujar Mawar ketika Amy Izzati melangkah masuk ke kereta.

"Biasa la, kau macam tak tahu angah kau", Amy menuncungkan bibir ke arah angah.

"Diam la korang, aku nak drive ni. Tak payah nak membawang sangat. Amy, seat belt please", Syuhada menayangkan wajah tidak berpuas hati.

"Ala minah ni, kecoh betul. Dah jom la, lambat nanti kita kena tadah telinga la Wa. Angah kau membebel", Amy menyarungkan tali pinggang keledar dan tersenyum sinis ke arah angah.

"bla bla bla", Syuhada malas mahu melayan.
Mawar dan Amy tergelak bersama.

---

Ariff pergi ke Aeon Nilai untuk berjumpa dengan rakan sekolahnya.

Kawannya itu baru pulang dari luar negara dan menetap di Nilai, jadi terpaksa la Ariff pergi ke Nilai untuk berjumpa.

"Hai bro, sorry tak boleh turun KL. Kau pula kena datang jumpa aku", sapa Adam Yazid bila melihat Ariff berada di depannya.

"No hal la, aku pun dah lama tak keluar dari KL. Tu yang aku datang sini jumpa kau", Ariff menghulurkan tangan dan Adam menyambut.

"So how's life? feeling better duduk negara sendiri balik?", soal Adam sambil tersenyum mesra.

"Biasa la bro, kita pergi mana pun. Negara sendiri tetap best juga, lagipun aku balik sini baru setahun kan", Ariff juga membalas senyuman Adam.

Mereka berdua bergelak tawa, bertukar cerita dan bersembang mesra lama hingga Ariff meminta diri untuk pulang

---

"Aku gerak dulu la, dah petang sangat ni. Nanti trafik jam pula", Ariff bangun mahu meminta diri pulang ke rumah.

"terima kasih bro lepak dengan aku. Nanti kalau free, turun la sini lagi", Adam menghulurkan tangan kepada Ariff dan mereka bersalaman

"Inshaallah, aku gerak dulu", Ariff terus melangkah untuk keluar dari kedai tetapi belum sempat dia keluar. Ariff...

---

Mawar berjalan ke meja sambil memegang coffee ditangan dan sebelah lagi tangan membuka telefon.

Selepas menghantar angah ke station MRT, Mawar dan Amy singgah di Aeon dahulu kerana Amy mahu mencari baju.

Mawar pula malas mengikut Amy pergi shopping, dia hanya duduk di cafe yang berada didalam Aeon itu saja.

"Eh sorry encik, I tak sengaja"

Mawar terlanggar seseorang di depannya dan coffee ditangan sudah tertumpah kerana mata asyik tertancap ke arah telefon.

"Ya allah encik, baju encik kena coffee I tu. Kejap ya, tunggu"

Mawar melihat kesan coffee di baju lelaki itu sambil mengambil sapu tangan yang berada di dalam handbag.

"Nah encik, sorry sangat-sangat I tak sengaja. Encik nak I ganti ke?", tanya Mawar sambil menghulurkan sapu tangan yang diambil tadi.

"Tak apa la sikit saja. You..."

Tangan Ariff menyapu kesan coffee dan mengambil sapu tangan yang dihulurkan tetapi bila melihat sapu tangan itu dia terkejut.

"I? kenapa dengan I?", tanya Mawar lagi kerana hairan.

"You yang menangis hari tu kan. Ingat tak ada orang datang bagi sapu tangan, I la. You tak ingat ke?", Ariff tersenyum gembira.

'Ya allah takdir apa ni, kau berikan pertemuan kedua untuk kami', desis Ariff.

"Ouh ni sapu tangan encik la. Bagus la macam tu, I pulang balik dekat encik", Mawar memandang ke arah Ariff.

'Manis nya senyuman dia tu', desis Mawar

"Tak payah berencik sangat, kan I dah cakap nama I Ariff. You lupa la tu", Ariff masih dengan senyuman yang tidak pudar di bibir.

"Mana boleh macam tu encik. Kita baru jumpa sekali.. ", belum sempat Mawar menghabiskan ayat, Ariff menyambung.

"Twice ok. Masuk now, dua kali dah kita jumpa. So boleh saya tahu nama awak?" tanya Ariff

Tiada lagi penggunaan 'I' 'You' dah. Gembira tak terkira dia melihat wajah ayu didepannya.

"Hmm, tak apa la encik. I minta diri dulu, tadi encik kata I tak payah ganti kan. Once again, I minta maaf sangat sebab tumpahkan coffee dekat baju encik. I gerak dulu, Assalamualaikum"

Mawar terus melangkah keluar dari kedai meninggalkan Ariff.

'Haish, jual mahal betul la. Kali ni tak boleh jadi, aku kena tahu juga nama dia', desis Ariff sambil kaki melangkah mengikut Mawar.

---

"Mawar, aku nak makan kejap. Jom kita singgah kedai depan tu", ajak Amy dikerusi pemandu sambil mengerling ke arah Mawar.

"Ish akak ni tadi tak nak makan. Aku dah kenyang la, kak", Mawar menolak ajakan Amy.

"Aku tak suruh kau makan, teman saja la aku. Please Wa", Amy mengoncang sedikit lengan Mawar sambil menanyangkan wajah comel.

"Fine, aduh kau ni. Jenis memaksa betul la, muka tu bukan comel pun. Dah cepat la kau nak makan kat mana ni?", Mawar menolak tangan Amy yang memegang lengannya.

"Thanks Wa, ala tak comel konon. Padahal kau pun termakan dengan pujukan aku kan", Amy tersenyum sinis.

"whatever", Mawar tidak mempedulikan Amy yang tersenyum ke arahnya.

---

'Dengan muka aku ni, aku rasa boleh kot aku minta nombor dia dekat kawan dia tu', desis Ariff sambil memberhentikan kereta disebelah kereta Mawar.

Ariff sempat melihat cermin membetulkan rambutnya supaya handsome untuk menjayakan misinya.

---

"Kak, aku nak pergi toilet kejap. Kau order cepat tau, jangan leka dengan telefon saja"

Mawar memandang ke arah Amy yang asyik bermain dengan telefon bimbit ditangan.

"Ya, aku nak order la ni. Dah pergi cepat", Amy mengoyangkan tangan seperti menghalau Mawar dari situ.

"tak payah menghalau, kau tu order cepat", Mawar menggeleng dan melangkah ke toilet.

Beberapa saat selepas Mawar beredar datang seorang lelaki menghampiri Amy.

"Hai, saya ganggu ke?", tegur lelaki itu.

Amy memandang ke arah suara itu. "handsome", perkataan spontan keluar dari mulut Amy bila melihat wajah lelaki itu.

"Yes? sorry miss, i can't hear you"

Ariff sengaja bertanya semula padahal dia dengar sahaja perkataan yang keluar dari mulut Amy itu.

"Nothing, ada apa ya? Saya kenal awak ke?", tanya Amy bagi cover perkataan yang dia terlepas cakap tadi.

"Kita tak kenal cuma saya nak tanya yang duduk dengan awak tadi siapa?"

Ariff straight to the point sambil tangan menunjuk ke arah kerusi yang kosong dihadapan Amy.

"Ouh Mawar ke? Dia adik kawan saya", jawab Amy laju.

"Duduk la awak boleh kita burak-burak. Nama awak siapa? I'm Amy", tambah Amy berminat untuk tahu tentang lelaki yang menegurnya itu.

'Ouh Mawar sedap nama dia, punya la susah aku nak tahu' desis Ariff.

"Megat Ariff, just call me Ariff. Amy, can I have her number?", tanya Ariff lagi.

"nombor dia? baik awak ambil nombor saya saja", Amy tertawa kecil.

"Boleh juga, why not kan. Can I?", Ariff menghulurkan telefonnya kepada Amy.

"sure kejap", Amy menyambut huluran telefon Ariff dan dia memasukkan nombor telefonnya terlebih dahulu baru Mawar.

"Nah, saya dah save number saya dengan Mawar", Amy memulangkan telefon bimbit kepada Ariff.

"Thanks Amy, nice to meet you. Saya minta diri dulu ya"

Ariff sebenarnya mahu bertanya banyak lagi tetapi bila melihat Mawar melangkah keluar dari toilet dari jauh dia meminta diri untuk beredar.

"Awal nya awak, jom la kita minum dulu", Amy mengajak Ariff untuk minum bersama.

'Dah la handsome, baik pulak tu. Helok sangat', Amy memuji Ariff di dalam hati.

"Eh tak apa, saya gerak dulu ya", Ariff beredar dari situ dan melangkah ke kereta dengan senyuman dibibir.

'finally, I get her number. Nak ikut dia lagi ke tak ni ha? Kalau tadi aku dah dapat number, silap-silap lepas ni aku dapat tahu rumah dia dekat mana pula kan...'

'Tapi rasa macam dah lambat sangat pula, mommy bising pula nanti. It's ok la esok jadual aku pun free kan'

Desis Ariff masuk ke dalam kereta dan hanya menunggu Mawar selesai makan.

---

"thank Wa, teman aku. Nanti aku bagi coklat ok", Amy melangkah keluar dari kereta kerana sudah sampai di rumahnya.

"tak hingin aku coklat murah kau, simpan saja la", Mawar melangkah ke arah pemandu, dia sudah pandai memandu kereta tetapi umur belum cukup untuk mengambil lesen.

"Jual mahal, tak nak sudah. Elok-elok bawa kereta tu, pandang kiri kanan. Belok bagi signal, jangan lupa", pesan Amy banyak.

"Bising la kau ni kak, aku bukan hari ni bawa kereta. Cuma tak ada lesen saja lagi", Mawar mencebik dan masuk ke arah pemandu.

"Nanti kirim salam dekat aunty dengan uncle tau", Amy berpesan lagi sambil tergelak.

"Ok kak, aku gerak dulu. Bye assalamualaikum", Mawar meneruskan perjalan pulang kerumah nya yang jarak dalam 5 kilometer dari rumah Amy.

Mawar tidak menyedari bahawa dia telah diekori oleh Ariff sejak dari Aeon tadi.

'See kan aku dah dah cakap. So, now aku dah tahu nama, number dengan alamat dia. Senang kerja aku lepas ni', desis Ariff bila melihat Mawar melangkah masuk ke sebuah rumah.

Ariff menekan pedal dan memandu pulang ke rumahnya segera kerana hari sudah lewat petang.

---

"Amboi, anak mommy seorang ni pergi mana? Biasa lepas asar dah sampai rumah mommy, ni dah isyak baru muncul"

Zahidah yang baru keluar dari dapur menegur Ariff yang muncul di pintu rumah.

"Banglang pergi jumpa menantu mommy kejap, tu yang lambat sikit", balas Ariff sambil tersenyum ke arah mommy.

"ha? menantu mommy, Ariff dan ada calon la ni? Bawa la dia jumpa mommy", ujar Zahidah dengan nada teruja.

"calon tu memang dah mommy tapi nak bawa jumpa mommy tu susah sikit", Ariff menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenapa pula? mommy nak kenal-kenal la dengan bakal menatu mommy tu", Zahidah duduk disofa yang berada di ruang tamu.

"Nanti dalam a few month lagi, Ariff bagi address. Lepas tu mommy hantar rombongan ok", Ariff turut duduk di sebelah mommy.

"Anak mommy nak kahwin dah, elok la tu. Kau tu makin lama makin tua, nanti tak laku dah", Zahidah tertawa kecil.

"Mommy ni, banglang muda lagi la. Muka still boleh jual tau", Ariff membuat muka comel.

"Hmm ya la tu, dah la pergi mandi. Lepas tu mommy teman dinner, dah makan ke belum ni?", Zahidah bertanya sambil memandang Ariff.

"Mommy ni macam tahu-tahu banglang tak makan lagi. Tunggu kejap ya, banglang naik dulu", Ariff bangun dan masuk ke dalam biliknya.

-end flashback-

"Macam tu la cerita dia, now dah faham right?", Ariff bertanya.

"Ouh, senang betul kak Amy bagi nombor kat abang kan. Haish nak kena bebel kak Amy ni", Mawar menanyangkan muka tidak berpuas hati.

"Sayang jangan la marah dia. Maybe dia terpikat dengan muka abang yang handsome ni", Ariff pula menanyangkan muka bangga.

"perah santan saja kan kerja abang ni. Masuk bakul angkat sendiri", cebik Mawar.

"Tapi kan abang, senang betul abang yakin yang sayang ni jodoh abang kan? Abang tak buat usul periksa dulu ke? Mana la tahu sayang ni jahat ke apa", Mawar bertanda tanya.

"Istikharah honey. That where I get my answer, lagipun abang yakin. Sayang memang tercipta untuk abang from the first time I see you", ujar Ariff yakin.

"Yang sayang tanya abang ni. About you? macam mana sayang boleh terima abang pula?", tanya Ariff pula.

"Kalau tak terima, kecewa menonggeng nanti orang tu. Maklumlah hati dah terpaut kan", Mawar tersenyum sinis.

Ariff tersengih menyangkan gigi. "Tak akan sebab tu saja?", tanya Ariff.

"Actually ada kisah yang real, nanti sampai Malaysia. Abang boleh baca diary sayang, all about you before become my husband semua dalam tu", Mawar menghirup minuman yang di pesannya.

"Seriously? wow interesting, ok nanti abang baca", Ariff membuat wajah ingin tahu.

"So, next destination? Lepas ni kita nak pergi mana?", tanya Mawar.

"Kita naik gondola first. Then, abang bawa sayang jalan-jalan dekat Venice ni. Kalau kawan-kawan abang still lagi dekat sini, boleh la kalau terjumpa nanti sembang-sembang", cadang Ariff.

"roger boss, let's go", Mawar bangun dan memakai handbagnya semula.

"Calm down honey, kita ada banyak masa lagi. Kalau tak cukup kita boleh extend cuti lagi", Ariff loya buruk.

"Banyak la abang. Lupa la tu, bini dia ni budak sekolah lagi. Sabar ya abang, tinggal 8 bulan saja lagi. Lepastu kalau nak pergi semua tempat pun boleh, tak nak balik pun lagi sayang suka", mata Mawar bersinar.

"Belum apa-apa lagi dah ada ciri-ciri nak botakkan abang. Habis la abang macam ni", Ariff menggeleng.

"Hehe, siapa yang suruh kahwin dengan sayang? so, sayang la yang kena habiskan duit abang", Mawar menarik tangan Ariff untuk keluar dari kedai.

"Dah jom, tak sabar nak shopping. Make sure poket abang kering, baru kita balik", Mawar berkata mesra.

"Amboi isteri siapa la ni. Iya la sayang, let's go", Ariff menggenggam tangan Mawar

---

TO BE CONTINUE...

Enjoy you guys!!! Jangan lupa comment ok?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience