18.CAGARAN LUMAYAN

Action Series 2816

18.CAGARAN LUMAYAN

MALAM untuk pertarungan bawah tanah datang lagi. Abang Mail telah menguruskan dua pertarungan sekaligus buat Herrizal dan Johari dalam satu malam.

Awal malam lagi dia sudah tiba di rumah pangsapuri dua pemuda itu menyampaikan berita gembira buat mereka.

"Haa kali ni Mr Rachman bawak fighter baru yang lebih mantap katanya. Fuh! kalau awak menang malam ni Herry, 5000 ringgit jatuh ke tangan awak,siap amoi yang lebih mantap"kata Mail beriya-iya.

"Hm okey tu. Barulah semangat sikit nak lawan"kata Herrizal.

"Wow sejak bila you masuk underground fight macam tu Herry?"tanya Wendy yang ada sekali dekat ruang tamu itu.

"Baru-baru jugak Wendy. Malam ni pun baru match yang kedua"

"Eh adik awak Johari mana?"tanya Mail.

"Dia keluar dengan awek dia lah bang Mail. Lepas ni baliklah dia"

"Aih..jangan dia seronok pergi dating tak balik-balik sudah. Malam ni ada fighter lain nak cabar Johari. Dia bertaruh dekat tiga ribu jugaklah"

Baru di sebut-sebut,Johari pun pulang. Dia turut membawa bawa teman wanitanya sekali iaitu Saziana.

"Hai semua"sapa Saziana yang cantik bertudung sanggul tinggi dan sopan pakaiannya.

"Wow tak sangka Joe dah ada girlfriend. Nama siapa?"kata Wendy tersenyum kepada kekasih Johari itu.

"Saziana"balas gadis itu sambil melabuhkan punggung di atas sofa betul-betul di sebelah amoi cina tu.

"Haih,bukan ke awak ni gadis seksi yang Johari menang lepas lawan dengan fighter Mr Rachman tempoh hari?"soal Abang Mail.

"Hm ya saya..sekarang saya dah quit kerja tak senonoh tu"balas Saziana.

"Hamboi siap dah pakai tudung. Betul punya tobat ni..hahaha"kata abang Mail Barong siap ketawa lucu .

Bahahahaha Hahaha

Pecah mereka semua ketawa sekali.

                            *****

Jam dah pukul sepuluh setengah malam. Herrizal,Johari dan abang Mail Barong masih sedang duduk-duduk kat sofa ruang tamu rumah flat murah itu.

"Aih dah time ni..boleh lah kita bertolak ke terminal keretapi bawah tanah sekarang"kata Mail Barong sambil melihat ke jam tangannya.

"Wendy dengan Saziana sedang bersiap lagi tu bang. Kita tunggulah sikit masa lagi"kata Herrizal.

Seminit dua kemudian barulah Wendy dan Saziana keluar dari bilik. Kedua-dua wanita itu sudah menukar pakaian. Selamba je pakai baju ala bikini seksi bersilang di dada dan leher,nampak bahu,dada,perut dan pusat. Dress itu terlalu menjolok mata,singkat dan kontot separas celah peha saja sambil tayang batang kaki menciut seksi masing-masing.

Terjojol biji mata tiga lelaki yang ada di ruang tamu.

"Wahh..bukan awak kata dah tobat ke Saziana?"kata Mail.

"Just untuk malam ni je bang Mail. Gadis peneman kenalah pakai seksi maut sikit"kata Roziah tersengih mengenyit mata sambil pakai sandal tumit tinggi ranggi. Semua yang di pakainya itu di pinjamkan oleh Wendy.

Tudung sanggul tinggi dan pakaian sopan yang di pakainya waktu datang tadi pun sudah di lucut dan di campak entah di mana.

Sekitar jam sebelas malam, terminal keretapi bawah tanah Pelabuhan Helang telah lengang dari penumpang setelah menutup operasinya sekitar lewat jam sepuluh.

Namun pada malam ini sekitar tiga ke empat puluh orang telah hadir untuk menyaksikan pertarungan haram yang bakal berlangsung.

Juruacara sibuk membuka pertaruhan dari kalangan penonton yang bertaruh ke atas petarung pilihan masing-masing. Tak menang tangan dia menyambut wang berkepuk-kepuk.

Wendy dan Saziana yang cantik jelita berpakaian seksi dan tidak senonoh menjadi pendamping dan penyorak bagi Herrizal dan Johari. Mereka berdua siap berteriak kuat buat meniup semangat dua orang pemuda itu.

Dalam keributan itu tiba-tiba telah muncul seorang lelaki dengan lengan yang sasa lalu menarik tangan Saziana.

"Hei lepaskan akulah!"balas Saziana.

"Kau perempuan murahan. Malam ni aku akan hancurkan muka teman lelaki kau tu faham!"kata lelaki bermisai lebat itu dengan bengis pada Saziana.

Johari cepat-cepat menarik Saziana dan melindungi kekasihnya itu.

"Hei kau ni apa hal hah? kenapa usik kekasih aku?!"soal Johari pada lelaki itu.

Lelaki itu tersengih.

"Oi mat..biar aku bagitahu kau sesuatu. Kekasih kau ni isteri aku. Tak percaya? kau tanyalah dia sendiri"kata lelaki bengis tersebut.

Johari pun menoleh ke arah Saziana.

"Apa betul ke cakap dia tu Sazi? beritahu aku!"desak Johari.

Saziana sudah tertunduk-tunduk dengan wajah yang ketara benar seperti orang bersalah.

"Aku..maafkan aku Johari sebab tak berterus-terang dengan kau. Ya,dia suami aku"

"Apa?!!"

Terkejut besar Johari mendengar pengakuan Saziana.

"Hahahaha"kuat suami si Saziana ketawa.

"Kau suami tak guna Daud! pembengis! aku tak tahan hidup dengan manusia baran dan kaki pukul macam kau! Kau tergamak jual aku pada Mr Rachman. Sekarang kau harap aku nak kembali semula ke pangkuan kau? Jangan haraplah!"kata Saziana.

"Hahahaha..bagi aku wang lebih berharga dari perempuan bodoh macam kaulah"balas Mat Daud sambil ketawa berdekah berpeluk tubuh sebelum bercakap pula dengan Johari.

"Hei mat..kau dengar sini baik-baik. Malam ni aku bukan saja akan mencabar kau di gelanggang,malah aku pertaruhkan tiga ribu ringgit dan cagarkan isteri aku sekali untuk kau miliki asalkan kau mampu tewaskan aku!"kata Mat Daud sebelum berlalu.

Johari masih tergamam dengan status diri Saziana. Namun wanita itu telah merayu agar Johari menyelamatkan dirinya dari suaminya si Mat Daud yang pembengis itu.

Rupanya Saziana bukan sahaja telah menjadi mangsa keganasan rumahtangga serta di abaikan oleh suaminya,malah dia juga pernah cuba di lacurkan oleh Mat Daud.

"Kau tolonglah aku Johari.."rayu Saziana sambil menangis.

Oleh kerana cinta telah hadir di antara dirinya dengan Saziana,maka Johari tekad untuk memenangi perlawanan dengan Mat Daud sekaligus memiliki isteri lelaki tersebut. Lagipun Mat Daud sendiri yang telah mencagarkan Saziana sebagai hadiah andai Johari menang nanti. Sudah tentu cagaran lumayan seperti itu tidak mahu Johari lepaskan.

Gelanggang tarung di atas rel keretapi itu dimulai dengan pertarungan diantara Johari melawan Mat Daud. Di katakan Mat Daud sendiri telah bertemu dengan Mail Barong dan menyampaikan hasratnya untuk mencabar Johari setelah mendengar sendiri cerita tentang kejayaan Johari menumpaskan Rody Tiger sebelum ini.

"Harghh hahaha mampus engkau! Rody Tiger bolehlah kau belasah..dengan aku belum tentu lagi"kata Mat Daud sambil mengunci leher Johari dengan sebatang lengannya yang tegap.

"Arghhhhhh!"

Johari terkapai-kapai.

"Joe!!! bertahan!!" begitu teriakkan dari Herrizal.

Mail Barong, Saziana dan Wendy juga naik risau akan keadaan itu.

Para penonton bersorak teruja.

Keadaan semakin parah bila Mat Daud terajang di belakang tubuh Johari.

"Arghhhhhh''

Johari terguling-guling jatuh atas rel.

"Johari!!"teriak Saziana sambil menekup mulut.

"Hahaha kau rasa ni pulak!"kata Mat Daud lalu mengangkat sebelah kakinya untuk memijak ke perut Johari.

Tapi mujur Johari mendapat suatu akal. Pantas di libasnya sebelah lagi kaki Mat Daud dengan suatu tendangan sehingga lawannya itu terduduk atas rel.

Kemudian pantas Johari melompat bangun. Herrizal,Bang Mail, Saziana dan Wendy menarik nafas lega.

Mat Daud juga pantas bangun dan berdiri semula.

Kali ni Johari menyerang dengan serangan campuran antara tumbukkan dan tendangan bersilih ganti. Dia melakukannya dengan pantas sementara Mat Daud hanya menyilang tangan menepis serangan itu.

Pada mulanya serangan itu tampak seperti sia-sia sahaja, namun Johari di lihat terus mengasak lawannya dengan cara itu.

"Heyarghhhhh"

Johari berpusing dan menghantar side kick. Mat Daud terus bertahan.

"Hahaha berapa lama lagi kau nak serang aku dengan cara yang sia-sia tu hah? tak usahlah bazir tenaga kau. Hahaha kau tak mahu tanyakah berapa orang anak aku bersama Saziana?"provok Mat Daud. Dia tahu Johari masih terkesan dengan fakta bahawa Saziana rupanya adalah isteri orang. Jadi serangan berbentuk psikologi sebegitu pastinya amat berkesan melemahkan musuh.

Akibatnya fokus Johari pun terganggu. Dia di tubi penumbuk dan penendang bertalu-talu dari Mat Daud hingga terjerembab ke rel keretapi.

"Arghhh"

Johari mengerekot menahan kesakitan.

"Joe! bangun Joe! bangun!'teriak Herrizal, bang Mail, Saziana dan Wendy yang risau dan panik dengan keadaan Johari.

Sorakkan para penyokong Mat Daud bergema.

Suami kepada Saziana itu pula ketawa berdekah-dekah sambil bermegah-megah mempamerkan otot-otot lengannya yang sasa kepada para penonton.

Johari perlahan-lahan mulai bangkit dari jatuhnya sambil mengesat darah yang meleleh dari bibirnya.

"Aku tak peduli berapa orang pun anak kau bersama Saziana..yang aku tahu aku dah cintai isteri kau setelah beberapa kali kelamin kami menyatu dalam basah dan di akhiri pancutan yang nikmat"kata Johari.

"Ohh kau dah bangun dah..Hahahahaha kau memang kelakarlah mat..kau tu sayur tau tak? sayur! bahaha'

Itu hanya membuat Mat Daud ketawa besar lalu berpaling semula ke arah para penonton di tepian rel dan terus leka mempamerkan otot-otot tubuhnya. Lelaki itu terlalu memandang rendah sambil membelakangkan Johari.

Sehinggalah tendangan johari menyauk di bawah kelangkangnya dari arah belakang.

"Urghhh??!"

Kali ini Mat Daud terbeliak besar biji mata sambil tertunduk-tunduk menahan perut yang senak.

Peluang datang bergolek. Mula-mula Johari benam lututnya ke perut Mat Daud dan di sikunya di belakang lelaki bengis itu. Kemudian di hempaskannya muka Mat Daud ke badan gerabak keretapi beberapa kali hingga darah meleleh di wajah lawannya itu.

"Arghhhhhh"

Mat Daud menekup wajah sebelum terhuyung-hayang dan terbungkang atas rel keretapi.

Whoaaaaaaaaa?!

Para penyokong Mat Daud tampak kecewa.

Tak cukup lagi. Johari duduk atas dada Mat Daud dan menghayun tinju berkali-kali ke wajahnya sehingga akhirnya Mat Daud tidak bergerak-gerak lagi.

Dia terus berkeadaan begitu sehinggalah kiraan dari pengadil tamat. Johari di umum sebagai juara.

Riuh-rendah para penyokong Johari bertepuk sorak gembira. Juruacara menyerahkan wang sebanyak tiga ribu ringgit kepada Johari. Maka dengan itu secara rasminya isteri Mat Daud iaitu Saziana juga telah sah menjadi milik Johari. Malam yang lumayan buat Johari.

Saziana berlari memeluk Johari sambil menangis dengan perasaan terharu.

"Sudahlah Sazi...kau dah bebas dari lelaki bengis tu"kata Johari mengusap di belakang tubuh Saziana dan mengucup ke dahinya.

"Nah ini bahagian bang Mail. Terima kasih kerana dah aturkan perlawanan untuk saya"kata Johari.

"Heheh terima kasih le Joe. Awak memang handal dan bergaya"balas Bang Mail sambil terima wang bahagiannya.

Perlawanan berehat seketika dalam sepuluh minit. Beberapa orang lelaki telah mengusung Mat Daud keluar dari gelanggang rel. Lelaki itu masih hidup lagi, cuma darah membasahi bajunya.

Mail Barong sedang berbincang mengatur perlawanan dengan Mr Rachman di suatu sudut. Kelihatan petarung baru tajaan Mr Rachman sedang membuat panas badan.

Herrizal duduk di tepian tembok. Wendy duduk di sebelahnya sambil bersilang kaki kanan atas peha kiri. Skirt kontot nya ketat berkilat-kilat. Batang kakinya menciut seksi.

"Good luck Herry. Semoga sukses"ucap Wendy sambil mengusap-usap di belakang tubuh Herrizal dan menguntum senyuman.

Herrizal merasakan ada sesuatu sedang bergelora dan mengeras di dalam seluarnya.

"Thanks Wendy"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience