P.J. -CHAPTER 38-

Romance Completed 43926

IPHONE yang berbunyi disebelah beberapa kali menganggu kerjanya. "Apa lagi Fea nak ni?"

Lambat-lambat tangan menekan button hijau di screen iPhonenya. "Riff, lama nya nak angkat call Fea", suara Sofea menerjah telinganya.

"Assalamualaikum", perli Ariff memberi salam.

"Ala Riff ni, waalaikumussalam. Free tak?", tanya Sofea mesra.

"Bersepah kerja I ni Fea, memang tak free la cerita dia", balas Ariff laju.

"You please. Esok Fea nak balik dah", manja saja rengek Sofea.

"I give you an hour, serious I kata. Riff banyak sangat kerja hari ni", panggilan terus ditamatkan.

Ting!

Sofea: Fea tak sempat nak cakap, dah letak. Tolong ambil Fea tau. Location bawah

Location!

Ariff meraup rambutnya kasar. "Stres betul aku macam ni", keluh Ariff.

Siapa tak stres? Masalah dekat rumah tadi masih didalam kepalanya, ditambah lagi dengan Sofea ini.

Ish! Akhirnya kaki lambat-lambat siatur perlahan keluar dari pejabat, meja Nadia PA dia dituju.

"Nad, I keluar sekejap tau", pesan Ariff senada.

"Baik tuan", Nadia mengangguk faham.

---

Mawar mengajak Irma untuk keluar makan denganya pada tengah hari itu.

"Jom Doc. Maaf ya kalau restoran ni biasa saja, saya suka makan sini sebab masakan dia sedap", kereta Irma diberhentikan disebuah restoran.

"Apa la awak ni, saya ok saja. Yang penting perut kenyang", Mawar mencabut tali pinggangnya.

Irma tersenyum. "Jom kita masuk Doc", Irma membuka pintu kereta.

Mawar turut keluar dari kereta dan menutup pintu semula. Bila mahu melangkah matanya tertancap sesuatu.

'Abang?'

Dari jauh dia dapat melihat seorang perempuan tersenyum riang berjalan di sebelah Ariff.

"Itu bukan?...", kepala Mawar cuba mengingat.

"Sofea", sebaris nama itu keluar dari mulutnya.

"Doc! Doc kenapa? jom la masuk", Irma sudah berada disebelahnya.

"Ha? eh tak ada apa. Jom jom", Mawar menoleh semula, mereka sudah tiada.

"Tak Mawar tak, jangan salah sangka dengan husband sendiri. Tanya dia balik ni", Mawar cuba menyedapkan hatinya.

Itu la sikapnya dari dulu, dia tak pernah berubah. Sedikit pun dia tak pernah cuba untuk berburuk sangka kepada Ariff.

---

"Fea, dah la. Banyak dah you beli ni, I nak kena balik office", rungut Ariff.

"Ok kita balik. But jom pergi makan dulu, kedai depan tu saja", Sofea menunjuk ke kedai yang hanya 10 langkah dari mereka.

"Tak kisah la, cepat cepat", Ariff melangkah ke arah kedai itu.

Gulp!

Air liur terasa pahit ketika ini. Matanya tertancap ke arah Mawar bersama seorang wanita didalam kedai itu.

"Tak jadi, kita balik", Ariff terus berpusing dan melangkah laju meninggalkan Sofea.

"Riff hey kejap la", terkial-kial Sofea mengejar langkah Ariff.

---

Sampai di pejabat, jantung dipegang. Jelas degupan jantung laju seperti baru lepas berlari.

"Astagfirullah, yang kau gelabah macam buat dosa besar ni kenapa? It's ok, lepas ni Fea dah tak ada", Ariff menyedapkan hatinya.

Tok! tok!

"Masuk", muncul Nadia dimuka pintu

Nadia berjalan menghampiri meja Ariff. "Are you ok tuan? Muka tuan pucat saja", tegur Nadia.

Ariff menggeleng. "I'm ok, ada apa?", tanya Ariff menukar topik.

"Tadi Rita ada pass kan kad ni. Katanya ada orang bagi untuk Tuan dekat reception", berkerut dahi Ariff.

"Then you terima saja?", tanya Ariff.

"Rita kata, orang tu suruh juga. Urgent tuan", Nadia menyerahkan kad itu.

"Ha ok la, but after this. Jangan terima dah, tah dari siapa-siapa", Ariff mengambil kad itu malas.

"Ok tuan. That's all, saya keluar dulu ya", Ariff mengangguk. Nadia terus berlalu keluar.

Kad ditangan dibuka. "Sofea?", perkatan itu terkeluar melihat penghantar kad itu.

'First of all, thank you Ariff. Actually I'm going to stay New Zealand after this. Nanti Fea call Riff tahu lagi sekali kita jumpa. Maybe kita tak akan jumpa dah lepas tu, thanks for everything")'

Bertambah berkerut dahi Ariff. Perasaan dia sendiri bercelaru, ada happy ada sedih ada takut. Macam-macam.

"Haish", keluhan kasar dilepaskan.

Kertas project didepan dipandang semula, kad disimpan didalam beg kerjanya.

---

Hari tu pukul 5 Mawar sudah pulang. Kerana lesen dipercepat proses dan sudah siap, dah boleh diambil.

"Yeah dah boleh drive sendiri", ujar Mawar teruja didalam kereta.

"Amboi suka sangat tu. Bukan dia pernah drive pun sebelum ni", Haida menggeleng.

"Wa memang pandai drive. Cuma selama ni secara haram la, now dah boleh drive secara halal", kata Mawar menggunakan perumpaannya.

"Ada pula macam tu ya? nak kena tunggu 2 tahun juga baru hilang P tu", Haida terseyum.

"P tu tak ada masalah cik Da. Yang penting lesen ni dah valid", Mawar menayangkan lesen ditangannya.

"Guys, mama dah ada lesen", seronok saja nadanya memberitahu anak-anak nya dikerusi belakang.

"Kesian, tak kena layan ya. Tu la anak-anak sibuk dengan iPad masing-masing", Haida hanya tertawa kecil.

"Guys! Ey tak suka la mama macam ni", Mawar mencebik geram.

Nasib anak-anak tersayang, kalau tak mahu dirampas iPad ditangan mereka itu.

"Dah la. Jom kita balik, rehat ya", Haida membetulkan semula duduknya.

"Boleh, Wa pun penat ni. Habis baju bau darah ha", Mawar menjuihkan bibir ke bajunya.

"Ya la, cik Da. Jom ya", terus kereta Vellfire itu membelah jalan.

---

Kepala sekarang hanya mahu bercerita soal lesen nya sahaja kepada Ariff, kejadian pagi tadi sudah habis dilupa macam tu saja

Dia masih suka bercerita kepada Ariff seperti biasa!

"Abang, dengar la ni. Sayang nak cerita", Mawar mengoncang lengan Ariff lembut

"I'm busy!", nada serius Ariff mematikan niat nya.

Mawar terasa hatinya perit, perlahan dia turun kembali dari katil dan berlalu ke luar untuk ke bilik anak mereka.

---

Masuk saja didalam bilik anaknya, dia melorot dibelakang pintu. Tangisan pecah tanpa dipinta.

"Kenapa awak buat saya macam ni, Ariff?", tangisan dikawal supaya tiada sesiapa yang dengar.

"Please stop hurting me. Saya dah tak sanggup. Saya tak boleh. Saya risau saya tak mampu untuk maafkan awak lagi"

Kepala digeleng beberapa kali. Wajah nya yang penuh dengan air mata diraup kasar. Fikiran cuba dikosongkan supaya tidak menganggu hatinya.

Akhirnya malam itu dia mengambil keputusan untuk tidur bersama anak-anaknya. Tak tahu la sama ada Ariff perasan ataupun tidak.

---

"Doc! Are you ok?", tanya Irma duduk didepan Mawar.

"Awak memang suka tanya khabar orang eh? Everyday tau awak tanya saya ok ke tak", Mawar menggeleng.

"Saya risau la sebab mata Doc nampak sembab", Irma menayangkan wajah risaunya.

"Sembab?", Mawar mengeluarkan cermin dalam handbag nya untuk melihat.

Sembab! Betul mata dia nampak sembab, mungkin effect menangis semalam.

"Betul kan? Droc tak cukup tidur ke?", tanya Irma.

"I'm ok la, thanks risaukan saya. Nanti saya tepek la foundation ke apa", Mawar mengucapkan terima kasih.

"Saya setuju, better. Ok la saya keluar dulu ya", Irma mengangguk dan bangun.

"Alright", Mawar tersenyum.

Tap!

Satu kad terjatuh dari handbad, mungkin sebab tak tutup rapat tadi masa keluarkan cermin.

"What's it means Ya allah?", Mawar mencapai kad itu.

Nama yang tertera dia kad itu menjadi tanda tanya. Perlu ke dia berjumpa tuan kad ini?

---

"Hai sayang", tegur Syed.

Mawar menjeling tajam Syed. Tak suka bila perkataan itu digunakan oleh Syed.

"Please sayang, bagi aku panggil kau guna panggilan tu. Tak lama pun", rayu Syed lembut.

Ya, dia sendiri tak tahu berapa lama masa untuk dia tinggal dan bernafas di bumi Allah ini. Hanya tunggu masa sahaja...

"Fine", Mawar termakan juga dengan pujuk rayu Syed.

Syed tersenyum kemenangan sambil duduk dikerusi bersebelahan Mawar.

"Kenapa nak jumpa aku? Rindu ya?", Syed sengaja mengusik Mawar.

"Perasan kan", Mawar mencebik menyampah.

"Then? Jangan cakap kau saja jumpa sebab nak tengok muka handsome aku ni?", usik Syed lagi.

"Again, please la Syed", Mawar jelas menayangkan wajah menyampahnya.

"Ok aku stop, cerita la kenapa?", Syed sudah tersengih sendiri.

"First cerita ni tak ada kena mengena dengan aku tau, aku nak minta pandangan kau saja", Mawar mengingat awal lagi.

Dia tak mahu dianggap membuka aib rumah tangga nya sendiri, walaupun terluka teruk. Dia akan tetap simpan selagi mampu.

"Ok sayang, pandangan paling bagus aku bagi dekat kau nanti", balas Syed yakin.

Mawar tak dapat nak halang Syed memanggilnya dengan panggilan itu kerana dia pun sudah bersetuju.

"Kalau lelaki ni kan, dia macam makin lama makin jauh dari kita maksud nya apa ya?", Mawar bertanya.

"Apa?", dahi Syed berkerut. Soalan Mawar seakan menjadi tanda tanya dihatinya.

"Kau ni, punya beria kata tadi nak bagi pandangan paling bagus. Ni apa? apa?", tak puas hati sahaja nada Mawar.

"Sayang, jangan comel sangat boleh tak?", Syed tertawa kecil.

Mawar mendengus geram. "Sabar la, kau ni. Aku tengah berfikir la nak bagi pandangan apa", kata Syed mesra.

"Cepat la, konon otak tu bernas sangat", perli Mawar geram.

"Ok first mungkin dia sibuk dengan kerja dia, and kalau fasal ni tak perlu risau. Sebab tu menandakan dia bagus cari rezeki untuk family"

"Second, mungkin dia perlu kan masa untuk tenangkan diri. And kalau sebab ni, that girl pun perlu tengok diri dia juga. Mungkin dia orang ada salah faham"

"Third, mungkin dia dah berubah hati. Dia dah jumpa perempuan lain yang lagi bagus or someone else. And kalau sebab ni, tu yang sampai bercerai-berai"

Mawar yang teliti mendengar agak tersentak dengan options terakhir Syed. Air mukanya berubah menjadi sayu.

"Sayang, hey why?", suara Syed sedikit risau melihat wajah Mawar berubah sayu.

"Eh nothing la, aku ok saja", Mawar menceriakan wajahnya kembali.

Syed mengangguk faham. Tiba-tiba kepalanya sakit dan...

Huk! Huk!

Syed terbatuk kuat ditangannya. Mawar yang mendengar terkejut teruk bila melihat hujung mulut Syed ada darah.

"Syed, mulut kau", matanya tertancap pada tangan Syed yang memegang mulut tadi. Berdarah!

"Ya allah Syed tangan kau", laju tangan memegang tangan Syed.

"A-aku o-ok", tersekat sekat suara Syed. Badan nya terasa berat ketika ini.

"Syed kau kenapa ni?", tanya Mawar risau, dirapatkan kerusinya ke arah Syed.

Dush!

Syed jatuh tejelepuk didepan Mawar. Atau lebih tepat dalam dakapan Mawar dan tersandar lemah di dada Mawar ketika ini.

"Syed! Syed! Ya allah", Mawar menggongcang tubuh Syed risau. Syed masih tak sedarkan diri.

"Help! help! please someone help me!", jerit Mawar meminta tolong.

---

Perlahan mata dibuka, kepala yang masih sakit dipegangnya laju.

"Awak dah bangun"

Sara wanita dicintai masuk ke dalam pendengaran halwa telingnya. Dia kenal suara itu, milik Mawar!

Cahaya terang masuk ke dalam kornea matanya. "Argh!", kepala dipicit menahan sakit.

Menitis airmata Mawar melihat situasi itu. "Awak ok tak? Kejap saya panggil Doc"

Mawar yang mahu bangun ditahan oleh tangan Syed. "No need", Syed menggeleng.

"Awak sakit ni. Saya memang Pakar sini, tapi saya masih belajar. Jadi saya nak kena panggil yang lagi layak untuk check awak", suara Mawar risau.

"Why suddenly?", tanya Syed tiba-tiba.

"Ha?", terpinga-pinga Mawar menyapu airmatanya perlahan.

"Why suddenly sayang tukar panggilan?", tanya Syed mengulang semula dengan perlahan.

"Awak sakit ni, still ada masa nak tanya benda tu. You need a doctor right now", Mawar mencuba melepaskan genggaman tangan Syed.

"Tak payah, answer me first", Syed tetap mahu jawapan Mawar.

"I'm sorry, saya akan bantu awak untuk sembuh ok. You can do this", Mawar tersenyum ikhlas.

"Sebab aku sakit? kau kesian saja kan", pantas kepala Mawar menggeleng laju.

"Saya ikhlas awak, bukan kesian. Saya nak awak sembuh", Mawar perlahan-lahan membalas genggaman itu untuk menyalurkan keihlasannya.

"Umi dan Abah tahu?", lembut Mawar bertanya.

Syed mengangguk. "Dah berapa lama awak hidap penyakit ni?", tanya Mawar lagi sayu.

"Two year sayang", balas Syed tenang.

"Kenapa awak tak bagi tahu saya? Awak jahat sorok perkara ni dari saya.. ", sedih Mawar menyambung.

"Stage 4 awak. Awak menghidap barah otak stage 4, saya ni tak layak untuk tahu ke?", airmata Mawar mengalir sekali lagi.

"Perlu ke tahu? I'm nothing in your life", Mawar menggeleng pantas lagi mendengar ayat Syed.

"Salah Syed, awak salah. Awak orang penting dalam hidup saya, you're my first love. Walaupun hubungan kita dah berakhir, saya masih sayang awak as my family. Forever Syed, ingat tu"

"Kau tak perlu buat semua ni sayang, aku tahu kau kesian saja. Dah la kau balik", Syed melepaskan genggaman.

"Tak Syed, saya tak akan balik. Saya akan tolong awak sampai sembuh", Mawar nekad.

"Aku dah tak ada harapan lagi Mawar. Bila-bila masa saja aku boleh mati", balas Syed.

"No Syed. You have me, along, umi dan walid pun ada bagi semangat untuk awak. Kita jangan mengalah ok, saya nak awak sembuh", Syed menggeleng pula.

"Harapan aku tipis sayang, kau lupakan saja hasrat kau tu. Tak akan jadi kenyataan at all", nada Syed berubah kesal.

"Syed, from towrds now on saya tak nak dengar dah ayat tu keluar dari mulut awak. Allah suruh hamba dia berusaha sehabis baik, bukan menyerah kalah macam tu", Mawar memberi kata-kata semangat.

"Kau keluar la sayang, aku nak rehat", seakan tak termakan dengan nasihat Mawar, malah menyuruh Mawar keluar.

"Sampai hati awak Syed halau saya keluar", airmata dipipi dibiar sahaja mengalir.

"Aku bukan halau, badan aku penat. I need rest saja sayang", laju Syed membetulkan ayatnya.

"Ok saya bagi awak rest, but after this saya akan datang sini selalu selagi awak tak discharge. Lagipun saya sentiasa ada saja dekat bilik saya tu", Mawar bangun dari kerusinya.

"Kau jadi pakar dekat cancer clinic @ PHKL ni ke?", tanya Syed hairan.

"Ya awak, sebab tu saya nak tolong. Awak kena kuat tau, saya keluar dulu", Mawar berdiri ditepi Syed.

"Kejap lagi along, umi dan walid sampai tu, tadi mereka turun beli makanan dekat cafe", Mawar sempat memesan tersenyum sebelum melangkah keluar.

Syed menghantar Mawar keluar dengan pandangan mata. 'Aku bertahan selama 2 tahun ni pun untuk jumpa kau, sekarang aku dah boleh pergi dengan tenang'

Tanpa sedar airmata juga turut mengalir perlahan melihat kesungguhan Mawar. Sungguh hatinya dijentik perasaan sayu bila Mawar masih mengambil berat tentang dirinya.

Kenapa la dia tak berusaha keras mempertahankan hubungan mereka dulu?

---

Masuk didalam bilik matanya terus tertancap ke arah Pc iPhone didepannya. Perkataan 'barah otak' dicari.

"Rawatan radioterapi yang digunakan untuk barah otam adalah stereotactic radiosurgery", leka mulut mambaca hasil cariannya.

"So, awak sedang ambil radioterapi la ya?", tanya nya sendiri. Bacaan disambung.

"Bagi kimoterapi pula, ubat temozolomide yang iaitu dalam bentuk pil boleh diberikan kepada pesakit barah otak. Tapi ubat ini mempunyai kesan sampingan, contohnya... ", terhenti bacaan Mawar.

"Because of that awak muntah darah tadi, sebab effect ubat ni. Awak tak boleh cakap banyak", Mawar angguk dapat menganggak.

Rambut gugur?

"Patut rambut awak dah nipis sekarang ni, mesti banyak gugur kan?", tanya Mawar lagi.

Tak boleh jadi ni! Mawar menaip pula 'Cara untuk merawat barah otak secata tradisional'

Keladi Tikus!

"Tapi mana aku nak cari? Tanya Irma la", Mawar bangun dan berlalu keluar.

---

"Irma", panggil Mawar berdiri didepan kaunter yang Irma duduk.

"Yes Doc, boleh saya tolong?", tanya Irma mesra.

"Mana nak cari keladi tikus?", tanya Mawar striaght to the point.

Berkerut seribu dahi Irma. Dia tahu keladi tikus tu antar ubat untuk kanser. "Jangan cakap yang tadi tu hus...", tangan dihalakan ke arah Mawar.

Mawar sudah tak kisah, yang penting dia jumpa 'keladi tikus' itu. "Ya, he's my husband", balas Mawar acuh tak acuh.

"Seriously Doc? Saya tak tahu pun, I'm sorry. Tuan Syed tu dah lama masuk sini, since 2 years ago lagi", wajah Irma berubah memandang Mawar.

Mawar faham! Mesti nak cakap dia tak jaga husband sendiri kan.

"He hiding it from me. Baru tadi saya tahu, sebab tu saya nak minta tolong awak carikan", balas Mawar.

"Ya allah, Tuan Syed rahsiakan. Doc mesti sedih sangat kan, saya nampak betapa panic nya Doc tadi", Irma turut berasa simpati.

"Irma please answer me, soal saya nanti la. Boleh tak?", tanya Mawar sekali lagi.

"Sure Doc kalau ada esok, saya bawa", Irma mengangguk

"Thanks Irma, don't tell anyone about this ok", sempat Mawar berpesan sebelum berlalu pergi

"Saya janji Doc itu privasi Doc kan? Jadi saya akan rahsiakan. Saya harapa Doc kuat ", Irma tersenyum faham.

---

Kaki tak dihalakan ke bilik dia, tetapi gatal mahu mejenguk ke bilik Syed. Tertinjau-tinjau Mawar dari luar.

Klek!

Pintu bilik Syed dibuka mengejutkan Mawar.

"Eh Wa, nak masuk ke?", tanya Datin Syasya, umi Syed lembut.

"Tak la umi, Wa nak tengok dari luar saja. Ni umi baru naik ya?", tanya Mawar sopan.

"Ya sayang, umi baru sampai. Umi tengok anak umi terbaring lagi, sayu saja hati umi ni Wa", Syasya menyatakan kerisauan hatinya.

"Umi kena kuat, Syed perlukan along, umi dan walid", Mawar mencapai tangan umi dan digenggamnya.

"He needs you more Wa. Setiap hati umi ada bersama dia, hanya nama kamu sahaja yang terpacul dibibir dia", Mawar terkedu mendengar ayat umi.

"Selama dua tahun juga bertahan supaya dapat tengok kamu untuk kali terakhir sebelum dia pergi", sayu nada Syasya

"Umi", mata Mawar sudah kabur menahan kolam airmatanya.

"Seminggu lepas seingat umi, dia cerita dia jumpa kamu. Seronok jangan cakap la, sampai dia lupa dia ada sakit itu", bibir Syasya mengukur senyum nipis.

"Umi harapa kamu tak tinggalkan dia dah ya? Umi tahu kamu ada suami, tapi masa dia tak lama Wa. Please be with him di saat-saat terakhir dia ni", Syasya mengenggam tangan Mawar erat.

Airmata jatuh juga walau ditahan. Sungguh tulus dan suci cinta dia kepadaku ya allah!

'Kenapa ya allah? Semua orang yang menyangangi ku dan diriku menyangangi mereka, semua pergi tinggalkan aku', desis Mawar.

'Tolong ya allah, tolong hambaMu. Aku tak kuat untuk menerima kehilangan buat kali kedua dalam hidup ni', airmata sudah jatuh lebat dipipi.

"I'm sorry umi, Wa janji selagi Wa mampu. Wa akan always be with him, setiap masa", tubuh umi dipeluk kasih.

"Terima kasih Mawar", Syasya membalas pelukannya.

---

Mawar melangkah masuk semula ke bilik Syed sebelum dia pulang pada petang itu.

"Assalamualaikum", Mawar menolak daun pintu.

Kosong!

"Aku dekat sini la", pantas menoleh ke pintu bilik air. Syed sedang berjalan keluar dari situ.

"Awak ok? meh saya tolong", Mawar mahu membantu memapah Syed.

"Aku bukan kudung sayang, boleh saja jalan", terhenti niat Mawar, kepala digaru.

"Saya ada beli bubur McD untuk awak, nah", Mawar meletakkan plastik ditangan di island table katil Syed.

"Kenapa kau macam ni?", Mawar auto memandang tepat wajah Syed.

"Kenapa kau kena layan aku macam ni, Ariff tak marah?", Syed mengulang.

Mawar menggeleng. "Dia tak tahu, dan tak perlu tahu. Lagipun ini pilihan saya, saya nak awak sembuh"

"Tak perlu Mawar, aku dah tak.. ", laju Mawar memotong.

"Dah jangan mengarut, cepat duduk sini. Saya nak balik kejap lagi, saya teman awak makan dulu ya", Mawar duduk di birai katil Syed.

Syed berjalan dan duduk semula dikatilnya. "Jom makan, for today porridge dulu", Mawar membuka penutup bekas bubur dan dipegangnya.

"Kau keluar hospital untuk beli ni?", tanya Syed melihat Mawar sudah mengacau bubur untuk dimakan.

"Delivery je, saya malas drive", Mawar mengambil bubur menggunakan sudu.

"Buka mulut. Eh kejap, nak suap sendiri or ...", Mawar terhenti.

"Tak apa bak sini sudu tu", Syed mengambil sudu dari tangan Mawar dan menyuap dirinya sendiri.

Mawar tersenyum. "Makan ok, saya teman. Habiskan tau"

"Kau balik saja sayang, aku boleh makan seorang", kata Syed lembut.

"Tapi saya...", Syed memotong kata Mawar.

"No but, pergi la balik. Kau dah seharian kerja, mesti nak spend time dengan family kan", pujuk Syed lembut.

"Kalau awak cakap tu, ok la. Saya balik, makan sampai habis tau. Pagi esok saya teman awak breakfast", Mawar bangun dan menyarung handbag nya semula.

"Bye assalamualaikum", Syed sekadar mengangguk dan berbalas senyuman dengan Mawar.

Klek!

Dengar pintu tertutup dengan pantas dia berlari ke bilik untuk memuntahkan bubur itu.

"Bluek bluek", semua habus dibuangkan semula.

Memang semua makanan yang dimakan akan dimutahkan kembali. Badannya juga susut secara mendadak.

Dia hanya berlakon sihat didepan Mawar supaya nampak kuat. Padahal, dirinya sendiri sudah tidak larat. Badan nya akan selalu rasa lemah.

---

TO BE CONTINUE...

Ya allah kesian dekat Syed kan, bertahan sebab Mawar selama ni.. btw korang cuba la teka what happened next

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience