2.PENCETUS MASALAH
LANGIT cerah membiru memayungi di kawasan jeti Pulau Tulus. Letaknya hanya satu kilometer saja dari Pelabuhan Helang. Pulau kecil itu ada desa yang permai. Penghuni Pulau Tulus tidak ramai. Anggaran penduduknya tidak sampai pun dalam seratus orang. Rata-rata mereka bekerja sebagai nelayan.
Pulau Tulus amat terkenal sebagai lubuk penangkapan ketam dan udang. Pelancong atau orang luar yang datang ke Pelabuhan Helang pasti tidak sah pulang kalau tidak membeli hasil ketam dan udang Pulau Tulus.
Di bandar Pelabuhan Helang terdapat suatu kawasan pasar yang amat terkenal dan menjadi tumpuan ramai pelancong. Dekat situlah hasil tangkapan laut para nelayan dari Pulau Tulus akan di jual.
Pada waktu kini di awal tahun 90an, Pasar Utama Pelabuhan Helang sangat popular dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara. Namun kisah yang tidak sedap di dengari tentang bandar ini juga tidak kurang hebatnya. Kegiatan jenayah yang sudah sekian lama membarah bagaikan tidak dapat di pisahkan lagi dengan Pelabuhan Helang.
18 Oktober,tahun 1992.....
"Wah cantik cuaca hari ni bang. Aku ingat nak turun town lah petang nanti"kata Johari sambil berhati-hati mencabut ketam-ketam bunga yang banyak tersangkut pada pukat.
"Hati-hati kalau kau jadi turun ke town petang nanti Joe. Pelabuhan Helang kau tau-tau jelah..samseng berleluasa"kata Herrizal sambil menarik pukat yang di pasang dekat tepian dermaga.
"Jangan risaulah bang. Tahulah aku jaga diri nanti. Oh ya..aku nak pergi tengok wayang filem Jackie Chan Police Story SuperCop tengah panas kat panggung sekarang. Kau tak nak ikut sekali ke bang?"
"Hm best jugak tu. Baiklah kalau tak ada aral melintang petang nanti kita pergi"balas Herrizal.
Banyak juga hasil tangkapan ketam mereka pagi ni. Pukat di pasang merata-rata dekat dermaga Pulau Tulus. Selain mereka ada ramai juga nelayan lain di situ. Masing-masing sibuk dan gigih mencari rezeki hasil lautan.
Di waktu-waktu lain, dua beradik itu yang kini telah meningkat dewasa akan menaiki motobot meredah ke tengah lautan untuk menangkap ikan, udang dan sotong.
Dua tong besar di penuhi ketam di punggah masuk ke motobot. Enjin di hidupkan sebelum Herrizal dan Johari meluncur di tengah lautan menuju ke Pelabuhan Helang. Walaupun sebahagian nelayan Pulau Tulus lebih senang menjual hasil tangkapan mereka kepada tauke dan peraih,namun dua beradik itu bersama seorang lagi yang di anggap seperti bapa mereka iaitu Pak Sargo lebih rela berniaga sendiri segala hasil tangkapan mereka di pasar utama. Ini kerana rasa kurang puas hati mereka terhadap sikap kebanyakan tauke dan peraih yang tamak dan sering membayar mereka dengan harga yang tidak berbaloi langsung dengan jerit-perih yang harus mereka lalui sebagai nelayan.
Suasana di Pasar Utama Pelabuhan Helang memang meriah dan riuh-rendah sentiasa. Kadang-kala sesak dengan pelanggan dan hiruk-pikuk suara peniaga yang sedang tawar-menawar harga.
"Wahh ini hari banyak betul hasil ketam yang kalian dapat. Tak boleh jadi ni. Ini sudah melawan tauke namanya"kata Pak Sargo dengan mata bulat sambil melihat dua tong besar ketam yang di usung oleh Herrizal dan Johari.
Herrizal dan Johari ketawa mengekek-ngekek sambil menyusun ketam-ketam itu di dalam bekas mengandungi air batu di atas meja pasar mereka.
"Itulah Pak..siapa suruh Pak turunkan segala ilmu memukat ketam kepada kami dulu. Tengok sekarang ni kami dah berjaya mengatasi rekod terbaik Pak..kikiki"kata Herrizal menyakat orang tua itu.
"Hm...itulah salah aku jugak..sepatutnya dulu aku ajarkan kalian bagaimana nak memancing ketam dengan joran saja...sekarang murid dah lebih handal dari guru"kata Pak Sargo tersengih sambil pintal misai.
Berdekah-dekah Herrizal dan Johari tertawa.
"Haha tak apalah Pak. Bapak tetap seorang lagenda lautan yang kami kagumi. Kalaulah bukan kerana ilmu dan tunjuk ajar tentang dunia nelayan dan lautan yang bapak turunkan kepada kami,mungkin tak kemana pun kami hari ni"kata Johari sambil menepuk-nepuk ke bahu Pak Sargo.
"Wah.. kau tengoklah adik kau ni Herry...manis-manis aja ayatnya tentang bapak. Dia ingat bapak tak tahu dia sedang bodek bapak agar masakkan ketam gulai kesukaannya tu"
"Eh mana pulak ni Pak. Ah bapak ni..ke situ pulak"nafi Johari.
"Hahahaha"Herrizal ketawa.
"Habis..betul kau tak mau bapak masak gulai ketam yang kau suka tu Joe? makan pulak sama nasi panas dengan sambal belacan dan pucuk paku. Memang bapak dah rancang nak masak semua tu hari ni. Tapi engkau tak nak..bapak tak jadi masaklah"
"Eh eh janganlah begitu Pak. Bapak dah sebut-sebut tu lapar pulak perut ni dibuatnya"kata Johari.
Berdekah-dekah mereka bertiga ketawa.
Begitulah keakraban dua pemuda itu dengan Pak Sargo. Kalaulah bukan kerana orang tua itu menyelamatkan mereka sewaktu di kejar konco-konco Mokhtar dekat jeti dermaga Pelabuhan Helang tiga belas tahun lalu,entah apalah nasib mereka agaknya.
Pak Sargo juga yang memelihara dua beradik yatim piatu itu setelah mereka kehilangan ibu dan kakak yang mati di rogol dan bunuh oleh geng Mokhtar dalam peristiwa yang berlaku. Namun sayangnya keadilan tidak berpihak kepada mereka. Mokhtar dan konco-konconya terlepas kerana ketiadaan bukti serta di tambah dengan korupsi dan penyelewengan kuasa yang di amalkan oleh ketua polis Pelabuhan Helang pada ketika itu.
Hari ini Herrizal dan Johari telah meningkat dewasa. Masing-masing berusia dalam dua puluh empat dan dua puluh lima tahun. Selain bekerja sebagai nelayan muda, dua beradik itu juga di latih dengan ilmu silat dan seni tempur oleh Pak Sargo yang kebetulan adalah juara persilatan di waktu mudanya.
Tiga belas tahun Herrizal dan Johari tinggal bersama Pak Sargo di Pulau Tulus. Mereka bukan saja kagum melihat bagaimana kehebatan orang tua itu membelasah konco-konco Mokhtar malah setiap hari mereka melihat Pak Sargo berlatih seni pencak pertarungan sehingga timbul minat mereka untuk mempelajarinya.
Kasihankan dua beradik malang itu, Pak Sargo mulai melatih mereka agar dapat mereka menuntut balas di atas perbuatan durjana bajingan-bajingan yang telah menganiayai ayah, ibu dan kakak mereka.
Dalam riuh-rendah suasana dekat pasar utama itu tiba-tiba telah berlaku kekecohan apabila muncul beberapa orang pemuda samseng membuat kacau.
Mereka mendatangi setiap kedai dan mulai meminta wang perlindungan. Apabila ada gerai-gerai jualan yang enggan memberi apa yang di minta, pemuda-pemuda itu mulai bertindak gila. Habis meja jualan di warung terbabit di terbalikkan. Ikan-ikan, sayur dan sebagainya bersepahan.
Ada pelanggan yang sudah lari ketakutan. Tak kurang juga ada tauke yang menutup gerai jualan mereka serta-merta.
Pak Sargo,Herrizal dan Johari yang berada dekat sudut meja jualan mereka hanya mampu menggeleng kepala tanda kesal melihat kelakuan pemuda-pemuda biadab itu. Kehadiran sekumpulan samseng itu hanya mencetuskan masalah dan ketenteraman awam di kawasan pasar.
Herrizal dan adiknya Johari mulai hilang sabar apabila melihat seorang peniaga tua terkial-kial memungut semula barang niaganya yang bersepahan akibat di terajang dek pemuda-pemuda samseng itu.
"Pak..biar kami uruskan mereka"kata Herrizal.
"Sabar..tunggu budak-budak tu kemari dahulu. Kalau berani mereka menjolok sarang tebuan nanti kalian ajarlah mereka"tegah Pak Sargo.
Kelihatannya ada peniaga yang ketakutan dan terpaksa menyerahkan wang kepada pemuda-pemuda itu.
"Kau nak bayar ke tak nak?! ke nak tunggu kami tunggang-terbalikkan meja dan barang-barang jualan ni dulu atau bagaimana?!"herdik pemuda itu sambil merentap kolar baju seorang peniaga.
"Tolong..aku..aku tak banyak dapat untung meniaga hari ni"
"Itu bukan masalah kami"
Tak pasal-pasal meja niaga peniaga itu di terbalikkan. Tidak setakat itu, malah beliau di malukan di hadapan orang ramai bila samseng-samseng itu menelanjangkannya sehingga berseluar dalam saja.
"Hahahahaha hahahahaha"
Dari satu peniaga ke satu peniaga pemuda-pemuda samseng itu pergi meminta wang perlindungan sebelum akhirnya singgah pula ke meja niaga Pak Sargo.
"Hm..sepatutnya kalian semua ni yang perlu bayar wang perlindungan pada aku"kata Pak Sargo selamba sambil tersengih.
"Kurang ajar punya orang tua!"
Belum sempat pemuda-pemuda samseng itu mahu mencekak ke leher baju Pak Sargo,tahu-tahu orang tua berusia lewat 60an itu telah lebih pantas mengorak langkah lalu menghantar tendangan ke setiap wajah mereka.
Terhumban dan jatuh berguling-guling mereka ke lantai pasar yang kotor.
"Hehe sarang tebuan usah dijolok..dasar samseng tolol. Muda-muda pun lemah macam sampah! hei tak malukah kalian sama orang tua seperti aku hah?!"
"Bangsat punya orang tua!"
Ketika samseng-samseng itu bangun semula dan ingin menyerang Pak Sargo,tanpa berlengah Herrizal dan Johari menyerbu mereka semua.
Dua tiga orang melayang kena tumbukkan dan tendangan Herrizal. Ada yang senak perut di benam kepala lutut sebelum di banting ke lantai. Manakala Johari pula menunjukkan kehandalannya dalam seni meringankan tubuh. Kecut perut juga samseng-samseng itu apabila melihat kemampuan Johari melompat balik kuang di udara sebelum menghadiahkan libasan tendangan demi tendangan.
"Arghhhhhh!"
Salah seorang samseng menekup ke muka sebelah kiri akibat di libas tendangan padu Johari.
Orang ramai berkerumun melihat pertempuran yang tercetus. Para peniaga pasar bersorak kuat memberi sokongan kepada Herrizal dan Johari.
"Lari cepat!"teriak ketua samseng itu.
Herrizal dan Johari enggan melepaskan mereka.
Berlaku kejar-mengejar dalam kawasan pasar. Para peniaga lain yang tiba-tiba jadi bersemangat apabila melihat keberanian Herrizal dan Johari lantas mengambil keputusan untuk membantu. Mereka mencapai batang kayu dan turut bersama-sana pergi mengejar ahli kumpulan samseng itu.
"Oi Pak Mat! kedai hang ni tak dak orang jaga ka?"teriak Pak Sargo kepada seorang peniaga.
"Hang tolonglah tengokkan sat. Aku pun nak pi join Herry sama Joe kasi hantam budak-budak samseng tu sat"kata Pak Mat sambil bergegas pergi dengan membawa sebatang kayu.
Pak Sargo duduk seketika di meja warung buah-buahan Pak Mat.
"Apalah Pak Mat tempe ni. Kita dah tua-tua ni patut tak payah masuk campur lah hal orang muda-muda..haih"kata Pak Sargo sambil memetik buah-buah mata kucing yang ada di meja warung Pak Mat sebelum satu demi satu masuk ke dalam mulutnya.
BERSAMBUNG...
Share this novel