P.J. -CHAPTER 16-

Romance Completed 43926

Semua barang kelengkapan baby sudah dibeli dan diletakkan di sebuah bilik yang akan dijadikan bilik Kautharr.

"Assalamualaikum, my lovely queen", suara Mawar manja menelefon ibunya di kampung.

"Waalaikumussalam, belum apa apa lagi dah tergedik gedik. Mesti nak something ni?", Watie menjawab panggilan Mawar tersenyum.

"Apa ibu ni. Nak manja dengan mak sendiri pun tak boleh, habistu tak kan alang nak menggedik dengan mak orang", cebik Mawar.

"Ibu gurau saja pun, nak sentap konon. Ayah tak ada la nak pujuk", Watie tertawa kecil.

Dia tahu, Mawar memang rapat dengan suaminya berbanding dia. Mungkin sebab Mawar yang paling banyak menghabiskan masa di rumah berbanding dengan adik-beradik yang lain.

"Apa la ibu ni. Alang rindu la dekat semua orang dalam rumah tu", Mawar menanyatakan rindunya.

"Alolo, sian eh la pula anak ibu sorang ni. Cucu ibu sihat? How about your condition?", Watie bertanya mesra.

"Eleh tanya cucu dia saja kan? Alang ni tak nak tanya", Mawar mencebik bibir.

"Kan dah tanya tu 'how about your condition'. Ha ibu tanyo dekat kau la", Watiw tertawa halus.

"Ada saja la ibu ni. Alhamdulillah, cucu ibu ni sihat sangat. Siap tendang lagi perut alang ni ha. And ya, of course I'm feeling well", Mawar menjawab pertanyaan ibu.

"Alhamdulillah Nanti ajak la Ariff tu balik sini selalu, boleh ibu tengok cucu ibu tu", balas Watie lembut.

"Ariff busy sikit untuk Phd dia, tu tak dapeat nak balik bu", Mawar mengeluh perlahan.

"Sabar la. Dia tunggu kau sampai nak dekat 3 bulan, tak mengurut pun. Ni kau baru dua tiga minggu dah complaint macam-macam", Watie memujuk Mawar

"Bukan merungut la bu, cuma terkilan sikit. Masa dia banyak dekat U tu saja", Mawar mengadu

"Jangan fikir sangat ada la tu nanti dia cari masa nak ganti balik. Ni due date kau bila?", tanya Watie.

"Hmm, doktor kata start minggu depan. Bila-bila masa boleh dah, tunggu Kautharr ni saja bila dia nak keluar", jawab Mawar.

"Ouh, ni barang berpantang semua tu dah prepare?", Watie bertanya dengan nada teruja.

"Ariff cakap pantang dekat kampung dengan ibu. So, dekat KL ni tak beli la", Mawar memberitahu ibu.

"Ouh pantang dekat sini ke? Boleh boleh, nanti ibu tolong siapkan barang", balas Watie pantas.

"Ibu", panggil Mawar lembut.

"Yes daughter, I'm here", sambut Watie mesra.

"Make sure ibu sebelah kaklang when I give birth my son. Boleh?", tanya Mawar berharap.

"Of course la. Kenapa pula tak boeh? tak ajak Ariff teman ke?", Watie semestinya mahu menemani.

"Ariff teman juga. Cuma nak ada ibu sekali, boleh kan?", Mawar mahukan kepastian.

"Boleh, nanti lagi dua hari ibu sampai dengan ayah. Biar siapkan barang-barang pantang kau dulu", Watie menyatakan ideanya.

"Yes yes please, janji tau datang awal. I'm waiting for you", Mawar tersenyum bahagia.

"Iya, tak payah risau", balas Watie

"That's why la I love you so much forever and ever. No one can replace you in my life. Muahhh", Mawar mencium screen telefon seperti mencium ibunya.

"Start dah gatal dia tu, habih la phone tu ado kesan lipstick kau", Watie mengusik.

"Ha mulo lagi tu, tak suka la ibu ni", Mawar menarik muncung. Macam la ibu ada dekat depan dia boleh tengok. Haha!!

"Ingat ibu tak nampak ke? Mesti tengah muncung tu kan, adui la. Iya, love you too la my daughter", Watie tersenyum melayan perangai manja Mawar.

"Eleh takut ler tu, kaklang report dekat ayah", Mawar menarik senyum.

"Takut lah sangat. Eh dah la ibu ada kerja, nanti kita sembang lagi la", Watie meminta diri.

"Awal eh? Baru nak borak dengan ibu, rindu ni", Mawar kembali muncung.

"Ibu ni banyak peliharaan, kena la uruskan. Bukan macam kau doh, duduk dalam rumah goyang kaki", kata Watie.

"Okay la. Nanti kirim salam dekat my king tau, kata anak kesayangan dia kirim salam cinta", Mawar akur.

"Ada la tu, ok. Bye assalamualaikum, nanti kirim salam dekat Ariff tu juga", Watis memberi salam sebelum menamatkan panggilan.

"Waalaikumussalam. Belum sempat jawab, dah letak ya? Ibu ibu", Mawar tersenyum dan meletakkan telefon kembali di atas mini bar di ruang tamu.

---

Malam itu, Ariff balik awal sedikit dari selalu. Mawar mengambil peluang ini untuk bersembang mesra.

"Abang, nak cakap sikit boleh?", Mawar duduk disebelah Ariff yang sedang berbaring di atas katil.

"yes", Ariff menjawab sambil mata masih tertutup.

"Abang penat ya? Tak apa la, abang tidur la dulu", Mawar mahu bangun turun ke bawah.

"Honey", Ariff menarik tangan Mawar lembut menahan dari bangun.

"Ada apa? Abang tak ngantuk la", Ariff bangun perlahan-lahan dan bersandar di kepala katil.

"Betul ni? Sayang tak nak kacau baby", Mawar serba salah melihat muka penat Ariff.

"Ya. Sorry lately ni abang kurang bagi atenttion dekat sayang and baby", Ariff memegang bahu Mawar lembut.

"It's okay. Bak kata ibu, kalau abang boleh tunggu sayang dekat 3 bulan. Kenapa sayang tak boleh tunggu nak tunggu abang kan?", Mawar tersenyum sambil menyentuh tangan Ariff dibahunya.

"Thanks honey, untung abang dapat honey as my wife", puji Ariff ikhlas.

"Baby sihat? Sorry la papa busy lately", Ariff menurunknan tangannya dan mengusap perut Mawar pula.

"Baby ok, cuma mama saja selalu rindu dekat papa", Mawar memandang tepat mata Ariff.

"Sorry again", ucap Ariff perlahan.

"Sayang ok la, saja je", Mawar menggengam tangan Ariff.

"Sayang nak cakap dengan abang ni. So, tak payah kita buat sesi bermaafan pula dekat sini", tambah Mawar mengongcang sedikit tangan Ariff dalam genggamannya.

"Sayang nak cakap apa? Meh sini abang dengar", Ariff membalas genggaman tangan Mawar.

"Macam ni, abang tahu sayang punya due date boleh jadi mingggu depan kan?", tanya Mawar.

"Of course la I know. Kenapa, ada apa-apa jadi dekat baby kita ke?", nada Ariff sedikit risau.

"Tak ada la, baby ok. Cuma kan abang waktu sayang give birth our son, abang ada kan?", Mawar bertanya lagi dengan wajah berharap.

"Sayang, sayang nak lahirkan separuh nyawa abang tau dekat dunia ni. Sayang kena bertarung nyawa, gadaikan nyawa sayang. Mesti la abang sentiasa ada disisi sayang", balas Ariff yakin.

"Betul ni? Jangan berjanji, kalau tak mampu tunaikan", Mawar menghulurkan jari kelingkingnya.

"Yes, I promise", Ariff memaut jari kelingkingnya dengan jari kelingking Mawar.

"Thanks abang, I love you", Mawar menyandarkan badannya di dada Ariff.

Hilang terus rasa penat Ariff seharian belajar sambil bekerja. Bila Mawar ada disampingnya terasa hatinya tenang dan bahagia. Tak dapat dibayangkan kalau Mawar tiada di depannya suatu hari nanti.

"Love you too. Ni kenapa ni manja tiba-tiba? nak jadi mak orang dah pun", Ariff mengusap lembut rambut Mawar.

"Ala, mak orang tak mak orang. Sayang nak manja juga dengan abang. Dah la sekarang abang busy, time ada masa ni la sayang nak bermanja", Mawar memeluk erat pinggang Ariff.

"Sayang sayang. Tak padan perut besar macam tu, ada hati juga nak peluk orang kuat-kuat. Kesian dekat baby nanti, lemas dia", Ariff mengusik tetapi dia juga turut membalas pelukan Mawar erat.

"Ala, baby rindu papa juga kot", Mawar mencebik sambil menepuk bahu Ariff lembut.

"Baby", Mawar memanggil lembut.

"Yes honey, I'm here", Ariff mengusap belakang Mawar penuh kasih sayang

"Janji dengan sayang tau. Kalau sayang tak ada nanti, jaga anak kita baik baik tau", tiba-tiba nada Maar berubah sayu.

"Kenapa cakap macam tu? tak elok la sayang", Ariff terkejut mendengar ayat Mawar.

"Ala abang, sayang kata saja. Hidup kita ni bukan selalu indah. Kalau bukan abang pergi dulu, sayang yang pergi dulu. So, permintaan sayang satu saja. Please take a good care of our son", Mawar tetap berpesan.

"Sayang, stop it. I don't like", Ariff tidak suka mendengar apa yang Mawar katakan.

"Abang, please listen to me. Jaga anak kita tau. Walaupun nanti jodoh kita tak panjang ke apa, Kautharr tetap darah daging abang", Mawar masih menyambung ayatnya walaupun reaksi Ariff yang tidak senang.

"Honey, I repeat my word. I don't like it, STOP", tegas Ariff

Ariff sangat tidak suka bila menyentuh bab jodoh tak panjang apa semua tu. Kalau boleh dia mahu menghabiskan seluruh hidupnya bersama Mawar, tiada perempuan lain dapat menggantikan isterinya.

"Hmm ok la", Mawar akur bila mendengar nada tegas Ariff.

"Sayang, abang nak kita besarkan anak kita sama-sama. Tak ada siapa yang akan pergi, kita akan menjadi sebuah family yang bahagia", Ariff meyakinkan Mawar dengan ayatnya.

"Inshaallah abang. Sayang pesan je dekat abang tadi, sorry tau", nada Mawar kembali normal semula.

"Dah tak payah fikir ya. Jom tidur nak", Ariff menjarakkan badannya sedikit memandang wajah Mawar.

"Ok, kita tidur", Mawar membaringkan dirinya perlahan-lahan kerana pergerakannya terbatas.

"Good night sayang. I love you tau. No one can replace you for the rest of my life", Ariff turut msmbaringkan diri dan mencium dahi Mawar penuh kasih sayang.

"Night abang, love you more", Mawar dengan perlahan melelapkan mata.

---

Tengah hari itu, Terry sudah bertemu dengan Tasya untuk melaksanakan rancangan mereka.

"Aku nak kita buat plan kita sekarang?", tegas Terry sudah tidak boleh menunggu lagi.

"Ya ya, I faham. Ok, kita buat sekarang", Tasya terpaksa mengikut keputusan Terry.

"Kau tunggu apa lagi? Aku nak kau call la dia sekarang", Terry memberi arahan serius.

"Sabar la you, tengah buat la ni", Tasya mengeluarkan iPhone dari handbag miliknya.

Tasya menekan nombor Mawar dalam kenalannya.
"Assalamualaikum Wa", Tasya memberi salam sambil mata tak lepas memandang wajah terry didepannya.

"Waalaikumussalam. Siapa izinkan kau panggil aku Wa? MAWAR ok", tegas Mawar

Sebanarnya dia malas mahu menjawab, tetapi memandangkan Tasya sudah lama tidak cari masalah dengannya. Diangkatnya juga, mahu tahu wanita itu sudah berubah.

"Fine Mawar, kau dekat KL kan?", tanya Tasya lembut tiada suara cari fasal seperti selalu.

"Haah, kenapa pula?", Mawar bertanya semula.

"Aku nak minta tolong sikit, boleh?", pinta Tasya penuh harapan.

"Ada apa? cakap la, kalau boleh tolong aku tolong", balas Mawar ikhlas walaupun Tasya banyak menyakitkan hatinya.

"Jumpa aku kejap boleh tak? Aku nak cakap sikit la dengan kau", Tasya menyatakan hasratnya.

"Cakap saja la dekat phone. Kenapa nak jumpa bagai", rungut Mawar.

Dia bukan tidak mahu berjumpa Tasya. Cuma dalam keadaan badannya yang sedang sarat itu membuatkannya berfikir panjang.

"Please Mawar. Aku betul betul kena cakap depan-depan dengan kau. Tak boleh nak cakap dalam phone", pinta Tasya bersungguh-sungguh.

"Ok fine, send location. Nanti aku sampai", Mawar tetap setuju walaupun hatinya sedikit sebanyak risau.

"Thanks Wa, aku tunggu kau tau", Tasya meletakkan panggilan teruja.

"Puas?", Tasya mengangkat kening.

"Kau juga yang plan. Dah kau pergi la tunggu dalam bilik tu, kejap lagi dia sampai", Terry bangun dari kerusi.

"You nak pergi mana?", tanya Tasya menahan tangan Terry.

"Apa kau ni, aku nak keluar sekejap la. Nanti dia nampak aku, langsung dia tak nak jumpa kau", balas Terry merentap tangannya dan berlalu pergi.

---

Sementara di rumah. Mawar sibuk mendial nombor Ariff untuk memberitahu dia akan keluar rumah. Walaupun actually dia tahu Ariff tidak membenarkan.

'Abang busy la kot, chat saja la', desis Mawar terus menghantar pesanan ringkas kepada Ariff.

+ Assalamualaikum abang, minta izin ya. Sayang keluar kejap, tak lama pun :)

---

"Abang, sini ke tempat nya?", Mawar bertanya kepada pemandu Grab car yang dinaiki.

"Betul la dik, ni la location yang adik cakap tu", balas pemandu Grab car.

"Ish, dia ni pahal pula nk jumpa aku dekat hotel ni. Kedai makan ke mall ke bukan tak de", Mawar berkata perlahan.

"Siapa suruh adik datang sini, husband ya?", pemandu Grab car cuba beramah mesra.

Mawar hanya tersenyum nipis. "Ala tak payah risau la dik, ada la tu dia nak buat suprise", tambah pemandu Grab car lagi.

"Ya la tu kot bang, saya dah transfer guna barcode tu tau. Saya keluar dulu", Mawar meminta diri keluar.

"Ok dik, Terima kasih", ucap pemandu Grab car.

Mawar dengan berhati-hati keluar dari Grab car dan berlalu masuk ke bilik hotel.

---

"Assalamualaikum kak, saya nak tanya boleh?", tegur Mawar kepada receptionist hotel itu.

"Ya dik, nak tanya apa tu?", balas receptionist itu mesra.

"Bilik 408 dekat mana ya, kak?", tanya Mawar.

"Ouh, macam ni. Adik naik lift tu, tekan 4. Dah sampai adik belok kiri, bilik ketiga dari lift tu 408 la", terang receptionist itu nyata.

"Faham, terima kasih kak", Mawar tersenyum.

"Sama-sama. Boleh tak tu? Ke nak akak teman?", tanya receptionist itu mahu membantu.

"Eh tak apa kak. Saya boleh naik sendiri, thanks again", Mawar terus menuju ke lift hotel itu.

---

Mawar berhenti di depan bilik yang tertulis 408. "Betul la kan ni?", desis Mawar.

.Tok! Tok! Tok!

Mawar mengetuk pintu bilik hotel itu. "Mawar, you're here", Tasya membuka pintu bilik.

"Wow, perut kau dah besar la. Sorry susahkan kau", mata Tasya tertancap dekat perut Mawar yang memboyot.

"Ya. Kenapa kau ajak aku datang hotel ni? Banyak lagi tempat lain kot", Mawar merungut kecil.

"Sorry la, aku selalu duduk sini time parents aku outstation. Eh, jom la masuk", Tasya mengajak Mawar masuk.

'tak nampak macam dia duduk sini pun, elok saja semua terletak macam baru check-in', desis Mawar bila melihat keadaan bilik Tasya yang kemas.

"Nah air untuk kau. Ada mineral saja, sorry", Tasya menghulurkan sebotol mineral kepada Mawar.

"Berapa banyak kali kau nak sorry ni, straight to the point please", Mawar menggeleng perlahan.

"Hehe, ok meh sini aku cerita. Aku nak minta maaf dekat kau sebab selama ni suka salahkan kau fasal hal Syed", ujar Tasya dengan nada cuba dilembutkan.

"Tiba-tiba saja minta maaf. Anything happen ke? Ke kau nak mati dah", Mawar tetap dengan mulut dinginnya.

"Apa kau ni Mawar? aku minta maaf ikhlas la. Sampai hati kau doa aku mati awal, aku tahu la kau benci aku", Tasya membuat muka sedih.

"Aku terima maaf kau, aku maafkan", ujar Mawar ikhlas.

"Thank you Mawar, kau memang baik. Baru aku tahu kenapa Syed tak boleh lupakan kau", Tasya tersenyum bahagia.

"Dah tak payah ungkit. Sekarang ni kau cuba la ambil hati dia, mana tahu dia boleh terima ke", Mawar membalas senyuman Tasya.

"Syed tak akan nak dekat aku, aku sentiasa jahat dimata dia", ujar Tasya perlahan.

"No la, aku yakin dia cintakan kau. Cuma kau kena la cuba untuk tambat hati dia, Syed tu mudah cair kalau kena dengan cara dia", Mawar menyakinkan Tasya

"Inshaallah, nanti aku cuba. Kau dah lunch ke?", tanya Tasya mengubah topik.

"Belum tapi tak payah la. Aku makan dekat rumah aku saja nanti", Mawar tahu Tasya mahu mengajaknya makn tengah hari.

"Ala kejap la, sembang la lama sikit. Biar aku call Food panda saja tau", Tasya mencapai iPhone di tepi katil.

"Jangan lama sangat tau", balas Mawar.

Dia risau mana la tahu Ariff balik, dia tiada di rumah pula. Dah la dia maklumkan akan keluar sekejap sahaja.

Tasya pula sebaliknya. Bukan mendial nombor Food panda, tetapi dia menghantar pesanan kepada Terry.

+Dia dah ada dengan I ni. You dekat mana?
- Depan pintu, kau keluar!

"Dah la aku yang buat, dia tahu menghalau saja", kata Tasya perlahan.

"Kenapa Tasya, lama ke? Tak apa la, aku boleh balik", Mawar bertanya bila mendengar Tasya seakan bercakap.

"Eh tak la, sekejap je. Aku turun bawah tau ambil, kau tunggu sini kejap ok", Tasya terus berlalu ke pintu bilik.

"Ok, jangan lama-lama", Mawar menghantar Tasya keluar dengan pandangan mata sahaja.

---

Sementara di luar bilik.

"You, I takut la. Dia nampak tak bersalah nak terlibat dengan plan kita", ujar Tasya perlahan supaya tidak didengari Mawar.

"Tak payah nak takut sangat la Tasya, dah berambus", Terry menghalau Tasya pergi dari situ.

"Suka hati you la, lepas ni apa jadi. Jangan libatkan I", Terry menghentak kaki dan berlalu pergi dari situ.

---

"Kau dah dapat makanan tu Tasya? cepat nya"

Mawar berkata apabila mendengar pintu bilik dibuka tetapi mata masih memandang phone.

"Hai princess"

Mendengar suara garau itu, automatik Mawar berpaling ke arah pintu. Dah lama dia tak dengar, sejak dia habis kertas hari tu lagi!

"Kau, kau buat apa dekat sini?", herdik Mawar kasar.

"Kau ni tak padan dengan mengandung kan, nak jerit-jerit dekat orang", Terry berjalan mendekati Mawar.

"Aku jerit dekat orang yang tak fahan bahasa macam kau saja", Mawar menjarak dirinya dari Terry.

"Relax la, kau mengundur kenapa takut? Kau ingat hari ni kau boleh lepas macam dalam kereta hari tu?", Terry tetap melangkah menghampiri Mawar.

"Kau memang rancang benda itu? Kurang ajar, maknanya kau dengan Tasya berpakat la nak hancurkan rumah tangga aku", balas Mawar serius dan masih mengundur.

Malangnya belakang nya hanya tinggal dinding bilik itu. Dalam hati semakin dihurung perasaan takut.

"Jangan la jauh-jauh princess, kau tu pregnant", akhirnya Terry berdiri setapak dari Mawar.

"Kau nak apa lagi ni Terry? tolong la aku", nada Mawar sedikit diperlahan seperti merayu.

"Aku nak kau la bodoh, berapa kali aku ulang", herdik Terry keras pula.

"Terry please, awak baik saya tahu. Jangan la buat saya macam ni", airmata Mawar sudah tumpah membasahi tudung.

"Sini kau", Terry menarik lengan Mawar kasar dan dibawa ke katil.

Tap!

Ditolaknya Mawar ke katil keras itu.

"Argh! Terry anak saya", Mawar memegang perutnya yang terasa sakit.

"Diam la perempuan! Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau?! kali ni kau tak akan lepas", Terry menjerit kuat.

Ada dia kisah Mawar tengah sarat ke tidak?!

Tanpa disuruh, Terry mencabut pakaianya dan terus menindih tubuh kecil Mawar. Tangannya menarik kasar tudung Mawar sehingga tercabut.

Tiba-tiba...

Plak! Pintu bilik hotel itu terbuka dari luar.

---

-flashback-

Ariff sedang menyiapkan kertas kerja baharunya, tiba-tiba ada notifications masuk.

"What?", terjatuh telefon dari tangan Ariff.

"Apa dia buat dekat hotel tu? tengah tengah hari buta sekarang ni?", Ariff terus mencapai kunci kereta dan berlalu keluar dari pejabatnya.

-end flashback-

"Mawar!", jerit Ariff bila melihat keadaan situasi di depannya.

Terry tersenyum kemenangan. "Sorry bro, aku nak juga rasa bini kau", ujar Terry sinis sambil bangun dari menindih Mawar

"Diam la syaitan! Abang ni semua salah faham"

Mawar turun dari katil perlahan dan cuba mendekati Ariff yang sedang menahan marahnya itu.

"Abang please let me explain"

Mawar masih cuba mendekat Ariff walaupun Ariff menjauh. Airmata di pipi juga masih mengalir lebat dari tadi.

Ariff merenung tajam Mawar sambil menggenggam penumbuknya keras, dia terus berlalu pergi dari hotel tersebut.

"Stop la menangis Mawar, tak ada guna", Terry menepuk tangannya gembira.

"Diam la bodoh, aku benci kau. Berambus la", Mawar terus berlari keluar dari hotel mengejar Ariff.

"Sorry baby", ucap Mawar perlahan.

Dia tidak hairan sakit yang dialami sekarang walaupun celah kelangkangnya sedang berdenyut. Sekarang, yang perlu di fokusnya ialah suaminya.

---

Mawar tiba di rumah, kereta Ariff elok terletak di ruangan parkir kereta. Terus Mawar meluru meluru masuk ke dalam rumah.

"Hoi perempuan berani kau masuk rumah aku ni lagi?", tanya Ariff sinis ketika Mawar melangkah masuk.

"Abang, please let me explain. Sayang..", rayu Mawar tetapi dengan pantas dipotong Ariff

"Diam la perempuan sund*l, aku tak nak dengar apa dari mulut perempuan macam kau. Jijik telinga aku dengar", jerkah Ariff keras.

Arimata Mawar yang mengalir lebat di pipi tidak diendahkannya. Keadaan Mawar yang sudah seperti tidak larat itu pun tidak dipeduli.

Mawar menunduk sambil mengesat airmata dengan belakang telapak tangan.

"Bang, dengar dulu", panggil Mawar lembut tidak berani memandang wajah serius Ariff.

"Aku dengar satu patah pun dari mulut hina kau tu. Dengar sini elok-elok. Mawar Athirah. Aku, Megat Ariff akan gantung kau tak bertali selama-lamanya!!", keras ayat itu ditutur Ariff.

Mawar dengan perlahan mengangkat muka tidak percaya. Apa maksud Ariff?

"Kenapa? Kau hairan aku tak nak ceraikan kau. Kau ingat aku nak bagi kau hidup senang dengan lelaki itu dekat luar, kau silap Mawar", Ariff merenung tajam wajah Mawar.

"Kalau dah benci, kenapa awak tak ceraikan saja saya?", Mawar memberanikan diri bersuara.

Sekali lagi pergaduhan besar antara mereka melibatkan orang yang sama cuma kali ni seperti masalah lagi besar!

"Tak semudah tu Mawar! Aku akan bagi kau hidup dalam kesakitan yang aku rasa sekarang!", Ariff berkata dengan nada tinggi sambil mendekati Mawar.

"Kau ni memang tak sedar diri kan? Aku kutip kau dari kampung, bagi kau hidup mewah. Aku tunggu kau penuh sabar, ini yang kau balas. Dasar betina sund*l, tak sedar diri. Memang perempuan.."

Jerkah Ariff kuat mahu menyambung ayatnya, tetapi Mawar memotong.

"Sudah, cukup saya tak nak dengar dah. Ya, memang saya betina sund*l, memang saya tak sedar diri. Please stop insulting me", Mawar menutup telinganya.

Memang hatinya amat terasa dengan hinaan suaminya itu. Begitu keji sekali dia dimata Ariff pada masa ini.

"Aku rasa kan, anak dalam perut kau tu. Mesti anak jantan tak guna tu kan. Kau mesti tengah sedap sedap dengan dia tadi kan. Ouh sebab gambar yang hari tu pun, dia juga kan?", Ariff semakin sakit hati mengenang kejadian di hotel tadi.

Hati Mawar luluh bila Ariff menuduh anak dalam kandungannya itu bukan anak Ariff. Malah menuduh anak itu, adalah hasil dia tidur dengan lain.

Pang!

Itu merupakan tamparan keduanya kepada, kali ini Ariff salah faham dengan perkara yang dia lihat di depan mata.

"Wow, great Mawar. Kau pun pernah tampar aku sebab dia juga dulu kan. So, memang terbukti korang ada scandal belakang aku. Dasar perempuan sund*l", Ariff menepik Mawar di depannya.

"From now on. Tuan boleh nak hina saya, nak tuduh saya apa sekali pun. Tapi jangan sesekali tuan libatkan anak dalam kandungan yang tak ada satu salah ni pun", balas Mawar keras.

"Ya allah, Mawar Ariff apa ni? Korang gaduh apa ni sampai tampar tampar bagi? Mawar awak tu tengah sarat, sayang", muncul Haida dari dapur berkata penuh nada risau

"Cik Da, saya keluar dulu. Jangan tunggu saya balik, sebab mungkin saya tak balik lepas ni"

Ariff berkata sinis sambil mengerling ke arah Mawar yang seakan sudah tidak bermaya itu sekilas, dia terus mencapai telefon bimbit dan kunci kereta untuk keluar.

"Mawar, kenapa sayang? Kenapa sampai gaduh macam ni?", Haida terus melangkah ke Mawar.

"Suami saya cik Da", badan Mawar melorot jatuh ke lantai. Perlahan lahan dunia terasa gelap.

"Ya allah Mawar"

Nasib baik Haida sempat menangkap tubuh Mawar, laju dia mencapai telefonnya di dalam poket seluar dan mendial nombor kawan baiknya.

"Assalmualaikum Haida", sapa Zahidah mesra.

"Ida, menantu kau", balas Haida cemas.

"Astagafirullah Haida. Kenapa dengan menantu aku?", tanya Zahidah turut risau.

"Mawar pengsan Ida, Ariff tiada di rumah", Haida masih dengan nada cemas memaklumkan kepada Zahidah.

"Ya allah betul ke? Kau call ambulance sekarang, nanti kita jumpa di hospital", Zahidah jelas sangat risau dengan keadaan menantunya itu.

"Ok, aku call ambulance sekarang", Haida menamatkan panggilan dan terus menghubungi ambulance.

---

Perlahan-lahan mata Mawar terbuka. Kepala dia terasa sakit, baru dia teringat apa yang berlaku.

"Ariff", nama itu terpancul di mulutnya.

"Wa, alhamdulillah. Kamu dah sedar", Haida berada di sebelah Mawar berkata.

"cik Da, baby saya ok?", tanya Mawar risau.

Dia tidak kisah apa sekali terjadi dekat dirinya, yang penting anak di dalam kandungannya

"Semua ok, nasib baik cik Da ada. Kalau tak, tak tahu apa jadi dekat kamu", Haida mengelus lembut lengan Mawar.

"Cik Da", panggil Mawar perlahan sambil membangunkan dirinya perlahan untuk duduk

"Ye sayang, cik Da ada dekat sini", balas Haida mesra sambil membantu Mawar.

"Cik Da nampak and dengar semua kan?", tanya Mawar mahu kepastian. Haida mengganguk perlahan.

"Please, saya merayu. Jangan bagi tahu sesiapa pun hal ni, saya tak nak mereka risau", Mawar mengenggam tangan Haida

"Kenapa pula? Dia sepatutnya dekat sini, jaga kamu", tanya Haida hairan

"Dia dah benci saya cik Da. Apa jadi dekat saya pun dia tak kisah, dia sendiri pun dah tak anggap anak ni anak dia. Saya nak buat macam mana lagi?"

Mawar mengharap cik Da akan menurut permintaannya sambil mengusap perlahan perut bonyotnya.

"Kalau itu yang kamu kata, cik Da ikut kan saja. Tapi cik Da nak pesan, bawa bincang perkara itu semula. Dia tengah marah, sebab tu dia cakap macam tu", pujuk Haida lembut.

"Saya tak tahu la cik Da. Hati saya ni hancur berderai dengar setiap ayat yang keluar dari mulut dia", kelopak mata Mawar sudah bertakung air

"Tunggu marah dia reda, nanti slow talk ya", Haida memeluk tubuh Mawar.

"Saya tak kuat cik Da, cuma dia saja lelaki dalam dunia ni yang saya cinta", akhiranya airmata tumpah juga.

"Shh, dah jangan fikir lagi. Kamu tak boleh stress, nanti affect baby", Haida mengusap lembut belakang tangan Mawar.

Klek!

Pintu dibuka dari luar. Dengan pantas Mawar meleraikan pelukan dan mengesat airmatanya.

"Alang, dah sedar", Watie dan Aziz masuk ke dalam bilik yang disediakan untuk Mawar.

"Ayah ibu", panggil Mawar sayu.

"Hey sayang ayah, kenapa ni?", Aziz menghampiri Mawar.

"Ayah", terus Mawar memeluk erat tubuh ayahnya.

Hanya ayahnya sahaja lelaki yang tidak akan pernah sesekali pun melukakan hatinya sepanjang hidup dia.

"Sayang, dah tak elok nangis la", Aziz memujuk Mawar lembut.

"Anak awak kan memang cengeng", Watie mencelah smbil tersenyum di belakang ayah.

"Ayah, tengok ibu", tak jadi dia mahu bermanja dengan ayah.

"Awak ni, anak tengah sakit. Dia cari fasal pula", tegur Aziz lembut.

"Tu la. Alang sakit, kena la jaga dengan penuh kasih sayang kan", Mawar tetap memeluk ayahnya erat.

"Sibuk peluk laki ibu, lelaki kau mana? Pergi la peluk menantu ibu tu", tanya Watie selamba.

"Husband alang outstion la, biar la nak peluk laki ibu pun. Menantu ibu nak cari duit betul tak, cik Da?", Mawar menoleh ke arah Haida.

Lama Mawar memandang wajah Haida sambil menyampaikan maksudnya, Haida mengangguk.

"Haah, Ariff outstation sekarang, hujung minggu ni baru balik", balas Haida menjawab persoalan ibu.

"Kamu dah nak bersalin, Ariff masih outstation", nada Aziz sedikit tidak percaya dan dengan perlahan meleraikan pelukan.

"Tiga hari saja ayah, tak lama pun", Mawar cuba meyakinkan ayah.

"Tak kisah la tiga hari pun, kalau due date kamu awal macam mana. Tarikh tu doctor jangka saja, bukan betul sangat pun", Aziz seakan tidak setuju Ariff outstation.

"Ayah jangan la risau, baby lahir mesti papa dia balik dulu", Mawar mengusap perutnya perlahan.

"Ya la, ikut kamu berdua la. Paling penting ayah nak tahu, time kamu bersalin dia ada", Aziz berkata lembut

"Inshallah yah", Mawar cuba mengukir senyuman.

"Jom kita makan nak? Ibu ada bawakan tomyam favourite kau", Watie menunjukkn mangkuk tingkat di tangannya.

"Yeahhh, awesome la bu", balas Mawar excited.

"Ha punya la teruja. Ingat kamu tu dah nak bersalin, cuba la makan makanan yang memudahkan pembukaan tu nanti", Haida menggeleng.

"Ala cik Da jealous tu, cakap saja la", Mawar tersenyum mengejek.

"Tak ada masa nya, dah la cik Da nak keluar ni. Saya keluar dulu la ya Ziz Wati", Haida melangkah keluar dari bilik Mawar.

"Hehe, ayah suapkan kaklang boleh?", pinta Mawar manja membuat muka penuh harapan bila tinggal mereka bertiga.

"Apa pula tak boleh. Come, let me serve first", Aziz melayani anak perempuannya bak bidadari.

Mawar pula tersentuh dengan layanan ibu ayah dalam masa yang masa dia berasa sangat bahagia.

Dengan cara bermesra dengan parents nya boleh membuatkan dia lupa masalah dengan Ariff, dia akur. Dia perlu kuat untuk anak dalam kandungannya itu

---

Keesokan harinya, mommy dan daddy pula datang menemaninya, cik Da sudah pulang ke rumah menanti kepulangan Ariff yang tidak pasti bila.

"Pretty, kamu apa khabar hari ni?", tanya Amirr mesra berdiri dihadapannya.

"Alhamdulillah daddy, Wa dah ok sikit", Mawar tersenyum memandang kedua mentuannya itu.

"Apa la perangai alang ni kan bang. Isteri dia tengah nak bersalin macam ni boleh pula dia outstation", Zahidah kesal dengan perangai Ariff

"Itu la anak awak ni. Malu saya dengan Aziz dan Wati semalam dengan perangai dia tu", Amirr juga turut tidak berpuas hati.

"It's ok la mommy daddy. Ariff kena la urus apa yang patut, kaklang faham", Mawar mahu menyedapkan hati kedua mentuanya.

"Kamu ni pretty, suka sangat biar Ariff tu macam tu. Tak kisah la busy macam mana sekali pun, family is the most important thing dalam hidup ni", Zahidah tetap tidak setuju dengan tindakan Ariff.

'Family? Dia dah tak anggap Wa family dia dah pun daddy', desis hati kecil Mawar

"Betul mommy setuju dengan daddy. Alang ni time time kamu perlukan perhatian macam ni la dia sibuk siapkan phD dia la, outstation sana sini la. Kamu tu paling penting sekarang ni tau", Zahidah menyebelahi daddy.

"Saya, my lovely parents in law. Wa dengar cakap mommy daddy, nanti Wa cakap dengan Ariff ya lepas dia balik outstation hujung minggu. Wa suruh dia teman kaklang sampai bersalin", balas Mawar tetap melayani kedua mentuanya itu lemah lembut.

"Bukan sampai bersalin, sampai habis berpantang. Biar dia jaga kamu", Zahidah membetulkan Mawar.

"Wa berpantang di kampung mommy. Nanti Ariff akan stay di KL la, macam mana dia nak jaga Wa?", Mawar memandang wajah mommy penuh tanda tanya.

"Kamu berpantang di kampung ke? La, mommy ingat di sini. Kalau macam tu, tak apa la", kurang sikit risau Zahidah

"Pretty nak makan apa? Dah lunch ni, meh daddy tolong belikan", Amirr menukar topik sambil mengerling jam di tangan.

"Daddy tak masuk office ke hari ni? Dari pagi daddy dengan mommy teman Wa?", tanya Mawar.

"Daddy suruh PA daddy settle kan semuanya. Hari ni daddy and mommy nak jaga kamu", balas Amirr yakin

"So sweet. Ok la, kalau macam tu. Wa nak makan nasi putih lauk bendi berlada and air kepala satu, boleh?", pesan Mawar.

"Mommy, order la juga. Biar daddy belikan sekali", tambah Zahidah sekali.

Amirr hanya tersenyum. "Bagi saya nasi ayam la abang, air sama macam menantu kita ni", Zahidah membuat pesanan pula.

"Daddy pergi beli kejap ya, korang tunggu sini", Amirr melangkah keluar dari bilik.

"Mommy, adik beradik Mawar ada datang tak semalam?", tanya Mawar kepada mommy.

"Semua datang semalam. Mawar tidur kot, tu yang tak perasan", balas Zahidah mesra.

"Ouh datang ya? Ya la kot, Mawar tertidur tu", Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mereka berdua bersembang mesra mengenai proses bersalin. Paling penting, mommy memberikan sedikit tips dan kata kata semangat kepada Mawar.

---

TO BE CONTINUE...

First of all, sis nak minta maaf semalam sebab tak update. Sis ada banyak assignment, takn sempat nak menulis. Hari ni baru sempat nak tulis sikit, itu pun dah tengah malam ni ha. Hope you guys enjoy it... Sorry kalau tak berapa menarik, masih mencari idea. Dalam masa menunggu next episode. Korang boleh pergi baca cerita 'gantung', 'the millionare next door', 'jadi milik aku' dan 'hak milik dia' dulu. Cerita tu pun sis dah baca, best sangat :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience