13.INSPEKTOR YASLAN
PERKENALAN dengan Qazrel telah telah menzahirkan suatu bentuk persahabatan berteraskan satu matlamat perjuangan yang sama di sepakati oleh Herrizal,Johari dan Kugaressan.
Kini mereka semakin yakin dan bersemangat untuk menempuh cabaran dan dugaaan di kota Pelabuhan Helang yang kian lemas di cengkam onak dan ranjau duri kejahatan kerana mereka tidak bersendirian malah di luar sana masih wujud lagi pejuang-pejuang yang mendambakan pembaharuan ke atas sistem sosial bandar ini yang kian lumpuh.
Mereka yakin rancangan untuk menubuhkan sebuah liga yang bakal mewakili kebaikkan pasti akan dapat di wujudkan tidak lama lagi. Hanya masa akan menentukan.
Jam sekitar dua belas setengah malam di saat Herrizal,Kugaressan dan Johari minta diri untuk pulang dan beredar dari gudang tersebut.
Malam agak sejuk dan berkabus ketika kaki mereka melewati lorong jalan dan kaki lima. Hujan telah berhenti sepenuhnya. Kumpulan-kumpulan samseng jalanan yang mengepung mereka kira-kira sejam yang lalu mungkin sudah nyenyak di ulit mimpi di rumah atau markas masing-masing.
Suara lolongan anjing liar dapat di dengari di kejauhan. Pengemis dan gelandangan juga di lihat tidur merempat di mana-mana sahaja yang mereka mahu. Di ceruk-ceruk gelap dan tersembunyi,kalau di periksa betul-betul pasti akan di temukan kereta tersorok sedang berkeriut-keriut di goncang dan akan kedengaran suara lelaki dan wanita sedang asyik memadu asmara. Entahkan mungkin pasangan kekasih atau boleh jadi juga sang wanita lacur bersama pelanggan sedang buat maksiat. Herrizal,Johari dan Kugaressan buat tidak endah sahaja.
Makin lama makin jauh mereka berjalan. Jauh juga jarak hendak pulang semula ke kereta yang di parkir di suatu tempat. Sambil berjalan mereka bertiga rancak berbincang tentang hal pertemuan dengan Qazrel tadi. Semangat jadi berkobar pula memikirkan rancangan untuk menubuhkan kumpulan mereka sendiri nanti.
"Hah nanti kita dah cukup ahli untuk tubuhkan kumpulan bolehlah kita lanyak Mahmud dengan geng-geng dia cukup-cukup"kata Johari beriya-iya benar.
"Alamak Joe nasib baik kau ingatkan balik pasal Mahmud. Aduh..aku rasa tak sedap hati betul memikirkan tentang esok hari"kata Kugaressan.
"Kenapa pula Kuga?"tanya Herrizal.
"Bro...siapa tahu kalau-kalau Mahmud datang kat kawasan setinggan aku tinggal esok dan mengamuk bakar rumah penduduk kerana bengang tak dapat tangkap kita"
"Ouh kalau macam tu awal pagi esok aku dan Joe akan turun ke sana. Kalau berani Mahmud nak tunjuk gila dia..kita akan ajar dia dengan budak-budak dia cukup-cukup"kata Herrizal.
"Okey cantiklah bro"
Ketika lalu di sebuah deretan bangunan kaki lima yang gelap,mereka ternampak sebuah kereta peronda polis tersadai di suatu celah lorong dalam keadaan pintu di bahagian pemandu terbuka dan lampu mata arahnya masih bernyala.
Kemudian datang dua tiga buah motor besar masuk ke celah lorong terbabit. Kugaressan cepat-cepat menyuruh Herrizal dan Johari bersembunyi di sebalik sebuah tong sampah besar.
"Itukan budak-budak motor yang kepung kita tadi kan?"kata Johari.
"Betul bro...itu geng-geng Tengkorak Bikerz.
"Aih...macam ada benda yang tak kena je ni. Kenapa kereta peronda tu tersadai macam tu sekali?"soal Herrizal.
"Psst...aku rasa elok kita pergi intip apa mereka buat kat belakang bangunan tu"kata Kugaressan.
Herrizal dan Johari bersetuju. Mereka bertiga berhati-hati mencelah di lorong laluan gelap yang di lalui oleh tiga buah motor besar ahli kumpulan Tengkorak Bikerz tadi.
Seperti di duga memang ada perkara mencurigakan sedang berlaku. Kelihatan seorang pegawai polis sedang dikekang kedua tangannya oleh dua orang ahli Tengkorak Bikerz sementara tiga orang ahli lain kumpulan bermotor besar itu di lihat seolah sedang menyoal siasat pegawai polis terbabit.
Herrizal,Kugaressan dan Johari dapat melihat semua itu dengan jelas kerana ada unggun tapi di nyalakan dalam sebuah tong deram. Mereka terus memerhati sambil memasang telinga.
"Konstabel Yazit...saya akan pastikan kamu di dakwa atas kesalahan menyertai kumpulan samseng dan di lucutkan keanggotaan kamu dari badan polis!''kata pegawai polis yang sedang di kekang kedua tangan itu.
"Puih! pergi mampus lah kau inspektor Yaslan! aku dan Tengkorak Bikerz akan pastikan mayat kau di humban ke dalam longkang lepas ni. Jangan harap kau dapat dakwa aku..hahaha"kata salah seorang anggota kumpulan Tengkorak Bikerz.
Dari perbualan tersebut Herrizal,Kugaressan dan Johari sudah boleh menduga bahawa ahli kumpulan bermotor besar yang di kenali sebagai Yazit itu adalah salah seorang anggota polis berpangkat konstabel namun dalam pada masa yang sama juga beliau terlibat dalam kumpulan samseng.
"Hahahaha polis baik macam engkau dah ramai yang pupus Tuan Inspektor Yaslan. Lepas ni kau juga akan menurut jejak langkah mereka!"kata konstabel Yazit sebelum dia dan ahli-ahli lain Tengkorak Bikerz ketawa berdekah-dekah.
"Sudah! ajar dia sampai mampus!"kata Yazit.
Inspektor Yaslan di belasah oleh lima orang ahli kumpulan Tengkorak Bikerz. Dia di tumbuk dan di tendang hingga berguling-guling jatuh.
"Arghhhhhh!"
Tak sanggup Herrizal,Kugaressan dan Johari sekadar melihat sahaja kezaliman yang berlaku di hadapan mata. Pantas mereka menyerbu dan menyerang lima orang ahli Tengkorak Bikerz.
Mujurlah ahli-ahli geng Tengkorak Bikers hanya gah pada motor besar mereka sahaja tapi tidak pada kekuatan dan kehebatan berlawan. Akibatnya mereka di layangkan tumbukkan dan tendangan hingga terhumban dan berdebuk jatuh.
"Celaka! budak buruan Mahmud rupanya! berani kau cari nahas dengan Tengkorak Bikerz!?"kata Yazit yang terbaring sambil mengesat darah pada hidungnya akibat di belasah oleh Johari.
"Heheh ingatkan naik motor besar kot gagah sangat..rupanya 'sayur' macam budak-budak suruhan Mahmud jugak!"kata Johari ketawa.
"Celaka! heyargghh!!"
Bengang dengan sindirian Johari,Yazit pun bangun dan meluru ingin menyerang lagi.
Pantas Johari melompat ke udara dan melibas tendangan side kick sebanyak dua ke tiga kali.
"Arghhhhhh!'
Bagai batang pisang lunyai sahaja Yazit mendapat habuannya hingga terhumban dan terpaksa menekup wajahnya yang merah padam dek bisa akibat libasan tendangan padu Johari.
Johari duduk dan cengkam rambut Yazit sambil tersengih.
"Harapkan motor je besar. Kekuatan langsung tak ada. Hei polis jahat..aku bertarung dengan pahlawan yang sepuluh kali lebih kuat dari engkau dalam pertarungan bawah tanah dan mudah-mudah saja menang ribuan ringgit dan tiduri wanita cantik dan seksi kat hotel. Aku fikir kau ini kalau di humban ke dalam pertarungan sebegitu hanya akan jadi mangsa belasahan saja faham konstabel?"
Johari hempas muka Yazit di atas permukaan jalan.
"Arghhhhhh"
Sementara itu Herrizal pula tenang sahaja mendepani tiga orang lawan. Seorang di hadiahkannya dengan tinju di wajah dan perut hingga tumbang. Dan dua orang lagi di hantuk lagakannya sebelum di banting hingga rebah.
Seorang lagi ahli geng Tengkorak Bikerz di layangkan dengan helmet sebelum terhumban di atas motor besarnya sendiri di ganyang oleh Kugaressan.
Inspektor Yaslan pun di papah.
"Tuan inspektor tak apa-apa ke?"tanya Herrizal.
"Tak apa-apa rasanya. Sakit-sakit sikit saja. Mujurlah kamu bertiga muncul. Terima kasih saya ucapkan"balas Inspektor Yaslan.
Konstabel Yazit dan empat orang lagi ahli kumpulan Tengkorak Bikerz di gari tangan masing-masing.
"Tuan, betul ke pegawai-pegawai tinggi dalam badan polis Pelabuhan Helang dah ramai yang terlibat dengan jenayah dan korupsi?"tanya Kugaressan.
"Saya tak nafikan hal tersebut. Perkara ini memang serius. Kredibiliti badan kepolisan Pelabuhan Helang memang dah jatuh dan mula di ragui oleh ramai orang gara-gara pegawai korup ini. Saya sendiri pun di tentang oleh beberapa orang rakan pegawai yang saya percayai terlibat dalam salahlaku etika dan melindungi kegiatan jenayah. Malah ada percubaan untuk menyingkirkan saya dari badan polis sendiri namun saya tahu saya harus terus bertahan demi mengembalikan semula maruah badan kepolisan yang telah tercemar. Saya sedang berusaha keras untuk membongkar kegiatan-kegiatan jahat yang melibatkan anggota-anggota dan pegawai polis" balas Inspektor Yaslan.
"Syukurlah Tuan..masih ada pegawai polis yang boleh kami letakkan kepercayaan dalam menjalankan amanah yang di beri"kata Herrizal.
"Saya tak salahkan masyarakat bila mereka dah hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa. Tapi percayalah...masih ada pegawai-pegawai yang jujur, bersih dan amanah. Kamu boleh letakkan kepercayaan pada saya. Oh ya..ini kad saya. Kalau ada apa-apa hal nanti bolehlah hubungi saya"kata Inspektor Yaslan lalu menghulurkan kad kepada tiga orang pemuda itu.
"Terima kasih Tuan"
Tak lama kemudian dua buah kereta peronda polis tiba di belakang bangunan tersebut. Konstabel Yazit dan empat orang ahli kumpulan Tengkorak Bikerz di tahan.
Herrizal,Kugaressan dan Johari melambai sehinggalah kereta-kereta peronda itu telah pergi dan hilang dari penglihatan.
Mereka pun berjalan pulang meredah kabus dan kedinginan embun pagi di kaki lima.
BERSAMBUNG...
Share this novel