MAWAR baru teringat kan ibu ayahnya di Malaysia 'Macam mana boleh lupa ni?!'
Mawar mencapai iPhone di poketnya dan menghidupkannya seperti biasa. Beratus-ratus orang menghantar pesanan di whatsapp.
Membuatkan Mawar lagi terkejut.
"Cinta hati"
Nombor Ariff yang diset seperti itu, tertera di roll paling atas dengan chat terakhir dihantar berbaki 15 minit lepas.
"Bukan dia benci sangat dengan aku? ni sampai beria-ria chat aku pula aku kenapa?", Mawar dengan pantas keluar dari aplikasi itu dan terus ke app 'call'.
Nombor ayahnya di dial. "Assalamualaikum sayang", balas suara di sana.
"Waalaikumussalam. Ayah dekat mana tu? ada orang lain dengar tak?", tanya Mawar risau.
"Tak, ayah dalam bilik dengan ibu kamu ha", balas Aziz mesra.
"Kalau macam tu, tak apa. Alang nak cakap, alhamdulillah. Alang dah selamat sampai dalam 10 jam lepas, sorry baru teringat nak call ayah", lembut Mawar meminta maaf.
Dia sampai di Italy dekat pukul 2 pagi juga malam tadi, sempat di melirik jam sebelum memejamkan mata.
"Tak apa ayah faham, kamu dah selamat sampai tu pun. Lega dah ayah dengar", Aziz mengucap syukur.
"Tanya la, betul ke dia memang tak sayangkan banglang dah", Watie berbisik di telinga ayah.
"ish awak sabar la. Tak akan terus terus nak masuk line saja", balas Aziz turut berbisik.
"Apa ayah cakap tu, alang tak dengar la", Mawar seakan mendengar ayahnya berkata tapi tak jelas.
"Eh tak ada sayang, ni kamu duduk dengan siapa?", tanya Aziz menukar topik.
"Ha tu yang kaklang nak cerita. Alang jumpa satu family melayu ni tau dalam flight yang sama. Terus alang jadi anak angkat dia orang, and now stay dekat rumah dia orang la", maklum Mawar.
"Alhamdulillah, tapi tak menyusahkan mereka ke?", tanyaa Aziz serba salah.
"Mulanya alang pun kat macam tu juga, tapi dia orang semua ok. Baik sangat yah dia orang layan alang", cerita Mawar semangat.
"Elok la tu, allah mudahkan pengajaran kamu di sana. Boleh cepat cepat balik", kata Aziz sayu.
Mawar tetiba rasa tak kena. "Ayah ni alang baru sampai, tak akan nak suruh balik dah. Nothing chance la kalau macam tu", Mawar menidakkan.
"Kamu jujur dengan ayah, boleh?", nada Aziz menjadi lain. Serius semacam.
"Hmm, apa dia yah?", tanya Mawar.
"Kamu pergi sana nak tenangkan diri ke? Atau kamu memang nak larikan diri dari Ariff, kamu dah benci dia kan?", serius saja nada Aziz
Mawar terdiam seketika!
"Please ayah, jangan sebut fasal dia. I hate to hear it, alang nak buka buku baru disini", tekad Mawar.
"Ayah ada ajar anak ayah dari masalah ke? Larikan diri ni tak selesai kan apa-apa pun Mawar Athirah", nada Aziz masih sama.
"Alang malas nak jawab fasal dia, kalau ayah anggap alang lari dari masalah alang. Anggap la sebab alang pun dah tak tahan", bertukar sebak ayat Mawar
"Dia tuduh alang curang belakang dia. Tapi dia terang terang duakan alang tanpa alang sedar. Terang dan nyata bukti tu sendiri ada dalam phone dia", Mawar malas mengingat.
"Sakit ya, sakit. Kalau setakat dia layan alang dengan teruk, boleh terima lagi. Tapi tidak menduakan, curang tu pilihan dia!"
Akibatnya sekarang, dia sudah ditemani airmata. "Sayang, I'm sorry", pujuk Aziz
"Tak apa la ayah. Alang nak ingatkan tau, jangan bagi tahu sesiapa pun. Ibu, ayah dan alang saja yang tahu benda ni. Janji ya?", Mawar mengesat airmatanya.
"Ayah janji sayang, no one will about this", janji Aziz
"Lagi satu lepas ni mungkin alang tukar nombor phone. Nanti alang akan call ayah guna nombor baru tau", Mawar memaklumkan.
"Perlu ke sampai tukar nombor? Kamu sayang nombor ni kan?", tanya Aziz hairan.
"Benda yang kita sayang tu la kita kena lepaskan", selamba ayat Mawar disitu.
"Suka hati kamu la, ayah ikut saja", balas Aziz
"For today, boleh tak ayah send gambar my dear? I miss him so much", pinta Mawar.
"Of course alang, jap. Alright dah send", Mawar terdengar notification.
"Thank you ayah, take care tau. Jaga my son for me, dia saja nyawa alang sekarang", pesan Mawar jujur.
"Don't worry, kamu pun jaga diri di sana tu ya. Jangan terlampau ikut kan sangat budaya sana tu", pesan Aziz pula.
"Inshaallah yah. Bye assalamualaikum", Mawar meletak panggilan setelah ayahnya menjawab salam.
---
Mawar cuba bertenang semula dan membuka whatsapp perlahan. 'My hero', tertera paling atas, ditekannya.
Jelas gambar Kautharr sedang lena tidur di bilik mereka. Salah bilik Megat Ariff sahaja!
"Mama miss you so much. Kalau dengan awak ni, memang mama homesick cerita dia tau"
Mawar mengusik screen iPhonenya seakan mengusik wajah anaknya.
"Anak awak tu kan?", tegur suara di belakang.
'Bila masa pula mamat ni balik? Eh aku ni, buat macam ni rumah aku pula. Dah sah sah ni rumah family dia, lantak dia nak balik bila pun', desis Mawar.
"Berapa lama awak dekat situ?", tanya Mawar tanpa perlu berpaling.
"Cukup lama untuk mendengar segalanya", terus dilabuhkan punggung di sebelah Mawar.
"Awak ok?", tanya Naim ikhlas.
"Hmm", malas mahu berkata, semua lelaki itu sudah dengar. Mahu jelaskan apa lagi?
"Perlu ke buat semua ni?", setelah masing-masing beberapa minit, Naim bertanya.
"Awak tak berhak tahu, ni masa silam saya", tegas ayat Mawar.
"Saya tak suka tengok awak bersedih macam ni. Hati saya rasa nak tercabut tengok tangisan awak", jujur lelaki itu berbicara.
"Tak ada siapa suruh awak tengok", malas saya Mawar mahu menjawab
Lagi lagi soal hati dan masa silamnya ini, dah la tidak sampai 24 jam dia kenal lelaki ini. Mahu saja lelaki ini baik mahupun jahat. Siapa yang tahu?
"Ok fine, saya tak paksa awak cerita. Anything can I help?", lelaki itu memberi sepenuh perhatian kepada Mawar.
"Maksud awak?", Mawar memalingkan muka.
"Saya dengar ada orang nak tukar nombor phone. Mana nak beli tu, tahu ke?", perli Naim.
'Cis kenakan aku balik', desis Mawar.
"Awak boleh tolong ke?", tanya Mawar perlahan.
"Of course, my rose. Jom sekarang kita beli", Naim bangun dari duduknya.
"Eh dia ni, orang tak da la nak sekarang. Cuma boleh la awak tolong simpan satu gambar ni?", pinta Mawar menundukkan wajahnya.
Naim kembali duduk. "Gambar apa?", tanya Naim lembut.
"My son", Mawar menyerahkan iPhonenya.
"Boleh, done. Saya dah transfer dekat phone saya", Naim menunjukkan iPhonenya pula yang terpapar gambar Kautharr.
"Terima kasih", Mawar mengambil iPhone perlahan.
"Jom la awak keluar, kita cari nombor baru. Saya tengah free ni", ajak Naim tersenyum.
"Saya tak nak, petang sikit la", kata Mawar kembali memandang iPhonenya.
Chat di roll kedua dibukanya tanpa membaca ayat dihantar. Siapa lagi kalau bukan 'Cinta hati'?, tangan Mawar laju menaip.
+Saya tak akan bebankan hidup tuan, pergi la bersama wanita idaman tuan tu. Kautharr juga saya serahkan kepada tuan. Jaga la dia sebaik mungkin walaupun dah ada anak lain nanti, dia masih darah daging tuan. Salam, Mawar
Terus dia keluar dari aplikasi itu dan segera mematikan telefon bimbit. Ini semula akan menjadi kenangan sahaja, dia bersedia untuk menempuh hidup baru.
"Saya nak naik atas, awak ni... " tergantung ayat Mawar tidak tahu mahu menyambung apa.
"Saya balik lunch saja, awak naik la", lembut sahaja Naim membalas.
"Okay, selamat menjamu selera", Mawar bangun dan naik kebilik nya.
'Kuat betul dugaan awak diusia semuda itu', Naim menghantar pemergiaan Mawar dengan pandangan mata.
---
"Aunty, uncle dah lama ke dia macam tu?", tanya Farhan risau.
"Sejak Mawar pergi semalam la. Dia kurung diri dalam bilik, makan tak nak, kerja tak nak", balas Aziz sayu.
"Bro, kita tengok dia jom", cadang Faiz.
"Boleh ke uncle?", tanya Farhan lagi
"Boleh, kamu tengok sekali nasihat dia. Tak baik kurung diri macam tu", pesan Aziz
Mereka memandang ibu. "Jangan risau, aunty baru call mommy dia. Kejap lagi besan aunty pun datang, kamu naik saja dulu"
Seakan faham maksud pandangan mereka, Watie menjawab.
"Terima kasih aunty uncle. Kejap ya", naik la mereka berdua ke bilik Ariff.
---
Klek!
Terbuka pintu bilik Ariff, nasib la cik Da sempat memberi kunci pendua kepada mereka
"Wei, ni bilik ke tonggang pecah ni?", tanya Farhan berbisik.
"Woi diam la. Kau ni bukan memujuk, makin murung budak tu nanti", nasihat Faiz dalam nada berbisik juga.
"Ya allah jantan apa ni berselubung dalam selimut", mereka melihat Ariff bergulung dalam selimut di atas katil.
"Bro, kau buka langsir tu dulu. Biar aku kejut dia", arah Faiz kepada Farhan.
"Ha aku tolong kutip sekali la baju dia yang berterabur ni", Faiz mengiyakan kata Farhan.
"Wei bangun bangun. Tengah tengah hari buta kau berselubung ni kenapa?", Faiz menarik selimut dari menutup tubuh Ariff.
"Apa ni, jangan kacau aku la", Ariff menarik kembali selimutnya.
"Wei bangun la. Mana janji kau kata nak jaga Kautharr bagai. Last last parents in law kau yang jaga dekat bawah tu", sekali lagi Faiz menarik selimut itu.
Berjaya ditarik dari selimut itu terus berada di atas katil. Dicampak ke tepi selimut itu. "Wei selimut aku tu"
Itu la satu-satunya perkara yang boleh mengingat dia kepada Mawar. Semua barang yang diberinya tiada satu pun dibawa, masih terletak elok di tempat asal.
"Biar kan selimut tu. Kau bangun sekarang. jangan perangai tak matang sangat nak acah acah murung dekat sini", Farhan yang sudah siap mengutip itu menghampiri Ariff.
"Tunggu apa lagi. Bangun la, pergi mandi sana. Kau ingat kau anak raja, ada orang tolong mandikan", tegur Faiz melihat Ariff yang masih berbaring di atas katil.
"Aku nak tidur la", Ariff menekup mukanya dengan bantal.
"Megat Ariff, wake up", terdengar suara mommy tegas di muka pintu.
"Eh aunty. Ha nasib aunty datang, liat sangat dia nak bangun", Farhan mengundur kebelakang memberi laluan kepada mommy.
"Haah memang dia ni, biar aunty ajar sikit", balas Zahidah geram.
Mana tidak nya, besannya call menyatakan Ariff mengurung diri dalam bilik selepas Mawar pergi tinggalkan dia.
Bila ditanya kemana Mawar pergi, baru diceritakan semuanya. Mahu tak geram dengan anaknya yang seorang ni, ada ke patut buat isteri sebegitu.
"Wake up now!", tegas ayat mommy mengambil bantal yang menutup muka Ariff
"Mommy", rungut Ariff kasar.
"Kau nak mommy heret kau depan kawan-kawan kau tak. Kalau nak mommy tak ada masalah", ugut Zahidah
"Ish", Ariff dengan terpaksa membuka matanya dan duduk membetulkan rambutnya.
"Ya allah lang. Mata kau kenapa jadi macam ni?", Zahidah terus menelek mata Ariff yang kelihatan merah menyala itu.
"Bro, jangan kata kau menangis sepanjang malam?", ujar Faiz.
"Memang sah la ni, dah siap. Mommy bawa pergi klinik", balas Zahidah
"Tak nak la mommy, nak duduk rumah", rungut Ariff lagi.
"Boleh tak mulut ni berhenti mengurut. Tak payah nak meratapi nasib diri tu sangat, salah sendiri kan", perli Zahidah
Ariff terus memandang tepat muka mommynya. "Mommy tahu semuanya", ringkas ayat Zahidah
Ariff menunduk. "Mommy faham, sekarang kau bangun. Kita pergi klinik, banyak lagi amanah yang kau kena pikul kan", pujuk Zahidah lembut.
"Mommy"
Dia menangis semahunya dalam dakapan mommy. Tidak dipedulikan lagi sesiapa yang ada disitu, sungguh dia sedih sekarang!
---
"Amboi long, kemain kamu ya?", tegur Aisyah muncul dari dapur.
"Eh kemain apa pula, mi?", Naim menggaru kepalanya.
"Umi dengar long, jangan nak buat buat tak tahu", Aisyah buat muka menyampah.
"Ala umi ni, along sembang sembang kosong saja", Naim membela dirinya.
"Jangan nampak desperate sangat long, dia baru saja pindah sini. Jangan sebab kamu nanti, dia pindah keluar", nasihat Aisyah lembut
"Mana ada along desperate, bukan along paksa dia ke apa", balas Naim.
"Kita tak tahu apa yang dia alami selama masa silam dia. Jadi umi nasihatkan kamu biar dia tenangkan diri dulu, tak payah sibuk sibuk nak masuk jarum", Aisyah menggeleng.
"Hmm, ok la. Along tak kacau dia dah", Naim akur.
"Ni tadi umi dengar dari dapur orang tu balik nak lunch kan. So, tunggu apa lagi tu? Dah tak nak balik office lepas ni?", tanya Aisyah memerli.
"Ala umi main perli perli pula, nak lunch la ni. Jom lunch sekali", Naim bangun menarik tangan uminya ke meja makan.
"Tak payah, kamu makan la umi teman. Kejap lagi umi nak makan Mawar", bagi tahu Aisyah.
"Amboi sejak ada Mawar ni, tak nak makan dengan along dah ya? sampai hati", Naim membuat muka seperti merajuk.
"Alololo, tak padan dengan dah tua. Ya la, umi makan sekali", tersengih Aisyah melayan kerenah anak lelakinya.
Naim tersenyum dan siap menghidangkan makanan di depan umi. "Jom duduk, kita makan"
---
"Syed, jumpa I sekarang", menangis nangis suara di hujung talian
"Hey calm, why? Tell me", balas Syed risau.
"I dekat rumah I, datang sekarang", pinta Tasya merayu rayu.
"Ok, I datang. Calm yourself first", Syed mencapai kunci rumah.
"Bik Lia, bagi tahu umi dengan abah saya keluar kejap tau", sempat Syed berpesan kepada pembantu rumahnya.
"Baik tuan", jawab Bik Lia.
---
"Assalamualaikum Tasya", terus Syed memberi salam sampai di rumah Tasya.
"Eh Syed, ada apa kamu dekat sini?", tegur Tan Sri Zakuan, daddy Tasya.
"Saya nak jumpa Tasya uncle, dia ada?", balas Syed penuh budi bahasa.
"Ada dekat atas tu, masuk la", Zakuan mempersilakan Syed masuk
"Thanks uncle", Syed tersenyum dan berlalu masuk ke dalam rumah.
---
"Tasya, I ni", pintu Tasya diketuk.
"Syed", pintu dibuka dan Tasya lantas memeluk Syed.
"Hey, tell me. Why?", Syed mengusap belakang Tasya lembut.
"I-I", tergagap-gagap Tasya memberitahu.
"Ok ok, relax. Duduk la dulu, you story dekat I ya?"
Syed menarik Tasya duduk di ruang tamu kedua yang tidak jauh dari mereka.
"Story perlahan-lahan, I dengar", pujuk Syed duduk disebelah Tasya.
"I-I pre-pregnant", takut-takut Tasya memberitahu. Dia menghulurkan pregnancy test kepada Syed.
Syed terkejut tetapi dia cuba berlagak tenang. "You dah check betul-betul?", tanya Syed lembut.
"Dah, dah 3 kali I check. Semua positive", balas Tasya sayu.
"Ok calm, siapa ayah dia?", pujuk Syed lagi.
"Tak payah, lelaki tu tak berhak digelar ayah", Tasya berubah marah bila menyebut nama 'Terry'.
"Tasya, dia perlukan ayah dia. So tell me siapa ayah dia?", Syed masih dengan nada yang lembut.
"Terry", balas Tasya menyampah.
Bertambah terkejut la Syed mendengar semua pengakuan yang keluar dari mulut Tasya.
Tapi tiada apa yng boleh dibuat, perkara dah berlaku. Anak dalam kandungan Tasya juga tidak bersalah
"Kita bagi tahu dia", selepas berfikir, itu la yang sepatutnya.
"No. A big NO, I tak nak Terry tahu anak ni wujud", larang Tasya keras.
"Tasya, listen to me", Syed memangkat wajah Tasya memandangnya.
"Dalam dunia ni kita tetap perlukan kedua-duanya, bukan salah sorang. Same goes to your child, dia perlukan ayah dia", biasa ayat Syed tapi masih ada tegas dalam ayatnya.
"I takut, I takut dia suruh I gugurkan anak ni. Dia tak salah", Tasya memegang perutnya yang masih kempis.
"I tak akan izinkan perkara tu berlaku. Selagi I hidup, selagi tu juga la anak dalam kandungan you ni akan hidup", janji Syed lembut.
"Terima kasih Syed", Tasya memeluk Syed erat.
"Sekarang kita bagi tahu mommy daddy you ya", Syed berkata sambil membalas pelukan Tasya.
"Tak boleh, daddy marah nanti", wajah Tasya kemabli sedih.
"I kan ada", Syed tersenyum.
Dengan lambat Tasya mengangguk. Mereka pun melangkah turun ke bawah di ruang tamu.
---
"Aunty uncle, Tasya ada perkara nak bagi tahu", ujar Syed bila sampai didepan orang tua Tasya
Datin Sri Aurora memandang suaminya disebelah. "Hmm duduk la", balas Zakuan.
"I takut", bisik Tasya perlahan smbil menggenggam tangan Syed.
"I'm here", Syed mengangguk sambil menarik tangan Tasya duduk
"Dila, bawakan air untuk tetamu", arah Aurora kepada pembantu rumahnya
"Baik Tengku", balas cik Dila terus berlalu ke dapur.
"Yes ada apa? cakap la aunty dengan uncle dengar", Zakuan memulakan.
Syed memandang Tasya penuh makna seakan menyalurkan keberanian. Tasya menarik nafas dalam.
"Tasya pregnant", lancar sahaja di mulut Tasya.
Pang!
Tamparan Zakuan terus hinggap di pipi Syed. Syed memegang pipi yang terasa kejang.
"Daddy, bukan salah Syed", menangis Tasya melihat daddynya yang sedang marah itu.
"Yang kau bela lagi jantan yang buntingkan kau kenapa ha?", jerkah Zakuan geram.
"Abang, sabar. Bawa berbincang", pujuk Aurora kepada suaminya.
Siapa tidak terkejut satu satunya anak mereka boleh mengandung sedangkan belum ada ikatan yang sah.
"Ni anak Fakhrul", balas Tasya perlahan.
Lagi la terkejut orang tuanya itu, nampak saja diluar Fakhrul itu baik dalamnya tiada siapa tahu.
"Habistu Syed buat apa dekat sini?", tanya Aurora lembut.
"Dia la bagi Tasya kekuatan, kalau dia tak ada. Dah lama Tasya lari dari sini", balas Tasya bagi pihak Syed.
Syed hanya diam dari tadi, tak mahu mencampuri urusan anak beranak di hadapanya itu.
Zakuan terduduk kembali. "Call Dato' Yusuf sekarang mommy", arah Zakuan.
"Daddy, jangan la", Tasya bangun melutut di depan daddynya.
"Kau nak biar perut kau dah besar, baru nak heboh satu dunia. Tak ada, call sekarang mommy", Zakuan tidak mempedulikan Tasya yang melutut itu.
"Saya setuju uncle", bersuara juga Syed setelah lama mendiam.
"Tunggu apa lagi, cepat la mommy", tegur Zakuan melihat isterinya teragak-agak.
"Baik abang", Aurora mendial nombor Dato' Yusuf.
---
"Apa ni daddy?", rungut Terry geram melihat daddy mengheret dia.
Tambahan lagi terkejut, daddy mengheret dia masuk ke rumah Tasya. 'Sial punya perempuan'.
"Kau masuk sekarang, assalamualaikum", terus-terusan Dato' Yusuf menarik anak tunggal itu.
"Awak pun cepat la sikit", tegur Dato' Yusuf kepada isterinya yang berlari mengejarnya dibelakang.
"Ye abang, saya tengah cepat ni", langkah Datin' Ayu dilajukan.
"Dah sampai Dato', masuk la", Zakuan mempersilakan mereka masuk.
'Shit apa jantan tu buat dekat sini?', desis Terry melihat Syed duduk disebelah Tasya.
"Duduk Fakhrul, kau jangan nak pergi mana-mana", tegas ayat Yusuf.
"Dato', tak apa. Dato' dengan Datin duduk la juga", Aurora mempersilakan.
"Kau mengadu apa sial dekat uncle?", bisik Terry disebelah Tasya juga.
"Tasya bangun duduk sini", melihat muka cuak Tasya, Syed tahu Terry sedang mengugutnya.
Tasya tidak bersuara menukar tempat duduk Syed. Syed pula yang berada di tengah sekarang.
"Fakhrul kau bagi tahu sekarang", jerkah Yusuf
"Bagi tahu apa daddy ni, mana la Fakhrul tahu", nafi Terry. Sesekali dia merenung tajam Syed disebelahnya.
"Jangan malukan daddy Fakhrul. Kau nak bagi tahu, atau daddy sendiri laporkan dekat polis", geram Yusuf.
Gelabah Terry mendengar perkataan yang keluar dari mulut Daddynya, apa lagi iya melibatkan polis.
"Tak perlu Dato', benda boleh bincang. Tak perlu bawa ke polis, nanti nama kita terjejas", nasihat Zakuan tegas.
"Bagi tahu Fakhrul, apa Fakhrul dah buat sebenarnya", pujuk Datin Ayu kepada anaknya.
"Fakhrul tak buat apa mommy, perempuan ni saja reka cerita kot", balas Terry geram.
"Watch your mouth Fakhrul, jangan sampai daddy lempang kau dekat sini", Yusuf semakin geram dengan perangai anaknya yang semakin kurang ajar.
"Tak apa kak. Cuba Fakhrul cerita, Fakhrul buat apa dekat anak aunty?", Aurora lembut bersuara.
Fakhrul diam tidak menjawab. "Tak apa kau pilih nak diam pula. Tasya, apa yang anak Uncle dah buat pada kamu?", Yusuf bertanya pada Tasya pula.
Tasya menoleh ke kanan iaitu memandang Syed. "Tell the truth", lembut suara Syed.
Tasya mengangguk. "Saya pregnant anak Fakhrul", jelas percakapan Tasya.
"Tak daddy! perempuan ni menipu", laju saja Terry menidakkan.
Dush!
Kali ni Syed pula menumbuk muka Terry. "Kau buat anak orang mengandung, kau tak mengaku"
"Syed sabar sabar", Tasya menahan Syed yang mahu menumbuk Terry lagi.
"Lepas dia buat you pregnant, senang senang saja dia nak lepas tangan", geram Syed.
Mereka ibu bapa hanya terdiam memikirkan cara untuk mengekalkan nama baik masing-masing.
"Hujung minggu ni kamu nikah", balas Yusuf tekad.
"No daddy, Fakhrul tak nak", sempat lagi Fakhrul menolak dalam keadaan bibir yang sudah berdarah itu
"Daddy tak suruh kau pilih, itu keputusan daddy. MUK.TA.MAD", balas Yusuf tegas.
"Maaf la kami malukan keluarga Tan Sri, saya balik dulu", Yusuf meminta diri.
"Tak apa, kita dah bincang pun. Yang penting sekarang cucu kita tu", balas Zakuan.
"Saya minta maaf atas perlakuan anak saya", giliran Ayu pula.
"Kita pun pernah muda, kita tahu rasa jadi muda tu. Tak boleh nak salahkan mereka 100 peratus kak", balas Aurora.
"Dah jom balik, kau nak tunggu apa dekat sini?", tegur Yusuf kasar.
Terry dengan menyampahnya bangun dan terus berlalu keluar dari rumah tanpa bersalam dengan sesiapa.
"Maaf ya", Ayu meminta maaf.
"Tak apa, balik la. Bawa berbincang elok-elok dengan anak", balas Zakuan pula.
---
TO BE CONTINUE..
Sendiri yang cari masalah kan.. padan muka si Ariff ni, Mawar akan bina hidup baru tanpa dia sikit pun... Korang macam mana? ok tak, mesti meluat dengan perangai Naim kan, haha. Memang annoying Naim tu, pening sis. Btw stay tuned ok.. Kalau pemurah tu, boleh la support sis. Kalau tak, cukup korang follow and comment banyak banyak. Boleh kan? Muah sayang you guys :)
Share this novel