7.DOSA SILAM
SEBUAH majlis makan malam telah di adakan di atas sebuah kapal cruise persiaran terbesar di pusat kapal Pelabuhan Helang. Malam ini para kelasi berkumpul menikmati hidangan mewah yang di sediakan.
Lampu-lampu kapal bergemerlapan. Di atas geladak cruise gergasi itu turut di adakan persembahan hiburan pancaragam. Muzik rancak berkumandang. Meja-meja menyediakan hidangan bufet. Agak sesak dan riuh-rendah suasananya.
Para pelayan berpakaian kemas melilau ke sana-sini dengan dulang berisi gelas minuman koktel dan sebagainya.
Tiada siapa pun yang menyedari kehadiran dua orang pemuda yang sebenarnya hanyalah penyamar tidak di undang yang bijak mengambil kesempatan untuk berada dalam majlis makan malam yang serba gah itu dengan menyamar sebagai pelayan.
"Silakan minum tuan"kata Herrizal sambil menyuakan gelas-gelas minuman koktel lazat kepada para kelasi yang sedang duduk di meja sambil menikmati hidangan.
Kemudian Herrizal berlalu pergi dengan dulang di tangan. Sambil itu matanya meliar ke segenap ceruk mencari di mana kelibat Kapten Salar.
Dia kemudian menghampiri adiknya Johari yang sedang menghidang lobster dekat meja bufet.
"Psst...kau jumpa tak kapten Salar?"bisik Herrizal.
"Tak jumpa lagi bang. Atas geladak yang luas nak mampus macam ni memang agak susah kita nak cari dia. Kaki aku pun dah naik lenguh berjalan ke sana ke mari"kata Johari.
"Tak apa..kita berpecah dan teruskan mencari sampai dapat. Dalam setengah jam dari sekarang kita bertemu lagi kat sini"kata Herrizal.
Johari bersetuju.
Herrizal masuk pula ke sebelah dalam kapal dan terus melilau sambil terus mencari di mana Kapten Salar. Cruise besar itu mempunyai dewan yang luas dan mewah. Lampu-lampu chandelier terang-benderang.
Akhirnya apa yang di cari pun di temui. Kapten Salar dilihat sedang leka duduk di bar sambil menonton nyanyian seorang penghibur wanita ala primadona.
Lelaki itu agak mabuk dengan gelas dan botol arak di meja yang beliau duduki. Herrizal pergi memaklumkan hal tersebut kepada Johari. Dua pemuda itu pun mencari alasan agar dapat membawa kapten Salar ke ruangan tersembunyi dalam kapal.
Mujur Johari telah lebih awal membuat persiapan untuk itu. Jalan dan selok-belok dalam kapal serta bilik dan ruang tertentu telah di selidikinya.
"Minum lagi tuan?"pelawa Herrizal sambil menghulurkan pula segelas koktel lazat kepada kapten Salar.
"Tak apalah..terima kasih saja. Aku dah mabuk sangat ni"balas Kapten Salar sambil asyik sendawa. Dalam pada itu beliau begitu leka bertepuk tangan dek terhibur menonton nyanyian penyanyi wanita primadona berpakaian seksi yang baru selesai membuat persembahan di dewan kapal itu.
"Kalau begitu boleh saya bantu apa-apa lagi untuk tuan?"
"Kau pergi pujuk penyanyi wanita itu bermalam dengan aku boleh tak?"
Herrizal menoleh kepada penyanyi wanita tersebut dan tersenyum. Kemudian berbisik ke telinga Kapten Salar.
"Baiklah. Tuan mahu menidurinya sekarang juga ke? Saya akan pergi memujuk penyanyi itu"
"Hahahaha lucu juga kamu ni ya?hm macamlah aku akan dapat meniduri penyanyi perempuan itu?"Kapten Salar ketawa berdekah-dekah kerana lucu dengan sikap Herrizal.
"Saya akan pergi sampaikan hajat tuan kepadanya sekarang juga"kata Herrizal lalu berjalan pergi menuju ke meja yang sedang di duduki oleh penyanyi wanita yang di maksudkan.
"Silakan minum cik. Kapten Salar minta saya menyapa cik untuknya. Dia kagum dan minat betul dengan nyanyian cik tadi"kata Herrizal sambil menyuakan gelas koktel.
"Oh terima kasih. Di mana kapten tu?"tanya si penyanyi sebelum Herrizal menunjukkan ke arah bar.
Si penyanyi wanita melambai kepada kapten Salar sambil mengukir senyuman kepadanya. Herrizal minta diri dan kembali kepada kapten Salar.
"Baiklah..saya dah sampaikan hajat tuan kepada cik penyanyi tu. Beliau minta tuan sediakan bilik privasi terlebih dahulu. Kemudian saya akan bawakan beliau ke bilik tuan"
"Hahahaha tak sangka aku amat bertuah malam ni. Baiklah..baiklah..boleh kamu tolong papah aku ke bilik?"
"Ya baik boleh tuan. Lagipun tuan dah mabuk sangat ni"
Herrizal pun lantas memanggil Johari dan mereka berdua memapah Kapten Salar yang mabuk itu ke laluan bilik belakang.
Lorong jalan dalam kapal persiaran itu agak panjang dan sesekali mereka turun ikut tangga. Bunyi riuh-rendah majlis dan suara hadirin pun telah jauh di tinggalkan. Mereka kini di bilik stor kapal yang sunyi-sepi dan tiada sesiapa pun melainkan mereka bertiga.
Kapten Salar mulai berasa pelik dan tertanya-tanya kenapa dua pelayan yang memapahnya itu membawa dirinya ke stor kapal.
"Eh kamu bawa aku ke stor ni untuk apa? bilik privasi aku dah terlepas tadi"
Johari pun mengunci pintu stor lapang itu dari dalam.
"Maaf kapten..aku tipu kau je. Penyanyi perempuan tadi pun tak sudi nak tidur dengan lelaki durjana macam kau syaitan!"
Suatu tendangan padu melayang ke wajah kapten Salar.
"Arghhhhhh!"
Terhumban lelaki mabuk berpangkat kapten itu hingga melanggar troli barangan dalam stor dan terbaring ke lantai. Terkejut betul beliau di perlakukan sedemikian rupa.
"Apa kau buat ni?! hei aku ni kapten tau tak?!"jerkahnya marah lalu cuba bangun dan ingin menyerang Herrizal namun sepantas kilat Johari kunci leher lelaki itu dengan lengannya dari belakang sebelum Herrizal tumbuk lelaki itu dekat muka dan perutnya.
Kemudian Johari humban lelaki itu hingga terguling-guling jatuh ke lantai.
"Arghhhhhh"
Hidung dan mulut Kapten Salar meleleh dengan darah. Dia mengerang kesakitan.
"Nah! cuba kapten tengok gambar ni!"kata Johari pula sambil layangkan sekeping foto pada lelaki itu.
"Ga..gambar apa pulak ni?"
"Perhatikan wajah-wajah dalam foto tu. Cuba kau ingat kembali dosa silam apa yang pernah kau lakukan sekitar tiga belas tahun lalu!"kata Herrizal.
Kapten Salar menatap foto tersebut.
Ia adalah kepingan foto gambar keluarga Herrizal dan Johari di mana terdapat gambar arwah ayah, ibu dan kakak mereka.
Berkerut dahi kapten Salar cuba mengingati.
"Tak tahu! aku tak tahu! ini gambar lama tahun 70 an. Mana aku nak ingat!"
"Bangsat! semudah itu je kau nak lupakan semuanya?!"
Herrizal rentap rambut kapten Salar sebelum kepala lelaki itu di hantuknya kuat-kuat dekat troli. Tapi sayang raungan kapten Salar tiada siapa pun yang akan mendengarinya.
Dia mulai menggigil-gigil ketakutan dan merayu. Herrizal memaksanya untuk menatap foto itu dan cuba mengingati sesuatu.
"M..maafkan aku..."
Dengan tangan terketar-ketar kapten Salar tatap semula foto tersebut. Agak lama juga dia cuba mengerah ingatan silamnya.
"Ka...kalau tak silap aku...lelaki dalam gambar ni Bakri dan isteri dia Senah serta tiga orang anak mereka. Dulu sekitar tahun 70an mereka ada buka kedai menjual barangan alat memancing dekat deretan kedai pelabuhan ni"
"Hah bagus..akhirnya kau ingat pun. Aku harap kau tak lupa tentang apa yang kau dan kawan-kawan syaitan engkau dah buat pada famili ni! "jerkah Herrizal sambil cekak kolar baju Kapten Salar dengan kasar.
"Ta..tapi apa kaitan famili Bakri dengan kamu berdua?"
"Kau tanya apa kaitan dengan kami?! Hei bangsat! kau tau tak..yang kau bunuh ni bapa kami! yang kau rogol tu ibu dan kakak kami! kau fikir kami takkan cari kalian semua dan tuntut balas?! Arghhhhhh jahanam lah kau!"
Hilang terus kesabaran Herrizal. Di tariknya lelaki tu bangun dengan kasar sebelum di benamnya kepala lutut ke perut Kapten Salar.
Menggelupur kapten kapal tu terbaring sebelum Herrizal pijak ke mukanya.
"Ughhhhh!!....t..tolong aku...maafkan aku...rupanya kamu berdua anak lelaki arwah Bakri dan Senah?"
"Anjing keparat! baru sekarang kau nak menyesal? aku ingat lagi waktu kau dan kawan-kawan syaitan kau ketawa berdekah-dekah sambil merogol ibu dan kakak aku. Kau paksa aku dan abang aku tonton perbuatan keji kau! Arghhh mampuslah kau lagi baik!"jerkah Johari pula.
Nasib Kapten Salar kurang baik. Tubuhnya melayang di banting ke sana ke mari. Tunggang-langgang barang-barang dalam stor tu jatuh ke lantai.
Kapten Salar menangis sambil merayu-rayu.
Herrizal rentap rambut lelaki itu.
"Mana perginya syaitan-syaitan yang lagi empat ekor tu?! aku nak kau beritahu aku sekarang juga. Aku takkan lepaskan kamu semua. Mokhtar si ketua syaitan dengan tatu sauh dekat lengan tu di mana dia berada sekarang? cakap!"
"Aku..aku dah lama tak jumpa Mokhtar. Aku tak tahu di mana dia berada sekarang. Lagipun kami dah bergaduh dan berputus arang hampir lima tahun lamanya. Aku tak mahu ambil tahu pasal dia lagi. Kau..kau boleh cuba cari Mahmud. Dia salah seorang dari kami waktu kejadian tu"
"Di mana dia sekarang?!"
"Mah..Mahmud ketua kumpulan samseng Tukul dan Paku. Dia kerja kontraktor binaan. Cubalah kau cari dia kat bandar"
Herrizal dan Johari berpandangan. Tahulah mereka kini bahawa pekerja-pekerja tapak binaan yang mereka belasah tempoh hari rupanya anak-anak buah Mahmud.
"Maklumat yang bagus. Mujur kami pernah belasah budak-budak Tukul dan Paku tu sebelum ni. Jadi mudahlah kami nak cari Mahmud nanti. Hm siapa lagi yang masih ada kontak dengan kau?!"soal Johari.
"Jongos...kau boleh cari Jongos dekat sekitar pub kelab malam Drugon kat bandar. Dia..dia pemilik pub tersebut"
"Siapa lagi sorang?"
"Mobin...aku..aku tak pasti Mobin kat mana. Dia rapat dengan Mokhtar. Bila aku dan Mokhtar berputus arang, dia pun ikut Mokhtar. Mungkin kau boleh tanya pada Mahmud dan Jongos tentang keberadaan Mobin"ujar Kapten Salar dalam keadaan lemah.
Lima bajingan syaitan bertopengkan manusia yang di cari-cari oleh Herrizal dan Johari kini telah di ketahui nama mereka. Berjayakah dua pemuda adik beradik itu menjejak Mokhtar,Mobin,Jongos dan Mahmud demi membalas dendam di atas perbuatan durjana serta dosa silam yang pernah mereka lakukan ke atas ahli keluarga mereka itu nanti?
BERSAMBUNG...
Share this novel