"GUYS, aku honeymoon esok!"
Mawar menjerit kecil semasa membuat video call bersama kawan-kawan baiknya diatas katil.
"Wow, pergi mana tu?", Nurul bertanya.
"Italy saja, dalam seminggu macam tu", jawab Mawar ringkas.
"Ya la orang ada laki untung la, kita ni cuti mampu duduk rumah saja buat revision", Wani mengeluh.
"Ala you guys don't worry, nanti aku beli souviner banyak-banyak", Mawar tergelak.
"Elok-elok pergi tu, jaga diri", Mayraa menasihati.
"Aku pergi 'HONEYMOON' la. Laki aku la yang jaga aku nanti", Mawar tersenyum kerana kawan-kawan baik risaukan dirinya.
"Eleh, kalau macam tu bagi aku hadiah yang mahal tau. Apa yang paling mahal dekat situ, kau beli untuk aku", Wani mencebik muka.
"Ni kes nak kebas duit laki aku ke?", Mawar ketawa terbahak-bahak.
"Lebih kurang la. Dah mak aku panggil tu, aku cau dulu", Nurul meminta diri.
"Aku pun nak end la kalau macam tu, aku pun tak solat asar lagi ni", Mayraa juga mahu menamatkan panggilan.
"Ok la, kita semua end sama-sama. Doakan aku selamat pergi selamat balik tau, bye assalamualaikum", Mawar melambai dan menamatkan panggilan bersama-sama.
---
Ariff masuk ke dalam bilik dan turut duduk diatas katil disebelah isterinya.
"Eh abang, ibu dengan ayah mana?", tegur Mawar.
"Ada dekat rumah wan. Sayang dah siap kemas ke barang?", tanya Ariff bila melihat isterinya asyik membelek telefon ditangan.
"ha? dah siap dah, tu beg"
Mawar meletakkan telefon di tepi katil dan menghadap suaminya sambil tangan menunjuk kearah beberapa beg ditepi pintu.
"Ouh patut la hadap phone saja kan, dah siap kemas rupanya. Jom kita pusing-pusing kampung sayang, abang bosan la", ajak Ariff memeluk pinggang isterinya.
"Abang geli la. Jom dah abang pergi tukar baju, tak akan nak pakai macam", Mawar mengeliat sedikit apabila suaminya menggeletek pinggangnya.
"Ala ok apa baju abang, malas la nak tukar", Ariff melihat baju T-shirt dia dan seluar pendek yang dipakai
"No abang, I don't like it. You are mine, mana boleh jadi tayangan umum semua ni"
Mawar mengarahkan tangannya dikaki dan lengan Ariff, dia menarik Ariff untuk bangun.
Ariff tertawa. "Sayang tukar kan la, abang malas", Ariff mengenyitkan mata sambil mendekati wajah isterinya.
"Dah jangan nak annoying sangat, tukar cepat sayang tunggu dekat motor", Mawar menolak sedikit bahu suaminya kebelakang dan berlalu keluar dari bilik.
---
"Cantik juga kampung sayang ni kan"
Ariff duduk diatas buai bersama isterinya sambil menikmati permandangan sawah yang sedang menguning.
"Baru tahu ke? lepas kita dah pindah nanti, mesti sayang rindu semua ni", Mawar memandang suaminya disebelah.
"Ala jangan risau, KL dengan sini tak jauh pun. Sayang dah habiskan lima tahun dekat sini, tak akan tak puas lagi?", Ariff turut memalingkan wajah memandang isterinya.
Tangan suaminya, Mawar genggam erat. "Haah abang, sayang tak puas la. Abang janji ya, lepas ni kalau kita dah pindah. Kerap-kerap eh kita datang sini", pinta Mawar dengan muka comel.
Ariff geram dan terus mengucup lembut bibir isterinya. "Abang, haish ramai orang la. Kita dah la dekat kampung ni, nanti ramai pula makcik bawang mengupas fasal kita", Mawar menapar lembut lengan suaminya.
"Sayang yang buat abang geram. Biar la abang makcik kampung tu mengupas, abang cium isteri abang bukan dia orang", Ariff mencubit pipi tembam isterinya.
"Auch sakit la. Berani abang nak cium dia orang, sayang kerat 18 nanti", Mawar menjeling suaminya.
"Eleh takut sangat la tu jeling sayang. Sikit pun tak, lagi abang suka adalah", tangan Ariff menarik Mawar untuk bersandar didadanya.
"sorry ok, memang tak la abang nak dengan makcik-makcik bawang tu. Baik abang bercinta dengan buah hati abang ni saja, dapat pahala lagi", Ariff memeluk Mawar yang berada didadanya.
"Janji?", Mawar mendongakkan wajah memandang suaminya.
"Ya sayang", Ariff mencium dahi isterinya.
Telefon Ariff bergegar menandakan ada panggilan masuk. Ariff melibat screen telefonnya, jelas terpapar nama 'mommy'.
"Assalamualaikum lang", Zahidah memberikan salam dihujung telefon.
"Waalaikumussalam mommy. Did you need any help?", tanya Ariff.
"Tak ada la, mommy saja nak bertanya. Esok kau gerak pukul berapa, boleh kami gerak awal sikit ke KLIA", Zahidah menjelaskan niatnya menelefon Ariff.
"Ouh Ariff gerak dalam pukul 9:30 macam tu mommy, sebab flight dalam pukul 1. Ucu dengan adik nak ikut sekali mommy ke KLIA ke? "
Ariff tahu mesti adik-adik mahu memberikan pesanan untuk dibelinya ketika di Italy seperti selalu.
"Macam la kau tak tahu adik-adik kau tu lang. Banyak la tu dia orang nak pesan kali sebab kamu dah jarang pergi Italy kan beberapa tahun ni. Itu yang dia orang dapat tahu kau nak honeymoon dekat situ, terus satu buku scrap dia orang buat pesanan", ujar Zahidah.
"Ala tak apa la mommy, alang dah biasa. Nanti kita jumpa esok ya mommy, alang tengah dating ni, mommy", pesan Ariff sambil bergurau.
"Hmm ya la, mommy tak nak kacau daun. Ok kita jumpa esok, bye assalamualaikum. Ha satu lagi, kirim salam dekat menantu mommy tu", Zahidah pula berpesan
"Inshaallah mommy bye waalaikumussalam", Ariff mematikan panggilan telefon.
"Siapa bang?", tanya Mawar bila melihat suaminya sudah menamatkan panggilan.
"mommy, dia kirim salam dekat sayang", jawab Ariff.
"waalaikumussalam. Ni mommy hantar kita sekali tak esok?", tanya Mawar bersandar dibahu suaminya pula
"Mommy datang sekali dengan ucu and adik", Ariff memalumkan. Mawar hanya mengangguk.
"Yang", panggil Ariff.
"Nanti kan kalau dah ada anak, kita boleh bawa dia orang datang sini selalu jumpa tokpa tokma dan atuk nenek dia orang. Lepastu kita bawa dia orang jalan-jalan menikmati suasana kampung. Mesti best kan?", ujar Ariff dengan teruja.
Mawar terdiam, dia yang tadi memandang Ariff kembali menunduk kerana pernyataan suaminya itu. 'anak?'
"Eh sayang, tak bukan maksud abang macam tu. Abang tak ada niat nak singgung perasaan sayang. I'm sorry", Ariff mengangkat dagu Mawar untuk sama bertentang mata dengannya.
"Abang tak salah la, sayang yang salah. Maaf sayang buat abang tertunggu-tungu, mesti abang tak sabar nak ada ada anak kan" tanya Mawar perlahan.
"Sayang kan abang kata abang tak kisah. Abang tak akan paksa sayang, if you're not ready. Abang sentiasa percaya rezeki, ajal, jodoh tu semua ditangan Allah. Kalau bukan sekarang, mesti akan tiba masanya", Ariff menarik Mawar kedalam pelukannya.
Tak sanggup membiarkan isterinya menanggung rasa bersalah sendiri.
"Thank you so much. Sayang sangat beruntung ada husband macam abang, always understanding. Megat Ariff suami sayang ni la paling hensem, paling rajin, paling pandai, paling semua la. Untung sayang dapat abang"
Puji Mawar dalam pelukan suaminya dan kali ini bibir mengukir senyuman ikhlas.
"Puji lebih nampak, ada nak apa-apa ke?"
Ariff melepaskan pelukan dan memandang wajah isterinya bagi menunggu jawapan.
"Mana ada abang ni, salah ke nak puji suami sendiri. Puji laki lain nanti, abang yang jealous pula", Mawar mengangkat kening.
"Berani la sayang buat tadi sayang nak kerat abang 18 kan? Kalau abang pula, abang akan kerjakan sayang sampai lunyai"
Ariff berkata lembut tetapi masih terdapat ketegasan dalam suaranya.
"Ha garang-garang lagi, balik la macam ni. Malas layan abang, tak boleh bergurau. Pergi duduk dengan kambing la macam tu"
Mawar memuncungkan bibirnya dan mengalihkan pandangan kehadapan memandang sawah.
"La, abang cakap sikit saja. Terus nak halau abang duduk dengan kambing, hahah"
Ariff tergelak bila isterinya tidak suka dia serious sehingga menyuruhnya duduk bersama kambing.
"Ya la sesuai dengan abang"
Mawar meluat dengan suaminya asyik mahu tegas sahaja, dia terus turun dari buaian hendak menuju ke motor.
"Sayang sabar la tunggu abang, alololo abang gurau saja cinta hatiku", Ariff berlari kecil mengejar isterinya.
"Gurau la sangat", Mawar mencebik.
"Ok ok sorry, nanti esok abang belanja sayang archade ok dekat Italy?", Ariff cuba memujuk isterinya.
Dia tahu isterinya sangat suka bermain archade sehingga sehari suntuk berada di archade itu.
Terutama sekali bila berada di Genting Highlands, hanya archade menjadi tempat tujuan isterinya.
"betul ni, best ke archade dekat Italy tu? nak nak", Mawar memandang Ariff teruja sambil menggoyangkan lengan suaminya.
"Best sayang, abang pernah juga la main. Esok kita pergi ya", Ariff tersenyum kerana pujukannya berjaya.
"Macam ni sayang abang, muahhh", Mawar mencium pipi suaminya.
"Dapat main archade dia sayangla, kalau tak tu muncung saja kerja", Ariff mencuit hidung isterinya.
"hehe, mana ada la. Sayang ni sentiasa sayang abang tahu", Mawar tersengih.
"Ya la sayang. Dah jom la kita balik, mesti ibu ayah tunggu tu", Ariff mengajak pulang kerumah.
"Jom, tak sabar sayang nak tunggu esok", suara teruja Mawar memenuhi gegendang telinga.
Ariff hanya mampu tersenyum melihat perangai comel isterinya. Mereka menaiki motor dan pulang kerumah.
---
Mawar dan Ariff tiba di KLIA bersama ibu ayah dalam pukul 9:15 kerana jarak rumah mereka sedikit jauh.
Mommy dan adik-adik Ariff dalam perjalanan, Ariff sudah menghalang mommy untuk datang menghantarnya.
Tetapi alasan mommy hanyalah 'mommy dah lama tak shopping la, nak cari barang sikit dekat KLIA tu'
"Ibu ayah, mommy, kita orang pergi dulu. Lagi seminggu kita jumpa", Ariff bersalam dengan mommy, ibu dan ayah.
"Bang lang jangan lupa tau, balik tak ada. Aku suruh kau terbang balik pergi beli"
Megat Adiff, adik bongsu kepada Ariff yang sebaya Mawar memberi peringatan.
"Kau kan tak ada kerja lain. Sibuk habiskan duit aku saja, macam aku sorang abang kau", cebik Ariff.
"Ala kau macam tak tahu along tu kedekut, kau..", belum sempat Adiff menghabiskan ayat, Ariff memotong.
"Ouh sebab aku tak kedekut senang la kau tapau macam-macam", muka Adiff dipandang abangnya tidak puas hati.
"Dah-dah, kamu berdua ni. Tu flight lang, pukul 1 kan?", tanya Zahidah bagi menghentikan anak-anaknya bertikam lidah.
"Eh haah la, kau punya fasal la ni dik. Kalau aku terlepas flight, barang kau yang aku tak dapat beli", Ariff menuding jari kepada adiknya.
"Eh engkau", Adiff tidak berpuas hati dirinya dipersalahkan.
"Dah-dah, ya allah korang ni. Kau ni diff macam tak tahu alang kau macam mana?", Zanirah menegur.
"Abang pun satu, macam budak-budak la. Jom flight kita dah boleh check in tu", Mawar pula menegur.
"Hmm ok sayang, kau punca eh dik. Ibu ayah mommy, Ariff pergi dulu, lagi seminggu kita jumpa balik", Ariff bersalam dengan semua sambil sempat lagi dia membuat eye rolling kearah Adiff.
"Ha elok-elok, jaga diri. Banglang, nanti balik dah boleh bagi ayah cucu", Aziz tergelak.
"betul tu ayah, nanti banglang bagi berita gembira untung you guys semua ok", Ariff memeluk erat pinggang isterinya.
"Ish abang ni. Tak habis-habis merepek kan", Mawar menepuk lengan suaminya.
"Apa pula merepek, betul la apa abang kata", Ariff mengenyitkan mata kearah isterinya.
"Dah, malas layan. Ok la semua, kami gerak dulu"
Mawar meminta diri untuk beredar bila melihat semua asyik tertawa melihat dia disakat Ariff.
Mawar dan Ariff melangkah masuk kedalam flight Air Asia itu pada pukul 12.50 tengah hari. Flight mereka dijangka tiba di Venice, Italy pada pukul 3:50 pagi esok.
---
"Sayang, bangun kita dah nak lending ni", Ariff mengejutkan Mawar yang terbaring dibahunya.
Mawar mengeliat kecil, tangan naik mengusap mata yang terasa mengantuk.
"hmm, pukul berapa ni bang?", tanya Mawar sambil bangun mengangkat badan supaya tegak.
"Pukul 4 dah sayang. Jom lepas ni kita check in and kita tengok matahari terbit", cadang Ariff.
"Ala abang ni kalau nak tengok sunrise baik pergi Japan, tak payah pergi sini", Mawar berkata sambil masih lagi mengusap kedua-dua belah matanya.
"Itu lepas ni la, sekarang abang nak tengok sunrise dengan sayang dekat sini baru sweet"
Ariff tertawa kecil bila melihat isterinya 'comel', tiba-tiba timbul idea nakal.
"Sayang", panggil Ariff
"Hmm", jawab Mawar masih mamai
"Ok kita tak payah tengok sunrise, tapi kita bagi our parents cucu", pinta Ariff sambil bibir tersenyum nakal.
"ok", jawab Mawar tanpa mendengar soalan suaminya.
"great sayang, thanks", Ariff mencium dahi isterinya.
"Ha, kenapa? Apa abang cakap tadi", Mawar sedikit tersedar bila bibir basah Ariff mendarat didahinya.
"Abang kata kita duduk dalam bilik saja bagi our parents cucu", Ariff mengenyitkan mata.
"Tak apa la kita tengok sunrise", jawab Mawar sambil tersengih.
"Mana boleh macam tu, tadi sayang cakap ok. Lagipun before ni sayang cakap, tak akan tolak dah kan"
Nada Ariff biasa tetapi masih terdapat ketegasan dalam ayatnya.
"Memang la, tapi sayang tak nak rasmi dekat sini tak best", Mawar memberi alasan.
"ok abang terima tapi lepas kita balik ni abang ada outstation tiga hari, lepas tu baru abang tuntut", Ariff berkata dengan nada serius.
"Alright bos. Now relax, jangan serius dah", Mawar meletakkan tangan didahi seperti askar menerima arahan.
Ariff tertawa kecil. "Good macam ni wife abang", Ariff mengusap kepala isterinya yang dilapik tudung. Mawar turut tertawa.
---
Mereka tiba Hotel CÃ d'oro tempat mereka akan menetap selama seminggu.
Mereka menuju kebilik untuk mandi dan menunaikan solat subuh. Selepas itu, mereka akan pergi ke pantai yang berdekatan.
"Sayang you're done?", tanya Ariff duduk disebelah isterinya dimeja solek.
"Yeah baby, I'm done", jawab Mawar memalingkan wajah memandang suaminya.
"ha apa dia?", tanya Ariff semula.
"I'm done", ulang Mawar.
"before that?", Ariff tersenyum simpul
"Baby?", jawab Mawar tertanya-tanya
"You just call me baby, right?", Ariff bertanya lagi untuk kepastian.
"Ye la abang cinta hatiku. Siapa lagi yang panggil? Tak akan nak panggil abang 'baby' pun kena minta izin?", Mawar membuat eye rolling.
Ariff tersengih. "No la. Of course can, I like it. Just call me baby, honey"
Ariff berkata dengan suara yang menggoda dan mendekatkan wajahnya kemuka Mawar.
Jarak mereka hanya sejengkal, Mawar dapat merasa hembusan nafas suaminya.
Hatinya berdebar-debar sama seperti pertama kali melihat Ariff dulu, mukanya berubah merah
"You nervous honey?", tanya Ariff sambil tangan merasa degupan jantung isterinya.
"Ma-mana ada", Mawar tergagap mahu menjawab.
"Sejak bila isteri abang ni gagap?", tangan Ariff naik merangkul pinggang langsing isterinya.
"Abang kata nak keluar, jom la", Mawar mencari alasan untuk keluar dari situasi itu.
'ya allah hatiku, nampak sangat dia senang buat kau cair' desis Mawar
"I don't like repeat my question, honey!", Ariff bernada serius
"Ya, I'm nervous", Mawar menutup muka dengan kedua-dua tangan.
"For what?", tanya Ariff mahu ketawa tapi ditahannya.
"Mana la sayang tahu, hati ni jadi macam ni bila dengan abang saja", rungut Mawar.
"bagus la tu, maknanya dia memang berdegup untuk abang selamanya", ujar Ariff bangga.
"Perasan sungguh. Dah jom la, nanti tak sempat pula", Mawar bangun membetulkan pakaian untuk kali terakhir.
"Tarik abang", Ariff menghulurkan tangannya dengan tersenyum menampakkan gigi.
"Mana larat la, abang gemuk. Sayang 45 abang 70, nanti bukan abang bangun. Sayang yang jatuh", bebel Mawar.
"Ada saja alasan, lepas tu bebel dah macam makcik. Tolong la nanti anak kita tak ikut perangai sayang", Ariff menggeleng.
"Mana ada membebel. And plus lagi satu kalau bukan perangai sayang, anak kita nak ikut perangai siapa? You?", Mawar menuding jari menunjuk kearah suaminya.
Ariff mengganguk. "At least abang tak macam sayang pokpek 24/7", Ariff menjelir lidah.
"Eh dia ni", Mawar mencubit berkali-kali tepi peha suaminya.
"Auch auch auch, sayang stop", Ariff menepis sedikit tangan isterinya.
"Sayang ni walaupun kecil, tapi kalau cubit perit tahu tak?", tambah Ariff sambil bangun dan mengusap pehanya yang dicubit tadi.
'Bini aku ni tinggi dia 150 saja and berat dia baru 45 tapi kalau sekali di cubit mahu merah jadi nya. Tak padan dengan badan kecil' desis Ariff.
"siapa suruh mulut tak makan insurans", cebik Mawar.
"Alololo, jangan la merajuk sebab muka sayang ni macam minta kena cium la. Abang terkam sayang dekat sini baru tahu", Ariff senyum menggoda.
"Tu bukan pujuk, tu mengugut nama dia cik abang", Mawar membuat muka tidak berpuas hati.
"Betul la apa abang cakap", Ariff ketawa.
"Stop la abang, sekarang ni siapa yang cakap nak tengok sunrise? Nanti tak sempat jangan bagi alasan sayang siap lambat", Mawar menunjukkan tangan menghala ke pintu.
"hehe, jom honey", tangan Ariff menggengam erat tangan isterinya. Mawar juga membalas genggaman itu.
Mereka melangkah keluar berpegangan tangan dengan senyuman.
Mawar sudah tidak sabar untuk menghabiskan masa bersama sambil mendengar suaminya bercakap bahasa asing, sekaligus dia boleh turut belajar.
---
TO BE CONTINUE...
Follow la sis punya ig and fb... ig: zahrahnovelplus fb: zahrahnovelplus
Share this novel