P.J. -CHAPTER 36-

Romance Completed 43926

"HMM, kau eh awak eh you", teragak-agak Syed sambil menggaru kepala perlahan.

Hatinya sedikit nervous melihat wajah wanita didepannya. Makin cantik!

"Hahah, macam biasa saja la. Kau aku", balas Mawar tertawa kecil.

"Ouh kau aku eh? Ha okay, kau sihat Wa? Lama kita tak jumpa?", tanya Syed berlagak tenang.

"Sihat, macam ni saja la. Kau sihat?", tanya Mawar pula.

Syed seakan tidak tahu mahu berterus terang atau pun tidak. Soalan 'Kau sihat?' itu seakan tiada jawapannya.

Perlahan kepala mengganguk. "Kau buat apa dekat sini?", tanya Syed menukar topik.

"Saja jalan-jalan", balas Mawar selamba.

"Ha? Ada ke berjalan dekat hospital? orang pergi la taman ke, pantai baru la best", Syed mengerutkan dahinya.

"Biar la. Aku lagi jalan-jalan dekat hospital. At least kita tahu betapa tingginya nilai kesihatan tu bila kita tengok orang dekat sini", Mawar sempat berceramah sedikit.

"Amboi ceramah aku nampak", perli Syed.

"Haha, mana ada. Kau pula? buat apa dekat sini?", tanya Mawar pula

Syed terdiam lagi, tak tahu nak jawab. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menipu sunat.

"Lawat kawan aku, dia accident", balas Syed.

"I see, kau apa cerita sekarang? Kerja apa, aku tengok ni siap berkemaja bagai. Mesti kerja boss boss ni kan, tak nak cerita ke?", Mawar kembali dengan sikap peramahnya.

"Tak ada la, bukan aku yang boss. Abah aku la, aku tolong mana yang mampu saja", Syed merendah diri..

"Alah, menyampah aku. Tak lama lagi, jadi syarikat kau la tu. Tak percaya kau tunggu ya? Tak tahun ni, tahun depan", Mawar tersenyum riang.

'Aku pun tak pasti Wa, masa tu aku ada lagi ke tak', Syed cuba mengawal perasaan dengan membalas senyuman Mawar.

"Ok la, aku kena balik office ni. Nanti kalau ada jodoh, kita jumpa lagi", sempat Syed mengusik sebelum bangun dari kerusi.

"Ewah, kalau ada jodoh ya? Goli tokak den dongar", terkeluar bahasa negeri Sembilan dimulut Mawar.

"Aduh kau ni still kelakar juga kan, aku gurau saja la. Ni nombor aku, kalau rindu call la", sengaja lagi Syed mengusik sambil menghulurkan kad namanya.

"Tak hingin la hai, dari rindu kau. Baik aku rindu, call laki aku bergayut lama-lama", sambil membebel tangan sempat mengambil huluran kad dari Syed.

Airmuka Syed berubah sedikif bila perkataan 'suami' muncul di mulut Mawar. Tapi nak buat macam mana? Dia sedar Mawar hanya mencintai suaminya sahaja.

"Syed Fariz bin Dato' Syed Azwan", Mawar membaca nama penuh Syed yang tertera di kad itu

"Lama aku tak dengar nama penuh kau macam ni, almost 10 year kan dari kita form 1. Kau selalu sangat tak nak orang tahu abah kau ada Dato' kan since dulu?", tambah Mawar lagi.

"Hish ada saja kan kau ni, bukan boleh bawa pergi mana pun gelaran Dato' tu", Syed menggeleng perlahan.

"Ok la gerak dulu bye assalamualaikum", Syed berlalu meninggalkan Mawar tanpa sempat Mawar membalas salam.

"Wei laju nya, baru aku nak jawab kau. Waalaikumussalam", Mawar menghantar pemergian Syed dengan pandangan mata.

---

"Ops Riff, I tertinggal wallet la dekat hotel. Macam mana ni?", tanya Sofea ketika di kaunter.

"La yang pergi tinggalkan wallet dekat hotel tu kenapa Fea", balas Ariff hairan.

"Mana la Fea tahu, dah tertinggal", Sofea berkata selamba.

"Hmm, cik jadi ke ambil baju ni?", tanya cashier tu.

"Sorry, I tertinggal wallet la", perlahan Sofea berkata menahan malu.

"Ha, it's okay la. Pakai kad I dulu", Ariff mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya.

"Eh tak apa, biar la ambil wallet dekat hotel. Then baru Fea beli balik", segan Sofea mahu menerima.

"Tak apa la, lagi pun I nak cepat ni. Pakai saja la kad I dulu, anggap saja Riff belanja", Ariff menghulurkan kadnya kepada cashier itu.

"Thank you Riff", Sofea tersenyum malu disebelah Ariff.

"Welcome. After this you nak pergi, I nak kena balik office ni", Ariff mengerling jam tangan di tangan.

"Hmm cik nak kad dan barangnya. Thank you sila datang lagi", cashier itu menyerahkan paper beg dan kad Ariff semula.

"Welcome. Ala nak balik office dah ke? I ingat nak pergi satu lagi kedai depan tu, tapi tak apa", Sofea menayangkan wajah kecewanya.

"Ish Fea ni, ya la. Last tau, lepas tu balik", Ariff mengambil kadnya dan disimpan didalam dompet nya semula.

"Yeah, thank you Ariff", tersenyum gembira Sofea.

---

"Bro, kau buat kerja gila ni. Meeting tadi dengan syarikat aku tau, kau boleh suruh PA kau wakilkan", kata Faiz tidak berpuas hati.

Dua jam meeting dia bersama syarikat Ariff hanya diwakili oleh PA Ariff sahaja. Alasan lelaki itu ke mana pun dia tak tahu.

Nasib baik sekarang dia free sedikit, boleh la datang office Ariff semula bertanya.

"Sorry bro, aku teman Fea tadi", balas Ariff

Bukan sengaja dia tidak datang bersama kawannya tadi, tapi disebabkan Fea. Dia terpaksa suruh PA nya Nadia untuk ganti.

"What? Teman Fea?", tanya Faiz semula tidak percaya apa yang didengarnya.

"Ya, dia ada KL sampai lusa", Ariff berkata.

"What wrong with you bro? Kalau dia ada sampai tahun depan sekali pun, biar saja la. Tak akan sampai lusa dia ada, sampai lusa kau kena ponteng meeting kau", Faiz membebel kesal.

"Kau jangan tau Riff, kau dengan Mawar baru saja ok. Tak akan setiap hari kau nak teman dia?", tambah Faiz.

"Hish kau ni, serabut la. Aku baru tak datang meeting sekali saja, bukan 10 kali", rungut Ariff.

"Kau sedar tak apa kau buat ni bro?", tanya Faiz. Geram saja dia lihat Ariff.

"Ya, aku tahu la. Lagipun aku dengan dia kawan kan, tak lebih pun la", balas Ariff malas.

"Kau anggap kawan. But dia? pernah kau tahu perasaan dia dekat kau?", Faiz mengangkat kening

"Kecoh la kau ni, tak kan tu pun salah kot. Dia pun anggap aku kawan la. We're just friends", Ariff meraup rambutnya kasar.

"Kau jangan lupa, kau tu husband Mawar. Bapak orang lagi, bukan single dah", Faiz sengaja mengingatkan

"Aku ingat la, tak pernah lupa. Dah la pergi balik office tu, sorry la meeting tadi tak join", Ariff sempat meminta maaf sambil menghalau Faiz.

"Ya la bro, kau fikir la sebaiknya. Aku tak nak kau menyesal lagi, aku cau dulu", Faiz bangun dan melangkah keluar.

---

"Abang, are you ok?", tanya Mawar risau.

Muka Ariff penat sahaja dilihat. "Hmm", balas Ariff mata masih tertumpu pada mat nya.

"You look tired, banyak kerja ya dekat office?", Mawar cuba berbual dengan Ariff.

"Haah, tengah ada projek besar sekarang", nadanya masih biasa.

"Nak sayang picitkan kepala tak?", Mawar mendekati Ariff dikepala katil.

"It's okay, tidur saja la. Let me finish my work first", Ariff menggeleng.

Mata sama sekali tidak memandang Mawar, asyik tertumpu pada matnya sahaja.

Mawar sedikit terasa, tapi dibiarkan perasaan itu berlalu. "bang", panggil Mawar menyandar dikepala katil.

"Hmm", balasan Ariff.

"Sayang dah start kerja tau esok, lepas ni dah busy semula. Tak sama macam jadual dekat Italy dulu", Mawar memaklumkan.

"Ok", sekali lagi jawapan Ariff menghampakan hati Mawar.

"Abang kata nak hantar, jadi la kan?", tanya Mawar penuh harapan.

"Sorry sayang, abang busy la esok. Suruh cik Da ya", sempat Ariff menghadiahkan senyuman nipis sekilas kepada Mawar.

"Hmm tak apa la. Lagi pun lesen sayang dah nak siap, minggu depan sayang dah boleh drive sendiri", Mawar cuba tersenyum nipis juga.

"Ouh ya, great. Kereta sayang bila nak ambil?", tanya Ariff biasa.

"Esok juga sayang ambil, cuma lewat petang sikit macam tu kot", Mawar mengharap Ariff akan tolong ambilnya pulang.

"Elok la tu, after this dah boleh drive sendiri pergi mana-mana", lain pula jawapan yang keluar dari mulut Ariff.

'Before sayang maafkan abang dulu, bukan main abang janji nak hantar nak ambil. What happend to your promise now?'

Ayat itu hanya terluah dalam hati bila melihat Ariff masih sibuk dengan matnya.

"Betul la tu bang, sayang tidur dulu ya. Good night", Mawar membaringkan dirinya dan menyarung selimut.

"Good night", balas Ariff.

Itu saja? Tiada ciuman di dahi seperti selalu? Mawar dengan hati sedikit terguris memejamkan jugak matanya.

---

"Cik Da, lepas ni tinggal sorang la dekat rumah ni", usik Mawar di pintu dapur.

"Lepas tu kamu nak cik Da buat apa?", tanya Haida pelik.

"Cik Da tak nak kahwin, at least ada la teman cik Da dekat rumah", Mawar sengaja lagi.

"Apa kamu merepek ni? dah pergi depan tu breakfast. Nanti lambat pula nak pergi hospital", suruh Haida menggeleng.

"Haha, ya la cik Da. Jom breakfast sekali", sempat Mawar mengajak sebelum berlalu ke depan.

---

"Aik, papa korang tak turun lagi?", tanya Mawar melihat kerusi Ariff masih kosong.

"Not yet", Zarithh menggeleng

"Aduh lambat lambat", Ariff membebel sambil laju turun dari tangga.

"Ya allah abang, kenapa rushing sangat ni?", tegur Mawar melibat Ariff meneguk teh o dan mencapai sekeping roti.

"Abang dah lambat, meeting dalam half an hour", Ariff menunjukkan jam ditanganya.

"La kenapa tak bagi tahu sayang? Kalau tak, boleh sayang kejut awal tadi", tanya Mawar lembut.

"Sorry tak sempat, abang pergi dulu", Mawar pun mahu segera maklumkan

"Abang, actually..", belum sempat Mawar memberitahu, Ariff sudah melangkah keluar

"Actually, anak-anak kita sayang hantar tadika hari ni", ayat itu hanya Mawar sahaja yang mendengar.

Hanya deruman kereta Ariff yang didengar menghilang laju dari kawasan rumah.

"La, si Ariff tu tak turun lagi ke?", tegur Haida

"ha?", Mawar cepat memusungkan badannya menghadap Cik Da dari pintu utama.

"Cik Da tanya, Ariff tak turun lagi?", Haida mengulang semula.

"Dia dah keluar", balas Mawar senada.

"La, tak breakfast dulu ke?", tanya Haida

"Rushing la tu ada meeting. Tak apa cik Da duduk la makan dengan Zarihh and Kautharr. Wa ambil handbeg dekat atas kejap", Mawar tersenyum nipis kepada cik Da sebelum naik ke atas.

"Abang, papa doesn't kiss our head first like usually right?", tanya Zarithh.

"Yes you right. Maybe papa rushing", balas Kautharr pula.

Mawar yang sedang menaiki tangga hanya terasa sayu dihati. 'Please abang jangan berubah', detik hatinya.

---

"Remember my advise. Listen to your teacher ok, don't be naughty", Mawar menghantar mereka berdua ke tadika.

"Mama, I don't want to go school", rengek Zarithh.

"Sayang, you must to go school. Kata nak pandai kan?", tanya Mawar lembut.

Zarithh mengangguk perlahan. "Ha. Kalau nak pandai, my princess ni kena pergi school. You're good girl right", Mawar mengelus lembut pipi Zarithh.

"Ok la. Because I want to be as good as you, so I will go to school", pandai sahaja Zarithh bertutur.

"Good girl, My prince take care of your little sister ok?", pinta Mawar manja.

"I will mama", Kautharr tersenyum.

"Be a good boy tau. Take care both of you", Mawar mengusap kepala mereka berdua sebelum mencium dahi anak-anaknya.

"Salam cik Da first", arah Mawar.

"Bye cik Da", mereka berdua berlari ke arah pemandu menyalam cik Da.

Mawar hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya. Mereka kembali di depan Mawar.

"Go inside first, bye", Mawar menunjuk ke arah pintu masuk tadika itu.

Mereka berjalan ke pintu itu, dan berpusing kebelakang melambai. "Bye sayang-sayang mama", Mawar tersenyum sebelum mereka masuk ke dalam.

Mawar pun masuk ke dalam kereta. "First day sekolah kan, comel saja", kata Haida menekan gear 'D'

"Kan, Wa pun rasa macam tu. Cute saja masing-masing nak sekolah. Cuma tu la, Wa ingat nak ajak papa dia orang sekali tadi", sedikit sedih hujung ayatnya.

"Maybe betul dia busy, sabar ya", Haida memegang tangan kanan Mawar memberi semangat.

Bukan dia tak perasan muka Mawar berubah sejak Ariff berlalu ke office tadi. Cuma dia tak nak la masuk campur urusan mereka suami isteri.

"Wa okay saja la", Mawar menepuk lembut tangan cik Da di atas tangan kanannya.

"Dah smile selalu ok, Wa tu pun first kerja kan", teruja nada Haida

"Banyak la first day cik Da, dah 7 bulan pun", Mawar terrawa kecil.

"Tu dekat Italy, ni first day dekat Malaysia. It's different ok?", balas Haida

"Hahah, ya la cik Da", Mawar menggelng sedikit tersenyum.

---

"Balik pukul berapa? senang cik Da nak ready?", tanya Haida ketika Mawar membuka seatbelt.

"Eh tak payah la cik Da, tak menentu masa kerja saya. Nanti Wa naik public transport saja", balas Mawar menyarungkan handbagnya.

"Tak apa ke? kamu tak kisah?", tanya Haida lagi.

"Tak apa, saya masuk dulu ya", Mawar mencapai tangan cik Da dan diciumnya.

"Nak salam Ariff tak sempat tadi, salam cik Da saja la. Nak minta restu", Mawar tersengih melepaskan tangan cik Da semula.

"Boleh, cik Da pun dah anggap kamu ni anak cik Da. Take care dekat tempat baru, jangan lupa senyum tu. Bawa rezeki tau", sempat Haida berpesan.

"Ya cik Da, inshallah. Bye", Mawar tersenyum mesra sebelum membuka pintu dan melangkah keluar.

Mawar melambai dan pandangan mata menghantar pemergiaan kereta itu. Mawar berpusing ke belakang menghadap pintu masuk.

Dia memilih untuk hanya memakai baju kurung biasa. Rasa selesa bila mahu berkerja, lagi pun kot putih juga yang menghiasi badan nanti.

"Bismillahirahmanirahim, lancarkan la urusan ku pada hari ini ya allah", Mawar mengucap basmallah dan berdoa sebelum melangkah masuk.

---

"Hai good morning, boleh saya tahu dekat mana bilik Dr. Daniel?", tanya Mawar kepada nurse dikaunter hadapan masuk hospital.

"Dr. Daniel? Cik ada appoinment dengan dia?", tanya nurse yang tertera nama 'Aqilah' itu.

"Hmm qila right? haah, saya perlu jumpa dia. Hari ni first day saya transfer sini", Mawar memberitahu.

"Ouh you're a doctor. Sorry Doc, saya ingat pesakit tadi", nurse itu meminta maaf.

"Eh it's okay, it's my first day right? So, where is Dr. Daniel's room?", tanya Mawar tersenyum.

"Here here, let me show you ok", tersenyum Aqilah Natasya sambil menunjukkan jalan.

---

"Morning Doc, ni Dr. Rose", Aqilah memperkenalkan.

Semasa berjalan tadi, dia sempat bersembang sedikit berkenaan diri Mawar.

"Rose?", tanya Dr. Daniel berkerut.

"Eh Mawar, nama saya Mawar. Tapi orang panggil saya rose", Mawar membetulkan.

"Ouh Mawar Athirah?", Dr. Daniel bertanya lagi.

"Ye saya", Mawar mengangguk mengiyakan.

"Okay la, Qila keluar dulu. Bye Dr. Niel and Dr. Rose", sempat Aqilah tersenyum kepada mereka sebelum melangkah keluar.

"So, Rose right? Come sit here", panggil Dr. Daniel.

Mawar mengikut sahaja arahan itu. "Welcome to Pantai Hospital KL. I hope you enjoy working here", kata aluan diberi oleh Dr. Daniel.

"Thank you, I hope so", Mawar tersenyum mengangguk.

"Saya pun terkejut ada pakar semuda awak? lulusan awak pun dari Italy? macam mana awak buat semua tu?", tanya Dr. Daniel kagum.

"Saya dah korbankan masa remaja saya macam tu saja. Sepanjang hari saya habiskan untuk hadap semua ni, dan alhamdulillah saya dapat", Mawar berkata sedikit.

"Awak start umur berapa?", tanya Dr. Daniel berminta ingin tahu.

Jarang ada pakar mereka berusia umur 20-an. Kalau di sini paling muda pun pertengahan 30. Jadi Mawar ni membuatkan dia kagum.

"16, I guess. Saya berusaha keras untuk sampai tahap ni, saya banyak berkorban untuk semuanya", balas Mawar.

"Berapa lama awak belajar?", tanya Dr. Daniel lagi.

"9 tahun, but mungkin form 4 saya belajar tak mendalam lagi. So, kira 7 la, start serious time 18. Saya tak berhenti belajar from day 1, banyak saya buat untuk apa yang saya dapat sekarang... " Mawar terhenti sebelum menyambung.

"Mungkin orang ingat saya guna cable, saya tak nafikan. Ada la sikit masa di Italy saya gunakan bapa angkat saya. Tapi kalau setakat cable, saya tak berusaha sendiri. Tak dapat juga kan?", Mawar berterus terang.

Memang tak dinafikan langsung, sedikit sebanyak walid banyak membantunya. Naim juga banyak menolong menjaga Zarithh sepanjang kesibukannya

Tiada riak terkejut di muka Dr. Daniel. Nampak sangat dia sudah terbiasa dengan perkara seperti ini.

"Saya tahu mesti Doc fikir saya ni hanya nak nama saja kan? No Doc, jadi pakar bedah memang memang saya punya cita-cita dari dulu, sehari pun saya tak pernah berhenti untuk belajar jadi lebih baik", terang Mawar.

Tiba-tiba hatinya terdetik rindu kepada Naim dan keluarga angkatnya Italy. 'I miss you Bie, family sweetheart di Italy'

"Saya tak boleh judge awak, yang penting tunjukkan yang awak memang layak pegang title pakar itu", kata Dr. Daniel.

Terus terhenti lamunan rindunya, bila mendengar suara Dr. Daniel kembali.

"I'm sure Dr. tak akan menyesal, saya akan buat sehabis baik untuk semua di hospital ni. Saya akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan saya", Mawar membuat janji.

"I hope so", Dr. Daniel mengangguk.

"Trust me Doc! Muda bukan bermaksud saya tak bagus, saya akan tunjukkan yang saya boleh buat yang terbaik", tambah Mawar lagi.

"Ok, saya pegang janji awak. Mungkin untuk setahun dua ni awak akan kerja di bahagian Onkologi ya. Lepas tu baru saya pindahkan awak Neurologi nanti", maklum Dr. Daniel.

Mawar sedikit terkejut. "Onkologi? Saya tak pernah jadi pakar di bahagian itu. Masa praktikal dulu pernah la", Mawar bersalah berkata.

"It's okay, awak cuba dulu. Seorang pakar kami di bahagian Onkologi berpindah ke luar negara. Saya harap awak setuju", lembut saja bahasa Dr. Daniel.

"Saya buat, macam tu tak perlu la tukar saya ke bahagian lama saya Neurologi tu. Muak juga saya tengok saraf saja setiap hari, boleh explore benda lain kan", Mawar tersenyum mengiyakan.

"Apa la awak ni, ada ke muak. Tapi betul ke? Awak tak kisah duduk selama mana pun di bahagian Onkologi ni?", tanya Dr. Daniel untuk kepastian.

"Ya, saya yakin", Mawar mengangguk.

"Ok then, awak boleh pergi ke bahagian Onkologi terus from today, tingkat 4 ya", pesan Dr. Daniel mesra.

"Ok. Eh, should I call you Sir Daniel or Dr. Daniel?", tanya Mawar sebelum beredar.

"Just call me Niel saja", balas Dr. Daniel.

"Alright Niel, saya minta diri dulu ya", Mawar meminta diri, baru Mawar mahu bangun.

Dr. Daniel mengangguk. "Eh kejap, nah tag awak", Dr. Daniel menyerahkan tag kepada Mawar.

Mawar menyarungkan tag dileher. "By the way, unik awak ni. Jarang dah Dr. hospital ni pakai baju kurung, semua lagi suka pakai dress", sempat Dr. Daniel memuji.

"Saya suka pakai baju kurung, selesa. Ok la saya keluar dulu Niel", Mawar bangun dan menyarungkan handbag nya.

"Happy working", Mawar hanya tersenyum dan melangkah keluar.

---

TO BE CONTINUE...

Morning lagi right? alhamdulillah sis dapat juga siapkan for today.. enjoy ok ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience