"SAYANG! cepat sikit", jerit Ariff dari tingkat bawah sambil kaki melangkah kebilik tidur mereka.
"Sayang, lambat lagi ke nak siap tu? cepat la sikit! menangis nanti anak-anak terjaga sayang tak ada dekat sebelah diaorang. Kesian ibu ayah nak uruskan mereka"
Ariff kini berada di muka pintu dan mendekati isterinya. Kemudian, duduk diatas katil dibelakang isterinya.
Mawar yang kini sudah siap menyolek dirinya berpaling menghadap suaminya.
"Ya! sayang dah siap la. Kata nak pergi candle light dinner, sayang kena nampak cantik"
Tangan Mawar ligat membetulkan tali leher suaminya apabila melihat tali leher sedikit senget, ditepuk perlahan kedua belah bahu Ariff.
Kemudian, mendekatkan wajahnya ketelinga Ariff sambil tersenyum, "You look handsome tonight, abang"
"I know. Sayang pun sentiasa cantik tapi kejap, sejak bila sayang dah pandai goda abang ni? Kalau tak selalu abang saja yang mulakan semuanya dulu. Kalau tunggu sayang, tak adanya Kautharr and Zarithh tu keluar"
Dia melirik sedikit senyum sambil menaikkan sebelah kening sebelum menyambut.
"Sayang ni buat abang tak jadi nak keluar malam ini tahu tak? Jangan salahkan abang kalau kita tak jadi keluar", ucap Ariff dengan wajah yang menggoda.
Mawar mencebikkan bibir, "Abang ini mengungkit saja kerja. Ok la, jom kita keluar sekarang. Nanti kalau tak jadi bukan salah sayang dah"
Mawar bangun dari katil tetapi belum sempat dia hendak melangkah, tangannya ditarik oleh Ariff.
Tersentak Mawar seketika dan tanpa sedar dia telah berada diatas peha suaminya.
"Sabar la sayang. Kenapa sensitive sangat ini? Dah macam Zarithh abang tengok, cepat sangat merajuk. Abang ada suprise untuk sayang, sayang kena pakai penutup mata ni dulu", Ariff memakaikan penutup mata itu dikepala isterinya.
"Kenapa kena pakai penutup mata bagai ini? Nanti sayang jatuh macam mana?", rengek Mawar dengan suara tak kalah seperti budak-budak.
Ariff geram dengan rengekan Mawar, terus saja dia mengucup bibir isterinya.
"Abang!"
Terkejut dia menerima tindakan Ariff itu. Mawar memalingkan mukanya tanda merajuk kepada Ariff lagi.
'Orang tanya kenapa kena pakai benda ini saja, ya la kalau jatuh nanti kesian dekat anak-anak mama dalam perut ini. Tapi papa boleh pergi cium mama pula', desis Mawar sambil tangan mengusap perutnya
Ariff tergelak dengan tingkah laku isterinya, "Abang ada kan sayang. Betul la, sayang ini sebijik macam Zarithh. Abang dah tahu sekarang mana anak perempuan kita tu dapat perangai cepat merajuk dia. Nasib Kautharr cool ikut perangai abang. Lagipun muka sayang yang minta kena cium kan"
"Whatever la abang, Cepatlah kita gerak sekarang", Mawar malas hendak melayan kerenah suaminya.
"Ok jom", Ariff terus mencempung isterinya keluar dari rumah.
"Abang, lain kali nak dukung tu cakap la, terkejut sayang tahu tak?", Mawar membuat tidak berpuas hati.
Ariff tidak mengendahkan isterinya itu, tetapi semakin ketat pelukan ditubuh isterinya. Sampai didalam kereta mereka hanya berbual mesra sebelum sampai ketempat dituju.
---
Sampai didestinasi dituju, Ariff membuka pintu kereta dan bergerak kearah isterinya. Ariff sambung mencempung isterinya ke meja yang disediakan untuk mereka berdua.
Mawar bersuara, "Abang buka saja la penutup mata ni, nanti kalau orang nampak malu"
Mawar tidak kisah diperlakukan begitu oleh suaminya kerana dia pun suka tindakan Ariff itu tetapi memikirkan mereka ditempat awam dia berasa malu.
"Dah sampai pun yang, tak payah nak malu la. Tunggu abang kira sampai 3, baru sayang buka penutup mata sayang perlahan-lahan, ok?"
Mawar yang baru diletakkan dikerusi itu segera mengangguk kerana dia pun tidak sabar untuk mengetahui kejutan yang dikatakan suaminya.
"1..2..3.. sayang boleh buka sekarang", Ariff memberi arahan.
Mawar yang teruja segera membuka penutup mata matanya. Ariff yang melihat hanya menggeleng kepala sambil terseyum melihat tingkah isterinya.
'Orang suruh perlahan-lahan, dia buka bukan main laju, excited la tu nak tengok apa hadiah aku nak bagi', desis Ariff.
"Abang buat semua ini? Amazingnya abang, thank you so much baby"
Ariff menghulurkan sejambak bunga dan Mawar terus memegang tangan suaminya, satu ciuman dilepaskan ditangan beurat itu.
Mawar terkejut kerana mereka hanya merancang untuk makan malam biasa tetapi kini meja mereka dihiasi dengan hiasan yang sangat romantik dan ada beberapa orang yang bermain biola disebelah mereka.
"Ya la sayang, abang buat. Tak akan nak suruh peminat sayang yang baik sangat tu buatkan untuk kita pula?", balas Ariff dengan gurauan.
"Kalau peminat sayang yang buat, lagi sayang suka", Mawar mengangkat kening sambil tersenyum kearah suaminya.
'nak sangat bergurau kan'
"Apa ni sayang? abang gurau saja. Dia dah ada bini kan? Buat apa nak sibuk dengan bini orang lain lagi. Berani la dia, abang silatkan nanti", Ariff membuat muka tidak berpuas hati.
Mawar tergelak. "Ada hati nak silatkan orang. Tu la, siapa suruh sebut pasal dia time-time kita dating ini?", tanya Mawar.
"Abang bergurau kan, sayang ini nak kena ni". Ariff menoleh kearah isterinya, terus tubuh kecil itu digeletek olehnya.
Mawar yang menahan geli sambil tergelak. "Ok ok abang menang. Now, stop sayang tak larat dah ini"
Mawar membetulkan duduknya apabila Ariff berhenti dan kembali kesebelahnya.
Ariff merenung wajah isterinya, dan dia memulakan ucapan yang ingin dia luahkan kepada Mawar.
"Happy anniversary ke-7 sayang! Pengarang hati jantung abang. Abang nak minta maaf sebab sebelum ini abang pernah lukakan hati sayang, hilang kepercayaan terhadap sayang. Ya, abang mengaku memang semua salah abang sampaikan sayang pergi tinggalkan abang pun abang masih tak sedar. Terima kasih mengandungkan dan lahirkan anak kita. Terima kasih sebab kembali terima abang dalam hidup sayang walaupun abang banyak sakitkan hati sayang. Abang janji akan jaga family kecil kita ini dengan sebaik mungkin selepas ini. Abang sangat menyesal dengan tindakan abang tanpa usul periksa itu dulu. Sekarang abang harap, kita dapat bina dan jaga masjid kita bersama-sama supaya kekal sampai akhir hayat kita. Abang tak akan sia-sia kan sayang lagi. Sayang adalah sebaik-baik isteri yang abang ada dan abang tak pernah terfikir ada orang boleh gantikan tempat sayang. Terima kasih sayang, i love you damn much isteriku", Ariff mencium dahi dan tangan isterinya.
Mawar yang mendengar segala ucapan dan tindakan Ariff itu hanya mampu mengalirkan airmata tanpa henti. Apa yang disampaikan suaminya itu terasa sangat ikhlas ditelingnya.
Mawar mengesat airmata dengan belakang tangan. Kemudian dia pula membalas
"Happy anniversary too abang. Cinta hati dan imam sayang. Sayang pun nak minta maaf dengan abang selama kita kahwin sayang pernah lukakan hati abang. Sayang pun tak sepatutnya bawa diri sejauh dan selama itu. Sayang tak patut nafikan hak abang sebagai papa kandung Zarithh. Sayang dah lama maafkan abang, sejak hari abang jumpa sayang tu lagi. Cuma sayang saja ego tak nak terima kenyataan itu. Sayang minta maaf sebab tinggalkan abang berseorangan dengan anak kita. Sayang minta abang halalkan segala makan minum pakai sayang selama tempoh sayang tiada itu. Sayang juga mahu berterima kasih sebab abang sudi terima sayang dalam hidup abang walaupun sayang banyak kekurangan. Sayang pun harap hubungan kita akan sentiasa dirahmati Allah dan kekal sampai akhir sampai bila-bila. Terima kasih abang, i love you too so much much much..."
Ariff ketawa dengan ayat terakhir isterinya dan dia juga turut mengalirkan airmata tetapi tidak la seperti Mawar tadi.
Dia memandang isterinya, ibu jari naik mengesat airmata yang masih tersisa dipipi Mawar lalu dia menghadiahkan satu kucupan dikelopak mata isterinya.
Mawar juga melakukan perkara yang sama, mereka sama-sama ketawa.
---
Kemudian, seorang waiter datang dan bertanyakan menu. Selesai membuat pesanan.
Mawar kembali memandang suaminya sambil tersenyum sendiri. Bahagia dirasakan dihatinya sekarang!
Ariff menikmati makanan yang telah dihantar sebentar tadi dengan selerenya.
Dia hendak menyuap isterinya pula, tetapi bila melihat isterinya termenung sambil tersenyum memandang kearahnya.
Ariff hairan apa yang difikirkan isterinya sehingga menjadi sebegitu rupa, dia sudah hendak menelan kesemua makanannya.
Dia mahu menyedarkan isterinya dari lamunan, terus saja dia menyentuh tangan Mawar.
"Yang!", Ariff memanggil sambil mengoncangkan sedikit lengan isterinya.
Mawar tersentak dengan panggilan suaminya. Baru dia tersedar yang dia sudah mengelamun jauh mengingatkan kisah mereka, dia kembali tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
"Tengok, abang panggil saya. Lepas itu, sayang tersenyum seorang diri. Apa yang sayang fikir? Dari tadi abang tengok sekejap angguk sekejap geleng sekejap senyum, dah macam orang tak betul"
"Tak ada apa la. Sayang terfikir macam mana kita boleh bergelar suami isteri dan tempuh dugaan perkahwinan kita bersama. Sorry abang sebab biar abang makan seorang diri. Dah berapa lama sayang mengelamun?"
Ariff faham, patut la isterinya tidak menyedari waiter sudah menghantar pesanan mereka setengah jam lalu.
"Kenapa jauh sangat sayang fikir tu? Sekarang kita dah berjaya sampai dekat tahap ini. Tak ada siapa boleh pertahankan perkahwinan kita selain kita sendiri"
"Dah setengah jam sayang mengelamun pandang abang macam nak telan. Abang ingat sayang dah angau tadi haha", Ariff tergelak.
"Lama sayang mengelamun, Allah huakbar. Meh sini kita sambung makan", Mawar tersengih lalu menyuapkan makanan kedalam mulutnya.
Dia terasa seperti dia lupa sesuatu... Apa ya? 'Ok, baru aku ingat!'
"Abang, sebenarnya...", Mawar terkedu hendak menyambut ayatnya.
"Sebenarnya..? ada apa sayang?", balas Ariff apabila melihat isterinya hendak memberitahu sesuatu.
"Sebenarnya, ini fasal Kautharr dan Zarithh. Diaorang...", tersekat-sekat ayat Mawar.
"Kenapa dengan diaorang?", Ariff seakan tertanya-tanya kerana isterinya teragak-agak hendak bercerita.
"Sebenarnya, diaorang akan dapat... nah"
Laju Mawar menghulur sebuah kotak kecil yang diambil dari handbagnya yang telah dibawa dari rumah.
Ariff pelik dan risau dengan perkataan isterinya yang tergagap-gagap, lantas dia membuka kotak yang diberikan oleh Mawar itu dengan segera.
Terdiam dia seketika, hilang kata-kata apabila melihat isi dalam kotak kecil itu.
"Sebenarnya, Kautharr dan Zarithh akan jadi abang dan kakak tak lama lagi", lalu Mawar mengambil tangan kiri suaminya dibawa keperut yang sudah sedikit menonjol.
Tangan kanan Ariff masih memegang pregnancy yang berada didalam kotak itu tadi.
"Seriouly sayang? When did you know about this? Dah berapa bulan? Dah tahu jantina? boy or girl? Kenapa tak bagi tahu abang lagi awal? Siapa lagi yang dah tahu? Abang orang keberapa?", bertalu-talu soalan yang diberikan Ariff.
Mawar hanya tertawa riang melihat reaksi suaminya, "Banyak sangat soalan abang tu. Macam mana sayang nak jawab, hahaha"
Ariff geram dengan jawapan isterinya. "yang!!! Abang serious ni, jawab la cepat", Ariff memberontak kecil.
"Ok ok, sayang dapat tahu minggu lepas, baru 18 week, kita dapat both, bukan tak nak bagi tahu abang tapi nak buat suprise untuk hari bahagia kita ini, tak ada siapa yang tahu kecuali doktor yang check sayang la, dah kalau doktor saja yang baru tahu maknanya abang orang kedua la, haha", Mawar tergelak kembali.
"Abang orang first ok, doktor tak kira. Terima kasih sayang kandungkan anak kita. Tapi tadi sayang kata dapat both? Maknanya kembar la kan? wah, power betul abang, sekali lagi buat dapat kembar terus", Ariff menayangkan wajah berlagak dan kembali mengusap lembut perut milik isterinya.
"Apa la abang ini? benda private macam tu pun nak cerita dekat sini", muka Mawar bertukar merah. Malu!
"Biar la. Welcome to your mama's belly my babies, papa janji akan jaga sayang, mama, abang Kautharr dan kakak Zarithh dengan baik", Ariff mendekatkan kepalanya keperut isterinya.
Tanpa sedar airmata mengalir melihat tindakan suaminya, jelas terserlah kegembiraan diwajah itu.
---
Setelah selesai makan, dia kembali memandang wajah suaminya yang asyik memegang perutnya dan berkata dengan anak-anak didalam perut dia itu.
"Abang dah la tu, sayang dah habis makan ini. Jom kita balik, nanti abang sambung dekat rumah ya", Mawar menarik tangan suaminya untuk bangun.
"Ala sayang ini, abang baru nak sembang dengan my child dekat dalam ini. Tak adil la kacau-kacau", Ariff menahan geram apabila isterinya mengacau perbuatannya.
"Abang...Kita balik, nanti sambung dekat rumah. tak akan nak duduk sini sampai esok. Cuba abang tengok jam dekat tangan tu dah pukul berapa? 10:30 dah tahu? Zarithh terjaga time-time macam ni minta susu. Kautharr pun mesti nangis sayang tak ada", Mawar menerangkan satu persatu.
Ariff mengerling jam ditangan. "Awal lagi la, sayang fikir Kautharr dan Zarith saja, abang?", Ariff bertanya.
"Malas nak fikir fasal abang, dah tua pun. Jom la balik", Mawar menarik tangan suaminya menyuruh bangun.
Ariff merentap perlahan tangannya yang berada dalam genggaman Mawar dengan menunjukkan bibir muncungnya.
Mawar tercengang, sah merajuk! Dah tua kerepot pun nak merajuk lagi, dia mendekati suaminya.
"Sayang fikir sangat fasal suami tercinta sayang ini. Cuma sekarang, kita kena balik. Dekat rumah abang sambung la sampai pagi pun", lemah lembut Mawar memujuk.
"Nasib pandai pujuk, kalau tak kita duduk sini sampai esok. Duduk sini kejap!", Ariff menyuruh isterinya duduk dipahanya.
Mawar akur, dia terus duduk dipaha suaminya.
"Abang nak ucap terima kasih. Abang ada suprise yang abang cakap dari rumah tadi"
Perlahan Ariff menyatukan bibir nipisnya dan bibir munggil Mawar sambil menyarungkan seutas rantai emas dileher isterinya
"Sama-sama abang, terima kasih juga untuk hadiah ni. Cantik sangat, sayang suka. Now, boleh balik dah?"
Mawar bertanya dengan muka kemerahan akibat dicium tadi sambil tangan membelek rantaiemas itu.
Ariff tergelak melihat muka isterinya yang kemerahan. "Boleh, tapi sayang tengok la apa abang nak buat dekat sayang nanti. Kacau lagi abang cakap dengan my child"
Mawar mengetap bibir. 'Aduh, kenapa la aku kacau dia tadi. Kalau layan dia ini mahu subuh baru habis. But it's okay, sekarang layan la dulu. Nanti sampai rumah lari la' , Mawar timbul idea nakal dalam otaknya.
"I'm yours abang. Do what you want", Mawar berkata dengan yakin sambil mengenyitkan mata ke arah suaminya.
"Haish sayang ini, sejak mengandung kembar. Dah pandai goda abang kan, jom. Abang tak tahan nak kerjakan sayang ini. Nanti tak fasal sambung dalam kereta. Baik sayang cepat, abang ok saja. Sayang yang tak suka kita hmm hmm dekat tempat selain katil kan?"
Ariff sudah menayangkan muka menggodanya seperti selalu.
"Ada saja la abang, dah jom"
Mawar hanya mampu tersenyum bahagia. Mereka melangkah keluar dari tempat itu dengan perasaan gembira yang tak dapat diungkap.
Sampai dikereta, Mawar terus terlelap kerana kepenatan agaknya. Maklum la sejak mengandung kembar, badannya terasa cepat letih.
ENJOY IT! STAY TUNED FOR MORE...
- PETUNJUK JODOH -
Hai sayang semua, welcome to my first novel. Jangan terlampau berharap ya, sis baru belajar..
Share this novel