KERETA dihentikan didepan tasik titiwangsa. "Kita buat apa dekat sini?", tanya Sofea.
Dia terima panggilan dari Ariff tadi, tahu-tahu Ariff sudah berada didepan rumahnya.
"Keluar, kita lepas sini kejap", Ariff keluar dari kereta diikuti Sofea.
"You ok?", tanya Sofea lembut.
"I stres la Fea", punggung dilabuhkan dibangku berdekatan mereka.
"Cuba cerita, kenapa?", Sofea duduk disebelah Ariff.
"First love my wife datang balik Fea, I risau wife I berubah hati"
"Ariff, don't worry. Kalau dia sayang you, hati dia akan tetap dengan you. Don't think too much", pujuk Sofea lembut.
"Tapi kalau you perlukan sesiapa, I always be there for you. Selama ni pun, I juga yang ada time susah senang you kan", Ariff memalingkan wajah menandang Sofea.
"You menderita selama ni, wife you bukan ambil tahu pun. Dia boleh pula menggatal dengan lelaki lain dekat Italy tu kan, nasib you penyabar. Kalau I dekat tempat you, dah lama I ceraikan dia"
"Fea, she's my first love. I love her so much, and dia pun mama anak-anak I", sayu nada Ariff.
"Listen here", Sofea mencapai tangan Ariff.
"I bukan nak hancurkan ruamh tangga you or jadi batu api dekat sini. Tapi you tengok, masa dia sekarang lebih dekat hospital kan. You pun kata first love wife you ada dekat hospital tu juga...", Sofea terhenti seketika
"You tak rasa memang dia jaga lelaki tu dekat situ. Better you all berpisah saja macam ni. I boleh jaga you Riff"
Ariff menarik tangan nya perlahan wajah dipalingkan semula kedepan. "Give me time, maybe masa ni I tengah marah. I tak boleh berfikir waras sekarang"
Sofea tersenyum. "I sentiasa ada untuk you"
---
"Dr. Rose", panggil Irma.
"Yes Irma, ada apa?", tanya Mawar.
"Ada bunga untuk Doc, ada lelaki bagi tadi", Irma menyerahkan bunga Rose itu kepada Mawar.
"Lelaki? Siapa, dia ada bagi tahu nama tak?", berkerut dahi Mawar.
"Tak sempat nak tanya dia dah pergi. Dia ada tinggal kad kot, cuba Doc tengok", agak Irma.
Mawar membelek bungan dan ternampak kad. Kad diambil dan dibuka.
'Good afternoon honey, selamat bekerja. Abang bagi this Rose special for you. I love you isteriku
From: Your husband'
"Dia dah balik ke?", laju Mawar bertanya.
Terkejut dia. Tak ada angin, tak ada ribut. Ariff menghantar bunga kepadanya dan yang paling mengejutkan... Ariff datang hospital?
"Dah la kot, sebab dah berapa jam berlalu", Irma mengerling jam ditangan.
Mawar meraup wajahnya perlahan. "Ok la, thanks Irma"
"Alright Dr. saya keluar dulu", Irma berlalu keluar.
Ring! Ring!
iPhone dicapai. 'Umi?' button hijau dislide ketepi.
"Ye umi, kenapa ni?", tanya Mawar.
"Anak umi Sayang, anak umi. Datang sini Wa", sayu nada umi.
Mawar terkejut dia menoleh kedepan. Patut tak nampak apa-apa, pintu biliknya tertutup.
"Ye ye, Wa datang", berlari Mawar keluar untuk ke bilik Syed.
---
"Syed", Mawar sudah terjelepuk jatuh dikerusi sebelah katil Syed.
"Sabar sayang", Syasya mengusap bahu Mawar lembut.
"Prof. Chen, apa dah jadi ni?", tanya Mawar sedih.
Prof. Chen hanya menggeleng menyatakan Syed sudah tenat. Mesin bantuan digunakan juga tak mampu membantu.
"Umi, Wa tak kuat umi nak kehilangan lagi", tangan Syasya dibahu dipegang lembut.
"Ye sayang, umi tahu. Umi pun sedih", pujuk Syasya
"Awak, jangan tinggal kan saya", rayu Mawar, tangan Syed yang pucat digenggam Mawar.
"A-aku sa-sayang k-kau", tersekat-sekat suara Syed.
"Saya tahu saya pun sayang awak. Awak jangan tinggalkan saya. Siapa nak jaga umi dengan abah nanti, dia orang cuma ada awak saja", airmata dikesat kasar menggunakan satu tangan.
"Te-terima ka-kasih su-sudi ja-jaga a-aku", nafas ditarik panjang, susah untuk bercakap.
"Shh, awak tak perlu berterima kasih. Saya ikhlas jaga awak, awak cinta pertama saya. Walaupun bukan terakhir, saya bersyukur dapat kenal awak", ikhlas ayat Mawar.
"Ma-maaf k-kan a-ku", kata Syed lagi payah.
"Awak dah la tak perlu cakap kalau sakit. Saya maafkan awak, awak tak ada salah. Masa kita berpisah tu pun, saya yang beria nak tinggalkan awak. Padahal awak sentiasa untuk saya"
"Arhh!", nafas ditarik lagi.
"U-umi", panggil Syed perlahan.
Mawar bangun memberi ruang untuk umi duduk ditempatnya tadi.
"Anak umi, umi dekat sini sayang. Kenapa sayang?", tanya Syasya lembut.
Ibu mana yang sanggup melihat anak menanggung sakit begini, kalau boleh. Dia sendiri mahu bertukar badan dengan anaknya.
"Ma-maaf Sy-Syed, ha-halal k-kan se-semuanya", susah untuk Syed bercakap banyak.
"Umi maafkan sayang, Syed anak yang baik. Selalu menjaga umi dan walid. Umi dah halalkan semua susu badan umi untuk kamu, Umi sayangkan Syed, umi redha pemergian kamu", menitis airmata keibuannya lagi.
Syed menangguk lambat. Mata dihalakan ke arah abah yang berdiri disebelah kanan nya pula. Abah yang seakan faham pandangan mata Syed, didekatkan badan ke arah anaknya.
"Ma-maaf k-kan S-Syed. Th-thank be-besar k-kan S-Syed"
Jatuh juga airmata lelakinya. Mungkin sudah lama ditahan airmata ini, namun keadaan anaknya ini membuat dia menjadi lemah.
"Abah dah lama maafkan kamu, abah tak pernah rasa kamu berdosa pun dengan abah. Abah redha setiap satu peluh abah yang keluar untuk besarkan kamu semuanya ikhlas. Pergi la nak dengan tenang"
Syed mengangguk perlahan. "Bang", panggilnya lagi.
"Aku dekat sini", Syed Darias duduk disebelah bucu katil yang menematkan adiknya.
"Ja-jaga me-mereka un-untuk a-aku", pesan Syed terskat-sekat.
"Ya, aku akan jaga umi dan abah. Kau jangan risau. berehatla dengan tenang", lembut suara garau itu berkata.
Mata Darias juga sudah memerah menahan sedih. Tak pernah dia menangis untuk sesiapa, tapi ini pertama kalinya. Melihat keadaan tenat adiknya, bagai tertusuk perit di hati.
Selama ini, hanya Syed Fariz menjadi temannya dari kecil sampai besar. Mereka berdua sangat rapat!
"Argh!!!", kali ini mesin bantuan jantung sudah berbunyi kuat.
Bip... bip... bip...
"Mengucap Syed. Allahukabar", bisik Azuan ditelinga anak bongsunya itu.
Kalimah syahidah diucap lambat-lambat. Akhirnya kedua belah matanya tertutup lambat. Tersisa airmata dihujung kelopak mata itu.
"Syed", teresak-esak Mawar menahan dibahu umi.
Umi juga tak kurang, makin lebat airmatanya turun membasahi tudung. Cuma abah saja tenang menutup muka Syed menggunakan selimut.
Majlis pengebumian Syed berjalan lancar pada petang itu juga, segalanya dipermudahkan.
---
Mawar yang sudah pulang ke rumah, hanya mengurung diri didalam bilik. Perasaan Sedih! Pilu! Sakit!
Tiada siapa yang dapat agak apa yang terjadi, hanya Terry dan Tasya yang datang tadi. Yang lain semuanya tak tahu, sebab Mawar sendiri sorokkan.
Dia sendiri keliru. Kenapa semua orang yang menjadikan dirinya cinta pertama mereka akan pergi begitu saja.
Adakah lepas ini giliran Ar...?
Allahuakbar, dia tak dapat nak bayangkan semua itu berlaku.
Klek!
Mawar dengar pintu bilik dibuka, dirinya masih merengkot dibawah selimut dengan jubah bewarna hitam masih dibadan.
"Awak buat apa dekat hospital selama ni?", suara garau kelihatan serius.
Mawar malas melayan, hatinya masih sedih dengan kehilangan Syed petang tadi. Semua kejadian tadi, masih segar diingatan nya.
"You're not sleep Mawar, answer me", tubuh Mawar ditarik kasar untuk bangun.
"Apa ni?", terjah Mawar merentap tangganya.
"Melawan?", nada Ariff masih serius.
Mawar kekal dikedudukan nya duduk di kepala katil. "Sekarang ni! saya tanya selama ni awak buat apa dekat hospital?!", kasar Ariff bertanya.
"Rawat orang la, buat apa lagi?", jawab Mawar sebal.
Sungguh hatinya masih sakit dengan kehilangan Syed sebentar tadi, ditambah pula dengan perangai cemburu Ariff ini!
"Kau jangan tipu aku ya? Selama ni aku tak tahu kau boleh menipu, tapi tadi aku sendiri nampak kau menggatal dengan Syed tu kan", tangan Mawar ditarik lagi kasar turun dari katil.
"Apa awak ni? sakit la tangan saya", Mawar yang berdiri sudah mengusap lengannya.
"Kau dah pandai menipu sekarang kan, Mawar?", serius nada Ariff.
"Awak jangan nak tuduh saya saja tau, saya pun nampak awak curang belakang saya", balas Mawar keras.
"Mana? aku tak pernah curang ok, kau tu perempuan tak sedar diri", suara Ariff meninggi.
"Just wait here"
Mawar mengambil handbagnya dan mengeluarkan sekeling card didalam
"Ni ni apa?", kad itu dibaling kemuka Ariff.
"Bukti ni kau nak cakap aku curang? Tah card mana kau kutip, cakap tu milik aku", nafi Ariff.
"Ouh kutip ya? Kejap meh saya baca", kad itu dicapai semula.
"First of all, thank you Ariff. Actually I'm going to stay New Zealand after this. Nanti Fea call Riff tahu lagi sekali kita jumpa. Maybe kita tak akan jumpa dah lepas tu, thanks for everything", sebijik-bijik ayat dibaca Mawar.
Airmuka Ariff masih tenang tetapi dalam hatinya sudah bergelora.
"Awak dengar kan? Nak saya ulang tak?", tanya Mawar.
"So, kalau awak boleh curang. Kenapa saya tak boleh? I think kan, ni bukan pertama kali saya nampak awak dengan dia. Dah berkali-kali Ariff, tapi saya diamkan saja", tambah Mawar.
"Dah tu kau rasa sebab aku curang kau boleh buat benda yang sama? Kau jangan sampai aku bunuh Syed tu"
Ayat itu menyentakkan Mawar. Sampai begitu sekali perasaan cemburu dan marah Ariff kepada dirinya sampai melibatkan orang yang dah meninggal.
"Dia dah meninggal awak, baru tengah hari tadi. Saya, kita tak akan jumpa dia dah", Mawar terasa sayu dan memaut lengan Ariff.
Ariff terdiam seketika! Terkejut gamaknya!
"Meninggal? bagus la tu. Kau nak sangat pergi dekat dia kan? ha pergi dekat mayat dia dalam kubur tu", tubuh Mawar ditolak kasar.
Mawar terjatuh di kaki katil, perutnya terhentak di penghadang katil tersebut.
Perut yang terasa senak dipegang kuat. Tiba-tiba terasa satu cecair hangat mengalir dikakinya.
Darah...
Ariff sudah gelabah melihat darah di carpet putih dibilik mereka. Tiba-tiba... Astagfirullah. Dia tersedar keterlanjuran tindakannya.
"Sayang, you're bledding"
"Sakit", Mawar menekan perutnya.
"Sayang, sabar ya allah apa aku buat ni?", Ariff sudah melutut didepan Mawar.
"Hospital sayang, jom kita pergi hospital", tubuh isterinya dicempung.
---
Perlahan mata dibuka, terasa tangannya digenggam. "Sayang dah bangun"
Automatik tangan ditarik dari genggaman itu. Perutnya pula terasa sakit. "Auch!"
"Sayang jangan banyak bergerak. Sayang baru lepas keguguran"
Zap!
Ayat itu seakan mengguris hatinya paling dalam. Airmata mengalir.
'Kenapa ya allah? kau uji aku dengan ujian macam ni. Petang tadi aku kehilangan Syed, sekarang aku kehilangan anak aku pula'
Airmata dikesat kasar. Orang yang bunuh anak nya adalah Ariff, ya Ariff bersalah.
"Ni semua salah kau, aku benci kau. Kau pembunuh!", tubuh Ariff ditolak kasar.
Ariff tersentap! Selama ini, teruk mana pun dia buat. Mawar tak seperti ini, tapi sekarang...
"Sayang sabar listen to me first", pujuk Ariff.
"Keluar kau! keluar! Aku tak nak tengok kau, kau pembunuh anak aku! Keluar!!!", jerit Mawar sepeti orang gila.
"Ya allah apa bising-bising ni?", masuk Watie didalam bilik Mawar.
"Keluar! keluar! Aku tak nak ada orang dekat sini. Keluar! argh!", Mawar memegang kepalanya kuat.
"Keluar! keluar!", jerit Mawar kuat.
"Astagfirullah doctor doctor", panggil Watie panik.
Berlari doktor bersama nurse masuk kebilik Mawar. "Keluar la bodoh! aku tak nak tengok sesiapa. Aku benci kau, pembunuh!
Meronta-ronta Mawar apabila doktor dan nurse disitu memegang tubuhnya. Tubuh Mawar pantas dicucuk ubat penenang oleh doktor.
Rontaan Mawar berhenti perlahan-lahan, akhirnya tubuh itu terbaring lesu semula dibantu doktor.
"Ibu, Mawar ibu", airmata Ariff keluar sedih melihat keadaan isterinya begitu
Watie berjalan mendekati Ariff. "Sabar ya banglang, dia stress saja tu. Nanti bangun mesti ok"
"Dia tak akan maafkan banglang dah ibu, dia kata banglang pembunuh. Banglang tak akan sanggup nak bunuh anak sendiri", Ariff menggeleng sambil mengesat airmata.
Sungguh dia tak sangka Mawar sedang mengandung anak mereka. Kalau dia tahu, dia tak akan sesekali mengasari isterinya.
"Dia terkejut tu, ya la. Dia pun tak tahu dia mengandung, tahu-tahu saja dah gugur kan? Nanti pujuk la", umi mengusap belakang Ariff.
---
Sekali lagi dia tersedar, dah tak tahu apa nak diproses dalam kepala.
"Kau!", matanya terus tertancap Ariff disebelah.
Ya, walaupun pengsan. Dia masih boleh ingat semua yang berlaku dari rumah itu.
"Sayang, dengar dulu explanation abang please", rayu Ariff ikhlas. Pilunya hati dia menerima layanan kasar Mawar.
"Keluar la! aku tak nak tengok muka pembunuh dalam ni!!", jerit Mawar.
"Sayang", Ariff cuba meraih tangan Mawar.
"Keluar la! Aku benci kau! aku benci pembunuh anak aku! Kau nak aku jadi gila ke tengok kau!?", jerkah Mawar kasar.
Aziz masuk. "Mawar, suami tu. Kenapa jerit-jerit?", tegurnya dalam senada.
"Ayah halau pembunuh ni, alang tak nak tengok dia!", jerit Mawar lagi.
"Mawar Athirah!", serius teguran Aziz.
"It's okay ayah, banglang keluar", Ariff mengalah dan bangun dari kerusinya melangkah keluar.
"Bukan banglang la bodoh, kau tak ada kena mengena dengan family ni dah! Kau boleh berambus, jangan muncul lagi depan aku!"
Muka ayah sudah bertambah merah menahan marah mendengar anaknya memaki suami sendiri.
"Tak apa yah, Mawar tak salah. Jangan marah dia", sempat Ariff menepuk bahu ayah sebelum keluar.
"Berambus kau! jangan datang sini lagi!!!", jerit Mawar kuat.
"Mawar, stop it!", nada tegas Aziz sudah keluar.
"Puas hati maki suami? Puas hati fitnah suami? nak buat lagi tak?", tanya Aziz sinis.
"Puas! alang tak kira, alang akan minta cerai. Kalau dia tak nak, alang minta fasakh", tekad ayatnya kali ini.
"Astagfirullah, Mawar Athirah. Ayah tak ajar tau macam ni, bawa la berbincang", ada nada kesal dalam nada Aziz
"Tak ada apa nak dibincangkan, lepas alang discharge. Alang balik kampung ikut ayah", balas Mawar lagi.
"Tak boleh! Kamu kena balik rumah Ariff, dia boleh jaga kamu berpantang", pujuk Aziz kembali ok.
"Balik kampung atau ayah nak alang pergi lagi? but this time alang jamin, tak ada siapa yang tahu dimana alang berada", ugut Mawar.
Aziz meraup wajahnya. "Baiklah, kamu boleh balik kampung"
Ariff yang berada di luar bilik Mawar dari tadi, terasa lemah lutut mendengar segala percakapan Mawar
Bagai disambar kilat dihatinya!
---
"Sabar ya. Mommy rasa dia marah sekejap saja tu, emosi orang perempuan kan? lepas ni pujuk dia lagi ya", Zahidah mengusap lembut bahu Ariff.
Rasa kasihan melihat nasib anaknya ini! Nasib dia dan suami juga besan nya boleh menjaga Kautharr dan Zarithh. Kalau tak, tak tahu apa yang terjadi!
"Tak mommy, dia nampak tekad dengan keputusan dia kali ni", Ariff menggeleng.
"Kamu pujuk la lagi, jangan mudah mengalah ya. Sebelum ni boleh saja, mungkin dia marah masa tu", nasihat Zahidah lagi.
Perlahan kepala digeleng lemah.
"Tak, Ariff akan ikut kehendak dia. Kalau lepas dia discarge nanti dia nak cerai. Ariff akan tunaikan, tak perlu buat tuntutan fasakh", sayu saja nada Ariff.
"Ya allah lang, fikir masak-masak. Kamu berdua ada anak, tak akan nak biarkan mereka membesar tak cukup kasih sayang?"
"Alang nekad. Kali ni alang tak nak dah seksa dia, dia pernah menderita dulu. Kali ni, kalau itu yang keluar dari mulut dia. Alang akan turut tanpa membantah", Ariff terus bangun meninggalkan mommynya.
Tetapi tiada siapa tahu dalam hatinya, terletak tinggi harapan untuk mereka tidak berpisah. Rasa cinta dan kasih pada Mawar masih mekar dalam jiwanya
---
Didalam bilik dia sudah memblock dan membuang nombor Sofea terus, bila Sofea tak habis-habis menelefon dirinya.
"Aku tak akan layankan kau dah. I'm enough untuk hancurkan rumah tangga sendiri. Aku kena berubah", tekad Ariff.
---
Sedar tak sedar, Mawar sudah boleh keluar hospital harini. Rahimnya sudah dibersihkan sepenuhnya, jadi dia hanya akan berpantang.
Rupanya dalam tak sedar, ada satu nyawa yang sudah menumpang didalam rahimnya selama 5 minggu ini..
Huh! Bodohnya dia tak tahu diri sendiri mengandung!
Dalam kepalanya sekarang masih memikirkan masa depan hubungannya bersama Ariff.
Patut kah dia berpisah? atau dia perlu memikirkan masa depan Zarithh dan Kautharr juga?
Akhirnya dia bersetuju untuk teruskan hubungannya tak mahu menjejaskan kehidupan anak-anak. Lagipun dia dah berjanji tak mahu libatkan mereka jika terjadi sesuatu antara dia dan Ariff.
---
TO BE CONTINUE...
Hahah... so mcm mne cite hari ni? korang suka or masih tak puas hati, stay tuned ok
Share this novel