"HONEY, wake up", kejut Ariff perlahan.
"Apa ni tuan? I cuti la", balas Mawar geram tidurnya dikacau.
'What cuti? Nasib baik semalam aku tak... haish', desis Ariff menggeleng kepalanya.
"Cuti ke tak cuti ke, bangun la. Kita nak balik Malaysia kejap lagi", kejut Ariff sekali lagi.
"Kita? tuan balik saja lah", Mawar membali menarik selimut menutup badannya semula.
"Honey, wake up. Abang nak sayang ikut abang balik juga", Ariff menarik badan Mawar untuk duduk.
"Hish bising la", Mawar menggosok rambutnya kasar, getah rambut ditangan disimpul dirambut.
"Ha tuan nak apa?", tanya Mawar membetulkan duduknya.
"Ikut abang balik Malaysia", Mawar buat tak dengar dengan ayat Ariff.
"Jangan buat tak dengar. Jom, biar abang tolong pack baju Zarithh, sayang siapkan diri saja", Ariff bangun dari katil.
"Ish boleh tak jangan paksa I?", dengus Mawar geram.
"I don't like repeat my word honey!", nada Ariff serius kemudian terus masuk ke bilik air.
'Memaksa betul la!', Mawar serabutkan ikatan rambutnya semula
----
"Once again, Wa minta maaf umi sebab kehilangan Naim", sayu saja ayat Mawar.
Mereka ber-4 sudah siap mahu pulang ke Malaysia. Dengan keterpaksaan, Mawar akur sahaja.
"I told you before right, umi tak pernah salahkan Wa", Aisyah memeluk anak angkatnya itu.
"Terima kasih for everything, banyak sangat umi sekeluarga bantu Wa. Tak terbalas jasa semua untuk 5 tahun ni", Mawar berkata.
"Jangan cakap macam tu, walid suka kamu ada meriah rumah ni ada Zarithh ni ha", Mikhail mengusap pipi Zarihh lembut.
Mawar meleraikan pelukan. "Walid banyak bagi nasihat dekat Wa. Terima kasih ya, Wa dah anggap walid macam ayah Wa sendiri", Mawar cuba tersenyum manis.
"Itu semua apa yang termampu saja. Kalau free nanti, datang la sini selalu. Walid dengan umi ada je dekat sini", balas Aisyah mesra.
"Inshallah umi walid, Banyak Wa belajar dari family korang. Dekat rumah ni juga, korang semua bagi kasih sayang dekat Zarithh. Terima kasih", tek henti-henti ucapan terima kasih keluar dari mulut Mawar.
"Tak la kaklong, banyak betul thanks. Nanti datang la sini selalu tau, kakdik rindu dekat kaklong", Raudhah memeluk Mawar pula.
Airmata menitis juga.
"Ya kakdik, Wa pun selalu rindu kakdik dekat sana nanti. Ingat pesan Wa, jaga diri tu tau", Mawar terasa ada usapan di belakangnya, dah tentu Raudhah
"Kaklong jangan la nangis, nanti angah pun nangis juga", Raudhah meleraikan pelukan dan mengusap airmata Mawar.
"Wa janji akan datang sini selalu. Dekat sini banyak kenangan indah Wa cipta dengan Na.. ", terhenti kata Mawar teringat Ariff disebelahnya.
"Kenangan indah dengan korang semua la", Mawar membetulkan ayatnya.
"Kaklong pun jaga diri tau dekat sana. Nanti ada masa kakdik ajak umi dan walid datang Malaysia", giliran Mariam memeluk Mawar.
"Confirm ada punya. Ajak Mukhriz ni balik kampung, dah lupa asal usul agaknya", usik Mawar.
Ada cerita tak? Sebenarnya Mukhriz ni adalah classmate di kampung dulu, kecil kan dunia?
"Amboi kau, kenakan aku depan family mentua aku ya?", balas Mukhriz mencebik
"Kakdik, laki kau dah merajuk. Nanti pujuk la ya", Mawar berbalas pelukan dengan Mariam
"La hubby ni, mengada lebih. Biarkan saja je kaklong", Mariam melepaskan pelukan.
"Bye anak buah maklong, Yusuf be a good boy ya", Mawar mengusap lembut pipi Yusuf.
"Yusuf love makyong", kata Yusuf dengan pelatnya sambil memeluk kaki Mawar
"Alololo, sweet nya Yusuf. Come let me hug you", Mawar bertingung untuk memeluk Yusuf.
"Più tardi, porta tuo padre in Malesia (Nanti ajak daddy balik Malaysia ya)", kata Mawar
"All right makyong", balas Yusuf
"Amboi kau, belum apa-apa lagi, dah hasut anak aku pula", sampuk Mukhriz
"Aku tak hasut ok, aku cakap saja", Mawar kembali berdiri semula.
"Hubby ni biar saja la. Nanti I nak ajak you balik Malaysia selalu juga", balas Mariam
"Haah dik, nanti angah ikut juga tau", Raudhah pula mengiyakan.
"Ha elok, nanti semua orang ya I bawa balik Malaysia. Kau tunggu saja dekat rumah kau Wa", balas Mukhriz surrender.
"Haha, boleh boleh. No problem", Mawar membuat tangan berbentuk 'Ok'
"Bye Raffiq, my handsome boy", kepala Raffiq diusap sayang.
"Bye maklong, take care of yourself ya?". Sekejap saja, dah tujuh tahun Raffiq sekarang, pantas masa berlalu.
"Ok handsome, don't worry. Han, take a good care of my angah ya? Jangan dia bagi sedih dah", pesan Izzah.
"Ya, kau tak payah risau", Sirhan mengangguk
Ariff hanya menjadi pendengar sahaja, tak tahu apa mahu menyampuk. Poketnya bergetar, dan dicapai.
Faiz: Kau dekat mana? Cepat la bro
Ariff mengerling jam ditangan. Dah lambat!
"Sayang flight kita, jom gerak", tegur Ariff memberhentikan tawa Mawar.
'Betul ke apa aku buat, ikut dia balik Malaysia. Kembali degan life lama aku semula?', desis Mawar.
"Ariff balik dulu ya uncle dengan aunty", Ariff bersalaman dengan umi dan walid.
"Ya la, semoga perjalanan kamu selamat", Mereka berdua bersalaman dengan Ariff.
"Bro, aku gerak dulu", Ariff bersalaman dengan Mukhriz dan Sirhan
"Ok, have a safe journey. Aku doakan kau bahagia dengan Mawar", doa Mukhriz.
"Thanks bro, you too", Ariff menepuk bahu Mukhriz lembut.
"Ha dua orang ni, tak reti nak minta maaf", balas Mikhail sinis.
"Eh tak apa uncle, saya tak kisah", pantas Ariff balas.
"Sorry, tak sengaja", Raudhah meminta maaf terlebih dahulu
"It's okay, saya dah maafkan", balas Ariff tersenyum.
"Me too, I'm sorry", tambah Mariam pula.
"Tak apa, korang tak salah. Saya maafkan", Ariff menambah lagi.
"Salam semua princess, prince", Ariff menyuruh anak-anknya.
Laju anak itu menghulurkan tangan bersalaman dengan semua orang mengikut apa yang disuruh.
"Sayang, jom", Ariff menyentuh bahu Mawar.
Tersentak Mawar. "Ha?"
"Jom la kita gerak, orang dah siap salam semua pun", balas Ariff semula.
"Ouh ha ok ok. Bye semua, Thanks a lot again. Muah sayang semua", Mawar melayangkan flying kiss emua masuk ke dalam kereta.
Mereka semua tertawa kecil melihat ragam manja Mawar. "Bye"
---
"Menantu mommy, ya allah rindu mommy dekat kamu", keluar saja dari airport, terus Zahidah memeluk Mawar.
"Wa pun rindu mommy, mommy sihat?", tanya Mawar dalam pelukan mommy.
"Alhamdulillah sihat, kamu sihat?", Zahidah melepaskan pelukan.
"Alhamdulillah sihat juga", Mawar tersenyum manis kepada mommy.
"Ni ke cucu baru mommy?", tanya Zahidah melihat Zarithh disebelah Mawar.
"Haah mi, Zarithh. Salam tokma", Mawar menyuruh anaknya.
"Tokma?", tanya Zarithh disebelah Mawar.
"Ya sayang tokma ni", Mommy menghulurkan tangan kepada Zarithh.
"I have three nenek mama?", tanya anak kecil itu.
Mereka yang disekeliling sudah tertawa melihat gelagat comel Zarithh.
"Yes sayang, but all of them different. This tokma, mama's mother is wan. Dida's mother is grandma", terang Mawar sayu pada ayat terakhirnya.
"Ouh ok I understand. Tokma", Zarithh menyambut huluran tangan mommy.
"Menantu daddy ni sihat?", tanya Amirr pula lepas Ariff sudah menyalami tangannya.
"Alhamdulillah daddy", Mawar menyalam dan memeluk daddynya.
"I miss you", suara Mawar sayu saja.
Memang dia rindu family mentuanya, mereka baik sangat kepada Mawar!
"Ya pretty, daddy miss you too", Amirr mengusap belakang Mawar lembut.
"I'm sorry daddy, tak tunaikan janji", tambah Mawar lagi.
"It's okay, daddy dah bagi dekat Alang", terkejut Mawar mendengar ayat itu.
'Patut masa dekat Italy tak macam khusus pun, rupanya dia boss', desis Mawar.
"Tak apa, nanti abang pulangkan dekat sayang", lagi terkejut Mawar mendengar ayat Ariff.
Pelukan pantas dilepaskan. "Saya tak nak, awak handle saja", panggilan juga harus dijaga depan mentuanya.
"Aba...", Mawar memotong semula.
"Saya TAK NAK", Mawar cuba menegaskan ayatnya.
"Dah dah, jom kita balik. Semua tunggu dekat rumah tu", Amirr mengubah topik semula
"Haah, mommy pun ada masak lauk favourite kamu ayam masak merah Jom", Zahidah menarik perlahan tangan Zarithh didepannya.
"Kautharr come with tokpa", panggil Amirr
"Okay", Kautharr disebelah Ariff berjalan ke arah daddy.
Tinggal la Mawar dan Ariff disitu. "I tak nak", Mawar kembali berkata
"Kita bincang nanti, sekarang kita balik dulu", Ariff menggengam tangan Mawar berjalan.
"Ish lepas la tuan, I tak suka", Mawar cuba melepaskan genggaman.
"Jalan cepat", Ariff lagi mengetatkan pegangannya.
'Memaksa saja kerja dia ni dari semalam. Rimas tahu tak?', desis Mawar.
---
Mereka disambut dengan meriah di rumah. Semua adik-beradik Ariff dan dia ada dirumah Daddy berkumpul.
"Banglang"
Ariff yang sedang menuangkan air kosong kedalam gelas didapur itu terkejut mendengar suara ayah mentuanya.
"Ya, yah. Ada apa?"
"Ayah dengan ibu nk cakap sikit ni"
Dilihat ibu ayah mentuanya sudah masuk kedapur dan berdiri berhadapan dengan dia.
"Cakap saja yah ibu, banglang dengar"
"Sebenarnya ibu dan ayah nak minta maaf sebab tak jujur kamu selama ni", ucap Watie ikhlas.
Ariff berfikir sejenak.
Jadi betullah ibu dan ayah tahu kemana Mawar pergi selama ni, kehadiran Zarithh juga diketahui oleh mereka.
"Tak apa la, banglang dah lama maafkan. Mesti ada sebab kan kenapa ibu dan ayah buat semua tu? Banglang faham"
"Kami bukan tak nak bagitahu, cuma alang yang tak benarkan kami cerita kepada kamu", tambah Aziz.
"Ya yah, banglah faham. Dah la, tak perlu nak ungkut semua ni. Apa yang penting sekarang, Mawar dah ada depan banglang"
Aziz dan Watie berpandang sekejap sebelum masing-masing mengangguk bersetuju.
"Kami ke depan dulu ya? Dah ramai yang nak balik tu, nak pergi bersalaman sekejap"
"Ok ibu ayah. Banglang pergi cari Mawar sekejap ya, nanti kita orang ke depan sama-sama"
"All right, kami pergi dulu"
Ariff menghantar ibu dan ayah ke ruang tamu dengan pandangan yang sukar ditafsir.
---
Abang mulanya benci dengan adik iparnya, tapi setelah 5 tahun dia melihat kesungguhan Ariff untuk mencari adik keduanya itu, hatinya sudah berubah.
"Alang ok?", tanya Izzuddin duduk disebelah Mawar.
Mawar memalingkan muka ke sebelah. "Maybe", balas Mawar sayu.
"Cuba cerita dekat abang, I'm here", Mawar sengaja menyandarkan tubuhnya ke dada abang.
Rasa tenang! Dihadapan mereka sebuah private pool yang ada di rumah daddy.
"Sorry tau tak dapat datang your wedding", ucap Mawar sayu.
Memang selama dia di Italy, banyak perkara berlaku di Malaysia yang dia hanya dapat tahu dari ayah.
Abangnya sudah berkahwin, dah ada anak pun sekarang. Angah pula sudah akad nikah, hanya tunggu masa nak melangsungkan resepsi
Ucu sudah jadi doktor, Adiff pula sudah jadi pelukis sekarang.
"Tak apa, bukan rezeki kau nak datang wedding aku. So, sekarang cerita masalah kau", Izzuddin mengusap kepala adik keduanya lembut.
"Semua orang layan alang baik sangat, tak sampai hati nak berpisah dari keluarga ni", sambung Mawar.
"Maksud kau?", tanya abang hairan.
"Alang nak minta cerai", balas Mawar perlahan.
"Apa dia?", mahu terkejut abang dengar, kenapa tak lima tahun lepas saja kalau betul?
"Ya alang nak berpisah", Mawar mengulang.
"Abang sebenarnya memang tak suka dekat Ariff lepas dapat apa yang di buat dekat kau"
"Tapi keputusan ni, kau kena fikir anak-anak juga. Nak ken tengok dia orang membesar tanpa papa dia orang?", sambung Izzuddin
"Nonsense bang. Berjuta orang bercerai dekat luar tu walaupun anak bederet. Anak it's not an excuses la", Mawar berkata geram.
Kata benci tapi sokong dia!
"Itu orang lain but not your child. Abang nampak dia orang rapat sangat dengan Ariff", Izzuddin cuba menasihat
"Tambah pula, sekarang hati abang dah sejuk tengok kesungguhan Ariff cari kau. Pagi petang siang malam selama 5 tahun ni tau", sokong Izzuddin.
Mawar tertawa kecil. "Buat apa dia cari alang? Bukan dia menyampah ke tengok muka kaklang ni?"
"lang, dia dah berubah. Abang sendiri nampak semua effort dia, he deserve a second chance", balas Izzuddin lembut memujuk.
Hati Mawar sedikit sebanyak terusik dengan ayat abangnya, tambah pula janji nya dengan Naim.
'Balik ke pangkuan suami sweetheart ya, jangan hancur harapan dia'
"Tengok la", Mawar bangun menegakkan badan semula.
"Abang nak duduk sini lagi ke? alang nak masuk la", kata Mawar sambil bangun mahu masuk ke dalam.
"Tak apa, masuk la dulu", Mawar terus melangkah masuk mendengar ayat abangnya.
Tanpa mereka sedar, Ariff berdiri di tepi sliding door laluan masuk ke dalam rumah mendengar semuanya.
---
"Aik dia tak ada?", tanya Mawar melihat katil mereka kosong.
Zarithh dan Kautharr tidur bersama cousin mereka di bilik along agaknya.
Klek! Pintu bilik terbuka semula.
"Sayang tak tidur lagi?", tanya Ariff cuba mengawal suaranya yang masih sedih.
Mawar melihat mata Ariff yang sudah bengkak ditambah merah. 'Dia menangis? sebab apa'
"Hmm, nak tidur la ni. Tuan ok?", tanya Mawar perlahan.
"I'm okay, jom la tidur", Ariff cuba tersenyum.
Mawar hanya mengangguk malas mahu bertanya lebih lanjut.
---
"Kita balik rumah kita hari ni nak?", tanya Ariff duduk di katil belakang Mawar.
"Tanya I buat apa? suka hati tuan la", Mawar hanya memandang Ariff melalui cermin.
Dia sedang duduk di meja solek menyiapkan skincare routine nya pagi itu.
'Give him chance', terngiang-ngiang suara abang semalam ditelinganya.
"Tuan", panggil Mawar biasa.
"Yes sayang", balas Ariff turut membalas pandangan mata melalui cermin.
"I give you chance kembalikan hati I, sebulan from now", kata Mawar lancar.
Ariff membuka matanya luas memandang Mawar. Seperti tidak percaya!
"But if tuan tak berjaya, kita akan bercerai", tambah Mawar selepas itu.
'What? Sebulan, kalau tak berjaya cerai?', desis Ariff tidak percaya dengan syarat Mawar.
"So deal?", Mawar memusingkan badannya dan menghadap Ariff sambil menghulurkan tangannya.
Ariff berkira-kira mahu menyambut hulurn tangan itu, takut memakan diri sendiri.
"Kalau tak nak, It's okay", Mawar mahu bangun.
"Abang setuju", Ariff akhirnya menyambut huluran Mawar.
Mawar tersenyum. 'Semoga berjaya'
---
Ariff termenung di balkoni rumahnya malam itu, petang tadi mereka ber-4 sudah balik ke rumah ini.
"1 bulan? Cukup ke nak tawan hati dia semula", bicara Ariff perlahan.
"Aik tuan, belum apa-apa lagi dah termenung?", Mawar muncul disebelahnya.
Puas dia merantau rumah ini petang tadi, namun tiada apa berubah. Segalanya masih tersusu cantik, cuma memori yang berlaku mengganggu fikirannya.
Rumah ini penuh dengan segala memori. Pahit, manis, suka, duka, tawa, kecewa. Lengkap la, sebab ini juga dia malas mahu pulang ke Malaysia
Ariff berkerut memandang Mawar, selalu bukan main susah mahu berduaan denganya.
"Apa? I nak tengok bintang la. Salah ke?", balas Mawar faham dengan kerutan Ariff.
Ariff menggeleng. "ha tak salah kan", Mawar mendongak memandang bintang.
Sebrnarnya bukan mahu melihat bintang sangat, hati dia yang tertarik mahu berduaan dengan Ariff. Dia sendiri pun tidak faham!
'mulut tak nak, tapi hati aku selalu mengiyakan', Mawar berkata sendiri.
"Ha, apa dia?", tanya Ariff semula.
"Nothing", laju Mawar menjawab sedar keterlanjuran mulutnya.
Ariff sudah menunduk sedikit ke bawah memandang Mawar disebelah, kerana Mawar hanya paras dadanya. Pendek tapi comel!
"Anak-anak mana?", tanya Ariff biasa saja
"Dah tidur", balas Mawar.
"Sayang bila nak tidur?", Ariff masih tertumpu kepada kepada Mawar yang asyik melihat bintang.
"I nak kerja, boleh?", soalan lain yang keluar dari mulut Mawar
"boleh", Ariff mengangguk mengiyakan.
"Ok thanks", Mawar berkata pantas
"Sayang nak pergi kerja macam mana nanti? Belum ada lesen dekat Malaysia kan?", tanya Ariff lagi.
"Nanti I ambil la", balas Mawar.
"Ok, kalau sayang dapat kerja awal. Abang boleh hantar sementara sayang tunggu lesen tu", tambah Ariff lagi.
"Alright. Ok la tuan I nak masuk, rasa sejuk pula", Mawar berpusing mahu masuk ke dalam.
"Goodnight honey", Ariff sempat menghadiakan ciuman di dahi Mawar.
Mawar hanya beriak biasa walau dalam hatinya sudah tak tenteram 'Ya allah, perasaan yang dah lama aku tak rasa', Mawar memegang dadanya
---
TO BE CONTINUE...
Hai semua, sis dah update chapter baru.. so apa lagi, jom la kita baca.... Semoga enjoy untuk tengah hari isnin ni, jangan stres stres ok. Muah sayang semua
Share this novel