P.J. -CHAPTER 14-

Romance Completed 43926

SPM bermula pada hari ini. Sepanjang itu juga, ibu ayahnya akan menghantar dan mengambil dia di sekolah.

"Ibu ayah, doakan alang tau hari ni", kata Mawar ketika jereta diberhentikan di depan sekolah.

"Inshaallah, doa kami sentiasa dengan kau", balas Watie tersenyum.

"Hopefully alang berjaya. Thank ibu ayah", Mawar menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Ayah yakin you can do this. Ingat satu saja, kita berjaya semua atas usaha sendiri bukan berharap pada takdir", pesan Aziz menyambut huluran tangan Mawar.

"Ingat ibu cakap. Masa exam tu tak dapat nak jawab, selawat banyak banyak. Tak dapat jugak baca 3 Qul", Watie pula berpesan juga menyambut huluran Mawar.

"Okay ibu ayah, kaklang ingat. Muahh", Mawar mencium pipi kiri & kanan milik ayah dan ibunya.

"Bye assalamualaikum", ucap Mawar keluar dari kereta dan melambai ke arah ibu ayah nya.

---

"Hai Wa, ceria pagi ni", tegur Nurul ketika Mawar duduk di depannya.

"Haah Wa, senyum saja aku tengok dari tadi. Orang nak exam ni, semua nervous. Kau boleh relax saja", sambung Wani pula.

"Ala korang ni. Kita ni nak exam kena la tenang, kalau tak nanti semua lupa. Lagipun pagi tadi, aku dah minta ibu ayah aku doakan. Inshaallah aku boleh jawab", balas Mawar tersenyum ke arah dua kawannya itu.

"Dekat cik abang kau? Tak suruh dia doakan? Mesti dia tahu kan kau exam hari ni", tanya Wani.

"Of course la dia tahu. Semalam seharian aku duduk dengan dia la. Macam macam dia cerita dekat aku and he said 'don't worry, I know you can do this honey' dekat aku", balas Mawar meniru sedikit cara percakapan Ariff.

"Korang ni sempat bersweet gitu ya. Hahaha", gelak mereka.

"Eh yang korang ketawa kenapa? Ni minah lagi sorang mana ni. Tah habis habis lambat, tak kan time exam macam ni pun terlajak tidur juga", tanya Mawar mengangkat kening.

"Dio pesan dengan aku, dia tidur lambat nak ulang kaji. Sebab tu la kot lambat datang ni", Nurul memberi tahu.

"Macam tu pula, sebelum ni orang suruh buat revision tak nak. Esok nak exam, hari ni baru gelabah nak baca. Haish Mayra Mayra", Mawar menggeleng kepala mengenangkan sikap kawannya yang seorang itu.

"Ala biar la dia. Dah lama aku tak tanya khabar baby kau kan? Baby sihat?", Wani mengusap perut Mawar.

"Hui gilo, kita dalam dewan ni. Orang ramai la, nanti dia orang nampak ", Mawar menarik tangan Wani perlahan.

"Alah, biar la. Kita dah nak habis sekolah dah pun. Apa salahnya dia orang tahu?", Wani mengerutkan kening.

"Betul juga tu Wa, sampai bila kau nak simpan? Lama lama nanti dia orang tahu juga", sokong Nurul.

"Ala korang ni, ok ok fine. Ha pegang la, usap la perut aku ni", Mawar menarik semula tangan Wani untuk memegang perutnya.

"Hehe, hai baby. Sis kawan mama, panggil 'sis Wani' tau", Wani seakan berbicara dengan baby di dalam perut Mawar.

"Euw perasan. Fikir muda agaknya, nak gelar diri tu akak. Panggil 'makcik Wani' saja baby", Mawar menggeleng tersenyum ke arah Wani.

"Baby, mama ni memang jahat eh? Aunty Nurul pun tak nak sokong sis. Macam mana ni?"

Wani leka berbicara dengan baby di dalam perut Mawar smbil menjeling ke arah Nurul dan Mawar.

"Ouh engkau. Kau gelar diri akak, sampai kat aku aunty tak? Mana aci macam ni", cebik Nurul.

"Aci dekat India", Wani menjelir lidah.

"Wa!", panggil Wani perlahan.

Mawar mengangkat kening perlahan. "Kau rasa tak apa aku rasa?"

"Kau rasa apa?", Mawar pura-pura tidak tahu.

"Dia tendang la Wa, amboi anak buah sis ni active ya", teruja saja nada Wani.

Mungkin ini kali pertama dia merasakan pergerakan bayi ketika didalam perut agaknya.

"Ha! Apa dia?!", jerit Nurul.

"Baby tendang, sana sana. Aku nak rasa juga", Nurul menolak tangan Wani, dia pula mengusap perut Mawar.

"Baby, how are you? Kalau tadi 'makcik Wani' yang cakap dengan baby, sekarang.. ", terhentik kata Nurul bila Wani berdehem.

"Hmm! hmm! SIS WANI please", Wani menekankan perkataan 'sis wani' sambil mengangkat kening sebelah.

"Ya la, ya la. So, kalau tadi SIS Wani. Sekarang yang tengah cakap dengan baby aunty Nurul", Nurul memperkenalkan diri sambil mengusap lembut perut Mawar

"Jangan risau, aunty sedar sikit. Tak macam SIS Wani yang tah bila nak sedar tu", tambah Nurul memerli bersama gurauan sambil mendekatkan mulut di perut Mawar.

"Ouh engkau perli aku dekat anak buah aku eh, dasar malaon", Wani menjeling Nurul

Tiba-tiba mata Nurul membulat. "Wa, dia tendang Wa. Dia tendang perut kau la", bersinar-sinar matanya teruja.

"Ya kawan ku tersayang, yang dia tendang tu perut siapa? Aku kan? Aku rasa dia tendang, kau pegang saja"

"Argh! Terujanya aku. Mak, nak kahwin juga"

"Gatal!", bahu Nurul ditolak oleh Wani.

"Biar la, sebenarnya kau jealous kan? Kau tak laku", perli Nurul sengaja.

"Amboi ni dah melebih ni!"

"Aduh korang ni, dah dah. Study cepat, jangan nak bertekak pula"

Tersengih Mawar melihat kerenah kawan karibnya. Untung dia dapat sesi hiburan sebelum masuk ke dewan peperiksaan pagi ni.

"Ni belum datang Mayraa lagi, pening aku layan korang. Kalau..", belum sempat Mawar menghabiskan kata, seseorang berdehem.

"hmm!, korang buat apa? Aku kacau ke?", tanya Terry

"Kacau sangat", jawab Mawar kasar.

Mawar menepis perlahan tangan Nurul di perutnya takut Terry perasan. Walaupun kenyataannya memang Terry dah tahu, tapi Mawar tak suka orang nampak baby bumpnya.

Nurul dan Wani saling berpandangan. Tak sangka sampai macam tu sekali Mawar menyampah melayan Terry lepas kes hari tu.

"So, you guys burak apa?", tanya Terry tidak memperdulikan Mawar yang memang sudah membenci dirinya berada disitu.

"Terry, kau berambus boleh tak?", kata Mawar sedikit tinggi, dia mahu Terry hilang dari pandangannya.

'Ish cicak kobeng ni. Aku dah elok tenang tadi, sekarang ni rasa nak marah pula', desis Mawar.

"Mawar, kalau tak suka pun. Benda boleh cakap elok elok", tegur Nurul bila melihat sikap Mawar yang sedikit kurang ajar.

"Kau rasa la kan, orang macam dia ni faham bahasa ke?", Mawar sedikit tidak berpuas hati bila Nurul menyebelahi Terry.

"At least jaga percakapan kau tu. Elok hari ni kau boleh score. Sebab kau biadap dengan dia, terus kau tak dapat jawab nanti", Wani pula mengingatkan Mawar.

"Okay fine. Kau nak apa?", tanya Mawar suara sudah diperlahan.

"Aku nak lepak dengan korang. Sebab boleh buat revision sikit, cikgu kata korang ni geng geng pandai kan?", puji Terry tertawa kecil.

"Member kau dah tak ada ke? Tak malu buat revision dengan perempuan?", tanya Mawar senada.

"Ada tu of course ada. Tapi macam aku cakap tadi, nak buat revision dengan orang pandai", ujar Terry tersenyum sinis.

"Tak payah la Terry, kita exam pukul 8. Kalau sekarang baru kau nak buat revision, baik tak payah", balas Mawar menayangkan muka tidak berpuas hati.

Wani dan Nurul yang mendengar hanya mampu mendiamkan diri. Mereka tahu Mawar akan marah jika mereka mencelah, mereka tidak mahu membuat Mawar tertekan.

"Ok I surrender. Sebab kita nak exam, aku tak kacau kau. Tapi ingat lepas habis exam ni, aku tak akan lepaskan kau", kata Terry sedikit sinis.

"Aku gerak dulu", tambah Terry terus meninggalkan mereka.

Mawar mendengus geram. "See nampak tak perangai dia macam mana?", tanya Mawar kepada Nurul dan Wani.

Belum sempat Mawar mahu menyambung bebelnya, Mayraa datang dengan sengihan di bibir.

"Assalaimualaikum guys, sorry aku lambat", ujar Mayraa ketika di depan mereka.

"Ha ni lagi seorang. Kau datang pukul berapa ni? Ingat ni sekolah kau punya ke?", tanya Mawar mengangkat kening.

"Ala akak pengawas kita ni, relax sudah. Kalau iya pun nak marah, jawab la salam aku dulu", Mayraa duduk di sebelah Nurul

"Ha Mayraa kau tak yah tersengih sengih. Mood Mawar tengah out tu", Wani memperingati Mayraa sambil menyiku Mawar disebelah.

"Alak? Orang exam nak tenang, yang kau hangin kenapa?", tanya Mayraa bergurau

"Sapa lagi kau rasa boleh buat kawan kita ni bad mood?", Nurul pula bertanya.

"Terry?", teka Mayraa.

"Sapa lagi?", Nurul mengangkat bahu.

"Haish kau ni Wa, tak yah fikir dah Terry tu. Bukan kau tak kenal", Mayraa menepuk lengan Mawar perlahan.

Mawar mahu membalas tiba-tiba..."Hai assalamualaikum", tegur seseorang di depan mereka.

"Eh Syed, waalaikumussalam", jawab Wani.

"Aku duduk dengan korang, boleh?", tanya Syed.

"Apa pula tak boleh, duduk la", balas Mayraa pula.

Syed melabuhkan punggungnya di sebelah Mawar. "So how? You guys dah ready ke untuk exam kejap lagi?", tanya Syed memandang Mawar.

"Ala Syed, kalau nak tanya dekat Wa saja. Just say YOU, not YOU GUYS", Wani tertawa kecil.

"Eh mana ada. Betul la aku nak tanya korang semua", Syed mengusap belakang tengkung perlahan.

"Apa korang ni? dia tanya korang juga kan", Mawar pula menyampuk.

"Eleh Wa Wa. Nak cover, cakap saja la", Nurul melirik senyum nipis.

"Whatever la. So, Syed. Kau buat apa duduk dengan kita orang ni?", tanya Mawar memandang Syed di sebelahnya.

"Saja aku nak bagi kata semangat untuk kau", jawab Syed mesra sambil menyengitkan mata ke arah Mawar.

Mereka bertiga pun apa lagi, ketawa bedekah-dekah la mengenakan Mawar. "Hahahaha", gelak mereka.

"Nasib baik la si Wa ni dah ada laki. Kalau tak dah lama we all pasangkan korang berdua balik", kata Nurul dengan ketawa masih tersisa.

Muka Syed berubah. "Eh Syed, kau tahu kan yang Mawar dah kahwin?", tanya Mayraa bila perasan perubahan muka Syed

Syed mengangguk. "Don't worry aku tahu batas aku. Walau pun aku ni time agama membuta, tapi aku tahu jatuh cinta dekat bini orang tu haram", Syed tersenyum nipis.

Mawar diam sejenak. Bukan dia tak tahu yang Tasya mesti akan hasut Syed supaya Syed membenci Mawar.

Tapi semua tu sia-sia, sebab Syed sendiri tidak pernah kisah statusnya.

'Eleh mesti Tasya yang bagi tahu kau. Tapi kenapa kau still macam berharap saja dekat aku?', desis Mawar mengerling sekilas Syed disebelah.

"Bagus la kalau macam tu. Sebab aku tak nak kau kecewa kalau kau masih berharap dekat aku", Mawar seakan memberitahu Syed supaya terus melupakannya.

Baru sahaja Syed mahu menjawab...

"Kamu semua boleh beratur sekarang. Kita dah boleh masuk dewan peperiksaan", kata Cikgu Camey menggunakan mikrofon di depan dewan

"Dah jom gerak, jom dah panggil tu", potong Mawar supaya Syed tidak meneruskan ayatnya.

---

Sebulan berlalu dengan cepat... Nasib baik dia ambil course sains tulen, jadi kertas habis awal.

Mawar sudah selesai mengambil peperiksaan SPM, dia mengambil 10 mata pelajaran sahaja. Alhamdulillah semua soalan dapat dijawab dengan tenang.

Walaupun dia tengah sarat, adakala penat juga membawa perut ke hulur ke hilir. Nasib baik badannya kecil, jadi perut nya juga tidak terlalu besar.

Senang untuk dia cover ketika di sekolah!

Petang tadi Mawar sudah berpindah masuk ke rumah Ariff. Semua barangnya sudah dibawa masuk ke rumah Ariff sejak beberapa minggu lepas.

"Sayang"

Ariff memeluk Mawar dari belakang ketika berada di balkoni bilik mereka.

"Bila abang sampai?", tanya Mawar, tangan naik memegang tangan Ariff yang berada di perutnya.

"Baru saja", balas Ariff melabuhkan dagu di bahu Mawar.

"Sayang buat apa dekat luar malam ni sorang sorang?", tambah Ariff bertanya sesekali mencium pipi Mawar.

"Saja nak tenangkan diri", balas Mawar ringkas memandang bintang di langit.

"Aik stress ke? Bukan hari ni last paper ke?", tanya Ariff hairan.

"Memang last paper pun, cuma saja sayang nak renung masa depan", Mawar tertawa kecil.

"Your future is with me and our baby la", Ariff memusingkan badan Mawar supaya menghadapanya.

"Ya, I know that. Confirm la my future is always with you. Kalau tak, tak ada la kita berdua dekat sini sekarang", Mawar menyandarkan badan kedada Ariff.

"Then? Nak serabut otak tu fikir apa?", Ariff mengelus lembut pipi Mawar.

"Sayang nak kerja", tiba tiba ayat tu terkeluar dari mulut Mawar.

"No sayang, a big NO", larang Ariff keras meleraikan pelukan.

"Why? Sayang nak cari pengalaman dekat luar tu", pujuk Mawar lembut mengenggam tangan Ariff.

"Hey are you realize you're pregnant? nak masuk 9 bulan dah pun, sayang dah sarat la", balas Ariff mengoncang tangannya yang berada dalam genggaman Mawar.

"Ala baby, ada saja orang lain pregnant boleh kerja. Tak akan sayang tak boleh?", tanya Mawar membuat muka berharap.

"Still NO honey. Biar la orang lain, janji bukan wife abang", Ariff masih dengan nada serius nya.

"Habistu sayang nak kena duduk rumah yang besar ni seorang diri? Bosan la macam tu", Mawar tetap dengan pendiriannya.

"Ok kalau macam tu abang ambil maid esok juga, so no excuses", Ariff masih tidak membenarkan Mawar bekerja.

"Ok ok, lepas bersalin sayang boleh kerja. Abang izinkan, but not now", Ariff melembutkan suaranya bila melihat Mawar menarik muka.

"Seriously?", mata Mawar kembali bersinar.

"Eh kejap, lagi tiga bulan la kalau macam tu. Confirm time tu dah dapat result, mana sempat nak kerja", Mawar mengerutkan dahinya.

"Buat la part time, sayang nak kerja sangat kan", balas Ariff ringkas mengangkat bahu.

"Tak boleh la macam tu. Kalau sayang penat, baby dengan abang siapa nak urus? Habis bercelaru nanti", Mawar menepuk dada Ariff lembut.

"So dah dapat result kan? Memang Allah tak bagi sayang kerja. Duduk saja rumah besarkan our kids", Ariff tersenyum kemenangan.

"Saja kan abang. Sayang bukan apa, tak akan nak duduk goyang kaki dekat rumah je. Tetapi abang dekat luar susah payah cari duit", Mawar masih mencuba nasib.

"Apa pula cakap macam tu. Itu kan memang tanggungjawab abang, abang tak kisah pun sayang goyang kaki dekat rumah. Lagi senang hati abang, dari sayang pergi bekerja dekat luar tu", balas Arif mesra.

"Suka hati abang la. Jangan nanti orang cakap sayang kaki kikis or pisau cukur sudah", Mawar akhirnya akur.

"Biar la orang nak cakap apa. Memang semua duit abang milik sayang pun", Ariff menidakkan penyataan Mawar.

"Sebenarnya sampai bila-bila pun abang tak izinkan sayang kerja", bisik Ariff perlahan

"Apa? Hish abang ni, suka burak belit. Menyampah la macam ni"

Mawar melangkah masuk ke dalam bilik dan membaringkan diri di atas katil sambil membelakangi Ariff.

"Sayang", Ariff turut masuk ke dalam dan baring di sebelah Mawar.

"Honey, tak elok tau tidur membelakangkan suami. Sampai pagi malaikat laknat nanti", Ariff memeluk pinggang Mawar sambil berbisik.

"Honey, jangan la marah. Abang cuma tak nak susahkan sayang saja, abang kan mampu lagi", Ariff menarik Mawar supaya menghadapnya.

"Listen here honey. Ok I'm surrender, you can work tapi lepas pastikan diri sayang betul betul bersedia", Ariff akhirnya kalah bila melihat muka cemberut Mawar di depannya.

"Macam la boleh percaya?", Mawar mencebik.

"Ya sayang, tunggu anak kita besar sikit. Sayang boleh kerja, abang izinkan", balas Ariff menyakinkan Mawar.

"Jangan tipu eh, janji?", Mawar menghulurkan jari kelingkingnya.

"I'm promise", Ariff menyangkutkan jari kelingkingnya juga di jari kelingking Mawar sebagai tanda berjanji.

"So, we're in peace?", Ariff memandang wajah Mawar.
Mawar mengangguk.

"Bang, baby sekarang dia dah gerak ke bawah tu untuk biasakan diri sebab dah masuk 9 months kan", maklum Mawar.

Nak harapkan Ariff ambil tahu. Haish, sia-sia. Dia yang ken ceritakan semuanya.

"Really? Anak papa tengah terbalik la ni. Kesian dia ya", perut memboyot Mawar diusap.

"Due date sayang mungkin minggu depan, mungkin minggu akan datang tu. Sayang tak pasti la, tapi minggu depan kandundan dah matang and dah boleh dilahirkan"

"Yeah! tak lama lagi anak papa boleh tengok dunia. I can't wait to see you. Tapi yang, kenapa dia diam saja?", Mawar menggeleng melihat nada teruja Ariff.

"Dia tidur tu bang, dari tadi dia aktif tapi papa dia tak layan. Tu yang dia tidur dah"

"Anak papa dah tidur, bagus la tu. So, mama, jom layan papa pula", Ariff terus menindih Mawar.

"Bukan petang tadi time sayang sampai abang dah lepas rindu ke? Tak akan tak cukup lagi?", tanya Mawar mengerutkan dahi.

"No, I already miss your touch honey", balas Ariff menggoda.

"Abang, I'm tired la. Next time boleh?", tanya Mawar serba salah. Dia tahu berdosa menolak permintaan suaminya itu.

"But why?", Ariff memberhentikan mukanya betul betul sedepa didepan muka Mawar

"I'm just tired, pinggang sayang sakit sangat ni. Boleh tak kita skip hari ni", balas Mawar.

Dia memang betul betul penat, bukan sengaja tak mahu layan kehendak Ariff. Kandungan yang sarat membuatkan dia tak mampu melayan kehendak Ariff sepanjang masa.

"Kalau abang buat macam ni, penat juga?", tangan Ariff mula merayap ke dalam baju Mawar. Dia tahu sangat titik kelemahan isterinya.

"Ok, but satu round saja. Lebih lebih abang layan diri sendiri", Mawar menghentikan tangan Ariff memberi ingatan.

"Alright", Ariff hanya tersenyum dan menyambung kerjanya.

Dia bukan tak kesian dengan Mawar, cuma nafkah batinnya kena dipenuhi kan? Lagipun lepas ni, dia kena cuti lama... tersangat lama!

---

"Hai Syed. Exam done. Jom kita enjoy malam ni", Tasya menelefon Syed.

"You nak enjoy? Ajak la Terry tu, I penat la", balas Syed selamba

"Apa you ni? I ajak enjoy saja. Kita pergi makan ke tengok wayang, bukan pergi clubbing minum ke apa", Tasya geram dengan sikap Syed.

"Kalau you nak clubbing pun I tak kisah, pergi je la", Syed malas mahu melayan.

"Ada bf pun macam tak, baik tak payah ada relay saja. Ok la bye", Tasya mendengus dan meletakkan panggilan.

Syed hanya menggeleng "siapa la yang nak jadi bf kau", desis Syed perlahan dan terus memberingkan tubuhnya untuk tidur.

---

"So, plan kita bila boleh dimulakan. Aku tak sabar ni?", tanya Terry dengan bibir tersenyum sinis.

"Lelaki sama saja kan. Kalau bab macam tu, laju saja otak you", Tasya menampar lengan sado Terry.

"You ni, I ajak pergi sini sebab nak enjoy. Kalau plan tu esok kita bincang boleh?", Tasya meneguk wine di depannya.

Ini bukan la kali pertama dia meneguk minuman haram itu dan datang ke tempat sebegini. Dia kerap kali datang ke sini bila keluarganya tiada di rumah kerana outstation.

"Kau dah lama ke datang tempat macam ni? Sebelum ni tak pernah ajak aku pun", tanya Syed menghirup fresh oren di depannya.

Terry sedar walaupun dia masuk ke club begini, tapi dia masih boleh beza kan halal dan haram.

"Ala bukan I tak kenal family you. Nanti I yang kena marah dengan aunty and uncle sebab ajar anak dia benda bukan bukan", Tasya melentokkan kepalanya ke dada Terry.

"Seriously? Macam tu punya kolot pemikiran kau?", tanya Terry sinis. Tasya di dadanya dipandang sekilas.

"Ya, mommy daddy I pun tak tahu I datang sini", balas Tasya ringkas.

"Berani kau kan? Tak risau uncle and aunty tarik kad credit kau kalau dia orang dapat tahu?", Terry mengeluskan rambut perang Tasya.

"Tak, dia orang tak kan sanggup tengok I susah. Lagi pun dia orang yang besarkan I dengan kemewahan, not kasih sayang", Tasya sedikit terkilan dengan family.

"I'm sorry", ujar Terry sepatah.

"Don't worry la. So let me enjoy myself tonight", Tasya mengeluarkan sebiji pil dari handbag nya.

Pil tersebut dimasukkan ke dalam mulut dan meneguk wine dengan rakus.

"Eh Reen, kau telan pil apa tu? Mana kau dapat?", tanya Terry merampas gugusan pil yang ada ditangan Tasya.

"Tak tahu pil apa, ada orang dekat kaunter depan tu bagi", Tasya mengangkat bahu.

"Pil perangsang? Kau gila ke apa Reen?"

Mulut Terry tenganga melihat pil di tangannya, tercengang dia seketika sampai terdengar suara Tasya semula.

"Terry, help me badan I panas la"

Badan Tasya tiba tiba terasa membahang sambil mengipas muka menggunakan tangannya.

"Reen muka kau merah la"

Terry memegang pipi Tasya yang jelas kemerahan kerana Tasya memiliki kulit yang putih gebu.

"Terry, I want you", Tasya mendekatkan mukanya ke muka Terry.

"Apa kau mengarut ni? Dah aku nak balik", Terru mahu balik ke rumah tak mahu dia pun hanyut dengan nafsu.

"Hey teman la I malam ni", Tasya duduk di atas peha Terry dan merangkul leher Terry

"Tasya, kau sedar tak apa kau buat ni?", tanya Terry mahu menyedarkan Tasya sebelum dia sekali terjerumus dalam benda ni.

"I need you to please me", suara Tasya sedikit sebanyak menggoda nafsu Terry.

"Hoi bangun la, kau kenapa?", Terry menepuk perlahan pipi Tasya yang memerah.

Terry tersentak bila Tasya mencium bibirnya. Lama dan dalam ciuman itu, dalam masa yang sama Terry juga turut membalas.

"Ok fine. Aku tak nak sambung dekat sini, jom kita keluar", Terry dengan pantas mencempung tubuh Tasya yang asyik menggigit lehernya untuk di bawa keluar.

---

Sampai di sebuah hotel berdekatan club itu. Setelah selesai urusan, Terry membawa Tasya masuk ke dalam bilik di hotel itu.

Walaupun dia tahu keadaan Tasya yang dari tadi seperti sudah tidak sedar, hanya mahukan dirinya dilayan sahaja.

"You sure you're not regret it?", tanya Terry sekali lagi.

Tasya tetap dengan perlakuannya yang asyik menggigit leher Terry dari tadi. Berapa banyak love bite pun sudah tak terkira.

"It up to you"

Terry terus membuka pakaian dan dilempar ke lantai. Dia hanya lelaki biasa, akan kalah dengan nafsu setiap kali berdepan situasi seperti ini.

---

Tasya membuka mata perlahan dan cuba bergerak. "Ouch", tetapi dia terasa sakit di bahagian wanitanya.

"Aku dekat mana ni?"

Mata Tasya memandang sekeliling bilik yang diduduki sehingga satu figura terlihat dimatanya.

"Terry!", Tasya terjerit terkejut.

"Kau pahal menjerit pagi pagi ni?", mata Terry terbuka bila mendengar jeritan Tasya.

"I buat apa dengan you dekat sini?", terus Tasya bangun dari baringnya.

"Watch out, belakang kau terdedah tu", tegur Terry tersenyum sinis.

"Ha?", Tasya menarik selimut untuk menutup badannya perlahan.

"Mana pakaian I?", tanya Tasya mengerling tajam Terry.

"Tu", Terry menjuihkan bibirnya ke lantai bilik.

"And to answer your question just now. Kita tidur sekali malam tadi", Terry menjawab selamba.

"But how come?", Tasya memicit kepala yang sedikit sakit mengingat apa yang berlaku semalam.

"Kau lupa, ni ha", Terry membaling gugusan pil yang diambil dari meja bersebelahan katilnya dan dibaling ke arah Tasya.

"What? I makan pil ni ke?", tanya Tasya tidak percaya.

"Yes, and kau macam orang gila nak aku layan kau semalam", Terry masih dengan senyum sinisnya.

"Argh! kenapa I tak ingat apa apa?", Tasya memicit micit kepalanya.

"Tak payah ingat la Tasya, bukan penting sangat pun kan bagi kau", Terry turut bangun.

"Kau still virgin ke?", tanya Terry melihat tompokan darah di blanket katil mereka.

"You ingat I ni apa, jual diri?", Tasya mengerutkan dahi mendengar soalan Terry.

"Sebab kau kata kau keluar masuk club, aku fikir kau dah tidur dengan jantan tah mana mana tu", Terry menjawab selamba mengangkat bahu.

"You la lelaki first yang tidur dengan I", balas Tasya senada.

"Ouh ya ke? Aku tak kisah pun", Terry bangun dan menuju ke bilik air.

"Terry wait", Tasya cuba turun mengikut Terry.

Baru sahaja Tasya mahu melangkah, Tasya mengerang kesakitan bila bahagian bawahnya berada sakit sangat. "Argh! sakit"

"Kau tunggu saja la situ. Kejap lagi aku mandikan kau", Terry mengerling Tasya sekilas sebelum masuk ke dalam bilik air.

---

"Terry, macam mana kalau mommy dengan daddy I tahu?", tanya Tasya setelah Terry selesai menyiapkan kan dirinya.

"Macam mana pula? Kalau kau diam, tak ada siapa tahu", balas Terry membelek dirinya di cermin meja solek.

"Tapi...", Tasya tak tahu macam mana mahu berbicara.

"Tapi apa? Kau nak suruh aku bertanggungjawab? Kau jangan lupa ya, kau yang mulakan everything", Terry memandang Tasya dengan pandangan yang tajam.

"No, that's not what I mean. I just risau if anyone know", Tasya menanyangkan wajah risaunya.

"Just SHUT UP your mouth!!! simple", Terry mendekati Tasya.

"Dah aku nak balik", Terry mengambil telefon dan jam tangganya di meja bersebelahan katil.

"Eh Terry, ok I diam. I nak ikut you balik, hantar I boleh?", Tasya merangkul lengan Terry.

"Cepat sikit", Terry menarik tangganya dan menuju ke pintu bilik.

"Kejap", Tasya mencapai handbag di meja solek dan melangkah keluar dari bilik.

---

TO BE CONTINUE...

Sorry sebab semalam tak sempat nak update.. Hari ni sis akan cuba update dua bab, tunggu malam nanti tau kalau ada. Kalau tak you guys stay tuned esok. Sis akan update macam biasa sehari satu bab.. Thank support sis. Jangan lupa follow and comment tau, sayang you all :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience