35.OPERASI DI SENGGAGAK.
BAGUK yang bertubuh besar dan tinggi serta tegap sasa itu meluru ke arah ahli kumpulan Petir Waja. Lengannya yang sebesar pemeluk kayu balak itu adalah mustahil untuk di tangkis secara berdepan begitu sahaja.
Oleh itu ahli Petir Waja harus cekap mengelak dan mencari peluang menyerang 'mesin pembunuh' itu.
ZASS! ZASS! ZASS! ZASS!
libasan demi libasan di hayun oleh Baguk. Kelam-kabut juga mereka di perlakukan. Ammar si juara silat melompat balik kuang ke belakang.
Herrizal dan Kugaressan ternampak peluang untuk membuat serangan dari tepi. Serentak mereka melompat lalu melibas suatu tendangan.
Baguk tepis begitu sahaja hingga menyebabkan kedua lawannya terhumban.
Sementara dua orang ahli kumpulan Petir Waja cuba memancing perhatian dengan menyerang dari arah depan, Johari melompat dan bergayut di belakang tubuh Baguk sebelum mengunci lehernya namun Baguk lebih pantas membanting tubuh Johari ke lantai.
Arghhhhhh!
Menggelupur Johari terbaring menahan kesakitan.
Dua orang yang menyerang di hadapan tadi pulak di hantuk lagakan sesama mereka sendiri.
Qazrel hantar tendangan sungkit di bawah kelangkang Baguk dari arah belakang.
Urghhh!!!
Kali ini Baguk tertunduk-tunduk menahan perut yang senak. Pantas semua orang mengambil peluang merembat lelaki bertubuh tinggi dan besar itu.
"Harghh!!''
Baguk pun berpusing-pusing sambil mendepakan kedua-dua lengan sasanya lantas menyebabkan para penyerangnya terhumban.
"Hahahaha mampuslah kau semua!"kata Baguk lalu dia memijak ke tubuh setiap lawannya.
"Urghhhh!!"
Herrizal, Ammar, Kugaressan, Johari,
Qazrel dan dua orang lain menerima padahnya.
Bunyi siren kereta peronda polis tiba di perkarangan bangunan North Polaris setelah mendapat panggilan aduan dari orang ramai.
"Baguk! cepat kita blah dari sini sebelum pihak polis naik ke mari dan merumitkan keadaan"teriak Maniam.
Ketika sekumpulan polis tiba di tingkat bumbung bangunan North Polaris,helikopter yang di naiki Maniam bersama konco-konconya dan Baguk telah pun terbang pergi dari situ.
Mereka membantu memapah ahli kumpulan Petir Waja yang terbaring akibat di belasah oleh Baguk. Walaubagaimanapun ahli lain Petir Waja yang diikat iaitu Sapik,Bob,Lumang dan Darwis tidak apa-apa dan selamat.
Ini adalah malam yang malang buat Petir Waja di atas kekalahan menumpaskan Baguk. Ternyata lawan mereka kali ini agak kuat untuk di hadapi. Mereka pulang ke markas dan berbincang tentang langkah yang harus di ambil.
Di dalam gudang itu, ahli Petir Waja yang seramai lima belas orang duduk di meja-meja yang di sambungkan sambil fokus berbincang.
"Aku tahu kat mana Maniam dan budak-budak dia selalu melepak. Mungkin kita boleh cari dia kat sana. Tapi aku tak pastilah kalau-kalau mereka masih atau dah tak melepak lagi kat situ"kata Kugaressan.
"Kat mana Kuga?"
"Pub Drugon"kata pemuda india itu.
Herrizal dan Johari saling berpandangan. Nama pub itu seperti pernah mereka dengari sebelum ini dari mulut Kapten Salar sendiri.
"Bang...bukan ke itu akan membawa kita kepada Jongos kan?"kata Johari kepada abangnya.
Herrizal mengangguk-angguk.
"Dah tiba masanya untuk kita buru Jongos"kata Herrizal.
"Jadi kau orang pun kenal juga dengan pemilik pub Drugon tu Herry? Joe?"soal Kugaressan.
"Kami lebih mengenali kejahatan dan kezaliman Jongos dari mengenalinya secara rapat"balas Johari.
Kata-kata Johari itu menarik perhatian ahli-ahli lain Petir Waja.
Pulang dari markas,Johari terus balik ke rumah untuk menemani Saziana sementara Herrizal pula memandu ke sebuah kelab malam di mana teman wanitanya Wendy bekerja sebagai pelayan,penyanyi dan penari di situ.
Di atas pentas yang gemerlapan cahaya lampu neon berkerlipan,Wendy sedang rancak menyanyi dan menghiburkan para pengunjung. Sesekali amoi cina jelita itu berdansa menggelek punggungnya yang bersarung skirt kontot ketat sambil menayangkan batang kakinya yang menciut seksi.
Cantik dia memakai reben bunga dan telinga kucing di rambutnya malam ini. Tubuh di sarung dengan dress fesyen tirai langsir yang menampakkan bahu, dada, lengan, perut dan pusat.
Pengunjung bertepuk tangan terhibur. Herrizal yang duduk di bar tersenyum puas menikmati keindahan paras teman wanitanya yang berbakat besar itu.
Sudah berbulan Herrizal dan Wendy bersekedudukan,tidur sekatil dan menyemai benih kasih sayang bersama. Namun malam ini Herrizal masih berasa geloranya terhadap Wendy membuak dan memancut-mancut. Dia tahu saat pulang nanti dia akan menyudahkan semua itu di atas katil bersama Wendy dan menikmati pancutan yang terpaling nikmat sekali.
"Chingg..chingg..ching..lets go dancing"
Wendy semakin ghairah nyanyiannya.
Sandal ranggi tumit tingginya berdecing-decing. Lagu nyanyiannya agak berbaur lucah sedikit.
Wendy terlalu menjiwai dan horny. Dalam samar-samar cahaya lampu disko itu tiada siapa menyedari skirt leather hitam metalik ketat yang di pakai oleh Wendy kebasahan.
Air jernih mencurah membasahi batang peha gebunya, menambahkan lagi rasa sensasi.
Beberapa malam kemudian,hasil intipan yang di jalankan dekat pub Drugon bukan sahaja telah menemukan Petir Waja dengan Maniam, malah beberapa lagi aktiviti mencurigakan yang di jalankan oleh kumpulan samseng upahan Jongos itu juga telah berjaya di hidu.
Herrizal bersama Ammar, Aroy,Lumang dan Darwis telah mengekori Maniam hingga ke terminal keretapi bawah tanah. Pemuda india itu di lihat membeli tiket untuk menuju ke suatu destinasi.
Hasil maklumat yang didapati dari pegawai kaunter tiket, Maniam di katakan membeli tiket untuk ke area Senggagak yang letaknya agak jauh sedikit dari Pelabuhan Helang.
Lima orang ahli Petir Waja itu pun membeli tiket menuju ke Senggagak. Mereka menaiki keretapi yang sama dengan Maniam. Cuma kali ini mereka tidak mengenakan jaket rasmi Petir Waja agar kehadiran mereka tidak di kesan oleh Maniam.
Sesekali bunyi roda keretapi bergegar membelah rel dalam lorong bawah tanah. Para penumpang ada yang tidur atau berbual. Maniam yang duduk di sit hadapan langsung tidak menyedari ahli Petir Waja juga berada dalam gerabak yang sama sedang memerhatikannya.
Perjalanan mengambil masa selama dua puluh minit sahaja sebelum keretapi itu tiba di stesyen terminal bawah tanah di area Senggagak.
Maniam terus mencelah-celah para penumpang di terminal. Petir Waja terus mengekori tak jauh dari belakang. Itu telah membawa mereka ke kawasan belakang terminal.
Pemuda india itu keluar ikut pintu pagar kecil dan meredah laluan lorong bangunan pekan Senggagak. Herrizal dan yang lain-lain amat berhati-hati mengekorinya.
Seperti mana di Pelabuhan Helang,di Pekan Senggagak juga ada kawasan-kawasan bangunan terbiar atau tapak pembinaan. Berliku-liku juga jalan yang harus di tempuhi sebelum Maniam membawa mereka ke sebuah bangunan kilang tepung yang agak tersorok di balik bangunan-bangunan terbiar.
Herrizal dan lain-lain menyelinap masuk melalui pagar di belakang kilang sebelum memanjat naik ke sebuah balkoni. Bilik di balkoni itu terang-benderang. Mereka mencuri intai dari luar tingkap. Rupanya itu adalah bilik persalinan pekerja.
Ada beberapa orang pekerja keluar masuk ke bilik itu untuk menukar uniform. Ketika tiada sesiapa lagi di lihat keluar masuk,tingkap di bilik balkoni itu pun di buka. Kebetulan ianya tidak bertutup rapat.
Uniform pekerja di sarung ke tubuh siap dengan topi. Tiada sesiapa pun mengesyaki ketika mereka berlima turun ke bahagian operasi kilang.
Maniam terlalu sibuk manjadi mandur dan memeriksa mesin-mesin yang di gunakan untuk memproses sesuatu yang di lihat seperti tepung. Hanya beberapa buah mesin sahaja yang di gunakan. Pekerja juga tidak sampai tiga puluh orang.
Dia memberi arahan agar tepung-tepung itu segera di bungkus dalam pek.
"Cepat sikit bungkus semua heroin tu. Esok barangkali big boss akan datang ke sini dengan helikopter untuk tinjau operasi dadah kita kat sini"kata Maniam kepada pekerja.
Herrizal dan lain-lain saling berpandangan. Tahulah mereka kini bahawa tepung yang di lihat itu adalah dadah jenis heroin. Maniam di tugaskan sebagai ketua untuk menyelia operasi kilang pemprosesan dadah yang berlindung di sebalik pembuatan tepung itu.
Ahli Petir Waja menyelinap keluar dan beredar meninggalkan kilang tersebut lalu menuju ke terminal keretapi Senggagak untuk pulang semula ke Pelabuhan Helang. Kini maklumat dan rahsia operasi kilang dadah itu telah berada dalam genggaman mereka.
BERSAMBUNG...
Share this novel