P.J. -CHAPTER 29-

Romance Completed 43926

DIATAS, Ariff hanya termagu seketika didepan pintu bilik Mawar. 'Kalau aku masuk mesti dia marah. Ala, masuk saja la'

Perlahan tombol pintu dipulas dan dia melangkah masuk ke dalam.

"Ya la, aunty cakap dia tengah tidur"

Dia menghampiri Mawar perlahan. Punggung dilabuhkan di tepi badan Mawar.

"Ya allah, panas badan sayang ni"

Laju saja dia menolak selimut yang dipakai Mawar ketepi. Bahang badan Mawar pun dia boleh rasa ketika ini.

"Sayang! Sayang. Hey bangun", kejut Ariff lembut.

"Hmm"

Mata dibuka lambat sikit. Badan dirasakan sakit mencucuk, kepala juga dirasakan berdenyut.

"Sayang, bangun jom. Badan sayang panas ni"

"Tuan buat apa dekat sini?", tanya dia perlahan mahu membangunkan diri.

Dengan badan lemah seperti ini, dia tak larat untuk bergaduh. Baru hendak ditegah, Ariff sudah menegakkan badannya untuk duduk dikepala katil.

Tok! Tok!

"Sarapan puan Rose", maklum pembantu rumah itu.

"Ya? Thank you", dulang yang diletak bubur dan teo suam itu bertukar tangan.

"Welcome", Ariff menghantar pembantu rumah itu keluar dari bilik dengan pandangn mata.

Kemudian dialihkan pula pandangan kepada Mawar semula. "Jom kita makan"

"Tuan buat apa dekat sini?", soalan sama diulang.

"Abang nak jaga sayang la. Sayang kan tengah demam sekarang ni"

"I belum nak mati lagi!"

Tersentak Ariff. Benci sangat Mawar kepada dirinya sampai tukar panggilan dari 'saya' kepada 'I'.

"Abang tak kata macam tu. Cuma sayang kan tak larat, jadi abang nak jaga sayang la", pujuk Ariff.

"Sayang makan ya?", bubur tadi diambil perlahan dan disuakan lembut kemulut Mawar.

"I cakap, I tak nak kan?", ditepis kasar sudu itu. Habis bertaburan kesan bubur dibaju Mawar dan lantai.

"Sayang, you're too much!", tegur Ariff serius.

Mawar pula puas. Tidak dia kisah yang dia sedang berbuat dosa kepada suaminya sendiri.

"Ada I suruh ke? Tuan yang beria nak jaga I kan? I dah cakap I belum nak mati lagi!"

Nafas panjang ditarik sebelum dihela lambat. Bersabar saja dia dengan perangai Mawar.

"Jom, bersihkan baju sayang"

Terus dia mencempung badan ramping isterinya itu dibawa ke bilik mandi.

"Turunkan I la tuan. Turun, turun!"

Meronta-ronta Mawar dalam dukungan suaminya ketika itu. Akhirnya dia rela saja tubuh dimandikan oleh sang suami hari tu.

Tak larat mahu melawan lagi!

---

Mawar hanya memandang Ariff yang sedang membersihkan kesan bubur tertumpah dilantai tadi. Kemudian mengemas bajunya pula tanpa sebarang rungutan.

"Abang kena kerja hari ni, sayang jangan lupa makan"

Belum sempat Mawar melarang, bibir nipis Ariff sudah mendarat didahinya kejap.

"Jaga diri tahu, makan jangan lupa. Abang pergi dulu"

Ariff terus berlalu keluar dari dalam bilik Mawar. Tak mahu berlama disitu, takut tak boleh mengawal marahnya.

---

"Bro, macam mana dia?", tanya Faiz.

"Wife aku ke?", tanya Ariff semula.

"Eh tak, aku tanya makcik cleaner dekat bawa. dia sihat ke tak?", balas Faiz geram.

"Chill la bro, ok la. Dia still benci aku", Ariff berkata.

"Sekarang kau nak buat apa?", Faiz memandang wajah serabut Ariff.

Mungkin penat menguruskan anak-anak mereka malam tadi, mana tidaknya. Hanya Ariff seorang!

"I'm not sure. Cuma sekarang aku nak pastikan dia balik Malaysia dengan kita. Aku tak akan kehilangan dia for the second time", tekad Ariff.

"Dia nak ke?", Faiz mengangkat kening.

"Dia tak ada pilihan, aku suami bro", serius Ariff.

"Kau pun tahu dia kerja doctor kan dekat sini? kau ingat senang ke dia nak tinggalkan macam tu saja?", Faiz bertanya lagi.

"Dekat Malaysia tak ada hospital ke? aku tak kata pun, aku akan halang dia bekerja. Kerja la dekat Malaysia tu", Ariff tekad dengan keputusannya.

"Suka hati la bro. Yang aku tahu, lusa aku balik Malaysia. Aku rindu gila dekat wife dengan anak aku", tersenyum Faiz mengingat isterinya.

"Untung la. Aku yang wife dengan anak dekat sisi ni pun pening kepala ha", Ariff memicit kepalanya.

"Ala pujuk saja dia. Perempuan ni kalau kena cara, confirm hati dia cair punya. Lagi lagi first love dia", ujar Faiz.

"Masalah nya aku bukan first love dia", geram Ariff.

"Eh bukan ke? sorry sorry bro aku tak tahu", balas Faiz.

"Dah la kau, tak membantu. Pergi la sambung kerja tu", halau Ariff.

"Sampai hati bro kau halau aku. Fine, biarlah ku membawa diri ini pergi", drama Faiz melangkah keluar.

"Drama saja lebih", Ariff membaling pen ditangan kepada Faiz. Nasib tak kena!

---

"Mommy", ujar Ariff memanggil.

"Ya mommy dekat sini, kau nak apa?", tanya Zahidah.

"I need you, alang buntu la mi", adu Ariff kesal.

"Kenapa ni? Story dekat mommy, mana tahu mommy boleh tolong", balas Zahidah lembut.

"Mawar mi", sayu suara Ariff.

"Kenapa dengan menantu mommy tu? Korang berdua masih bergaduh ya?", Zahudah dapat menduga.

"Kami tak berbaik pun mommy lepas berjumpa semula. Aku tak tahu macam mana cara nak pujuk dia balik Malaysia sekali dengan Ariff lusa ni", luah Ariff.

"mommy tak boleh nak salahkan kaklang 100 percent, sebab dia mesti tak setuju. Family angkat dia dekat sana kan baru lepas meninggal", balas Zahidah

'Kalau la mommy tahu yang meninggal tu bukan sekadar family, malah pemilik hati Mawar sekarang ni', desis Ariff.

"Mommy ada idea tak?", tanya Ariff.

"Apa kata kau cuba cakap dengan dia baik-baik, mungkin hati dia boleh berubah", cadang Zahidah

"Hmm baik la mi, nanti alang cuba", setuju Ariff.

"Ok, good luck mommy doakan. Bawa balik menantu dengan dua orang cucu mommy tu", kata Zahidah

"Inshaallah mi, ok la alang nak gerak dah. Bye assalamualaikum", Ariff meminta diri.

"Ha iya la waalaikumussalam", terus sahaja talian ditamatkan.

'Cakap baik-baik? selama ni tak cukup lembut ke aku cakap? tak pe Riff, usaha lagi', desis Ariff.

---

Walaupun terasa berat, Mawar gagahkan kaki juga turun ke bawah. Dari semalam dia terperap dalam bilik ni, perlu juga udara segar.

"Morning", Mawar menegur bibik di dapur.

"eh rose. perché andare quaggiù? vuoi qualcosa? (eh Puan Mawar, buat apa turun bawah ni? nak apa-apa ke?)", laju saja bibik bertanya.

"Voglio prendere una boccata d'aria fresca. Per favore, fammi il latte caldo (Saya nak ambil udara segar, tolong buatkan susu suam)", minta Mawar lembut.

"ok rose. Lo invierò a breve (ok Puan, kejap lagi saya hantar)", bibik tersenyum.

"Thanks", Mawar berlalu ke luar rumah dan duduk di bangku dihadapan rumah tersebut.

---

"Sayang, dah ok?", Mawar hanya diam tidak menjawab

"Anak-anak mana?", tanya Ariff lagi duduk disebelah Mawar.

Mawar menjauh sedikit. "Demam lagi tak?", Ariff menyentuh dahi Mawar.

Mawar menarik tangan Ariff lembut turun, tiada tenaga asyik mahu bergaduh saja.

"Panas lagi tu, dah makan ubat?", tanya Ariff lagi

Mawar hanya menghala pandangan di taman yang menghijau di depannya.

"Jom kita masuk, abang bagi makan ubat", Ariff memegang tangan Mawar menyuruh bangun.

Mawar menggeleng, perlahan-lahan genggaman tangan Ariff dilepaskan.

"Sayang, say something please. Jangan buat abang macam orang gila cakap seorang!", suara Ariff naik sedikit.

"I malas nak gaduh, leave me alone", perlahan saja suara Mawar.

"Abang masuk tengok anak, abang turun sayang dah ada dekat meja makan", selesai memberi arahan, Ariff masuk ke dalam rumah.

Mawar meraup wajahnya perlahan. 'Aku cuba terima dia semula, tapi kenapa ini yang berlaku?'

---

"Mama are you okay? not feeling well ya?", tanya Kautharr duduk di sofa bersebelahannya.

"No la sayang, mama ok". Ariff memandang Mawar.
Dengan anak laju saja dia balas!

"You right abang. Your face look pale, mama", sampuk Zarithh pula duduk disebelah kanan Mawar pula

"Don't worry ok?mama just fine", Mawar memaksa dirinya tersenyum.

"Papa, bring mama to clinic", bagitahu Kautharr.

"Eh. No need la prince", Mawar mengusap tangan kecil Kautharr

"Betul la Kautharr cakap tu, dari pagi tadi abang ajak. Sayang tak nak", Ariff melabuhkan punggung berhadapan Mawar.

Mawar menggeleng menjawab penyataan Ariff. 'See dengan aku terus tertutup mulut tu'

"Zarithh, you want to see atuk and wan?", tanya Ariff memancing anaknya dulu, baru mama anak dia.

"Of course I want", balas Zarithh semangat.

Mawar sudah berkerut memandang Ariff. "Ikut papa balik Malaysia jom", ajak Ariff.

"No tuan, I tak izinkan", tahu bahawa ayat itu ditujukan kepadanya.

"Ada abang cakap dengan sayang ke? abang cakap dengan Zarithh", Ariff menjawab.

"No it's means no. And stop calling yourself 'papa' dekat Zarithh, dia cuma ada 'dida' sahaja", kali ini panjang sedikit ayat Mawar.

"Kalau Abang nak bawa juga, apa sayang boleh buat?", tanya Ariff menduga.

Mawar mendengus kasar dan berlalu naik ke biliknya. 'Habis mood mahu mengambil udara segar'

'Aku tak akan ikut kau balik Malaysia. Aku tak nak kisah silam tu menghantui aku semula. Susah payah Bie tolong aku bangkit dari kisah silam tu, kau senang nak suruh semua tu datang semula!'

---

Mawar duduk termenung di balkoni luar biliknya. Tak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang.

Tiba-tiba satu tangan melingkar dipinggangnya. "I'm sorry", lembut suara itu ditelinga Mawar.

Mawar cuba melepaskan pelukan dipinggangnya tetapi makin erat adalah. Mawar biarkan saja!

"Let me hug you, abang rindu bau sayang", Ariff meletakkan dagu di bahu Mawar.

"Abang minta maaf ya, abang memang dah cakap dengan ibu dan ayah nak bawa sayang balik", Ariff menghidu haruman yang terbit dari leher Mawar

Bau yang dia rindu sejak 5 tahun lalu. Argh! Dia memang ketagih dengan Mawar. Semua berkenaan diri isterinya ini.

'Ibu ayah? Ayah tak bagi tahu lagi ke?', desis Mawar.

Mawar menggeleng. "Please honey, kita hidup macam satu family yang bahagia semula", pujuk Ariff.

Mawar tertawa sinis perlahan. 'Happy family?'

"Why? salah ke impian abang tu? kita masih boleh bahagia macam dulu", balas Ariff.

'Kalau ayah tak bagi tahu, biar aku bagi tahu sendiri. Tapi janji tu?', desis Mawar berkira-kira.

Akhirnya dia nekad, tak mahu hatinya yang pernah terluka berdarah kembali. Hanya Naim saja yang tahu betapa payah untuk dia bangun dari masa silam.

"I. Nak. Cerai", sepatah sepatah keluar dari mulut Mawar.

Ariff tersentak. Pelukan dilepaskan dan dipusingkan Mawar menghadapnya laju.

"What? abang tak dengar", tanya Ariff pantas.

"I. Nak. Cerai", Mawar mengulang sekali lagi jelas dan nyata.

"Semudah tu saja? Sayang ingat abang ni apa? 5 tahun sayang, 5 tahun sayang tinggalkan abang. Ini yang abang dapat tunggu sayang!", suara Ariff naik satu nada.

'Tunggu? hahah, habis perempuan tu? tak akan sepanjang 5 tahun, dia tak muncul depan kau?'

"I tak suruh tuan tunggu", Mawar mahu berlalu pergi. Kalau dengan Ariff ni, asyik nak bergaduh saja!

"Wait, boleh tak stop lari dari masalah. Abang penat la macam ni", rungut Ariff menahan tangan Mawar.

"I nak masuk, keputusan I muktamad", Mawar melepaskan tangannya perlahan dan masuk ke dalam.

Ariff meraup rambutnya kasar, geram! 'Ish, stress aku'

---

Malam itu Ariff bermalam di rumah umi dan walid bersama Mawar dan anak-anak mereka.

"Tuan buat apa ni?"

Mawar yang sedang keluar dari bilik air melihat Ariff sudah terbaring diatas katilnya.

"Abang nak tidur la, soalan apa sayang ni?", Ariff memandang Mawar.

Walaupun Mawar memakai baju tidur biasa yang bertutup, masih boleh menaikkan nafsu lelakinya.

'Wake up Ariff! wake up. Bukan masa yang sesuai sekarang', desis Ariff menghilangkan angannya.

Mawar diam saja membiarkan dan berjalan ke almari mencapai tudungnya kemudian ke meja solek.

"Sayang nak pergi mana?", Ariff bangun dan mendekati Mawar.

"Tuan nak tidur sini kan? tidur la, I nak pergi bilik Zarithh", selesai membelek mukanya, Mawar bangun mahu melangkah keluar.

"No abang tak izinkan, duduk sini dengan abang", Ariff menahan pintu utama bilik.

"Apa ni tuan? pergi la tidur sana"

Mawar menolak tubuh Ariff, walaupun dia tahu itu mustahil untuk Ariff berganjak.

"Boleh tak tuan matang sikit? I malas la nak layan tuan ni", Mawar cuba menolak tubuh Ariff lagi.

"Siapa yang tak matang sekarang? abang ajak tidur dengan abang saja kan, berdosa ke?", tanya Ariff menundukkan wajahnya menyamai ketinggian Mawar.

"I nak rehat tuan, tolong ke tepi", balas Mawar tidak menjawab soalan Ariff.

Dia tahu memang dia yang akan mendapat dosa. Tapi sudah 5 tahun dia tidur hanya ditemani Zarithh, lagi pula dengan apa yang dia telah cakap petang tadi.

"Rehat dengan abang jom", Ariff terus mendukung tubuh Mawar ke katil.

"Tuan, lepas la", ronta Mawar sampai ke atas katil.

"I nak tidur dengan Zarithh", balas Mawar mahu bangun semula.

"Sayang nak tidur atau nak abang paksa sayang layan abang?", tanya Ariff serius.

"Ouh, sekarang tuan nak main benda tu pula. Ok, bukan selama ni memang tuan layan saya macam pelacur juga ke?", tanya Mawar sinis duduk ditepi katil.

"Tuan nak badan saya, ambil la. Tapi jangan harap jiwa saya tuan boleh ambil, sebab semua dah hilang sama dengan hilangnya Naim dari hidup saya", tambah Mawar mambaringkan dirinya semula.

Ariff mendengus kasar kedua-dua ayat itu seakan mengusarkan hatinya.

"Fine, sayang tidur. Biar abang duduk dengan Zarithh dan Kautharr", Ariff bangun dan melangkah keluar.

'Aku dah bagi peluang tak nak pula', desis Mawar sinis sambil melelapkan matanya.

---

"Morning umi walid", Mawar turun ke bawah.
Semua ada dibawah termasuk lah Ariff, mungkin yang kecil masih tidur.

"Kaklong dah masuk kerja ke?", tanya Mariam.

"Haah kakdik", balas Mawar duduk di sebelah Mariam.

"Tak minta cuti lagi ke kaklong, ni dah sihat ke?", tanya Raudhah pula melihat muka pucat Mawar.

"Haah wa, umi tengok muka kamu tu pun pucat lagi. Tak payah pergi hospital", sambung Aisyah pula.

"Tak ada la angah umi, Wa dah sihat. Tak nak asyik duduk rumah, lagi Mawar teringat dekat Naim", selamba Mawar menjawab tanpa memikirkan perasaan Ariff.

"Mawar, walid dah pesan kan!", tegur Mikhail lembut.

"Biar la walid, memang kaklong rindukan along. Dia ni tah datang mana", Mariam jeling Ariff disebelah walid.

Kedudukan mereka sama, cuma tempat Naim saja sudah diambil oleh Ariff.

"Ni sorang lagi, jangan sibuk jaga urusan orang la", Aisyah mencubit Mariam.

"Mawar gerak dulu la, takut nanti lambat", Mawar sempat mencapai roti, malas mahu berlama disitu.

"Abang hantar", Ariff turut bangun mengikut Mawar.

"Tuan tak ada kerja ke? I boleh pergi sendiri", Mawar mencapai kunci kereta nya dan disebelahnya terletak kunci kereta Naim.

Mawar terfikir sesuatu. "Walid, nak guna kereta bie boleh?", tanya Mawar.

"Boleh dia memang bagi kereta tu dekat kamu, guna la", balas Mikhail

Ariff hanya terdiam tiba-tiba, hatinya sakit tetapi ditahan. "Biar abang drive", Ariff mengambil kunci ditangan Mawar.

"Pergi kerja la tuan, sibuk dengan I buat apa?", Mawar tetap mahu merampas semula kunci itu.

"Nak abang drive atau tak payah pergi hospital", tanya Ariff serius.

'Ish kau ni, kalau tak pergi hospital nanti. Aku ni yang gila, hadap kau', desis Mawar geram.

"Fine", Mawar berjalan ke arah pintu sebelah pemandu.

----

Seharian Mawar luangkan masa dihospital untuk fikirkan semuanya. Jiwa nya memang telah kosong dibawa bersama Naim, tiada siapa boleh berada di hatinya lagi.

Perlukah dia pulang ke Malaysia? Sanggup dia mengambil risiko jika terluka lagi? Adakah Ariff masih berhubung dengan 'Perempuan' tu?

Pelbagai soalan bermain difikrannya sekarang ini, Nasih baik dia tiada pesakit hari ni. 'Ya Allah, permudahkanla semuanya'

---

"Mama, where are you going? I miss you", Zarithh dan Kautharr meluru ke arahnya.

"I miss both of you too. Hospital la my love", balas Mawar mesra memeluk kedua anaknya.

"Lambat balik?", suara itu didengar Mawar, Kepala didongakkan memandang kedepan.

"Tuan ni tak ada rumah ke? sibuk dekat sini pula", dengus Mawar geram.

"My prince and princess. Go to sleep please, I want to say something with mama", Ariff mendekati mereka.

"Okay papa, good night mama", Zarithh dan Kautharr naik ke atas masuk ke dalam bilik.

"Ikut abang", Ariff menarik tangan Mawar kasar mengikutnya.

"Sakit la tuan, apa ni?", Mawar cuba melepaskan pegangan.

Ariff tetap menarik tangan Mawar masuk ke dalam Mawar dan dihempas isterinya itu dikatil.

"Auch! sakit la tuan, apa kena dengan tuan ni?", rungut Mawar lagi sambilmengusap belakang nya perlahan.

"Kata jiwa dah hilang konon semua tu, habistu boleh pulang terima orang bagi bunga kan?", pertanyaan Ariff mengejutkan Mawar.

'Dia tahu?', desis Mawar.

"Jangan ingat abang bodoh sayang, I know semua pergerakan sayang", balas Ariff serius.

"Kalau dah tahu tanya lagi", nada sinis Mawar menyakitkan hatinya

-flashback-

"Morning doktor", tegur viole melihat Mawar menghampiri kaunter tempatnya

"Morning Viole", balas Mawar biasa

"condoglianze alla famiglia del medico (takziah untuk keluarga doktor)", sambung Viole lagi.

"Thank you", Mawar tersenyum segaris.

"Il dottore sta ancora bene? (doktor dah ok ke belum?)", tanya Viole lagi risau.

"Sei proprio come la mia famiglia. sto bene (awak ni sama macam family saya, I'm fine la)", Mawar berkata.

"Il tuo viso è pallido. È per questo che ho chiesto (Muka doktor pucat, sebab tu saya tanya)", ujar Viole.

"It's nothing, I'm fine quanti pazienti ho oggi? (berapa ramai pesakit saya hari ni?)", Mawar bertanya sambil mengelurkan iPhonenya.

"Non ci sono pazienti oggi, ci sono solo specialisti che vogliono incontrarti (doktor tak ada pesakit hari ni, sebab ada pakar nak jumpa doktor)", maklum Viole menyuakan surat kepada Mawar.

"Doktor Nico?", Mawar membaca surat ditangannya

'Haish mamat ni ke, tak suka betul la', desis Mawar.

"By the way, thank you Viole", Mawar berjalan menuju ke bilknya.

---

"Morning sunshine", terkejut Mawar melihat Dr. Nico sudah berada dibiliknya.

Mawar melabuhkan punggun dikerusinya, baru menjawab. "Morning Doc"

"Prova a sorridere, hai un bel viso, sai (Cuba senyum, awak ada wajah yang cantik tahu tak)", Dr. Nico tersenyum manis

"I don't care about it. Il dottore vuole vedermi per cosa? (ada apa doktor nak jumpa saya?)", tanya Mawar staright to the point.

"Sei feroce, ma mi piace ancora (Awak garang, tapi saya tetap suka)", Dr. Nico mengenyit mata.

'Gatal, dulu time ada Naim tak berani. Sekarang makin menjadi-jadi', keluh Mawar kasar.

"Hey sunshine, relax your mind. fatto colazione? (Dah sarapan?)", tanya Dr. Nico lagi.

"Mind your own bussnes doc. sbrigati, cosa vuole il dottore? (cepat la, apa doktor nak?)", tanya Mawar menyampah.

"This is for you", Dr. Nico menghulurkan sekumtum bunga Rose kepada Mawar.

"Rose for my love", tambah Dr. Nico lagi.

"Are you kidding me?", tanya Mawar sinis.

"È questa la cosa importante? tutti i miei pazienti, avete cancellato solo per questo motivo? (Ni ke benda penting tu? Awak batalkan semua pesakit saya, sebab ni saja?)", tambah Mawar bertanya lagi.

"Yes rose, special for you", Mawar mengambil juga bunga yang dihulurkan Dr. Nico.

Bukan suka! cuma boleh buat hiasan di dalam biliknya nanti. Cantik juga la bilim dipenuhi bunga.

"That's all right? Il dottore può uscire (doktor boleh keluar)", Mawar serabut mahu melayan buaya darat ini.

-end flashback-

"Before this abang bagi, sayang tak kisah pula", tanya Ariff menindih Mawar.

"tuan bagi I bunga?", tanya Mawar musykil.

"Yes, 5 hari lepas", balas Ariff mendekatkan mukanya ke muka Mawar.

Ariff yang tepat dihapannya tidak dipeduli. 'Bunga? dia bagi? Ouh yang hari tu ke?'

"So, dah ingat?", tanya Ariff mengangkat keningnya.

"Sekarang apa kena mengena tuan nak marah I pula?", tanya Mawar lagi.

"Abang tak suka lelaki lain kacau sayang, you know that, dari dulu lagi!", Ariff merenung tajam mata Mawar.

"Ouh really, do you think I care? Suka hati la I nak ambil bunga dari siapa pun", jawab Mawar selamba.

"Sayang!", tegur Ariff geram.

"What?! tuan kan memang suka lepaskan geram dekat badan I. Buat la, nampak macam I halang ke?", sengaja Mawar menaikkan geram Ariff.

"Shit!", Ariff sempat mencarut sebelum bangun dari menindih Mawar.

"Sleep", arah Ariff membaringkan diri di sebelah Mawar.

"Tuan betul ni? badan saya sedia saja untuk tuan", bisik Mawar pula.

"Sleep Mawar Athirah! sebelum abang buat apa yang abang tak suka"

Ariff terus memejamkan matanya rapat. Senang senang saja nanti, dia boleh terbabas kalau mendengar suara Mawar tu.

'Habis sakit badan aku dia hentak tadi, bukan nak tanya dulu ke apa?', desis Mawar.

Badan dijauhkan sedikit ke hujung katil, dipusingkan diri membelakangi Ariff. Huh! Biar la malaikat nak laknat dia pun.

Tak hingin dia melihat seraut wajah itu!

---

TO BE CONTINUE...

Sorry kalau bab ni sikit sangat, sis saja tambah sebelu. korang tidur. Boleh baca sikit. So how? setakat ni ok tak? ada readers sis nak tambah apa-apa ke? kalau ada nak complaint ke, nak cerita ke, tak puas hati ke? Semua tu awak my love readers ni boleh comment je, inshaallah sis balas ya. Tak pernah sis miss anyone lagi setakat ni, so enjoy it...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience