36.DURIAN RUNTUH
SEMENTARA Herrizal dan beberapa orang ahli lain pergi ke area Senggagak,team kedua Petir Waja pula pada malam ini telah berjaya menggempur sebuah lagi bangunan terbiar yang di jadikan sarang aktiviti tidak bermoral oleh konco-konco Maniam hasil intipan gerak-geri ahli kumpulan itu dekat pub Drugon.
Bangunan terbiar yang kelihatan gelap dari luar dan terpelesuk di celah bangunan tinggal di sekitarnya itu rupanya terang-benderang di sebelah dalam. Lokasinya masih dalam Pelabuhan Helang.
Team kedua di ketuai oleh Qazrel turut di sertai oleh Johari,Sapik,Meng Li dan Kugaressan. Ketika serbuan itu di lakukan,beberapa orang konco Maniam yang bertugas menjaga bangunan terbiar itu sedang lepak-lepak,mabuk dan bermain terup.
Terjadi pertempuran di antara mereka.
Tendangan Qazrel singgah tepat ke muka salah seorang konco Maniam hingga lelaki itu terjerembab ke lantai.
"Arghhhhhh"
Beberapa lelaki lain telah memecahkan botol-botol arak dan menyerang ahli Petir Waja. Namun serangan mereka di patahkan dengan mudah sahaja oleh Johari dan Sapik.
Meng Li si pemuda cina bercermin mata itu di serang dengan sebatang kayu,namun dia lebih cekap mengelak,menepis dan sekaligus merampas kayu itu dari lawannya.
"Attta!"
Bagaikan mendiang Bruce Lee tendangan Meng Li hinggap ke tubuh lelaki itu.
"Arghhhhhh!"
Seorang lagi lelaki langsung cabut lari apabila dia gagal mendepani serangan pantas Kugaressan. Akhirnya kesemua konco-konco Maniam cabut lari.
"Fuh bosan betul berlawan dengan dorang ni"kata Kugaressan.
"Mungkin sebab kau dah terlalu kuat untuk mereka"kata Meng Li tersengih sambil tepuk-tepuk bahu Kugaressan.
"Wow lain macam betul dalam bangunan ni. Siap lampu-lampu neon macam dalam kelab malam pulak. Takkan mereka buat disko pulak kat bangunan terbiar macam ni?"kata Qazrel.
"Kalau buat disko mungkin tak laku. Tengoklah bangunan terbiar ni...sunyi, gelap aja dari luar"kata Johari.
"Mari kita periksa"kata Sapik.
Mereka pun naik tangga ke tingkat atas dan temui beberapa buah bilik. Apabila pintu bilik di buka,kelihatan suatu pasangan lelaki dan perempuan sedang asyik lakukan seks.
"Aaaaaaaaaaaa!"
Perempuan muda itu terjerit. Si lelaki pula cepat-cepat merangkak turun dari katil dan pakai seluar.
Di bilik-bilik lain juga ada pasangan sedang lakukan aktiviti seks.
"Maaf...maafkan kami. Err..kami cuma pelanggan saja. Budak-budak Maniam yang jaga tempat dan sediakan servis wanita-wanita lacur di sini"kata seorang lelaki dan pelanggan lelaki yang lain mengangguk.
Melihatkan mereka cuma orang-orang biasa yang datang ingin mencari kepuasan sahaja, Ahli Petir Waja pun membiarkan mereka pergi.
Di sebuah bilik lain pula mereka menemui wanita muda yang cantik dan seksi tertunduk-tunduk ketakutan dan merayu agar mereka tidak di apa-apakan. Menurut mereka,kumpulan Maniam yang menjaga dan memberi rumah perlindungan kepada mereka selagi mereka rela melacurkan diri.
"Sudah...mulai hari ni kalian semua dah bebas dari konco Maniam. Pergilah cari 'makan' kat tempat lain"kata Qazrel.
"T...terima kasih.."kata wanita-wanita itu.
Ketika ahli Petir Waja sudah membuka langkah mahu beredar,tiba-tiba wanita-wanita itu memanggil mereka semula.
"Ya ada apa lagi?"kata Johari.
"Err...kami sebenarnya tak tahu nak pergi ke mana. Sebelum ni semuanya di uruskan oleh geng Maniam. Boleh tak Petir Waja je simpan dan uruskan kami pula?"
"Haaa??!"
Terbeliak dan ternganga mulut lima orang pemuda itu sambil pandang sesama sendiri.
"Jangan buat gila. Kami ni Petir Waja bertugas menumpaskan kumpulan-kumpulan samseng dan membongkar segala aktiviti kegiatan menyalahi undang-undang termasuklah maksiat pelacuran tahu tak? Takkanlah kami pulak nak jalankan aktiviti salah seperti itu pula?"kata Johari dah bercekak pinggang dengan wajah yang serius.
"Pffft....pfffft"Sapik tiba-tiba berdekit rasa nak ketawa melihatkan reaksi Johari. Padahal semua ahli Petir Waja tahu bahawa Johari seorang jaguh di ranjang.
Qazrel, Meng Li dan Kugaressan juga berusaha menahan ketawa.
"Iyalah..kalau aktiviti pelacuran itu memanglah salah. Tapi kalau Petir Waja nak pelihara kami sebagai wanita penyeri atau teman mesra di markas kalian tak salah kan?"kata wanita itu lagi.
"Aduh...yang itu yang berat dan sukar nak di tolak tu"kata Johari.
"Aku dah agak dah"kata Sapik.
Bahahahaha hahahahaha
Pecah mereka ketawa.
"Eloklah kalian tanya sama Qazrel. Markas gudang itu milik dia. Kau macam mana Qaz?"
Qazrel menatap wajah setiap wanita-wanita itu dengan rupanya yang separa melecur itu. Takut-takut juga perempuan itu melihatkan dirinya yang berkelubung sebegitu.
"Eh jangan takutlah. Dia bukannya hantu wajah lecur. Dia manusia macam kita semua. Makan nasi,maggi,mee goreng...
"Ehem...pizza...pizza hot paling aku suka"kata Qazrel.
"Aku baru tahu hantu lecur suka makan pizza. Western betul selera"kata Sapik.
Bahahahaha hahahahaha
Langsung terbarai mereka semua ketawa termasuklah wanita-wanita muda itu.
"Emm jadi abang lecur izinkan kami tinggal kat markas Petir Waja ke?"tanya wanita itu lagi.
Qazrel masih terfikir-fikir.
"Hm.. baiklah..tapi untuk sementara waktu sahaja. Setelah kalian mendapat kerja dan sudah tahu ke mana harus di tujui nanti,kalian harus tinggalkan gudang tu"
****
"Apa dah berlaku ni Joe?"tanya Herrizal ketika melihat team Johari turut membawa beberapa orang wanita muda tidak di kenali pulang ke markas Petir Waja.
"Hahaha kita dapat durian runtuh bang"balas Johari lalu menceritakan apa yang terjadi.
KEESOKKAN harinya pihak polis daerah Senggagak telah menyerbu kilang tepung yang di jadikan sebagai pusat memproses dadah oleh konco-konco Maniam berdasarkan maklumat lengkap yang mereka perolehi dari Inspektor Yaslan hasil kerja intipan Petir Waja.
Kesemua pekerja kilang yang bersubahat telah di tahan. Operasi kilang proses dadah itu lumpuh sepenuhnya. Walaubagaimanapun Maniam masih terlepas.
Pemuda india berambut afro itu tergesa-gesa pergi bertemu dengan Jongos untuk menyampaikan berita tersebut.
"Ma...maafkan aku bos..aku..aku tak tahu Petir Waja mengintip aku sampai ke Senggagak. Habislah kita kali ni bos..habis"kata Maniam yang kelihatan kusut dan tidak terurus.
"Heh kau janganlah risau sangat Maniam"kata Jongos yang tenang duduk di kerusi empuk dalam pejabatnya sambil hisap curut. Dia tersengih saja dengan giginya yang jongang.
"Oh terima kasih bos..aku dah tahu bos sentiasa ada idea bagus dan jalan keluar dari masalah yang timbul. Aku bimbang bos...polis pasti tengah giat buru aku sekarang bos"
"Heh..kilang dadah aku dah jahanam Maniam. Bukan cakap polis buru kau aja. Aku ni big boss dan dalang besar di sebalik ini semua lagi tak senang duduk di buatnya. Hm tak apa..aku ada tempat persembunyian terbaik untuk kau Maniam. Polis pun tak ingin buru kau lagi andai mereka dapat tahu kau bersembunyi kat situ"
Berseri-seri wajah Maniam. Memang itulah yang di harapkannya dari Jongos.
"Haa? kat mana tempat persembunyian tu bos?uih bagus sangatlah tempat macam tu bos"
Jongos tersengih lagi. Dia memanggil seseorang masuk ke bilik ofisnya. Seorang lelaki botak bertubuh tinggi dan besar macam gergasi melangkah masuk.
"Baguk?!"
Tak banyak cerita terus Baguk kunci leher Maniam dengan lengannya yang sasa.
"Eh apa ni Baguk? kenapa buat macam ni...arghh lepaskan aku lah!"Maniam meronta-ronta.
"Mampuslah kau!'kata Baguk lalu di bantingnya tubuh pemuda india tu ke lantai opis.
Maniam di pijak tanpa belas kasihan sehingga nyawa-nyawa ikan. Baguk memikul tubuh Maniam ke bahu.
"B..bos...kenapa..kenapa buat aku begini bos?"lemah suara Maniam.
"Heh...selamat meninggal Maniam. Dalam kubur nanti polis tak buru kau dah"
Jongos tersengih dan tertawa sambil melambai melihat ke arah Maniam yang sudah nyawa-nyawa ikan itu di bawa pergi.
"Oh ya..jangan lupa simen mayat dia dalam tong deram dulu sebelum kau buang ke dalam hutan Baguk"pesan Jongos.
"Beres bos!"
Malam tu Petir Waja datang berkumpul di gudang markas untuk meraikan kejayaan menumpaskan operasi sindiket dadah yang di dalangi oleh Jongos.
Mereka di sambut mesra oleh lima orang wanita muda cantik dan seksi-seksi di pintu masuk gudang. Gembira bukan kepalang mereka sejak Petir Waja dah memiliki kuntum-kuntum bunga penyeri di markas.
Akma,Pamela,Rossa,Cimbiani dan Marissa hanya menyarung tetek-tetek besar mereka dengan baju bra bertali silang di leher menayang perut dan pusat. Di padankan pula dengan skirt kontot ketat celah peha. Batang kaki mereka menciut-ciut seksinya.
Wajah jelita di hias reben bunga di rambut. Mereka memeluk setiap pemuda-pemuda itu penuh kasih sayang. Siap kucupan dan usapan manja di pipi.
"Woi best betul malam ni"
Bahahahaha hahahahaha
Sedang rancak mereka bermesra-mesra begitu baru perasan kelibat Qazrel tiada.
"Ai Qazrel mana? selalunya dia yang sambut kita kat pintu masuk gudang"tanya Herrizal.
"Mmh..abang Qaz tak larat nak bangun. Dia keletihan sikit.."kata Akma.
"Haa?! keletihan? dia buat apa je?"tanya Meng Li.
Wanita-wanita itu pun membawa ahli Petir Waja ke sebuah bilik. Qazrel sedang terbaring letih atas katil besar.
"Wei semangatlah sikit Qaz. Kita nak raikan kejayaan Petir Waja malam ni"kata Sapik.
"Uhh aku tak larat ni geng. Biarlah aku rehat je malam ni"kata Qazrel sebelum berdengkur kembali. Lebih dahsyat lagi apabila mereka temui coli-coli wanita,celana bergulung-gulung dan sandal tumit tinggi wanita bersepah atas katil tersebut.
Johari terjumpa selonggok latex getah kondom terpakai dan lunyai dalam bakul sampah tepi katil yang di baringi oleh Qazrel.
"Aduh! kalau macam ni gelaran jaguh di ranjang bukan aku lagilah yang pegang"kata Johari dah tepuk dahi.
"Haa? kenapa pulak kau cakap macam tu Joe?"tanya yang lain-lain lalu berkerumun melihat ke dalam bakul sampah.
"Whoaaaaaaaaa??!"
"Hoi gila lah. Baru malam semalam kita bawa ladies ni kemari, takkan dah setimbun banyak macam ni sekali?"
Qazrel terjaga lagi dan mamai-mamai je.
"Aku tak tahanlah...sedap sangat..ZZZZZZ"
"Haih!"
BERSAMBUNG...
Share this novel