4.RANJAU KOTA

Action Series 2816

4.RANJAU KOTA

MOTOBOT yang di naiki oleh Herrizal dan Johari tiba di jeti Pelabuhan Helang. Berdasarkan maklumat yang di perolehi dari Hami, mereka berdua pun melilau di sekitar kawasan perkapalan.

Di situ menjadi perhentian banyak kapal-kapal besar yang singgah atas pelbagai tujuan. Kebanyakannya adalah kapal-kapal dagang import eksport barangan.

Memang sudah menjadi pemandangan biasa saja kalau terlihat pekerja dan kelasi-kelasi kapal berkeliaran di sekitar situ. Agak sukar hendak di telah siapakah gerangan individu-individu yang bekerja sebagai kelasi kapal yang terlibat dalam perbuatan khianat menceroboh rumah, membunuh Pak Sargo dan membakar rumah kediamannya itu.

Oleh itu Herrizal dan Johari berpakat ingin mencari motobot fletcher warna merah putih seperti yang di dakwa oleh Hami terlebih dahulu sebagai permulaan penyiasatan mereka.

Langkah di susun kemas menuju ke kawasan kuarters pekerja perkapalan.  Memang ada ruang khas tempat untuk memakir dan menambat motobot-motobot pihak syarikat perkapalan di sediakan.

Masalahnya ada terlalu banyak motobot bersusun di situ. Motobot fletcher berwarna merah putih juga ada berbelas-belas. Lebih merumitkan keadaan ialah kelasi-kelasi kapal di lihat mundar-mandir.

"Aduh macam mana ni bang? takkan kita nak pergi dekat-dekat untuk mengecam motobot-motobot tu satu demi satu? nanti kelasi-kelasi tu menaruh curiga pulak pada kita"kata Johari ketika dia dan Herrizal bersembunyi di sebalik rumah kabin.

"Kita mesti cari helah agar dapat buat macam tu"kata Herrizal.

"Apa idea abang?"

Herrizal berfikir sejenak.

"Hm..kita pura-pura berlakon sebagai seseorang yang kononnya berminat nak beli kalau-kalau pihak perkapalan ada motobot-motobot terpakai yang hendak di jual"

Dua beradik itu pun mulai menghampiri salah seorang kelasi yang mundar-mandir di situ lalu memberitahu hajat mereka sebelum di bawa pergi berjumpa dengan pihak pengurusan motobot syarikat perkapalan.

"Hah baru je beberapa hari lepas kapten Salar sibuk ingin menjual salah sebuah motobot fletcher warna merah putih kepunyaannya"kata pengurus bahagian motobot.

"Kapten Salar?"

"Ya..ya..beliau salah seorang kapten kapal. Buat masa ni Kapten Salar sedang berlayar ke luar negara. Mungkin dalam beberapa hari dari sekarang beliau akan pulang. Tapi saya boleh bawakan kamu berdua ke bangsal stor penyimpanan motobotnya untuk melihat-lihat terlebih dahulu"

Herrizal dan Johari bersetuju. Ketika tiba di bangsal tersebut,dua beradik itu betul-betul terkejut besar. Sebuah motobot fletcher warna merah putih dengan lambang tengkorak tulang silang di sebelah bahagian kiri badan motobot kini tersadai di hadapan mata. Betul-betul seperti yang di gambarkan oleh Hami.

Herrizal dan Johari semakin diasak teruja. Menurut si pengurus,baru beberapa hari yang lalu Kapten Salar dan beberapa orang anak buahnya menggunakan motobot tersebut untuk sesuatu tujuan.

"Mereka gunakan untuk tujuan apa?"soal Herrizal.

"Hm tak pasti pula. Tapi tauke Boon Chai ada datang bertemu dengan kapten. Kemungkinan kapten dan skuad Helang Besi pergi membantu beliau"ujar si pengurus membuat Herrizal dan Johari tersentak. Nampaknya perkara ini sudah jadi semakin menarik. Dapat mereka rasakan andai benar Boon Chai terlibat sekali, itu ertinya tragedi yang menimpa ke atas arwah Pak Sargo boleh jadi ada kaitan dengan isu kekacauan dekat Pasar utama.

"Hm siapa tahu kalau Boon Chai memang tak puas hati dengan bapak. Lagipun selama ni mana ada lagi geng samseng yang berani buat kacau kat kawasan pasar kerana mereka amat gerun dengan kehandalan bapak yang sering menumpaskan para samseng"kata Johari berbisik dengan Herrizal.

"Samseng terbaru upahan Boon Chai pun gagal juga. Boleh jadi itu puncanya tauke Boon upah orang melakukan kerja kotor ke atas arwah bapak"balas Herrizal.

Johari mengangguk-angguk setuju.

"Err maaf tuan..skuad Helang Besi tu siapa pula?"soal Herrizal kepada si pengurus.

"Ohh mereka adalah skuad khas terdiri daripada kelasi-kelasi kapal yang gagah dan hebat bertarung yang di tubuhkan oleh Kapten Salar demi mempertahankan keselamatan kapal andai di serang oleh lanun"

Herrizal dan Johari mengangguk-angguk.

"Jadi ke kamu berdua nak beli motobot ini? kalau jadi nanti saya akan beritahu kepada Kapten Salar apabila beliau pulang dari pelayaran dalam beberapa hari dari sekarang"

Pantas Herrizal dan Johari menyetujuinya. Pengurus itu memberikan mereka nombor telefon dan meminta mereka menghubunginya semula dalam beberapa hari yang mendatang.

                            ******

Dari jeti Pelabuhan Helang,Herrizal dan Johari menaiki bas dan turun di kawasan kota. Mulai saat ini bermulalah kehidupan baru mereka sebagai anak kota. Mampukah dua beradik itu mengharungi cabaran hidup di bandar Helang yang menjadi nadi kepada segala macam jenayah itu? Apakah yang bakal dilalui oleh mereka nanti?

Suasana malam di kota agak hidup dan terang-benderang. Kenderaan sesak berpusu-pusu di jalanraya. Pembangunan di era awal 90an  semakin menuju kemodenan. Kemudahan seperti bas dan teksi juga mudah di dapati.

Beberapa orang pelanggan dalam kedai mamak yang di singgahi oleh Herrizal dan Johari bersorak kuat sambil menonton rancangan gusti WWF yang sedang di tayangkan dekat televisyen kedai. Masing-masing menyokong penggusti idaman mereka.

Perlawanan di antara Ultimate Warrior dan Undertaker sememangnya cukup gamat dan menarik untuk di tonton. Malah Herrizal dan Johari juga tak senang duduk di buatnya dek kerana teruja sama seperti pelanggan lain.

Johari menyudahi sepinggan nasi goreng yang di pesannya dengan pantas. Dia lebih tertarik untuk menumpukan perhatian kepada acara gusti yang bersiaran.

Namun menang kalah adalah lumrah dan adat dalam sesebuah pertandingan. Pelanggan yang rata-rata adalah penyokong The Ultimate Warrior terpaksa akur di atas kekalahan penggusti pujaan mereka di tangan Undertaker.

"Habis lah Ultimate Warrior kena tanam hidup-hidup dalam tanah"kata Johari kesal dan menggeleng kepala sewaktu melihat penggusti Undertaker menghumban jasad lawannnya ke dalam lubang tanah di atas gelanggang gusti sebagai gimik untuk match Burried Alive yang berlangsung.

"Hahaha itu semua gimik je lah Joe. WWF memang pandai tarik minat penonton"kata Herrizal tertawa kecil.
Sepinggan mee goreng mamak dan secawan teh o panas yang di hadapnya telah selesai di habiskan.

"Ke mana kita nak bermalam lepas ni bang?"tanya Johari sambil mengelap mulut dengan sehelai tisu.

"Kita tidur sajalah dekat mana-mana padang permainan ke.."balas Herrizal.

Lepas makan mereka berdua pun berjalan meredah kaki lima dan bertanya kepada orang-orang yang lalu-lalang di situ tentang padang permainan yang paling hampir dan boleh mereka tujui.

Nasib mereka agak baik. Dalam jarak kira-kira dua ratus meter melalui jalan lorong di belakang bangunan telah membawa mereka ke kawasan bangunan-bangunan terbengkalai dan sebuah padang permainan awam.

Malam kian larut. Mujurlah ada bulan mengambang penuh di langit melimpahkan cahaya serta tiang-tiang lampu yang masih menerangi keadaan. Herrizal dan Johari meredah laluan bangunan tinggal sebelum memasuki pintu pagar padang permainan.

Bunyi cengkerik dan sesekali gonggongan anjing liar di kejauhan menjadi irama buat meneman malam yang sejuk dan sepi. Mereka tidak bersendirian,malah kelihatan ada seorang dua pengemis dan gelandangan tidur dekat atas palung.

Kawasan padang itu agak terbiar dan tidak terurus. Di satu sudut terdapat timbunan kotak-kotak besar kemungkinan kepunyaan kilang kayu di sebelah padang. Agak gelap di situ. Herrizal dan Johari bercadang untuk bermalam di situ saja.

Sepasang kekasih lelaki dan perempuan kebetulan keluar secara tiba-tiba dari balik timbunan kotak-kotak kayu besar itu dan berlalu pergi dengan wajah selamba. Johari menjeling sahaja pasangan itu sehinggalah mereka telah berjalan keluar dari padang.

"Ah pasangan buat maksiat agaknya. Lihat ni.."kata Herrizal apabila terjumpa paket kondom dan segulung latex terpakai dan lunyai bersepah di balik timbunan kotak.

"Haih!"

Dua beradik itu menggeleng kepala saja. Kotak-kotak kayu di sudut padang itu di susun cantik-cantik dan di alas dengan kain sebelum dua beradik itu tidur di atasnya berbantalkan beg pakaian.

Entah jam berapa sekitar waktu dinihari,Herrizal dan Johari terjaga apabila ada suara-suara menengking dan menyuluh ke wajah mereka dengan lampu picit. Cahayanya bersimpang-siur seperti sengaja di olok-olok kepada mereka.

"Hoi bangun! bangun! kau berdua ni siapa? kenapa main tidur saja suka hati dekat padang ni?"

Dalam silau mata di suluh lampu begitu Herrizal dan Johari pun bangun. Ada sekitar lima belas orang pemuda punk dengan rambut terpacak ala trojan sedang berdiri mengelilingi mereka.

Rata-rata dari pemuda punk itu memakai baju overalls jeans biru. Telinga mereka bertindik subang. Pergelangan tangan mereka di sarung dengan gelang dan bangle berduri-duri tajam seperti yang biasa di pakai oleh gengster.

"Kami sekadar tumpang bermalam di sini"kata Herrizal.

"Tumpang bermalam? hei padang permainan ni berada dalam kawasan jagaan kami faham tak? kumpulan-kumpulan lain pun tak berani menceroboh ke sini. Sudah,cepat kemas beg pakaian kau orang dan berambus keluar dari sini!"kata pemuda punk itu.

"Maaf.."ucap dua beradik tu lalu mengemas beg pakaian.

Ketika mereka berdua sudah melangkah beberapa tapak untuk beredar pergi, tiba-tiba budak-budak punk itu memanggil mereka kembali.

"Hoi nanti kejap! berhenti! berhenti aku cakap!"

Langkah Herrizal dan Johari pun terhenti sebelum mereka menoleh kepada pemuda-pemuda itu.

"Di sebabkan korang dah menceroboh kawasan kami tanpa izin, jadi lebih baik kau orang bayar wang sebagai gantinya"

"Kalaulah kami ada wang banyak, lebih baik tidur kat hotel je daripada tidur kat padang buruk ni"balas Johari.

"Jawapan yang salah!"

"Kalau kami tak mahu bayar, kau orang nak buat apa?"soal Herrizal.

Pemuda-pemuda punk itu ketawa beramai-ramai sambil menghayun-hayun batang kayu dan besi di tangan.

"Jawabnya lauk lah kau berdua!"

"Bahahahahaha hahahaha"

"Psst...macam mana ni bang?"tanya Johari.

"Kita tak mungkin boleh menang kali ni Joe. Mereka berbelas orang siap bersenjata"bisik Herrizal.

Tanpa berlengah terus Herrizal dan Johari cabut lari langkah seribu. Tunggang-langgang juga mereka di kejar budak-budak punk tu hingga terpaksa panjat pagar lompat pagar dan redah segala macam lorong belakang bangunan sebelum berjaya juga melepaskan diri dengan bersembunyi dalam sebuah bangunan kosong di tapak pembinaan.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience