"BRO, kau ok?", lesu saja Faiz melihat Ariff masuk ke office pagi ni.
"Hmm", itu sahaja jawapan Ariff.
"Hmm hmm, kau kenapa? Muka kau macam tengah sedih saja. Apa pula jadi kali ni?", tanya Faiz.
"She love him so much bro", sedih saja ayat itu meluncur keluar dari mulut Ariff.
"What? kau biar betul?", Faiz mengerut dahi.
"Kalau kau dekat tempat aku, apa kau rasa bila nampak isteri sendiri boleh curang depan kau?", ada nada marah dalam kesedihan Ariff.
"Bukan dulu kau juga ke yang cakap dia curang? Sekarang dia dah buat betul-betul, kau macam ni pula", sengaja Faiz mengusik.
"Bro. I'm serious", tegas Ariff.
"Fine fine, mana kau tahu dia curang?", Faiz memusing musing kan kerusi yang diduduknya.
"Dalam mimpi pun boleh sebut nama lagi tu? Tak cukup bukti ke tu?", sinis Ariff berkata.
"Sabar la bro. Kau pun satu, yang pergi kejar dia kenapa? Tengok, tak fasal saja lelaki tu accident", Faiz menggeleng.
"Aku nak tuntut hak aku, then dia lari. Aku kejar la, mana la aku tahu dia lari sampai ke jalan raya. Tahu tahu lelaki itu dah selamatkan dia", Ariff meraup wajahnya kasar.
"Aku tak tahu la bro, kita tinggal 3 hari saja dekat sini. Pandai la kau uruskan dia", pesan Faiz bangun dari kerusi.
"But now kau focus kerja dulu, senyum sikit. Ni tak, dah macam ayam berak kapur", sempat Faiz mengusik sebelum melangkah keluar.
---
"Wa, balik dulu ya. Dari semalam kamu duduk sini, biar umi pula ya", Aisyah duduk disebelah Mawar.
Tengah hari itu umi dan Rudhah datang kerana walid ada urusan penting dan Mariam menguruskan Yusuf dan Zarithh sekali.
"Tak apa ke umi? Nanti kalau bie cari, dia tak stabil lagi tu", pandangan dihala ke arah Naim yang sedang terbaring lesu di atas katil.
"Doctor ada kan, lagipun umi pun ada. Kalau apa-apa nanti, umi call la kamu", Aisyah menepuk lengan Mawar sambil mengangguk.
"Baik la umi. Wa balik kejap, petang nanti Wa datang semula ya", Mawar memahami.
"Ni angah mana? umi sorang saja tak apa ke?", mata Mawar memadang sekeliling bilik.
"Angah solat sekejap, kejap lagi dia datang la tu. Kamu jangan risau, pergi la berehat di rumah ya", nasihat umi lembut saja.
"Ok mi, jalan dulu", Mawar menyalami tangan umi dn berlalu keluar.
---
Sepanjang perjalanan turun ke lobi hospital, dia terlihat staff nursenya. Mawar pun menegur.
"Viore", panggil Mawar
"Doktor rose", Viore mengalihkan pandangan ke arah Mawar
"Il dottore non lavora oggi? (Doktor tak berkerja hari ni?)", tanya Viore mesra.
"sì. Sono in ferie per tre giorni (Yup. Saya bercuti selama tiga hari)", maklum Mawar ringkas
"All right doctor, Buone vacanze (selamat bercuti)", Viore tersenyum.
"Thank you, I got to go", Mawar melangkah keluar dari hospital.
---
"Mawar", terkejut Mawar mendengar namanya dipanggil.
Kalau di Malaysia dia tak akan sesekali terkejut. Tapi ini di Italy! Orang di sini hanya mengenalinya dengan nama Rose saja.
Perlahan-lahan menoleh. "Faiz?",
"Ya I la, ingat I lagi tak?", tanya Faiz mesra.
"Ingat la. Terkejut I tau ada orang panggil I 'Mawar', sebab setahu I dekat Italy ni orang panggil I 'rose'. Rupanya you", Mawar tersenyum.
"Why tukar nama panggilan?", Faiz bertanya lagi.
"Saja, sebab nak tukar jadi Mawar yang baru", selamba Mawar menjawab.
"You saja tak nak ingat Ariff lagi kan dalam nama Mawar tu?", sengaja Faiz menguji.
"No at all. Nama 'Mawar' or 'Rose', dua dua tak ada kena mengena dengan Ariff lagi dah", tegas Mawar.
"Why you being like this? Mawar yang sekarang berbeza from Mawar yang I kenal. Why?", tanya Faiz ingin tahu.
"Haish you ni banyak betul soalan. But it's okay, kita dah lama tak jumpa. So, I akan jawab. All of this because of your best friend tu", sempat Mawar membebel sebelum membalas.
"Dia yang jadikan diri I macam ni. I tak minta tau husband I tuduh I curang, husband I layan I macam pelacur. Tapi itu pilihan dia, dia sengaja menambah luka di hati I", tambah Mawar lancar.
"But he deserve a second chance. Perlu ke sampai you bemesra dengan laki lain? Siap berpeluk semua bagai depan husband sendiri?", ujar Faiz sinis.
"Haha, you ingat dia akan berubah ke? He still the same for me. Mesti semua benda tu dia mengadu dekat you kan? Elok la tu, biar dia tahu I benci dia", balas Mawar menyampah.
"Dah la, kalau nak cakap fasal dia. Stres la I, baik I pergi tengok future husband I dekat hospital tu. Bye Faiz", Mawar melangkah pergi meninggalkan Faiz.
---
Mawar sudah selesai membersihkan dan menunaikan kewajipannya. Dia perlu ke hospital, semasa solat tadi. Hatinya sudah berasa tidak sedap.
"Tuan", Mawar terkejut melihat Ariff di depan pintu rumahnya.
"Uncle hai", Zarithh terus berlari memeluk Ariff.
"Hai princess", Ariff bertinggung memeluk Zarithh.
"Tuan buat apa di sini?", kasar nada Mawar.
"Sayang nak hospital kan? Abang hantarkan", Ariff membalas lembut.
Dia dengar setiap ayat yang keluar dari mulut Mawar ketika bersembang dengan Faiz di lobi hospital tadi. Memang sah, Mawar bencikan dirinya.
"Princess want to go to the hospital right? Let me give you a ride ok?", Ariff tersenyum melihat Zarithh.
"Yes uncle. I miss dida", berubah terus muka Ariff mendengar ayat sedih Zarithh.
Dia dah ada DNA test Zarith, memang anaknya pun. Hati bapa mana tak sayu bila tengok anak sendiri lebih menyanyangi lelaki lain daripada dirinya?
"No need tuan, saya pandai drive sendiri", balas Mawar pastinya menolak
"Tak perlu naik saja dengan abang, jom", Ariff bangun dan mendukung Zarithh, terus saja berjalan ke arah keretanya.
'Hish dia ni, tak faham bahasa betul la', desis Mawar dengan langkah berat mengekori Ariff.
---
"Wa, wa dekat mana tu?", tanya Aisyah cemas.
"Otw pergi hospital, kenapa ni umi?", Mawar turut risau mendengar nada umi.
"Along Wa along, cepat", jantung Mawar terasa direntap kuat dengar ayat umi
"Umi, why?", menitis airmata Mawar perit.
"Kamu datang ya sayang, cepat tau", Aisyah cuba menahan tangisnya.
"Ok umi, I'm coming right now", Mawar mengalihkan pandangan ke arah Ariff di kerusi pemandu.
"Kalau ada sesuatu buruk jadi dekat Naim. Sampai mati saya akan benci tuan", keras ayat Mawar
Ariff menoleh sekilas ke arah Mawar. "Cepat la sikit! kita kena cepat ni!", jerkah Mawar kasar.
---
"Kaklong, along dekat dalam", Mariam yang diluar bilik menegur sayu.
"Kenapa kakdik? jom masuk", Mawar terlebih dahulu berlari masuk ke dalam.
Air mata Mawar mengalir laju melihat tubuh yang sudah tidak berdaya di depannya.
"Sweetheart", lembut saja panggilan lelaki itu.
"Sini sayang, along panggil kamu", Aisyah mengalih sedikit memberi ruang kepada Mawar.
Semua sudah berada di dalam bilik itu. Walid, Umi, Raudhah, Sirhan, Siddiq, Mukhriz, Mariam, Yusuf, Zarithh, Kautharr, dirinya dan termasuk Ariff.
"Bie", menangis Mawar duduk di sebelah Naim yang sedang berbaring.
"Sweetheart shh", lemah suara itu memujuk.
"Bie jangan la tinggalkan sweetheart. sweetheart tak kuat la", Naim mencapai tangan Mawar lambat.
"Look at me", terus Mawar memandang muka Naim.
"I love you", ucap Naim ikhlas.
"Tipu, kalau bie cinta. Bie kena sembuh, ni kenapa bie masih dekat sini?", teresak-esak Mawar menangis.
"Kita makhluk bernyawa sweetheart, semua akan pergi juga suatu hari nanti", Naim menelan air luar perit, susah untuknya bercakap panjang.
"Bie jangan cakap macam tu", Mawar mengesat airmata yang ligat turun di pipi.
Suara tangisan budak mengejutkan Naim. "Princess, dida", panggil Naim.
"Dida, why there so many wires on your body?", menangis anak kecil itu.
"Don't cry princess, dida ok", Mawar membawa Zarithh kepangkuannya berdekatan Naim.
"Listen to dida here", dipandang wajah Zarithh.
"Take a good care of mama and yourself ok. Dida doesn't keep my promise to be with you always after this"
"I'm so lucky to have daughter like you. Kind and smart, like mama. Dida love you so much, remember that. I'm sorry", Zarithh memeluk tubuh lemah Naim.
Naim mencium ubun-ubun anak itu, walaupun bukan anaknya. Tetali dia dah anggap macam darah daging sendiri.
"you're mean mama. Because of you, dida became like this", lagi mengalir deras airmata Mawar mendengar kata anaknya.
"Zarithh, dida didn't teach you to be rude. She's the one mama you have in this world", tegur Naim lembut.
"Liar, I don't trust mama. Don't leave me Dida, i love you", anak itu masih memeluk Naim
"Princess, say sorry to mama. You already hurt he feeling", balas Naim seakan mengarah.
"I don't want. I hate mama, because mama. Dida will leave me", sedih saja anak itu.
Tersentak Mawar memandang Zarithh. Sanggup anak itu membencinya kerana keadaan Naim. Tapi memang dia yang bersalah pun.
"Sayang, papa don't leave you. I'm here right?", pujuk Naim lembut.
"Dik, ambil Zarithh ni kejap", pinta Naim.
"No maksu, i want dida", meronta-ronta anak itu tak mahu berpisah dari Naim.
Semua yang melihat situasi itu pun akan menitiskan air mata, termasuk la Ariff sendiri. Perit dia melihat rayuan anak perempuannya seperti itu.
"Umi walid", giliran umi dan walid pula.
"Ye sayang umi, ada apa?", Aisyah duduk rapat dengan anak sulungnya.
"Along nak say sorry before ni along banyak sakitkan hati umi dan walid. Halalkan segala makan pakai along selama jadi anak umi dan walid ya"
"Along sedar selama ni along lukakan hati umi dan walid, along minta maaf sangat. Along bukanlah anak yang baik untuk kamu berdua"
"Along stop it", tegur Aisyah. Tak sanggup mendengar, airmata nya sudah meleleh.
"Along selalu hampakan harapan umi dan walid. Along melawan, tak dengar cakap. Along menyesal mi, menyesal pernah sakitkan hati umi"
"Maafkan along ya umi dan walid. Along sayang syurga along berdua ni sangat", ayat terakhir sebelum walid membalas.
"Walid tak pernah rasa kamu menyusahkan kami, kamu anak yang baik. Kami dah maafkan segala kesalahan kamu, Im", Mikhail berkata ikhlas
"Umi sikit pun tak pernah terluka dengan kamu. Kalau ada pun, dah lama umi tolak perasaan tu ketepi. Umi sayang kamu, hanya kamu putera kami"
Umi terus memeluk Naim erat.
"Adik-adik along", Naim memandang dua orang adik perempuannya.
"along", Raudhah memeluk Naim pula.
"Angah adik, lepas ni jagakan umi dan walid untuk along ya? Along tak dapat nak pegang amanah tu lagi, along serahkan pada kamu berdua ya"
Makin lebat airmata mereka yang sedang dari tadi turun melihat keadaan satu-satunya abang mereka.
"Along maafkan adik ya, banyak salah adik dekat along", dalam keadaan menangis, Mariam meminta maaf.
"Tak apa, along dah lama maafkan korang. Along tak terasa hati sedikit pun. Along sayang angah dan adik", Mariam pula memeluk alongnya lama.
"Terima kasih long, thank you so much make my life better. Along tak pernah kurang didik kami berdua walaupun along sibuk", balas Raudhah.
Naim tersenyum ikhlas memandang wajah ahli keluarganya. "Ariff, sini kejap"
Berkerut dahi Mawar "Apa kena mengena Ariff dalam ni pula?"
"Kau sayang Mawar?", dengan yakin Ariff mengangguk menjawab pernyataan Naim.
"Sweetheart dengar cakap bie", Naim menarik tangan Mawar dan Ariff supaya bersatu
"Bie nak korang berdua berbaik semula ya. Bie tahu, dalam hati sweetheart tak pernah sekali pun terpadam nama Ariff kan?"
Mawar memandang tepat mata Ariff menghadam satu persatu, kemudian beralih kepada Naim.
"Trust me. Satu satunya nama yang ada dalam hati sweetheart adalah Ariff. I can see it in your eyes", Naim tersenyum segaris.
Mawar menggeleng. "Balik ke pangkuan suami sweetheart ya? jangan hancurkan harapan dia", nasihat Naim lembut.
Makin laju Mawar menggeleng. "Tolong sweetheart. Itu permintaan terakhir bie sebelum bie tutup mata. Please sweetheart", pinta Naim memujuk.
Naim menoleh memandang Mawar, tahu bahawa Mawar tak akan bersetuju.
"Sweetheart tunaikan", akhirnya Mawar bersetuju.
"Huuurhhh", Naim menarik nafas panjang
"Bie jangan tinggalkan sweetheart", teresak-esak Mawar.
"Mengucap Im, ikut walid", bisik Mikhail lancar.
Naim menutup mata, lancar sahaja Naim mengikut. Perlahan-lahan Naim menghembus nafas terakhirnya.
---
Majlis pengebumian Naim berjalan lancar diiringi hujan renyai pada petang itu. Semua ahli keluarga sudah pulang ke rumah semula.
Hanya tinggal beberapa saja ahli keluarga yang masih tinggal bagi mengucapkan takziah.
Lagi pula mereka hanya mengikut cara pengebumian islam-Italy, jadi tak terlampau banyak proses seperti di Malaysia.
"I'm sorry", Ariff duduk di sebelah Mawar yang masih termanggu di depan kubur Naim.
Mawar menjeling Ariff dan menjauh sedikit. "Look at me", Ariff memegang tangan Mawar.
Mawar merentap kasar lengannya. "Sayang, please", rayu Ariff.
"Puas hati sekarang?", suara Mawar menahan sedih.
"Abang tak bermaksud pun nak perkara jadi macam ni. Abang tak...", Ariff berhenti setelah Mawar memotong.
"Leave me alone!", Mawar mengusap tanah di kawasan kubur Naim perlahan
"Sayang, please la jangan macam ni. Takdir dia pergi dulu dari kita, kena la redha sayang", pujuk Ariff lembut.
"Please leave", halau Mawar perlahan tak mampu nak berkasar dengan emosi nya begini.
"Please honey, listen to me. Jom kita balik", Ariff memeluk bahu Mawar.
Pang!
"Tuan balik now! jangan sampai saya jadi gila dekat sini! saya masih ada rasa hormat dekat tuan tau"
Mawar menghala jarinya ke arah pagar keluar kawasan kubur tersebut.
Ariff memegang pipi sekejap, terasa sakit tamparan Mawar tadi. "Fine abang balik, tapi lagi 2 hari ikut abang pergi Malaysia", tegas nada Ariff.
"Jangan harap", kasar Mawar membalas.
"Nampak muka abang macam kisah? Abang bukan suruh sayang pilih, ni arahan abang sebagai suami!", terus Ariff bangun dan meninggalkan Mawar
"Bie, sweetheaet rindu bie", Mawar menangis kembali mengingat pesanan terakhir Naim.
"Macam mana sweetheart nak kembali pada dia? hati sweetheart dah mati untuk dia", Mawar menekan dadanya yang terasa perit ketika ini.
---
"Wa, kamu dah balik". Matahari dah terbenam baru Mawar pulang ke rumah semula.
Mawar mengangguk. "Naik atas mandi dulu, umi ada buat bubur. Badan kamu panas tadi umi rasa", kata Aisyah
Mawar menggeleng perlahan pula. "Tak boleh macam tu, makan ya sayang", pujuk Aisyah lembut.
"tak ada appetite la, mi", tolak Mawar lemah.
"Ya allah, badan kamu lemah sangat ni. Jom umi bawa ke atas", Aisyah memimpin Mawar naik ke atas.
---
"Zarithh mana mi?", Mawar melihat biliknya kosong.
"Ariff ambil tadi. Dia kata nak bagi kamu rehat, biar dia jaga Kautharr dan Zarithh", umi membawa Mawar ke atas katil.
Mawar malas mahu memusingkan fikirannya, sekarang pun badannya terasa sangat lemah.
Dia tahu sangat, kalau Zarithh ada sekarang. Mesti anak perempuannya itu akan memarahmi dan menjauhinya, jadi lebih baik Ariff menjaganya sebentar.
"Kamu duduk kejap", Aisyah mengambil tuala dan baju di dalam almari, telekung sempat dicapai
"Nah mandi solat semua dulu, kejap lagi umi bawa bubur naik atas", Aisyah letak semua barang itu di atas katil.
"Tak apa la mi, Wa..", umi menyambung kata Mawar
"Jangan banyak cakap, umi turun dulu ya", Aisyah berlalu keluar dari bilik Mawar.
---
"Sweetheart, cinta hati bie", panggil Naim lengkap berbaju putih bercahaya di depannya.
"Bie, bie pergi mana? jangan tinggalkan sweetheart", pantas Mawar memeluk tubuh itu
"Sweetheart rindu bie!", tambah Mawar menangis dalam dakapan Naim.
"Bie tak pernah tinggalkan sweetheart, cuma sekarang bie tak boleh ada disisi sweetheart. Ada orang lain yang lagi layak", Naim mengusap kepala Mawar lembut
"Tak bie, tak ada orang lain. Bie saja layak", Mawar mendongak memandang ke Naim.
"Sweetheart dah lupa janji sweetheart ke?", tanya Naim perlahan.
"Janji tu tak perlu bie, bie kan ada", Mawar tetap tak mahu terima kenyataan.
"Sweetheart listen ok", Naim melepaskan pelukan Mawar dan dibawa wajah itu memandangnya.
"Sweetheart jangan macam ni ya, bie sekarang dah ada dekat tempat yang lagi baik. Jadi bie nak sweetheart pun sentiasa baik di sana. Jangan seksa diri berfikir fasal bie ya", Naim tersenyum ikhlas.
"Tak-tak ni semua salah, sweetheart nak ikut bie. Bawa la sweetheart", rayu Mawar masih menangis.
"Tak boleh sayang bie, suami sweetheart lagi perlukan sweetheart sekarang. Anak kita, Zarithh. She need you, and also Kautharr", Naim mengesat airmata Mawar.
"Bie doakan sweetheart bahagia ok. Bie tahu, masih ada rasa cinta dan kasih sweetheart terhadap Ariff kan?", tanya Naim lembut.
Mawar mengangguk lambat.
"Tak salah give him a second chance, pesan dekat Zarithh. Dida tak pernah lupa untuk cintakan dia, termasuklah mama dia ni", Naim mengucup lembut dahi Mawar.
Terpejam Mawar seketika. Airmata masih mengalir dibiarkan sahaja, seakan itu ciuman terakhir Naim kepadanya.
'Baik la bie, sweetheart akan tunaikan', desis Mawar.
---
"Mawar, hey bangun sayang. Kenapa menangis dekat sini ni?", Aisyah menepuk lembut pipi Mawar.
Mawar perlahan-lahan membuka matanya. Umi di hadapannya di pandang. 'Aku mimpi?'
"Kenapa menangis ni? dengan telekung tak buka apa semua", ujar Aisyah melihat Mawar yang masih bertelekung terbaring di tikar sejadah.
Tangan Mawar naik mengesat airmata di pipi. 'Jadi itu semua hanya mimpi?'
"Mimpi buruk ke? Habis dah basah telekung kamu tu", Aisyah lagi yang berbicara.
"Sayang, dengar tak umi cakap ni?", geram Aisyah. Mana tak ya nya hanya dia yang bercakap dari tadi.
Terus Mawar memeluk umi. "Mawar minta maaf"
"Hey dah kenapa menangis pula ni? ya allah", umi mengusap belakang Mawar penuh kasih.
"Sebab Wa anak umi meninggal, Wa yang salah mi", menitis semula airmatanya.
"Astagfirullah Wa. Umi tak salahkan kamu pun, dah memang takdir Allah nak ambil along dulu, umi terima sayang", lembut Aisyah membalas.
"tapi kalau tak disebabkan dia nak selamatkan Wa, mesti bie masih ada dekat sini kan?", Mawar masih menyalahkan dirinya.
"Tak sayang, tak. Jangan salahkan diri sendiri ya, umi tahu kamu masih tak dapat nak terima kan?", pujuk Aisyah.
"Ya sayang, umi pun sakit juga. Anak sulung and satu satunya anak lelaki umi menghembuskan nafas terakhir dia depan umi, umi faham apa yang kamu", terang Aisyah memujuk.
"Maafkan Mawar ya, umi", Mawar perlahan-lahan melepaskan pelukan.
"Umi faham sayang, tak perlu minta maaf dekat umi. Allah lagi sayangkan along", Aisyah mengesat airmata Mawar
Kalau nak diikutkan. Dia lagi merana sebenarnya menerima kehilangan anaknya ini, tapi dia perlu untuk orang sekeliling.
Orang selalu kata kehilangan ibu bapa adalah memeritkan tapi semua tak tahu. Kehilangan anak itu adalah dua kali ganda peritnya.
"Mawar bangun, jom kita makan ya sayang", Aisyah membantu Mawar berdiri.
Mawar tersenyum menggeleng. "Kalau Wa makan, nanti muntah balik"
"Sikit saja, badan tu lemah sangat dah umi tengok", lembut saja Aisyah.
"Tak apa umi, sorry susahkan umi bawa naik atas. Mawar tidur dulu", Mawar mencabut telekung dan membaringkan diri di atas katil.
"Betul ni kamu tak nak makan?", tanya Aisyah semula.
Mawar mengangguk. "Tak apa la, umi letak sini. Kalau rasa nak makan tu, ambil tau", Aisyah meletakkan dulang di atas meja sebelah katil.
"Thank you umi", ujar Mawar sebelum umi melangkah keluar.
"Welcome sayang, cepat sihat tau", Aisyah membuka pintu dan melangkah keluar.
'Ya allah, kau permudahkan la urusan ku selepas ni. Kau kuatkan hati hambaMu ini jika ujian ini mampu ku tempuhi', Mawar memejamkan mata perlahan.
---
"Abang, kita pergi sana nak tak?", tanya Watie
"Buat apa pula awak nak ke sana?", Aziz bertanya semula.
"Ya la. Along baru lepas meninggal, jom la kita lawat keluarga dia", balas Watie.
"Abang bukan tak nak pergi, cuma nanti adik tu siapa pula nak tengokkan dia. Sekarang bukan musim cuti", Aziz berkata.
"Ala bang, biar la budak tu cuti. Saya nak tengok Alang, saya dapat rasa yang perlu someone dekat sisi dia", sayu nada Watie
"Awak tahu kan saya tak suka anak ponteng? adik first sem tahun ni? Kaklang tu biar la dulu, abang tahu dia kuat", Aziz mengangguk.
"Abang ni semua tak boleh, tidur la luar malam ni", Watie berlalu masuk ke bilik.
'Aik? kita pula kena? Anak punya fasal la', desis Aziz
"Sayang, apa pula abang kena ni?", Aziz mengetuk pintu.
"Tak ada, tidur dekat sofa depan tu juga", balas Watie dari dalam.
'Aduh, nasib badan la', Aziz berlalu ke sofa.
---
"umi walid", Mariam turun ke bawah.
"Hai sayang, duduk la", sapa Aisyah
Mariam berjalan ke meja makan. Dia terlihat tempat duduk Naim sebelum ni.
"Along", airmata sudah bertakung.
"Adik, tak more sayang. Depan rezeki ni kan", pujuk Mikhail perasan wajah Mariam berubah.
"Adik rindu along", tumpah airmatanya.
"Anak umi kuat kan? Umi perlu sokongan kamu semua, umi lagi sedih tau", Aisyah bangun dan memeluk anak bongsu nya itu.
"Kenapa cepat sangat Allah ambil nyawa along, mi?", airmata umi turut mengalir perlahan.
"Dah la, Allah sayangkan Im lagi. Kita kena redha", Mikhail bangun juga ke arah mereka.
"Anak lelaki kita abang", Mikhail memeluk mereka berdua.
Mukhriz yang melihat isteri dan ibu bapa mentuanya berpelukan itu hanya diam saja. Dia juga terasa kehilangan, sebab abang ipar dia itu baik orangnya.
"Ya sayang walid berdua. Walaupun nampak walid macam ni, walid menangis juga semalam. Tapi jangan la sampai meratapi, tak tenang arwah nanti", lembut saja Mikhail menasihat.
"Abang tak rindu anak lelaki kita ke?", tanya Aisyah perlahan.
"Rindu sayang, rindu sangat. Dia la jadi penaman saya selama ni tau"
"Dan satu-satunya hero yang saya harap untuk jaga kamu semua bila walid tak ada nanti, tapi kita tak sangka yang Allah ambil dia cepat sangat", sayu juga Mikhail.
Hati lelakinya tersentuh melihat kedua-dua pemaisuri hatinya yang menangis dalam pelukannya ketika ini.
"Tak more sedih dah ok, jom walid nak breakfast dengan princess walid ni", Mikhail cuba mengukir senyuman.
"siapa nak duduk kerusi along tu walid?", tanya Mariam mengesat airmatanya.
"Saya boleh", muncul Ariff dibelakang mereka.
Mereka berpaling. Mariam merenung tajam Ariff, memang dari semalam dia dan angah marah kepada Ariff bila mengetahui punca alongnya meninggal.
"Siti Mariam", tegur Mikhail.
"Adik tak lapar pula tiba-tiba walid, naik dulu la. Sorry dear, makan dengan walid and umi ya", Mariam naik ke atas semula.
"Sorry ya Riff, aunty tak tahu la kenapa dengan dua orang anak aunty tu", kata Aisyah
"It's okay aunty. Saya bawa Zarithh, dia rindu grandma dengan grandpa", Ariff menghala mata ke arah kanak-kanak perempuan di sebelahnya.
"Ouh rindu grandma sayang. Come here princess", panggil Aisyah lembut.
Zarithh berlari mendapatkan grandmanya. Rindu! "Duduk la Riff", pelawa Mikhail.
Umi dan walid melabuhkan punggung di kerusi makan tepi mereka. Kautharr dan Zarithh juga duduk di sebelah umi.
"Thanks uncle. Mawar mana?", tanya Ariff berjalan ke meja makan.
"Ada dekat atas, aunty rasa dia tidur lagi tu", balas Aisyah memandang ke tingkat atas melalui tangga sekilas.
"Morning umi walid", muncul Sirhan dan dibelakangnya Raudhah sedang mendukung Siddiq.
"Apa dia buat dekat sini? Kenapa umi dengan walid bagi dia masuk", suara Raudhah meninggi.
"Apa you ni, tetamu kan wifey?", tegur Sirhan mendengar suara isterinya.
"Hubby, you tahu tak dia ni buat along I meninggal. Kenapa kau datang sini ha?", tanya Raudhah kasar.
"Siti Raudhah, duduk sekarang", suara Sirhan bertukar tegas.
"It's okay bro, jangan marah dia. Dia tak salah, memang aku salah", balas Ariff.
Dia tak mahu la sebabkan dia, rumahtangga orang lain pula akan berdepan masalah.
"Ha hubby pun dengar, memang dia yang salah", sambung lagi Raudhah.
Sirhan memandang Raudhah menyuruhnya diam. "Ok fine", Raudhah mengunci mulut.
"Sorry bro, wife aku ni mood tengah tak baik dari semalam. Mungkin emosi pregnant mommy", Sirhan meminta maaf.
"Eh tak apa, tak apa. Duduk la, biar aku naik atas kejap. Aunty boleh tolong tengokkan mereka berdua sekejap?", pinta Ariff.
"Boleh pergi la. Nanti aunty suruh bibik bawa naik makanan, dari semalam dia tak makan", balas Aisyah mengangguk.
"Thank you aunty", Ariff terus berlalu naik ke atas.
"Kenapa umi bagi dia naik? kan kaklong benci dia. Nanti makin sakit kaklong tu", sambil tangan menyedok makanan, Raudhah bertanya.
"Eh kamu sibuk kenapa. Biar la dia orang uruskan hal laki bini", balas Mikhail.
"Betul tu walid. You jaga je hubby ni elok-elok. Cari baru nanti baru tahu", sakat Sirhan
"Amboi dah pandai menggatal sekarang", Raudhah mencubit peha Mukhriz disebelahnya.
"Auch wifey tak baik pukul suami", Sirhan mengusap pehanya.
"Pukul la sangat, orang cubit je pun", cebik Raudhah.
"Dah dah, ada saja kamu berdua. Makan makan", Aisyah pula berkata.
"Eh baru perasan. Adik mana, Riz?", tanya Raudhah kepada adik iparnya.
"Ada dekat atas. Tadi dia turun buat drama kejap, lepas Ariff datang. Terus naik atas semula", terang umi ringkas.
"Drama? tak faham", balas Raudhah.
"Dia rindu along", tiba-tiba Raudhah pula sebak, memang dia antara paling banyak kenakan Naim.
"Dah la, kamu pula nak berdrama. Anak tu tengok saja mummy dia tu ha", Aisyah menggeleng melihat muka Raudhah yang tiba-tiba sayu.
"Umi kamu kata saja tu, padahal tadi pun dia nangis. Nasib walid tenangkan", Mikhail menyakat.
"Abang!", umi menepuk lembut tangan walid di atas meja.
"Ha okay ok. Jom kita makan, lepas ni baru kita bincang benda yang perlu", sambung Mukhriz.
Kautharr, Zarithh dan Siddiq hanya menjadi pendengar setia sahaja. Mereka tidak memahami apa-apa.
---
TO BE CONTINUE...
How about this chapter guys? Ada yang menangis tak, sis menitis juga la airmata time tulis ni. Serious memang sis tak tipu, tak sanggup nak biar second hero sis mati :( Nak buat macam mana kan? umur Naim ni tak panjang, salam takziah ya. Tunggu next chapter ok. Cuma sis minta maaf, kena tunggu isnin tau. Dua hari ni sis busy sangat, sorry.
Share this novel