"PUKUL berapa awak balik malam tadi?", tanya Mawar ketika bersarapan.
"Kau boleh jangan memekak tak? Nasib aku dah siap makan, kalau tak hilang selera aku", Ariff bangun dan berlalu ke dapur untuk membasuh tangan.
Ting!
Notification masuk di telefon Ariff. Mawar memalingkan muka memandang Ariff di dapur.
'Siapa yang chat dia time cuti macam ni', hati Mawar tidak sedap.
Dia melihat sekilas notification itu 'Fea bosan la, tak tahu nak pergi mana. Riff teman Fea jalan boleh?' From 'Sofea :)'
"Sofea? Siapa tu?", Mawar tidak mahu berburuk sangka dengan suaminya.
Ariff datang dari dapur dan membuka telefonnya. Ariff tersenyum memandang screen iPhonenya.
"Aku nak keluar, kau duduk rumah jaga Kautharr. Cik Da tak datang, dia tak sihat", Ariff terus naik ke atas meninggalkan Mawar dimeja makan.
'Pagi tadi kata tak nak keluar. Lepas Sofea tu chat, terus dia riang nak keluar', Mawar berfikir sejenak.
"Haish Mawar Mawar, kawan dia saja tu", Mawar menggeleng-geleng kan kepala mahu menyedapkan hatinya.
--
"Sorry Riff, Fea kacau holiday awak ya?", ujar Sofea bila Ariff berada dihadapannya.
"Eh tak la, Riff free saja. Sofea nak pergi mana?", Ariff bertanya.
"Mana Fea tahu, sebab tu Fea ajak Riff ni", Sofea tertawa kecil.
"Haah la, lupa pula Riff. Fea kan baru first time sampai KL", Ariff tersenyum mesra.
"Riff, Fea teringin nak pusing-pusing KL. Bawa Fea boleh?", pinta Sofea lembut.
"Why not? Jom Riff bawa", Ariff menunjukkan jalan ke keretanya.
---
"Kautharr. Where's your papa go? Mama worried about him", Mawar baring disebelah anaknya.
Bayi itu bergerak gerak seakan menjawab soalan Mawar.
"you want me to calm ya? Don't worry la, mama always trust papa dear", Mawar memeluk Kautharr
---
"Assalamualaikum", terdengar suara memberi salam.
Mawar menjenguk ke luar rumah melalui tingkap. "Ariff keluar, family dia datang rumah pula?", Mawar membuka pagar rumah.
"Waalaikumussalam, hai mommy daddy", Mawar tersenyum menyambut kedatangan family mentuanya.
"Pretty, sorry daddy datang tak bagitahu", Amirr masuk ke dalm rumah.
"Eh tak apa, Wa tak pergi mana pun", Mawar menghulurkan tangan bersalam dengan mommy dan daddy
"Cucu mommy tidur ke? Diam je, rindu mommy dekat dia", tanya Zahidah.
"Ala, mommy rindu Kautharr saja. Tak rindu Wa la ni? sampai hati", Mawar membuat muka seakan merajuk.
"Eleh manja la kau ni kaklang, aku pula menyampah", Zanirah menyampuk dibelakang mommy.
"Kau jealous cakap. Boleh aku suruh mommy manjakan kau", Mawar tersenyum bahagia.
"Suka betul bertikam lidah la korang berdua ni", Amirr menggeleng tersenyum.
"Ucu ni la, eh dah jom masuk masuk", Mawar menyembut mereka ber-4 masuk.
"Wa, aku lupa nak tanya kau. Result kau hari tu berapa?", tiba-tiba Adiff bersuara.
"Jarang betul aku dengar suara kau, macam ada emas kan", Mawar menyindir.
"Amboi kau, cepat la berapa?", Adiff merungut.
"Sabar la, aku dapat straight A saja", ujar Mawar jelas.
"Wow hebatkan menantu daddy ni, adik pun tak dapat result macam tu tau", puji Amirr ikhlas.
"Tak ada la daddy, kau pula berapa Diff?", Mawar memandang Adiff di hadapannya.
"Daddy suka malukan adik kan", Adiff mengeluh.
"Kau ada rasa malu ke dik? macam tak ada saja aku rasa", Zanirah menyakat Adiff.
"Diam la cu, mommy sokong la adik", Adiff memaut lengan mommynya.
"Oh my, rupanya kau ni manja ya Diff. Baru aku tahu", Mawar tersenyum mengejek.
"Dah engkau pula! Ok result aku 9A", maklum Adiff.
"Sama macam aku la. Aku ambil 9 subject sebab tu straight. Kau ambil berapa?", Mawar ingin tahu.
"11 subject", jawab Adiff.
"Result kita sama saja Diff. Cuma subject kita ambil berbeza", Mawar mahu melangkh ke dapur.
"Tak apa la. Semua duduk dulu tau, Wa buat air kejap. Kalau nak tengok Kautharr, dia dekat atas", Mawar berlalu ke dapur.
---
"Oh no, habis la kena tadah telinga aku", Ariff ternampak kereta keluarganya didalam pagar rumah dia.
"Assalamualaikum semua", Ariff memberi salam masuk ke rumah.
"Ha, kau pergi mana? Tinggal anak bini dekat rumah", tegur Zahidah terus.
'Kan dah cakap, aduh apa aku nak cakap ni?', desis Ariff.
Ariff terus menyalami tangan kedua ibu bapanya dan duduk disebelah Mawar.
"Kenapa kau tak bagi tahu aku mommy daddy datang?", bisik Ariff.
"Saya pun terkejut wak", jawab Mawar perlahan.
"Alang, jawab soalan mommy", Zahidah yang sedang mendukung Kautharr geram.
"Ya allah mi. Alang keluar jumpa student kejap", Ariff terpaksa membohong.
'Kenapa awak tak jujur dengan mommy?', Mawar menoleh memandang Ariff.
"Lain kali jangan buat lagi dah. Time cuti, cuti la dengan anak bini", tegur Zahidah
"Ya mommy, alang janji", Ariff akur.
"Jangan nak pandai janji saja, buat apa yang kau cakap. Nasib baik Wa ni tak kisah sangat", Zahidah tetap tidak berpuas hati.
"Dah la awak, dia dah janji kan", pujuk Amirr.
Memang antara dia dan isterinya itu, dia lebih tenang. Isterinya itu la yang tegas dan garang dengan anak.
"Haah mommy, alang dah janji tu kan. Kaklang pun tak cakap apa-apa", Zanirah juga membela alangnya
Ariff hanya tersengih mendengar semua orang membelanya.
"Sengih sengih, mommy nak kau tunaikan. Jangan pandai janji saja faham", Zahidah memberi kata akhir.
"Iya mommy ku tercinta. Alang janji", Ariff menjawab.
---
"Kau ada mengadu apa-apa tak dekat dia orang?", tanya Ariff kasar.
"Tak ada", jawab Mawar perlahan.
"Bagus, dah jom layan aku", Ariff menarik Mawar kasar ke katil.
Mawar menarik nafas panjang. Adakah ini saja fungsinya Ariff menyimpan dia dirumah ini? Untuk digunakan hanya untuk memuaskan nafsu!
"Boleh, tapi perlahan-lahan la", Mawar menegur lembut.
"Suka hati aku la, kau jalankan saja tugas kau", Ariff masih melayani Mawar kasar.
---
Selesai Ariff memuaskan hatinya, Mawar kembali duduk di birai katil.
"Awak, saya dah cuba nak jadi terbaik. Tak boleh ke awak layan saya baik-baik?", Mawar merenung wajah Ariff yang sedang lena.
Matanya terpandang telefon Ariff di meja sebelah katil. "Nak tengok ke tak?", Mawar berkira-kira mahu membuka.
"Tak salah kan kalau aku tengok? tak berdosa kan", Mawar mengambil iPhone Ariff perlahan.
"Dia tukar password?", Mawar cuba menulis birthday dia tetapi tidak berjaya.
Mawar mahu menggunakan thumbprint Ariff, tapi takut Ariff terjaga. Dia mencuba password lain.
"La, birthday Kautharr rupanya", iPhone Ariff berjaya dibuka.
Tangan Mawar ligat membuka aplikasi whatsapp Ariff. Paling atas tertera nama 'Sofea:)'
Terpapar beberapa gambar Ariff bersama seorang perempuan dihantar kepada 'Sofea:)' itu.
"Ini ke Sofea tu? rapat nya mereka", terdetik cemburu dihati Mawar.
Jelas senyum Ariff kelihatan ikhlas bersama dengan Sofea itu. Sofea juga kelihatan rapat ke badan Ariff.
Perlahan-lahan Mawar membaca chat Ariff bersama Sofea.
+Terima kasih teman saya tadi :)
-Sama-sama Fea, saya sentiasa ada untuk awak ^^)
+Such a sweet talker kan awak ni
-hehe dengan awak saja
Menitis airmata membaca perbualan tersebut. Iphone ditutup dan dikalihkan wajah memandang Ariff.
"Apa lagi yang awak nak saya buat? Kalau betul la tiada rasa cinta untuk saya lagi, saya mengalah. Saya sendiri akan menjauh dari awak"
Mawar keluar dari bilik dan pergi ke bilik solat untuk meminta petunjuk Allah.
---
Pagi itu, Mawar hanya berdiam diri di dalam bilik. Selepas dia menyediakan breakfast tadi, dia kembali ke bilik solat untuk menenangkan fikirannya.
"Eh dia tak teman aku makan ke hari ni?", ujar Ariff bila melihat meja makan kosong.
Ariff duduk dan membuka tudung saji berbentuk segi empat tepat itu. Semerbak bau nasi lemak serata rumah.
"Kau ni bila dia ada kau herdik, ni dia tak ada pandai pulak kau cari kan. Ariff! Ariff!", Ariff hanya melayan dirinya sendiri pada pagi itu.
---
Iphone Mawar menandakan email masuk. "sibuk la email ni pun, time macam ni dia nak hantar", Mawar membuka malas emailnya.
PERMOHONAN ANDA MENYAMBUNG PELAJARAN KE UNIVERSITI OF MILAN, ITALY DITERIMA! SILA TEKAN BUTANG DIBAWAH BAGI MENGESAHKAN
"Ya allah", Mawar menekup mukutnya tidak percaya.
"Ini keputusan yang betul ke ya allah?", Mawar berkira-kira mahu menekan button 'accept' itu.
Akhiranya Mawar tekad dengan keputusan. "Yes Mawar you can. Dia tak cintakan kau dah, bina hidup baru Mawar"
Mawar dengan yakinnya menekan button 'accept'. Keluar terus ketetapan untuknya melapor diri.
"Lusa? Cepat nya", terkejut Mawar melihat tarikh yang diberi oleh pihak Universiti
---
"Kautharr", Mawar menangis disisi Kautharr petang itu.
"I'm so sorry dear. I already made my desicion", Bayi didalam pelukan itu tersenyum.
"Hey, why you smile. Are you happy I'm gonna leave you?", Mawar mencuit pipi Kautharr geram.
"uwek uwek uwek", menangis Kautharr dibuatnya.
"Alololo, sorry dear. I'll be missing you after this, let me hear your voice, ok"
Mawar segaja tidak memujuk Kautharr, mahu mendengar tangisan anaknya untuk saat-saat terakhir.
Klek!
Mawar cepat-cepat melelapkan mata berpura-pura tidur supaya Ariff tidak mengesyaki apa-apa.
"Why my son? Mama already slept, she can't hear you", Ariff mengalihkan tangan Mawar perlahan.
"Let me take care of you, ya?", Ariff mendukung Kautharr dan dibawa keluar dari bilik.
Mawar kembali membuka mata setelah mendengar pintu tertutup kembali.
"Mama yakin awak boleh bahagiakan papa. Papa boleh jaga awak dengan baik", Mawar mengesat airmatanya.
---
'Aku rasa masa sesuai untuk aku bagitahu ibu dan ayah. Kawan-kawan aku dah tahu, kenapa tak ibu ayah? Yes I need!', desis Mawar.
Pagi itu, Mawar dengan airmata mengalir sederas derasnya menceritakan segalanya yang terjadi kepada ibu ayah.
Sesekali dia terdengar 'astagfirullah' dari mulut orang tuanya itu. Hati Mawar berasa tenang untuk pergi dari sini at least.
"Ya allah. Kenapa tak cerita dengan kami dari awal?", tanya Aziz risau.
Dia juga mengalirkan airmata, tidak pernah terlintas jodoh yang dipilih sendiri untuk anaknya akan bertindak sedemikian. Hingga anaknya sanggup membawa diri.
"Alang cuba untuk memperbaiki rumah tangga alang, tapi malangnya gagal", ujar Mawar sayu.
"Ibu tak berani nak tuding jari dekat sesiapa, tapi perlu ke sampai bawa diri sejauh dan selama macam tu?", tanya Watie turut risau.
"Ibu, kan alang cakap. Alang tak bawa diri, alang cuma nak sambung pelajaran sambil menenangkan diri", kata Mawar lembut memujuk ibu ayahnya.
"Tadi kamu ada cakap. Ariff akan jatuhkan talak kan, kalau kamu lari dari dia?", Aziz serba salah mahu bertanya.
"Haah, kamu dah bersedia ke? Bukan mudah nak jadi janda di usia yang muda macam kamu ni", Watie juga bertanya.
"Alang dah ready ibu ayah. Alang tekad dengan keputusan kali ni, kalau perkahwinan ni kekal hanya akan menyakitkan hati masing-masing.. " kata-kata Mawar terhenti.
"Perpisahan adalah jalan terbaik", berat dia mahu menutur ayat terakhir ini.
"Tak apa ibu ayah dekat sini sokong keputusan kau. Kami tak berada di tempat kau, jadi kami tak tahu apa kau rasa", Aziz akhirnya setuju.
"Terima kasih, lega alang dapat luahkan dekat ibu ayah", Mawar tersenyum nipis.
"Kamu jangan risau fasal Kautharr, nanti kami akan selalu update untuk kamu ya", Watie juga bersetuju walaupun berat untuknya terima.
"Alang hargai sangat. Esok kita jumpa ya", pesan Mawar.
"Ya la, jumpa esok. Assalamualaikum", ibu ayahnya menjawab dan mematikan talian.
---
"Betul ke apa kamu buat ni?" tanya Haida menolong Mawar mengemas pakaiannya.
"Saya yakin dengan keputusan saya cik Da", tangan Mawar ligat melipat baju kurungnya.
Dia hanya membawa baju kurung yang dibawanya dari kampung sahaja. Segala barang yang dibeli oleh Ariff untuk dirinya, tidak akan dibawa sekali.
"Ni saya nak cik Da pegang tau. Kalau Ariff tanya, kata saya tak layak nak ada semua ni", Mawar menyerahkan satu set barang kemasnya kepada cik Da.
"Bukan ni Ariff beri untuk kamu ke? Pakai la, kenapa ditanggal?", berat Haida mahu mengambil barang kemas itu.
"Cik Da please. Saya tak akan bawa satu pun barang Ariff bagi, nanti dia ingat saya ni cuma nak harta dia saja pula", Mawar tetap meletakkan barang kemas itu di dalam pegangan cik Da.
"Kautharr? Kamu tak fikir dia ke? Sanggup kamu biar dia membesar tanpa kasih sayang seorang ibu", sayu ayat Haida
Sebut berkenaan Kautharr memang dia akan kalah. Habis jatuh airmatanya. "Saya terpaksa cik Da"
"Tiada siapa yang paksa kamu", balas Haida
"Saya tidak sanggup terluka lagi, hati saya dah terlampau sakit", Mawar memegang dada sebak.
"Kamu usaha la lagi", pujuk Haida lembut.
"Kalau saya saja berusaha, dia sibuk cari kebahagiaan di luar sana. Tiada guna juga", mengingat tentang itu terus Mawar tidak jadi menangis lagi.
"Mawar", panggil Haida
"Dah la cik Da, tak payah pujuk saya. Saya tetap akan gerak ke Italy esok", Mawar kembali menyambung kerjanya.
---
Malam itu, Mawar tidur di bilik sebelah iaitu bilik yang disediakan untuk Kautharr. Memang tak la Ariff kisah, agaknya dia lagi suka.
"Mama akan rindu bau kamu lepas ni sayang", Mawar memandang sekeliling bilik itu.
Banyak tergantung gambar semasa mengandungkan Kautharr bersama Ariff. "Ini semua akan jadi kenangan terindah untuk aku kenang"
Selesai menjelajah bilik Kautharr, Mawar akhirnya terbaring penat di sofa didalam bilik itu.
---
"Kautharr, where's your mama?", musykil Ariff melihat Kautharr berseorang di atas katil.
"Kenapa aku rasa sejak dua menjak ni dia makin jauh? Ha perasaan kau je tu, esok dia ok la balik", Ariff malas mencari Mawar dia terus baring disebelah Kautharr.
---
"Abang", lembut panggilan Mawar.
"Siapa ab.. " belum sempat Ariff berkasar Mawar mencapai tangan Ariff.
"Maafkan saya kalau selama kita berkahwin, saya banyak sakitkan hati awak. Saya tahu saya banyak kekurangan, saya nak awak tahu satu saja. Tiada.. ", Ariff pula memotong cakap Mawar.
"Apa kau merepek ni?", Ariff mengerutkan dahinya.
"Tiada orang lain yang boleh mengganti awak dalam hati saya. Awak dulu, kini, dan selamanya di sini", Mawar menarik tangan Ariff dan diletakkan di dadanya.
"Apa benda kau ni? dah aku nak pergi kerja", Ariff mahu menarik tangannya.
"Saya cintakan awak", Mawar menggegam tangan Ariff erat dan mencium belakang tangan berurat itu.
"Hey dah dah, aku nak pergi ni", Ariff melepaskan pegangan tangan Mawar dan berlalu masuk ke kereta.
Pandangan kereta Ariff yang keluar dari kawasan rumah dipandang sayu.
"Saya tak pernah salahkan awak dalam hal ni. Saya cuma perlukan masa untuk bertenang, izinkan saya pergi", airmata yang menitis di pipi dilap.
---
"Ibu ayah, masuk la. Alang ambil beg kejap", Mawar menjemput ibu ayahnya.
"Okay", mereka duduk di sofa.
"Kejap ya alang naik", Mawar terus berlalu naik ke tingkat atas.
"Abang betul ke keputusan yang kita buat ni?", tanya Watie risau.
"Sayang juga yang setuju semalam. Tanya saya lagi", Aziz menjawab.
"Tak ada la, tengok mata dia yang sembam macam tu pun saya tahu dia baru lepas menangis", ujar Watie bertukar sayu.
"Biar la. Itu keputusan dia, kita kena hormat", Aziz menyokong Mawar.
"Lagi satu, awak sanggup ke tengok dia menderita yang? Saya tak sanggup, siang malam dulu saya bersusah payah nak besarkan mereka"
"Saya pun tak sanggup. Ok la, saya ikut abang", Watie akur.
---
Di atas Mawar sempat meninggalkan nota di meja solek mereka. Kemudian dia berlalu masuk ke bilik Kautharr, diletakkan juga satu nota di katil Kautharr.
"Cik Da nak ikut juga ke?", melihat Haida siap menguruskan Kautharr.
"Eh mestilah, awak nak pergi tinggalkan cik Da macam tu je ke?", tanya Haida sedih.
"Tak payah la cik Da, Ariff balik lunch kan. Nanti apa pula dia fikir tengok semua orang tak ada", pujuk Mawar.
"Biar kan dia, baru dia rasa", balas Haida geram.
"cik Da, duduk rumah ya. Tunggu Ariff balik", Mawar memujuk lagi lembut.
"suka tau Mawar ni, ok la cik Da duduk rumah", Haida akur.
---
Sampai dilapangan terbang, mereka ber-3 bersama melangkah masuk sambil Mawar mendukung Kautharr dan ayah tolong membawa begnya.
"Ayah, ibu alang minta halalkan makan minum alang selama jadi anak ibu ya. Alang tahu alang degil mesti susah nak jaga alang kan", Mawar tertawa kecil bagi mengcover kesedihannya.
"Nak nangis, nangis saja. Ibu kan ada", Watie membawa Mawar kedalam pelukan.
"Alang minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Alang tidak layak jadi anak ibu sebenarnya, sikit pun kasih sayang ibu tak kurang selama alang hidup ni", ujar Mawar sayu menangis dalam pelukan ibunya.
"Shh dah anak ibu kuat kan. Ibu tahu sayang boleh hadapi ini semua. Jaga diri dekat negara orang tau", pesan Watie meleraikan pelukan.
Mawar menangguk dipandang ayahnya pula. "Ayah", lagi kuat dia menangis.
"Hey cengeng betul mak orang ni", Aziz mengusap belakang Mawar lembut.
"Alang sayang ayah. Ada tiga lelaki paling penting dalam hidup, Ayah, abang and Kautharr. Kalau korang tak ada, habis mati jiwa kaklang", teresak-esak Mawar menagis dalam dakapan ayahnya.
"Dah dah, tak mahu la sedih macam ni. You're my girl right, ayah tahu kamu boleh hadapi benda ni dengan matang. Dah tenang hati tu, balik tau", Watie memegang muka Mawar menghadapnya.
"betul tu, kami dekat sini tunggu kepulangan kamu tau", Watie mengiyakan ayat Ayah.
Mawar menangguk. "Dah pergi tengok Kautharr pula, dia la orang yang paling terkesan tau", Aziz tersenyum sambil menunjuk ke arah Kautharr.
Mawar mengesat airmatanya, anaknya itu dipeluk semahu boleh.
"Sayang mama, i love you so much. Don't be naughty ya, stay with your papa. Listen to your atuk wan and tokma tokpa tau. I'm not gonna be with you anymore"
"Even thought papa doesn't love me but he love you so much, so make me proud of you ya. Make papa forget about me, let papa find you a new mommy", perit ayat itu keluar dari mulut Mawar.
Bayi itu menangis seakan tahu Mawar akan pergi tinggalkannya
"See! dia pun tak sanggup berpisah dengan kamu inikan pula papa dia", ujar Watie.
"Ada ada saja ibu ni. Papa dia lagi suka ada la, nah Kautharr. Makin dia nangis nanti, makin susah alang nak lepaskan dia pergi", Mawar menyerahkan Kautharr kepada ibunya.
"Panggilan untuk pesawat MH48, sila ke kaunter pendaftaran masuk sekarang", jelas ayat itu bergema diseluruh airport.
"Tu flight alang itu, alang gerak dulu ya", Mawar menyalami tangan kedua dua ibu ayahnya
"Remember this I love you so much", Mawar mencium pipi Kautharr untuk kali terakhir.
Sebenarnya dalam hati masih berharap Ariff akan datang memujuknya selepas membaca surat yang ditinggalkan itu tetapi sangkaan salah.
'Mungkin betul. Tiada rasa cinta didalam hatinya untuk diri ini lagi. Jangan risau Tuan, saya tidak akan tuntut apa pun dari tuan ketika perbicaraan cerai kita nanti', desis Mawar tekad.
Dia mahu ke Italy, membina hidup baru di situ supaya dia boleh melupakan Ariff. Dia akan buang jauh jauh nama 'Megat Ariff bin Megat Amirr' dari hatinya.
Nama itu tidak akan pernah wujud lagi dalam kamus hidupnya. Dia tidak akan percaya kata-kata lelaki itu lagi selepas ini.
---
TO BE CONTINUE...
So how? Dah dapat agak ke belum. Ha sedih kan, sis tahu tu. Sis nak bagi Ariff tu sedar, jangan asyik dengan ego sendiri je. Sayang korang, comment banyak-banyak tau. Follow la sis sekali, alang-alng dah comment tu. Hukhuk :)
Share this novel