P.J. -CHAPTER 37-

Romance Completed 43926

"MORNING, I'm Rose", Mawar mengenalkan diri kepada nurse dibahagian Onkologi itu.

"Dr. Rose?", tanya Nurse itu melihat tag Mawar.
Mawar mengangguk.

"Welcome to Cancer clinic @ HPKL Dr. Rose", staff nurse itu tersenyum kepada Mawar.

"Dekat sini tak ramai pakar, tu saya pelik ada pakar baru transfer sini", sambung nurse yang tertera nama 'Irma' itu berkata.

"Saya tahu tu, tapi saya kena hantar sini. So, I need to selesakan diri juga kan. Berapa ramai actually pakar here?", tanya Mawar ingin tahu.

"We only have 8 Dr. Masuk Dr. baru ada 9 orang", kata Irma Zuraini membalas.

"Ouh total 9 orang, staff nurse pula?", Mawar bertanya lagi.

"Kami nurse ada 25 saja. Bahagian lain ada yang sampai 40 tau, lagi lagi bahagian sakit puan tingkat 6 sana tu", Irma mengadu sedikit.

"Haha awak ni cute kan Irma? Ala biasa la tu, orang nak bersalin kena la ramai nurse bantu. Ala ada 25 orang ni pun dah cukup", Mawar tertawa kecil.

"Dr. pula?", tanya Mawar

"Ada 17 Doc", balas Irma yakin.

"So total pesakit berapa ramai. Sebab setahu saya, ramai dah di transfer ke IKN kan?", tanya Mawar ingin kepastian.

"Haah Doc. Kejap ya, saya tengok senarai terkini", Irma mengambil kertas dimeja nya.

"Ada 30 orang patience Doc. Sebab ya la, ramai yang lagi prefer terus ke IKN macam Doc cakap tadi", balas Irma selesai membelek kertas.

"Ouh tak ramai kan, print kan satu salinan list tu untuk saya boleh?", pinta Mawar lembut.

"Of course. Kejap lagi saya bagi, ni Doc dah tahu ke mana bilik Doc?", tanya Irma

"Not yet, tengah nak berkenalan dulu dengan semua. After that baru saya tengok bilik saya", Mawar memberitahu.

"Tak apa, meh saya tunjuk bilik Doc dulu. Then Doc sambung sesi beramah mesra", Irma keluar dari bahagian kaunter ke depan Mawar.

"Tak kacau awak ke?", tanya Mawar risau.

"Dekat half an hour dah Doc kita sembang, tak ada kacau nya. Jom saya tunjuk", Irma tertawa kecil pula sambil menunjuk jalan.

"Eh Doc, saya nak tanya umur Doc berapa? You look young", tanya Irma mesra.

"24 Irma, tak ada mudanya", balas Mawar.

"Muda la tu Doc, mesti single lagi kan? Sebab doktor mana sempat nak bercinta kan, asyik kusyuk belajar saja", selamba Irma berkata.

"Awak ni memang funny kan, I'm married la", Mawar menunjuk jari manis di tangan kanannya.

"Wait seriously? habis la melepas doktor doktor handsome dekat sini nak pikat Doc", Irma berkata.

"Ada la awak ni, saya kenal pun tak lagi semua doktor dekat sini. Saya sempat jumpa Aqilah, Dr. Daniel and awak saja tau", kata Mawar mesra.

"La, tak apa. Lepas ni kita round satu hospital, Doc dah ada anak?", tanya Irma lagi.

"Dah, sepasang", Mawar tersenyum mengangguk.

"Wow memang amazing la Doc ni. Dah la muda dah jadi pakar kami, lepas tu dah bekeluarga pula tu. Boleh ya doc bahagi masa?", puji Irma bangga.

"Biasa saja Irma, saya pun sibuk juga. Nasib baik family saya faham", tambah Mawar.

"Alhamdulillah untuk Doc ya. Sembang punya sembang, kita dah sampai depan bilik Doc", mereka berhenti didepan satu bilik.

"Masuk la Doc. Then Doc boleh buat sesi beramah mesra", pelawa Irma.

"Eh tak apa Irma. Pukul 10 nanti saya akan ada sesi perkenalan dengan semua staff di bahagian onkologi ni, termasuk awak juga nanti", kata Mawar tertawa kecil.

"La, doc ni tak cakap awal-awal. Penat saja saya terang melebar tadi", kata Irma seakan merajuk.

"Eh dah dah. Awak boleh sambung kerja awak, terima kasih ya hantar saya sampai depan pintu ha. Pukul 10 kejap lagi kita jumpa semula ya", kata Mawar tersenyum.

"Ya la. Doc tengok la bilik ni, lepas ni saya hantar senarai yang Doc nak tadi tu", Irma membalas sebelum berlalu.

---

Lagi 15 minit pukul 10 akan tiba, jadi Mawar keluar awal untuk bersedia. Mungkin hari pertama masih panjang, jadi dia harus sentiasa ready.

"Eh Doc, saya baru nak panggil doc dah keluar", tegur Irma di muka pintu melihat Mawar bangun.

"Haah saya nak keluar dah. Semua dah berkumpul ke?", tanya Mawar.

"Ada beberapa orang saja yang ada, ramai on the way la tu. Saya nak bagi ni", Irma menyerahkan senarai nama itu kepada Mawar.

"Okay thanks", Mawar mengambil senarai itu dan diletak di atas meja.

"Jom", Mawar melangkah ke muka pintu.

"Let's go Doc", Irma tolong membuka pintu untuk Mawar.

"Thank you Irma", Mawar tersenyum mengucapkan terima kasih.

"No problem. Jom dia orang dah ada dekat sana tu", Mawar menunjuk ke arah tempat beberapa orang doktor sudah berkumpul.

---

"Good morning everyone", salah seorang pakar di situ bernama 'Prof. Chen' mengambil perhatian.

Semua mata sedang tertumpu kearah Prof. Chen apabila mendengar.

"Today I want to introduce pakar baru kita yang akan menggantikan Prof. Joseph. Introducing you guys Dr. Rose", Prof. Chen mempekenalkan Mawar disebelahnya.

"Dr. Mawar, please introduce yourself", Mawar mengangguk faham.

"Good moring everyone. My name is Mawar Athirah, but you guys can call me Dr. Rose. I'll be here in Cancer clinic @ PHKL for section surgery and to replace Prof. Joseph macam korang sedia tahu. And I very happy to be here with you guys. Saya harap korang boleh beri kerjasama. If I have mistake, kamu semua boleh tegur saya. Jangan risau, saya pun masih belajar", panjang Mawar memperkenalkan dirinya.

Mereka yang mendengar hanya memberi sepenuh perhatian. Ada juga yang berbisik antara satu sama lain perihal Mawar.

"So welcome Dr. Rose. Saya harap awak dapat berikan yang sebaiknya", kata Prof Chen selaku ketua pakar Cancer Clinic @ PHKL.

"I will Prof", Mawar menundukkan sedikit kepalanya faham.

"Good! so you guys boleh berkenalan lebih dengan Dr. Rose today because esok dia akan sama seperti saya, sibuk. So enjoy your time Dr. Rose", sempat Prof. Chen berpesan sebelum berlalu pergi.

Cuma ada 8 saja pakar yang tinggal dan 17 orang nurse sahaja yang tinggal. Mawar rasa peratus lelaki dan perempuan di Cancer Clinic @ PHKL ni sama rata.

"So nice to meet you, I'm Prof. Zhe", Prof Zhe mempekenalkan diri.

"Nice to meet you. Tak apa Prof, prof semua boleh sambung kerja. Nanti saya akan akan datang jumpa prof semua ya", kata Mawar sopan.

Prof yang tinggal itu semua mengangguk. Dan seorang demi seorang berlalu pergi.

"Hai you guys, now tinggal saya seorang. Anyone have a question?", tanya Mawar kepada nurse yang ada didepannya.

"Doc dah kahwin?", tanya salah seorang nurse perempuan.

"Yes", jawab Mawar ringkas.

"Before this Doc hospital mana?", tanya seorang lagi.

"Boleh tak siapa nak tanya tu intro sekali dengan nama. Baru saya boleh kenal. And to answer that, before this saya di Milan, Italy", balas Mawar lagi.

"Saya Reza. Kenapa Doc transfer here?", tanya nurse yang memperkenalkan dirinya Reza Hafiz itu bertanya.

"Hai Reza, saya ikut suami", Mawar membalas.

"I'm Haizal, umur Doc berapa?", tanya Haizal Danish pula.

"Ya Haizal, 24 dah. Tak ada la muda mana", balas Mawar mesra.

Mereka yang lain hanya mengangguk faham dan diam. "So, ada lagi tak? selagi boleh jawab, saya jawab soalan kamu semua", tanya Mawar.

Seorang nurse perempuan mengangkat tangan. "Yes you there. Nak tanya apa tu?", tanya Mawar lembut.

"Saya Syakira, macam mana Doc boleh jadi pakar semuda ni. Doc guna cable ya?", tanya Syakira Nurjeha selamba.

"Hoi kau ni soalan tak beragak", Irma menyiku Syakira.

"It's okay Irma, because saya tak nak ramai salah sangka. I tell you guys the truth", muka Mawar masih kekal tenang.

"9 tahun saya struggle study medic, Hampir 6 tahun saya habiskan dekat Italy untuk study lebih mendalam. So, you guys shouldn't concern about me. With my experience, I will do my best for all the patient", terang Mawar lancar.

"So, cukup tak bukti tu untuk saya yakinkan kamu Syakira?", tambah Mawar bertanya.

Syakira menahan malu hanya mengangguk.

"Alright, I think enough for today. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh datang ke bilik saya", Mawar berlalu meninggalkan mereka.

Ada beberapa nurse yang sudah berlalu pergi menyambung kerja. Cuma sesetengah saja mahu mendengar.

"Kerek betul, menyampah aku", kata Syakira.

"Kau yang cari fasal dengan dia. Nak mengata dia pula", bela Irma kepada Mawar.

"Yang kau dari tadi bela dia pahal? Kau bukan kenal pun dia", cebik Syakira.

"She's the nice one tau. Aku dah sembang dengan dia tadi, humble gila orang dia. Kau yang cari masalah, dia cakap la macam tu. Dengan aku tadi elok saja, siap boleh bergelak tawa lagi", panjang Irma membela Mawar.

"Whatever la. Aku nak sambung kerja", Syakira terus berlalu meninggal mereka.

"Irma, betul ke dia kahwin?", tanya Haizal.

"Betul la, kan dia dah jawab tadi", balas Irma.

"I see, baru ada orang niat nak mengayat tadi. Isteri orang rupanya, haih melepas la orang sebelah ni", Reza menyiku Haizal disebelahnya.

"Eh kau nak yang nak try aku pula", nafi Haizal.

"Hai korang ni dah dah, dua dua tak dapat. She's married already, anak dua pun", Irma menggeleng sambil berjalan meninggalkan mereka.

---

"Dr. Rose", Irma muncul dimuka pintu bilik Mawar.

"Yes Irma?", tanya Mawar.

"Sorry about soalan Syakira tadi", minta Irma lembut.

"La, saya tak kisah pun. Kalau betul dia nak say sorry, she is the one who should be here. Awak tak perlu wakilkan", kata Mawar senada.

"Saya suruh dia say sorry now", Irma mahu berlalu pergi.

"No need. That's was not an order, saya nak dia ikhlas ucap perkataan maaf tu", Mawar menahan niat Irma.

"I hope Doc tak ambil hati tau, dia baik. Cuma kadang-kadang mulut dia tu la tak ada insurance", Irma masih mahu memujuk Mawar.

"Ya Irma, I forgive her. Awak tak perlu minta maaf atas kesalahan orang dah lepas ni", kata Mawar.

"Baik Doc, saya sambung kerja dulu ya", Irma mengangguk sebelum berlalu pergi.

Mawar kembali memandang file yang berada di tangan. Hari ni dia hanya perlu membaca berdekataan salah silah penyakit untuk pesakit yang ada.

Walau nampak mudah, tapi banyak yang dia perlu bertanya kepada pakar-pakar yang lain. Maklum la bidang onkologi adalah bidang baru baginya.

Lagi satu, bukan mudah mahu mendalami bidang ini. Berapa ratus jenis kanser yang ada di dalam dunia yang perlu hafal dan mengambil tahu?!

"Uhm...", dalam tak sedar dia mengeluh berat.

---

Malam itu agak lewat Mawar pulang ke rumah dalam azan isya' baru dia sampai. Sangkaan nya bila dia balik, Ariff sudah ada. Tapi Ariff lagi lambat balik dari dia.

Hatinya dipaut rasa sedih dan terkilan sedikit. Yang ada hanya la Honda Civic baharu nya yang dihantar petang tadi bewarna silver.

Juga Toyota Vellfire bewarna silver yang selalu digunakan untuk Cik Da bawa anak-anaknya keluar.

"Assalamualaikum", Mawar memberi salam masuk ke rumah.

"Mama, you're back", Zarith dan Kautharr meluru ke arah. Mawar pun meninggung untuk memeluk kedua-dua anak nya itu

"Ya allah anak-anak mama. I'm dirty la, all day in a hospital. Let me get bath first if you guys wanna hug me. Boleh?", tanya Mawar lembut mengusap kepala anak-anaknya.

Tak mahu anak-anak pula terkena penyakit jika memeluknya tanpa sempat membersihkan diri. Sudah la dia hospital banyak pesakit yang di jumpa.

"Sure, faster mama. We want to tell you a story about school. We get a new friends mama, all of them kan very kind to us", semangat Kautharr berkata.

"Ouh really? good for you guys. Ok, mama mandi cepat, and I'll be here in 20 minutes. Wait for me", Mawar tersenyum sebelum bangun dan melangkah ke atas.

---

"Cik Da tak balik lagi?", tanya Mawar di dapur.

Haida berpusing dari arah singki ke arah Mawar. "Nak balik dah ni, tunggu Wa la"

"Ouh, sorry tau cik Da tak sempat tegur masa balik tadi. Anak-anak tu suruh Wa mandi cepat, ada cerita katanya", Mawar meminta maaf.

"Eh tak apa. Memang dari tadi dia orang tunggu kamu berdua, seronok nak bercerita", Haida tersenyum.

"Cakap berdua tu kan, Ariff balik lambat ya? Sebab tengah hari tadi pun cik Da ambil anak-anak, Ariff tak balik pun lunch", tanya Haida lembut.

'Dia pun tak tahu, macam mana dia nak ambil mereka?', desis Mawar kesal.

"Thank you cik Da, saya tak tahu kalau cik Da tak ada apa saya nak buat", Mawar menukar topik mengucap terima kasih.

"Ala, cik Da dah anggap mereka macam cucu cik Da pun. Kamu pergi la, dia orang teruja nak bercerita tu. Cik Da balik dulu ya", Haida mencapai beg tote yang selalu dibawanya.

"Hmm baik la, thanks again cik Da", Mawar berjalan ke ruang tamu bersama cik Da.

"Tak apa, kerja cik Da kan. Cik Da ikhlas tolong kamu", Haida melangkah ke arah Zarithh dan Kautharr.

"Bye sayang, Nek Da balik dulu", cik Da mengusap lembut kepala mereka.

"Bye Nek Da, take care", balas Kautharr lembut.

"Alright dear, Nek Da gerak dulu ya Mawar", Haida berjalan ke pintu utama dan terus keluar.

"So, ada berita tergempar ke? Can I know it?", usik Mawar duduk ditengah antara mereka.

Kautharr menyandar di bahu Mawar dan kepala Zarithh baring di pehanya. Ya allah, manjanya anak-anak mama ni ya sayang semua?

"Like this ke cara you guys story?", tanya Mawar tersenyum bahagia.

"Teacher teach us. We have to do like this for what teacher say eh? Ha, eratkan silaturahim", kemain susah lidah Kautharr menyebut.

"Alololo so cute. That's right 'eratkan silaturahim' between me and you guys", Mawar mengusap kepala Kautharr yang dibahunya.

"Ok now start your story, I can't wait to hear it", Mawar menumpukan perhatian kepada anak-anaknya.

Walaupun dalam diri ada terasa penat, tapi demi anak-anaknya semua pun dia sanggup. Asalkan mereka tak rasa kurang walau sedikit.

Mula sesi bercerita, ada gelak tawa didengar antara mereka ber-3. Penuh gembira dan bahagia bila bersama.

---

"Alright we're done. Go to sleep ok, tomorrow you guys should go to school. Kena bangun awal", kata Mawar bila mereka sudah habis bercerita.

"Every day ke mama? kena pergi school?", tanya Zarithh polos.

"Of course my princess", lembut Mawar menjawab.

Dia sendiri pun tak pasti untuk biarkan mereka sekolah 7 hari seminggu atau pun hanya 5 hari. Sebab jadual kerjanya pun tak menentu.

Kalau Ariff. Dia takut Ariff tak sempat nak jaga, lagipun kesian Cik Da nak jaga seorang diri nanti mereka berdua ni.

Tanpa sedar keluhan dikeluarkan. 'Kenapa abang tak macam Naim?', bibir pula mula membanding.

"Astagfirullah Mawar, wake up! wake up!", Mawar menyedarkan dirinya sendiri.

"Why mama?", tanya Kautharr pelik mamanya berkata sendiri.

"Nothing la dear. Dah jom, mama teman masuk bilik. Kita tidur ok", Mawar mengangkat kepala Zarithh dipahanya.

Klek!

Pintu utama dibuka. Semua mata tertumpu ke arah itu. Muncul Ariff dengan muka yang lelah.

Anak-anaknya apa lagi, sama la macam dia pulang tadi. Semua meluru ke arah Ariff, dia juga melangkah ke arah sama.

"Eh tak tidur lagi?", tanya Ariff kepada anak-anaknya.

"Nak tidur la ni, tadi ada story time with mama", maklum Kautharr mesra.

"Really? Ok go to bed. Papa naik dulu ya", Ariff terus naik ke atas. Mungkin betul kepenatan.

"Papa didn't want ask ke story apa kita bercerita tadi?", tanya Zarithh kepada Kautharr.

"Papa tired tu sayang, jom tidur", Mawar yang tolong jawabkan soalan Zarithh.

"Papa tired. Can I tell him tomorrow?", tanya Zarithh lagi.

"Of course. But now kita kena tidur. Jom", Nawar menarik lembut tangan anak-anaknya.

---

Klek!

Mawar masuk ke dalam bilik tidur mereka selepas Kautharr dan Zarithh sudah tidur.

Mata tertancap pada Ariff yang sentiasa dalam keadaan begitu setiap malam. Sandar dikepala katil sambil memegang matnya.

"Kata penat, tapi tak tidur lagi?", kata Mawar perlahan melangkah ke katil.

"Abang, tak tidur lagi ke? You look tired", tanya Mawar lembut duduk dihadapan Ariff.

Ariff menggeleng. "Ada project besar ni sayang, abang nak kena uruskan. Kan dah cakap semalam, tu yang ken settle kan cepat"

"Ya tahu. Kalau kerja tu sampai bila tak habis, jom la tidur", ajak Mawar melihat wajah penat Ariff.

"Sayang tak faham. Kerja sayang senang", balas Ariff selamba.

Sedikit panas hati Mawar, tetapi cepat disejukkan sendiri. Senang? Hallo, kerjaya doktor la yang tersukar dia rasa setakat ini.

Tapi dia diamkan saja, tak mahu buat masalah!

"Abang, tak kisah senang ke tak? Tapi kerja biar la dekat office saja. Dekat rumah, spend your time with family", kata Mawar menasihat.

"Abang busy la nak buat macam mana?", Ariff membela dirinya.

"Suka hati la abang, jangan sampai anak tegur sudahlah. Sayang pun sibuk juga, but bila dekat rumah. Automatic la masa tu for my family pula", Mawar terus membaringkan diri selepas berkata.

Ariff hanya pandang sahaja Mawar disebelah sudah pejamkan mata. Bukan dia tak tahu, ayatnya menguris hati Mawar.

Tapi dia nak buat macam kan? memang betul dia tengah sibuk dengan satu projek bedar sekarang ni!

---

Pagi itu Mawar bangun tanpa mengejut Ariff. Terus sahaja dia meluru masuk ke bilik air dulu.

Klek!

Pintu bilik air dibuka, terkejut dia melihat Ariff didepannya dengan muka yang masih mengantuk.

"Kenapa tak kejut abang?", Ariff mahu memegang bahu Mawar.

"Ada wudu' la", terbantut niat Ariff mendengar ayat Mawar.

"Abang penat sangat, tak sampai hati nak kejut", Mawar terus berjalan melintasi Ariff.

"Tunggu abang, kita solat sama", sempat Ariff berpesan sebelum masuk ke bilik air semula.

Mawar yang dihadapan almari hanya menghantar Ariff masuk ke bilik air dengan pantulan cermin.

"Ya allah, apa yang berlaku sekarang? Kau kuatkan hati ini dari mendengar godaan syaitan. Sesungguhnya aku manusia biasa yang akan membuat silap", desis Mawar.

---

"Amin ya rabbal alamin", Mawar mengaminkan doa yang dibaca Ariff.

Ariff berpaling ke belakang, tetapi dia melihat Mawar sudah mahu membuka telekung.

"Wait honey, tak salam abang ke?", tanya Ariff laju.

Terhenti tangan Mawar dari mencabut telekungnya. Tangan mencapai tangan Ariff dan dicium pantas. Belum sempat dia lepas, Ariff menariknya mendekat.

"Marah abang ya?", tanya Ariff lembut.

Mawar hanya diam tak membalas. "Sorry la, abang tahu abang salah. I'm promise lepas ni abang tak buat dah", kata Ariff memujuk.

Mawar mengangguk sebagai tanda memaafkan. Sekali lagi cubaan melepaskan tangan dari genggaman Ariff, tetapi tetap gagal.

"Macam tak ikhlas saja", kata Ariff mengusik.

Lambat-lambat kepala Mawar diangkat untuk memandang wajah Ariff. "Sayang maafkan"

"Sayang bukan nak marah abang ataupun apa. Cuma sayang tak nak abang macam ni. Kerja and duit tu kita boleh cari bang, but kasih sayang dan masa untuk family tu sangat berharga tiada nilai", tambah Mawar ikhlas.

"Ya abang tahu, abang minta maaf. Lepas project ni settle, abang balik macam biasa", kata Ariff menabur janji.

"Haish kalau macam ni kerja abang la kan. Sayang lagi suka abang jadi lecturer dulu, masa abang dulu lagi banyak dari sekarang untuk sayang", Mawar pula membalas.

"Sayang, nak buat macam mana? Abang dah lepaskan pekerjaan tu, sekarang abang ada kerja lain. Faham abang please, itu sahaja abang minta", lembut nada Ariff.

"Tak apa la. Sayang faham, dah sayang nak siap", Mawar mahu bangun bersiap.

"Abang hantar ya hari ni?"

Pertanyaan daripada Ariff membuat langkah Mawar terhenti setekita. Statik dia disitu!

"Anak-anak dah masuk tadika, kenapa tak cerita dekat abang. Bila sayang uruskan semuanya?"

Sekali lagi Ariff bertanya membuatkan Mawar terdiam tidak menjawab.

"Kereta sayang pun abang tengok bukan macam kita rancang? Kenapa ambil Honda Civic tu, bukan kata nak sama macam abang Mercedes-benz?"

Kali ini soala itu menjerat dirinya!

Ya, semua itu Mawar buat tanpa pengetahuan Ariff. Hantar anak mereka ke tadika, membeli kereta Honda Civic nasib warna masih sama silver

"I'm sorry, I want to tell you about it yesterday. Tapi tak sempat...", kata Mawar sayu.

"Chat tak ada?", tanya Ariff mengangkat kening.

"Kita nak bincang fasal ni now ke? sayang rasa benda dah jadi kot?", tanya Mawar geram.

Kenapa semua salah nak diletakkan di bahunya seorang. Jadi? Jejaka didepannya ini tiada salah?

"Abang bukan nak marah, but after this walau sekecil kecil benda pun tolong at least bagi tahu abang kalau tak nak bincang sekali pun", Ariff membalas.

"Ya sayang janji", Mawar pantas bangun membuka telekung dan keluar dari bilik.

Ariff hanya menghela nafas berat. Sebal hatinya melihat layanan dan jawapan dari Mawar pagi ini.

---

TO BE CONTINUE...

Alhamdulillah sbb sis bc bnyk comment, sis bagi lagi satu chapter. Happy lunch hour guys !!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience