6.KAPTEN SALAR

Action Series 2816

6.KAPTEN SALAR

DINO nampaknya terlalu memandang rendah kepada Herrizal yang menjadi lawannya. Dia lebih gemar melakukan serangan terjah untuk mempamerkan bagaimana buas dia mengerjakan pesaingnya.Tidak seperti Herrizal yang lebih bersikap waspada dan sentiasa awas dengan gerak-geri lawan.

"Hah! mampuslah kau budak mentah!"sergah Dino sambil menghayun tumbukkan demi tumbukkan secara semberono dengan harapan ada di antara serangannya itu mengena pada lawannya.

Semua itu dapat di elak oleh Herrizal yang menggunakan pendekatan menganjak ke kiri kanan atau ke belakang.

"Harghhhh!!"

Dino merempuh dengan bahu dan lengannya yang sasa.

BUMM!

Bagai di hentam kayu balak bunyinya saat rempuhan itu tersasar ke dinding salah sebuah gerabak. Sepantas kilat Herrizal hayun tendangan tepat ke pipi Dino.

"Arghhhhhh! bangsat!"maki Dino sambil menekap pipi.

Tendangan Herrizal melayang lagi namun di tepis begitu sahaja oleh Dino dengan kasar membuatkan Herrizal terkesamping.

Dino mendepangkan sebelah tangan sasanya lalu merempuh Herrizal dengan buas. Dan kali ini nasib Herrizal kurang baik. Dia terhempas ke atas rel.

"Arghhhhhh!"

Herrizal kesakitan buat seketika. Rempuhan Dino tadi sememangnya buas dan kasar.

Penonton bersorak teruja. Dino bercekak pinggang sambil ketawa.

"Bang! bangun cepat bang!"teriak Johari yang risau melihatkan keadaan Herrizal.

"Awak kena kuat sikit Herry! ayuh bangkit! bangkit!"kata Mail Barong melaungkan peniup semangat.

"Hahahaha biar aku selesaikan kau sekarang jugak budak!"kata Dino lalu mengangkat sebelah kakinya untuk memijak ke tubuh lawan yang masih terbaring.

"Harghhhh!"

PAKK!

Pijakkan itu hanya sia-sia kerana Herrizal pantas mengelak dengan menggulingkan tubuhnya. Dino mengangkat kaki lagi untuk memijak namun pantas Herrizal libas tendangan ke sebelah lagi kaki lelaki itu hingga dia berdebuk jatuh.

Penonton bersorak teruja. Biasanya mereka melihat lawan kepada Dino semuanya adalah petarung-petarung yang lemah dan kurang keyakinan. Namun kali ini Herrizal si petarung baru ini boleh tahan juga melawannya.

Kedua-duanya bangkit semula dan ligat mencari akal bagaimana untuk menumbangkan lawan.

Seperti biasa Dino memang kurang penyabar dan lebih suka membuat serangan bersifat melulu. Itulah yang di tunggu-tunggu oleh Herrizal, kerana orang seperti Dino lebih memfokus untuk mendapat habuan dari serangan melulunya semata-mata tanpa memikirkan apa tindakkan yang akan di ambil oleh lawannya.

Akibatnya tumbukkan Dino banyak tersasar. Herrizal pula bijak dan pantas mengelak, dan tahu-tahu dia sudah berada di belakang Dino lalu menendang di bawah celah kelangkang lawannya.

"Ughhhhh!"

Dino menekup perut yang senak.

Herrizal pantas mencengkam di belakang kepala Dino lalu di hempaskannya muka lelaki botak bertubuh tegap itu ke dinding gerabak keretapi beberapa kali.

"Arghhhhhh!"

Dino terhuyung-hayang dengan dahi dan hidung berdarah.

Penonton sungguh tergamam dan terkejut lalu memberi reaksi seakan kecewa.

Dalam satu tendangan pantas yang di lepaskan oleh Herrizal telah menyebabkan Dino terhumban dan terbaring lemah di atas rel landasan keretapi.

Kiraan sepuluh mulai di lakukan. Dino tidak mampu memberi sebarang respon. Kemenangan berpihak kepada Herrizal. Johari dan Mail Barong melompat kegembiraan. Pengurus Dino tampak kecewa habis.

Wang sebanyak tiga ribu lebih terpaksa di serahkan kepada Herrizal.

                            ******

"Nah abang Mail ambillah setengah dari wang ni"kata Herrizal sambil menghulurkan sejumlah wang bernilai seribu lima ratus kepada Mail Barong.

"Heheh terima kasih Herry. Tapi cukuplah awak bagi aku lima ratus je.  Yang selebihnya awak simpanlah kerana awak yang susah-payah bertarung tadi. Lagipun awak sama Joe lebih memerlukan wang tu"kata Mail.

Johari tersengih-sengih je. Dia masih tergamam dengan hadiah wang kemenangan sebanyak tiga ribu lebih yang di menangi oleh abangnya itu.

"Heheh lepas ni abang Mail tolonglah uruskan pertarungan untuk saya pulak"kata Johari.

"Baiklah. Nanti aku uruskan. Mungkin dalam minggu depan kot. Harap awak bersabar le sikit"

"Haa? lama sangat tu bang Mail. Esok lusa tak boleh ke?"

"Esok aku nak ke luar daerah. Ada hal sikit. Awak standby je la. Berlatih cukup-cukup dulu"kata Mail.

"Usahlah terburu-buru Joe. Esok lusa kan kita ada hal nak pergi jumpa dengan kapten Salar"kata Herrizal.

"Alamak nasib baik kau ingatkan aku hal tu bang. Ya baiklah"

"Awak berdua nak pergi jumpa Kapten Salar?"soal Mail Barong.

"Kenapa? abang Mail kenal ke dengan kapten Salar?"

Mail Barong menatap wajah dua orang pemuda tu.

"Aku tak kenal beliau secara rapat. Tapi aku banyak dengar cerita pasal kapten Salar ni. Tapi sebelum tu biar lah aku bertanya dulu...awak berdua ada urusan apa dengan beliau?"

"Kami ada urusan nak beli motobot terpakai dari Kapten Salar"ujar Herrizal tanpa memberitahu duduk perkara sebenarnya.

"Hm elok le awak berdua hati-hati sikit dengan dia tu"

"Kenapa bang Mail cakap macam tu?"tanya Johari.

"Kapten Salar ni bukan orang baik-baik"

"Maksud bang Mail?"

Mail menatap ke wajah dua pemuda itu.

"Entah le..banyak dakwaan mengatakan bahawa kapten Salar ni ada buat kerja penyeludupan barang melalui kapal . Aku dengar dia tubuhkan skuad Helang Besi terdiri dari kelasi-kelasi kapal yang handal berlawan kononnya untuk menghadapi lanun-lanun di lautan,walhal nak melindungi kerja-kerja kotor dia je"

"Apa peranan kewujudan skuad Helang Besi tu sebenarnya?"

"Hm mungkin awak tak pernah dengar cerita tentang seorang pegawai penguatkuasaan lautan yang hilang bersama beberapa orang bawahannya ketika membuat operasi pemeriksaan kapal secara mengejut beberapa tahun lalu. Waktu kejadian berlaku, skuad penguatkuasaan lautan di percayai telah menahan kapal Kapten Salar di sebuah perairan jauh setelah pegawai terbabit berjaya membongkar kegiatan menyalahi undang-undang yang di lakukan oleh Kapten Salar. Ramai orang percaya bahawa skuad pihak penguatkuasaan dan motobot mereka bukan tewas dalam kecelakaan ribut seperti di laporkan dalam berita tapi sebaliknya di bunuh oleh Kapten Salar dan skuad Helang Besi demi menutup aktiviti jenayah yang hampir mengheret mereka ke muka pengadilan"ujar Mail Barong.

Sedikit sebanyak Herrizal dan Johari mulai nampak dan faham akan penyalahgunaan peranan skuad Helang Besi oleh Kapten Salar dalam kes tersebut.

"Kalau awak berdua nak tahu...aktiviti penyeludupan yang di lakukan oleh Kapten Salar kemungkinan besar di lindungi oleh pegawai tinggi pihak berkuasa yang korup. Sebab tu sampai sekarang tiada siasatan dapat di jalankan ke atas beliau. Pelabuhan Helang ni dah lama di kawal oleh penyangak yang punya kedudukkan,pangkat dan jawatan tinggi"ujar Mail Barong lagi.

Beberapa hari telah berlalu. Dengan wang hasil kemenangan pertarungan bawah tanah sebanyak tiga ribu lebih itu Herrizal dan Johari sudah boleh menyewa sebuah rumah pangsapuri murah.

Pagi tu lepas bersarapan mereka pun bertolak menuju ke jeti kapal Pelabuhan Helang. Encik Hamit iaitu pengurus yang bertanggungjawab ingin mengatur pertemuan mereka dengan Kapten Salar memberitahu kapal yang di naiki oleh kapten Salar akan tiba sekitar sebelum waktu tengahari.

Jadi Herrizal dan Johari terpaksa lah menunggu dekat jeti. Mujurlah ada banyak gerai-gerai dan deretan kedai di situ untuk mereka melepak.

Sekitar jam sebelas setengah pagi kapal besar kapten Salar pun muncul dari kejauhan bersama bunyi serombong yang megah.

"Hah itu pun kapal kapten Salar dah tiba. Marilah saya bawakan kamu berdua pergi bertemu dengan beliau"kata Encik Hamit.

Dua pemuda itu pun mengikuti pengurus terbabit berjalan di titian jeti. Dalam jarak beberapa puluh meter sudah dapat di lihat sekumpulan kelasi turun dari kapal tersebut.

Apabila seorang lelaki tegap dengan pakaian dan topi seorang kapten kapal melangkah keluar, serta-merta Herrizal dan Johari tergamam.

"Eh?! kalau tak silap lelaki tu kan..."

"Haa.. itulah kapten Salar"kata Encik Hamit segera memotong cakap Johari.

Herrizal diam saja sambil terus berdiri tercegat memerhatikan ke arah kapten Salar dengan pandangan mata yang tajam. Dapat di rasakan sumbu amarah dan dendam dalam dirinya mulai menyala.

Bayangan tragedi silam kira-kira tiga belas tahun lampau kembali bermain di kotak fikirannya. Mana mungkin dapat di lupakan wajah-wajah syaitan durjana yang telah merogol ibu dan kakaknya. Malah dekahan suara mereka pun masih terngiang-ngiang di benak hingga ke hari ini. Lelaki yang di gelar sebagai Kapten Salar itu adalah salah seorang darinya.

"Memang betul Joe..itulah dia orangnya. Orang yang kita 'cari-cari' selama ni"kata Herrizal.

"Ouh..jadi maknanya kamu berdua dah lama lah kenal dengan kapten Salar?"tanya Encik Hamit.

"Dah tiga belas tahun lamanya"balas Johari.

Tiba-tiba Herrizal mengajak Johari pulang. Mereka pun membatalkan hasrat untuk bertemu dengan kapten Salar.

"Eh eh nanti dulu! kamu kata nak jumpa dengan Kapten Salar dan bincang pasal pembelian motobot?tak jadi ke ni?"teriak Encik Hamit.

Dua pemuda itu tidak menjawab. Mereka terus berlalu pergi.

                          *******

Matahari telah naik tinggi tanda masuknya waktu tengahari. Mujurlah warung yang letaknya di bawah pokok besar itu redup dan nyaman.

Herrizal dan Johari singgah makan tengahari sambil berbincang tentang Kapten Salar.

"Motobot fletcher merah putih dengan simbol tengkorak tulang silang seperti di dakwa oleh Hami telah kita temui dan terbukti ia milik Kapten Salar. Jadi andaian yang boleh kita buat ialah beliau juga turut terlibat dan bersubahat dalam kes bapak. Tapi bagaimana kita dapat buktikan semua ni bang?"tanya Johari.

Herrizal termenung jauh buat seketika mencari akal.

"Aku dah tak boleh fikir cara yang  paling baik untuk berhadapan dengan syaitan durjana tu Joe. Satu je 'jalan' yang aku nampak sekarang.."

"Maksud abang?"

Herrizal pun memberitahu rancangan yang terfikir di benaknya.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience