P.J. -CHAPTER 33-

Romance Completed 43926

"MORNING Ikha", tegur Ariff masuk ke dalam cafe Zulaikha Wafa wife Faiz.

"Eh Riff, duduk duduk", Zulaikha Dahlia menyambut.

Ariff mengangguk dan duduk dikerusi. "Mana you tahu I buka cafe ni, Faiz eh?", tanya Zulaikha

"Ya, your husband la siapa lagi?", balas Ariff mesra.

"I see. So, apa hajat you datang sini?", Zulaikha bertanya lagi.

"Esok birthday my wife, you tolong I buatkan kek for her boleh?", Ariff meminta tolong.

"Sure, kenapa pula tak boleh? You nak kek design macam mana?", Zulaikha mengangguk.

"Hmm boleh I tengok design apa ada?", Ariff bertanya.

"Kejap, I ambil contoh", Zulaikha berjalan ke kaunter mengambil pamplet.

"Nah you tengok la", Zulaikha menghulurkan pamplet kepada Ariff.

"Cantik", ujar Ariff melihat design-design kek ditanganya

"Of course I yang buat kan", balas Zulaikha tersenyum riang.

"So, dah ada yang menambat hati?", tanya Zulaikha.

"Hmm, I think this I la. Look simple but nice", Ariff menunjukkan ke arah sebuah kek berbentuk hati didalam pamplet.

"Amboi, mentang-mentang untuk wife tercinta. Bentuk hati terus dia bagi", usik Zulaikha.

Ariff sudah tersipu malu. "Ha tak apa I faham la. So, you nak perisa apa?", tanya Zulaikha.

"My wife suka red velvet, you ada tak?", tanya Ariff pula.

"Of course ada. That's all ke?", Zulaikha mengeluarkan buku kecil untuk dibuat catatan.

"Eh lupa pula I, you nak tulis apa atas tu?", sambil menulis Zulaikha rancak bertanya.

"Ha nah tulis dekat sini", Zulaikha menghulurkan buku catatan bila melihat Ariff seperti mencari kertas.

Ariff tersenyum mengambil. Tangan ligat menulis apa yang dimahukan di atas kek itu.

"I think tu saja kot. Nanti esok I datang ambil", bagi tahu Ariff.

"Eh tak apa untuk you special. Biar I dengan Faiz hantar pergi rumah you. Faiz tahu kan rumah you dekat mana?", tawa Zulaikha.

"Tahu, tapi tak susahkan you guys ke?", tanya Ariff risau takut menyusahkan.

"Tak ada la. Bukan kita ni satu utara satu selatan, jarak adalah dalam 5 km saja", balas Zulaikha tertawa kecil

"Ha ok la kalau you cakap macam tu. I got to go, thanks again", Ariff bangun dari kerusinya.

"All right no problem", Zulaikha tersenyum menghantar Ariff keluar dari cafenya.

---

"Cik Da tengah siapkan lunch ke tu?", tanya Mawar menjenguk dipintu dapur.

"Eh tak la. Kamu tak nampak cik Da tengah memancing ni", balas Haida mengusik.

"Ish cik Da, main-main pula dia", Mawar melangkah masuk ke dapur.

"Wow sedap nya bau", Mawar menghirup bau asam pedas ikan salmon di dapur.

Favourite Ariff!

Terlintas ayat itu dikepalanya. "Ariff minta ke cik Da masak lauk ni?", tanya Mawar.

"Haah, mana kamu tahu ni?", balas Haida sambil tangan mengacau di dalam periuk.

"His favourite", bagi tahu Mawar ringkas.

"Patut la, dia ada pesan dekat cik Da tadi. Minta tolong kamu hantar ke pejabat dia tengah hari ni", makluk Haida

"Hantar pergi pejabat dia?", tanya Mawar semula.

"Haah, dia tak sempat nak keluar hari ni. Banyak kerja katanya", sambung Haida lagi.

"Sempat ke? sekarang dah pukul 12:30", Mawar memandang jam yang digantung didapur.

"Sempat. Kejap ya, cik Da bungkus kan", Haida menutup api sebelum mencapai tupperware di sebelah kirinya.

Beberapa minit cik Da membungkus sekali dengan nasi dan lauk sudah siap!

"Ha nak dah siap. Kamu pergi la sekarang", Haida menghulurkan beg plastik berisi makanan itu.

"Ni nak pakai baju apa? Wa bukan selalu masuk office, selalu pakai kot putih tu saja", Mawar mengambil huluran cik Da dan bertanya.

"Ya allah pakaian pun nak tanya cik Da. Kamu pakai la apa pun yang nampak sopan, susah sangat sarung saja baju kurung tu", balas Haida ringkas.

"Baju kurung? ok juga tu cik Da, dah lama saya tak pakai. Anak-anak?", tanya Mawar kembali memandang Cik Da.

"Tak apa bukan kamu tidur dekat office tu pun, cik Da boleh jaga sekejap", Haida mengoffer diri menjaga.

"Hmm kalau cik Da ok. Saya naik atas dulu la macam tu, nak siap", Mawar berlalu naik ke atas semula.

---

"Hai, good afternoon", tegur wanita di kaunter ketika Mawar masuk ke dalam bangunan syarikat Ariff ini.

"Afternoon", Mawar menyambut teguran itu dengan senyuman.

"Boleh saya tahu, cik nak jumpa siapa?", tanya wanita yang tertera nama 'Rita', di nametag bajunya sopan.

"Cik Rita kan? Saya nak jumpa Ariff boleh?", balas Mawar juga lembut.

"Ariff?", tanya wanita itu bingung.

Wanita itu baru memprogres. 'Dia nak jumpa CEO ke?'

"Hmm maksud cik. Tuan Megat Ariff CEO company ni?", tanya wanita itu semula.

Mawar mengangguk. "Ya dia minta saya hantarkan lunch", Mawar menunjuk beg plastik ditangan.

"Awak jangan risau, sebut saja nama saya. Mawar Athirah, boss awak tak marah la", Mawar boleh baca apa yang ada dalam kepala wanita itu.

"kejap ya", wanita itu mendial nombor secretery Ariff.

---

"Ha Rita, ada apa?", tanya Nadia PA Ariff.

"Nad, ada cik ni dia kata tuan Ariff suruh dia hantar lunch. Cuba kau tanya kejap", Rita memberitahu.

"Hantar lunch? Siapa nama dia?", tanya Nadia musykil.

"Mawar Athirah. Ha, Mawar Athirah nama dia. Kau try la tanya tuan Ariff", balas Rita laju.

"Ha kejap la", Nadia meletak panggilan dan berlalu ke bilik Ariff.

---

"Tuan", panggil Nadia mengetuk pintu.

"Come", dengar saja arahan, kaki laju menapak masuk.

"Ada apa nad?", tanya Ariff tangan masih ligat memegang kertas projek.

"Ada cik ni kata tuan suruh lunch. Nama dia Mawar Athirah", dengar sahaja nama itu terus Ariff mengangkat muka memandang Nadia.

"Mawar Athirah?", tanyanya semula.

"Yes tuan", balas Nadia yakin.

"Panggil dia naik atas. Tu wife I la", maklum Ariff laju

"Ouh wife tuan. Maafkan la saya tak perasan pula, kejap ya saya suruh dia naik", Nadia sempat memohon maaf sebelum melangkah keluar.

---

"Rita panggil la cik tu masuk, dia wife tuan la", Nadia memberitahu Rita.

"Wife tuan? ya allah. Nasib baik aku cakap elok-elok saja tadi, kalau tak confirm hilang kerja. Ha kejap kejap aku panggil dia", sempat lagi Rita membebel sebelum meletak panggilan.

"Puan Mawar, tuan suruh naik", panggil Rita sopan.

"Okay thanks Rita", Mawar tersenyum ikhlas.

"Sama-sama, tingkat paling atas tau Puan 10. hmm puan nak saya teman tak?", Rita menawar diri.

"Eh tak apa. Tak nak ganggu kerja awak, thanks again ya", Mawar berjalan ke arah lif.

"Eh by the way Rita, panggil saya Mawar saja", tambah Mawar sebelum menyambung jalan.

Rita hanya tersenyum mengangguk. 'Cantik plus baik!'

---

"Puan Mawar kan?", tanya Nadia melihat kelibat Mawar didepannya.

'Cantik sopan saja. Sesuai dengan Tuan Ariff', puji Nadia melihat penampilan Mawar.

"Haah, awak ni PA dia ke?", tanya Mawar mesra.

"Ya, saya Nadia", Nadia menghulurkan tangan bersalaman.

"Hai Nadia, nice to meet you", Mawar tersenyum menyambut huluran tangan itu.

'Tak sombong pula tu', tambah Nadia lagi.

"Eh ha puan, tuan dah tunggu dekat dalam. Masuk la", Nadia menunjukkan jalan ke arah bilik Ariff walaupun hanya beza semeter sahaja dari mejanya.

"Tuan, Puan Mawar dah sampai", maklum Nadia di muka pintu Ariff.

"Okay thank you Nad", Ariff mengucap thanks.

"Eh Nad, panggil saya Mawar saja. Tak payah berpuan-puan bagai la", pesan Mawar sebelum Nadia keluar.

"Baik Mawar", Nadia tersenyum sebelum melangkah keluar.

---

"Honey", terus bersinar wajah Ariff melihat Mawar. Hilang semua penat kerjanya.

"Kita dekat office la tuan", Mawar melabuhkan punggung di sofa didalam bilik Ariff.

"Ala abang tak kisah pun, biar la satu dunia tahu sayang wife abang", Ariff bangun dari kerusinya dan berjalan mendekati Mawar.

"Suka hati la tuan. Ni I bawakan lauk favourite tuan, cik Da suruh", Mawar mengeluarkan satu persatu isi didalam mangkuk tingkat itu.

"Sebab cik Da suruh? Ouh sayang tak ikhlas la ni hantar lunch untuk abang", usik Ariff sengaja.

"Mengada kan, nah makan", Mawar menyedukkan nasi dan lauk untuk Ariff.

Semerbak bau asam pedas dalam bilik Ariff. Punggung juga dilabuhkan disebelah Mawar.

"Suap", mengada saja nada Ariff.

Mawar memandang Ariff disebelahnya. "Cepat la lapar ni", rengek Ariff lagi.

"Ish cik Da dah letak sudu dalam ni, suap la sendiri", Mawar menghulurkan pinggan kepada Ariff.

"Sayang suap la pakai tangan", balas Ariff ringkas.

"Ya allah bapak budak ni, mengada nya", Mawar menggeleng melihat perangai Ariff.

"Dengan wife abang saja", Ariff mengenyitkan sebelah mata.

"Dah dah, I suap fine", Mawar menyelesakan diri sebelum mengambil nasi dan dihulurkan kemulut Ariff.

Tersenyum Ariff menganga mulut mengambil huluran Mawar, jari runcing isterinya sengaja digigit.

"Gigit la lagi, biar patah jari I ni", perli Mawar.

"Sorry sayang, abang gigit manja saja bukan sakit pun", Ariff tersengih gembira.

"Malas layan tuan", Mawar tetap menyuap nasi itu lagi ke mulut Ariff.

Kalau tak, bak kata cik Da. Habis bermalam la dia disitu kalau layan perangai Ariff yang macam budak kecil ni.

---

Dalam 10 minit habis nasi berlauk asam pedas ikan salmon masuk ke mukut Ariff dengan suapan Mawar.

Berselera sungguh!

"Nah, ni last", Mawar menghulurkan suapan terakhir.

"Nope. for you", Ariff menyuakan tangan Mawar ke dalam mulut Mawar sendiri.

Mawar akur menyuapkan ke dalam mulutnya. "Baru abang perasan. Cantik sayang pakai baju kurung"

"I memang cantik, tuan saja buta selama ni", balas Mawar perlahan tapi cukup didengari Ariff.

"Yes abang tahu abang bodoh masa tu, I'm sorry again", pinta Ariff ikhlas.

"Hmm dah la I nak kemas. Nak balik tengok anak-anak", Mawar bangun mahu basuh tangan di toilet yang berada didalam bilik Ariff.

"Let me", belum sempat Mawar bangun.

Ariff mencapai tangannya dan menjilat kesemua nasi yang masih melekat ditangannya. Mawar tercengang.

This is not first time! tapi hati nya tak boleh menipu, rasa terharu!

"Done, pergi la basuh", Ariff melepaskan tangan Mawar sambil tersenyum.

Mawar dengan perasaan masih bercelaru bangun perlahan berjalan sebelum Ariff memanggil semula, kepala ditolehkan kebelakang.

"Sedap, lagi lagi tangan sayang", Ariff sengaja mejilat keseluruhan bibirnya menggoda.

Mawar tanpa bersuara berpaling semula ke arah bilik air. "Lish tak guna betul nak goda aku ke apa?", desis Mawar perlahan menggeleng.

---

"Sayang tak payah balik la, teman abang dekat sini", tanya Ariff mengada.

"Tuan nak I buat apa dekat office tuan ni? Baik I balik rumah, layan anak-anak lagi bagus", balas Mawar bersahaja.

"Ala please, abang stres la duduk seorang diri. At least sayang ada tenang sikit hati abang", pujuk Ariff lagi.

"Are you serious, tuan? dah tu I nak buat apa? Nak tercongok macam tiang bendera ke?", tanya Mawar pula.

"Abang tak suruh pun duduk dalam ni. Sayang jalan-jalan la dekat this bangunan, explore company sayang", Ariff berkata selamba.

"Your company", tegas Mawar.

"No, your company. Sampai masa abang tukar nama for you and our child", balas Ariff senada.

"Suka hati tuan la. Jangan cop I ni kaki kikis sudah, I don't even need you money anymore", Mawar mengangkat bahu tanda tidak kisah.

"Tak sayang. Duit abang, duit sayang juga. Everthing mine, it's your too", Ariff membalas yakin saja.

"Whatever la. Okay fine, I jalan-jalan pusing company ni. Lepas tu half an hour from now I balik", Mawar sudah bangun dari sofa sambil memegang beg plastik tadi.

"Wait, itu bukan nama teman abang. Tak adil la macam tu, apa setengah jam saja", rungut Ariff menahan Mawar menggunakan tangannya.

"Half an hour atau saya balik sekarang?", tanya Mawar ringkas senada

"Of fine, jom abang teman", Ariff turut bangun sambil menggenggam tangan Mawar.

"It's okay, I tahu jalan", Mawar menguraikan genggaman perlahan.

"Shh, jangan melawan jom", Ariff tetap menarik Mawar keluar dari bilik.

Sebelum melangkah berjalan, semat Ariff berpesan. "I nak pusing company kejap for half an hour", pesan Ariff kepada Nadia.

"Baik tuan Ariff", Nadia mengangguk faham.

Mawar sempat menghadiahkan senyuman kepada Nadia sebelum berlalu pergi selepas Ariff menarik tangganya perlahan.

---

"So, where should we start?", tanya Ariff didalam lift.

"Suka hati tuan la, ni company tuan kan", balas Mawar biasa.

"Okay la macam ni, our company settle ok", Ariff membuatkan keputusan muktamad.

"tak kisah, yang penting I tak ada kena mengena", Mawar mengangkat bahu.

"Ish sayang ni kan degil. Tak apa la, jom kita tengok floor by floor. Kita pergi tingkat 9 dulu", Ariff terus menekan laju punat nombor 9.

"Ok", ringkas sahaja jawapan Mawar.

Berjalan la pasangan kekasih di mata kalayak ramai yang romantik itu. Mana tidaknya sesaat pun Ariff tak mahu lepaskan rangkulan di pingganya.

---

"Assalamualaikum. Wa dah balik cik Da", Mawar melangkah masuk kerumah.

"Waalaikumussalam. Amboi tadi kata sekejap, ni dah dekat pukul 3 ha", tegur Haida mengusik.

"Ish cik Da ni, betul la. Perjalanan Wa lagi", nafi Mawar.

"Eh sempat lagi fikir nak menipu kan, macam cik Da tak tahu. Setakat perjalanan dari sini ke office tu ada la dalam 20 minit saja", balas Haida masih mengusik.

"Ada saja cik Da. Wa nak naik tengok anak-anak, mana dia orang?", tanya Mawar menukar topik.

"Ada dekat atas, tadi main berdua. Ni cik Da rasa dah lelap tu, diam saja", Haida membalas.

"Tidur la kot tu. Wa naik atas tengok ya", Mawar mahu berjalan ke atas.

"Eh nah lupa mangkuk tingkat. Cik Da letak saja la dekat dapur tu, nanti Wa turun Wa basuh ya", Mawar sempat menghulurkan beg plastik kepada cik Da.

---

Mawar masuk ke bilik Kautharr, baru hari ni dia sempat menjenguk masuk ke bilik Kautharr.

Bukan dia tak pernah masuk, dah tentu bilik ini dia yang menghiasnya suatu ketika dulu.

Klek!

Mawar melangkah perlahan. "La dah lelap ya masing-masing", Mawar melihat anak-anak sudah terlelap di atas toto atas lantai.

"Haish anak-anak mama ni, bersepah mainan awak berdua ni", Mawar mengutip segala jenis mainan yang berterabur diatas lantai.

Semua ada dari sekecil-kecil mainan sehingga sebesar-besar mainan robot tu. Yang si adik pula penuh dengan encik beruangnya, semua saiz ada.

Tertawa kecil Mawar sambil mengemas. "Comel betul anak-anak mama ni kan?"

Sempat Mawar memandang anak-anaknya sambil memasukkan lego didalam kotak besar yang dikhaskan untuk mainan tu.

Tap!

Satu surat terjatuh ketika Mawar mengangkat kotak itu keluar dari almari.

"Surat?", Mawar meletakkan kotak dibawah dan mencapai surat itu.

Kautharr my hero!

Tengok tajuk paling hadapan sebelum surat itu dibuka pun Mawar sudah tahu isinya.

Hati diselubungi perasaan sayu dan bersalah. Mengapa dia mengambil keputusan drastik begitu sekali?

Akibatnya, Kautharr membesar tanpa kasih seorang ibu selama 5 tahun. Tergamaknya dia meninggalkan anaknya yang bersalah itu.

"Tapi kenapa surat ni masih ada, tuan yang simpan ke?", tanya Mawar sendiri

"Kalau surat ni ada, that's means surat .... Ehh dah dah apa kau mengarut ni Mawar, tak kan dia nak simpan surat kau", tolak Mawar laju.

Surat diletak semula didalam almari, menyambung mengemas semua semula.

---

Selesai mengemas Mawar mendukung anak-anaknya naik ke atas katil, takut sakit badan tidur lama di lantai.

"I'm sorry my prince. Mama pentingkan diri mama selama ni without thinking about you", Mawar menyentuh muka Kautharr kesal.

Anak ini tiada salah! Mengapa dia yang kena semua ni?

"Mama bersalah sangat. Mama bersalah sebab tinggalkan awak selama 5 tahun ni tanpa kabar. Tapi percaya la setiap saat setiap detik mama rindu Kautharr", menitis airmata keibuannya.

"Mama pun terseksa sayang sebab rindukan Kautharr", Mawar mengesat airmatanya kesat.

"Kautharr la punca kekuatan mama masa tu, mama bertahan tu semua kerana Kautharr. Setiap hari mama akan pandang gambar sayang before start everthing", airmata masih menitis.

Muka dialih supaya tidak tertitis dimuka anaknya. Seperti tadi, kasar tangan mengesat airmata itu.

"And you too my princess. Walaupun awak ada dida awak selalu. Tapi mama tak pernah dedahkan awak siapa ayah kandung awak sebenar. I'm sorry too, mama tak berniat nak tipu sayang", Mawar mengusap lembut kepala Zarithh.

"After this jangan risau. Seteruk mana pun hubungan mama dengan papa, prince and princess mama ni tak akan terjejas ok", Mawar cuba tersenyum.

"Walau teruk macam mana mama terluka, mama tak akan libatkan korang dah, I'm promise. You guys will have your parents always ok", Mawar mencium ubun-ubun kedua-dua anaknya.

Baginya mereka sudah besar untuk memahami semuanya, sebab itu Mawar lebih suka mendedahkan Zarithh dengan environment luar di Italy.

---

TO BE CONTINUE...

yahu satu lagi chapter sis belanja, amcam suka tak? ada sajakan Ariff ni, nak hati Mawar punya fasal. Hehe btw korang macam mana? sihat? stay safe stay home tau. sis sayang korang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience