P.J. -CHAPTER 35-

Romance Completed 43926

"DEAR, pergi toilet depan tu kejap tau", pesan Terry kepada Tasya.

Pagi itu mereka keluar ke pasar raya ber-3 membeli barang dapur.

"Okay, baby pergi tengok bahagian milk tau dengan Fakhih", maklum Tasya.

Terry mengangguk sebelum berlalu pergi meninggalkan Tasya dan Fakhih.

"Jom sayang, tengok your Farm Fresh", Fakhih tersenyum mengangguk sebelum mengikut langkah ibunya.

---

"Mama mama, let's get some milik", pinta Kautharr menarik baju Mawar.

"There abang", Zarithh menunjuk ke arah sederet rak yang tersusun pelbagai jenis susu segar.

Mawar memandang kedua anaknya itu sebelum mengangguk perlahan. Tangan yang membelek rempah tadi diletak dan dihayun langkah ke rak susu.

Ops!

Mawar terlanggar bahu seseroang ketika berpusing ke sebelah. "I'm sorry tak sengaja", ucap Mawar laju.

Wanita yang dilanggar Mawar tadi berpaling. Tasya!

"Eh Mawar", tegur Tasya mesra.

Mawar apa lagi, tarik muka la. Kali terakhir dia berjumpa dengan Tasya, peristiwa hitam berlaku dalam hidupnya.

"Sayang let's go, find you milk next time", Mawar berpusing sepenuhnya untuk menarik tangan anaknya.

"Mawar wait, sabar la", tahan Tasya pantas.

Mawar mendengus kasar. "Kau nak apa? tak cukup tengok aku menderita?", tanya Mawar serius.

"No Mawar, aku dah menyesal. Aku nak minta maaf dekat kau", sayu saja nada suara Tasya.

"Maaf? Kau tahu tak, disebabkan orang macam kau ni rumah tangga dekat luar bercerai-berai tau. Kau rasa layak ke kau terima maaf tu?", tanya Mawar kasar.

"Layak, sebab bukan dia yang salah", muncul satu suara disebelah mereka.

Terry!

"Wow, korang nak plan apa pula kali ni? Bagi la tahu, boleh aku ready", perli Mawar pedas.

"Mawar aku nak minta maaf, bukan Tasya yang salah. Dia tak nak buat pun mula tu, aku yang paksa", kata Terry lembut.

Mawar meraup wajahnya kasar. Bukan dia seorang yang menyimpan dendam. Tapi disebabkan mereka berdua, hidupnya selama 5 tahun digantung tak bertali!

"Please Mawar, aku minta maaf sangat. Ya! aku tahu aku salah, lama dah aku cari kau nak minta maaf. Akhirnya Allah bagi juga aku peluang jumpa kau", sudah berkabur mata Tasya menahan kolam matanya.

"Aku menyesal Mawar, aku menyesal buat kau macam tu dulu. Aku tak tahu mana kau pergi lepas dari kejadian tu, aku tak dapat nak maafkan diri aku", airmata Tasya akhirnya perlahan.

"Ibu, don't cry", Fakhih mengoncang tangan Tasya perlahan.

Terry disebelah hanya memeluk bahu isterinya bagi menenangkan Tasya.

"Aku yang salah. Sebab aku semua ni jadi, aku yang tak layak dapat maaf dari kau. But she deserve Mawar", Terry berkata.

Mawar menarik nafas panjang. Dia siapa kan? Sedangkan nabi pun maafkan umatnya, kenapa dia tak boleh?

"Anak korang?", tanya Mawar lembut

Tasya mengangguk. "Comel nya, nama siapa?", tanya Mawar mesra kepada Fakhih.

"Fakhih", balas anak itu.

"You have a nice name. By the way aunty kawan ibu", Mawar mempekenalkan diri tersenyum.

Fakhih hanya mengangguk faham. "Dah, aku maafkan korang", kata Mawar ikhlas.

Tasya pantas memeluk Mawar. "Thank you Mawar, kau memang baik", kata Tasya jujur.

"Shh dah la. Apa menangis dekat sini? tengok anak kau. Dia perhati saja ibu dia dari tadi", Mawar melepaskan pelukan.

"Korang kahwin bila ni? Tak tahu apa-apa, dalam group sekolah pun tak ada", Mawar bertanya mesra.

Tasya memandang Terry, tak tahu bagaimana mahu menjelaskan perkara itu.

"La tak akan tarikh nikah pun lupa, kau minta Terry jawabkan Tasya", Mawar tertawa kecil.

"Hmm actually kami dah terlanjut that time", terus Mawar berhenti ketawa mendengar pengakuan Terry.

"Ya, but don't worry. Sekarang alhamdulillah kami dah bahagia", sokong Tasya tersenyum pula.

"I see. I'm glad to here that. Siapa aku kan nak judge korang punya past. Nama pun past, biar saja la berlalu betul tak?", balas Mawar lagi.

Mereka hanya mengangguk. "Eh by the way. Ni anak-anak aku. Zarithh, Kautharr salam aunty dengan uncle", arah Mawar mengusap lembut kepala anak-anaknya.

"Apa uncle nya? abang la", nafi Terry laju.

"Eh eh kau, tak padan dengan dah tua kan", perli Mawar menggeleng.

"Tah dear ni, tak sedar la tu diri dia dah tua", Tasya menyokong pula.

"Aunty uncle", panggil mereka untuk bersalam.

"Ala ala comel nya, nama siapa?", tanya Terry mengusap lembut pipi Zarithh.

"Yang tu boleh faham Malay, tapi yang lelaki tu kau kena speaking sikit la. Ala macam tak biasa, kau kan power English", pesan Mawar menyindir.

"Kurang asam, aku tahu la BI aku takat lulus saja", Terry mencebik.

"Hahaha dear, Mawar gurau saja tu", Tasya tertawa kecil.

"What is your name handsome boy?", tanya Tasya. meninggung depan Kautharr.

"Megat Kautharr aunty", balas Kautharr lancar.

"Really? wow, such a nice name you have. How old are you?", tanya Tasya lagi selepas memuji.

Kautharr menunjukkan jari lima nya kepada Tasya. "Ouh, big boy ya. Just call me aunty Sya ya, Kautharr?", pesan Tasya mesra.

"Okay aunty Sya", Kautharr mengangguk faham.

"Eh ha sambung. Siapa nama awak gadis cantik", tanya Terry kepada Zarithh pula.

"Ai, tak dapat aku. Anak aku nak try ya? tak cukup cantik ke Tasya ni?", tanya Mawar mengusik.

"Shh! bising la kau ni Mawar, aku tanya anak kau bukan mak dia", jeling Terry.

"Such a busy body la your mom ni. Abang tanya awak kan?", pandangan dialihkan kepada Zarithh semula.

"Mama la uncle", Zarithh membetulkan.

"Ha ya ya, busy body saja your mama ni", Terry membetulkan ayatnya.

Tasya dan Mawar hanya mampu menggeleng melihat. Kautharr dan Fakhih seakan sudah mula berkenalan.

"My name is Puteri Zarithh uncle", jelas sahaja sebutan Zarithh.

"You too. Both of you have a nice name la", puji Terry.

"Biasa la aku pilih, mesti la sedap", sampuk Mawar lagi.

"Boleh diam tak? stres nya, sibuk saja bila aku sembang dengan anak kau", muka Terry sudah mencuka geram.

"relax la bro, ala kau ni. Just kidding la", Mawar sudah tertawa kecil.

"Eh Mawar, kau ada contact lagi tak dengan member sekolah kita dulu?", tanya Tasya mengubah topik.

"Gusy, jangan main jauh-jauh", sempat Mawar berpesan kepada anak-anaknya sebelum menjawab pertanyaan Tasya.

"Yang lain tak contact la pula, cuma member aku ber-3 tu selalu la. Wani, Mayraa dengan Nurul", jawab Mawar.

"Ouh aku ada contact kau nak tak? Aku dengar dia orang nak buat reunion after 6 years ni. Jom la join", balas Tasya riang.

"Ye doh, kebanyakkan semua masuk group alumni tu. Kau tu hilang entah kemana", sambung Terry lagi.

"Tengok la nanti, aku tak sure. Takut husband aku tak setuju pula, lusa aku dah masuk kerja", maklum Mawar.

"Aduh kita ni, sembang banyak banyak berdiri mana best. Jom la lepak dulu ke apa dekat restoran depan tu", tambah Mawar mengajak.

"Husband aku dekat sebelah senang nak minta izin. Kau tu la boleh ke?", tanya Tasya setuju.

"Boleh la, dia dah cakap tadi. As long as balik before lunch. Sekarang baru 9:45 lambat lagi nak pukul 1 nya", Mawar mengerling jam ditangan.

"Ha ya la. Jom semua", panggil Terry kepada kanak-kanak yang berlari riang dibelakang mereka.

Betul la lebih mudah jadi kanak-kanak. Tak perlu fikir masalah, boleh buat kawan semua orang. Senang!

---

Mereka bersembang mesra ber-4, cik Da duduk sekali bersama mereka ketika ini.

"Ouh kau jadi doktor bedah ni berapa lama dah?", tanya Tasya berminat ingin tahu.

"Ada la 7 bulan, baru saja sebenarnya", balas Mawar bersahaja.

"Power arh, otak geliga macam kau ni memang pegang pisau dengan darah saja selalunya", sambung Terry lagi.

"Hmm tak juga. Aku pun kadang-kadang stres time study dulu, time cukup masa untuk diri sendiri. After dah kerja baru boleh relax", Mawar memberitahu.

"Maklum la cita-cita dari kecil, kena la tunaikan juga", sambung Mawar tertawa kecil.

"Awesome la kau Mawar, bangga aku ada kawan macam kau", Tasya berkata tersenyum.

"Biasa saja je. Benda ni nak tak nak saja sebenarnya. Korang kerja apa pula sekarang?", tanya Mawar pula.

"Aku kerja office biasa saja bahagian marketing. Tasya tengah sambung degree", Terry menjawab jujur.

"Aik? Aku fikir sorang CEO syarikat tu, sorang CEO syarikat ni", Mawar menguji riang.

"Tah la, kami saja bermula dari bawah. Syarikat tu still daddy kami berdua jaga lagi", Tasya membalas.

"Ouh macam tu cerita dia. Faham faham, by the way kalau kaya nanti. Jangan la lupa member ya", Mawar memerli sengaja.

"Ada saja kau kan. Ok la kami kena gerak balik ni, nak singgah banyak lagi", Terry meminta diri.

"Nak balik dah? awal nya, banyak lagi nak sembang ni", cebik Mawar.

"Ala kan dah ada number phone, nanti kita call la. Tak pun kau boleh datang rumah kita orang nanti", pujuk Tasya.

"Hmm ya la, papa roger roger la. Aku dekat sini saja, tak lari mana dah", mereka mereka mengangguk sambil bangun dari kerusi.

"Bye Mawar", Tasya bersalam dengan Mawar dan cik Da sebelum mengikut langkah Terry.

---

Mawar bersiap untuk masuk tidur malam itu, badan nya penat mungkin kerana berjalan siang tadi.

Ting!

Ariff melihat pintu bilik air yang tertutup menandakan Mawar didalam, iPhone Mawar dicapai.

Tasya : Aku dah masukkan kau dalam group alumni sekolah kita, kau intro la nanti

Berkerut dahi Ariff, Tasya? Bukan ini ke wanita yang mengaku merancang kejadian... ?

"Ish tak akan la", Ariff berkata perlahan sambil menggeleng kepalanya.

"Abang, buat apa dengan phone sayang?", tegur Mawar yang baru keluar dari bilik sedang mengelap rambutnya.

Ariff menunjukkan screen telefon kepada Mawar. "Ouh Tasya, ha kenapa?", tanya Mawar selamba.

"Bukan dia ke yang ...", Ariff mahu membuka mulut, Mawar sudah memotong.

"Kita orang dah berbaik", potong Mawar mengetahui maksud Ariff

"Just like that?", tanya Ariff tidak berpuas hati.

"Then? abang nak sayang buat apa? berdendam dengan dia? tarik rambut dia kalau jumpa? like that?", tanya Mawar pula mengangkat kening.

Punggung dilabuhkan dikerusi meja solek bagi menggunakan hair dryer untuk rambutnya.

"No, I mean semudah tu sayang maafkan?", Ariff melabuhkan punggung belakang Mawar.

"Yes abang", balas Mawar yakin.

"Even abang pun sayang maafkan, tak akan salah dia yang sedikit tu sayang tak boleh lupa?", tambah Mawar.

Ariff hanya diam. Isterinya itu memang seorang pemaaf, untung dia memiliki Mawar.

"Okay, abang tak kisah la. Yang penting jangan bagi dia ulang benda yang sama lagi", keras Ariff memberi ingatan.

Dia sendiri sudah trauma ditinggalkan. Jadi, dia tak mahu kejadian lama berulang kembali.

"Don't worry baby, dia dah berubah", Mawar berpusing tersenyum kepada Ariff.

"Dah lama tak dengar you call me by that name, sengaja goda abang kan", Ariff sudah menayangkan muka gatalnya.

"Benci la, asal cakap saja. Otak dia fikir benda tu", Mawar membuat rolling eye sebelum berpusing menghadap cermin semula.

Mawar dapat melihat sengihan gedik Ariff dari pantulan cermin. "Stop it abang"

"By the way kan, sekarang dia dah happy tau. Anak dia sebaya Zarithh, lelaki comel saja", rancak Mawar bercerita.

"Ya, good for her", balas Ariff acuh tak acuh.

"Abang, dengar la. Lawa gila tau dia berhijab, dulu sekolah memang dia pakai tudung. Pakai on off la. But now, dia cantik sangat. Natural beauty", puji Mawar ikhlas.

"Ok", Ariff berkata ringkas.

"Ish abang memang kan, malas la cerita. Lantak abang", Mawar menghidupkan hair dryernya tanpa mempedulikan Ariff.

Ariff hanya tertawa kecil dan bermain dengan iPhonenya pula.

Dahi berkerut buat kali kedua.
Sofea?

Sofea: Hai Riff, long time no see. I datang KL, jom jumpa esok

"Aku nak jawab apa? Nak bagi tahu Mawar tak?", tanya Ariff sendiri

Sebelum lambat-lambat tangan membalas.

+Sorry fea, I'm busy la. Esok Riff ada banyak meeting
-Ala, please. Cuti I tak lama kali ni, 3 hari je. You teman boleh?

Ariff mengeluh perlahan. Tak tahu mahu menjawab ya atau tidak, dia sendiri keliru.

+Fine but tak boleh lama
-Yeah! Thanks you, I promise sekejap je ")

Ariff menutup iPhone. Malas mahu buka makin banyak pula di tanya nanti.

Mawar didepan dikerling sekilas sebelum membaringkan diri di atas katil perlahan.

---

"Hai Ariff, long time no see", teruja Sofea memeluk Ariff.

"Eh, sorry tak sengaja. I'm excited", Sofea melepaskan pelukan perlahan. Sedar keterlaluannya.

"It's okay, you nak pergi mana ni Fea? cepat la, takut lambat pula nanti", kata Ariff straight to the point.

"Hmm, teman I cari souvenier for my family", balas Sofea mesra.

"Seriously? You ajak jumpa ni untuk teman you shopping?", tak puas hati saja nada Ariff.

'Ini kalau sayang tahu ni, mampus abang nak jawab', desis hatinya.

"Ala you ni berkira la. I dekat sini sampai lusa saja tau, takkan tak boleh teman I", rungut Sofea sengaja.

"Ha ya la. Jom cepat", Ariff berjalan mendahului Sofea

"I naik kereta you tau, I datang sini naik grab tadi", Sofea tersenyum berhenti didepan Ariff

"Whatever la you, dah jom", Ariff berjalan meninggalakn Sofea dibelakang semula.

---

Hari ni niat Mawar mahu berjalan untuk memerhati kawasan hospitalnya, kerana esok dia akan mula bekerja.

"Wow cantik juga hospital ni", Mawar masuk dikawasan hospital.

"Hmm bang, berhenti depan tu ya?", arah Mawar kepada pemandu grab car yang dinaiki nya.

"Okay dik", balas pemandu grab car itu

---

"Thank you abang, saya dah bank in online", Mawar menunjukkan screen iPhonennya.

"Okay, abang dapat. Thank you juga and welcome", pemandu grab car melihat resit di iPhone Mawar dan mengangguk.

Mawar keluar dan berhenti di depan pintu masuk. "Haish nampak gayanya lepas ni awak menghadap muka saya saja la hospital", kata Mawar sendiri.

Mata nya masih meliar memandang kawasan sekitar Pantai Hospital Kuala Lumpur itu. Suasana moden yang direka untuk hospital ini sangat menarik.

Dush!

Ada sesuatu keras melanggar bahunya disebelah kanan.

"Auch"

Mawar mengusap bahunya perlahan.Badan dialihkan ke arah sebelah kanan untuk melihat orang yang melanggarnya.

Orang itu sibuk mengibas baju nya mungkin kerana ada kesan air coffee tertumpah. Air coffee dilantai yang sudah jatuh dipandang sekilas.

Kemudian mata dialihkan kearah orang itu semula. "Awak tak nampak saya, rush nak pergi mana?", tanya Mawar.

"Aku pula tak nampak, kau yang berdiri macam tiang dekat sini kenapa?", balas suara garau itu masih menunduk memandang bajunya.

"Eh awak ni, nak salah saya. Awak la rush rush lari tak pandang orang", Mawar membela dirinya.

"Ish kau ni memang...", lelaki itu perlahan mengangkat wajahnya.

Dud dap!

Hatinya berdegup kencang melihat wajah yang ada didepannya. Bagai petir menyambar dirinya ketika ini.

Mawar juga terbuntang mata melihat lelaki didepannya ini, wajah yang sudah langsung tidak asing bagi dirinya.

---

TO BE CONTINUE...

Yeah i did it.. ya allah korang thu tak? betapa strunggle nya sis untuk bagi korang one chapter every day.. btw untuk korang semua, sis sanggup So, enjoy it !!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience