P.J. -CHAPTER 25-

Romance Completed 43926

SAAT berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan dan bulan berganti tahun.

Masuk hari ni sudah genap lima tahun Mawar pergi meninggalkan dirinya bersama Kautharr berdua sendirian.

"Sayang, nak pergi mana tu?", tahan Ariff melihat Mawar melangkah meninggalkannya

"Saya pergi dari hidup tuan sebab tuan sendiri tak sudi menerima saya", Mawar terus hilang dalam cahaya putih dihadapannya.

"Sayang", jerit Ariff.

"Papa, wake up", Kautharr mengejut papanya.

Terkejut Ariff mendengar anaknya mengejut. "Ha?"

"I heard your scream just now, that's why I wake you up", lancar Kautharr berkata.

Ariff memandang Kautharr, "Sorry papa disturb your sleep"

"It's okay, bad dream again?", tanya Kautharr lembut.

Ariff mengangguk. "about mama?", Kautharr bertanya lagi.

"Yes, about mama", balas Ariff sayu.

"Papa, I miss mama so much. Mama don't me miss isn't it?", nada Kautharr berubah sayu.

"Hey don't say like that. Papa miss her too, and I'm sure Mama always miss you more than me", Ariff memujuk anaknya.

"Papa", panggil anaknya lembut.

"Yes my prince what is it?", balas Ariff mesra.

Memang dia sengaja memanggil panggilan itu kepada anak lelakinya ini.

"Can you tell a story about mama? I want to know more about her", pinta Kautharr penuh harapan.

Jarang papa nya ini ingin bercerita bila berkenaan 'mama'. Ada saja alasan papa nya untuk lari.

"Ok, but after this promise me go to sleep back. We have a long journey tomorrow", Ariff menghulurkan jari kelingkingnya.

"Yes papa, I'm promise", Kautharr menyambut jari kelingking papanya.

"Mama is someone...", Ariff bermula cerita panjang kepada Kautharr berkenaan mama kepada anak itu.

---

"Sampai sana call mommy tau", pesan Zahidah kepada Ariff.

"Ya mommy, Ariff faham. Kautharr salam Tokma", Ariff menyalam tangan mommynya diikuti Kautharr.

"Take care grandson. Be careful ok, tokma love you", Kautharr terus dipeluk mommy.

"Ok tokma, don't worry. Kautharr will be a good boy", janji Kautharr dalam pelukan tokmanya.

"Good boy sayang", Zahidah mengusap kepala Kautharr.

"Betul ni tak nak sesiapa teman? Cukup Faiz seorang saja?", tanya Zahidah sekali lagi.

"Ya allah mi, berapa kali la nak tanya soalan tu dari rumah lagi? Ya, cukup la kami ber-3 saja", balas Ariff tersenyum

Setelah setahun Mawar tak munculkan diri, dia berhenti kerja dan mengambil alih syarikat daddynya. Alasan daddy kerana...

'I promise to give it to Mawar but since she's not here. So i give it to you'.

"Faiz ok ke?", tanya Zahidah beralih kepada Farhan pula.

Faiz tersenyum mengangguk. "Tak payah tanya dia mommy. Kalau ikut kan dia memang tak nak, takut rindu anak bini konon. Seminggu saja pun, tu yang Ariff paksa juga", Ariff menjawab.

"Eh kamu ni, biar la orang ada anak bini. Bukan macam kamu, ada bini tak reti jaga", tegur Zahidah.

"Alah mommy ni, tahu la Ariff gagal dalam rumah tangga Ariff", nada Ariff berubah merajuk.

"Mengada, ya la mommy sorry. Tu pesawat kamu dah panggil tu", Zahidah tersenyum memandang anaknya ketiga nya itu.

"Tak merajuk pun, ok la mommy. Bye", Ariff membetulkan begnya dan berlalu pergi.

"Bye tokma", Kautharr melambai

"Bye sayang", balas Zahidah lembut.

---

Mawar sudah tamat pembelajarannya. Semua nya dapat dihabiskan dalam masa 5 tahun ini. Dia bakal menjadi pakar bedah mengikut cita-citanya selepas ini.

"Mama, are you ok?", tegur anak perempuannya dari belakang.

"Hey princess, mama ok", Mawar membawa anaknya duduk di atas pangku.

"what are you looking at?", tanya Zarithh lancar.

Walaupun baru berusia 4 tahun, tetapi Zarithh sangat petah bercakap. Zarithh? Itu memang nama yang Mawar mahu letak untuk anak perempuannya

Puteri Zarithh binti Megat Ariff!

Walaupun dia benci anaknya dibintikan nama itu, namun dia terpaksa akur kerana dirinya masih memegang status 'isteri orang'.

"Star, isn't it beautiful?", tangan Mawar dihalakan ke arah bintang yang menyinari malam itu.

"Right mama, it's beautiful", terdongak-dongak tubuh kecil memandang ke langit.

"Come", Mawar membaringkan Zarithh di pangkuanya

"What I say to you. If it look nice so you should say?", Mawar memandang anaknya.

"Subhanallah", balas Zarithh.

"That's my girl", Mawar tersenyum mengusap kepala Zarithh.

"My girl too", Naim muncul disebelah mereka.

"Dida", terus anak kecil itu bangun dan melompat ke arah Naim

"Astagfirullah, Puteri Zarithh. Be careful", tegur Mawar.

Zarithh hanya tersengih. "Dah dah, biar saja princess lompat dekat bie", Naim melabuhkan punggung di sebelah Mawar.

"Bie ni suka sangat ajar dia macam tu. Nanti habis semua orang dia nak lompat", rungut Mawar.

Naim tersenyum melihat muncung Mawar. "Eh mulut ni, dah boleh sangkut hanger tau", Naim mengenggam bibir Mawar.

"Eh bie ni, sakit la", Mawar menolak tangan Naim.

Sejak Zarithh lahir, dia bagi Naim menyentuh dirinya sedikit supaya puteri kecilnya itu tidak mengesyaki sesuatu.

"Hehe, you're so sweet dida"

Mendengar suara lembut itu, Naim menarik semula tangannya. Mereka terlupa Zarithh masih dalam pelukan Naim.

"ewah ewah", geram Mawar melihat karenah anak perempuan nya.

"ewah ewah? what is that dida?", tanya Zarithh polos.

"Nothing princess. Go inside first ok?", Naim menurunkan Zarithh ke bawah.

"Ok dida, good night muahh", Zarithh mencium pipi Naim manja.

"Ouh.. you only muahh your dida? how could you", Mawar membuat muka merajuk.

"Don't care, bye dida mama", lepas berkata terus Zarithh berlari masuk ke dalam rumah.

"Bertuah punya anak", menggeleng kepala Mawar.

"Siapa suruh garang sangat dengan anak", Naim tersenyum.

"Suka bie kan, dapat kenakan sweetheart depan anak", Mawar mencubit tepi perut Naim.

"Auch sweetheart sakit la", Naim mengusap tepi perutnya perlahan.

"Padan muka", Mawar kembali memandang ke atas melihat bintang.

"Bie, pinjam dada boleh?", pinta Mawar perlahan.

Ketawa Naim mendengar permintaan Mawar. Takut la tu? "Come"

Terbaring Mawar dikerusi berbetuk 'L' itu di dada Naim. "Kenapa ni? Cuba story", Naim menyelesakan dirinya bersandar.

"Sweetheart kan dah habis belajar. Nak intern dekat mana?", tanya Mawar perlahan.

"Sweetheart nak balik Malaysia?", tanya Naim bertanya tanpa menjawab soalan Mawar.

Berkerut dahi Mawar mendengar soalan itu. "No, of course a big NO"

"And then? Kenapa tanya bie macam tu?", Naim menuduk ke bawah memandang Mawar.

"ya la, hospital dekat Milan ni kan banyak. Bie rasa mana yang sesuai?", Mawar meminta pendapat Naim.

"Pilih saja mana sweetheart nak. Lagi dekat, lagi bagus", balas Naim.

"Hmm kalau macam tu sweetheart ambil Società Italiana di Medicina Ambulatoriale e Polispecialistica la macam tu", Mawar membayangkan dirinya di hospital private itu.

"Ha hospital apa? Ulang sekali lagi?", tanya Naim meminta kepastian.

"Società Italiana di Medicina Ambulatoriale e Polispecialistica", ulang Mawar lancar.

"Tak silap bie la kan. Walid ada syer juga dalam hospital tu, tapi tak sure la. Cuba sweetheart tanya walid", Naim mengingat kembali hospital yang pernah di masukinya itu.

"Seriously?", terus Mawar terduduk melihat Naim. Naim mengangguk.

"Yes senang la kerja sweetheart, thanks bie", Mawar mencium tangan Naim dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Naim asyik tersentak dengan perbuatan Mawar. 'Ya allah, tak kuat iman aku macam ni', Naim merenung belakang tangannya yang dicium Mawar tadi.

---

Dush!

Ariff memandang ke depan melihat orang yang melanggarnya.

"eh scusa (eh sorry)"

Suara yang keluar dari mulut wanita itu sangat mengejutkannya. 5 tahun di mencari pemilik suara itu

"Sayang", dia cuba merenung anak mata wanita itu.

Mawar lantas menarik tangan Zarithh laju berjalan.
Suara itu cukup dibencinya, mengapa dia perlu berjumpa lelaki itu lagi?

"Wait wait, sayang", Ariff menahan mereka.

"Pardon?", herdik Mawar kasar.

Ariff terkejut mendengar herdikan Mawar. Tahu la dia bahawa wanita ini membencinya.

"Mama", Zarithh mengoncang lengan Mawar terkejut melihat muka mamanya yang menahan marah.

"Our daughter?"

Pantas mata Ariff dihalakan ke arah budak perempuan disisi Mawar. Mustahil la wanita didepannya ini berkahwin lain.
"scusate signore, non vi conosco (Sorry sir, i don't know you)", Mawar kembali melangkah tidak mahu Ariff tahu kebenaran.

"Sayang lupa abang fasih berbahasa Italy", Mawar memaki dirinya. Shit, aku lupa!

"What do you what, ha!?", tinggi saja nada Mawar marah.

Tersentak Naim lagi, tiba-tiba ayat yang Mawar kata pagi selepas malam pertama mereka bermain di minda.

"Yo yo ouh, tapi kan lebih baik abang minta sayang versi manja ni. Sebab kalau tidak, abang jangan menyesal kalau abang akan jumpa a new Mawar"

Ya, itu ayat Mawar! Dia masih ingat, malah segar dalam fikirannya ketika ini.

"Answer me. Anak kita kan ni?", tanya Ariff lembut.

"Us?", Mawar tertawa sinis.

"MY daughter! tak ada istilah 'kita' dekat sini lagi", sambung Mawar keras.

"Jangan tipu abang, that's means kita masih suami isteri kan?", balas Ariff.

Walaupun dia sendiri tidak pasti tetapi melihat umur anak itu, terasa logik pula.

"Mama, Uncle ask you?", Zarithh menegur mamanya yang seperti termenung.

Mawar tersentak dan perasaan benci terus membuak-buak! Itu la kenyataan yang dia tak mahu orang ketahui. Dia masih isteri Ariff!

"Jom, dida is waiting for us", Mawar mengelak dari menjawab.

"Sayang please stop run, I just want to know the truth", sayu saja Ariff.

"Uncle, don't cry"

Zarithh melepaskan pegangan tangan Mawar dan melangkah ke arah Ariff.

"Zarithh!", Mawar menarik tangan Zarithh kasar.

"Mawar, jangan berkasar dengan anak", tegur Ariff

Tak akan disebabkan anak itu mahu pergi kepadanya, Mawar sudah bertindak kasar.

"Anak saya, tuan tak perlu sibuk", Mawar membalas keras juga. Tiada langsung kelembutan dalam nadanya

"Sayang, I'm sorry", Ariff cuba meraih tangan Mawar.

"Don't you dare to touch me!", Mawar melangkah ke belakang menjauh.

"Abang tahu abang salah, forgive me", airmata Ariff mengalir.

"Kalau tuan nak buat drama, saya tak ada masa", balas Mawar kasar lagi.

"Uncle don't cry", belum sempat Mawar menahan. Zarithh sudah mengusap lembut tangan Ariff

"No princess, I'm not", Ariff bertingung di depan anak itu.

Zarithh mengesat airmata dan mengucup mata Ariff lembut. Ariff tersentak, cara Mawar!

"Puteri Zarithh, jangan degil boleh tak?!", Mawar sudah bertukar bahasa Melayu kepada anaknya.

"I'm sorry, ma", menitis airmata anak kecil itu mendengar nada marah Mawar.

Dia kenal sangat mamanya. Kalau dah menggunakan bahasa Melayu, maknanya mamanya memang betul-betul tengah marah!

"Uncle here", Ariff memeluk Zarithh memujuk.

"Jangan sentuh anak saya", Mawar menarik badan Zarithh kasar keluar dari pelukan Ariff.

"It's hurt mama", adu Zarithh.

"Again Mawar, jangan berkasar dengan anak", suara Ariff kembali seperti biasa, bukan lembut lagi.

"Tahu sakit, siapa izinkan Zarith pergi dekat 'lelaki tak kenal' ?", marah Mawar kepada Zarithh tanpa mempedulikan Ariff.

Sengaja dia menggunkan panggilan 'lelaki tak kenal', supaya Ariff sedar yang dia sudah menganggap dirinya sudah mati dan tak wujud dalam hidup mereka.

"Uncle cry, I want to make him calm", berubah sayu semula Ariff mendengar jawapan anak itu.

"No need, awak tak kenal dia. Kenapa memandai, kalau dia jahat. Macam mana?!", marah Mawar lagi.

Biar! Kalau boleh dia mahu nafikan sekeras-kerasnya bahawa Zarith ini berasal dari benih didepannya ini!

"Stop it Mawar, dia tak buat salah", Ariff mengambil Zarithh dan mendukungnya.

"Shh, papa here", Ariff menepuk belakang Zarithh lembut yang terbaring dibahunya.

"Let her go tuan, dah jom"

Mawar mengambil Zarithh dari dukungan Ariff dan terus berlalu pergi. Panas dia mendengar Ariff mengelar diri sendiri 'papa'.

---

"Bie", Mawar datang kepada Naim yang sedang duduk di sebuah bangku.

"La dah tido?", Naim melihat Zarithh di bahu Mawar lena tertidur.

"Hati saya", Mawar duduk disebelah Naim.

"Sweetheart, what happened?", Naim mengambil Zarithh dan diletakkan di pangkunya.

Merengek sekejap Zarithh orang mengacau tidurnya. "Shh, It's dida princess"

"Why tell me?", Naim kembali menumpukan diri kepada Mawar.

"He's here", menitis airmata Mawar yang ditahan dari tadi.

Ha? Tersentak sekejap Naim mendengar apa yang keluar dari mulut Mawar. Perlahan dia merenung mata wanita itu, mahu mencari jawapan bagi persoalannya selama ni.

"You love him?", tanya Naim perlahan.

"Bie, I hate him so much", balas Mawar keras.

"You're bad lier, sweetheart. I can see it from your eyes", Nim tersenyum nipis.

Mata Mawar membalas pandangan mata Naim. "I love you not him", mata Naim tidak berkedip.

Walaupun Mawar tahu berdosa mencintai orang lain sedangkan dia masih isteri seseorang, tetapi Mawar tidak boleh menipu hatinya.

"Yes bie, I LOVE YOU. Ke nak sweetheart guna bahasa Italy baru faham? TI AMO", Mawar menyatakan rasa di hati nya.

"Elok juga tu jumpa, boleh uruskan penceraian kami", tambah Mawar lagi selamba.

"Bie dengar tak ni?", Mawar melambai tangan di depan muka Naim.

"Ha ha, ya bie dengar", Naim menggaru belakang tengkungnya.

"Apa yang bie dengar?", tanya Mawar semula.

"You love me", perlahan Naim bersuara.

"Yes, nasib baik dengar", Mawar menghela nafas.

"Betul ke keputusan sweetheart ni, tak menyesal?", Naim mengelus rambut Zarithh dipangkuannya.

"Yakin, bie ada masa sweetheart duka dan suka. Walaupun sweetheart ni orang luar, tapi bie layan sweetheart sama macam family sendiri", Mawar terkenangkan dirinya yang baru datang ke Italy.

Sekejap sahaja masa berlalu, sudah 5 tahun rupanya di tinggal di bumi Italy ini.

"Anak-anak macam mana?", Naim menunduk memandang Zarithh

"Let them be. Sweetheart tak halang dia jumpa Zarithh, dia tak halang sweetheart jumpa Kautharr, settle", selamba Mawar menjawab.

"Dia ok ke?", Mawar terus mengangkat muka Naim memandang nya semula.

"Bie, tak payah fikir fasal dia. We got divorce and then kita kahwin. Ok?", pujuk Mawar melihat mood Naim berubah.

"hey senyum la sikit. Ke bie tak nak kahwin dengan sweetheart ni?", Mawar pula seakan merajuk melihat Naim tidak termakan dengan pujukan.

"Of course nak. You're my first love. Tengok sweetheart, buat bie happy. Lagikan orang tu adalah bie sendiri", Naim tersenyum bahagia.

"Ya la tu? Mana la tahu kan. Orang tu nak anak dara ke, sweetheart ni bekas orang", Mawar sengaja menyakat Naim. Mahu lihat cara dia memujuk!

"Sweetheart, berapa kali bie dah kata? Bie tak kisah semua tu, yang penting hati sweetheart tu bie nak", Mawar yang mendengar nada gelabah Naim itu mehanan gelak.

"Sweetheart dengar tak ni? Jangan la merajuk, bie tak suka la", Naim mengoncang lengan Mawar.

"Hahahaha", terletus juga tawa Mawar.

"Ouh kenakan bie eh?", Naim mencucuk pinggang Mawar berkali-kali.

"Bie bie stop geli", Mawar sudah mengeliat kegelian.

"Buat lagi buat lagi", lagi rancak Naim mencucuk.

"Fine ok ok tak buat dah", Mawar cuba menahan tangan Naim, tapi macam biasa. Tak berjaya!

"Janji dengan bie?", tangannya masih tidak berhenti.

"Ya dah la bie. Tengok tu, Zarithh pun nak terjaga dah", Mawar menjuihkan ke arah Zarithh di pangku Naim.

"Hish bie ni, penat sweetheart", jenuh Mawar menarik nafas selepas tangan Naim dilepaskan.

"Buat la lagi, tangan bie ni laju saja nak denda", jeling Naim sambil tangan menepuk lembut badan anak kecil itu supaya tertidur.

"Tak nak. Dah sweetheart nak balik la, ada oncall kejap lagi. Bie nak balik sekali tak?", tanya Mawar cuba membetulkan duduknya.

"Hmm, bie ada kerja sikit dekat office. Malam sikit baru bie balik", Naim menyerahkan Zarithh kepada Mawar.

"Ok but jangan balik lambat sangat. Take care", Mawar mengambil tangan Naim dan menciumnya.

"I love you tau, jangan lupa", Mawar mengenyitkan mata dan berlalu pergi.

Naim menepuk pipi berkali-kali. 'Aku tak mimpi kan? kau permudahkan la urusan pemaisuri ku itu ya allah'

---

"Umi walid I'm back, assalamualaikum", Mawar melangkah masuk ke rumah.

Langkah nya melihat walid sedang bersembang dengan seseorang di meja makan dengan rancak.

"Waalaikumussalam, kenapa berdiri dekat situ. Masuk, ni husband Wa kan?", mendengar ayat Mikhail. Lagi kaku kaki Mawar di situ, tak mahu melangkah.

"Astagfirullah halazim budak ni. Masuk la Wa", tegur Aisyah yang muncul dari atas menegur pula.

Mawar dengan langkah yang berat menghala ke meja makan. "Meh sini Zarithh tu, lena tidur", Mikhail mengambil Zarithh dari dukungan Mawar.

"Lama dah ke dia tidur, tak sakit tangan Wa dukung dia?", tanya Mikhail mesra.

Mawar hanya menggeleng. "Jom tolong umi buat air kejap", ajak Aisyah menarik tangan Mawar ke dapur.

---

"Umi", panggil Mawar geram.

"Umi tahu apa kamu nak tanya. Walid kamu la, umi tak masuk campur", Aisyah dapat mengagak.

"Ish walid ni, bukan tak tahu orang benci dia", Mawar memuncung mulutnya.

"Tak payah muncung sangat, bawa ni pergi depan", Aisyah menyerahkan dulang yang berisi air

"orang pula dah, umi la", tolak Mawar.

"budak ni, tak ada tak ada. Pergi bawa, umi nak ambil pudding dalam fridge yang kamu buat semalam", Aisyah berjalan ke arah peti sejuk.

"Ala, ok fine", Mawar melangkah malas ke ruang tamu.

---

Panas mata Mawar bila melihat Zarithh sedang tidur di pangkuan Ariff, mahu saja dia menempik lelaki itu.

Memandangkan walid ada, jadi Mawar hanya menghadiahkan jelingan maut sahaja. "Air"

"Duduk la sini Wa, kita sembang", pelawa Mikhail mesra.

"Wa nak siap walid, ada oncall kejap lagi", maklum Mawar.

"Uncle, nama dia siapa?", tanya Ariff tiba-tiba.

"Puteri Za...", belum sempat walid menghabiskan, Ariff menyambung.

"Puteri Zarithh bin Megat Ariff, ya?", Ariff tersenyum.

"Haah, itu la nama dia. Macam mana kamu tahu?", Mikhail membalas riang.

"Mawar pernah bagi tahu saya. Kalau ada anak perempuan, dia nak letak nama tu", sekali lagi Mawar menjeling tajam Ariff mendengar jawapan itu.

"Wa, suami tu kan", tegur Mikhail

"Atas kertas walid", selamba Mawar berkata. Riak wajah Ariff berubah mendengar jawapan itu.

"Waht are you doing here, tuan? Apa lagi plan tuan nak sakitkan saya?", pandangan Mawar dialihkan ke Ariff di tepinya.

"Mawar! Kenapa ayat biadap sangat ni?", nada Mikhail lembut tetapi ada tegasnya.

"Tak apa uncle, saya ok. Abang datang nak tengok sayang, abang cuma nak kata. Kalau sayang rindu Kautharr, dia ada dengan abang"

Air Mawar bertakung mendengar nama Kautharr, mulutnya juga ditutup. Siapa tak rindu anak yang dikandungnya dan dilahirkan sendiri kan?

"Tapi dia ada dengan Faiz dekat hotel, penat sangat berjalan seharian. He miss you so much, don't you miss him?", tanya Ariff lembut.

"Walid masuk dulu, umi kamu panggil tu", Mikhail meminta diri mendengar isterinya panggil dari dapur.

"Sayang, talk to me. Tak rindu anak lelaki kita ke?", tanya Ariff melihat wajah Zarithh di pangkuannya

Kalau Kautharr sebijik turun Mawar, tetapi terbalik dengan Zarithh. Anak perempuanya itu, sebijik turun muka Ariff pula.

"Tuan tak payah guna nama Kautharr dekat sini. Dia tak pernah sekali pun hilang dari hati saya either my doa", balas Mawar masih kasar.

"Abang?", tanya Ariff perlahan.

"Jangan tanya soalan yang tuan dah tahu jawapan. Diri tuan dah lama tak wujud dalam kamus hidup saya", balas Mawar memandang mata Ariff berani

"Dah la tuan, balik. Biar saya hidup saya, tuan hidup tuan", Mawar mengambil Zarithh dan terus belalu naik ke atas masuk ke biliknya.

Ariff meraupnya rambutnya kasar. 'Abang akan dapatkan hati sayang balik'

---

TO BE CONTINUE...

Sis bukan saja saja tau ambil masa terus laju. Sebabnya sis tak nak readers sis bosan kalau ada storyline yang tak best nanti. So sis ambil jalan untuk cepatkan, tak ada la korang bosan kan? So, amacam bab kali ni? Ada tanda tanda Mawar dan Ariff tu jumpa ke? Macam tak je! But yeah stay tuned ok, you guys will tak lama lagi. Enjoy this chapter, muahh. ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience