50.LAMBAIAN TERAKHIR

Action Series 2816

50.LAMBAIAN TERAKHIR

HERRIZAL terjaga sekitar jam satu pagi. Dia terbaring di sofa gudang. Bob dah berdengkur terbaring atas karpet lantai depan televisyen dengan sampah keropok dan bekas tin minuman di sisi.

Lumang, Kugaressan,Meng Li dan Sapik ada kat pangkin pelantar luar pintu masuk gudang sedang berbual sambil hisap rokok.

Rossa dan Marissa sedang main snooker.

Qazrel mungkin sudah tersadai di katil di dalam biliknya bersama Akma,Pamela dan Cimbiani.

Herrizal pun turun tangga ke tingkat bawah gudang lalu menuju ke bilik hujung di mana Dayan, salah seorang ahli skuad Helang Besi itu sedang di kurung.

Suis lampu bilik itu pun di buka.

Dayan tersandar dekat kotak. Topi kelasi kapal miliknya sudah terlucut di atas lantai.

"Lebih baik kau cakap...di mana Mobin,Tauke Boon dan lain-lain bersembunyi sekarang ni?"desak Herrizal sambil cekak baju di leher lelaki itu.

Dayan tetap membisu.

"Cakaplah!''ulang Herrizal dengan nada suara tinggi.

Lelaki kelasi kapal bertubuh tegap itu pun akhirnya terpaksa beralah dan membuka mulut.

"Kami selalu melepak dekat kelab yang agak privasi dan tersembunyi"

"Dekat mana tempat tu?"

"Dekat kawasan perindustrian delta. Ada jalan masuk ke terowongan bawah tanah di Jalan Dunlop. Tauke Boon Chai bersembunyi dekat situ"

"Mobin juga ada kat situ?"soal Herrizal lagi.

"Dia datang sekali itu je lah. Tapi dia selalu berhubung dengan Tauke Boon Chai"

BERBEKALKAN maklumat itu,Herrizal dan beberapa orang lain telah pergi ke kawasan perindustrian Delta. Mereka menaiki kenderaan dan memantau di Jalan Dunlop. Memang benar terdapat sebuah jalan terowongan bawah tanah.

Walaubagaimanapun mereka tidak mahu mengambil tindakkan terburu-buru. Akhirnya Herrizal pun membuat keputusan untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada Inspektor Yaslan agar pihak berkuasa sahaja mengambil tindakkan.

Pulang dari membuat intipan, Herrizal terus balik ke rumah. Dia bersama teman wanitanya Wendy keluar pergi jalan-jalan di Pekan. Tanpa di sedari oleh Herrizal dan Wendy,mereka sebenarnya sedang di ekori oleh seseorang. Foto-foto kemesraan mereka berjalan berpimpin tangan serta gambar Wendy dengan perutnya yang sudah ada menampakkan sedikit baby bumps itu juga berjaya di perolehi.

                            ******

"Ahhh!! tak guna punya Wendy! patutlah selama ni dia menghilangkan diri sangat lama. Rupanya dia sudah jatuh cinta dan duduk sama anak Pak Sargo. Tengok..perut dia pun sudah pregnant. Ini macam gua malu besar tau tak! malu besar!"kata Tauke Boon Chai dengan wajah merah padam sambil menatap foto-foto itu.

Tau-tau sebuah pasu bunga perhiasan di ruang tamu di bilik pejabatnya telah di hempaskannya ke lantai hingga pecah berderai.

Tauke cina gemuk itu berjalan ke hulu ke hilir dengan perasaan yang marah, hampa dan kecewa. Wajahnya merah padam.

Akhirnya dia pun membuat suatu keputusan.

"Gua sudah tak peduli. Sekarang gua mahu lu orang semua kasi bunuh ini perempuan. Gua tak mahu menanggung malu besar"kata Tauke Boon Chai.

Beberapa orang lelaki tegap bertopi kelasi yang berada bersamanya terperanjat besar.

"Tapi Wendy kan anak perempuan Tauke Boon..."

"Gua tak peduli walaupun dia anak gua sendiri. Tapi Wendy sudah conteng arang ke wajah gua tau tak! dasar anak tak kenang budi. Gua mahu you orang bunuh Wendy"

"Baik tauke''

Pada sebelah malam itu ketika Herrizal menghantar Wendy ke pub di mana kekasihnya itu bekerja,sekali lagi keretanya di ekori.

Herrizal memerhatikan sahaja Wendy melangkah menuju ke pintu masuk pub. Apabila Wendy menoleh dan melambai,Herrizal pastinya tidak akan pernah menyangka bahawa itu adalah lambaian terakhir dari Wendy buatnya.

Wendy masih berdiri tercegat sehinggalah kereta yang di naiki oleh Herrizal sudah berlalu pergi dan hilang dari pandangan.

Sebuah kereta sport tiba-tiba berhenti sebelum dua orang lelaki bertopi kelasi kapal turun dan menikam ke perut Wendy dengan pisau.

Amoi itu tersungkur terbaring sambil menekup perut yang berlumuran darah.

Sementara itu Herrizal baru terperasan yang beg tangan Wendy tertinggal dalam kereta. Dia pun terpaksa patah semula memandu ke kelab malam tadi sebelum terkejut besar apabila melihat jasad Wendy sudah terkulai di kerumuni para pengunjung yang berada di perkarangan hadapan kelab malam terbabit.

Pantas dia melompat turun dari kereta.

Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Beberapa orang telah cuba mengejar namun kereta sport dan lelaki bertopi kelasi kapal itu telah meluncur pergi dengan pantas.

Orang ramai berkerumun di sekeliling jasad Wendy yang terbaring berlumuran darah dengan kesan tikaman pada perut.

"Wen...Wendy...!!"

Herrizal tidak dapat menahan air matanya yang laju berguguran. Nadi di tangan wanita itu juga sudah berhenti berdenyut.

Tak lama kemudian kereta polis dan ambulan pun tiba. Beberapa orang saksi kejadian telah memberi keterangan tentang apa yang terjadi. Mereka melihat amoi cina itu di tikam oleh beberapa orang lelaki bertopi kelasi kapal bertubuh tegap yang datang dengan sebuah kereta sport.

Herrizal amat yakin para pelaku itu adalah ahli Skuad Helang Besi.

Tak lama kemudian,Johari dan Saziana juga datang ke lokasi kejadian. Begitu juga dengan ahli-ahli lain Petir Waja. Mereka agak tergamam dan terkejut dengan semua itu. Air mata tidak dapat di bendung dari turun.

Herrizal menangis sepanjang malam itu. Dia terpaksa di pujuk oleh Johari dan Saziana agar menerima segala yang telah berlaku itu dengan tabah.

Bayangan Wendy menoleh dan melambainya buat kali terakhir tadi membuatnya rasa sedih,sebak dan hiba.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience