"KORANG, balik naik apa ni?", tanya Terry bila mereka sudah mahu pulang.
Terry perasan sepanjang mereka keluar bersama itu, Mawar kurang bercakap dengannya.
Dia tahu Mawar tidak selesa dengannya, tapi apa dia kisah? Apa dia tahu hanya la dia mahukan Mawar menjadi miliknya.
"Naik LRT lepastu ambil Grab", jawab Nurul.
"Tak payah la naik LRT, I kan ada. Biar I hantar korang", cadang Terry.
'Ish dia ni suka betul cari masalah. Dah la seharian dengan aku tadi, ni siap nk hantar balik lagi. Kalau Ariff tahu ni, masak aku', desis Mawar sambil mengerutkan dahi.
"Kau mesti tengah kutuk aku kan Mawar, sampai berkerut dahi. Jangan risau la, I just nak hantar you guys saja", Terry memerli bila melihat Mawar mengerutkan dahi.
"tah Mawar, Terry nak hantar ok la tu. Lagipun kalau naik LRT, mesti lambat kita sampai", Wani menyokong cadangan Terry.
'Korang lupa ke aku isteri orang', bisik Mawar perlahan kepada mereka.
"Kau yang isteri orang, kita orang single", jawab Mayraa tersengih.
"Ha apa dia? single, isteri orang siapa?", tanya bila mendengar ayat Mayraa.
"Eh tak ada la, single tu kita orang la. ISTERI orang tu mustahil la"
Mawar menekankan perkataan 'ISTERI' sambil menjeling ke arah Mayraa kerana geram mulut Mayraa pergi cakap kuat-kuat.
"Eh jom Terry. You kata nak hantar kita orang kan?"
Mayraa mengubh topik bila mendapat jelingan Mawar sambil tersengih memandang Mawar.
"Jom, this way ladies", Terry menunjukkan jalan ke arah keretanya.
---
"Mawar, aku nak tanya sikit boleh?", Terry memulakan bicara bila sudah menghantar Mayraa, Wani dan Nurul ke rumah.
'Ni sebab aku tak suka, korang pergi setuju kenapa? Tengok aku kena hadap dia pula, dah la rumah aku last pula tu', desis Mawar.
"Apa dia?", jawab Mawar endah tak endah.
"Kenapa kau tolak aku?", tanya Terry lembut.
'Kan aku dah agak soalan tu, menyampah betul la', cebik Mawar perlahan.
"Sebab hukum dia berdosa kalau saya terima awak", jawab Mawar menoleh ke tingkap.
"Kenapa pula berdosa? Tak ada masalah pun kita ada perasaan cinta tu kan", tanya Terry menoleh sekilas kearah Mawar yang memandang ke luar tingkap.
"Perasaan cinta tu tak ada masalah, tapi bukan dengan saya", jawab Mawar tegas.
"Why Mawar? Aku ni tak cukup sempurna ke untuk kau?", Terry terus memberhentikan kereta di tepi jalan kerana geram bila Mawar menarik suara dengannya
Tangan Terry menarik Mawar untuk menghadap dirinya ketika kereta sudah berhenti.
"apa pegang-pegang ni. Kenapa awak berhenti dekat sini? Saya nak balik la", suara Mawar masih sama.
Kemudian mata memandang keadaan sekeliling tidak mahu perkara tak elok terjadi. Hanya terdapat beberapa buah kereta sahaja yang lalu ketika itu.
"Kenapa dengan kau ni Mawar? orang lain semua terkejar-kejarkan aku. Tapi kau boleh tolak macam tu saja", ujar Terry sambil badan mendekati Mawar.
"Terry, jangan dekat. Tolong la saya nak balik"
Mawar seakan merayu bila takut dengan perangai Terry, tambahan pula mereka di tepi jalan.
"Kenapa kau takut?", Tanya Terry tersenyum sinis.
"Selama ni kau tolak aku, kau tak fikir apa yang aku rasa kan. Sekarang kenapa kau takut pula?", tambah Terry sambil tangan merangkul pinggang Mawar.
"Terry apa ni, haram la. Awak nak apa dari saya sebenarnya?"
Mawar menolak Terry menjauh bila melihat Terry seperti tidak boleh mengawal diri tetapi tidak berjaya.
Malah pelukan Terry semakin erat sehingga jarak mereka hanya sejenggal. Nafas Terry juga dapat dirasa oleh Mawar
'Ya allah kau selamatkan aku ya allah'. desis Mawar, airmata sudah bertakung di mata.
"Berani lagi kau tolak aku kan. Tapi good question, aku nak kau la sayang", ujar Terry sedikit menggoda.
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Terry bila bibir Terry hinggap di pipinya. Kemudian Mawar terus berlalu keluar dari kereta. Airmata mengalir dipipi, begitu murah dia dimata Terry.
Mawar cepat-cepat menahan satu teksi yang lalu disitu supaya dapat lari dari Terry.
"Mawar", jerit Terry keluar dari kereta untuk menahan Mawar tapi malangnya teksi Mawar naiki sudah bergerak.
'tunggu kau, hari ni aku tak dapat. Aku akan pastikan kau jadi milik aku juga akhirnya nanti', desis Terry perlahan sambil tangan menggenggam penumbuk.
"tak guna", stereng kereta menjadi mangsa tumbukan Terry.
---
Mawar sampai di rumah dekat isyak juga. Mawar cuba menghubungi Ariff, tapi malangnya tidak diangkat.
"Abang, where are you? Angkat la telefon", Mawar mengesat airmata dipipi sambil melangkah masuk ke rumah.
"asslamualaikum", Mawar masuk ke dalam rumah.
"Lambat balik", tegur Aziz
"Tadi shopping, tak sedar masa berlalu", Mawar cuba berlagak tenang.
"ouh jumpa kawan lupa balik kan, dah pergi mandi. Lepas tu solat minta doa. Esok dah ujian penggal pertama kan?", tanya Watie pula.
"hehe sesekali ibu. Haah ibu esok ujian, alang masuk dulu eh", Mawar berlalu masuk kedalam biliknya dan duduk di atas katil.
Selepas beberapa kali mendial nombor Ariff, Mawar bangun dari katilnya.
Kemudian dia melangkah ke bilik air untuk mandi dan selepas itu menunaikan solat isyak. Dia mahu merehatkan dirinya untuk peperiksaan trial SPM esok, kejadian tadi tidak mahu diingat.
---
"Ya allah batery habis rupanya", Ariff cuba membuka telefon bimbitnya tetapi tidak dapat. Dia mengecas telefon bimbitnya kemudian di on kan kembali.
"banyak nya call", Ariff melihat call dari Mawar sehingga 15 missed call.
Ariff mendial nombor Mawar serta merta. "Assalamualaikum sayang", Ariff memberi salam.
"Waalaikumussalam Ariff. Mawar dah pergi sekolah la, ada apa kamu call?", Watie menjawab salam Ariff.
"eh ibu, tak ada. Seharian Ariff pergi kursus tadi, tak perasan pula batery habis. Lepas tu on nampak Mawar call, tu yang Ariff call balik", maklum Ariff.
Tengah hari tadi semasa rehat, dia ingat mahu membuka phone tetapi tidak sempat kerana dipanggil untuk menghadiri lunch meeting.
Seharian itu dia hanya fokus kepada kursus sahaja, tidak pula ada masa untuk membelek phonenya sehingga malam. Sampai di hotel, baru dia dapat membuka phonenya.
"Ouh mungkin dia nak suruh kamu doakan dia la tu, hari ni kan dia ujian. Mesti dia lupa waktu kamu dengan kami lain, sekarang tengah malam kan disana?", tanya Watie.
"Haah ibu, tu yang Ariff baru sampai hotel ni, ingat nak check la phone. Ouh fasal tu Mawar ada juga maklum, sampai kan wish Ariff dekat dia tau ibu", Ariff berkata mesra dengan ibu mentuanya.
"Inshaallah, kamu pergi la rehat dulu ya", ujar Watie lembut.
"ok ibu, pesan dekat Mawar. Sepanjang Ariff di New York ni, Ariff busy sedikit. So tak banyak masa nak luangkan untuk vc dengan dia", pesan Ariff.
"Alah mengadanya nak vc bagai si Mawar ni, iya la nanti ibu maklumkan", balas Watie
"tak apa la ibu, dah sayang. Layan kan juga la kan", Ariff menjawab tertawa sedikit.
"Hmm untung la Mawar, dah kamu rehat ya. Assalamualaikum bye", Watie meminta diri.
"Ok ibu, bye waalaikumusssalam, kirim salam dekat semua tau", Ariff sempat memesan lagi.
"inshaallah", Watie mematikan panggilan.
Ariff hendak menutup telefon, tetapi ada notification masuk. Dia melihat chat itu, terpapar gambar yang tidak dijangka.
Ariff dengan muka menahan geram melihat nombor yang menghantar gambar tetapi nombor itu tidak dikenalinya.
Ariff menghempas telefon ke katil dan mencapai tuala. 'Ish, benda mengarut apa ni?', desis Ariff.
Kemudian berlalu masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri dan selepas itu tidur kerana penat seharian menghadiri kursus.
---
Ariff sudah pulang ke Malaysia tetapi dia hanya balik kerumahnya sahaja kerana masih sakit hati melihat gambar yang dihantar itu.
Telefon bimbitnya juga di off bagi menenangkan fikiran. Familynya juga tidak dimaklumkan bahawa dia sudah sampai di Malaysia.
---
"Mana abang ni? bukan flight semalam ke? Tak akan tak sampai lagi?"
Banyak persoalan di kepala Mawar kerana Ariff masih tidak dapat dihubungi dan risau menghurung hati.
Sudah seminggu berlalu, tetapi mereka berdua sudah jarang bervideo call. Esok pun dah masuk hari minggu.
"Ibu, Ariff ada call ibu tak?", tanya Mawar kerana risau kepada ibunya yang berada di ruang tamu.
"Banglang kata dah gerak, mungkin dalam perjalanan la tu. Sekarang kan tengah solat jumaat, dia berhenti dekat mana-mana la tu untuk solat", jawab Watie.
"Macam tu, tak apa la. Alang tunggu dalam bilik", Mawar melangkah lemah untuk masuk ke bilik
"hui, tak nak lunch dulu ke?", tanya Watie bila melihat Mawar seperti risaukan sesuatu.
"Tak nak la ibu, alang tunggu Ariff. Ibu makan la dengan ayah nanti", Mawar terus berlalu masuk bilik.
---
"Alang jom dinner, dari tengah hari tak makan kan? Nanti perut tu masuk angin", ajak Watie mengetuk pintu.
"Tak lapar la, ibu makan saja dengan adik and ayah. Nanti kalau lapar, alang bakar roti ke apa", Mawar menolak ajakan ibu lembut.
"Tak payah masak la, nanti ibu tinggal kan sikit. Makan tau, nanti sakit pula", ada nada risau dalam ayat Watie.
"Okay, don't worry ibu", Mawar menyedapkan hati ibu.
---
"where are you baby? Seharian sayang tunggu?", Seharian Mawar mendial nombor Ariff tanpa henti dari semalam.
"Assalamualaikum daddy", Mawar telefon daddy sebagai inisiatif lainnya.
"Yes my pretty, ada apa call daddy?", balas Amirr mesra melayan menantunya.
"Tak ada, Wa nak tanya ni. Ariff ada call daddy tak?", tanya Mawar straight to the point kepada daddy.
"Ariff tak ada pula call daddy, tapi bukan dia dah balik Malaysia ke? Dia tak call pretty ya?", tanya Amirr
"sebab dia tak jawab call Wa la, Wa call daddy ni", adu Mawar resah
"Batery dia habis ke apa, ada la tu. Kalau tak, tak akan dia nak biarkan pretty risau fasal dia", pujuk
Amirr bila melihat keresahan Mawar.
"Hmm ok la daddy. Nanti kalau Ariff call, daddy inform Wa balik tau", pesan Mawar.
"ok, dah jangan risau risau. Ariff will be fine", Amirr menenangkan Mawar.
"Inshaallah daddy. Wa nak lunch ni, lain kali kita sambung ya", Mawar meminta diri.
"my pretty baru nak lunch? dah pukul 3 dah, kenapa lambat sangat lunch?", tanya Amirr risau.
"Tak ada selera la daddy, Wa risaukan Ariff", Mawar mengendurkan suara.
"Jangan macam tu. Dah pergi lunch, lepas tu rehat", Amirr berkata seakan memberi arahan
"Ya la daddy, Wa lunch sekarang. Bye assalamualaikum", Mawar memberi salam.
"Waalaikumussalam", selepas mendengar daddy menjawab salamnya Mawar mematikan panggilan.
Memang dari tengah hari semalam dia tidak makan. Baginya perasaan risau kepada Ariff lebih penting dari rasa lapar.
Mawar hanya terbaring lemah di atas katil. Bukan setakat risau Ariff tidak sampai di rumah, tetapi dia risau macam mana kalau Ariff dapat tahu apa yang Terry buat kepada dirinya.
---
"Ayah, alang tak boleh sabar lagi dah. Jom hantar alang pergi rumah Ariff"
Mawar lepas melihat familynya selesai breakfast, bihun goreng didalam pinggan Mawar tidak terusik.
"Tolong la hantar alang, yah. Hati ni tak tenang selagi tak tengok muka dia", tambah Mawar lagi sambil merengek bila melihat reaksi ayah seakan tidak percaya.
"Hmm ok, pergi la siap. Dalam pukul 10 macam tu kita gerak", Aziz mengalah bila mendengar rengekan anak daranya yang seorang itu.
----
Mawar sudah tiba dihadapan rumah Ariff.
"Dia dah balik, tapi kenapa tak jawab call kaklang?", suara Mawar sedikit tinggi bila terlihat kereta Mercedes-Benz bewarna silver milik Ariff berada dalam pagar rumah.
"Sabar lang, bawa bincang. Kalau marah macam ni, perkara tak selesai. Mesti ada sebab, kenapa dia tak bagi tahu", pujuk Watie
"tak marah bu, cuma terkilan dengan sikap Ariff. Kaklang punya la risau kan dia dekat rumah, dia duduk sini senang lenang", ujar Mawar sedikit kendur.
"Dah masuk la, ingat bincang dulu. Dalam rumah tangga ni kena ada give and take. Jangan dua-dua keras kepala, habis la macam tu", pesan Aziz sambil mengusap lembut kepala anaknya.
"Inshaalah ibu ayah, kaklang boleh selesai kan masalah ni dengan baik. Kaklang masuk dulu", Mawar menyalam kedua tangan ibu ayah dan berlalu masuk ke rumah.
---
Kaki terus dihalakan ke arah bilik mereka. Terpapar Ariff sedang lena tidur di atas katil.
Bila terpandang wajah Ariff, hatinya sedikit sebanyak lega bahawa Ariff ok. Cuma sikap Ariff yang tidak memberitahunya itu sahaja dia terkilan.
Mawar melangkah turun ke bawah untuk memasak makan tengah hari supaya mereka berdua boleh makan bersama.
Selera nya muncul semula bila melihat wajah Ariff. Selesai masak, Mawar menuju kebilik untuk mengejutkan Ariff.
"Abang, bangun. Jom kita lunch", Mawar menepuk lembut bahu Ariff.
Ariff mengeliat bila ada orang mengejutnya. Ariff membuka matanya perlahan, "hmm"
"Jom kita lunch", ajak Mawar mesra bila melihat Ariff memandangnya.
"Pukul berapa ni?", tanya Ariff tanpa nada. Dia tak terkejut Mawar berada dirumanya.
"Dah pukul 1, sayang dah masak. Jom kita turun", Mawar cuba mencapai tangan Ariff untuk bangun.
"Tak apa, pergi la makan dulu. Abang nak mandi solat first", Ariff bangun sendiri balik mengelak Mawar menyentuhnya.
"sayang tunggu abang la", Mawar cuba berlemah lembut.
"Abang suruh makan dulu kan?! dah tak payah tunggu abang", nada Ariff berubah serius dan dia berlalu ke bilik air.
Airmata Mawar bertakung melihat cara layanan Ariff kepadanya. Memang Ariff seorang yang tegas tetapi dari nada Ariff tadi seolah dia membuat kesalahan.
Sehingga petang Mawar menunggu Ariff di ruang tamu sambil menonton televisyen. Ariff hanya duduk di bilik kerjanya sahaja setelah selesai menunaikan solat zohor.
'aku ada buat salah ke? dari tadi macam nak mengelat tengok muka aku saja', Mawar berkata sendiri.
---
Malam pun menjelma, Ariff hanya turun ke bawah untuk mengambil minuman di dapur.
Kemudian naik balik ke bilik kerjanya. Ada juga Mawar menegur tetapi Ariff seakan tak mengendahkan Mawar.
Selepas menunaikan solat isyak dibilik solat. Mawar masuk ke dalam biliknya, berharap Ariff sudah berada di situ.
Dia perlu berbincang face to face dengan Ariff untuk tahu kenapa Ariff seakan marah kepadanya. Bak kata ayah kita perlu selesaikan masalah rumah tangga dengan matang.
Pintu bilik dibuka perlahan, jelas Ariff yang sedang membaca buku sambil bersandar dikepala katil.
"Abang, nak cakap sikit boleh?", Mawar memulakan perbicaraan sambil melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelah Ariff.
"Hmm?", jawab Ariff sepatah masih memandang buku ditangan.
"Apa masalah abang ni? Sayang ada buat salah ke?", suara Mawar sedikit naik bila melihat Ariff masih tidak mengendahkannya.
Ariff terkejut dengan nada suara Mawar, tangan naik membuka telefon bimbit dan menayangkan sebuah gambar. Phonenya diserah kepada Mawar.
"Mana abang dapat ni? siapa hantar?", tanya Mawar gelisah bila melihat gambar di dalam telefon Ariff.
Terpapar gambar Terry dan dia di dalam kereta dengan jarak yang sangat rapat.
"Perlu ke tahu orang yang hantar. Awak gelisah ni kenapa kalau bukan salah awak. Saya bagi izin untuk keluar dengan kawan-kawan awak, tapi awak salah guna"
Ariff membahasakan panggilan 'saya' 'awak'. Dipaut kecewa hati Mawar.
"I can explain, benda tu tak dirancang"
Selama perkahwinannya Ariff tidak pernah menggunakan panggilan selain 'abang' 'sayang'.
Mawar cuba mencari anak mata Ariff supaya Ariff tahu dan yakin yang penjelasannya itu benar.
"explain now", jawab Ariff dengan nada serius.
"Ariff, look at my eyes. Sayang just terserempak dengan dia dekat IOI saja la", Mawar cuba memujuk dan memastikan mata Ariff tepat memandang ke matanya.
"Macam mana gambar tu awak boleh ada dalam kereta?", soal Ariff masih serius.
"Dia hantar kita orang semua balik. Rumah sayang kan paling jauh", terang Mawar perlahan.
"Perlu ke berduaan? And you guys buat apa dekat tepi jalan dalam jarak yang dekat macam tu", suara Ariff sedikit tinggi akibat menahan gerammya dari hari pertama melihat gambar itu.
"Abang, could you understand me?", Mawar meminta Ariff untuk berlembut dengannya.
"No Mawar, explanation awak tak membuktikan yang awak tak bersalah. Awak boleh biar saja dia serapat itu dengan awak, perempuan jenis apa awak ni?", suara Ariff tinggi melepaskan amarahnya.
"Ariff, selama awak berkahwin dengan saya? Awak pernah nampak ke saya bagi lelaki rapat dengan saya. Cuma time tu lelaki itu yang bermasalah"
Mawar cuba membela dirinya, panggilan 'saya' 'awak' juga digunakan.
"Awak nak salahkan laki tu saja, kenapa awak tak keluar dari kereta itu. That means awak merelakan perbuatan dia, silap-silap awak ni tak virgin lagi", tengking Ariff di ayat akhir.
Ariff meluahkan semuanya tanpa memikirkan perasaan Mawar. Apa yang dia tahu, dia sakit hati bila melihat gambar itu.
Pang!
Satu tamparan hinggap dia pipi Ariff selepas mendengar tuduhan dari mulut Ariff.
"Jangan hina saya macam tu Ariff, saya cuba sedaya upaya menjaga kehormatan diri saya untuk insan yang bergelar suami sahaja. Tuduhan yang awak berikan tu sangat berat untuk saya terima", air mata Mawar sudah mahu mengalir kesal dengan tuduhan Ariff
Ariff sekarang sudah lain daripada Ariff yang dikenalinya dulu. Ariff dulu tidak pernah berkasar dengannya atau bercakap sesuatu yang boleh menyakitkan hatinya seperti ini
"Jadi sebab itu la awak elak tidur dengan saya kan, rupanya awak tak virgin dah. Saya ingat perempuan kampung macam awak ni suci, rupanya sama sahaja"
Tuduh Ariff lagi tersenyum sinis tidak memikirkan sakit dipipi akibat tamparan Mawar.
"Apa yang awak cuba cakap ni, kalau awak nak tahu la kan. Dengan awak pun saya susah nak bagi badan saya, padahal awak berhak. Inikan lagi lelaki yang tah mana datang tu", Airmata Mawar akhirnya mengalir deras.
"Kalau awak menyesal sangat kahwin dengan saya sebab saya murah. Ceraikan saya", perlahan Mawar berkata sambil menyeka airmata dipipi.
Ariff tersentap dengan ayat Mawar. Baru dia perasan dirinya sudah keterlaluan bila berbicara dengan Mawar.
"Sa-sayang, I'm sorry", ucap Ariff kesal sambil mencapai tangan Mawar.
"Dah la Ariff, kalau rasa menyesal. Pulangkan balik saya dekat ibu ayah saya, tak payah nak hina saya macam tak ada maruah"
Mawar menarik tangan yang berada dalam genggaman Ariff tetapi malangya gagal.
"Jangan cakap macam tu sayang. Abang tak sengaja tadi", pujuk Ariff lagi.
"Tak sengaja awak cakap, saya penat la awak. Awak tahu tak, dua tiga ni saya risaukan awak macam nak gila. Tapi mana awak, awak boleh off phone duduk sini macam tak fikirkan saya langsung kan", Mawar meluahkan isi hatinya pula.
"No sayang bukan macam tu. Abang jadi marah tengok gambar tu, sayang tahu abang cintakan sayang macam mana kan. Abang tak boleh terima ada lelaki lain yang rapat dengan sayang", Ariff menarik pinggang Mawar untuk rapat dengannya.
"Saya tak boleh nak kawal semua orang, mana saya tahu ada lelaki nak rapat dengan saya apa ke. Cerita sekarang, KEPERCAYAAN awak dekat saya tak ada Ariff. Lepas awak tengok gambar tu, awak percaya bulat bulat tanpa dengar penjelasan saya"
Mawar menekankan perkataan 'kepercayaan' sambil menolak lengan Ariff yang memeluknya
"Abang percaya la dekat sayang. Sayang please forgive me, honey"
Ariff menarik Mawar ke dalam pelukannya. Airmata yang masih tersisa dipipi Mawar disapu dengan ibu jarinya.
Belum sempat Ariff mengucup kelopak mata itu, Mawar dengan pantas bangun.
"Saya penat la, awak mesti tak percaya dengan saya sebab..", ayat Mawar terhenti, dia bangun dari duduknya dan menjauhi Ariff.
"sebab saya still tak nak jalankan tanggungjawab melayan awak kan. Mesti tak cukup sepenuh hati saya yang saya bagi ni kan, kalau macam tu tak apa this night saya dah ready nak layan awak"
Sambung Mawar nekad dengan keputusannya. Kaki berjalan menghala ke almari.
"No sayang, abang tak macam tu. Abang tak akan paksa sayang, abang janji akan tunggu sayang ready kan", tolak Ariff keras sambil dia juga turut bangun dari katil dan pergi kearah Mawar
"No Ariff, I'm ready. Kalau saya dah layan awak, baru awak yakin yang saya awak punya kan?", Mawar membuka almari baju.
"Mana ada macam tu, setiap masa abang yakin yang sayang milik abang sepenuhnya", Ariff menolak lagi dengan lembut.
"It's okay, saya dah janji kan. So, sekarang let me do my responsibility", Mawar meyakinkan Ariff.
"Betul ni?", Ariff mahukan kepastian sambil memeluk Mawar dari belakang.
"Abang tak nak sayang terpaksa layan abang", Ariff membisik ditelinga Mawar
Mawar mengganguk bagi menjawab soalan Ariff, "Saya ready awak", kata Mawar tekad.
"Ni buka almari lagi buat apa?", tanya Ariff tersenyum menggoda dibahu Mawar.
Nafas ditarik panjang, sebelum dihela perlahan. Dia perlu tenangkan diri daripada masalah yang mereka bincangkan tadi.
"Nak tukar baju tidur", jawab Mawar ringkas.
"Tak payah tukar. Bangun pagi esok semua dekat lantai juga, dah jom", Ariff mencempung Mawar ke arah katil mereka.
"Abang tutup lampu dulu, malu la", ujar Mawar tersipu malu mendengar ayat Ariff tadi. Moodnya sudah kembali ok.
"Biar saja la, I want to enjoy my LONG night with you, honey"
Ariff menekankan perkataan 'long' sambil membuat muka seperti harimau mahu menerkam mangsanya.
Ariff meletakkan Mawar di atas katil dengan lembut
"I will make you remember this night forever", bisik Ariff menggoda di telinga isterinya sambil badan sudah menindih Mawar.
"Please baby, I'm yours", balas Mawar manja dalam lenggok yang menggodakan sambil merangkul leher Ariff.
Nafsu Ariff sudah mencuak-cuak naik mendengar godaan Mawar. Dengan pantas dia menyatukan kedua bibir mereka.
Daripada ciuman lembut dan penuh belaian, permainan semakin rancak menjadikan ciuman itu semakin rakus. Tangan dia pula naik menjalar keseluruh bahagian tubuh milik isterinya.
Mereka akhirnya terbuai dengan layanan masing-masing, hanya desahan yang didengari dari bilik mereka sepanjang malam itu.
Malam pertama yang dinantikan dirasai sangat bahagia untuk mereka berdua.
---
Jam loceng di telefon menandakan pukul 4:30, Mawar membuka mata perlahan-lahan.
Dia cuba memproses apa yang berlaku malam tadi, automatik tangan naik membawa selimut menutup muka kerana malu.
Kemudiannya dia mendonggakkan kepala sedikit kerana dia mukanya berada di dada Ariff untuk melihat wajah yang memeluknya.
Tangan naik menjalar ke seluruh muka Ariff sambil senyuman di bibir.
Hidung mancung, bibir kemerahan, bulu mata yang lentik milik Ariff di beleknya secara teliti.
"I'll make sure only you can touch me in this world", Mawar berkata perlahan tidak mahu mengejutkan Ariff. Setiap inci muka Ariff dilepaskan ciuman.
"Kenapa la baru sekarang sayang perasan yang muka abang ni handsome kan? you have a perfect face abang", Mawar tertawa kecil mendengar pujiannya sendiri.
"I knew it, honey", balas Ariff tersenyum menggoda.
Mawar terkejut. "Abang dah bangun", Mawar malu kalau Ariff tahu segala perbuatannya tadi.
"Dah lama dah sayang, before sayang lagi. Abang tahu apa yang sayang buat tadi"
Ariff tersenyum bahagia bila seluruh jiwa dan raga Mawar menjadi miliknya.
Mawar menekup mukanya kedada Ariff rapat kerana malu kantoi dengan perbuatan
"saja la tu", Mawar menyembabkan muka di dada Ariff sambil mengeratkan pelukan.
"Tak payah la nak malu, abang ok saja", Ariff tergelak bila melihat wajah Mawar yang sudah kemerahan.
"Ish dah la bang, jangan la gelak kan sayang", Mawar menampar lembut dada Ariff.
"Kenapa muka sayang merah, malu dengan abang eh? Tak payah nak malu, abang dah nampak semua pun", usik Ariff menarik dagu lembut Mawar supaya muka mereka bertentangan.
Lagi la Mawar menarik selimut, kali ini menutup seluruh badan. "Benci la macam ni", rengek Mawar.
Ariff cuba menarik selimut ke bawah tetapi genggaman Mawar kuat memegang selimut.
"Sayang nak keluar dari selimut, atau abang yang masuk. Kalau tak, kita sambung second round nanti", ugut Ariff.
Mawar mencebik mendengar ugutan Ariff, perlahan-lahan selimut diturunkan supaya melihatkan mukannya.
"Kenapa menyorok dalam selimut?", tanya Ariff mesra.
"Mana ada", nafi Mawar melirik ke arah lain.
"Dah la abang ni, tak payah la nak main tenung tenung pagi buta ni. Sayang nak mandi la"
Mawar bangun dari baringnya kerana gementar melihat tenungan Ariff kepada dirinya dari tadi. Ada yang tak pergi sekolah dia hari nanti.
"Biar la, isteri abang kot yang abang tenung ni. Thank you tau sayang", Ariff menarik Mawar untuk kembali baring disebelahnya.
"Abang nak cakap terima kasih sebab sayang dah jadikan jiwa dan raga sayang hanya untuk abang", ujar Ariff dengan ikhlas bila melihat isterinya hanya membeku dari tadi menahan malu.
"Sama-sama, you always be a part of me. Kalau abang tak ada, separuh nafas sayang pun hilang tau", Mawar tersenyum ke arah Ariff.
"Dah sayang sekolah hari ni, jom bangun", Mawar kembali bangun
Dia melangkah perlahan-lahan ke bilik air, sakit juga celah kelangkang dia ketika ini. Itu mungkin kesan sebab baru pertama kali kot.
"Sayang jom mandi sekali", ujar Ariff dengan suara menggoda sambil menarik tangan Mawar yang cuba melangkah ke toilet.
"saja la tu, bukan dia tak tahu jawapan", Mawar mencebik malas mahu melayan Ariff.
"Hehe, abang memang dah tahu. Nak dengar dari mulut sayang saja", Ariff melirik senyum.
"Boleh, dah la cepat. Nak tunggu siapa angkat abang", Mawar menarik tangannya dan berlalu ke dalam toilet.
"Tunggu la sayang", Ariff terus bangun dan turut masuk ke toilet.
---
TO BE CONTINUE...
Apa la kan si Terry tu? By the way, macam mana chapter hari ni... korang suka?
Share this novel