P.J. -CHAPTER 6-

Romance Completed 43926

MEREKA banyak mencipta memory indah di Venice, Italy ini. Menghabiskan masa bersama orang yang dicintai selama 6 hari adalah perkara yang paling seronok bagi Mawar.

Jika dipilih untuk pergi berjalan di dunia ini. Semestinya dia akan memilih bandar Venice ini, kerana bandar ini penuh dengan kenangan indahnya bersama Ariff yang selamnya akan diingati.

Bukan Mawar tidak mampu untuk ke luar negara sendiri. Dia dan keluarganya sudah beberapa kali memijakkan kaki di negara-negara eropah ini.

Cuma kali ini memori yang tercipta akan sentiasa tersemat di ingatan.

Pada hari terakhir honeymoon mereka, Ariff mengajaknya untuk dinner kali terakhir sebelum flight mereka esok pagi.

"Sayang, abang keluar kejap tau. I have suprise for you, sayang siap saja. Dalam pukul 8 macam tu, ada driver ambil"

Ariff memeluk Mawar dari belakang yang sedang berdiri di koridor bilik mereka sambil menikmati permandangan bandar Venice.

Kepala diletakkan di bahu isterinya, sesekali bibir Ariff nakal mencium pipi Mawar.

"Ala, abang nak tinggalkan sayang seorang dekat bilik ni ke?", Mawar memalingkan sedikit wajah untuk melihat muka Ariff yang berada di bahunya.

"Tak lama pun. Nanti sayang pakai cantik-cantik ok, ada driver tunggu depan hotel ambil sayang. Please honey, abang tak tinggalkan sayang pun"

Ariff meleraikan pelukan dan menarik badan Mawar menghadapnya.

"Hmm, ok la. Jangan lama-lama ok?", Mawar menghulurkan jari kelingkingnya sebagai tanda janji.

"Of course sayang. Ok abang gerak dulu ya, siap tau", Ariff mencium dahi Mawar dan melangkah keluar dari bilik mereka.

---

Tepat pukul lapan, Mawar turun ke lobi hotel mereka sambil berjalan kaki keluar

'Ish, driver mana pula ni? aku dah la tak kenal seorang pun dekat sini. Nak tanya aku bukan reti cakap Italy'

"Mrs Ariff?", tanya seorang lelaki menghampiri Mawar

Mawar memalingkan wajah memandang orang yang berkata dengannya. "yes?", jawab Mawar.

"Follow me, this way", lelaki itu menunjukkan arah menghala ke sebuah kereta.

"Don't worry, Mr Ariff has told me to take you", ujar lelaki itu lagi

Lambat-lambat kaki Mawar mengikut langkah lelaki didepannya ini. Nak ikut siapa lagi kan?

---

"Madam, we have arrived. Go straight and turn right when you see an intersection, he's waiting for you"

Arahan yang diberikan oleh lelaki itu bila kereta sampai di tepi pantai.

Mawar hairan tentang tempat yang ditujunya. 'kata nak pergi makan, ni ada dekat pantai buat apa', bisik Mawar perlahan.

"Mr. Ariff ask you to send me here? Are you sure this is the right place?", tanya Mawar.

"Yes madam, I'm sure", jawab lelaki itu yakin.

"I see, It's okay. Thank you for sending me", Mawar keluar dari kereta selepas mengucapkan terima kasih.

---

"mana la dia nak bawa aku ni? Tadi orang tu pesan apa, straight lepas tu belok kanan kan"

Mawar bercakap sendiri sambil kaki melangkah mengikut arahan yang diberikan.

Semasa berjalan, Mawar menikmati hiasan lampu bewarna-warni yang digantung di tiang lampu yang sudah disiapkan oleh Ariff sepanjang perjalannya itu.

Terdapat juga ayat bertulis 'enjoy your view honey' di whiteboard yang tergantung.

Mawar melangkah sambil menikmati hiasan yang disediakan dengan senyuman tak lekak dibibir. Ada juga beberapa polaroid gambar mereka berdua digantung.

'This will be your night honey'

Ayat ditulis lagi tetapi bawah whiteboard kali ini terdapat teddy bear kecil dan comel bewarna putih.

Mawar mengambil teddy bear itu dan bibir hanya mampu tersenyum bahagia lagi. Di simpang ada lagi whiteboard yang ditulis

'sikit lagi sayang, lepas ni sayang akan jumpa abang'

Mawar membelok ke kanan sambil tangan mencabut kasut tumit tinggi yang dipakainya kerana jalan itu sudah masuk ke kawasan pantai yang berpasir.

Setelah beberapa langkah berkaki ayam, Mawar tersenyum riang bila melihat Ariff mendekatinya sambil memegang bunga ditangan.

"You found me. Happy birthday Mawar my bunga yang sentiasa menyinari hidup abang", Ariff menghulurkan bunga Mawar yang dipegangnya.

"I'm your Mawar, yang bagi bunga Mawar ni lagi kenapa?", Mawar mengambil huluran bunga dari Ariff.

"Abang nak sayang tahu, you will be my favourite flower sampai bila-bila. Kenapa sayang kaki ayam ni, yang heels ni pergi pegang buat apa. Orang sarung dekat kaki", Ariff menggeleng dan tertawa melihat Mawar tidak berkasut

"Abang la, yang pergi buat dekat pantai kenapa? Kena la buka heels ni, nak sayang jatuh tersungkur ke?", Mawar menepuk lembut dada Ariff.

"Tak apa la sayang. Jom kita pergi situ"

Ariff menunjukkan ke arah meja yang sudah dihiasi lampu yang dibentukkan 'love' mengelilingi meja itu.

"Alololo, sweet nya. Suami siapa la ni?", Mawar berjalan berpegangan tangan menuju kemeja itu.

"Dipersilakan duduk Mrs Ariff", Ariff menarikkan kerusi untuk Mawar bila sampai dimeja.

"Thank you my king", Mawar mengucapkan terima kasih bersama dengan senyuman yang ikhlas di bibir.

"Abang dah order everything. Sayang tak kisah kan nak makan apa yang abang order?", tanya Ariff sambil melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan Mawar.

"Tak kisah, sayang ok saja", Mawar menjawab.

---

"Sayang, done?", tanya Ariff memandang Mawar disebelah. Mawar mengganguk

"Tengok depan", Ariff menyuruh Mawar memandang kehadapan.

"Ada apa abang?", tanya Mawar pula

"Just wait and see honey, I'll show you something", balas Ariff mesra.

Mawar memandang kedepan sahaja. Beberapa minit kemudian, muncul lampu yang dihalakan ke sebuah screen besar yang memaparkan wajah mereka berdua.

"Abang buat?", Mawar terkejut tetapi masih gembira di dalam hati.

"yes honey, just enjoy the video", Ariff menunjukkan tangan supaya melihat screen besar didepan mereka.

Video yang ditunjukkan memaparkan kenangan selama tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Banyak gambar dan video Mawar yang diambil tanpa pengetahuannya berada dalam video tersebut. Termasuklah beberapa kenangan mereka di Venice ini.

---

"Thank you abang for the video", Mawar memandang Ariff sambil mata sudah merah hendak menangis

"Wait sayang, I'm not done yet. One. Two. Three.", Ariff mengira kuat sambil mata mengerling kearah screen besar itu.

"Suprise!!!", suara bergema didepan mereka.

Mawar memalingkan muka dan terkejut melihat keluarga Ariff dan keluarganya keluar dari belakang screen besar tersebut.

Automatic airmata Mawar mengalir dipipi dan dia
kembali memandang Ariff meminta jawapan untuk semua itu.

"yes sayang, I did all of this because of you", tangan Ariff naik mengesat airmata dipipi Mawar dan satu kucupan dihadiahkan dikelopak mata Mawar.

Semua keluarga Mawar dan Ariff bersorak melihat tindakan Ariff itu. Muka Mawar sudah merah menahan malu.

"Ok ok dah. Kesian my wife, malu dah dia. Kan honey?", Ariff mengenyitkan mata kepada Mawar.

"Hish banglang, dah la tu sian mommy tengok menantu mommy. Tengok anak awak daddy, menyakat bini saja kerja"

Zahidah menghentikan perbuatan Ariff bila melihat Mawar semakin tersipu malu.

Amirr tersenyum. "Bini dia, biar la. Saya pun selalu saja sakat awak dulu", jawab Amirr menyebelahi Ariff.

"hish kesitu pula dia", Zahidah pula tersipu malu mendengar gurauan Amirr

Ariff tersengih dan berjalan kearah ibu ayah mentuanya. "Ibu ayah thanks datang", ujar Ariff bersalaman dengan ibu dan ayah.

"Sama-sama, ibu gembira tengok Mawar bahagia disisi kamu", Watie tersenyum melihat Mawar gembira.

"inshaallah ibu, banglang akan bahagia kan Mawar selagi banglang mampu", balas Ariff yakin.

"Ayah pun harap macam tu", Aziz menepuk lembut bahu Ariff. Ariff mengganguk.

"Maklang, maklang. Happy birthday"

Muncul Puteri Hafiya anak pertama along yang berumur 4 tahun menghulurkan hadiah kepada Mawar.

"Ciya pun ada. Thank you sayang", Mawar mengambil hadiah yang dihulurkan, kemudian dia memeluk Hafiya.

"Ni adik-adik mana sayang?", tanya Mawar mesra kepada anak buahnya selepas meleraikan pelukan.

"with maksu and pakteh, there"

Tangan Hafiya menunjuk ke arah Zanirah dan Adiff yang mendukung Hafiza dan Hafida, anak kedua dan ketiga along.

"Ya allah long. Kau buli adik-adik dukung anak kau, tak berawawasan betul. Meh kejap diff, aku nak Diya"

Ariff mengambil Hafida yang baru berusia 7 bulan dari dukungan Adiff.

"Aku bukan buli, dah dia orang yang nak dukung. Aku bagi la, boleh aku bermanja dengan kaklong kau", Akiff menyakat isterinya disebelah.

"Ish biy ni, mangarut je kerja kan", Puteri Mariam, isteri along mencebik.

"Padan muka. Kaklong, merajuk saja dengan dia ni 3 hari 3 malam", Ariff menunjukkan thumbs-up kepada along.

"Abang ni apa la. Kak, boleh tak Wa nak dukung Muaz?", tanya Mawar kepada kakak.

"La kalau nak dukung ambil saja la, akak tak kisah. Nah", Zafirah menghulurkan Megat Muaz kepada Mawar.

"bukan apa, Wa takut saja. Kakak tolong betulkan tau, kalau Wa salah pegang", Mawar mengambil Muaz yang baru berusia 3 bulan itu dari dukungan kakak Ariff.

"See, Ariff you all berdua dah boleh ada baby. Aku tengok dia tak kekok pun", Izzuddin bergurau dan menepuk bahu Ariff yang mendukung Hafida.

"Abang ni apa la. Orang baru nak belajar tau, jangan merepek la", Mawar menegur abangnya kerana segan dengan gurauan itu.

"Bukan Mawar saja abang, dengan Ariff tu pun dah ready tu", Syuhada pula menyampuk.

"Hish korang ni, berpakat ya? Korang saja la yang kahwin, senang cerita. Ibu ayah, kahwin kan dia orang ni cepat", Mawar mencebik bibir.

"Betul la Wa, aku pun sokong abang dengan angah", Zanirah pula menyambung.

"Ha elok kau pun sama, daddy mommy carikan cepat laki untuk si ucu ni", Mawar menyiku sedikit lengan ucu.

"Ala, diff kau pun sokong kita orang kan?", soal Zanirah memandang Adiff. Adiff mengganguk.

"Ha kan aku dah cakap. Buat baby cepat, mesti comel anak korang nanti", cadang Zanirah.

"adik? Tak ada siapa nak tanya ke?", Ain pula menyampuk

"Alah lupa pula kau ni dik, kau nak anak buah cepat tak?", tanya Syuhada

"Of course la adik nak, nak comel-comel saja", adik terus mengganguk.

"Ha setuju. Ariff, boleh start dah projek", Adiff bersuara sambil tersenyum sinis.

"hamboi hamboi korang, sedap kenakan aku. Dah la abang pun tak nak back up sayang kan?"

Mawar menanyangkan wajah tidak berpuas hati.
Ariff membuat wajah menandakan dia tidak tahu.

Adik-beradik Mawar dan Ariff tergelak sakan. Ayah ibu dan mommy daddy hanya menggeleng kepala melihat ragam anak-anak mereka.

"Dah jom la kita makan. Kalau tunggu korang habis gelak, kita tidur sini karang malam ni", Aziz menghentikan semua.

"Ya tak ya juga. Jom la daddy pun lapar ni", Amirr menyokong.

"Ariff dengan Mawar dah siap makan. Korang makan la dulu, biar kita orang bawa anak-anak buah kita orang ni masuk bilik. Nanti dah settle naik hotel tau", Ariff berbicara setelah sekian lama mendiamkan diri

"Sure ni? Boleh ke Mawar?", tanya Zahidah

"Boleh boleh, korang pergi la makan", Mawar mengiyakan pertanyaan mommy.

"Ok la kami semua pergi makan kejap", Watie pula menjawab.

---

"Maklang, can you take the doll for me?"

Hafiza anak kedua along yang sudah fasih berbicara bertanya sambil tangan menunjuk ke arah anak patung yang berada di atas meja solek.

"Yes dear, come let maklang help you", Mawar menyerahkan anak patung itu kepada Hafiza

"Thank you maklang", Hafiza mengambil anak patung itu.

"Welcome dear. Go and play with your sister, ask Muiz to join you guys ok?" Pesan Mawar kepada Hafiza.

Muiz adalah anak pertama kakak yang berumur 2 tahun sebaya dengan Hafiza juga.

"okay maklang. Sister, Muiz let play doll with me", Hafiza berlari ke arah kakaknya dan Muiz di koridor bilik.

"Be careful dear", Mawar menggeleng sambil tersenyum melihat kerenah anak buahnya.

Mawar menuju ke arah Ariff yang sedang mendodoi Hafida sambil tersenyum ke arahnya.

"Pandai sayang layan the kids kan. Teringin eh?", usik Ariff bila Mawar berada dihadapannya.

"Teringin apa abang ni, tak ada makna nya la hai", nafi Mawar.

"Abang, letak la diya dekat katil. Dah lelap tu, kesian abang penat", tambah Mawar malas memanjangkan cerita.

"Tak apa sayang, biar la dia lena betul-betul dulu. Sayang pergi la rehat, tadi sayang penat tidurkan Muaz", tolak Ariff lembut.

"Jangan degil la abang, meh bagi sayang. Abang pergi tengok budak tiga orang dekat luar tu. Dia orang nak paklang layan dia orang main doll. Go"

Mawar mengambil Hafida dari dukungan Ariff kemudian menolak lembut bahu Ariff untuk ke koridor.

"nasib baik sayang", Ariff mencebik dan melangkah ke koridor untuk melihat tiga orang anak buahnya.

---

Bunyi ketukan di pintu menandakan family mereka berdua sudah selesai menjamu selera.

"Masuk la, the kids tengah main dengan Ariff dekat koridor. The babies pula dah tidur dekat atas katil", Mawar menjemput family masuk kedalam bilik mereka

"Eh mana our parents?", tanya Mawar bila melihat ibu ayah dan mommy daddy tiada hanya adik-beradik mereka.

"Our parents dah masuk bilik, dia orang kata penat nak rehat", Akiff memaklumkan.

"Ouh macam tu, tak apa la. Jom la kita lepak-lepak", Mawar menutup pintu bilik bila semua adik-beradik nya sudah masuk.

"Banyak la, akak ni datang pun nak ambil the kids la. Tak nak la kacau you all punya honeymoon", Zafirah tersenyum senget.

"Mana ada kacau, bila the kids tu ada lagi best la. Abang, cakap la dekat akak biar dia orang tidur sini", ujar Mawar meminta abang memujuk isterinya.

"abang tak boleh buat apa-apa", Megat Rashid suami kepada kakak mengangkat bahu.

"tak apa la Wa, lepas ni kalau ada baby sendiri. Tak payah dah pinjam anak orang, anak kita boleh meriah kan rumah", pujuk Mariam

"Betul tu kaklong. Nanti abang bagi sayang anak banyak-banyak, sayang nak berapa? Sekarang pun boleh, korang balik la bilik dulu"

Ariff melangkah mendekati Mawar dan merangkul pinggang Mawar.

"Sayang nak 10 la", Mawar tersenyum sinis.

"No problem sayang, jom la buat sekarang", ujar Ariff dengan nada menggoda.

"Dalam mimpi, merepek saja kan orang tua ni. Gigit abang ni karang", ujar Mawar perlahan sambil mencubit lengan Ariff dengan gurauan di mulut.

"Ouch sayang, ni cubit nama dia. Kata nak gigit, kalau gigit satu badan abang pun boleh", Ariff mengenyitkan mata.

"whatever, malas nak layan", Mawar menutup telinga malas mahu melayan perangai Ariff.

"aduh korang ni, nak bersweet jangan la depan orang single", gurau Izzuddin membuat muka sedih.

"haha, kelakar la kau ni. Nanti aku suruh ibu cari kan calon menantu ya?", ejek Syuhada tertawa.

"Ucu pun nak, suruh ibu ayah cari kan untuk aku juga", tambah Zanirah disebelah angah.

"Ha elok, tahun depan siapa yang single tu. Nanti kita kahwinkan ya", Akiff menyambung.

Mereka semua tertawa melayan kerenah masing-masing. Mereka meluangkan masa bersama adik-beradik pada malam itu.

---

"wa, dah gerak belum? esok kita orang nak keluar. Kalau sempat, jom la join", ajak Nurul membuat video call bersama Mawar pagi itu.

"Nak take off dah ni, sempat kot aku ikut korang. Kenapa lak tiba-tiba nak keluar ni?", jawab Mawar yang berada di lapangan terbang.

"Ala nak habiskan duit, enjoy before ujian penggal pertama ni. Orang cakap release tension", Wani tersengih.

"Ouh boleh boleh. Nanti roger aku tempat", Mawar berpesan.

"ok la guys, nak take off ni. Esok kita jumpa"

Mawar meminta diri bila melihat Ariff melambai ke arahnya sambil menunjukan tangan ke arah jam menandakan masa penerbangan tiba.

---

"Alhamdullilah selamat sampai, assalamualaikum rumahku syurgaku"

Ariff tiba di rumah dan memberi salam sambil melangkah masuk bersama Mawar.

"Abang, sayang nak mandi kejap. Lepas tu baru sayang masak dinner", Mawar naik ke atas sambil membawa beg bagasi mereka.

"Eh tinggal saja beg dekat situ, biar abang bawa. Nanti dinner sayang tak masak la, kita makan luar", cadang Ariff sambil mengambil beg bagasi ditangan Mawar.

"Betul ni abang? awesome betul, macam memahami betul la", Mawar tersenyum sambil memeluk leher Ariff mesra.

"tengok la siapa, abang kan?", Ariff menanyangkan muka bangga.

"Ha angkat bakul lagi, dah nak naik mandi. Btw ni sebab makin sayang ni, muahh", Mawar mencium pipi Ariff kemudian berlalu naik ke tingkat atas.

"Naughty ya sayang!", jerit Ariff dari bawah sambil tertawa kecil.

---

"Abang jom pergi Pokok KL Cafe", Mawar mencadang tempat makanan didalam kereta.

"Abang pun baru ingat nak ajak sayang pergi situ, abang nak makan..", Ariff berkata sambil mata masih fokus pada pemanduan.

"Pan seared norwegian salmon", kata mereka serentak.

Mawar memandang Ariff dan mereka hanya tertawa bersama.

"That's right abang. Let's go", ujar Mawar bila habis ketawa.

---

"Honey", panggil Ariff mesra.

Mawar memandang ke arah Ariff. Kemudian Ariff menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Alolo, sweet sangat la tu suami I seorang ni", Mawar memuji Ariff.

"Sweet dengan queen abang saja", balas Ariff menyengitkan mata.

"Ouh really? mana queen abang tu? tak nampak pun", Mawar membuat-buat tanya.

"Tu la tu, abang pun tengah cari. My queen, where are you?", Ariff berkata seakan memanggil.

"Ariff's queen? where are you?", Mawar pula mengikut Ariff sedikit tertawa

"Ha main-main saja kan kerja dia", Ariff mencubit hujung hidung Mawar.

"Abang pun melayan kan", Mawar tersengih bangga.

"Dah makan cepat sayang, lepas ni kita balik. Tak sudah nanti kalau layan perangai sayang ni. Dekat rumah boleh kita rehat", Ariff menggeleng sedikit.

"Alright boss, arahan diterima", Mawar membuat jari berbentuk 'peace' smbil tersengih.

Mereka bergelak tawa tanpa menyedari seseorang sedang memerhati mereka.

'Seronok kau ya, Mawar? Tak apa, enjoy selagi ada masa ya'

---

"hei sayang siap ni nak pergi mana? Bukan petang nanti ke balik?", Ariff yang sudah siap sarapan masuk kedalam bilik melihat Mawar sedang bersiap.

"Abang, sayang nak minta izin keluar. Boleh?", Mawar memandang Ariff.

"Nak pergi mana?", tanya Ariff mendatar.

"Nak pergi IOI kejap", balas Mawar mesra.

"Dengan siapa?", tanya Ariff lagi masih dalam dalam nada yang sama.

"Dengan Wani, Nurul and Mayraa la baby. Siapa lagi?", Mawar lemah lembut berkata.

"Kalau macam tu tak apa. Pergi la, ni dari sini sayang nak naik apa?", tanya Ariff.

"Haish abang ni, ingat sayang nak pergi dengan siapa? tanya macam orang nak marah, kalau tak bagi keluar cakap la", Mawar selalu berasa takut bila Ariff tegas dengannya.

"Mana ada abang tak bagi, kan abang tanya", jawab Ariff mesra.

"tanya macam orang marah", cebik Mawar.

"ok ok.. ni sayang nak pergi naik apa?", Ariff berlemah lembut.

"hmm garang saja kan abang ni. Sayang naik LRT saja. Bukan jauh pun, tak nak susahkan abang suruh hantar", Mawar mencapai beg tangannya di atas katil.

"Sorry sayang tak dapat hantar. Flight abang awal, tak sempat", Ariff meminta maaf tidak dapat menghantar Mawar.

"It's okay, lagipun sekejap saja. Dalam 45 minit macam tu sampai la", jawab Mawar ikhlas.

"ok jom la kita gerak sekarang. Nanti sayang terus balik rumah ibu ayah la?", soal Ariff sambil menarik lembut tangan Mawar untuk berjalan ke ruang tamu.

"Ya la suamiku sayang, esok isteri abang ni sekolah", Mawar mengingatkan suaminya.

"Hehe, ok. Save journey, jaga diri tau. Kita jumpa lagi seminggu ya", pesan Ariff melangkah keluar dari rumah pula.

"Ok bang. Hmm... Abang..."

"Eleh, ni dah kalau terhmm hmm ni mesti nak something kan? Cakap la, nak apa?"

Mawar tersengih manja. Pandai betul la Ariff dalam membaca fikirannya.

"Nak dana sikit", tangan dihulurkan.

"Amboi isteri abang ni kan, laju saja dia kalau nafkah zahir dia tu. Cuba kalau abang minta nafkah batin abang"

"Ala abang ni. Jangan la ungkit ungkit, kan dah janji lepas abang balik. Nanti tuntut la"

"Betul ni eh, janji?"

Ariff menghulurkan jari kelingking dia. Laju Mawar mengangguk sambil menyambut huluran itu.

"Good girl!", kepala Izzah diusap manja.

Dompet duit diambil dari belakang poket seluar, dikeluarkan satu kad credit.

"Nah, tadi tu abang saja la. Lain kali kalau nak diut, cakap saja dengan abang"

Bersinar mata Mawar melihat credit card non-limit yang dihulur Ariff itu. Pantas saja tangan mencapai dan disimpan rapi.

"Thank you abang, muah. Love you"

Seperti biasa, pipi Ariff yang menjadi mangsa ciuman segeranya.

"Sayang, sayang. Dah jom, jaga diri selama seminggu abang tak ada ni!", pesan Ariff tegas.

"Okay abang, you too. Nanti macam biasa la, kita vc tau. Rindu sayang selalu tau", Mawar sedih suaminya mahu pergi jauh lagi.

"Ala sayang ni manjanya, abang balik la. Dah tak payah sedih. Confirm la abang akan rindukan isteri abang ni", Ariff cuba memujuk.

"hmm bye abang, love you", Mawar memeluk Ariff erat.

"Ya abang tahu, I love you too honey", Ariff mencium dahi Mawar sambil membalas pelukan.

"Ayang pergi dulu", Ariff meleraikan pelukan dan Mawar menyalami tangan suaminya.

---

"Kita nak pergi mana dulu ni?", tanya Mayraa kepada semua.

"Guys, you all dah breakfast ke?", soalan Mayraa di jawapan pertanyaan oleh Mawar.

"Dah before kita orang gerak tadi", jawab Nurul.

"kalau macam tu, kita pergi beli ticket movie dulu. Then, teman aku beli dress pula", cadang Mawar.

"ok, lepas tu lepas tu kita kena pergi District 21 tau", Wani pula menambah riang.

"Ya jangan la excited sangat, aku tahu tujuan kau ajak pergi IOI ni nak main trampolin kau tu saja kan?", Nurul membuat muka menyampah.

"Macam kau tak kenal si Nurul ni. Dah jom Wa beli dress kau, tunggu kau beli satu pun kang dah sejam", ajak Mayraa sambil berjalan.

"Eh mana ada, korang kan ada. Cepat la kerja aku, kalau korang tolong pilih", Mawar tersengih sambil memusingkan wajah kebelakang memandang Mayraa.

Ketika pusing ke depan, Mawar terlanggar seseorang sehingga dia terjatuh.

"Hoi mata kau mana?", tegur satu suara garau yang dilanggar Mawar

"sorry sir, i did not see you", balas Mawar sambil mencuba untuk bangun dari jatuhnya.

"banyak la kau punya sorry, baju aku ni..", kata lelaki itu terhenti apabila terpandang wajah yang melanggarnya.

"Mawar, sorry aku tak sengaja marah kau. Kau ok?", Terry cuba membantu Mawar bangun sambil menghulurkan tangan.

"Eh, terry awak buat apa dekat sini?", tanya Mawar bangun sendiri tanpa menyambung huluran Terry.

"Memancing", Terry cuba melawak.

"Shopping la cik Mawar. Yang kau buat apa pula dekat sini?", tanya Terry kepada Mawar pula tanpa mempedulikan kawan-kawan Mawar.

"macam awak cakap la, saya pun shopping with my bff juga", Mawar menunjuk kepada kawan-kawan baiknya.

"ouh korang pun ada juga. Kalau macam tu, can I join you guys?", tanya Terry lagi sambil memandang Mawar seakan menujukan soalan itu kepada Mawar.

Mawar memandang kawan-kawannya. Mereka hanya mengangkat bahu menandakan tidak tahu untuk menjawab.

"Orang cakap kalau diam, maknanya setuju. So boleh la I join you guys, jom la I payung korang hari ni. Lagi pun I free saja", Terry cuba mendapatkan persetujuan kawan-kawan Mawar.

Mereka bertiga hanya tersenyum bila mendengar Terry mahu belanja mereka. Mawar pula sudah tidak senang hati kerana dia tahu bahawa Terry menyimpan perasan terhadapnya.

Tetapi bukan itu sahaja, dia juga tak nak Ariff salah faham bila melihat dia keluar bersama Terry. Walaupun kawan-kawannya ada, masih boleh mengundang masalah.

Mawar akur bila tiga kawannya sudah setuju, dia hanya mampu menjauhkan diri bila Terry asyik berjalan disebelahnya sahaja.

---

TO BE CONTINUE...

Done honeymoon... jom kita start hidup baru, yeah yeah!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience