P.J. -CHAPTER 42-

Romance Completed 43926

TANGAN laju membuka almari baju nya untuk melihat semua gambar dia dan Zarithh bersama Naim.

Perlahan tangan mengelus wajah di dalam frame 4R. rindu dalam menjelma ketika ini. Menitis airmata kembali.

"Kenapa bie? Kenapa? Why always me? Berapa banyak kehilangan lagi yang sweetheart perlu tanggung?", tanya perlahan.

"Lepas bie, Allah ambil Syed pula. And tak sampai sehari, Allah ambil baby sweetheart pula", tangan mengelus perutnya yang kempis.

"Teruk sangat ke sweetheart ni? Banyak sangat ke dosa sweetheart sampai tak layak untuk bahagia?"

Tiba-tiba ada tangan yang memeluk dirinya yang sedang duduk bersimpuh itu dari belakang.

"I'm sorry sayang, abang yang buat sayang jadi macam. Abang minta maaf", suara garau itu menyapa ditelinga Mawar.

"Anak kita", perlahan tangan dia mengusap perut sendiri, airmata menitis setitis dipipi

"Anak kita pun abang yang bunuh, abang salah sayang. Abang minta maaf sangat-sangat", sambung Ariff lagi.

Bahu Mawar terhinjut-hinjut menghentikan tangisannya. Dia dapat juga rasa bahunya sudah basah terkena airmata Ariff.

"Look at me", badan dipusingkan menghala ke arah Ariff.

Perlahan Ariff mengangkat wajah memandang Mawar. Matanya sengaja dipaut pada mata hitam Mawar.

"I'm the one who should say sorry"

Ariff menggeleng, Mawar mengangguk. Telunjuk diletakkan dibibir Ariff bila dirasakan Ariff mahu berbicara.

"Dengar dulu. I know 5 tahun bukan mudah untuk besarkan Kautharr seorang diri. Saya biar awak, sedangkan saya di Italy sibuk bermesra dengan Naim..", berat mulutnya mahu menyambung.

"Saya besarkan Zarithh sangat mudah dengan bantuan Naim, tapi awak? Saya tinggalkan awak bersendirian dekat sini untuk besarkan Kautharr seorang diri"

"Tak cukup dengan tu, bila dah balik Malaysia. Saya boleh layan awak kasar, tiada langsung kelembutan seperti mana dituntut isteri untuk melayan suaminya", airmata mengalir, matanya dipejam seketika.

Ya, sekarang waktu yang sesuai untuk nyatakan semuanya. Apa semua yang berada di dalam hatinya, biar Ariff tahu.

"Shh, dah sayang. Stop", Ariff mengusap bahu Mawar.

Mawar membuka mata perlahan. "I need to, saya perlu jelaskan semuanya"

"Kita berbaik, saya ingat kita boleh bahagia masa tu. Tapi hala tuju kita tah kemana, saya abaikan awak dan anak-anak sebab saya kejar cinta pertama saya"

"Saya lebih pentingkan kesihatan dia sedangkan awak? anak-anak? Saya jaga dia macam suami, padahal dia tak ada kena mengena pun dengan saya. Dia cuma cinta pertama saya sahaja sedangkan cinta..", terhenti setetika.

"Sedangkan cinta terakhir iaitu syurga saya sendiri. Ada depan mata, saya tak sedar. Mungkin sebab itu juga Allah tarik Syed supaya saya tak lalai. Tak cukup dengan tu", makin lebat airmata untuk meneruskan ayat.

"Petang itu juga Allah ambil anak kita. Walaupun awak kata itu salah awak? But tak langsung, salah saya actually. Allah nak bagi saya sedar supaya saya tak derhaka dengan suami saya sendiri"

"Saya betul-betul dah menyesal, I realise everything happend because of me. Saya memang isteri tak guna. Saya boleh menggatal dengan lelaki lain, sedangkan saya isteri awak"

"Shhh, dah abang tak nak dengar lagi apa-apa. Enough!", serius Ariff berkata.

Tak sanggup dia membiarkan isterinya terus-terusan menyalahkan diri sendiri. Sedangkan semua ini berpunca dari dirinya

"Abang maafkan segalanya sayang. Benda ni juga berpunca dari abang, kalau abang percaya sayang 5 tahun lepas. Semua perkara yang terjadi sekarang ni tak akan berlaku. I'm sorry too"

"Abang yang tak hargai kesetiaaan isteri abang, abang tuduh sayang tanpa usul periksa yang akhirnya memakan diri abang sendiri. Abang pun ada salah juga, abang boleh layan perempuan lain sebab rasa terabai"

"Abang tak patut buat macam tu. Sofea tu cuma abang anggap sahabat saja sayang, tak lebih dari itu. Percaya la abang, and from that day yang sayang gugur tu. Abang langsung tak jumpa and contact dia langsung"

Ariff menarik nafas panjang. Mawar hanya menjadi pendengar pula setelah dia sudah meluahkan semuanya tadi.

"I trust you. Abang percaya cuma abang saja yang berada dalam hati sayang kan? walaupun bukan pertama, tapi abang sangat berharap dapat jadi yang terakhir. And I want you to know..."

Perlahan tangan naik memegang pipi mulus milik isterinya sebelum dahi Mawar dikucup sayang. Dahi dia dan dahi Mawar sengaja disatukan.

"You're my first and last love. Abang cintakan sayang ikhlas kerana Allah. And I hope sayang juga yang akan jadi bidadari abang di syurga nanti" sambung Ariff ikhlas

Hati Mawar tertusup mendengar segala pengakuan Ariff. Memang sedikit pun tak kurang perasaan cinta Ariff kepada dirinya setelah apa yang dia buat.

"We start all over again?", tanyanya perlahan.

Perlahan Ariff menjarakkan diri semula untuk mendengar jawapan Mawar. Kepala diangkat merenung wajah Ariff sebelum perlahan dia mengangguk.

"Promise me. Trust is the key untuk rumah tangga bahagia. Start from now tiada rahsia antara, tak kisah kecil or besar perkara tu"

"Kita sama-sama usaha ok. 8 tahun perkahwinan kita sebelum ni sangat mencabar, banyak sangat dugaan. Abang harap kita masih akan bersabar untuk tempuh dugaan yang akan datang bersama"

Tak tunggu lama, Ariff terus mencium bibir Mawar. "I love you my bidadari syurga forever and ever", ucapnya tenang.

Mawar tersenyum membalas ciuman Ariff. Lama sehingga dia dapat rasakan tangannya sendiri memeluk leher Ariff syahdu.

"Dah ok", Ariff terasa badanya ditolak ke belakang oleh Mawar setelah beberapa ketika.

Sengaja bibir dicebikkan geram. "Tak percaya abang la tu", Ariff membuat wajah merajuknya.

"I trust you, but I don't trust myself", balas Mawar tersenyum ikhlas.

Ya, dia memang tak percaya dirinya sendiri. Dia memang akan kalah dengan nafsu bila berada dengan Ariff. Habis terbabas mereka nanti... naya!

Ariff tak peduli...

Bibir Mawar dipaut semula, kali ni lagi lama dan dalam kedua-dua membalas, lidah juga memainkan peranan. Tubuh mereka sengaja dirapatkan.

Mawar sudah rasa terbuai dengan ciuman, dia sendiri sudah tenggelam dalam nafsu. Tak boleh menipu, dia memang sukakan belaian Ariff.

Tangannya gatal mencapai baju Ariff dan sudah diselaknya sedikit. Ariff melepaskan ciuman.

Mawar memejam mata menahan rasa. Geram! rasa dipermainkan bila mendengar tawa halus Ariff. Ish! Dia ni memang suka tau turn on kan mood orang.

Aku dah la tengah berpantang ni!

"Amboi, habis baju abang sayang nak buka ya? Kalau dibiar tadi, tercabut dah baju abang ni", perli Ariff sengaja tersenyum mengejek.

"Dia la ni!", Mawar menepuk dada Ariff geram.

'Kan aku cakap, aku tak percaya dekat diri sendiri. Senang sangat aku terbuai', desis Mawar.

"Sayang, sayang. Tunggu ya tak lama pun pantang kali ni. Lepas tu nak abang layan sampai 10 round pun boleh", ujar Ariff menggatal.

"Ish dia ni, tak betul agaknya. Dah bangun la, nak kemas barang ni semula", Mawar sudah mahu memusingkan badannya semula.

Ariff menahan badan Mawar, sekali lagi badan itu dibawa ke dalam pelukannya. "Thanks sayang, bagi abang peluang lagi"

"Sayang yang patut ucap thanks. Abang masih sudi terima sayang sebagai isteri walaupun sayang dah banyak buat abang sakit", tersenyum Mawar membalas pelukan itu.

"Kan dah janji, sama-sama perbaiki diri kita ya", Ariff meleraikan pelukan perlahan.

"Inshallah. Dah turun bawah tu tengok anak, biar sayang kemas ni semula", Mawar memusingkan badannya.

"Turun tahu lepas ni. Kita spend time dengan anak-anak kita pula, family time"

Sempat dia mencium pipi Mawar sebelum keluar dari bilik. Mawar hanya tersenyum menggeleng dengan gelagat Ariff.

"Ya allah sesungguhnya engkau yang menentukan segala. Sekiranya memang dia yang engkau takdir kan untuk menjadi imam ku di luh mamfuz. Permudahkan la urusan kami sekeluraga", doa nya ringkas.

---

"Abang!", terkejut Mawar, Ariff duduk disebelahnya

Rupanya Ariff mengajak mereka keluar beriadah petang itu di air terjun berdekat. Suka hati dia nak ajak Mawar keluar masa berpantang.

"Dah kenapa abang ajak pergi air terjun ni, orang tengah pantang la. Mana boleh suka-suka hati keluar rumah", bebel Mawar.

Ariff menoleh memandang Mawar, kemudian dihalakan semula pada anak-anaknya yang sedang bermain tak jauh dari situ.

"Sorry la sayang. Abang just nak kita spend time saja, tengok anak-anak seronok kan dia orang", tangan dihalakan kepada anak-anaknya.

"Zarithh tu first time, tu yang seronok semacam saja. Kalau Kautharr sayang tak tahu la, abang pernah bawa dia ke tak?", balas Mawar.

"Same. Memang dua-dua first time, itu yang seronok sangat tu. Sampai lupa kita dekat sini", Ariff tertawa kecil.

"Tu la. Pergi la sana main dengan dia orang. Sayang dah confirm dah tak boleh join", Mawar menolak sedikit tubuh Ariff.

"Sayang duduk sini saja. Nanti dah sihat, kita datang la sini semula", Ariff tersenyum.

"Dah go, tengok anak-anak. Dia orang dah la kecil lagi, first time pula tu. Nanti takut terjatuh apa ke nanti", nasihat Mawar.

"Duduk sini tau, abang pergi dekat dia orang. Kalau rindu, jerit saja nama abang ok", Ariff mengenyitkan mata.

"Tak ada maknanya. Tak nampak orang ramai ni, nampak sangat nanti dia orang kata macam saya seorang saja yang ada husband", Mawar mencebik.

"Haha sayang, let them be. Memang la suami sayang, abang saja. Mana boleh tambah, lain la abang ada lagi 3 cabang", tambah Ariff mengusik.

Pftt!

Mawar mencubit tepi perut Ariff geram. "Auch sayang sakit la", Ariff mengusap tepi perutnya perlahan.

"Gatal kan. Sorang pun tak boleh jaga, ada hati nak tambah", perli Mawar pedas.

Ariff masuk semula ke dalam air. "Jealous la tu", air sungai itu disimbah kepada Mawar dan dia lari.

"Abang!!!", Mawar mengetap bibir geram. Basah tudungnya disimbah Ariff.

Ariff sudah tersengih kemenangan. Gembira dia sekarang melihat perubahan pada hubungan mereka kembali seperti awal-awal mereka berkahwin dulu.

---

"Tak tidur lagi ke?", tanya Mawar melihat Ariff masih duduk diruang tamu

Setahunya tadi Ariff sudah tidur bersama-sama anak dia tingkat atas sebelum dia turun ke dapur.

"Buat apa dekat dapur? lama abang tunggu", Ariff menepuk tempat kosong disebelahnya.

"Haus tadi, air dekat atas habis. Then sayang saja la usik sana usik sini sikit", Mawar berjalan dan melabuhkan punggung disebelah Ariff.

Automatik tangan Ariff melilit badannya bila tubuh Mawar disandar menyendeng ke dada Ariff.

"I miss you", perlahan tangannya mengelus rambut ikal mayang Mawar. Bau yang terbit dari rambut dan tubuh Mawar tak pernah bosan baginya.

Berkerut dahi Mawar, kepala didongakkan sedikit memandang Ariff sekilas.

"Depan abang ni siapa? masih rindu juga ke?", tanya Mawar.

"Yes I miss you every minute every second, everytime la senang cerita", dipeluk Mawar erat.

"Ya allah husband siapa ni? Kenapa manja sangat ya?", tangan dimainkan melukis abstrak didada suaminya yang tak berbaju itu.

"Suami sayang la. Yang", panggil Ariff lembut.

"Hmm", pandangan masih ditumpukan pada dada Ariff dan tangan masih bergerak.

"Nak request sikit boleh?", sengaja bermain tarik tali.

"Boleh, nak request apa?", tanya Mawar manja.

Inilah isterinya yang dirindui selama ini. Isterinya yang banyak bercakap, yang sentiasa manja dengannya. Bibir mengukir senyuman ikhlas.

"Abang nak 10 orang anak", biasa saja Ariff berkata.

"Amboi dia ingat kita ni kedai makan, order saja sampai", tangan menarik bulu di dada Ariff itu.

"Ouch sayang, sakit la. Bukan banyak pun abang minta", perlahan sebelah tangan kirinya memegang tangan Mawar didada dia itu.

"Sayang bukan kilang. Melebih eh? sampai 10 abang nak anak kan, tak padan dengan dah tua", balas Mawar.

"Hello sorry sikit ya. Abang muda lagi tau", nafi Ariff.

"Muda? Haha you so funny abang, umur abang dah 34 tahu. Muda ke tu? sayang ni ya la, baru 24", balas Mawar tertawa kecil.

"Sebab tu abang minta anak banyak, sayang baru 24. Dah masuk 30 nanti, abang tak nak sayang pregnant dah", Ariff mengiyakan permintaan nya.

"Okay kejap let me guess. Abang nak sayang pregnant lagi 8 orang dalam masa 6 tahun ni?", tanya Mawar.

"Yup pandai pun isteri abang", kepala Mawar diusap sayang.

"Senang nya dia cakap kan. Macam la boleh dapat, ingat senang ke nak kembar. Keturunan kita tak ada yang kembar tau", Mawar berkata.

"Kalau tak ada, kita la yang buat first. Belum cuba belum tahu kan?", balas Ariff tersenyum menggoda.

"Tak payah nak senyum macam tu sangat, tak handsome pun", Mawar menekup muka Ariff.

"So kira setuju la ni?", tanya Ariff gedik

"Abang. Listen here ok, I know you love kids so much. But, tak boleh janji. Kalau ada rezeki kita, sayang terima saja. Tapi kalau tak ada, Zarithh and Kautharr pun dah cukup", balas Mawar ikhlas.

"Haha sayang ni abang gurau saja la. Tak ada abang nak dera isteri abang ni pregnant setiap tahun. Abang pun kesian juga tengok sayang", Ariff berkata.

"Dah la abang tak pernah ada time sayang bersalin, dua-dua abang terlepas. Okay kalau sayang nak anak lagi sorang boleh, bagi abang rasa moment tu", tambahnya lagi.

"Ala abang ni sayang ok saja la pregnant. Tiga tahun sekali, empat tahun sekali. But jangan la ada limit umur, tak akan sampai 30 saja", Mawar merengek kecil.

"Abang tak nak sayang ambil risiko, biar time muda saja pregnant. Masuk 3 series nanti, sayang just besarkan saja", Ariff membalas.

"Macam tu eh? Tak kisah la. Kalau Allah bagi rezeki tu, kita terima saja ok. Tak payah ikut sangat umur tu", pujuk Mawar.

Ariff berfikir sejenak, lama-lama kepala diangguk perlahan.

"Ha dah jom, tak payah fikir nak tambah anak sangat. Yang ada pun dah tak terlayan. Jom masuk tidur", perlahan Mawar melepaskan diri dari pelukan Ariff.

"Ala tak best la macam ni, kalau tidur boleh peluk saja. Tak boleh buat lebih-lebih", Ariff pula merengek manja.

"Gedik kan", Mawar menampar perlahan peha Ariff.

Ariff tersenyum menayangkan giginya. "Dengan wife abang kot, bukan dengan wife orang lain"

Pap!

Sekali lagi Mawar menampar peha Ariff, kali ni sedikit kuat sebab tu berbunyi.

"Gatal kan gatal", tak cukup dengan itu. Perut Ariff menjadi tempat cubitannya bertubi-tubi.

"Auch auch sayang, ok ok abang gurau saja la", puas Ariff menahan tangan Mawar

"Abang tidur dengan anak malam ni", Mawar bangun dan kaki dihalakan ke tingkat atas

Ariff bangun mengejar langkah. Ala bukan jauh sangat pun, Mawar masih jalan perlahan.

"Hey jangan la denda abang macam tu, abang gurau saja", Ariff melangkah terbalik untuk menghadap Mawar.

"Abang kan nak menggatal dengan wife orang lain. pergi la tidur dengan anak, baru sedar diri tu ada wife sendiri", sindir Mawar geram.

"Alolo, isteri abang kalau merajuk comel tau. Zarithh pun kalah dengan mama dia", Ariff sengaja mengusik.

"I know I'm cute, tak payah cakap pun", balas Mawar.
Ariff tertawa kecil, tiba-tiba ada idea menyakat lain.

"You, you memang sangat cute, so stop la being so cute. You buat I hanyutttt, so stop la being so freaking cute", Ariff bernyanyi riang.

Mawar sudah menyimpan senyum. Ya, memang Ariff power dalam bab memujuknya.

"Shh anak tidur la", Mawar meletakkan tangan dimulutnya menyuruh Ariff diam.

"So dah ok kan? tak payah merajuk ya"

Ariff mengubah kedudukan disebelah Mawar dan menyelitkan tangannya didalam genggaman Mawar.

"No comment", Mawar sudah menarik senyum sebelah. Kelakar dengan telatah Ariff memujuknya.

"Dah tak merajuk tak nak mengaku ya. Abang gigit nanti baru tahu", balas Ariff. Senyuman masih terhias dibibir.

Mereka sampai didepan tangga. "Dukung, penat la jalan", Mawar mendepakan tanganya tiba-tiba.

"Soalan abang tak jawab, lepas tu minta dukung. Memang nak kena gigit ni", telinga Mawar menjadi mangsa gigitan Ariff.

Mawar sudah mengeliat kegeliaan bila Ariff menggit telinganya. "Abang geli la"

"Buat la lagi, nanti satu badan abang gigit. Jom", Ariff mendukung tubuh isterinya.

"Tak nak macam tu, nak sebelah tangan", rengek Mawar.

"Tak padan dengan pantang kan, mana boleh. Nanti terkoyak jahitan bawah tu", Ariff mengingatkan.

Mawar menepuk dahi terlupa. "Ops terlupa. Ok la, dukung macam ni pun boleh la", tangan dipaut pada leher Ariff.

Muka sengaja didekatkan dileher Ariff, leher itu digigit geram sehingga menimbulkan kesan merah. Senang kata love bite.

"Sayang! jangan naughty la", Ariff mengelak sedikit lehernya ke tepi.

Mawar mahu menyakat, satu lagi gigitan sengaja dia dibuat dileher Ariff.

Terus Ariff lajukan langkah ke bilik mereka, Mawar diletakkan diatas katil pantas.

"Sengaja kan uji abang? dah la tengah puasa ni", tubuhnya menindih Mawar.

"Dah tahu puasa ni buat apa ni?", tanya Mawar.

"Let me bit you more. Tadi sayang gigit berapa? dua kan, meh sini abang bagi double", kepala didekatkan di leher jinjang Mawar.

Laju tangan Mawar menahan Ariff. "Nope, I don't trust myself la abang", tolak Mawar.

"Trust me", Ariff terus membenamkan wajahnya dileher Mawar.

Mengeliat habis, melentok kesana kesini tubuh Mawar. Geli apabila diperlakukan oleh Ariff walaupun hanya sekadar gigitan

---

"Honey"

Ada benda yang perlu ditanyakan kepada Mawar, tangan dia mengusap lembut ubun-ubun isterinya yang bersandar di dadanya.

"Hmm?"

"Perkara ni abang nak tanya dah lama tau, cuma baru sekarang boleh tanya"

Berkerut Mawar, kepala didonggakan memandang Ariff seketika.

"Soalan apa?"

"Kenapa sayang pilih Italy?..."

Terdiam Izzah. Dalam banyak-banyak soalan, dia tak menjangkakan pun soalan ini yang akan ditanya Ariff.

"Sayang jangan salah faham. Kalau tak nak jawab pun tak apa", cepat-cepat Ariff memujuk semula bila melihat Mawar hanya mendiamkan diri.

"Betul abang nak tahu?", suaranya kedengaran serak.

Sedih dan pilu apabila mengenangkan sebab kali pertama dia menjejakkan di negara Italy itu.

Bibir Ariff mengorak senyum manis, bahu isterinya diusap lembut. "Abang memang nak tahu tapi kalau sayang tak nak cerita, abang tak paksa"

"Because of you, bang"

Lama Ariff merenung anak mata Mawar yang sedang mendongak memandangnya itu.

"Mula tu, sayang tak rasa pun nak pergi mana-mana. Sayang just nak stay dekat sisi abang dengan Kautharr walaupun apa pun dugaan tapi one day..."

Pandangannya terus terasa kabur dek air mata yang sudah terkumpul.

"Sayang ada ternampak gambar abang dengan seorang perempuan ni. I don't know who, but korang nampak rapat", sambungnya.

Habis saja ayat itu, terus air matanya mengalir dipipi setitis sebelum Ariff mengesatnya lembut.

"Honey, I'm so sorry", perasaan bersalah menghurung hati Ariff apabila melihat titisan mata isterinya.

"It's okay. Lepas saja sayang nampak that picture, terus Universiti tu hantar yang permohonan sayang diluluskan"

Mawar tersenyum nipis.

"Lagi satu di sana banyak kenangan sayang bersama abang. Boleh dikatakan setiap minggu sayang akan ke Venice untuk menangisi kepergiaan sayang sendiri"

Tergamam Ariff. Tak disangka sampai begitu sekali dia dirindui oleh Mawar. Diingatkan Mawar sudah bahagia bersama lelaki bernama Naim itu.

"Sepanjang di Venice, sepanjang itu sayang tak berhenti mengalirkan air mata. Abang ingat mudah untuk sayang lupakan semuanya?"

"Tak mudah abang, tambahan pula kita ada anak bersama", sambungnya.

Dengan Ariff sekali turut mengalirkan air mata. Mudahnya dia letakkan semua kesalahan dibahu Mawar selama ini.

"I'm so sorry"

Ya, perkataan maaf itu sahaja yang mampu diungkapkan kini.

"Setiap hari kalau boleh sayang mahu lihat muka abang dan Kautharr ketika itu tapi apakan daya sayang dah buat keputusan dan..."

Ariff merasai usapan tangan Mawar dipipi dia untuk mengesat airmatanya yang mengalir.

"After a month, sayang dapat tahu ada kehadiran insan baru dalam perut sayang. Abang rasa, apa yang perlu sayang rasa ketika itu?"

Ariff terdiam.

Sungguh! Ketentuan Allah sangat teratur. Tanpa Zarithh, tak mungkin Mawar masih menjadi isterinya.

Silap-silap Mawar sudah bahagia bersama Naim itu...

"Sayang sedih, sayang terluka. And that time, disaat hidup sayang berada dibahagia paling bawah. Naim tawarkan diri untuk jadi dida Zarithh"

Habis basah dada Ariff terkena dengan airmatanya, dikesat kasar air mata yang tersisa.

"Sayang pun tak fikir apa dah, sebab terdesak sangat nak lupakan abang. Saya setuju, and 5 years lepas tu abang muncul"

"The end"

Mawar yang sudah menunduk tadi, terpaksa mendongak semula apabila terdengar esakan.

Aduh!

Ariff sudah berendaman airmata ketika ini, sampai terhinjut-hinjut bahunya menahan tangisan.

Mawar yang sedih tadi, terus berubah tak jadi. Dirasakan Ariff comel menangis seperti ini.

"Bang, don't"

Didudukkan badannya menghadap Ariff dan perlahan dikesat air mata itu dengan depan dan belakang tangannya lembut.

"Yang... I'm sorry"

Mawar menangguk sambil senyuman ikhlas dihadiakan diberikan kepada Ariff.

"I already forgave you. Tak mungkin sayang nak berdendam dengan papa anak-anak sayang ni?"

Ariff menepis perlahan tangan Mawar itu. Terpinga-pinga Mawar dengan tindakannya.

"Why?"

"Ya la, sayang cakap sebagai papa anak-anak sayang. Maknanya kalau abang ni mandul, sayang tak sudi nak maafkan abang?"

Mawar sembunyi senyum mendengar nada rajuk Ariff. Suami siapa ni? Comelnya!

"Bukan bang, ya allah. Tak ada la, maksud sayang itu salah satu sebab dia. Kalau tak ada anak pun, sayang tetap akan maafkan abang juga"

Ariff mencebik.

"Apa cebik-cebik ni? Mengada kan, ingat comel?"

"Memang abang comel pun, plus handsome lagi tahu tak suami sayang ni"

Mawar pula mencebik. Geram dengan perangai Ariff yang semakin mengada ini, tak padan dengan dah jadi bapa orang.

"So, dah tahu kan? Jom tidur, ngantuk"

"Memang la dah tahu tapi sayang pula yang buat bersamaMu dekat sini, habis dah lencun semua"

"Amboi! Siapa yang buka cerita? Konon 'perkara ni abang dah lama nak tahu', acah acah saja", Mawar mengejek semula ayat Ariff tadi.

Perlahan bibir Ariff mengukir senyum, kelakar mendengar nada ajukan isterinya.

"Okay, okay. Kali ni serious, abang minta maaf ya dekat sayang. Maaf atas semua salah dan khilaf abang"

"Tak apa, sayang dah maafkan abang. People make mistake, right? Cuma mistake yang berkenaan hati dan perasaan ni ambil masa lama sikit untuk dimaafkan"

Ariff mengangguk setuju. Tangan Mawar dicapai, belakang tangan itu dicium lembut.

"Terima kasih sayang"

"You're welcome baby"

Kening Ariff diangkat sebelah. Ewah, pandai ya sekarang nak goda-goda orang

"Done pillow talk, let's sleep"

"Orang dah anak tadi lagi, abang yang tak tutup-tutup cerita. Dah la sayang mengatuk ni"

"Ya salah abang. Dah jom"

Dibaringkan tubuh mengiring memandang Mawar disebelah kanannya.

"Come", dadanya ditepuk memanggil Mawar untuk tidur disitu.

Mawar mencebik tapi tak sama dengan perbuatannya. Laju saja dia baringkan di dada Ariff

Pinggang Mawar dipeluk kemas sebaik saja isterinya itu mendarat di dada dia.

"Tidur ya. Good night honey, I love you"

Tersenyum bahagia Mawar apabila suara husky itu berbisik ditelinganya, tangganya membalas pelukan Ariff juga

"Good night baby, I love you more"

Terasa bibir basah Ariff mendarat di ubun-ubun dan dahinya lembut.

Akhirnya mereka hanyut ke alam mimpi dalam keadaan berpelukan sesama sendiri

---

TO BE CONTINUE...

Alhamdulillah thank semua sudi tunggu, sorry semalam sis kekeringan idea. Harini baru dapat tulis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience