42.MIMPI NGERI

Action Series 2816

42.MIMPI NGERI

SEBUAH van tiba di jalan Dolphin sebelum beberapa orang anggota polis melompat keluar. Ahli Petir Waja pun menyapa polis-polis itu.

"Tuan...para perusuh yang terlibat dalam pecah masuk kedai dan mencuri telah berjaya kami tumpaskan dan ikat. Barang curian juga banyak yang telah dapat di selamatkan"kata Ammar.

Anggota polis itu memandang ke wajah setiap ahli Petir Waja atas dan bawah.

"Siapa yang suruh kamu memandai ambil alih kerja polis hah?"kata pegawai polis itu membuat ahli Petir Waja berasa terkejut.

"Petir Waja tak sepatutnya berlagak macam polis. Kalau diikutkan,kalian juga boleh di tahan kerana terlibat sama dalam kekecohan yang berlaku. Ahli kumpulan lain juga berhak tangkap kalian semua faham!"kata seorang pegawai polis yang lain.

Herrizal dan lain-lain hanya berpandangan sesama sendiri.

"Pssss...aku rasa dia ni polis jahat"bisik Hanif.

"Kita boleh minta mereka tunjukkan lencana kepolisan mereka"bisik Kugaressan pula.

Johari tampil ke hadapan.

"Err Tuan...boleh tuan dan para pegawai lain tunjukkan lencana kepolisan tuan tak? lagipun sewaktu kami hubungi Tuan Inspektor Yaslan tadi, beliau telah mengarahkan setiap anggotanya untuk berbuat demikian"kata Johari.

"Apa?! kau fikir kau siapa nak beri arahan kepada pegawai polis untuk buat begitu?!"kata pegawai itu sambil rentap baju Johari.

"Maaf tuan. Tapi tuan boleh bertanya sendiri pada Inspektor Yaslan"

"Aku pegawai yang di tugaskan untuk ke sini! bukan Inspektor Yaslan faham!'herdik pegawai itu membuat suasana jadi tegang.

Tak pasal-pasal Johari di gari tangan.

Kecoh dan riuh-rendah suasana. Beberapa orang ahli Petir Waja tidak puas hati dengan tindakkan polis itu.

"Polis korup! polis pengkhianat! booo!"segelintir orang awam berteriak. Ia turut di sokong oleh ahli-ahli kumpulan lain yang telah menjadi mangsa tangkapan polis-polis itu sebelum ini.

"Kamu semua pun nak kena gari jugak ke hah?!"tengking pegawai-pegawai polis itu marah.

"Aku amat pasti kau semua ni polis penipu! kalau betul kau polis, tunjuklah lencana kau! datang pun naik van biasa je. Polis sepatutnya naik kenderaan rasmi lah!"Bob si gemuk berteriak.

"Wei Bob...pssst! kau gila ke..kang tak pasal-pasal dengan kau sekali kena gari!"tegur beberapa ahli Petir Waja.

"Gari si gemuk sekali!"arah seorang pegawai.

Makin kecoh keadaan bila Bob juga turut di gari.

"Woi lepaskan akulah! Aku sikit tak percaya kau semua ni pegawai polis. Aku cuma dengar cakap Inspektor Yaslan je...bukan kau orang!!"Bob dah memekak-mekak sambil meronta.

"Apa ni tuan? kami cuma nak sahkan samada tuan-tuan semua ni benar-benar anggota polis atau penyamar. Itu sahaja. Apa yang menjadi kesalahannya dengan meminta pihak tuan meninjukkan lencana polis?"Sapik bersuara.

"Nah! gari dia ni sekali!"kata pegawai tersebut.

Sapik turut di gari.

Herrizal dan beberapa orang lagi cuba bercakap baik-baik dan meminta budi bicara dari pihak pegawai-pegawai terbabit.

"Hm baiklah..baiklah. Sekali ni kami bagi muka kat kalian. Tapi ingat..lain kali kalau kamu tak reti hormat pihak polis, kami sumbat terus masuk lokap. Dah...kamu semua boleh pakat kumpul bayar sikit wang dan kita selesaikan masalah ni kat sini aja..cepat kumpul wang!"

"Ini dah kira minta suapan Tuan"tegur Qazrel.

"Hei ini dah kira lebih baik daripada aku hambat kau semua pergi balai faham tak?!"

Dari kejauhan kedengaran bunyi siren kereta polis sedang menuju ke Jalan Dolphin.

"Huhu itu baru polis sebenar yang datang nak tangkap polis penyamar"kata Bob si gemuk gedabak yang celupar mulutnya.

"Dah apalagi di tunggu..cepat kita blah! kacau daun betul lah"kata pegawai-pegawai polis itu lalu mereka membuka pintu van.

Belum sempat mereka melompat masuk ke dalam van,ahli Petir Waja telah mencegah mereka.

"Mari kita tengok sejauh mana benarnya kamu semua ni pegawai polis!"kata Herrizal.

"Kurang ajar!"

Belum sempat tumbukkan pegawai itu hinggap ke muka Herrizal,perutnya telah di benam dek Qazrel dengan lututnya.

"Ughhhhhh"

Apabila belasan ahli Petir Waja bersedia untuk menggunakan kekerasan,barulah pegawai-pegawai polis itu ketakutan.

Beberapa buah kereta peronda polis tiba.

Inspektor Yaslan dan anggotanya terkejut besar dengan penangkapan 'polis-polis' penyamar itu. Beliau telah mengesahkan bahawa kesemua mereka itu adalah sekumpulan penyangak yang menyamar sebagai anggota polis.

Rupanya ketua mereka iaitu Dahari adalah bekas pegawai polis korup yang pernah di buang kerja kerana masalah salahlaku. Dahari juga pernah di tugaskan mengendalikan pengurusan uniform polis sewaktu masih bertugas dengan badan kepolisan. Itu sudah cukup untuk menjelaskan bagaimana dia mendapatkan uniform demi mewujudkan kumpulan pegawai-pegawai polis palsu itu.

Kesemua mereka di tahan termasuk perusuh-perusuh yang melakukan pemberontakan,pecah masuk kedai dan samun di Jalan Dolphin.

Inspektor Yaslan berterima kasih kepada Petir Waja kerana talah banyak membantu pihak berkuasa dalam menumpaskan kumpulan-kumpulan samseng dan penyangak yang bertebaran di Pelabuhan Helang.

                            ******

Lewat malam itu di markas gudang Petir Waja...

Krek! Kruk! Krek! Krukk!

Katil besar bergoncang-goncang dengan kuat dan berkeriut bunyinya.

"Ahh...ohhh....uhh mak aih sedap gila bang!!"

Pamela mendesah nikmat sambil terbaring dengan kedua tetek besarnya melambung-lambung. Fesyen skirt koyak rabak yang di pakainya langsung tak senonoh,malah tersingkap hingga ke pinggang.

Dia terkangkang luas-luas dengan kedua batang kaki menciut seksinya mengepit kiri kanan tubuh Qazrel yang sedang gagah menongkah katil besar itu terus mendayung henti-henti.

Sesekali batangnya tersasar lalu di sumbat masuk semula ke dalam pepet Pamela.

Tak lama kemudian adegan itu pun berakhir.

"Fuh lega!"

Qazrel terbaring puas sambil mendongak ke kipas siling gudang yang berputar ligat,sejuk dan nyaman. Dalam bakul sampah di tepi katil besar itu penuh sarat dengan longgokkan kondom latex terpakai lunyai bersama paket-paket metalik dan kotak kondom pelbagai jenama.

Sejak wanita-wanita peneman Petir Waja itu bersekedudukan dengannya di gudang tersebut,Qazrel agak kerap beraksi di ranjang.

Mata Qazrel terasa kuyu dan berat sebelum dia akhirnya terlelap.

                          ******

"Hahahaha kau ni lembik! kau takkan membesar jadi seorang lelaki dewasa yang kuat. Kau lembik macam bapa kau jugak. Dah cepat! cepat sikit! aku tak mahu kau terhegeh-hegeh macam perempuan!"kata lelaki itu.

"Kaki sakit ni pakcik...terpijak kaca tadi"rayu remaja lelaki itu sambil terhincut-hincut meredah semak dan belukar.

"Ahhh alasan saja kau ni. Bodoh! lembik!"

Tahu-tahu suatu tendangan but kasut tentera yang keras hinggap di belakang tubuh remaja lelaki itu menyebabkan dia terhumban dan tetiarap menahan kesakitan.

Arghhhhhh....!

"Bangun aku cakap!"kata lelaki itu sambil berdiri bercekak pinggang.

Ramaja lelaki itu menangis dek kesakitan yang sedang di tanggungnya. Tahu-tahu satu tendangan lagi hinggap di perutnya pula.

Ughhhhh...

Berguling-guling dia jatuh atas tanah.

"Bangun sebelum aku pijak kau!"arah lelaki tu lagi.

Remaja itu menggigil-gigil sambil mengerah segala kekuatan untuk bangun.

"Teruskan perjalanan!"

Tak lama kemudian mereka pun tiba di sebuah pondok dalam hutan. Lelaki bengis itu pun menyalakan unggun api di bawah tuku. Kemudian dia meletakkan sebuah kuali dan minyak panas di atasnya.

"Sekarang aku nak kau memasak dekat unggun api tu sementara aku nak tidur. Bila aku bangun nanti kau masih gagal siapkan sebarang makanan,nahas kau aku kerjakan"kata lelaki itu sebelum dia berbaring di atas jaring yang di pasang pada dua batang pokok.

Dalam kesakitan luka di tapak kaki dan tendangan yang di terimanya tadi, remaja lelaki itu gagahkan juga dirinya masuk ke dalam pondok dan mencari apa-apa yang boleh di masak.

Tapi malangnya tiada apa yang di temui untuk di jadikan makanan. Dia sudah terbayang akan seksaan yang bakal di kenakan ke atasnya.

Remaja lelaki itu tidak berlengah lantas dia mengerah segala tenaga untuk melarikan dirinya sementara lelaki bengis itu tidur.

Lebih kurang sepuluh minit meredah hutan rimba, tiba-tiba lelaki bengis itu telah muncul di hadapannya sambil ketawa.

"Hahahaha kau fikir aku bodoh tak boleh baca apa yang bermain dalam fikiran kau? memang sengaja aku beri kau peluang untuk melarikan diri. Itu pun kau gagal juga nak lakukan. Hahaha kau memang sengaja tempah nahas!"

Lelaki bengis itu pun mengheret remaja terbabit pulang semula ke pondok.

"Sekarang kau rasakan azab minyak yang panas tu"

"Tolong pakcik...tolong jangan apa-apakan saya...saya merayu"

Rayuan itu tidak di hiraukan.  Lelaki bengis itu pun mencengkam rambut remaja terbabit dengan kuat dan kasar sebelum mendorong wajah remaja itu ke minyak panas yang sedang menggelegak dalam kuali.

Sebelah wajah remaja lelaki itu akhirnya mencecah ke permukaan minyak.

                         *******

Arghhhhhhhhhhhh!!!

Qazrel terjaga dari tidurnya sambil terjerit-jerit dengan kuat.

"Arghhhhhh wajah aku...habis wajah aku!!"

Wanita-wanita yang tidur bersamanya turut terjaga dan terkejut.

"Eh bang...abang Qaz mengigau ni"

Qazrel tercungap-cungap cemas sambil mengusap wajahnya yang separa lecur itu. Mimpi ngeri itu sebenarnya telah lama hilang. Entah kenapa ia muncul lagi.

Qazrel segera terbayang wajah lelaki bengis di dalam mimpinya.

"Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing Mobin!"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience