Series
3430
WAKTU KINI..TAHUN 2025
SEBUAH teksi membelok masuk ke laluan dalam kawasan desa itu. Di kiri kanannya ada pokok-pokok atau rimbun-rimbun menghijau. Tak jauh di hadapan sudah kelihatan sebuah rumah separa batu dan kayu. Rumah itu agak tersorok di kelilingi pokok-pokok.
Teksi pun berhenti. Penumpangnya seorang wanita berusia sekitar awal 30 an bersama dua orang anak yang masih kecil-kecil. Orangnya lawa bertudung.
Dia pun menghulurkan wang kepada si pemandu teksi.
"Terima kasih ya pakcik"kata wanita itu.
"Sama-sama Puan"
Si wanita pun turun bersama dua orang anaknya. Pakcik pemandu teksi membantunya menurunkan beg bagasi pakaian wanita itu.
Pintu rumah separa batu dan kayu itu di ketuk.
TUKK TUKK TUKK..
"Assalamualaikum...yah..oh ayah!"teriak wanita itu beberapa kali.
Di sebelah sudut lain rumah itu ada seorang lelaki tua berkopiah lusuh sedang menyapu sampah. Umurnya sekitar lewat lima puluhan. Apabila terdengar teriakkan dari hadapan,pakcik tua itu pun berhenti menyapu sampah.
Dia pun berjalan pergi ke hadapan rumah.
"Assalamualaikum...ayah..oh ayah"
"Waalaikumsalam...aik,kau balik naik apa Zura?ayah tak perasan pun"balas pakcik tua itu.
"Balik naik teksi lah yah"
Dua orang anak kecil wanita itu berlari-lari mendapatkan atuknya.
"Atuk..."
Lelaki tua bersongkok lusuh bermisai sedikit keputihan itu tersenyum dan mendukung cucunya. Mereka pun masuk ke rumah.
Zura datang dari dapur menatang dulang berisi cawan-cawan dan air teh lalu di hidangkan atas meja ruang tamu. Cawan di sua kepada ayahnya.
"Aduh..macam manalah boleh jadi macam itu pulak Zura?"
Wanita itu pun melabuhkan punggung di atas sofa sambil memangku anak kecilnya.
"Mmh...perkara dah nak jadi yah. Kamal pun dah angau sama perempuan lain. Zura pun dah malas nak bertekak sama dia. Biarlah lantak kat dia"kata Zura dengan wajah yang sayu.
"Bila di ceraikannya kau?"
"Malam semalam. Zura terus kemas beg pakaian dan bawa anak-anak keluar dari rumah. Zura dah tak tahu nak pergi mana"
"Tak payah pergi mana-mana. Kau tinggal ajalah dengan ayah kat sini. Aduhai Zura.. Zura...kakak engkau si Aida elok-elok saja dengan suami dia. Yang engkau pulak sama Kamal bercerai-berai"
"Iyelah yah..kak Aida dapat suami yang baik..eloklah rumahtangganya"
Tiba-tiba datang seseorang berteriak dari luar rumah.
"Assalamualaikum! Pakcik Johari..oh pakcik Johari"
Pakcik tua itu pun pergilah buka pintu.
"Waalaikumsalam...kenapa ni Saleh?ada apa cari aku?"
"Ada wartawan datang ke desa ni. Dia cari pak Johari"
Wartawan itu pun di bawa ke rumah separa batu dan kayu itu. Pak Johari pun mempersilakan mereka masuk.
"Begini Pakcik Johari...kami sebenarnya sedang menjejak kembali kesemua anggota kumpulan Petir Waja yang amat terkenal suatu ketika dahulu. Kami berminat nak buat dokumentari tentang bagaimana perjuangan Petir Waja melawan dan membanteras kumpulan-kumpulan samseng di Pelabuhan Helang pada waktu itu. Pakcik Johari sendiri selaku salah seorang dari anggota Petir Waja pasti ada banyak kisah dan pengalaman menarik bersama Petir Waja yang boleh di kongsikan untuk tatapan generasi sekarang kan? So kalau jadi nanti,pihak kami akan adakan sesi reunion di mana kesemua ahli Petir Waja akan di pertemukan kembali. Bagaimana kata Pakcik Johari?"
"Alah cerita ni dah lama benar lah. Waktu itu aku pun muda lagi. Tapi aku tak tahu di mana ahli-ahli lain berada sekarang. Ada lah seorang dua yang aku sempat jumpa beberapa tahun lalu. Ada yang dah meninggal dunia. Dah berpuluh tahun tak berjumpa. Ramai juga yang dah merantau ke luar dari Pelabuhan Helang ni"
"Ouh..Pakcik Johari jangan risau tentang tu. Pihak kami sudah pun berjaya menjejak sebahagian dari mereka. Antaranya...Kugaressan,Sapik,Meng Li, Ammar dan beberapa orang lain lagi. Mereka semua bersetuju untuk sesi reunion dan dokumentari ini"
Pak Johari tersenyum. Kenangan lama menggamit kembali. Dia sendiri pun teringin nak berjumpa dengan sahabat-sahabat lamanya sewaktu bersama kumpulan Petir Waja kira-kira tiga puluh tahun lebih yang lalu.
Oleh itu dia pun langsung bersetuju.
Lebih kurang seminggu kemudian,tibalah hari reunion ahli Petir Waja yang di tunggu-tunggu oleh Pak Johari. Betapa girang rasanya,tak sabar ingin bertemu sahabat-sahabat lama. Entah apalah khabar mereka semua sekarang.
Baju kemeja sudah disarung ke tubuh. Siap dengan seluar panjang warna coklat berpoket di peha. Anak perempuannya si Zura yang tolong sterikakan awal pagi tadi.
Dia pun masuk ke bilik dan buka rak baju sebelum jaket vest rasmi Petir Waja yang berlogokan Petir itu di bawa keluar. Berpuluh tahun ia di simpan tidak di gunakan.
Johari mencium jaket itu. Terlalu banyak kenangan sewaktu dia masih menyarung jaket tersebut di kala waktu muda-muda dahulu.
Jaket di sarung ke tubuh.
Cucu-cucunya sudah bersiap dan menunggu kat ruang tamu.
Pak Johari di temani anak perempuannya dan dua orang cucu bertolak ke lokasi acara reunion itu yang letaknya di dalam Pelabuhan Helang juga. Dia memandu kereta proton wira warna hijau.
Pelabuhan Helang kini antara bandaraya maju dan termoden. Ia bukan lagi kawasan yang di penuhi bangunan terbiar dan sarang kepada segala macam jenayah dan samseng seperti di tahun-tahun 70an, 80an dan awal 90an lalu.
Kereta yang di naiki tiba di sebuah bangunan serba-guna. Dekat situ sudah berkerumun orang-ramai.
Ada kain rentang besar dengan gambar ahli-ahli Petir Waja di awal tahun 90an terpapar di permukaannya dengan tulisan 'Petir Waja-Reunion Lagenda'.
Dari kejauhan,Johari telah terlihat beberapa orang lelaki hampir sebaya dengannya sedang berkumpul. Kesemua mereka menyarung jaket vest rasmi Petir Waja. Bezanya kini ialah mereka semua telah berusia sepertinya. Ada yang sudah memutih rambutnya. Ada yang jalan bertongkat.
Pertemuan itu cukup mengharukan. Air mata saling mengalir di saat mereka berpelukkan dan bertanya khabar.
Wartawan stesyen televisyen dan para hadirin pun ramai yang mengalirkan air mata apabila melihat ahli-ahli Petir Waja kembali di pertemukan.
Johari bersama Kugaressan,Ammar,Sapik,Meng Li, Hanif,Lumang,Ashmad,Mohan dan Nash duduk sebelah-menyebelah di sebuah meja panjang sambil menjawab pertanyaan dari wartawan dan para hadirin.
"Apa pandangan ahli Petir Waja sekiranya di minta untuk bergabung semula dan pergi menumpaskan sekumpulan geng jalanan pada waktu kini?"tanya seorang hadirin.
Pak Johari dan ahli lain tertawa.
"Bukan tak nak...tapi keadaan kondisi tubuh kami dah tak mengizinkan. Kalau dulu-dulu nak suruh kami bergasak, bertumbuk,melompat kat tempat tinggi pun boleh. Sekarang ni berjalan pun kaki dah ketar-ketar"kata Kugaressan sebelum di sambut ketawa oleh para hadirin.
"Iyalah...Kugaressan dulu pun kurus dan lincah. Kalau dia melompat balik kuang macam ahli akrobatik tu perkara biasa aja. Sekarang ni dengan badan dia yang besar macam ni..saya pun tak tahulah kalau dia masih boleh buat lagi macam tu ke tidak.."kata Johari.
"Hahaha la ni nak bersenam ringan pun dah terduduk sakit-sakit pinggang Joe. Tak tahulah macam mana aku nak berlawan dengan samseng lagi. Silap-silap geng samseng pulak tolong usung aku pergi hospital"kata Kugaressan yang kini agak gemuk. Rambutnya dah memutih.
Bahahahaha hahahahaha
Ketawa para hadirin bersama tepukkan bergema. Barisan ahli Petir Waja bermandi cahaya lensa kamera.
Macam-macam soalan di tanyakan kepada mereka.
"Waktu tu Pelabuhan Helang ni jadi sarang segala macam geng kumpulan samseng. Golongan peniaga sering menjadi sasaran minta wang perlindungan. Jadi bila kami tubuhkan Petir Waja,kami berhasrat untuk basmi geng-geng jalanan ini habis-habisan. Hampir tiap malam kami berentap dengan penjahat. Ada yang datang berparang,ada yang bawa pedang samurai,yang paling ngeri sewaktu kami berlawan dengan mafia bersenjata api. Tapi mujurlah tiada siapa yang cedera terkena tembakkan"ujar Haji Ammar yang kini sudah bergelar Mahaguru seni persilatan.
"Haiya dulu sini kawasan macam-macam budak ada. Itu geng punk pun manyak suka buat kacau. Sana-sini kedai dia bikin kacau. Kita olang Petir Waja pasti datang kasi hantam sama dia olang. Sekarang itu budak-budak punk pun pasti sudah tua juga macam kita"cerita Meng Li pula.
Seronok mendengar cerita-cerita pengalaman ahli Petir Waja. Walaupun mereka kini telah berusia dan tua, namun keberanian dan jasa mereka membantu pihak berkuasa menumpaskan kumpulan-kumpulan samseng tidak akan pernah di lupakan oleh generasi kini.
"Boleh ceritakan tentang lima orang lagi ahli Petir Waja yang tidak dapat bersama dalam sesi reunion ini?"pinta seorang wartawan.
"Darwis meninggal dunia dua tahun lalu. Dia sakit buah pinggang dan kencing manis. Isteri dan anak-anak beliau pun ada hadir sekali hari ini"kata Nash yang cukup rapat dengan arwah Darwis.
Begitu juga dengan Aroy. Meninggal dunia sekitar sepuluh tahun lalu kerana penyakit batuk kering.
Buat seketika suasana jadi sedikit sayu dengan kisah-kisah ahli Petir Waja yang sudah meninggal dunia atau tidak di ketahui berita dan di mana keberadaan mereka terkini.
"Arwah abang saya..Herrizal meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri bertembung dengan treler kontena besar. Turut terkorban bersama ibu kami....."cerita Pak Johari.
Keadaan jadi sebak sedikit bila Johari tidak dapat membendung perasaan sedihnya sehingga tangisan mengambil alih kata-katanya.
Kugaressan dan Sapik yang duduk di kiri kanannya terpaksa menepuk-nepuk ke bahunya untuk menenangkan perasaannya kembali.
"Iyalah..petang tu saya dapat panggilan dan di beritahu pihak bomba mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan mayat abang dan ibu kami dari kereta yang remuk teruk...saya ingat saya pengsan waktu tu. Terasa benar kehilangan mereka. Lagi pulak saya membesar dengan abang..."kata Pak Johari teresak-esak.
"Setahun selepas Herrizal meninggal,kemi di kejutkan pula dengan pemergian arwah Bob. Keluarga dia datang ke markas dan beritahu Bob meninggal dunia akibat serangan jantung"kata Ashmad yang kini adalah seorang pesara guru.
"Aduh...waktu tu aku menangis juga terfikirkan tentang arwah Bob. Aku masih terbayang wajah tembam dia dengan rambut lebat dan topi terbalik tu. Kalau kita ada buat majlis makan-makan,dialah yang paling gembira"kata Pak Johari.
"Oh ya bagaimana dengan seorang lagi ahli yang berambut panjang dan wajah melecur tu ya?"tanya wartawan.
"Qazrel selaku pemilik markas Petir Waja ambil keputusan untuk jual gudang besar tu. Dia merantau jauh. Tak tahulah di mana dia berada sekarang"kata Hanif.
Selesai sesi majlis duduk sembang dan mendengar pelbagai kisah-kisah silam Petir Waja, berlangsung pula sesi fotografi. Kemudian buat julung-julung kalinya setelah lebih tiga puluh tahun berlalu, anggota Petir Waja kembali bersama dan melakukan rondaan ke sekitar Pelabuhan Helang.
Mereka masing-masing berjaket vest rasmi Petir Waja yang berlogokan Petir itu. Turut mengiringi mereka ialah para wartawan,jurukamera,ahli keluarga dan para hadirin.
Ketika kelibat sepuluh orang lelaki yang masing-masing sudah agak berusia itu muncul di terminal MRT,mereka telah di sambut meriah oleh orang ramai.
"Kita dah macam artis pulak hari ni"kata Kugaressan. Tersengih aja dengan perutnya yang agak buncit. Baju jaket vest di tubuhnya pun kelihatan sedikit sendat.
"Hahaha aku tak percaya betul tengok perut si Kuga dah buncit benar sampai macam ini jadinya"usik Johari ketawa.
"Tiga puluh tahun punya hasil ni Joe"kata Kuga.
Bahahaha hahahaha
"Haiya...Kuga kata kita seperti artis. Tapi gua rasa kita lebih macam rombongan pakcik-pakcik dari rumah orang tua saja"kata Meng Li yang berjalan dengan tongkat.
"Mana ada tua ni Meng"
Bahahaha hahahaha.
"Pakcik-pakcik semua okey ke berjalan kaki ni? kalau letih rehat dululah"kata seseorang.
"Haip...okey lagi ni. Kalau ada samseng muncul depan kami pun saya sanggup berlawan lagi macam muda-muda dulu"kata Sapik.
"Engkau jangan buat gila Pik. Itu kau punya rambut dah putih semua tu"kata Johari sambil betul-betulkan songkok di atas kepala. Misai lebatnya juga sudah putih-putih.
"Aih aku steady lagi ni Joe"
"Haha cubalah tuan hamba bukak silat kuntau yang biasa tuan hamba buat dulu-dulu"pinta Haji Ammar yang memakai tanjak di kepala.
"No hal haji..kicik punya hal"kata Sapik.
Tiba-tiba dia berhenti dan membuka kuda-kuda. Bunga-bunganya pun semacam aja. Kecoh betul suasana dekat terminal MRT tu. Ramai yang bertepuk tangan melihat aksi Sapik.
Baru satu tendangan acah-acah di lepaskan tiba-tiba Sapik dah pegang belakang dengan wajah seperti orang kesakitan.
"Aduhh...urat belakang aku terseliuh pulak. Kacau daun betul lah"
Bergegar semua orang ketawa.
Sesi reunion bersama legenda Petir Waja hari itu benar-benar telah mengembalikan kenangan sewaktu zaman muda mereka. Pihak televisyen berminat untuk menerbitkan dokumentari tentang perjalanan dan perjuangan mereka sewaktu jenayah dan kumpulan samseng masih beraja di Pelabuhan Helang beberapa dekad yang lalu.
==TAMAT==
Siri LIKU BERDURI di tulis sejak 2021. Dah empat tahun tahun berada dalam simpanan draf saya. Untuk versi publish di Novel plus saja ia terpaksa melalui bnyk proses editing kerana faktor penulisan asal yg agak cacamerba. Dan ada Bab yg tidak dpt di publish kerana terlalu merepek dan tidak mempunyai kaitan dgn jalan cerita. Terima kasih kepada readers yang membaca Siri LIKU BERDURI. Oh ya..kpd peminat Siri horror seram,nantikan cerita terbaru saya berjudul 'TARING MALAM'. Akan di publish pada hari selasa 16 September. - NOFOLO O' FOLOBEK-
Share this novel