"SAYANG! sayang! abang balik ni", tergopoh-gapah Ariff masuk ke dalam rumah.
"Ya allah Ariff, sabar sabar kamu ni kenapa?", muncul Haida dari dapur.
"Mawar ada dekat atas kan?", belum sempat Cik Da menjawab, Ariff terus berlalu ke atas.
Kejadian di pejabat menyedarkannya.
-flashback-
"Bro, ada orang nak berjumpa kau", kata Farhan kepada Ariff
"Panggil la dia masuk", terus sahaja Farhan memanggil tetamu Ariff.
"Assalamualaikum", Ariff dengan pantas memalingkan muka ke arah suara itu.
"Kau nak apa?", kasar Ariff bertanya.
"Sabar dulu, aku rasa kau yang nak tahu something dari aku", sinis Syed menjawab.
"Maksud kau?", Ariff mengerutkan dahi.
"Kalau iya pun, jemput la aku duduk dulu", Syed terus menarik tangan Tasya disebelah.
"Siapa perempuan ni?", bertambah musykil Ariff melihat perempuan disebelah Syed.
"You tunggu apa lagi cerita saja? Jangan takut I ada dekat sebelah ni", pujuk Syed lembut.
Lagi bertambah kedutan di dahi Ariff. 'Cerita apa?'
"Tu-tuan", takut-takut Tasya memandang Ariff.
"Cakap apa yang you nak cakap. I tak akan marah kalau itu bukan salah you", serius Ariff memberitahu.
Gulp!
Lagi la Tasya takut, dah terang terang itu salahnya juga.
"Tasya, I'm here", Syed menggenggam tangan Tasya memberi semangat.
"Sebenarnya Mawar tak bersalah, Saya yang rancang semuanya", lancar ayat itu keluar dari mulut Tasya.
"What do you mean?", Ariff tersentak dengan ayat Tasya.
"Lelaki yang tindih Mawar tu, kawan baik saya", Tasya memaklumkan.
"What?", Ariff menghentak mejanya.
"Sabar bro, bagi dia habiskan cerita", Syed menahan Ariff.
"Sambung! I nak dengar!", Ariff cuba menenangkan dirinya.
"Semua gambar lelaki itu bersama Mawar yang tuan dapat itu adalah dari saya, saya yang hantar kepada tuan. Kejadian di hotel tu tak berlaku seperti apa yang tuan fikirkan"
Jelas Tasya mengaku kesalahan dia!
"Selama ni isteri I tak salah?", Ariff merasakan lutunya lemah ketika ini.
"Ya tuan. Saya terlampau dengki melihat kebahagiaan dia bersama tuan, sedangkan dia sikit pun tak pernah menggangu relay saya bersama Syed", Syed disebelah dipandang sekilas.
"Baik kau balik bro, settle kan masalah kau. Aku dengar dia dah dapat tawaran belajar luar negara yang dia minta tu", Syed berkata senada.
"Sambung belajar? Luar negara?", kelam-kabut Ariff bangun dan keluar dari pejabatnya.
"Syed ni semua salah I", Tasya menangis di bahu Syed.
"Shh It's not your false. You dah mengaku ni pun, dah seribu nikmat", Syed membawa Tasya dalam pelukan nya.
"I jahat Syed I jahat. Sedangkan Mawar tak pernah dengki dengan I", teresak-esak Tasya menangis dalam dakapannya.
"Dah tak nak menangis lagi. Jom kita makan ya, bagi you happy", Syed memujuk Tasya lembut.
Tasya menangguk sambil berjalan keluar dari bilik Ariff bersama-sama.
-end flashback-
"Sayang! sayang!", Ariff membuka laju semua bilik di tingkat atas.
Mata nya tertancap ke arah sebuah nota didalam bilik mereka dia tas meja solek. Meja solek dihampiri dan kertas diambil perlahan dan dibukanya
"Abang,
Sayang tahu sayang tak sempurna. Sayang juga melakukan kesalahan tanpa sayang sedar. Dan kesalahan yang paling bodoh sayang pernah buat adalah mempercayai ketulusan cinta abang"
Mendengar ayat pertama sudah mampu menitiskan airmata lelakinya.
"Tapi sayang tak salahkan abang 100 peratus, silap sayang juga percaya kata-kata Tasya. Sayang nak abang tahu, Abang juga salah satu kenangan terindah dalam hidup sayang.
Sayang tidak pernah terluka selama bersama dengan abang, walau macam mana pun abang layan sayang. Semua perasaan sakit dan benci itu sayang tolak jauh-jauh demi mempertahankan rumah tangga kita.
Cuma sayang tak tahan, bila kali pertama sayang nampak gambar abang bersama Sofea. Hati sayang sakit bagai disiat siat abang, bertapa pedih nya bila dapat tahu ada wanita lain bertakhta di hati abang.
Atau lebih tepat sekarang, awak lagi suka panggilan 'awak' 'saya' kan? Tak apa, saya terima. Saya nak maklumkan disini saya, saya akan pergi jauh dari awak selamanya.
Saya tahu awak akan jatuhkan talak kan kalau saya lari tinggalkan awak, saya ready. Suatu hari nanti saya balik, kita akan selesai kan perceraian kita.
Salam ikhlas,
Mawar"
Satu lagi kertas di belakang di ambil... Ada dua kertas Mawar tinggalkan untuknya.
"Tak mudah aku jalani
Hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari kutangisi
Segala memori
Janji kumungkiri
Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna 'ku terlalu mencintai
Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku
Engkau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu
Maafkan diriku
Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna 'ku terlalu mencintai
Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku
Aku lepas semua pergi
Bukan kerna aku benci
Tapi kerna 'ku terlalu mencintai
Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku
Usah bimbang oh sayangku
Nikmati dulu hidupmu
Nanti kau temu cintamu
Bukan aku"
Terlepas kertas itu dari tangan Ariff, dia duduk tersandar dibucu katil sambil menangis teresak-esak.
Mawar menulis semula bait-bait lirik dari lagu "Bukan Aku by Tasha Mashahar"
Jelas kesalahan nya disini sampai meruntuhkan rumah tangganya sendiri. Patut la pagi tadi ayat Mawar seperti menyentakkan hatinya.
Dia teringat sesuatu.
Pantas dia bangun dan mengesat airmatanya dan berlalu kebilik Kautharr.
Sampai di bilik Kautharr, Ariff menuju ke katil Kauthar. Satu nota juga berada di situ. Dengan tangan bergetar, Ariff mengambil kertas itu.
Kautharr my hero,
I'm so sorry dear. I need to go from here, I need time for myself. Mama will never forget you, only you can be my strenght.
Mama get hurt so badly, so I need to give my self calmness. Don't worry about me, just take care of yourself ya?
Make me proud of you. And the most important, you need to make papa forget about me. Find him a new mommy ok? mama it's not good enough for him.
I love you you so much, I leave my one and only picture for you. I know papa can take care of you
Salam sayang,
Mama"
Ariff mengesat airmatanya dan berlalu turun ke bawah.
Ya, dia masih sempat memujuk Mawar!
---
"Assalamualaikum", ibu dan ayah memberi salam.
Ariff yang berada di tangga terus meluru ke arah ibu ayahnya itu.
"Banglang minta maaf, banglang gagal jaga tanggungjawab yang ibu dan ayah beri", ibu ayah terus dipeluk seerat yang mungkin.
"Tak apa la banglang, bagi dia tenangkan diri dulu ya", Aziz memujuk lembut menantunya.
Aruff pandang kedua ibu ayah mentuanya tidak percaya. Mereka dah tahu?
"Ariff kejam dengan dia ayah, Ariff tak layak digelar suami", terus Ariff mengelar dirinya Ariff kerana rasa gagal menjadi suami Mawar.
"Hey, jangan cakap macam tu. Ibu nampak kebahagiaan Mawar bila dia bersama kamu. Dia sayangkan kamu sangat", Watie turut mengusap belakang menantunya.
"Tak ibu tak, Mawar dah tak cintakan Ariff. Mawar sendiri yang cakap", beria-ria Ariff berkata.
"Kenapa banglang cakap macam tu? dia tak pernah pun cakap cinta dia berkurang dekat kamu", kata Aziz
"Ni ayah, ni bukti Mawar tak cintakan Ariff", Ariff menyerahkan surat itu kepada ayah.
"Astagfirullah yah, anak kita ni memang tinggalkan kita ke?", airmata Watie mengalir.
"Tak banglang, ayah yakin. Bila Mawar dah bertenang nanti, dia akan balik ke sisi kamu", Aziz berkata yakin.
"Kautharr, papa make you lost your mama. I'm sorry handsome", sayu dia memandang Kautharr yang sedang lelap dia dukungan ibu.
"Ini amanah kamu yang Mawar tinggalkan, jaga dia sebaik mungkin", Watie menyerahkan Kautharr kepada Ariff.
Bertambah menangis Ariff melihat wajah Kautharr yang salin tak tumpah macam Mawar.
"How can papa want to forget mama, your face make me think of her", Ariff memeluk anaknya erat.
Hanya itu satu-satunya harta yang Mawar tinggalkan untuknya. Kauhtarr!
'Abang tak akan sia-siakan amanah yang sayang tinggal, abang akan besarkan Kautharr dengan baik', desis Ariff.
"Janji dengan sayang tau. Kalau sayang tak ada nanti, jaga anak kita baik baik tau"
Ayat Mawar ketika kali terakhir hubungan mereka penuh bahagia dan gembira, masih segar dan terngiang-ngiang difikiran dia.
Adakah ini maksud tersirat ayat Mawar?
Allah... dia tak sanggup!
---
Mawar yang berada di dalam kapal terbang hanya menangis perlahan. Walaupun dia pernah pergi ke Italy, tetapi kali ini perasaanya lain.
Dia perlu mencari dirinya semula, bertenang dengan setenang yang mungkin. Dia akan membuka lembaran baru ketika di Italy.
"Anak ok?", tegur seorang makcik disebelahnya ketika di dalam kapal terbang
"Saya ok aunty", balas Mawar memaksa dirinya tersenyum.
"Nama anak siapa?", Aisyah tersenyum membalas
"Saya Mawar, aunty panggil Wa ya", Mawar cuba bermesra.
"Panggil saja Umi. Wa umur berapa?", Aisyah memberi tumpuan pada Mawar.
"18 aunty, eh umi", Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"I see, sambung belajar ke Italy ya?", tanya Aisyah
"Ye umi", Mawar mengangguk.
"Umi pula? Melancong tengok anak ke?", Mawar pula bertanya.
"Tak la. Umi inggal dekat sana", balas Aisyah
"Ouh ye ke? Jadi ke Malaysia ni melancong la?", tanya Mawar selesa.
"Anak umi bertunang", Aisyah menjawab lagi.
"Umi Malaysian ke?", Mawar hairan dengan wajah umi yang kelihatan seperti French itu.
"Ya Wa, umi Malaysian. Kenapa nampak macam muka muka orang luar negara ke?", Aisyah mengusik.
"Haah umi, mati-mati Wa ingat French muslim tadi duduk sebelah Wa, rupanya tulen Melayu", Mawar tertawa kecil.
"Ada saja Wa ni, tak la. Walid yang asli Italy, umi ikut walid tinggal dekat sana", Aisyah turut ketawa sambil menunjuk ke arah lelaki disebelahnya.
"Ouh mesti anak-anak umi muka handsome dengan cantik kan, tengok umi pun dah boleh agak. Kalau cakap tak ada mix pun orang percaya", puji Mawar ikhlas.
"Ish kamu ni, tak ada la. Rezeki masing-masing, Allah dah bagi kita muka yang sempurna dah, tinggal kita je la. Bersyukur atau tidak", nasihat Aisyah jujur.
"Betul tu umi, Wa setuju", Mawar bersetuju.
"Kamu kata nak sambung belajar kan? Dekat U mana?", tanya Aisyah ingin tahu.
"Ni umi", Mawar menunjukkan ketetapan laporan melapor diri itu.
"Ya allah, dah dekat sangat dengan rumah umi ni. Kamu dah ada rumah ke belum?", Aisyah semakin mesra dengan Mawar.
"Belum umi, saya tengah cari juga ni. U kata tahun pertama, dia sediakan hostel", maklum Mawar.
"Susah susah saja. Tak apa, mulai dari hari kamu anak angkat umi. Tinggal dengan umi ya", kata Aisyah semangat
"Eh tak apa ke umi? Tak susahkan umi, apa pula anak-anak umi kata nanti", Mawar serba salah.
"Tak ada maknanya. Walid dengan anak-anak umi semua busy. Kalau ada kamu, best la umi sikit", pujuk Aisyah
"Ya la, saya tak kisah. Terima kasih sangat-sangat", Mawar tersenyum ikhlas.
'Ya allah terima kasih kau temukan aku dengan umi, semoga keluarga angkat aku mendapat keredhaanMu ya allah', desis Mawar.
---
"Eh uminya, siapa sebelah awak tu", tanya Mikhail hairan.
"Tu la walid, umi nak bagi tahu tadi. Walid dah lena dibuai mimpi, ini anak angkat kita. Mawar nama dia", Aisyah mempekenalkan Mawar
"La ye ke? sorry walid tak perasan kamu tadi", Mikhail tersenyum ke arah Mawar.
"Tak apa, saya berterima kasih sangat walid sudi terima saya dalam keluarga ni", Mawar membalas senyuman walid.
"Walid tak kisah, elok la tu. Kesian umi kamu duduk rumah sorang-sorang", Mikhail menyokong.
"Ni puteri puteri awak tu mana walid? Dari tadi tak turun lagi ke?", melilau mata Aisyah
"Umi ada berapa anak?", tanya Mawar baru teringat
"Tiga, first lelaki. Yang dua last tu perempuan", maklum Aisyah.
"Ouh", mukut Mawar membentuk 'O'
"Ha tu, panggil dia orang", tunjuk Mikhail ke arah dua wanita dan seorang lelaki yang memimpin seorang kanak-kanak.
"Semua!", panggil Aisyah melambai.
"Ha mana kamu pergi? penat umi dengan walid tunggu", terus Aisyah menegur.
"Toilet mi, sorry lupa inform. Eh ni siapa?", tanya Raudhah.
"Ha umi nak kenalkan. Ni Mawar, dia sambung belajar dekat U berdekatan rumah kita tu. Nanti dia tinggal dengan kita tau", Aisyah mempekenalkan sekali lagi.
"Saya Mawar", Mawar menghulurkan tangan bersalam
"Raudhah, panggil angah. Muda lagi kan?", tanya Raudhah mesra.
"Haah baru 18", jawab Mawar turut mesra.
"Mariam, panggil je apa awak nak panggil. Biasa umi walid panggil saya adik", Mariam pula mempekenalkan diri.
"Herm kita sebaya ke? Awak nampak muda", Mawar bertanya perlahan.
"Amboi nak cakap angah tua ke tu", usik Raudhah.
"Eh tak tak, saya tanya saja sorry", Mawar serba salah.
"Tak ada angah gurau saja. Tak adalah la mudah sangat dia, 20 dah", Raudhah menjawab kembali.
"Ni suami angah, Sirhan. Yang tu anak angah, Siddiq", sambung Raudhah memperkenalkan.
"Sirhan"
Dia hanya menunduk membalas sapaan jejaka didepannya iaitu suami Raudhah.
"Siddiq, salam aunty"
Laju saja Siddiq mengikut arahan daddy dia untuk menyalam Mawar.
"Eh, Siddiq ya? Sedap nama", Mawar menciut dagu Siddiq manja.
Siddiq hanya tersenyum malu dan menyorok di belakang mommynya apabila dipuji Mawar.
Mawar hanya tersenyum, kemudian mata dialihkan memandang Mariam semula. "Saya panggil awak kakdik la macam tu, boleh?"
"Boleh, ikut awak la", balas Mariam.
"Ok dah settle kan. Jom along dah call walid tu, dia dah tunggu dekat depan", Mikhail memberitahu mereka.
"Ye ke? Ha jom, umi tak sabar nak jumpa along kamu. Dah rindu dah umi dekat dia", Aisyah semangat berjalan ke hadapan bersama walid.
"Eh, awak kenapa Wa?", tanya Mariam.
"Kakdik, along tu umi kata lelaki kan?", tanya Mawar takut-takut.
Naik segan dia macam ni. Berapa ramai lelaki pun dia tak tahu nanti ada dirumah. Dengan walid, suami angah tambah pula dengan anak first umi.
"La, kenapa pula kalau lelaki. Jangan risau dia tak makan orang la", tergelak Raudhah mendengar soalan Mawar.
"Haah la awak ni, dah jom jom", mereka menarik tangan Mawar mengikut jalan umi dan walid.
---
"Umi walid, welcome home everybody!", sambut Naim mesra ketika turun dari kereta.
"Along, miss you", terus Mariam memeluk alongnya.
"Eh siapa tah rindu dia. Orang rindu umi dengan walid saja", Naim sengaja menyakat adiknya.
"Im ni kan, suka sakat adik macam tu kan", tegur Mikhail lembut.
"Ala walid, Im rindu dia la. Itu yang Im sakat dia", Naim tersenyum ke arah walidnya.
"Eh along. Ni angah nak kenalkan anak angkat umi", Raudhah memperkenalkan Mawar disebelahnya
"Siapa nama dia dik?", Naim menyiku lengan adiknya.
"Umi tengok along ni, sibuk saja nak tahu nama family baru kita ni", sengaja Mariam menyakat pula.
"Eh diam la beruk, aku tanya kau perlahan saja kan", Naim merengus geram.
"Tak payah gatal sangat long, dia tak biasa lelaki tahu nama dia", tegur Aisyah pula.
"Ala umi, tapi mesti walid dah tahu kan. Walid pun lelaki juga, ni ha Sirhan. Mesti dia pun dah tahu kan?", Naim merungut.
"Walid dengan Sirhan lain, walid ni orang penting. Kena la tahu", Mikhail pula menyakat.
"Ish, apa semua orang ni? Awak, bagi tahu la saya nama awak", rengek Naim seperti budak kecil.
"Eh along ni, tak senonoh betul. Dah jom kita balik", terus Aisyah masuk ke dalam kereta.
"Haah long, usaha la sendiri. Dah angah penat nak balik, jom awak", laju sahaja Mawar mengikut langkah Raudhah.
---
"Ai Im, focus drive tu. Mata jangan sibuk nak pandang belakang, walid korek biji mata tu nanti", kelakar Mikhail melihat ragam anak bujangnya ini.
"Apa la kan walid? Tak akan baru jumpa tak sampai sejam, along dah jatuh cinta kan", tergelak satu keluarga mendengar ayat Mariam.
"Eh amboi dik, sedap kau sakat along kan. Kalau jatuh cinta pun apa salahnya, awak single kan?", tanya Naim straight to the point.
"Ish ish perangai dia ni, dari tadi umi tengok. Gatal semacam eh, kemain nak ayat perempuan. Tapib dia taken", Aisyah memberitahu jelas.
"Hahah, melepasla kau long", Raudhah gelak mengejek.
"Umi bergurau kan, kata dia sambung belajar. Mesti muda kan, tak akan la dah jadi bini orang?", Naim mengerutkan dahinya.
"Tak percaya pula dia, sayang dah kahwin kan?", tanya Aisyah menoleh Mawar disebelah.
"Ha see, dia tak jawab pun, umi bergurau je", terus Naim menjawab sendiri bila Mawar tidak membalas.
"Betul umi kata, saya dah kahwin tapi dalam proses bercerai"
Itu la ayat pertama yang keluar dari mulut Mawar untuk Naim setelah lama berdiam diri dari tadi.
Naim terdiam. "I know you, saya kenal suara awak", selepas berfikir, Naim yakin.
Mawar memandang Naim tidak percaya. "Awak jangan percaya along tu, ayat tackle perempuan semua tu", balas Mariam.
"Adik ni, betul along yakin along pernah jumpa dia", Naim pula membalas laju.
"Kalau ya, dekat mana? dekat mana?", tanya Raudhah pula.
"Kau ingat tak ngah, masa dekat kubur ada orang jatuh dalam dakapan along?", tanya Naim memandang Mawar dari cermin kereta.
"Apa kena mengena dengan dia pula?", Raudhah mengerutkan dahi.
"Awak la orang tu", tenang ayat itu keluar dari mulut Naim.
"Betul ke? Wa pernah jumpa anak umi sebelum ni?", kini perhatian ditumpukan kepada Mawar.
'ha jumpa dia? Bila masa ni? aduh aku lupa la. Eh jangan cakap masa aku lawat kubur atuk tu?', Mawar bertanya sendiri.
"Dekat Tanah perkuburan islam Kampung Serdang?", tanya Mawar perlahan.
"Ha kan betul, awak la orang tu. Saya masih kenal sepasang mata yang terpejam rapat dalam dakapan saya tu", punya gembira ayat Naim.
"Im, watch your language. Ada ke patut cakap macam tu? segan dia nanti", Mikhail bersuara setelah sekian lama berdiam.
"Kita pernah jumpa dekar AEON juga kan?", kepala Mawar tiba-tiba teringat kejadian tu.
"Ha see, orang tu betul awak. Baru saya nak cakap yang tu", Naim mengiyakan ayat Mawar.
"Ha dah dah. Kalau korang dah pernah jumpa, ok la tu. Dah along, rumah kita depan ni. Nanti sambung sembang ya", Aisyah menunjukkan kawasan perumahan di depannya itu.
'Mak kau, ni macam kawasan untuk golongan elit saja. Family angkat aku ni kaya ke?', desis Mawar melihat kawasan sekeliling penuh dengn rumah banglo 3 tingkat.
---
"Maaf la, rumah umi ni kecil saja. Jemput la masuk", Aisyah mempersilakan Mawar masuk.
"Eh tak la umi. Rumah umi ni lebih dari cukup, kalau saya ni boleh bawa satu keturunan duduk", kata Mawar terlebih mesra.
"Awak ni kelakar jugak kan", Naim tertawa kecil disisi Mawar.
"Saya bukan buat lawak untuk awak", cebik Mawar.
"Comel pula tu. Awak awak", Naim masih disebelah Mawar.
"Eh dah la along ni, tak selesa dia nanti. Jom saya tunjukkan bilik awak, adik bawa dia naik tau semua", Mariam memberitahu.
"Ha elok juga tu, dah malam boleh rehat.Wa buat macam rumah sendiri ya", pesan Mikhail
Mawar mengangguk faham. "Jom biar adik ikut sekali", Mariam juga turut meneman Mawar.
Hanya dua yang tinggal. Angah dan abang iparnya sudah balik ke rumah mereka sendiri. Tak akan nak biarkan along? Bukan boleh percaya sangat dia tu!
"Nanti pagi turun ya, umi siapkan breakfast", pesan Aisyah
"Eh umi tak apa. Mesti umi penat flight tadi, apa kata pagi esok saya masakkan", Mawar mempelawa diri
"Tak susahkan ke? Lagipun umi bukan buat sorang, maid ada tolong", Aisyah serba salah mahu tetamu memasak.
"Apa pula susah, umi dah bagi saya tinggal dekat sini pun saya bersyukur sangat", Mawar tidak mahu susahkan keluarga angkatnya.
"Umi ok je, boleh juga rasa masakan melayu. Rindu umi, asyik breakfast omputih saja", balas Aisyah tersenyum.
"Boleh umi, esok saya masak. By the way, umi comel la", Mawar tertawa kecil.
"Ha dah dah, jom kita masuk bilik. Saya tengok along tu dari tadi tenung awak, macam nak telan dah tu", Mariam memerli alongnya.
Naim tersentak. 'Haish senyum dia, boleh buat hati orang sekeliling dia tenang setenang lautan'
"Sudah la tu tenung dia, pergi masuk bilik", tegur Mikhail
"Hehe, okay walid. Selamat malam", Naim turut naik ke atas.
---
Pagi itu Naim turun semerbak bau nasi lemak satu rumah. Terus kaki dibawa turun ke dapur.
"Patut sedap saja masak, rose yang masak rupanya", tegur Naim dipintu dapur.
Terjatuh pisau yang sedang dipotong timun itu dari tangan Mawar.
"Kenapa rose? tangan awak sakit ke?", meluru Naim masuk ke dapur.
"Mana awak tahu nama saya?", tanya Mawar tanpa berpaling.
"La awak ni, saya ingat awak sakit tadi. Awak nak tahu ke?", sengaja Naim bertanya.
Mawar mengangguk.
"I don't know. For me 'Rose' is a flower that can signify my love for you", terang dan nyata ayat diberi Naim.
Landasan yang berisi timun itu pula jatuh ke dalam singki. "Ya allah awak ni, apa kena semua jatuh ni?", hampir tergelak Naim di belakang Mawar.
"Gilo agak eh, pepagi buto confess dopan den", perlahan Mawar berbisik.
Habis dah dia merapu menggunakan bahasa Negeri Sembilan nya, jarang tau dia menggunakan longhat negerinya.
"Awak cakap apa? Saya gila, sampai nya hati awak. Ops! menusup kalbu tahu tak?", Naim memegang dadanya seakan sakit
"Dasar gilo ni, ibu tolong", Mawar menyambung kerjanya memotong timun.
"Awak oh awak", panggil Naim berdiri disebelah Mawar.
"Hmm", balas Mawar tanpa menoleh.
"Jadi betul kan nama awak rose?", tanya Naim lembut.
"Mawar.. Tapi rose tu betul juga cuma ditranslate kan", jawab Mawar jujur.
"Ouh but i don't care. From now on, awak kenalkan diri awak sebagai 'rose'. Cantik nama tu", cadang Naim.
Mawar memberhentikan kerjanya dan memandang Naim. "Ini idea pertama yang bernas keluar dari mulut awak", Mawar tersenyum.
Boleh juga dia tukar identiti tu. Dia perlu menukar semuanya untuk move on lebih cepat.
"Really? thanks god awak suka. Saya ingat awak nak marah tadi", Naim turut tersenyum.
"By the way, you have a perfect smile. Senyum la selalu, kan sedekah tu", puji Naim ikhlas.
"Eh awak ni menggatal pula, nampak tak pisau ni?", Mawar menunjukkan pisau ditangannya.
"Garang nya awak ni, but i like", Naim mengenyitkan mata dan berlalu keluar dari dapur.
"Gilo jadi eh den layan kau ni Naim", tergeleng-geleng kepala Mawar.
---
"Sedap nya Mawar masak, puas sangat", puji Mariam terlepas cakap.
Mereka memandang sesama sendiri. "Don't worry. He's already know this morning", maklum Mawar.
"Laju buat research long", Raudhah menjeling alongnya
Dia memang selalu breakfast diruamah keluarga dia pun untuk menghantar anaknya sebelum pergi kerja. Umi yang mahu menjaga cucu katanya.
"Siap confess dah pun", mengaku Naim bangga.
"Amboi. The answer, kena reject ke tak?", Naim memandang wajah Mawar didepannya mendengar soalan Umi.
Kedudukan mereka Walid di tengah. Umi, Naim dan Sirhan bersebelahan. Dan Mariam, Mawar dan Raudhah dihadapannya memudahkan Naim memandang Mawar.
"Kena tanya bakal menantu umi la?", balas Naim mengangkat kening tersenyum.
"Ewah ewah, lepas ni boleh panggil kaklong la Wa. Tak payah bersaya-awak lagi dah", usik Raudhah.
"Ha dah la, merah dah muka apa kaklong. Kaklong pun kaklong la, kesian dia", Mikhail sekali lagi menjadi penegur.
"Awak ok?", sengaja Naim bertanya.
Mawar mengecilkan mata memandang Naim. 'sengaja dia nak malukan aku depan family dia'
"Jangan layan along tu Wa, dah kamu pergi kerja sana tu long", halau Aisyah.
"haah la mi, biasa along tak sempat nak breakfast pun. Ni dia turun dulu, tahu tahu dah habis dua pinggan", usik Mariam.
"Along sarapan pun salah. Asyik along saja yang kena", cebik Naim.
'eh eh dia ni.. tak malu ke nak merajuk, mengada depan aku? Aku pula naik segan dengan kau la', Mawar hanya memerhati Naim didepannya.
"Awak jangan rindu saya tau, saya nak pergi kerja", ujar Naim gedik di disebelahnya.
"Dah la long. Pergi la kerja cepat, meluat dah kami ni tengok", Raudhah menggeleng kepalanya.
"Kau jealous cakap saja la. Fine along pergi kerja, bye umi walid", Naim menyalami tangan umi walidnya.
Selelas adik bersalam dengannya, "Awak tak nak salam tangan bakal suami awak", usik Naim lagi.
Izzah berkerut geli.
"Tengku Naim Arshad!", tegur walid.
"Ya la, Im faham. Bye awak", sempat Naim mengenyit mata sebelum pergi.
---
TO BE CONTINUE...
Bye Ariff.. ha puas hati sis, biar Ariff tanggung. Suka sangat nak seksa Mawar kan. biar dia rasa apa yng Mawar rasa. Sis geram betul si Ariff kan, korang pula macam mana? mesti sama macam sis kan? Biar Ariff menderita lama sikit kali ni Hahahaha ( gelak dalam nada jahat ) Stay tuned ok, don't forget to follow and comment :)
Share this novel