MAWAR masuk ke dalam bilik dan meletakkan Zarithh di atas katil.
"Kenapa dia kembali ya allah?", airmata tumpah saat melihat wajah Zarithh.
"Ibu ayah!", Mawar terus mencapai iPhonenya.
"Assalamualaikum anak ibu", suara Watie menyahut mesra.
"Ibu", Mawar terus teresak-esak menyembur tangisannya.
"Sayang ayah, kenapa ni?", tanya Aziz risau.
"Dia ada dekat sini", balas Mawar sayu.
Ayah dan ibu saling berpandangan sesama sendiri. "How can?"
"Alang tak nak yah, I hate him", Mawar mengadu sdengan tangisan yang masih tersisa.
"Calm down sayang, jangan nangis ya. Cuba cerita macam mana dia boleh jumpa kamu?", pujuk Watie lembut.
"Dia terserempak dengan alang time nak keluar rumah pagi tadi", Mawar mengesat airmata perlahan.
"Dia buat apa dekat Milan?", tanya Aziz
"Alang tak tahu dan tak nak tahu. Alang nak dia berambus dari sini, please", rayu Mawar.
"Tak apa. Kamu rehat dulu, nanti ibu cuba call dia", balas Watie lembut.
"Betul cakap ibu tu. Ni dekat mana? Tak busy ke dekat hospital?", tanya Aziz menukar topik.
"Rumah, patutnya petang ni oncall. Tapi dah jadi macam ni, minta cuti saja la", Mawar membaringkan diri di sebelah Zarithh.
"Ya la, jaga diri kamu. Biar kan Ariff tu dulu, nanti ibu settle kan ya", Watie meredhakan sedih Mawar.
"Ok ibu ayah. Kaklang rehat dulu, assalamualaikum", Mawar meminta diri dan meletakkan panggilan setelah ibu ayahnya menjawab salam diberi.
Mawar mendial nombor anak buahnya pula, memaklumkan dia tidak hadir.
"pomeriggio viore (Afternoon Viore)", Mawar menghubungi staff nurse nya.
"buon pomeriggio. Si, Doctor Rose? (Afternoon. Ya, doktor Rose?", jawab Viore di hujung talian.
"Non sono andato in ospedale questo pomeriggio (Saya tak pergi ke hospital hari ni) ", Mawar memaklumkan.
"Ok dottore. vuoi ordinare qualcosa? (Ok doktor. Doktor nak pesan sesuatu ke?) ",tanya Viore mesra.
"se qualcuno me lo chiede. Mi hai detto che non andava bene (Kalau ada orang fasal saya, awak bagi tahu saya tak sihat)", tambah Mawar.
"Alright doktor, get well soon", balas Viore.
"Thanks Viore, bye", Mawar menamatkan panggilan.
Mawar terus melelapkan tak mahu memikirkan masalah yang akan berlaku selepas ini.
---
"Bro, aku dah jumpa wife aku", Ariff melangkah masuk ke bilik hotel.
Tersedak Faiz yang sedang meneguk air tu. "Kau biar betul bro?"
Tak ada angin, tak ada ribut. Lepas 5 tahun Ariff mencari Mawar seperti orang gila. Akhirnya Mawar berada di negara honeymoon mereka?
"Ye, tak akan benda macam ni aku nak buat main"
Ariff mengerutkan dahi melihat Faiz yang meletakkan tangan dibibir seakan menyuruhnya diam
"Mama is here?", tanya Kautharr perlahan.
Ariff menoleh memandang katil, faham akan maksud Faiz tadi. Dia tepuk dahi sendiri kerana cuai!
"Yes prince, mama is here", Ariff melangkah ke arah Kautharr.
"Bro, jangan tabur janji yang tak pasti", sempat Faiz berpesan berbisik.
Ariff mengangguk faham. "Seriously papa? I want to see mama", ujar Kautharr teruja.
"Sure prince, we will go and see mama tomorrow ok?", janji Ariff. Dia tahu Mawar tidak akan menolak kalau berkenaan Kautharr.
"Yeah yeah, mama", Kautharr melompat gembira di atas katil.
Faiz melihat hanya menggeleng. 'Semoga kebahagiaan sentiasa dengan kau Riff'
"You have a little sister my prince", Ariff tersenyum memandang anaknya.
"Are you kidding papa?", Kautharr berhenti melompat.
Tercengang Faiz. "Bro stop it. Jangan tambah cerita", tegur Faiz
"No Faiz, I'm serious. Aku ada anak lagi dengan Mawar lepas dia tinggalkan aku tu", Ariff menjawab yakin.
"Mana kau tahu? Mungkin itu anak kawan dia ke? anak orang lain ke. Suka hati saja kau mengaku anak kau", Faiz tidak berpuas hati.
"Kalau anak orang lain. Kenapa dia jijik sangat bila aku pegang anak tu? Maknanya anak aku la kan?", Ariff menangkat kening.
"Ikut kau la Riff", Faiz hanya mengangkat bahu.
"Papa papa. Are you serious I have a little sister?", Kautharr mengoncang lengan Ariff.
"Yes prince", Ariff mengusap kepala Kauhtarr lembut.
"Really? What is her name?", tanya Kautharr berminat.
"Zarithh is your sister. Tomorrow we will see them ok?", Ariff sekali lagi berjanji.
"Thank you papa. Muahhh", Kautharr mencium pipi Ariff bertalu-talu.
Ariff tersenyum. Cara Mawar lagi!
---
"Assalamualaikum", Ariff menghubungi mommy malam itu.
"Waalaikumussalam, ha baru nak call mommy", suara memerli di sebelah sana.
"Ala mommy jangan marah alang dulu. Ada good news ni", teruja saja nada Ariff.
"Lain macam bunyi tu, dah jumpa calon isteri ke dekat Italy", Zahidah menjawab.
"Bukan calon, tapi isteri alang mi", Ariff seronok mengenangkan diri Mawar yang dilihatnya pagi tadi.
"Kau jangan bergurau boleh tak? mommy tak rasa kelakar pun lawak kau tu", Zahidah tidak percaya.
"Ya mommy, memang alang jumpa Mawar tadi", Ariff meyakinkan mommynya.
"And the best part is we have another child mommy", maklum Ariff.
"What do you mean?", Zahidah bertanya.
"Kita orang ada anak perempuan lepas Mawar pergi tinggalkan alang", ulang Ariff semula.
"Maknanya korang berdua masih suami isteri? Alhamdulillah", Zahidah mengucap syukur.
"Esok Ariff nak bawa Kautharr jumpa mama dia. Kemain teruja dia tadi, time alang cerita fasal Mawar", Ariff tersenyum mengingat perangai Kautharr.
"Elok la tu. Guna kan second chance Allah bagi tu elok-elok", nasihat Zahidah
"Baik mommy", Ariff memang sudah berjanji untuk tidak sesakali menyakiti hati Mawar lagi.
---
"Wa tolong buka pintu jap, ada orang tu. umi tengah free hair ni", Aisyah berdiri di depan pintu bilik Mawar.
"Yang lain mana, mi?", Mawar yang sedang membetulkan tudungnya bertanya.
"Walid pergi office, along tengah siap rasanya. Angah dengan adik keluar dengan family masing-masing la", maklum Aisyah
Bercerita tentang Mariam. Rupanya Muhriz itu adalah classmate Mawar di sekolah. Terkejut habis ketika Mukhriz muncul di rumah ini 4 tahun lepas.
Mereka sudah bernikah selama 3 tahun, dan ada anak seorang iaitu 'Ahmad Hakimi bin Mukhriz'
"Okay, Wa bukakan", Mawar melangkah keluar dari bilik.
---
Mawar membuka pintu kecil "Mama", seorang budak laju lelaki memeluk kakinya.
Tanpa dipinta airmata Mawar mengalir, anaknya yang ditinggalkan 5 tahun lepas masih mengingati dirinya. Ya allah, berdosanya dia.
Memang selama ini dia lihat Kautharr dari jauh saja, hanya gambar yang dikirim oleh ibu ayah nya. Kali ni, Kautharr memang ada didepannya.
"I miss you, how could you leave me with papa?", anak itu pun menangis.
Mawar memandang ke hadapan melihat Ariff. "Apa yang tuan cuba buat ni?"
"What? Anak kita rindu mama dia, salah ke?", Ariff memandang Kautharr yang dari tadi tidak melepaskan pelukannya di kaki Mawar.
"Sweetheart, siapa dekat luar tu?", ada tangan melingkar di pinggang Mawar.
Ariff tergamam, tangan siapa yang berani memeluk isterinya itu.
Naim meluaskan bukaan pintu. "Don't say this is your...", terhenti kata-kata Naim melihat lelaki di depannya.
"Yes, my husband", balas Mawar tiada perasaan.
"And this is? Your son, comel nya awak", Naim bertinggung di depan Kautharr yang menangis.
"Awak, kenapa?", Naim cuba memujuk.
"English bie", Mawar mahu tergelak melihat Kautharr yang berkerut memahami ayat Naim.
Dahi Ariff turut berkerut. Apa? Adakah dia salah dengar? Mawar memanggil lelaki didepannya ini 'bie'?
"Eh sorry uncle don't know. Why are you crying? come", Naim menarik Kautharr masuk dalam pelukannya.
"I miss mama", balas anak itu.
"Really? Mama, your son miss you", Kautharr didukung Naim dan diserahkan kepada Mawar.
"Yes dear, I'm here", Mawar memeluk erat Kautharr
Dia melepaskan segala rindu yang ditanggungnya pada masa ini. Betapa wajah ini diidamkan untuk dilihat setiap waktu. Anak lelakinya!
"Eh tunggu apa dekat luar ni? Jom kita masuk", Naim menjemput mereka berdua masuk ke rumah.
Panas saja mata Ariff melihat Mawar melayan mesra lelaki lain didepannya.
---
"Sweetheart buat air kejap", pinta Naim lembut.
"Penat la bie, sweetheart nak pergi hospital lepas ni", Mawar sebenarnya malas mahu melayan tetamu.
"Please sweetheart, tetamu ni", nada Naim ditegaskan dalam lembut.
"Bie saja yang anggap tetamu, sweetheart rasa macam tak dialu alukan pun", perli Mawar.
Nasib baik Zarithh dan Kauhtarr sedang bermain di suatu tempat khas yang disediakan berdekatan ruang tamu untuk kanak-kanak bermain di rumah ini.
"Sweetheart", pujuk Naim lembut.
"Baiklah, tunggu sekejap", Mawar berlalu ke dapur sambil menghentak kaki kuat.
"Sorry, dia tengah marah tu", Naim meminta maaf bagi belah Mawar.
"Naim Arshad, call me Naim", Naim menghulurkan tangan tanda perkenalan. Tak perlu perkenalan mereka diletakkan 'Tengku' didepan.
"Megat Ariff, Ariff", Ariff menyambut huluran Naim malas.
"Zarithh tu anak aku kan?", persoalan Ariff menyentakkan Naim.
'Dia nak tuduh Mawar tidur dengan lelaki lain ke? ya allah, apa punya suami macam ni?', desis Naim.
"Yes. Dia anak kau", balas Naim yakin.
"Aku nak bawa dia orang balik Malaysia seminggu lagi", bagitahu Ariff kasar.
Naim memandang Ariff tidak percaya. "Aku tak ada jawapan, kau kena tanya Mawar", Naim berkata.
"Aku tetap nak...", terhenti kata-kata Ariff melihat Mawar keluar dari dapur.
"Minum", Mawar menuangkan air ke dalam dua cawan.
"Eh, sweetheart tak minum sekali?", tanya Naim.
"Tak, panas dekat sini. Baik duduk dengan anak-anak", Mawar memerli lagi dan berlalu ke ruang mainan kanak-kanak itu.
"See bukan aku tak bagi, Mawar sendiri tak suka kau", Naim menangkat bahu.
Ariff menjeling tajam Naim dan dihalakan pandangan kepada Mawar yang sedang bermain dengan anak-anak mereka itu.
---
"Bie nak cakap sikit", tegur Naim sebelum Mawar keluar rumah ke hospital.
"Kenapa bie dah lambat ni? Dah la lelaki itu datang tadi", Mawar menyarung bag tote di bahu.
"Hmm tak apa, sweetheart pergi la", Naim mahu berlalu masuk semula.
"eh alolo, sejak bila pandai merajuk ni?", Mawar menarik lengan Naim semula menghadap nya.
"Kenapa? ok cakap la. sweetheart dengar", Mawar menumpukan perhatian.
"Sweetheart yakin tak nak kembali pada dia?", perlahan saja nada Naim.
"Yes bie, 100 percent yakin. Memang tak nak kembali pada dia, atas alasan apa? Anak? Ala lapuk nya alasan dia nak guna", rungut Mawar.
"Tapi tadi tengok betapa rindunya Kauhtarr dekat mama dia", ujar Naim sayu.
"I know, tapi dia tak boleh guna Kauhtarr untuk dapatkan sweetheart. Hati sweetheart sentiasa di sini", Mawar meletakkan tangan di dada Naim.
"Don't worry ok, sweetheart tak akan mungkir janji. Kalau sweetheart kata, kita akan bersama. Sweetheart akan tunaikan", Mawar tersenyum memandang dalam mata Naim.
"Thanks", Ariff mencium tangan Mawar.
"Almost welcome. Dah sweetheart nak kena kerja pula ni, balik nanti kita sambung drama pukul 7 pulak ya", Mawar menyarungkan kasut di kakinya.
"Ok take care. Nanti lunch, kalau sempat bie ambil kita lunch sama ok", Naim memesan.
"Eh tak payah bie, sweetheart ada dua pembedahan hari ni. Takut tak sempat, kesian bie tunggu", Mawar menggeleng menolak.
"Kalau macam tak apa, ok. I love you", Naim mencium dahi Mawar lembut.
"Ye, I love you too bye", Mawar melangkah masuk ke dalam keretanya.
Dari jauh, Ariff hanya memerhati pasangan itu didepan pintu. Sebenarnya dia belum pulang, saja tunggu didepan rumah ini.
Penumbuk digempal. Sakit hati dia melihat semua adegan itu!!!
---
"Morning doctor", ujar Viore melihat Mawar.
"Morning Viore", Mawar melangkah ke mejanya.
"chi ha dato questo fiore? (Siapa bagi bunga ni?)", Mawar melihat sejambak bungan Mawar di atas mejanya.
"Non lo so. Questo fiore corrisponde al nome del dottore, Rosa. (Saya tak tahu, tapi bunga ni sesuai dengan nama doktor. 'Rose')", balas Viore tersenyum.
"Stai scherzando, vero? continuare a lavorare. (Bergurau saja awak ni kan? Sambung kerja tu)", Mawar mencapai kot doktornya dan disarung ke badan.
"Just kidding doctor", Viore tertawa kecil.
"Viore... viore... fammi controllare il mio paziente ( Viore... viore... dah saya nak pergi check pesakit)"
Mawar mengambil fail di meja nya dan melangkah keluar tanpa menghiraukan bunga tu.
---
"l'ha preso? (dia ambil?)", tanya lelaki itu.
"scusa, non ha toccato (dia tak sentuh pun)", balas staff nurse itu.
"It's okay, thank you", Ariff terus melangkah pergi dari kawasan hospital.
Biar hari ni dia kecewa Mawar tidak mengendahkan bunga yang diberi tapi dia akan usaha lagi.
---
"Bang, apa kita nak cakap dekat banglang ni?", tanya Watie kepada ayah
"Cakap apa pula? Ini hidup alang, biar dia tentukan sendiri", balas Aziz
"Pula dah, lain saya tanya lain abang jawab", rungut Watie.
"Ya la awak tanya kan nak cakap apa? kita cakap yang alang tu memang tak boleh bertahan dalam marriage dia lagi", Aziz berkata lancar.
"Abang ni, saya tak nak tengok rumah tangga anak saya runtuh macam tu saja", kata Watie perlahan.
"Sayang, kalau setakat ikatan perkahwinan tu menyiksa jiwa antara satu sama lain. Apa guna macam tu?", Aziz bertanya.
"Tak ada la, saya tak nak tengok dia sedih lagi saja", Watie menggosok lengannya.
"Sedih? kalau dengan Ariff la dia lagi sakit, tak ingat 5 tahun lepas? Hari kita hantar kaklang pergi airport?", Aziz mengingatkan.
"Kalau dah abang cakap macam tu, saya ikut saja la", Watie akur.
Suaminya itu seakan berubah sejak Mawar beritahu Ariff sudah menjumpainya dirinya di Italy. Mungkin takut barangkali Mawar akan terluka lagi.
'Sorry yang, abang cuma tak nak alang terluka. Abang yang ayah dia pun tak pernah berniat nak lukakan dia, inikan husband sendiri', desis ayah.
---
"Papa, I want to see mama again. I already miss Zarithh", Kautharr mengocang lengan Ariff.
"Prince. Mama busy tu, tomorrow we will see mama again ya", Ariff mengusap kepala Kautharr lembut.
"Hmm ok papa", Kautharr kembali ke sofa semula menyambung melihat video.
'sorry, because of me. Kautharr kena tanggung', Ariff memandang anak lelakinya sayu.
Dia kembali fokus kepada kerjanya. Itu la yang dibuat, selama bekerja. Mesti Kautharr peneman setia di pejabat.
---
"Walid, Wa nak cakap", Mawar duduk disebelah walid.
"Eh bukan hari ni Mawar ada operation ke? Boleh pula balik rumah?", Mikhail bertanya.
"Haah, lagi sejam. Tu saja balik rumah dulu", balas Mawar menuangkan air coffee untuk walid.
"Ni daddy saja la balik nak lunch?", tanya Mawar pula.
"Haah, umi kamu kata dia masak lauk special. Daddy balik juga la", Mikhail tersenyum.
"Amboi untung walid. Perut kenyang, hati senang", puji Mawar
"Tak ada la. Ha tadi kata nak tanya, tanya apa?", Mikhail menghirup coffee yang dituang Mawar
"Ouh haah la. Ni macam mana walid boleh tahu Ariff tu husband Wa?", Mawar memandang walid.
"Ouh mula tu dia ketuk pintu, daddy buka la. Lepas tu dia tanya 'Ni rumah Mawar ke' ?" kata Mikhail
"Daddy pun jawab ya?", Mawar menangkat kening.
"Mula tu tak, tapi Daddy pun dah dapat agak la. Sebab along pun pernah tunjuk gambar dia. Lagi satu, orang Malaysia saja yang panggil kamu Mawar kan?", Mikhail bertanya semula.
"Ouh kenapa daddy bagi dia masuk. You know, I hate him right?", Mawar mengeluh kecil.
"Let me advice you. Selagi dia tak lafazkan talak, maknanya dia masih suami kamu. Syurga kamu dibawah tapak kaki dia tau", Mikhail berhenti sebelum menyambung kembali
"Kalau kamu masih macam ni, walid takut sia-sia saja amalan kamu selama kamu hidup. Sedangkan suami sendiri tak redha segala perbuatan kamu", tambah walid.
Mawar menunduk kesal. Bukan sengaja dia mahu berbuat begitu. Tetapi Ariff yang membuatnya menjadi begini !
---
"Sayang", tegur satu suara sebelum dia melangkah masuk ke hospital.
Mawar berpusing. "Mana tuan tahu saya ada dekat sini?", tanya Mawar kasar.
"Uncle bagitahu", Ariff tersenyum.
"What do you want?", Mawar menjawab endah tak endah.
"Nak sayang", makin meleret senyum Ariff.
"Saya tak ada masa layan lawak bodoh awak, Tuan Megat Ariff", Mawar menjeling.
Tak puas lagi? Siap dengan nama panjang dia dah panggil, dipusingkan badan kembali dan mula melangkah.
"Ok ok, abang nak ajak sayang lunch", Ariff mempelawa mesra.
"Saya ada operation", balas Mawar.
"Tak apa la macam tu. Malam nanti kita dinner, Kautharr teringin nak jumpa sayang", ajak Ariff mencuba nasib.
"Ok", Mawar terus berlalu pergi meninggalkan Ariff.
Ariff menyimpan senyum. Kalau menggunakan nama Kautharr, laju saja Mawar setuju.
---
TO BE CONTINUE...
Haish, macam mana ni Mawar? Sis tak suka la bila Ariff tu sibuk nak kacau life Mawar. Bak kata Mawar "hidup tuan hidup tuan la, hidup saya hidup saya la", tak faham faham lagi ke Ariff ni? Hmm, sis nak pendapat korang. Suka ke kalau Ariff dengan Mawar bersatu balik? Naim macam mana? Stay tuned ok, don't forget to follow and comment below. Banyak-banyak tau comment tu.. sis balas :)
Share this novel