P.J. -CHAPTER 34-

Romance Completed 43926

ARIFF melangkah masuk ke rumah agak lewat petang juga, dekat pukul 7.

"Yang tuan masuk macam penyamun tu kenapa?", tegur Mawar dimeja makan melihat Ariff masuk seperti menghendap di pintu utama.

Ariff menghadiahkan sengihannya dan berjalan menghampiri Mawar.

Ariff membuka tangan luas didepan Mawar. "Eh ni apa ni?", tanya Mawar pelik.

"Nak peluk", minta Ariff manja.

"Geli la tuan, dah la busuk baru balik. Kot iya pun nak cium peluk I mandi la dulu", komen Mawar laju.

Ariff mencebik. "Sampai hati sayang", nada Ariff seakan merajuk.

"Haah memang sampai hati. Dah tua bangka tak sedar diri, budak berdua tu pun tak minta nak kena peluk macam ni tau", tambah Mawar lagi.

"Memang la tak minta. Dah kalau 24 hours sayang peluk dia orang. Tengok abang ni ha, kesian tak ada orang nak peluk", Ariff masih dengan rajuknya.

"Ya allah macam ni ke cara tuan nak ambil hati I semula? Tak berkenan langsung la I dengan cara tuan ni tahu tak? Lagi meluat I, adalah"

Mawar kembali menyusun pinggan mangkuk di atas meja makan. Malas melayan budak-budak Ariff.

Ariff menghentak kaki sebelum naik ke atas geram. Sebal hatinya dengan layanan mahu tak mahu dari Mawar.

'Astagfirullah, sekarang ni siapa pikat siapa? Tak padan dengan dah tua, dah jadi bapak orang pun', Mawar menggeleng.

---

Memang sah Ariff merajuk! Makan malam pun Ariff tak turun makan dengan mereka, hanya duduk di dalam bilik.

'Haish la, nak kena pujuk la ni?', desis Mawar.

Kaki diatur juga naik ke bilik mereka sambil membawa dulang makanan.

"Tuan", panggil Mawar ketika masuk ke dalam bilik.

Mata melilau mencari Ariff, rupanya di balkoni tengah menghadap matnya.

"Assalamualaikum Encik suami", Mawar melembutkan suaranya.

"Hmm", balas Ariff dingin.

"Aik? bukan jawab salam wajib ke? Boleh eh hmm hmm saja", usik Mawar sengaja.

"Waalaikumusalam", mata masih memandang mat nya.

"Dah tak sudi nak pandang I ke? I keluar la macam ni", Mawar meletakkan dulang diatas meja dan mengacah seakan melangkah keluar.

"Duduk"

Sepantas kilat bibir mengukir senyum bila tangan Ariff menahan tanggannya yang memegang dulang.

Bukan dikerusi tapi diatas peha Ariff jadi tempat duduk Mawar. Terkejut Ariff melihat gelagat berani Mawar, riak muka cuba dikawal kerana masih merajuk.

"Merajuk lagi ke dengan I?", Mawar bermain dengan misai dan jangkut pendek Ariff.

"Entah"

"Amboi sekarang sepatah sepatah saja ya tuan jawab. Peluang datang sekali saja tau, kalau terlepas dah tak ada", Mawar memainkan jarinya dibibir nipis Ariff pula.

"Okay"

"Tuan tak lapar? kenapa tak turun dinner dengan I and anak-anak?", tanya Mawar manja.

"Saja"

Mawar mendengus geram. "Tuan ni memang nak kena cium kan? Eyyy geram nya", Mawar mencium bibir Ariff bertalu-talu geram.

Ariff akhirnya tertawa kecil. "Hahah, macam ni rupanya cara isteri abang nak memujuk. Kalau macam tu, nak merajuk selalu la"

"Lama lama biar tuan ni, makin mengada pula kan", Mawar menampar lembut dada Ariff.

Ariff menahan tangannya lalu diletakkan dibelakang, tubuhnya dirapatkan memeluk Mawar.

Rapat! Sehingga Mawar boleh tahu setiap lekuk badannya dapat dirasai Ariff

"I love you and I miss you so much", ucap Ariff dalam pelukan erat.

Mawar yang tergaman dengan tindakan Ariff dapat merasa setiap dedahan nafas kasar Ariff menampar kulit lehernya.

Tangan Ariff diletakkan di bahagian perutnya rapat, seperti tak mahu lepas.

"Hmm tuan, I lemas", Mawar berkali perlahan menolak tubuh Ariff.

"No", Ariff tak melepaskan pelukan.

Ya, memang wangian badan Ariff dapat dihidu oleh hidungnya. Wangian maskulin bercambur dengan body wash yang dipakai Ariff.

Mawar akhirnya terbuai dengan pelukan Ariff, tambahan bau Ariff mengasyikkan nafsunya. Dia juga manusia biasa yang mempunyai nafsu.

Perlahan pelukan dileraikan. "Layan abang boleh?", soalan pertama keluar dari mulut Ariff.

"I miss your touch", tambah Ariff lagi berharap.

Kepala Mawar dengan sendiri mengangguk perlahan. Senyuman bahagia terbit dibibir nipis Ariff.

Tubuh Mawar yang sedia ada di pangkuannya terus dicempung ke katil mereka.

---

Perlahan sahaja tubuh Mawar diletakkan diatas katil, supaya pemaisuri hatinya selesa. Dress tidur separa lutut yang Mawar pakai sudah cukup menggoyahkan imannya.

Mawar berfikir sejenak. 'Jangan, jangan tolak. Berdosa besar hukum dia Mawar, kau tak nak jadi isteri nusyus kan?'

"Bismillah"

Sempat didengar Mawar, Ariff mengucap basmallah sebelum dress yang dipakai dicabut dan dicampak ke lantai.

---

Mawar terjaga apabila dia rasakan ada sesuatu yang berjalan diwajah dari tadi. Perlahan mata dibuka.

"Dah bangun?", suara itu menyedarkan Mawar dari mamainya.

"Hmm", balasan Mawar seperti biasa.

"You're blushing", tegur Ariff.

Sebenarnya sudah hampir 15 minit dia terjaga, tapi malas hendak bangun. Jadi dia melihat tatapan yang indah didepan mata sahaja la.

"No I'm not", nafi Mawar keras.

"Yes you are, but don't worry. You always look cute even sayang marah sekali pun", puji Ariff tersenyum.

"Dah la tuan, I nak mandi". Tak betah berlamaan disini, situasi ini sama seperti awal pagi selepas malam pertama mereka.

Kakinya mahu melangkah turun dari katil tapi percakapan Ariff menghentikan langkahnya.

"Dalam keadaan macam tu?", tanya Ariff sinis.

Mawar melihat disebelah katil, biasa ada bathrobe nya tergantung disitu.

"Tak payah pandang situ, memang tak ada. Abang simpan dalam almari", balas Ariff dapat menganggak

"Pergi la ambil, I nak mandi", Mawar terkaku diatas katil.

Wajah tenang Ariff sedang menongkat kepala menggunakan satu tangan menghadapnya dipandang sekilas.

"Come here", Ariff tepuk semula dada miliknya tempat wanita itu berbaring tadi.

"Tak nak, nak mandi la", rengek Mawar geram.

Ariff rasa menggoda saja suara rengekan Mawar itu tambah pula baru bangun tidur, suara itu bertukar jadi menggoda.

Laju tangan menarik badan Mawar dengan sebelah tangan saja. Wanita itu sudah terbaring didadanya semula.

"Tuan apa ni?", Mawar meronta mahu bangun.

"Just stay!", tegas Ariff.

Mawar terdiam. Ariff baring terlentang sebelum mencapai barang dalam laci di meja sebelah katil

Jumpa! Terus dia kembali ke posisi seperti tadi. "Happy birthday to you my wife", Ariff mencium dahi Mawar.

Mawar terkejut. Dia sendiri pun lupa hari jadinya, iya lah selama 5 tahun kebelakangan ini hanya Naim sahaja yang ingat.

Sebut nama Naim, pandangan mata terasa kabur dek takungan airmata. I miss you bie!

"Abang kembali kan semua ni semula kepada tuan asalnya. It's yours"

Ariff menyarungkan satu set barang kemas yang dihadiahkan untuk Mawar dulu.

Subang, diletakkan satu persatu ditelinga Mawar. Rantai dipakai semula di leher jinjang isterinya. Gelang tangan dipakai dikedua belah tangan Mawar dengan lembut.

Sebelum terakhir cincin permata nikah mereka, dipakai di jari manis tangan kanan Mawar. Satu kucupan dihadiahkan dibelakang tangan itu.

Airmata tumpah juga. Kepala ditundukkan supaya Ariff tidak melihat tangisannya.

Tangan kiri laju mengesat airmata yang tumpah supaya tak kelihatan. "No need sayang. Sometimes kita perlu nangis dengan cara untuk meluahkan"

"Abang"

Bagai keramat, akhirnya perkataan itu keluar dari mulut Mawar semula.

Pantas sahaja tubuh didudukkan bersama isterinya berhadapan. Pandangan mata dihalakan tepat di anak mata hitam Mawar.

"Sayang berdosa, sayang minta maaf sangat", terus saja tubuh kecil dia memeluk tubuh sasa milik suaminya.

Terkedu Ariff seketika sebelum dia pun turut membalas pelukan tersebut penuh kasih dan sayang.

Pagi itu bersaksikan bulan yang baru turun dan matahari yang baru menaik diufuk timur, Mawar menerima dirinya semula.

Sungguh satu perasaan indah dan bahagia sedang hinggap dihatinya. Didalam perut terasa rama-rama sedang berterbangan.

Hanya Allah saja yang tahu betapa indahnya perasaan. 'Terima kasih ya allah. Terima kasih lembutkan hati isteriku'

---

"Abang ni suka tau, kenapa tutup mata bagai macam ni lagi. Tahu kan sayang tak suka?", bebel Mawar bila pagi itu Ariff menyarung penutup mata.

"Ey mulut ni kan membebel saja kan", Ariff mencubit lembut bibir Mawar.

"Abang, dah la pakaikan sayang penutup mata. Lepas tu cubit bibir sayang. Malas la pakai macam ni", Mawar mahu membuka penutup mata itu kembali.

"Ya allah ok ok abang sorry. Now sekejap saja please, sampai bawah buka la", pujuk Ariff lembut menahan tangan tangan Mawar dari membuka.

"Fine jom cepat, rimas la", Mawar menarik tangan Ariff laju.

"Ya abang tahu, jom follow abang", perlahan Ariff membawa Mawar turun ke ruang tamu rumah mereka.

---

"Dah sampai belum abang? lambat nya. Kata ruang tamu saja, ni dah rasa macam jalan office saja lama dia", bebel Mawar lagi.

Hampir bernanah telinga Ariff menahan dari tingkat atas lagi, setiap langkah mulut Mawar tidak berhenti bercakap.

'Abang, ada bucu tak?'
'Abang, licin tak jalan depan ni?'
'Abang, dah belok belum?'
'Abang, tangga ni dah habis ke?'

Ariff hanya menggeleng kepala mendengar bebelan Mawar. Demi wanita itu semua sangguh diredah, lagi kan mereka baru lepas berbaik.

"Ya sayang, dah sampai", balas Ariff lembut sejak tadi.

"Dah boleh buka?", teruja saja tangan Mawar mencapai penutup mata yang dipakainya.
"Eh kejap, tunggu abang count la", tahan Ariff laju.

"Haish dia ni. Ha cepat cepat kira, rimas gila dah ni", rungut Mawar sendiri.

"Ye, 1... 2... 3... bu...", belum sempat Ariff habiskan percakapan, Mawar pantas membuka penutup matanya.

Terkesat kesat matanya menonyoh mata. Rimas!

"Suprise!", perkataan itu mengejutkan Mawar, mata dibuka laju.

Alangkah terkejutnya dia melihat semua ahli keluarga dan kawan baiknya semua ada di rumahnya hari ni.

"Korang", Mawar hampir menangis menahan sebak dihati.

"Happy birthday to you, happy birthday to you. Happy birthday to Mawar, happy birthday to you", mereka menyanyi serentak.

Ariff datang membawa sebuah kek kepada Mawar. Kek berbentuk hati bewarna merah itu sangat menarik perhatian Mawar. Tambahan tulisan yang ditulis di atas kek itu.

'HAPPY BIRTHDAY SAYANG. The best part of every day is sharing it with a person like you! I LOVE YOU ISTERIKU'

"Tiup la sayang", bagitahu Ariff tersenyum.

Mawar menitiskan airmata kegembiraan pada saat itu, hanya Allah saja betapa bahagia nya dia.

"Hey, apa menangis ni?", Ariff mengusap lembut airmata Mawar yang mengalir di pipi dengan satu tangan.

Satu tangan lagi yang memegang kek didekatkan ke isterinya supaya mudah ditiup. "Blow it first"

Dengan satu tiupan, tiga lilin di atas kek itu sudah terpadam apinya.

"Yeah!", mereka semua bersorak gembira.

"Hahahah", Mawar tertawa kecil menahan sebak di hatinya

Ariff letakkan kek di atas meja, dan kembali ke ada Mawar. Belum sempat dia berkata, Mawar sudah meluru ke dalam dakapannya.

"Abang", rengek Mawar menangis dalam dakapan Ariff.

Ariff mengusap lembut belakang isterinya. "Shh don't cry honey, birthday girl's kan?", pujuk Ariff.

"Thank you so much", dalam tangisan Mawar berkata gembira.

"Shh ok dah, kita celebrate dulu ya", Ariff melepaskan pelukan perlahan.

Tangan naik mengusap lembut airmata di pipi isterinya. Satu kucupan dihadiakan di kedua kelopak mata itu.

Mawar mengangguk perlahan. Ariff menarik tangan nya ke meja makan untuk meneruskan sambutn birthday nya.

Sambutan hari lahir Mawar disambut dengan senyuman bahagia yang menghiasi bibir masing-masing.

---

Semua keluarga sudah pulang ke rumah selepas selesai solat maghrib berjemaah tadi. Tinggal mereka ber-4 seperti biasa.

"Abang", Mawar duduk di sebelah Ariff di atas katil.

"Hey kenapa, sedih lagi ke?", Ariff mengalihkan tumpuan sepenuhnya kepada Mawar.

"Sayang nak say thank you", tanpa meminta Mawar membaringkan tubuhnya di dada Ariff.

Tempat paling selamat dan tenang di dunia!

"Tak ada apa la. Kalau abang tahu kita berbaik semalam, abang sambut dekat royale chulan saja senang", balas Ariff mesra.

Mawar didada nya dipeluk erat penuh sayang. "Ey menghabiskan duit saja kan kerja dia", Mawar mencubit lembut peha Ariff.

"Auch sayang, tangan tu duduk diam-diam", Ariff memegang tangan Mawar yang menguis bulu kakinya dari tadi.

"Hehe, geram siapa suruh bulu kaki panjang", Mawar tetap meneruskan kerjanya.

"Tapi tu la sayang nak cakap terima kasih sangat tau. Sayang pun tak ingat birthday sayang hari ni", tambah Mawar lagi.

"It's okay. I'm glad you like it, abang ingat sayang nak marah ke apa nanti", balas Ariff.

"Apa pula abang ni? tak kan la sayang nak marah", Mawar mendongak sedikit memandang Ariff.

"Ya la, time tu kita still tak ok lagi. Abang takut sayang tak setuju ke apa", Ariff memberitahu sambil mengusap lembut kepala Mawar.

"Now settle, ada lagi tak suprise apa-apa?", tanya Mawar teruja.

"Hmm nak lagi ke?", tanya Ariff sengaja.

"Of course sayang nak", teruja saja nada Mawar.

Ariff berfikir sejenak. Ya! dia ingat sesuatu.

"What here, abang pergi ambil", Ariff mengalihkan badan Mawar dan turun dari katil.

Mawar sudah menayangkan muka terujanya. Tidak sabar mahu tahu suprise Ariff lagi.

---

"Here is for you", Ariff menghulurkan dihadapan Mawar.

"Roses?", tanya Mawar melihat bunga Mawar dihulukan kepada nya.

"Yes", balas Ariff tersenyum ikhlas.

"And tiga tangkai?", tanya Mawar lagi sudah menarik senyuman nipis dibibir.

Siapa yang tak tahu maksud 3 tangkai bunga Mawar ini, membawa maksud 'I Love You'

"I love you more abang"

Mawar terus melutut diatas katil memeluk badan Ariff yang masih berdiri. Ariff masih tersenyum membalas pelukan. Tak perlu diterangkan Mawar sudah mengerti.

"Actually abang nak bagi semalam, tapi orang tu buat abang merajuk kan? Kena postpone", kata Ariff dalam nada mengusik.

Pelukan dilepaskan laju. "Ey dia ni mengungkit kan", Mawar menepuk lembut dada Ariff.

"Mesti la, kalau tak sebab abang merajuk. Kita tak akan ...", belum sempat Ariff berbicara.

Mawar laju menekup mulut Ariff yang tersenyum sinis itu, bukan dia tak tahu apa Ariff akan kata.

"Dah diam, jangan sambung. Sayang tahu", merah muka Mawar menahan mulut Ariff.

"hmm hmm hmm"

Ariff mengonyangkan kepalanya menyuruh Mawar lepas. Perlahan tangan yang menekup mulut Ariff dilepaskan.

Dush!

Dengan satu tolakan Mawar sudah terlentang di atas katil dan Ariff sudah menindih tubuhnya. Bunga Mawar yang dipegang tadi sudah terjatuh ke tepi katil.

"Hey abang buat apa ni?", tanya Mawar.

"Sayang rasa?", kening sengaja dinaikkan sebelah.

Muka sengaja didekatkan ke wajah cantik isterinya. "Abang, kita berpujangga la dulu", kata Mawar.

"Berpunjangga?", Ariff mengerutkan dahinya.

"Ye jom la mengayat ke apa dulu, kita sembang. Tak nak asyik benda ni saja", Mawar menolak lembut badan Ariff yang menindihnya.

Ariff menongkat tangan sebelah. "Mengayat eh? Ok juga tu"

"Turun la dulu, tak best la macam ni", sekali lagi Mawar mencuba menolak tubuh Ariff.

"Tak nak, sembang saja la macam ni", Ariff tersenyum sinis saja.

"Abang turun la please", rengek Mawar lagi.

"Nope", Ariff masih tak mahu.

"Fine suka hati abang la. Jangan bagi badan sayang sakit sudah", Mawar akur akhirnya.

"Of course not. Abang tak akan sakitkan tubuh sayang, lama abang nak pakai ni", Ariff mengusik lagi.

"Eyy otak dia ni", Mawar merenung tajam Ariff.

"Hahah, takut sangat la tu", Ariff membalas dengan pandangan mengejek.

"Abang ni sengaja kan? Sini"

Tubuh Ariff ditolak ke tepi supaya terlenting dan dia duduk di atas perut Ariff. Tangan mencubit berkali-kali di pinggang Ariff selepas itu.

"Hei hei, mana adil macam ni?", Ariff bergerak-gerak geli.

"Nampak sayang kisah ke?", lagi banyak cubitan dipinggang Ariff.

"Stop it sayang, sayang yang jatuh nanti", Ariff masih mengelepur geli sambil menahan tangan Mawar.

Ops!

Semasa Ariff bergerak, badan Mawar tidak seimbang dan mahu terlentang jatuh ke lantai.

Nasib baik Ariff sempat memaut pinggang ramping isterinya dengan sebelah tangan. "Ha degil kan"

"Ish semua abang yang menang, mana adil ni", Mawar mencebik bibir.

"Itu nama dia luck suami, sayang kena terima", Ariff tersenyum riang.

"Dah la tak ada mood la nak layan abang", Mawar membetulkan semula duduknya di atas.

"Eh tak boleh macam tu", Ariff menahan tangan Mawar yang sudah menepuk bantal untuk tidur.

"Boleh and now I want to sleep", Mawar membaringkan tubuhnya di katil.

"Sayang ni selalu tau macam ni", rengek Ariff geram duduk disebelah tubuh baring Mawar.

"Macam ni? macam mana? Tak akan nak tidur pun salah?", tanya Mawar sengaja.

Ariff menarik muka geram, habis dah terbang mood dengan perangai Mawar macam ni. Badan turut dibaringkan di sebelah Mawar.

"Alololo, suami sayang ni kenapa?", Mawar berpusing menghadap Ariff dan menongkat kepala dengan sebelah tangannya.

Ariff hanya diam kan diri, dan menutup kelopak mata nya rapat. "Amboi sekarang, suka ya kena pujuk dengan sayang. Rajin betul merajuk"

Tangan Mawar bermain di muka Ariff. Bila sampai dibibir nipis suaminya, sengaja dia mencium bibir itu lama.

"Ouh tak nak balas la ni?", tanya Mawar melepaskan ciuman selepas Ariff tidak membalas ciumannya.

Sebenarnya dalam hati Ariff sudah tertawa riang. Tapi dia suka dipujuk oleh isterinya seperti semalam.

"Abang, ouh abang"

Jari jermari gatal bermain di perut suaminya. Memang dari mula Ariff hanya memakai seluar pendek, baju sengaja tidak dipakai.

"Sayang nak layan abang ni, nak tidur dah ke?", suara dilenggokan dalam nada menggoda.

Mawar mengeluh geram, panas Ariff tidak melayan dirinya. Pantas badannya menindih badan Ariff pula.

Terbuka mata Ariff perlahan. "Abang, jom la", rengek Mawar lagi menatap muka Ariff.

Ariff sudah tersenyum senget nipis. "Ha tu dah ok", kata Mawar laju.

"Ni nak apa ni?", tanya Ariff sengaja menguji.

"Eh menyampah, dah tahu apa orang nak. Lagi nak tanya", Mawar mencebik.

"Bukan kata nak apa? nak menganyat dulu ke tadi?", balas Ariff lagi.

"Tak nak, nak sekarang juga", terus dicium bibir Ariff laju.

Dalam membalas ciuman, bibir Ariff mengukir senyuman, jarang Mawar nak begini kalau tak dimintanya.

---

"Bang, bangun", kejut Mawar lembut.

Ariff hanya bergerak bila tidur nya dikacau. "Ya allah laki siapa ni? Hey, bangun la"

"Hmm"

"Abang bangun la, lepas subuh dah sambung tidur tak puas ke? Meeting pukul 9:00 kejap lagi kan? bangun la", membebel Mawar.

"5 minit", Ariff menayangkan lima jarinya dengan mata masih tertutup.

"Banyak la 5 minit, bangun suamiku. Dah pukul 8:30 tahu tak?", tambah Mawar lagi.

"Ha 8:30?", mata Ariff terbuka luas.

"Ha ya la 8:30. Tu ha jam, tak percaya tengok la", Mawar menunjuk jam yang tegantung di bilik mereka.

8:30 A.M. !!!

"Sayang abang dah lambat", terus Ariff bangun mencapai tuala dan berlari masuk ke bilik air.

"Tu la siapa suruh kan, berjuta kali orang kejut tak bangun bangun", balas Mawar sambil mengemas tempat tidur mereka.

"Sayang ni, kan abang dah pesan kejut 7:30", suara Ariff kedengaran dari dalam bilik air.

"Amboi nak salahkan sayang? Hey orang kejut setiap 15 minit tau dari pukul 7 lagi. Siapa yang liat sangat nak bangun", tanya Mawar geram.

Dia liat nak bangun, salahkan orang!

"Ha tak kisah la. Tolong keluarkan pakaian abang siap-siap", sempat Ariff memesan.

Mawar yang sudah siap membetulkan katil berlalu ke almari milik mereka pula.

"Nak pakai warna apa?", laung Mawar sedikit kuat supaya boleh didengari Ariff.

"Tak kisah, tak kisah ambil saja", balas Ariff laju.

Mawar mengeluarkan kemeja bewarna purple lembut favourite colournya. Seluar dan tali pinggang sempat juga dicapai dan diletakkan dia atas katil.

"Sayang turun dulu, dah siap breakfast tau", Mawar berkata sebelum dia membuka pintu bilik dan turun ke bawah.

---

"Ha sayang, abang pergi dulu", Ariff tergesa-gesa turun ke dari tangga.

"Ya allah tie suamiku, betul la kan dulu"

Mawar bangun dan melangkah ke arah Ariff. Sampai didepan Ariff, tangan ligat membetulkan tali leher bewarna hitam yang dipilihnya itu.

"Ha baru la handsome", Mawar menepuk dada Ariff lembut sambil tersenyum.

"Thanks", Ariff mencium dahi Mawar.

"All right. Eh abang lupa nak cakap, nak keluar pergi shopping mall boleh? Nak cari barang dapur sikit la", Mawar meminta izin.

"Boleh, nak bawa anak-anak tak?", tanya Ariff mengangguk.

"Bawa sekali, cik Da pun ikut sekali. Siapa nak drive nanti", Mawar tertawa kecil mengingatkan.

"Ha okay, ni duit dekat tangan banyak tak?", tanya Ariff lagi.

"Lebih dari cukup", Mawar tersenyum mengangguk.

"Good. Abang pergi dulu ya", tangan Ariff dicapai dan dicium.

"Bye my princess and prince", Ariff sempat mencium dahi anak-anaknya sebelum melangkah keluar.

"Mama, we going out today?", tanya Zarithh perlahan.

"What adik? Going out? It is true mama?", tanya Kauthare mengulang semula.

"Yes sayang sayang mama. After this you guys get ready, and then in half an hour like that. Cik da will take us", maklum Mawar tersenyum.

"Yeah yeah yeah, can we play playground mama?", tanya Kautharr teruja.

"Yes dear, come have a breakfast and then get ready ya", Mawar mengusap lembut kepala anak-anaknya sebelum menyambung makan.

---

TO BE CONTINUE...

oh yeah!!! selamat membaca semua, semoga hari anda happy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience