EPILOG

Romance Completed 43926

BERGEMA lagu Suasana Aidilfitri dipasang di ruang tamu rumah ibu. Hari ni mereka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

"Cantik nya anak buah Ucu ni", puji Zanirah kepada Zarithh.

"Makcu pun cantik juga", balas Zarithh tersenyum.

"Dah siap lang? meh sini tolong ibu bawa lauk ni pergi ruang tamu", panggil Watie dari dapur.

Ain mengalihkan memandang Mawar pula. "Amboi amboi meriahnya baju dia ya, siap bling bling lagi", puji Ain.

Mawar tertawa kecil. "Banglang la punya idea ni kan?", tambah Ain lagi.

"Pandai la adik ni, tak sia-sia abang taja pelajaran dekat U tu", balas Ariff tersenyum.

"Eh ni sejak bila suami aku taja kau belajar ni? tak cerita pun", tanya Mawar pula.

"Alah kau ni lang, dah kau duduk Italy tu lama sangat. Apa kau tahu?", Ain membalas.

"Alasan saja kau kan. Kau bukan nya.. ", belum sempat Mawar menyambung, ibunya sudah memotong.

"Astagfirullah. Boleh lagi dia berborak dekat sini, cepat la jom tolong ibu. Kejap lagi family mentua masing-masing nak datang, kan?", pinta Watie.

"Ha ni semalam balik pukul berapa? tak sempat tau ibu nak suruh kamu berdua singgah rumah besan ibu tu dulu", tambah Watie lagi.

"La kenapa bu? ada apa-apa nak kirim ke dekat mommy daddy? bagi tahu la dekat banglang, boleh whatsapp. Sempat ni, rasanya mereka belum gerak lagi", Ariff membalas.

"Tak ada la umi nak suruh datang awal sikit. Kalau sempat boleh la solat sunat hari raya sama-sama, ayah kamu ajak", Watie memberitahu.

"Ouh macam tu ke? Banglang rasa boleh, kejap ya banglang whatsapp mommy", Ariff masuk ke dalam untuk mengambil iPhonennya.

"Ha kamu dik, pergi panggil abang dengan kamu tu bangun. Haish, dah ada pasangan pun tak boleh bangun sendiri lagi. Nanti dah nak pergi masjid, baru kelam kabut nak bangun", Watie membebel

"Ok ibu", Watie terus menghilang pergi kebilik angah dan abangnya

"Cucu-cucu wan duduk dengan atuk dekat depan tu boleh? Mama dengan wan nak siapkan makanan kejap", kata Watie lembut kepada Zarithh dan Kautharr.

"Boleh, bye wan"

Mereka berlalu ke ruang tamu duduk dengan ayah yang sudah ready berpakaian baju melayu bewarna Kelabu untuk ke masjid.

Ya, warna tema family Mawar dan Ariff tahun semua kelabu. Mereka memilih warna itu sebab jarang orang pakai.

"Pergi mana ha malam tadi. seronok eh dating?", usik Watiw menyiku Mawar

"Eleh ibu, macam tak pernah dating dengan ayah", Mawar tersenyum menyakat.

"I'm very happy. Seronok ibu tengok anak ibu tersenyum macam ni, lega hati ibu rasa", luah Watie

"Alhamdulillah bu, biar la apa yang dah berlaku. Kami jadikan pengajaran untuk tempuh masa akan datang", balas Mawar tenang.

"Alhamdulillah. Ibu tak tahu nak kata apa dah? Hati ibu cuma doakan anak-anak ibu bahagia. Ibu ni tunggu masa saja Allah jemput, kamu tu nak hadap kehidupan lepas ni", kata Watie sayu.

"Ish ibu ni tak nak la cakap macam tu. Ingat tua je ke baru meninggal, ramai saja meninggal muda sekarang ni. And syukur sangat, semoga doa ibu tu makbul", Mawar mengusap lengan ibunya tersenyum.

"Dah jom kita ke dapur ya, ibu nak alang tolong kan", Perlahan Mawar menarik tubuh ibunya ke dapur.

---

Selesai solat sunat hari raya berjemaah tadi, mereka berkumpul di ruang tamu untuk menangkap gambar. Pelbagai aksi mereka buat menggelikan hati.

"Hmm! hmm! excuse me", Ariff menarik perhatian mereka.

Satu demi satu menghalakan pandangan kepada Ariff. "We have a good news for you all", Ariff berkata.

Ariff memandang Mawar. Mawar mengangguk, kemudian pandangan dikalihkan semula.

"Mawar pregnant kembar!", semangat Ariff memberitahu.

Riak terkejut bertambah bahagia di wajah masing-masing. "Alhamdulillah", ucap mereka.

"Berapa minggu dah lang?", tanya Akiff.

"18 weeks dah long, dia sengaja sorokkan sebab tu lambat tahu", balas Ariff.

Mereka semua tertawa kecil. "Alhamdulillah, seronok mommy dengar. Dah tahu ke jantina mereka?", tanya Zahidah pula.

"Both mommy", balas Mawar pula.

Hmm!

Seseorang berdehem pula. Mata dihalakan ke arah Adiff.

"Sebenarnya Diff pun ada something nak bagi tahu semua", kata Adiff

Mereka semua menantikan sambungan ayat abang. "Difff, nak kahwin bulan depan"

Ayat Adiff tak menarik perhatian, tapi gadis bertudung labuh yang baru muncul didepan menarik perhatian ramai.

"Wow, ni ke bakal isteri adik? Masuk masuk", Zanirah menjemput wanita itu masuk.

Wanita itu mengangguk. "Assalamualaikum semua, saya Ilyana. Boleh panggil saya yana"

"Ilyana, ha jemput jemput masuk. Buat la macam rumah sendiri", Watie menjemput Ilyana masuk.

"Yana, betul ke nak kahwin dengan Diff ni?", tanya Mawar. Adiff memandang Mawar tidak percaya.

"Yana memang layak untuk Diff. Tapi saya rasa macam Diff saja yang tak layak untuk Yana", Mawar tertawa kecil.

"Amboi kau seronok kenakan aku ya?", balas Adiff tak puas hati.

"Tah sayang, apa la cakap macam tu. Kesian dekat adik abang tau", Ariff membela Adiff.

"Alhamdulillah makin meriah la family kita lepas ni kan Ziz?", tanya Amirr gembira

"Itu la saya pun gembira sangat. Ya la hari raya macam ni, banyak pula happy news kita dapat kan", balas Aziz ceria.

"Itu la, ha ni ada sesiapa nak bagi tahu apa-apa lagi tak?", tanya Zahidah pula.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Akhirnya ucu mengangkat tangan.

Mata tertumpu ke arah ucu pula tak sabar menanti. "Ucu dapat tukar dekat hospital sama dengan kaklang", balas Zanirah teruja.

"Alhamdulillah, dapat juga", ucap Syuhada pula disebelah ucu.

"Tu la, tak sangka boleh sama dengan kaklang", balas Zanirah lagi.

"Ya lepas ni boleh la kita selalu jumpa, ucu", balas Mawar teruja.

Mereka semua tertawa riang menyambut hari raya yang meriah penuh dengan keluarga. Betapa gembira hati melihat senyuman yang terukir dibibir orang yang tersayang.

---

5 bulan kemudian...

"Abang, sakit abang", Mawar memegang perutnya dan mengerang kesakitan.

"Ya allah sayang, air ketuban sayang dah pecah la, sayang nak bersalin ni. Kejap abang panggil anak-anak and ambil barang sayang", ujar Ariff gelabah melihat katil mereka duduki sudah basah.

Doktor pun sudah menjangkakan hari bersalin makin dekat tapi Mawar berdegil mahu tinggal di rumah.

'Bosan la bang duduk hospital', itu la alasan isterinya, dia hanya akur.

"Kautharr bawa Zarithh dengan barang mama ni masuk kereta, papa nak ambil mama dekat atas kejap", Kautharr mengangguk.

Ariff meluru naik ke atas semula dan melihat isterinya sedang menahan kesakitan dia atas katil sama seperti tadi.

Mereka berdua hanya berehat didalam bilik pada petang itu, sementara anak-anak bermain didalam bilik bilik mainan mereka.

"Sakit abang! sakit!", itu la ayat Mawar ulang dari dalam ruamh sehingga ke dalam kereta

"Sabar sayang, sabar", itu pula ayat yang keluar dari mulut Ariff untuk menenangkan isterinya.

---

Beberapa minit, mereka tiba di kawasan hospital.
"Kita dah sampai, jom anak-anak papa turun"

Terus tubuh isterinya dicempung masuk ke dalam kawasan kecemasan hospital itu bersama anak-anaknya.

"Encik suami ya?", tanya seorang nurse yang bertugas pada petang itu.

"Ya saya", laju Ariff mengiyakan.

"Nak teman isteri ke dalam labour room?", tanya nurse itu sopan.

Dah semestinya jawapan dia ya. Memang dia tunggu saat ini, dia langsung tak mahu terlepas seperti Zarithh dan Kautharr dulu.

"Yes yes please, I want", pantan Ariff menjawab.

"Baiklah, pakai pakaian ni ya. Sila cepat tau encik", nurse itu menyerahkan baju bewarna biru dan masuk kedalam labour room semula.

Ariff pua menghampiri anaknya yang ada dikerusi menunggu ditepi kaunter itu tadi.

"Kautharr, call atuk and nenek ya. Kata mama nak bersalin, pesan dekat nenek kita ada dekat hospital biasa. Papa nak teman mama dekat dalam, sayang duduk dekat sini tau. Dengar cakap aunty ni", panjang Ariff berpesan.

IPhone dihulurkan kepada Kautharr sambil menunjukkan tangan ke arah 'aunty' yang dimaksudkan tadi.

"Okay papa, kata dekat mama kami sayang mama tau". Ariff mencium dahi kedua-dua anaknya itu.

"Tolong saya jaga mereka sekejap ya, thank you", sempat Ariff mengucapkan terima kasih kepasa nurse yang tolong jagakan anak-anaknya itu sebelum berlalu ke bilik persalinan.

'Tunggu abang ok sayang, please kuat untuk kami', desis hati kecilnya.

---

"Ok puan, push perlahan-lahan bila terasa contraction Ambil nafas", arah doktor Adilah.

Doktor Adilah yang memantau Mawar sepanjang tempoh kehamilan dan ketika bersalin ini.

Mawar tarik nafas panjang, sebelum push lagi. "Argh! abang", suara Mawar serak menahan tangisan.

Contraction yang dirasa tadi hanya selama 1 jam sahaja, selebihnya bukaan dah 10 cm. Tak sempat dia mahu mengambil epidural.

Itu yang dirasakan sakit mencengkam sampai ke tangkal hati!

"Sikit lagi sayang, you can do this", Ariff memberi kata-kata semangat.

Tengok keadaan isterinya itu menahan kesakitan pun dia sudah tidak sanggup. Kalau boleh mahu saja dia yang menggantikan tempat Mawar.

Tapi apakan daya, Allah hanya tetapkan keistimewaan itu kepada wanita. Besar sungguh pengorbanan ssorang ibu.

"Sikit lagi puan, dah boleh nampak kepala dah", sambung doctor Adilah lagi

"Abang I can't. Sayang tak tahan lagi dah. Sakit abang, argh!", suara Mawar menahan sakit lagi.

"Sikit lagi sayang, I know you can do this. Anak-anak is waiting for you", Ariff menguatkan semangat isterinya.

"Argh!", jerit Mawar sekali kuat.

"Uwekk.. uwekk.. uwekk..", suara bayi menangis.

"Tahniah puan, anak lelaki cukup sifat", doktor Adilah berkata.

Bayi itu diserahkan kepada salah seorang nurse kerana ada lagi seorang yang perlu diuruskan.

"Ya allah terima kasih sayang", Ariff mencium dahi Mawar penuh sayang.

Mawar tersenyum, tiba-tiba sakit tadi yang baru hilang datang semula. "Argh sakit abang", kali ni jeritan sambil mencakar tangan Ariff.

"Push puan push, kalau lambat boleh lemas nanti baby ni", kata Doktor Adilah cemas.

"Allah abang sakit! argh!", makin kuat jeritan Mawar.

Ariff membiarkan saja tangannya dicakar Mawar, walaupun sudah merah hanya tunggu keluar darah saja luka tu.

"Cepat puan", gesa Doktor Adilah risau.

Mawar yang risau keadaan anaknya itu, tak berfikiran lama. Terus nafas panjang ditarik, dan dipaksa dirinya push lagi.

"Uwekk... uwekk... uwekk..", satu lagi suara baby kedengaran menangis.

Menitis airmata kegembiraan Ariff. "tahniah puan, puan selamat lahirkan anak kembar sepasang", wajah Doktor Adilah sedikit dan ceria dari tadi.

Nafas lega dihembuskan Ariff melihat anak kembar nya selamat lahir. "Alhamdulillah sayang, terima kasih sangat. Jasa sayang melahirkan anak-anak abang sangat besar"

Tubuh isterinya dipeluk ringkas bagi memberikan semangat dan terima kasih.

"En. Ariff boleh ikut nurse ya, biar kami selesaikan yang selebihnya", doktor Adilah memberi arahan.

"Abang keluar dulu ya sayang, nanti abang jumpa sayang dengan the babies dekat luar tau", Ariff memberi ciuman didahi isterinya lagi.

Mawar hanya mampu mengangguk tersenyum. Semua tenaga nya sudah habis semasa melahirkan tadi, malah untuk berbicara pun dia tak larat.

Zap!

Ngilu lagi dirasakan apabila jarum itu mencucuk bahagian wanitanya untuk menjahit akibat terkoyak kesan meneran tadi.

Terangkat-angkat badannya menahan perit!

Ariff pula sudah mengikut langkah nurse itu untuk keluar dari labour room sambil membawa anak-anak baru mereka.

---

"Hai guys", Ariff masuk ke dalam bilik yang ditempatkan untuk isterinya itu dengan membawa bayi-bayi.

"Eh papa tu adik ke?", tanya Zarithh teruja.

"Ya la Zarithh, tak akan tak nampak. Comel nya papa", Kautharr mengusap lembut pipi adiknya yang masih kemerahan itu.

"Saya keluar dulu ya encik", pinta nurse yang menjaga anak-anaknya tadi

"Ok, thank you tengokkan anak-anak saya", ucap Ariff pula. Nurse itu hanya mengangguk dan berlalu keluar dari bilik itu.

"Ada two? Siapa punya lagi satu papa?", tanya Kautharr.

"Dua-dua adik korang, lepas ni kena jaga adik tau. Dah jadi abang dengan kakak kan", Ariff tersenyum ke arah anak-anaknya.

Leka mereka mengusik pipi si kecil itu, agaknya comel sangat kot. Beberapa ketika, bilik mereka diketuk. "Assalamualaikum"

Lalu masuk isterinya bersama doktor Adilah dan seorang nurse. "Eh sayang", tegur Ariff.

Hairan agaknya kerana proses terlalu cepat, manakan dia nak tahu. Sebelum ni dia belum pernah berada bersama isterinya itu bersalin.

Tanpa sedar keluhan kecil dikeluarkan kesal dengan dirinya. "La En. Ariff, dapat baby comel pun mengeluh ke?", tanya Doktor Adilah.

"Eh mana ada doktor. Dah selesai ke semuanya?", Ariff mengusap belakang lehernya.

"Dah. Sekarang En. Ariff kena pantau isteri encik sahaja. Nanti uri saya serahkan dekat encik selepas ni. saya keluar dulu"

Doktor Adilah dan nurse tadi berlalu keluar selepas melihat anggukan Ariff.

"Meh abang tolong", Ariff mendukung Mawar dan diletakkan diatas katil. Kerusi roda itu ditolak ketepi.

Mereka hanya tinggal ber-6 sahaja didalam bilik itu, family dia dan Mawar masih dalam perjalanan.

Ariff mengambil bayi-bayi mereka dan didekatkan kepada isterinya yang sedang berbaring diatas katil.

Ariff menghulurkan bayi lelaki dan diletakkan ditangan kanan isterinya. Mawar tersenyum bahagia, "Cute, lagi seorang?", pinta Mawar perlahan.

"Boleh ke tu? Kuat tak? meh abang tolong ampu sekali"

Ariff mengambil seorang bayi perempuan dan diletakkan ditangan kiri Mawar, tanganya pula menyokong dibawah tangan Mawar.

"Dah azan?", tanya Mawar.

Dia tak mampu berkata banyak seperti biasa, tenaga nya yang hilang masih belum diganti.

"Belum lagi, I'm waiting for you. Mesti sayang nak tengok kan abang azankan. Sayang mesti nak kan?", tanya Ariff mesra.

Pantas Mawar mengangguk. Dia memang mahu melihat Ariff mengazankan anak mereka didepannya kerana sebelum ni Ariff tak berkesempatan.

"Meh", Ariff mengambil bayi lelaki dahulu dipangkun isterinya untuk diazankan.

Mawar tersenyum. Pandangan dihalakan kepada Zarithh dan Kautharr disebelahnya pula hanya tersenyum melihat adik-adik baru mereka.

Ariff memulakan azan. "Allahuakbar allahuakbar..."

Menitis airmata Mawar kerana gembira, dia mengucap syukur didalam hati kerana dia akhirnya dspat mengecapi bahagia bersama keluarga tersayang.

Mata Ariff dan Mawar terpaut lama, masing-masing menguntumkan senyum dibibir dan sentiasa berdoa dalam hati supaya kebahagiaan yang mereka ada sekarang bukan sifat sementara tapi kekal hingga hujung hayat mereka.

Rintangan dan halangan yang dihadapi rumah tangga mereka selama 8 tahun ini akan dijadikan pengajaran untuk masa yang akan datang.

-TAMAT-

P/S : Terima kasih kepada semua readers yang menyokong sis selama ni, thank you sangat korang sanggup baca and tunggu sampai novel ni habis. I hope korang tak kecewa la dengan ending dia ok. Support la 'Petunjuk JODOH' ramai-ramai ya. Inshaallah selepas ni sis akan cuba perbaiki lagi penulisan dan akan publish novel second ya. Sayang korang muaahhh. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience